• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDANGAN PARA FUQAHA’

2.8 HUKUM MENGANTIKAN SOLAT

Secara umumnya qada‟ dianggap suatu wasilah untuk mengantikan solat-solat yang terluput iaitu dengan cara mengerjakan semula solat-solat yang terluput di luar waktunya.

Dalam bahasa Melayu qada‟ diertikan sebagai menggantikan atau mencukupkan atau membayar fardhu yang ketinggalan.148 Manakala dari sudut bahasa Arab qada‟ bermaksud mengerjakan sesuatu atau mengakhiri sesuatu. Menurut istilah fiqh qada‟ ialah mengerjakan ibadah sesudah keluar waktunya seperti mengerjakan solat setelah terluput waktunya kerana terdapat keuzuran tertentu. Sesetengah fuqaha‟ berpendapat bahawa qada‟ diharuskan apabila seseorang itu tidak

berpeluang untuk mengerjakan sekurang-kurangnya satu rakaat atau lebih dalam satu-satu waktu solat.149

Menurut pendapat jumhur fuqaha‟, hukum mengerjakan qada‟ adalah wajib ke atas seseorang Islam yang meninggalkan solat fardhu samada secara sengaja atau tidak. Perintah ini adalah bersandarkan150 kepada satu hadis Rasulullah SAW : 151

هٌر لاإ اله جسافولا ا٘شور ارا اهٍُصٍُف جلاص ٍضٔ ِٓ

Berdasarkan kepada keterangan hadis di atas adalah jelas bahawa qada‟ dibolehkan sebagai jalan untuk mengantikan semula solat-solat yang telah terluput apabila terdapat keuzuran-keuzuran tertentu seperti tertidur atau terlupa. Namun persoalan yang ditimbulkan ialah adakah qada‟ tersebut diharuskan dalam semua keadaan tanpa mengambilkira sebab-sebab seseorang itu meninggalkan solat samada secara sengaja atau tidak ? Untuk menjawab persoalan ini dikemukakan sebahagian dari pendapat fuqaha‟ tentang sebab-sebab yang diharuskan qada‟ atau tidak sekiranya seseorang itu meninggalkan solat. Secara khususnya, para fuqaha‟ telah membahagikan sebab-sebab yang mengharuskan qada‟ atau tidak kepada dua katogari iaitu sebab-sebab yang tidak mengharuskan qada‟ dan sebab-sebab yang mengharuskan qada‟.

149 Mustafa al-Bugha, et.al (1996) op. cit, j.1,h. 111

150 Ibid, h. 112

151 Abi al-Tayyib (1995), op. cit, no hadith 438

“Apabila seseorang dari kamu meninggalkan solat kerana terlupa maka hendaklah dia mengerjakan semula solat tersebut. Apabila dia mengantikannya, tidak ada kiffarah (penebus dosa) baginya selain dari itu.”

Sebab-sebab yang tidak mengharuskan qada‟ diistilahkan oleh fuqaha‟ sebagai keuzuran-keuzuran yang tidak diwajibkan qada‟ solat. Ia adalah keuzuran seperti haid, nifas, pengsan, gila dan orang murtad yang kembali kepada Islam. Mengenai masalah haid dan nifas para ulama‟ telah berittifaq bahawa seseorang wanita muslim yang didatangi haid atau nifas mereka tidak diwajibkan mengqada‟kan semula solat yang telah terluput semasa dalam haid dan nifas itu.152

Sebaliknya keuzuran-keuzuran seperti pengsan, gila dan orang murtad kembali semula kepada Islam, maka para fuqaha berbeza pendapat di dalam menentukan hukum qada‟ terhadap mereka. Menurut pendapat mazhab Maliki dan Hanafi, orang murtad yang kembali kepada Islam hukumannya adalah sama seperti orang kafir asli iaitu mereka tidak diwajibkan mengantikan semula solat-solat yang telah terluput. Namun menurut mazhab Shafi‟i orang yang murtad tetap diwajibkan mengantikan semula solat-solat yang telah luput kerana kewajiban solat fardhu tidak tergugur terhadap diri mereka. Mazhab Hanafi pula berpendapat seseorang pengsan harus mengantikan semula solat sekiranya dia sedar dalam waktu solat yang masih ada serta sempat untuk melakukan takbiratul lhram.153

Manakala sebab-sebab yang mewajibkan qada‟ solat ialah keuzuran-keuzuran yang diharuskan oleh syara‟ seperti terlupa atau tertidur. Mereka tidak dianggap berdosa kerana meninggalkan solat tersebut dan tidak diwajibkan menyegerakan qada‟ tersebut. Di samping itu al Imam al-Nawawi menambah bahawa waktu qada‟

152 al-Nawawi (t.t) op cit, j.3, h. 10

terhadap mereka ini adalah muwassa.154 Dalil yang mewajibkan qada‟ terhadap

mereka adalah sebagaimana hadis berikut : 155

Sebaliknya, jika seseorang meninggalkan solat dengan sebab-sebab yang tidak diharuskan oleh syara‟ seperti meninggalkan solat dengan sebab malas, menangguh-nangguhkan solat sehingga terluput waktunya maka para ulama‟ telah berselisih pendapat dalam menentukan hukum qada‟ terhadap mereka ini. Adakah qada‟ itu diterima atau tidak ?

Menurut pendapat al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-Shafi‟i, al-Imam Ahmad dan al-Imam Malik bahawa wajib ke atas orang tersebut mengantikan semua solat yang terluput tetapi qada‟nya itu sama sekali tidak boleh mengugurkan dosa meluputkan waktu solat dengan sengaja bahkan mereka tetap berhak mendapat seksaan Allah SWT di akhirat kelak.156

Menurut pendapat sebilangan ulama‟ salaf dan khalaf pula ; seseorang yang meluputkan solat dengan sengaja jika dia mengantikan semula solat-solat tersebut maka qada‟ tersebut adalah sama sekali tidak diterima. Justeru itu, al-Imam Ibn Taymiyyah dan al-Imam Ibn Hazm berpendapat orang yang meninggalkan solat

154

al-Nawawi (t.t) op cit, h. 667

155 al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalani (1989), Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari Kitab

Mawaqit al-Salah. Bab Man Nasiya Salatan, no hadith 583

156 Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah (1998), op cit, h. 93

جلاص ٍضٔ ِٓ

ف

شور ارإ ًصٌُ

ا٘

هٌر لاإ اله جسافو لا

:

ُلأ

شوزٌ جلاصٌا

ٌ

“…. Apabila seseorang dari kamu terlupa mengerjakan solat, hendaklah dia mengerjakan semula solat itu apabila dia teringat, tidak ada baginya penebus kerana Allah berfirman : Dirikanlah solat itu untuk mengingati Aku”.

dengan sengaja itu tidak wajib mengantikan semula solatnya sebaliknya mereka hendaklah bertaubat, memperbanyakkan istigfar serta banyak mengerjakan perbuatan taat sehingga Allah SWT menerima taubat dan istigfar mereka. Mereka telah berhujah dengan nas berikut :157

Berdasarkan kepada pendapat para fuqaha‟ di atas dapatlah dirumuskan bahawa para fuqaha‟ telah berbeza pendapat dalam menentukan hukum qada‟ terhadap seseorang Islam yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja. Secara umumnya pendapat-pendapat mereka dapat dibahagikan kepada dua iaitu golongan yang membolehkan qada‟ manakala satu golongan lagi tidak membolehkan qada‟.

Dalam menjelaskan permasalahan ini penulis bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh Imam Abu Hanifah, Imam Shafi‟i, Imam Ahmad dan al-Imam Malik bahawa seseorang yang meninggalkan solat dengan sengaja hendaklah mengantikan semula solat-solat yang terluput. Pendapat ini turut diakui oleh al-Imam

157 Ahmad al-Syarbasi (1995), Yas‟alunaka Fi al-Din wal al-Hayah, j.1, c.1, Beirut : Dar al-Jayl, h. 107

“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat) ; maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka). Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal saleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun”

Maryam (19) : 59-60

















































al-Nawawi bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja wajib mengantikan solat yang telah terluput.158 Kewajiban mengantikan semula solat ini

adalah berdasarkan kepada keterangan hadis Rasulullah SAW yang mewajibkan qada‟ terhadap orang yang tertidur dan terlupa.

Justeru itu secara mafhumnya orang-orang yang meninggalkan solat dengan sengaja lebih patut lagi untuk mengantikan semula solat-solat yang terluput berbanding orang-orang yang meninggalkan solat secara terlupa atau tertidur. Selain itu, seseorang yang meninggalkan solat hendaklah segera bertaubat kepada Allah serta merasa bersalah di atas ketelanjurannya meninggalkan solat fardhu agar qada‟ yang dikerjakannya itu akan dapat memberi kebaikan kepada dirinya serta diterima di sisi Allah SWT.