• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB KETIGA : ANALISIS KAJIAN

3.1.4 KONSEP DAN KEISTIMEWAAN PENGAJIAN TATI

Program-program pengajian yang ditawarkan di TATI menjurus kepada bidang kemahiran dan teknologi tinggi. Rasional kepada penawaran program tersebut ialah untuk menyediakan professional yang berkemahiran dalam pelbagai bidang kritikal yang amat diperlukan oleh negara termasuklah dalam bidang pembuatan, pengautomasian, kejuruteran kimia, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan automotif.

Kurikulum yang dirangka bukan sahaja untuk melahirkan graduan yang mahir dalam bidang yang berkaitan, malah juga mampu melahirkan graduan yang berpengetahuan tinggi, berketrampilan serta berfikiran global. Malah, tuntutan pasaran pekerjaan global juga memerlukan graduan yang seimbang dari segi pengetahuan, kemahiran serta ketrampilan telah mendorong TATI untuk merangka kurikulum program pengajian seperti yang telah ditawarkan di kampus ini.

Konsep pendidikan TATI adalah berteraskan teknologi dan kemahiran tinggi. Secara umumnya, para pelajar akan mengikuti kurikulum program masing-masing yang berteraskan kepada asas Kejuruteraan. Sebagai contohnya, bagi program Teknologi Kejuruteraan Automasi Industri, program ini merangkumi bidang pengajian Rekabentuk Analog dan Digital, Sistem Dalaman Cip, Elektronik Kuasa, Mikropemproses, Instrumentasi Elektronik, Sistem Kawalan serta Kejuruteraan

Perisian dan sebagainya.179 Manakala bagi subjek-subjek khusus akan dimasukkan

dalam semester 2 tahun kedua dan berlanjutan ke semester 2 tahun keempat seiring dengan subjek-subjek Kejuruteraan Elektronik yang lain. Pelajar-pelajar tahun akhir akan menjalankan projek-projek rekabentuk yang berkaitan dengan kursus masing-masing dan bersesuaian dengan keperluan industri semasa.180

Selain daripada kursus teras yang dikendalikan secara 'lab-intensive', pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran pengurusan dan kemahiran berkomunikasi melalui aktiviti ko-kurikulum dan pembangunan sahsiah bagi melahirkan graduan yang bukan sahaja mempunyai kemahiran tinggi tetapi juga berkebolehan untuk berdikari dan mempunyai sifat-sifat yang terpuji.

Penilaian dan pemarkahan merangkumi 50 – 60% kerja kursus dan 40 – 50 % peperiksaan akhir bergantung kepada kurikulum dan silibus program berkenaan. Bilangan kredit yang diperlukan untuk pengijazahan dalam tempoh 4 tahun pengajian sepenuh masa ialah 125 kredit. Manakala untuk diploma pengajian sepenuh masa ialah sekitar 95 kredit.181

Para pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama sekurang-kurangnya 16 minggu pada semester kedua di tahun akhir di dalam bidang yang berkaitan. Latihan industri ini bertujuan untuk melengkapkan bakal graduan dengan pengetahuan teknikal alam kerja sebenar di industri.

179 Cadangan Penubuhan Kolej Universiti TATI (2006), op.cit, h. 36

180 Ibid

TATI juga mempunyai ciri-ciri serta keunikannya tersendiri. Beberapa kelebihan yang dikenalpasti bagi membolehkan TATI mampu bersaing serta mempunyai kelebihan berbanding dengan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negara ini ialah :

Pertama : Program akademik yang memenuhi kehendak pasaran kerja terutama dalam sektor industri pada masa kini.182 Program pendidikan TATI menekan

aspek kemahiran tinggi dengan konsep pembelajaran seorang pelajar untuk satu mesin atau „hands On‟ serta dengan nisbah 70 % praktikal dan hanya 30 % teori amatlah menepati kehendak pasaran pekerjaan masa kini. Ini menjadikan graduan TATI berkemahiran tinggi sekaligus memberi kelebihan kepada mereka serta mendapat tempat yang baik di pasaran pekerjaan.

Kedua : Penggunaan bahasa pengantar dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar menjadikan graduan TATI sebagai graduan yang mempu bersaing di pasaran global.183 Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan

dalam komunikasi harian di seluruh dunia pada hari ini. Justeru itu para graduan TATI dianggap mampu bersaing di pasaran antarabangsa kerana menguasai penggunaan bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pengantar dalam pengajian di TATI.

Ketiga : Kelengkapan dan kemudahan pembelajaran yang lengkap, moden dan terkini serta memenuhi keperluan industri.184 TATI kini mempunyai sebuah bengkel

182 Cadangan Penubuhan Kolej Universiti TATI (2006), op.cit, h. 13

183 Ibid

yang lengkap seumpama sebuah kilang di dalam Kampus TATI. Justeru itu para mahasiswa TATI telah didedahkan dengan suasana pembelajaran berkonsepkan „teaching factory‟ yang menjadikan pelajar TATI dapat menyesuaikan diri mereka dalam suasana alam pekerjaan yang sebenar.

Disamping itu, Kampus TATI kini telah mempunyai pelbagai infrastuktur dan kemudahan bagi memenuhi suasana yang kondusif pembelajaran dan pengajaran serta pentadbirannya. Antara kemudahan tersebut ialah sebuah bangunan pentadbiran, 2 buah bangunan akademik, 8 blok asrama, 2 buah dewan kuliah utama, 2 buah theatrette, 33 buah bilik kuliah, 6 buah bilik tutorial, 10 makmal komputer, 4 buah makmal kejuruteraan kimia, 4 buah makmal kejuruteraan mekanikal, 2 buah makmal kimia dan pembuatan, 12 buah makmal kejuruteraan elektrikal dan elektronik, sebuah buah makmal matematik dan fizik, 2 buah bilik lukisan teknik, 4 buah bilik seminar, sebuah makmal bahasa, sebuah perpustakaan, sebuah bilik sumber, 3 buah kafeteria, 10 unit kuarters kakitangan, 38 buah bilik pensyarah serta pelbagai gelanggang sukan dan rekreasi.

Keempat : Tenaga pengajar yang berkelayakan, berpengalaman, professional dan terlatih.185 Sehingga kini TATI telah mempunyai 100 tenaga pengajar yang

mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda, sarjana dan PHD. Sebahagian besar tenaga pengajar TATI turut berpengalaman dalam bidang industri sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman. Ini menjadikan tenaga pengajar TATI amat berpengalaman dalam melatih mahasiswa TATI khususnya dalam bidang teknikal tinggi.

Kelima : Yuran pengajian yang berpatutan dan mendapat geran subsidi oleh kerajaan Negeri Terengganu.186 Yuran pengajian TATI adalah antara RM 2,750.00 –

RM 3,325.00 per semester. Ia dianggap berpatutan memandangkan penggunaan bahan dan mesin berteknologi tinggi yang memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi. Malah TATI mendapat peruntukan dari kerajaan Negeri Terengganu dengan peruntukan perbelanjaan mengurus tidak kurang dari RM 15 juta setahun di samping peruntukan pembangunan sumbangan kerajaan negeri yang mencecah RM 100 juta pada tahun 2007.

Keenam : Kemudahan sokongan kepada pelajar bagi mencapai prestasi cemerlang dalam akademik dan sahsiah.187 Melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar

pelbagai program telah dirangka untuk meningkatkan kemahiran berorganisasi, kemahiran komunikasi, membina keterampilan peribadi dan budaya intelaktual yang tinggi kepada para mahasiswa. Melalui aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar, kelab dan persatuan pelajar TATI para mahasiswa akan dapat menimba pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna. Malah sebanyak RM 150 ribu setahun diperuntukan oleh pengurusan TATI untuk membiayai aktiviti pelajar di kampus ini.

Ketujuh : Mendapat sokongan daripada badan penajaan pendidikan dan industri.188 TATI telah mendapat sokongan badan-badan tajaan pendidikan untuk

membiayai pengajian mahasiswa yang berkelayakan antaranya ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Yayasan Terengganu, Yayasan Pelajaran Johor, Yayasan Negeri Kedah, Yayasan Tenaga

186 Ibid

187 Ibid

Nasional Berhad, Pinjaman Pendidikan PERKESO, Pinjaman Pendidikan Al-Falah (Bank Rakyat), Felda, Perda dan sebagainya.189

Di samping itu TATI turut mendapat sokongan industi melalui jalinan kerjasama MoU, latihan industri, program kerjaya, rakan industri dan sebagainya. Antara rakan industri TATI190 ialah Sclumberger Oilfield, Petronas, Federation of

Malaysian Manufacturer (FMM), UPECA Engineering, Edaran Precision Industries, Hartman Malaysia, Seksun Technology, Huntsman Tioxides (M) Sdn Bhd, Nexus Technology, UMW Saekaphen dan sebagainya.