• Tidak ada hasil yang ditemukan

JUARA KKSP GARIS PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI JUARA KKSP ; 2020

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "JUARA KKSP GARIS PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI JUARA KKSP ; 2020"

Copied!
42
0
0

Teks penuh

(1)

JUARA KKSP ; 2020

JUARA KKSP

GARIS PANDUAN PELAJAR

(2)

JUARA KKSP ; 2020

JUARA KKSP

Garis Panduan Pelajar Kolej Komuniti Sungai Petani

KKSP (2020). JUARA KKSP ; Garis Panduan Pelajar Kolej Komuniti Sungai Petani, Sungai Petani, Kedah.

© Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem perolehan, atau dihantar dalam sebarang bentuk atau dengan apa cara, elektronik, mekanik, fotokopi, rakaman atau sebaliknya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah.

Kolej Komuniti Sungai Petani No. 77, Lengkok Cempaka 1,

Pusat Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani, Kedah.

Telefon: 04-4413909 Faks: 04-4412909

(3)

JUARA KKSP ; 2020

SIDANG REDAKSI

Pengerusi

Ts. KHAIRUL ANUAR BIN ISHAK

Ketua Editor

ROAZAM BIN AHMAD

Timbalan Ketua Editor

MUHAMMAD NAZIHAN BIN JAMALUDIN

NURAINI BT JOHARI

Jawatankuasa

SABIDATUL AFIFAH BT ABIDIN

ASWADY BIN ISMAIL

QUAH WEI BOON

SYAZWANI BT AHMAD

HASLINDA BT ISMAIL

NORASHIKIN BT ABDULLAH

YUSMIRA BT YUSOP

MOHD SHAHAR BIN HARUN

ZAISHAM BIN SHAH BHARI

NOR BAIZURA BT BAKAR

(4)

JUARA KKSP ; 2020

Hakcipta 2

1.0 Awalan 5

1.1 Visi, Misi & Matlamat 1.2 Singkatan & Takrif

2.0 Program Pengajian di KKSP 8

2.1 Diploma Kolej Komuniti (DKK) 2.2 Kolej Komuniti (SKK)

2.3 Sijil Asas Kolej Komuniti 2.4 Syarat Kemasukan 2.5 Pendaftaran Pelajar 2.6 Yuran Pengajian 2.7 Pendaftaran Kursus 2.8 Kredit 2.9 Kehadiran 2.10 Folio Pelajar 2.11 Sistem Gred 2.12 Penangguhan Pengajian 2.13 Berhenti Pengajian 2.14 Aktiviti Ko-Kurikulum 2.15 Testimoni

2.16 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) 2.17 Bantuan Kewangan

2.18 Pengurusan Disiplin 2.19 Latihan Industri (LI) 2.20 Penilaian

2.21 Pencapaian & Status Akademik 2.22 Penganugerahan

3.0 Program Sijil Terapi Kecantikkan & Spa (STK) 25 3.1 Sinopsis Program 3.2 Maklumat Program 3.3 PEO 3.4 PLO 3.5 Struktur Kursus 3.6 Ringkasan Kursus 3.7 Prospek Kerjaya 3.8 Kemudahan Pembelajaran

ISI KANDUNGAN

(5)

JUARA KKSP ; 2020 1.1 Visi, Misi & Matlamat

Visi

Menjadi Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Misi

 Menyediakan Akses Yang Meluas Kepada Program TVET Berkualiti Dan Diiktiraf  Memperkasa Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat

 Melahirkan Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan & Seimbang

 Memanfaatkan Sepenuhnya Perkongsian Pintar Dengan Pihak Berkepentingan

Matlamat Pendidikan

Menghasilkan Graduan TVET yang Holistik & Kompeten Serta Berkemampuan Menyumbang Kepada Pembangunan Negara

Matlamat Organisasi

 Menghasilkan graduan TVET yang diyakini dan menjadi rebutan majikan untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara

 Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di institusi untuk memenuhi keperluan industry

 Melahirkan warga sejagat ke arah keharmonian serta kemakmuran global

(6)

JUARA KKSP ; 2020 1.2 Singkatan & Takrif

Dalam buku ini, melainkan konteksnya menghendaki maksud lain ;

JPPKK Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti

PENGARAH KOLEJ Sesiapa yang telah dilantik mengetuai sesebuah Kolej Komuniti

KKSP Kolej Komuniti Sungai Petani

TPA Timbalan Pengarah Akademik

TPP Timbalan Pengarah Pengurusan

SKU Sijil Kulinari

SOP Sijil Operasi Perhotelan

STK Sijil Terapi Kecantikkan & Spa

SKR Sijil Servis Kenderaan Ringan

DTK Diploma Terapi Kecantikkan

KPT Sijil Asas Pastri

PEO Program Educational Objective

Kenyataan yang menggambarkan pencapaian kerjaya dan profesional sesuatu program, persediakan bagi pelajar untuk dicapai selepas mereka tamat pengajian

PLO Program Learning Outcome

Kenyataan yang menggambarkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan dan kebolehan yang spesifik dan am yang harus ditunjukkan para pelajar program apabila tamat pengajian. Para pelajar dijangka memperoleh hasil apabila selesai semua kursus dalam sesuatu program

CLO Course Learning Outcome

SLT Student Learning Time

LA Learning Area atauArena Pembelajaran bermaksud

komponen kurikulum dalam modul yang mempunyai kod dan kredit tertentu

(7)

JUARA KKSP ; 2020 kod dan kredit tertentu

Mata Kredit Hasil darab nilai mata dengan jam kredit bagi sesuatu kursus / LA

Program Pengajian Program pengajian mengikut kurikulum yang diluluskan oleh JPPKK

Pelajar Sesiapa yang telah menyempurnakan pendaftaran program dan mengikuti pengajian di Kolej

Pelajar Semasa Pelajar yang telah mengikuti sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian di kolej

Penilaian Sebarang bentuk pengukuran pencapaian pelajar bagi kursus / LA dan Latihan Industri;

PNG (Purata Nilai Gred) bermaksud purata nilai gred yang diperolehi pelajar bagi sesuatu semester;

PNGK (Purata Nilai Gred Kumulatif) bermaksud himpunan purata nilai gred yang diperolehi pelajar bagi semua semester.

PNGK juga dinyatakan sebagai HPNM (Himpunan Purata Nilaian mata)

(8)

JUARA KKSP ; 2020 PELAKSANAAN PROGRAM PENGAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI

2.0 KKSP menawarkan beberapa program pengajian iaitu:

i) Program Diloma (DKK) ; Diploma Terapi Kecantikkan (DTK) ii) Program Sijil Kolej Komuniti (SKK) ; Sijil Kulinari (SKU)

iii) Program Sijil Kolej Komuniti (SKK) ; Sijil Operasi Perhotelan (SOP)

iv) Program Sijil Kolej Komuniti (SKK) ; Sijil Terapi Kecantikkan & Spa (STK) v) Program Sijil Kolej Komuniti (SKK) ; Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR) vi) Program Sijil Asas Kolej Komuniti ; Sijil Asas Pastri (KPT)

2.1 Program Diploma (DTK)

Diploma Kolej Komuniti (DKK) dilaksanakan selama 6 semester bersamaan 36

bulan. Mod pelaksanaan DKK ini adalah pembelajaran berasaskan pekerjaan

dengan pendekatan penyampaian secara Work Based Learning (WBL). Pelajar akan mengikuti pengajian di kolej komuniti dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek teori, praktikal dan pengajian di industri bagi menimba pengalaman pembelajaran dalam industri. Pelajar akan melengkapkan pengajian dengan jumlah kredit sebanyak 90 kredit. DKK ini dilaksanakan dengan penggunaan beberapa model pelaksanaan mengikut persetujuan bersama-sama industri.

PROGRAM PENGAJIAN DI KKSP

1 Semester = 06 Bulan

(9)

JUARA KKSP ; 2020 2.2 Program Sijil Kolej Komuniti (SKU, SOP, STK & SKR)

Program Sijil dilaksanakan selama 4 semester bersamaan 24 bulan. Pelajar perlu mengikuti pengajian semester 1 hingga semester 3 di kolej komuniti dan semester 4 di industri. Jumlah kredit yang ditawarkan ialah 60 kredit.

2.3 Program Sijil Asas Kolej Komuniti (KPT)

Sijil Asas Kolej Komuniti dilaksanakan selama 4 semester bersamaan 24

bulan. Pelajar perlu mengikuti pengajian semester 1 hingga semester 3 di

kolej komuniti dan semester 4 latihan di industri atau melaksanakan projek di kolej komuniti.

Kurikulum semua program pengajian di Kolej Komuniti dibangunkan berdasarkan Standard Program yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency – MQA). Kategori modul terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu teras umum (Mata Pelajaran Umum), teras program (Mata Pelajaran Teknikal) dan Latihan Industri (LI).

(10)

JUARA KKSP ; 2020 Pembangunan kurikulum juga adalah merujuk kepada Garis Panduan Amalan

Baik: Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum, Penilaian Pelajar dan Work

Based Learning (WBL) yang dikeluarkan oleh MQA.

2.4 Syarat Kemasukan

Syarat Kelayakan Kemasukan Program Sijil dan Diploma Kolej Komuniti adalah seperti berikut**:

2.4.1 Diploma Kolej Komuniti (DKK) (i) Warganegara Malaysia; dan

(ii) Lulusan Sijil Kolej Komuniti (SKK) atau

Lulus peperiksaan SPM atau setara.

(a) Syarat-syarat lain berdasarkan keperluan MQA. (b) Syarat khas berdasarkan program.

2.4.2 Sijil Kolej Komuniti (SKK): (i) Warganegara Malaysia; dan

(ii) Lulus peperiksaan SPM atau setara. (a) Syarat khas berdasarkan program.

2.4.3 Sijil Asas Kolej Komuniti (i) Warganegara Malaysia; (ii) Tamat sekolah menengah;

(iii) Pemegang kad OKU (Masalah Pembelajaran); dan (iv) Menguasai 3M (membaca, menulis & mengira) dan

perlu menjalani proses saringan.

(11)

JUARA KKSP ; 2020 2.5 Pendaftaran Pelajar

i) Prosedur pendaftaran program dan kadar bayaran yang perlu dijelaskan semasa pendaftaran akan dimaklumkan kepada calon pelajar bersama surat tawaran kemasukan.

ii) Pelajar yang telah tamat tempoh maksimum pengajian (10 semester / 60

bulan) dikira sebagai Gagal Berhenti. 2.6 Yuran Pengajian

Yuran pengajian di kolej komuniti adalah seperti berikut**:

i) Diploma Kolej Komuniti (DKK) - RM200.00 / semester ii) Sijil Kolej Komuniti (SKK) - RM200.00 / semester iii) Sijil Asas Kolej Komuniti - RM200.00 / semester

** Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Yuran pengajian tidak perlu dibayar pada semester Latihan Industri bagi SKK.

2.7 Pendaftaran Kursus

i) Pelajar perlu mendaftar setiap kursus / LA yang diambil melalui

Pensyarah Kelas/Penasihat Akademik dalam tempoh satu (1) minggu

selepas pendaftaran semester / modul.

ii) Pelajar bertanggungjawab untuk menyemak senarai kursus / LA yang telah didaftarkan dengan teliti dan mengikuti sepenuhnya aktiviti PdP bagi kursus / LA tersebut.

2.8 Kredit

2.8.1 Setiap kursus / LA mempunyai nilai kredit tertentu. Penentuan Nilai kredit adalah seperti berikut ;

i) Setiap 40 jam belajar pelajar adalah bersamaan satu (1) kredit. ii) Setiap kursus / LA direka bentuk antara satu (1) hingga lima (5)

kredit.

iii) Pengiraan kredit WBL adalah bersamaan Effective

Learning Time (ELT) / 40 ELT =

(12)

JUARA KKSP ; 2020 2.8.2 Beban kredit minimum dan maksimum

i) Pelajar dikehendaki mengambil minimum sembilan (9) kredit bagi setiap semester / modul kecuali bagi semester akhir / modul terakhir.

ii) Pelajar yang mendapat PNGK kurang dari 2.00 hendaklah mengambil tidak lebih daripada 13 kredit termasuk Mata Pelajaran Umum pada semester / modul berikutnya.

iii) Bilangan kredit maksimum yang boleh diambil ialah 19 kredit, dengan kebenaran TPA . Pelajar dinasihatkan berbincang dengan pensyarah kelas/penasihat akademik terlebih dahulu.

2.8.3 Kredit kursus / LA ulangan (UK)

i) Bagi pelajar yang mengulang kursus / LA (UK), gred terkini akan menggantikan gred terdahulu.

ii) Bagi tujuan pengiraan PNGK, kredit kira dan nilai gred terkini kursus / LA yang diulang akan diambil kira, dan kredit kira serta nilai gred terdahulu dimansuhkan.

iii) Pelajar yang perlu mengulang kursus / LA (UK) sembilan (9) kredit atau lebih, tidak dibenarkan mendaftar kursus / LA bagi semester/modul yang berikutnya

2.8.4 Kredit penebusan gred (TG)

i) Bagi pelajar yang mendapat status Lulus Bersyarat (LB), dibenarkan mengulang kursus / LA bagi menebus gred (TG) dan gred terkini akan menggantikan gred terdahulu.

ii) Bagi tujuan pengiraan HPNM/PNGK, nilai mata terkini kursus / LA yang diperbaiki akan diambil kira, dan nilai mata terdahulu dimansuhkan

(13)

JUARA KKSP ; 2020 2.9 Kehadiran

2.9.1 Kehadiran pelajar untuk setiap kursus / LA perlu direkodkan dalam Rekod Kehadiran kursus / LA.

2.9.2 Pelajar wajib menghadiri setiap sesi PdP tidak kurang 80% daripada jumlah jam pertemuan bagi setiap kursus /LA.

2.9.3 Bagi ketidakhadiran yang dirancang (contohnya, menghadiri aktiviti kolej komuniti), pelajar hendaklah mengisi Borang Permohonan dengan mendapatkan perakuan daripada pihak yang berkenaan dan mengemukakan dokumen sokongan (surat arahan, atau mana-mana yang berkaitan). Permohonan hendaklah diajukan kepada pensyarah kursus / LA berkenaan untuk kelulusan selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh ketidakhadiran tersebut. Bagi program kolej yang diselaraskan oleh Pegawai/Pensyarah , satu Memo Pelepasan/Penangguhan/Penggantian kelas akan dikeluarkan untuk makluman pensyarah kursus/LA.

2.9.4 Bagi ketidakhadiran yang tidak dirancang (contohnya, kematian ahli keluarga terdekat), pelajar hendaklah mengisi Borang Permohonan Cuti Pelajar dengan mengemukakan dokumen sokongan (sijil kematian atau mana-mana yang berkaitan). Permohonan hendaklah diajukan kepada pensyarah kursus / LA berkenaan selewat-lewatnya tiga (3) hari selepas tarikh ketidakhadiran tersebut untuk kelulusan.

2.9.5 Tempoh maksimum bagi ketidakhadiran bersebab adalah lima (5) hari sepanjang semester / modul.

2.9.6 Sekiranya pelajar mendapat sijil cuti sakit / surat kebenaran cuti, jumlah jam patut hadir tidak dikira dalam sesuatu kursus / LA.

2.9.7 Pelajar yang tidak mencapai kehadiran 80% daripada jumlah jam pertemuan untuk setiap kursus / LA tidak dibenarkan menduduki penilaian akhir (PA).

(14)

JUARA KKSP ; 2020 2.9.8 Pelajar akan diberikan :

i) Surat Amaran (SA) sekiranya tidak hadir tanpa sebab-sebab tertentu yang dapat diterima oleh kolej komuniti melebihi 10% daripada jam pertemuan bagi kursus / LA tersebut.

ii) Surat Tunjuk Sebab (STS) sekiranya tidak hadir tanpa sebab-sebab tertentu yang dapat diterima oleh kolej komuniti melebihi 20% daripada jam pertemuan bagi kursus / LA tersebut.

iii) Pelajar yang menerima STS dikehendaki memberi surat / jawapan tunjuk sebab dalam masa tiga (3) hari bekerja bagi mengelakkan tindakan seperti para 2.9.7 diambil.

iv) Salinan kedua-dua SA dan STS akan diserahkan kepada ibu / bapa / penjaga. Salinan juga akan diserahkan kepada pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP).

2.10 Folio Pelajar

2.10.1 Pelajar perlu mengumpulkan semua bukti-bukti PdP serta penilaian yang dibuat di dalam satu fail yang dikenali sebagai Folio.

2.10.2 Folio tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut: (i) Senarai Semak Folio Pelajar;

(ii) Biodata Pelajar;

(iii) Salinan silibus setiap kursus / LA; (iv) Kontrak pembelajaran dan pengajaran; (v) Jadual waktu;

(vi) Senarai pensyarah kursus / LA; (vii) Nota;

(viii) Rekod penilaian setiap kursus / LA;

(ix) Bukti-bukti penilaian (lembaran kerja / tugasan / kuiz / ujian / pembentangan / projek) yang telah dinilai oleh pensyarah; dan

(15)

JUARA KKSP ; 2020 2.11 Sistem Gred

2.11.1 Prestasi pelajar bagi sesuatu kursus / LA ditunjukkan dalam bentuk gred seperti dalam Jadual 1

Jadual 1 : Sistem Gred

2.11.2 Pelajar yang mendapat status LB dibenarkan untuk mengulang kursus / LA untuk mendapat PNGK bersamaan atau lebih 2.00 bagi tujuan penganugerahan Sijil / Diploma.

Selain daripada gred tersebut, gred berikut juga digunakan: 2.11.3 TL (Tidak Lengkap).

i) Gred ini diberikan kepada pelajar yang tidak dapat mengambil PA atau tidak dapat menyelesaikan Pentaksiran Berterusan (PB) sesuatu kursus / LA kerana disahkan sakit atau alasan lain yang dibenarkan oleh kolej komuniti.

ii) Pelajar yang mendapat gred TL dikehendaki menduduki penilaian khas sebagai ganti PA semester / LA atau menyiapkan kerja kursus berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.

iii) Pelajar yang mendapat gred TL akan diberi gred baru setelah melengkapkan aktiviti penilaian dan peperiksaan yang diberikan dalam tempoh yang dibenarkan.

Markah Gre

d Mata Nilai Status

90 – 100 A+ 4.00 Sangat Cemerlang 80 – 89 A 4.00 Cemerlang 75 – 79 A- 3.67 Kepujian 70 – 74 B+ 3.33 65 – 69 B 3.00 60 – 64 B- 2.67 Baik 55 – 59 C+ 2.33 50 – 54 C 2.00 47 – 49 C- 1.67 Lulus Bersyarat (LB) 44 – 46 D+ 1.33 40 – 43 D 1.00 0 – 39 F 0.00 Gagal

(16)

JUARA KKSP ; 2020 2.11.4 Tarik Diri (TD)

Gred ini diberi kepada pelajar yang menarik diri daripada sesuatu kursus / LA yang didaftarnya.

2.11.5 Pengiraan PNG dan PNGK ditentukan mengikut kaedah seperti berikut:

PNG = Jumlah mata kredit sesuatu semester / modul Jumlah jam kredit sesuatu semester / modul PNGK = Jumlah mata kredit semua semester / modul Jumlah jam kredit semua semester / modul

2.12 Penangguhan Pengajian

2.12.1 Pelajar boleh memohon untuk menangguh pengajian disebabkan masalah kesihatan dan sebab-sebab lain yang diluluskan oleh kolej komuniti.

2.12.2 Permohonan penangguhan bagi pelajar yang mengalami masalah kesihatan boleh dikemukakan dengan menyertakan pengesahan / sokongan daripada Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan sahaja. Tempoh penangguhan tersebut tidak akan diambil kira dalam bilangan tempoh maksimum pengajian.

2.12.3 Tempoh penangguhan selain daripada para 2.12.2 akan diambil kira dalam bilangan tempoh maksimum pengajian.

2.13 Berhenti Pengajian

2.13.1 Pelajar boleh memohon untuk berhenti pengajian dengan mengemukakan permohonan menggunakan Borang Berhenti Pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.

(17)

JUARA KKSP ; 2020 2.14 Aktiviti Ko-Kurikulum

2.14.1 Aktiviti kokurikulum adalah aktiviti yang dijalankan semasa proses PdP di luar kelas. Setiap pelajar hendaklah mengikuti aktiviti kelab / persatuan / badan beruniform yang ditubuhkan di kolej komuniti.

2.14.2 Pelajar diwajibkan menyertai mana-mana kelab / persatuan yang dinyatakan dalam struktur program.

2.14.3 Setiap pelajar digalakkan menganggotai badan beruniform seperti Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BriSK) dan Pasukan Pelatih Institusi Pertahanan Awam Malaysia (PISPA).

2.15 Testimoni

2.15.1 Testimoni adalah sijil perakuan penglibatan, sumbangan dan juga pencapaian seseorang pelajar semasa tempoh pengajian di kolej komuniti.

2.15.2 Testimoni hanya diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria yang ditetapkan di kolej komuniti.

2.16 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)

2.16.1 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) merujuk kepada pelajar yang dilantik oleh kolej komuniti hasil daripada pilihan pelajar dalam Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

2.16.2 Jawatankuasa ini akan menjadi tempat penyaluran suara dan juga pendapat pelajar bagi tujuan kepentingan dan juga kebajikan pelajar di kolej komuniti.

2.17 Bantuan Kewangan

2.17.1 Pelajar boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada mana-mana penaja seperti KPT, PTPTN, Baitulmal, Yayasan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan sebagainya.

2.17.2 Kelulusan bagi bantuan kewangan ini tertakluk kepada syarat dan peraturan penaja berkenaan. Pelajar hanya boleh memilih satu (1) penaja sahaja kecuali pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU).

(18)

JUARA KKSP ; 2020 2.17.3 Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

i) Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) adalah bantuan kewangan yang diberikan hanya kepada pelajar kolej komuniti yang layak.

ii) Bantuan ini hanya diberikan kepada pelajar SKK dalam mod sepenuh masa.

2.17.4 Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

i) Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini bertujuan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.

ii) Pinjaman ini hanya ditawarkan kepada pelajar peringkat diploma sahaja mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN.

2.17.5 Bantuan Kewangan Orang Kelainan Upaya (OKU)

i) Bantuan Kewangan Orang Kelainan Upaya (BKOKU) disediakan kepada pelajar yang memenuhi kriteria kelainan upaya yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

ii) BKOKU hanya ditawarkan kepada pelajar yang memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan oleh KPT

(19)

JUARA KKSP ; 2020 2.18 Pengurusan Disiplin

2.18.1 Pelajar perlu mematuhi etika pakaian yang ditetapkan oleh kolej komuniti bagi menghadiri kuliah, tutorial, peperiksaan, kelas, bengkel dan sebarang aktiviti di dalam atau di luar kolej komuniti.

2.18.2 Pelajar adalah tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan pindaan-pindaannya serta dibaca bersama dengan Garis Panduan Pengurusan Hal Ehwal Kolej Komuniti edisi terkini.

2.19 Latihan Industri (LI)

2.19.1 Pelajar perlu lulus semua kursus / modul.

2.19.2 Bagi program Sijil Asas Kolej Komuniti, pelajar perlu lulus tapisan di peringkat kolej komuniti berdasarkan kriteria yang ditetapkan mengikut program.

2.19.3 Syarat lulus LI

a) Menghadiri LI mengikut tempoh yang ditetapkan;

b) Lulus penilaian LI daripada Penyelia Syarikat dan Pensyarah Penyelia berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan; c) Melengkapkan dan menghantar Buku Laporan Harian Latihan

Industri.

2.19.4 Sekiranya pelajar diberhentikan oleh majikan, pelajar tersebut akan dikira sebagai Gagal dalam LI dan keputusan tidak boleh dipinda oleh Jawatankuasa Perhubungan dan Latihan Industri Kolej Komuniti (JPLIKK).

(20)

JUARA KKSP ; 2020 2.20 Penilaian

2.20.1 Struktur penilaian

a) Pelajar hendaklah menduduki dan melaksanakan semua aktiviti Pentaksiran Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA) bagi setiap kursus / LA berdasarkan keperluan kurikulum program yang digunakan.

b) Kategori penilaian

i) Kategori I - Gabungan PA dan PB ii) Kategori II - PB 100%

c) Penilaian LI hendaklah mengikut kaedah yang ditetapkan dalam penilaian Latihan Industri.

2.20.2 Penilaian Akhir (PA)

a) PA hendaklah dijalankan dalam tempoh dan kaedah yang ditetapkan oleh JPKK.

b) Seseorang pelajar adalah layak menduduki PA sekiranya memenuhi syarat berikut:-

i) Telah mendaftar kursus / LA.

ii) Telah menghadiri 80% atau lebih daripada jumlah jam pertemuan kursus / LA.

c) Pelajar yang telah menerima Surat Tunjuk Sebab (STS) boleh mengemukakan surat jawapan tunjuk sebab kepada TPA dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sebelum Surat Ditahan Menduduki Penilaian Akhir (PA) dikeluarkan.

d) Pelajar yang tidak dapat menduduki PA kerana disahkan sakit oleh Pegawai Perubatan hospital kerajaan atau kematian ibu / bapa / penjaga / suami / isteri / anak boleh diberikan penilaian khas dengan kelulusan Pengarah Kolej Komuniti.

(21)

JUARA KKSP ; 2020 2.20.3 Syarat Lulus Kursus / LA

a) Kategori I

i) Wajib hadir PA; dan

ii) Memperolehi markah gabungan PA dan PB dengan minimum 40 markah (Lulus Bersyarat) atau gred D iaitu Nilai Mata 1.00. b) Kategori II

i) Pelajar wajib menghadiri 80% daripada jumlah jam pertemuan bagi setiap kursus/LA; dan

ii) Memperolehi markah PB dengan minimum 40 markah (Lulus Bersyarat) atau gred D iaitu nilai mata 1.00.

2.20.4 Penilaian Khas (PK)

a) Penilaian Khas (PK) boleh diadakan untuk kes-kes berikut: i) Pelajar yang tidak dapat menduduki PA kerana disahkan

sakit oleh Pegawai Perubatan hospital / klinik kerajaan. ii) Pelajar yang kematian ibu / bapa / penjaga / suami / isteri /

anak.

iii) Sebab-sebab lain yang dapat diterima oleh pihak kolej komuniti berdasarkan rayuan.

b) Markah PK akan menggantikan markah PA sahaja manakala markah PB adalah kekal.

c) Markah PK akan menentukan keputusan kursus / LA berkenaan sama ada lulus atau gagal dan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK.

d) Sekiranya gagal dalam PK, pelajar dikehendaki mengulang kursus / LA tersebut pada semester / modul kursus / LA tersebut

ditawarkan.

e) Pelajar perlu mendapat kebenaran Pengarah Kolej Komuniti bagi menduduki PK

(22)

JUARA KKSP ; 2020 2.21 Pencapaian & Status Akademik

2.21.1 Pencapaian keseluruhan pelajar dinilai dengan menggunakan dua (2) ukuran iaitu Purata Nilai Gred (PNG) untuk sesuatu semester / modul dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) untuk kesemua semester / modul yang telah diikuti.

2.21.2 Status pencapaian akademik pelajar ditentukan pada setiap semester dengan menggunakan PNG seperti dalam Jadual 2

PENCAPAIAN STATUS AKADEMIK 3.67 - 4.00 Cemerlang 3.00 - < 3.67 Kepujian 2.00 - < 3.00 Baik 1.00 - < 2.00 Lulus Bersyarat < 1.00 Gagal

Jadual 2 : Status Pencapaian Akademik Pelajar

2.21.3 Pelajar yang mendapat status akademik LB sebanyak tiga (3) kali

berturut-turut akan diberhentikan daripada pengajian program tersebut. 2.21.4 Memperbaiki pencapaian dan status akademik.

Pelajar diberi peluang memperbaiki gred kursus / LA dengan syarat-syarat berikut:

i) Pembaikan gred hanya untuk kursus / LA bergred “C-“ dan ke bawah dengan kebenaran TPA / TP jika kursus / LA berkenaan ditawarkan pada semester berikutnya.

ii) Pembaikan gred bagi sesuatu kursus / LA hanya dibenarkan sekali sahaja kecuali kursus / LA yang diperbaiki itu gagal.

iii) Gred yang terkini akan menggantikan gred terdahulu dan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK.

iv) Tempoh pengajian belum tamat. 2.21.5 Pengumuman Keputusan Peperiksaan

i) Pegawai Peperiksaan akan mengumumkan keputusan peperiksaan bagi pihak Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti melalui hebahan elektronik sistem iStudent.

(23)

JUARA KKSP ; 2020 ii) Slip keputusan peperiksaan boleh diperolehi di Unit Peperiksaan

atau mencetak secara atas talian selepas pengumuman dibuat.

2.21.1 Rayuan Mengulang PB

a) Rayuan mengulang PB boleh dikemukakan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas selesai aktiviti PB yang berkenaan.

2.21.2 Rayuan Keputusan Peperiksaan

a) Pelajar boleh membuat rayuan penyemakan semula skrip jawapan PA melalui TPA / TP dengan mengisi Borang Rayuan Semakan

Semula Keputusan bagi mana-mana kursus / LA dalam tempoh

tujuh (7) hari selepas keputusan diumumkan atau mengikut tarikh yang ditetapkan oleh kolej komuniti.

b) Setiap rayuan hendaklah disertakan resit bayaran rayuan penyemakan.

c) Kadar bayaran rayuan penyemakan adalah sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus / LA. Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pengarah Kolej Komuniti

2.22 Penganugerahan

2.22.1 Sijil Kolej Komuniti (SKK) dan Diploma Kolej Komuniti (DKK) a) Pelajar layak dianugerahkan Sijil atau Diploma Kolej

Komuniti setelah syarat- syarat berikut dipenuhi:

i) Telah lulus semua kursus / LA yang ditetapkan bagi setiap program;

i) Lulus LI; ii) PNGK ≥ 2.00;

iii) Tidak melebihi tempoh maksimum pengajian yang ditetapkan;

iv) Memenuhi syarat kemasukan program dan syarat-syarat lain yang ditetapkan; dan

v) Diperakukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.

(24)

JUARA KKSP ; 2020 2.22.2 Anugerah Pengarah

a) Pelajar yang mendaftar semua kursus / LA berdasarkan struktur program atau sekurang-sekurangnya 12 kredit dalam satu-satu semester dan mendapat PNM ≥ 3.67 akan memperolehi Anugerah Pengarah.

Catatan “Anugerah Pengarah” akan dipaparkan dalam slip keputusan pelajar.

2.22.3 Pengeluaran transkrip

Transkrip pelajar dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas pengumuman keputusan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.

(25)

JUARA KKSP ; 2020 3.0 Program Sijil Terapi Kecantikkan & Spa (STK)

3.1 Sinopsis Program

Program Terapi Kecantikan dan Spa adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan :

1. Teknik dan kaedah melaksanakan rawatan kulit muka, spa tangan dan kaki, persolekan professional, spa badan dan pengurusan spa.

2. Mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek keusahawan supaya dapat mewujudkan peluang perniagaan dalam bidang yang berkaitan .

3. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara komunikasi yang berkesan .

4. Memastikan pelajar mahir dengan kaedah dan teknik menggunakan mesin yang betul dan berkesan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

5. Membantu dalam memantapkan lagi kemahiran pelajar dalam bidang solekan dan urutan.

6. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara pengurusan spa atau perniagaan.

(26)

JUARA KKSP ; 2020 3.2 Maklumat Program

Nama Program Sijil Terapi Kecantikkan & Spa (STK)

Nama Institusi Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi

Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

Mod Pengajian Sepenuh Masa

Syarat Kemasukan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Tempoh Pengajian Minimum (4 semester) Maksimum (10 semester)

Kalendar Semester 1 Semester – 6 Bulan

Aktiviti Pembelajaran dan

Pengajaran 14 Minggu Perkuliahan & 2 Minggu Pentaksiran

Latihan Industri 16 Minggu – 8 Kredit (Semester Akhir)

Jumlah Kredit Graduat 60 Kredit

Nombor Rujukan MQA MQA/FA2408

Nombor Siri Sijil MQA 08575

Nama Kelayakan MQA Certificate in Beauty Therapy & Spa Tarikh Akreditasi: Mulai 20/09/2012

(27)

JUARA KKSP ; 2020 3.3 Objektif Program Pengajian (PEO ; Programme Educational Objective)

i) Menghasilkan tenaga kerja dan usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan keperluan semasa dan hasrat Negara

ii) Menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah secara inovatif, kreatif dan kerja berpasukan melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat.

iii) Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mengurus maklumat dengan baik dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan kerja serta tanggungjawab sosial.

3.4 Hasil Pembelajaran Program (PLO ; Programme Learning Outcome)

Di akhir pembelajaran, pelajar akan boleh:

1. Mengaplikasi pengetahuan asas berdasarkan fakta, konsep, prinsip dan teori dalam bidang yang berkaitan

2. Menunjukkan kemahiran psikomotor dan amali dalam menyelesaikan masalah.

3. Menunjukkan kemahiran interpersonal dan kebertanggungjawaban sosial dalam mengaplikasi prinsip dan teori mengikut kesesuaian keadaan

4. Menunjukkan sifat beretika dan profesionalisme dalam amalan yang mempunyai prinsip etika dari aspek perundangan yang perlu dipatuhi

5. Menunjukkan kebolehan berkomunikasi dan kemahiran kepimpinan secara berkesan dengan rakan sekerja, pelanggan, majikan dan masyarakat umum 6. Menunjukkan kemahiran pemikiran analitikal dan kritikal dan menggunakan

teknik yang sesuai dalam menyelesaikan masalah Bidang Kulinari

7. Menyedari kepentingan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran pengurusan maklumat untuk pembangunan akademik dan kerjaya

8. Menunjukkan kemahiran pengurusan dan ciri – ciri keusahawanan dalam perspektif yang meluas di dalam alam perniagaan sebenar

(28)

JUARA KKSP ; 2020 3.5 Struktur Kursus

KOD ARENA PEMBELAJARAN LEARNING AREA (LA) KREDIT

SEMESTER 1 :

STK 1013 LA01 : Khidmat Pelanggan 3

STK 1023 LA02 : Terapi Kulit Muka 3

STK 1033 LA03 : Rawatan Mesin 3

STK 1043 LA04 : Laksanakan Penjagaan Tangan dan Kaki 3 STK 1052 LA05 : Laksanakan Penjagaan Penjagaan Bulu Roma 2 MPU 1311 Pendidikan Islam 1

1 MPU 1321 Pendidikan Moral 1

MPU 1181 Communicative English 1

SKW 1102 Aplikasi Komputer 2

JUMLAH 18 SEMESTER 2 :

STK 2013 LA01 : Pengindahan Bahagian Muka & Penyamaran (Camouflage) 3

STK 2023 LA02 : Solekan Siang Dan Malam 3

STK 2033 LA03 : Solekan Komersial 3

STK 2043 LA04 : Seni Kuku 3

MPU 1231 Kemahiran Insaniah 1

MPU 1152 Pengajian Malaysia 1 2

MPU 1411 Kokurikulum (Kelab) 1

MPU 1331 Pendidikan Islam 2

1 MPU 1341 Pendidikan Moral 2

JUMLAH 17 SEMESTER 3 :

STK 3012 LA01 : Asas Konsep Spa 2

STK 3023 LA02: Rawatan Refleksologi 3

STK 3033 LA03 : Rawatan Badan 3

STK 3042 LA04: Urutan Badan 2

STK 3053 LA05: Urutan Khas 3

MPU 1222 Keusahawanan 2

MPU 1101 Workplace English 1

MPU 1421 Kokurikulum (Sukan) 1

JUMLAH 17 LATIHAN INDUSTRI

SLI 4018 LATIHAN INDUSTRI (LI) 8

JUMLAH KESELURUHAN 60

* BAGI PELAJAR WARGANEGARA YANG TIDAK KREDIT BAHASA MELAYU SPM WAJIB MENGAMBIL KURSUS MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A.

(29)

JUARA KKSP ; 2020 3.6 Ringkasan Kursus

STK 1013 Khidmat Pelanggan

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai khidmat pelanggan mengikut prosedur yang betul. Ia merangkumi penampilan diri dan imej profesional, kaedah khidmat runding bersama pelanggan serta pendedahan tentang etika kebersihan dan keselamatan di bengkel

STK 1023 Terapi Kulit Muka

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai rawatan penjagaan kulit muka mengikut prosedur yang betul. Ia merangkumi penampilan diri jurukecantikan, proses khidmat runding serta kebersihan dan keselamatan tempat kerja sepanjang proses rawatan penjagaan kulit muka dijalankan. Selain itu juga, ia merangkumi tentang etika kebersihan dan keselamatan sepanjang proses rawatan

STK 1033 Rawatan Mesin

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai rawatan mesin mengikut prosedur yang betul. Ia merangkumi, rawatan mesin frekuensi tinggi dan rawatan mesin ultrasonik, serta pendedahan tentang etika kebersihan dan keselamatan di bengkel

(30)

JUARA KKSP ; 2020 STK 1043 Laksanakan Penjagaan Tangan & Kaki

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai rawatan spa tangan dan spa kaki mengikut prosedur yang betul. Ia merangkumi penampilan diri jurukecantikan, proses khidmat runding serta kebersihan dan keselamatan tempat kerja sepanjang proses rawatan penjagaan tangan dan kaki dijalankan

STK 1052 Laksanakan Penjagaan Bulu Roma

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai penjagaan bulu roma. Ia merangkumi pengenalan kepada penanggalan bulu roma lilin panas dan lilin suam serta pendedahan tentang etika kebersihan dan keselamatan di bengkel.

STK 2013 Pengindahan Bahagian Muka & Penyamaran (Camouflage)

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai cara pengindahan bahagian muka dan penyamaran (camouflage) mengikut kaedah yang sesuai. Ia merangkumi persiapan awal sebelum melakukan pengindahan bahagian muka iaitu pengetahuan tentang pengindahan bahagian muka, kaedah khidmat runding bersama pelanggan, pendedahan tentang etika keselamatan di bengkel, penampilan diri dan imej profesional, bahan, peralatan serta fungsinya serta teknik pengindahan bahagian muka. Kaedah pengindahan bahagian muka ini akan diberi penekanan supaya pelajar akan lebih memahami proses tersebut.

(31)

JUARA KKSP ; 2020 STK 2023 Solekan Siang & Malam

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai solekan mengikut prosedur yang betul. Ia merangkumi solekan siang dan malam serta pendedahan tentang etika kebersihan dan keselamatan di bengkel

STK 2033 Solekan Komersial

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai cara solekan komersial mengikut kaedah bersesuaian. Ia merangkumi persiapan awal sebelum melakukan solekan komersial iaitu pengetahuan tentang bahan, peralatan serta fungsinya, teknik solekan pengantin, solekan pentas dan solekan kesan khas. Kaedah solekan komersial ini diberi penekanan supaya pelajar akan lebih memahami proses sebenar solekan tersebut.

STK 2043 Seni Kuku

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai seni kuku mengikut kaedah kesesuaian. Ia merangkumi persiapan awal sebelum melakukan rawatan iaitu pengetahuan tentang bahan, peralatan serta fungsinya, teknik lukisan kuku dan teknik penyambungan kuku palsu. Kaedah seni kuku ini akan diberi penekanan supaya pelajar akan lebih memahami proses sebenar rawatan tersebut.

(32)

JUARA KKSP ; 2020 STK 3012 Asas Konsep Spa

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai asas konsep spa. Ia merangkumi persiapan awal, kaedah membangunkan konsep dan strategi perniagaan spa serta rekabentuk, susunatur dan suasana spa. Kaedah asas konsep spa ini akan diberi penekanan supaya pelajar akan lebih memahami proses sebenar persediaan pembukaan spa.

STK 3023 Rawatan Refleksologi

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai rawatan refleksologi tangan dan kaki mengikut prosedur yang betul. Ia merangkumi penampilan diri jurukecantikan, proses khidmat runding serta kebersihan dan keselamatan tempat kerja sepanjang proses rawatan refleksologi tangan dan kaki dijalankan

STK 3033 Rawatan Badan

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai rawatan badan mengikut prosedur yang betul. Ia merangkumi pemeriksaan kontra indikasi dan rawatan perapian badan serta pendedahan tentang etika kebersihan dan keselamatan di bengkel.

(33)

JUARA KKSP ; 2020 STK 3043 Urutan Badan

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai urutan badan mengikut prosedur yang betul. Ia merangkumi asas anatomi badan dan urutan badan serta pendedahan tentang etika kebersihan dan keselamatan di bengkel.

STK 3053 Urutan Khas

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai Urutan Khas mengikut prosedur yang betul. Ia merangkumi asas anatomi badan dan Urutan Khas serta pendedahan tentang etika kebersihan dan keselamatan di bengkel.

(34)

JUARA KKSP ; 2020 MPU 1181 Communicative English

Communicative English helps learners to increase their ability to use the English language to communicate in various situations in the community. This course equips learners with basic communicative skills such as greetings and introductions, instructions and directions, descriptions and business telephone skills. This course not only facilitates learners to communicate orally, but also in writing.

SKW 1012 Aplikasi Komputer

Kursus ini memperkenalkan perisian aplikasi komputer kepada pelajar. Pelajar akan pelajari asas-asas perisian aplikasi serta pengenalan jenis sistem. Modul ini akan melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan dalam setiap aplikasi untuk diintegrasikan antara satu sama lain. Pelajar juga dapat mengembangkan kemahiran mereka dalam penggunaan aplikasi komputer untuk melaksanakan tugas pengurusan

MPU 1411 KoKurikulum (Kelab)

Menerangkan tentang sejarah bidang pilihan dan kemahiran khusus bidang tersebut mengikut perkembangan semasa. Keperluan/peralatan asas, etika, istilah-istilah, demonstrasi dan mempraktik teknik-teknik asas bidang pilihan turut ditekankan kepada pelajar. Pelajar akan turut serta dalam merancang aktiviti aktiviti yang akan dijalankan, menerangkan kepentingan merancang aktiviti, pembahagian tugas dan menyelia aktiviti.

(35)

JUARA KKSP ; 2020 MPU 1421 KoKurikulum (Sukan)

Kursus ini menerangkan tentang pengenalan dan sejarah berkaitan sukan dan permainan pilihan merangkumi pengetahuan asas dan kemahiran khusus yang berkenaan. Kursus ini turut mendedahkan kepada peserta tentang asas pengurusan acara bagi sukan dan permainan pilihan merangkumi perancangan aktiviti dan pengelolaan pertandingan

MPU 1101 Workplace English

Workplace English helps learners to increase their ability to use the English language to communicate in various work situations. This course equips learners with the basic language skills they need to communicate with their superiors and subordinates in a formal and an informal environment, and deal with customers at the workplace.

MPU 1152 Pengajian Malaysia 1

Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang Sejarah Negara, Masyarakat Malaysia, Sistem Pemerintahan Negara, Perkembangan Sosio Ekonomi Negara dan Dasar-Dasar Negara. Kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai identiti kebangsaan dan semangat patriotisme yang unggul. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tugasan, peperiksaan dan pengalaman pembelajaran

(36)

JUARA KKSP ; 2020 MPU 1311 Pendidikan Islam 1

Pendidikan Islam 1 berteraskan kepada lima topik iaitu Tasawwur Islam, Konsep Aqidah, Konsep Ibadah,Ibadah-ibadah Khusus dan Akhlak Islamiah. Ia bertujuan melahirkan pelajar yang berilmu, beramal, berbakti menghayati ilmu yang dipelajari dan membentuk pelajar yang berakhlak mulia menurut syariat Islam, membimbing pelajar melaksanakan ibadah-ibadah khusus dengan betul dan sempurna dan melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri muslim dan mampu menghadapi cabaran.

MPU 1321 Pendidikan Moral 1

Modul ini bertujuan membentuk pelajar yang mempunyai nilai dan moral dalam kehidupan bermasyarakat. Selain itu, pelajar dibentuk untuk mempunyai semangat cintakan negara, menjadi insan yang menyumbang kepada pembangunan negara.

MPU 1231 Kemahiran Insaniah

Kursus Kemahiran Insaniah ini mengandungi pembelajaran dan latihan bagi mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran pengurusan maklumat, mengamalkan kemahiran berfikir dan kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan serta pembangunan kerjaya.

(37)

JUARA KKSP ; 2020 MPU 1222 Keusahawanan

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai definisi dan konsep keusahawanan. Pelajar akan mempelajari kemahiran ke arah keusahawanan dengan memahami produk, peletakan harga, promosi, pengagihan dan kewangan.

MPU 1331 Pendidikan Islam 2

Pendidikan Islam 2 berteraskan kepada pernikahan dalam Islam. Ia bertujuan melahirkan pelajar yang berilmu, beramal, berbakti, menghayati ilmu yang dipelajari dan membentuk pelajar yang bertanggungjawab seterusnya dapat membina sebuah rumahtangga yang bhagia menurut syariat Islam.

MPU 1341 Pendidikan Moral 2

Modul ini memberi pengetahuan kepada pelajar tentang perkara yang di perlukan untuk membentuk akhlak bermoral, cara menangani konflik dan menyelesaikan masalah terhadap isu-isu moral.

(38)

JUARA KKSP ; 2020 3.7 Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :

1. Perunding Imej 2. Juruterapi Kecantikan 3. Juruterapi Estetik 4. Jurusolek 5. Penyelia Spa 6. Usahawan

(39)

JUARA KKSP ; 2020 3.8 Kemudahan Pembelajaran Persekitaran Kolej Kemudahan Minuman Pelajar Parkir Pelajar Bangunan Utama

Ruang Rehat Pelajar Ruang Rehat Pelajar

(40)

JUARA KKSP ; 2020

Bilik – Bilik Kuliah Dewan Kuliah

Perpustakaan Al-Fateh Surau

(41)

JUARA KKSP ; 2020

Kolej komuniti Sungai Petani

TERIMA KASIH

KolejKomunitiSungaiPetani

http://kksungaipetani.mypolycc.edu.my

KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI

NO 77 LENGKOK CEMPAKA 1

PUSAT BANDAR AMANJAYA

08000 SUNGAI PETANI

KEDAH

TEL:04-4413909

FAKS:04-4412924

(42)

JUARA KKSP ; 2020

KKSP (2020).JUARA KKSP

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini akan menambah pembahasan mengenai batuan granitik serta unsur tanah jarang di Indonesia, terkait dengan petrogenesa dan tatanan tektonik, serta

Namun demikian, warnet tetap merupakan tempat yang menyediakan jasa untuk mengakses berbagai informasi global, menjadi media komunikasi dan juga wahana hiburan yang sudah

Pembelajaran reflektif merupakan sistem yang memantau dan mengatur aktivitas semua sistem otak lainnya. Sistem ini berkaitan dengan pemikiran tingkat tinggi dan

Ketentuan untuk menerapkan Kovenan ini berlaku tanpa mengganggu prosedur yang ditentukan di bidang hak-hak asasi manusia oleh atau berdasarkan instrumen-instrumen pendirian

Tujuan penelitian ini yaitu melakukan seleksi bakteri termofilik pasca erupsi Merapi yang mampu menghasilkan enzim amilase dan protease serta menentukan indeks

Namun bintang iklan yang belum terkenal tidak berarti tidak layak untuk dilihat, jika bintang iklan tersebut mampu melakukan perannya dengan baik (misal bintang iklan Axis maupun

Dapat dilihat bahwa di setiap saat, grafik amplitudo sel[1,1] pada simulasi tanpa anomali (warna merah) selalu lebih tinggi daripada grafik simulasi dengan anomali.

Di dalam memeriksa kelengkapan persyaratan dan barang yang dibawa tersebut $ecurity berhak untuk tidak mengizinkan kendaraan. tersebut untuk masuk maupun keluar dari