• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 3: PENGAJIAN HUKUM ISLAM

3.2. Profil Institut Agama Islam Negeri Sunan Ampel

3.2.2. IAIN Sunan Ampel: Di Antara Kepungan Tiga Tradisi

Pelbagai corak pemikiran keagamaan yang berkembang dalam sejarah Islam di Indonesia, bermula dari Islam yang bercorak sufistik, tradisional, penggerak, pemodenan dan neo-moden hingga Islam liberal membuktikan kepelbagaian pengaruh yang masuk ke dalam wacana Islam yang berkembang di kepulauan Nusantara ini.12 Dalam konteks ini, pengajian hukum Islam di perguruan tinggi Islam, termasuk IAIN Sunan Ampel, sudah tentu tidak boleh terlepas daripada latar belakang visi dan orientasi corak pemahaman dan pemikiran keagamaan tersebut.

Dalam artikel "The Intellectualization of Islamic Studies in Indonesia‖,13 Zamakhsyari Dhofier menjelaskan bahawa fasa yang menentukan dalam pemikiran hukum Islam di perguruan tinggi Islam Indonesia adalah bermula daripada ikatan yang akrab antara Islam Nusantara14 dan Islam Timur Tengah, khususnya sekitar

11 Lihat, Rencana Strategis (RENSTRA) IAIN Sunan Ampel Surabaya Periode 2009-2011, Tidak dipubikasikan.

12 Dadi Darmadi, IAIN dalam Wacana Intelektual Islam Indonesia, laman sesawang Kementerian Agama, dicapai 12 Januari 2013 http://www.ditpertais.net/artikel/dadi01.asp.

13 Zamakhsyari Dhofier, The Intellectualization of Islamic Studies in Indonesia, Indonesia Circle (London, 58 Juni 1992), 19-31, diterbitkan ulang, bersama sejumlah artikel lain menyangkut IAIN, dalam Muhaimin, A.G. (ed.), Zamakhsyari Dhofier on Tradition and Change in Indonesian Islamic Education, (Jakarta: Office of Religious Research and Development, Ministry of Religious Affairs [Badan Litbang Depag], 1995), 61-86. Rujukan dalam artikel ini adalah pada terbitan ulang tersebut.

14

Sebelum era kemerdekaan, nama ―Indonesia‖ belum banyak dikenal sebagai nama sebuah negara. Indonesia lebih dikenal dengan ―Nusantara‖, nama yang berikan oleh Mahapatih Gajah Mada pada masa Kerajaan Majapahit.

awal abad XV hingga pertengahan abad XVII M, dan kemudian sejak akhir abad XIX M. Di antara kedua-dua tempoh tersebut, Indonesia berada di bawah kuasa penjajah Belanda. Pada tempoh itu keadaan ekonomi dan politik tidak menentu, kemudian dikenakan pelbagai tindakan ketat oleh kerajaan kolonial hingga Nusantara relatif terpencil. Namun pembaikan pengangkutan pada tahun 1870, khususnya selepas pembukaan Terusan Suez (1869) serta perkembangan kapal wap, hubungan intensif Nusantara-Timur Tengah kembali pulih. Dalam hubungan tersebut, interaksi ilmu pengetahuan dan pendidikan menjadi kedudukan yang sangat penting. Sekitar akhir abad XIX, lebih daripada 5.000 orang Indonesia melanjutkan pelajaran di Timur Tengah, terutama Mekah dan Madinah. Oleh kerana itu, pengaruh tradisi intelektual Islam Timur Tengah, khususnya Hijaz, terhadap Pendidikan Islam di Nusantara sangat luas.

Walau bagaimanapun, Zamakhsyari menjelaskan lebih lanjut bahawa tradisi Islam Timur Tengah yang merasuk ke dalam alam kognisi pesantren dan Perguruan Tinggi di Nusantara bersifat eksklusif dan statik. Yang berkembang justeru dinamik intelektual yang berlangsung selepas runtuhnya pusat tamadun Islam seperti Cordova dan Baghdad. Dalam tradisi ini falsafah dan logik telah ditinggalkan, dan kurikulum berpusat pada tafsir, ilmu kalam, kajian kebahasaan yang berkaitan dengan Qur'an dan fekah. Pembiakan telah bertukar sebagai pengeluaran.15 Ilmu-ilmu pengetahuan alam tidak lagi termasuk dalam kurikulum asas di kebanyakan institusi Pendidikan Islam. Sementara tasawuf, baik dari segi upacara agama mahupun aspek teoretis ajarannya, termasuk di dalam kurikulum.16

15 Ibid., 65. 16

Ibid., 69. Integrasi erat antara ilmu tasawuf dan berbagai mata kajian agama lainnya maupun hubungan erat dalam kedua bidang studi tersebut antara Hijaz dan Asia Tenggara, juga diurai secara jelas dalam Azyumardi Azra, "The Transmission of Islamic Reformism to Indonesia: Networks Middle Eastern and Malay-lndonesian 'Ulama' in the Seventeenth and Eighteenth Centuries," disertasi belum diterbitkan, Columbia University, New York, 1992 [akan diterbitkan KITLV, Leiden]; terjemahan Indonesia:

Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII: Melacak Akar-Akar Pembaruan Pemikiran Islam di Indonesia, (Bandung: Mizan, 1994).

Berikut perkembangan tradisi Hijaz, sekitar akhir abad XIX juga muncul tradisi baru yang bergerak dalam pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam. Tradisi baru tersebut yang kemudian disebut sebagai pembaharuan, berpusat di Al-Azhar, Kaherah. Sejak itu, semakin banyak orang Indonesia belajar di al-Azhar, disebabkan berkurangnya minat mereka belajar di Hijaz. Pergeseran orientasi kajian tersebut disebabkan oleh faktor-faktor berikut: pertama, pemikiran Wahabi yang sebelumnya ditolak oleh kebanyakan ulama Nusantara tradisional mulai dominan di Hijaz; kedua, pendekatan pembaharuan terhadap Islam lebih sesuai dengan keperluan dan mentaliti umat Islam Hindia Belanda waktu itu, khususnya penduduk kota yang semakin bertambah jumlahnya. Selain itu, pendekatan tersebut juga lebih mampu tampil sebagai alternatif pendidikan pola Belanda yang disediakan bagi golongan terbatas penduduk pribumi, daripada tradisi sebelumnya.17

Perkembangan tradisi baru di al-Azhar inilah yang nampaknya menjadi salah satu rujukan utama pada pendirian IAIN. Di antara fakulti di IAIN, tiga di antaranya sama dengan fakulti di al-Azhar sejak 1930-an: Fakulti Usuluddin, Syari`ah dan Adab. Sistem ujian tahunan juga diambil daripada al-Azhar. Salah satu faktor yang mendukung pengaruh model al-Azhar adalah banyaknya lulusan al-Azhar yang menyandang kedudukan penting di Jabatan Agama dan merancang pendirian IAIN.18

Namun begitu, model al-Azhar tidak diambil alih secara membuta tuli. Untuk memenuhi keperluan nasional akan pembina dan guru agama, dua fakulti, yang tidak terdapat di al-Azhar, ditubuhkan di lingkungan IAIN: Fakulti Tarbiyah dan Dakwah. Yang disebut terakhir ini awalnya merupakan salah satu jurusan di Fakulti Usuluddin, dan telah ditingkatkan statusnya menjadi fakulti bebas. Pada peringkat lebih dasar, ciri khas Indonesia pada IAIN dilihat dalam rumusan tujuannya:

17 Ibid., 67-68. Beberapa tahun lalu, mahasiswa Indonesia di Al-Azhar juga menjadi objek kajian intensif Mona Abaza. Ini dapat dilihat dalam karyanya Islamic Education: Perceptions and Exchanges Indonesian

Students in Cairo, (Paris: Association Archipel, 1998).

pendidikan ahli-ahli ilmu agama yang antara lain akan menyumbang kepada pengembangan harmoni antara umat beragama dalam masyarakat Indonesia yang majmuk itu.19 Pada peringkat doktrin, salah satu alasan mengapa banyak ulama Indonesia menggariskan keperluan pengembangan Pendidikan Tinggi Islam secara bebas adalah disebabkan keyakinan mereka bahawa Islam telah berkembang melalui pelbagai bentuk, sesuai dengan konteks sejarah dan budaya yang berbeza-beza, dan harapan mereka bahawa Islam terus berkembang pada masa depan. Dan disebabkan hal tersebut, ilmu agama Islam di Indonesia tidak mengikuti secara membuta tuli dengan model Timur Tengah atau model rujukan lain. Akhirnya, pada peringkat sosial sebahagian besar mahasiswa IAIN yang berasal dari pesantren kemudian meningkatkan pengaruh tradisi pendidikan Islam khas Indonesia di IAIN. Demikianlah kenyataan yang berlaku sampai sekarang, walaupun sejak awal tahun 1990-an sijil Sekolah Menengah Atas (SMA) atau Madrasah Aliyah (MA) menjadi salah satu syarat menerima mahasiswa baru IAIN.20

Selain tradisi Timur Tengah, khususnya al-Azhar, dan tradisi Indonesia, pola Perguruan Tinggi Barat banyak mempengaruhi perkembangan IAIN. Hal itu kelihatan terutamanya dalam susunan program pengajian. Dengan memacu kepada tradisi akademik Belanda, program-program pengajian pertama ditempuhi selama lima tahun dengan pembelajaran selama tiga tahun untuk mendapat gelaran Sarjana Muda (BA), dan dua tahun untuk gelaran Doctorandus (Drs.), dan yang selanjutnya dapat digunakan untuk gelaran doktor. Walaupun sistem tersebut kemudiannya dihapuskan, sistem Barat tetap menjadi sumber inspirasi utama. Ini boleh dilihat pada perubahan dan pembaharuan yang lebih berkaitan kepada isi program pengajian dan metode pengajaran di IAIN menjelang akhir dekad 90-an. Dalam program

19 Misalnya dalam Tim Penyusun Studi Kelayakan Pengembangan IAIN Menjadi Universitas Negeri, Laporan Hasil Studi Kelayakan Pengembangan IAIN Menjadi Universitas Islam, Jakarta: Departemen Agama Rl, Proyek Perguruan Tinggi Agama IAIN Syarif Hidayatullah (Jakarta, 31 Januari 1995), 2. 20 Johan Hendrik Meuleman, ―IAIN di Persimpangan Jalan‖, laman sesawang Kementerian Agama, dicapai 12 Februari 2013, http://www.ditpertais.net/ artikel/ Meuleman01. asp.

pengajian, perubahan tersebut adalah pengembangan kursus kuliah pengantar umum kajian Islam, Dirasah Islamiyah seperti dalam Kurikulum 1997 diubah namanya menjadi Metodologi Studi Islam serta penambahan jam kredit semester (SKS) pada falsafah umum dan falsafah Islam. Sedangkan berkaitan dengan metode pengajaran, pemikiran rasional dan bebas serta diskusi lebih ditekankan untuk menggantikan peniruan terhadap pensyarah dan pelbagai teks yang kurang lebih klasik. Kebanyakan pembaharuan ini dilakukan ketika Harun Nasution menjawat Ketua Perguruan Tinggi IAIN Syarif Hidayatullah (1973-1984) dan kemudian diterapkan beransur-ansur dengan beberapa IAIN yang lain.21