• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ibadah & Fadhilat Istimewa Pada Bulan Ramadhan

1. Keistimewaan bulan Ramadhan

1.3 Ibadah & Fadhilat Istimewa Pada Bulan Ramadhan

Persamaan/Perbezaaan antara :

 Qiyam ullayl (ليللا مايق)

 Qiyam Ramadhan ( َناَضَم َر مايق)

 Tahajjud (دجهت)

 Tarawih (حيورت)

Kesemuanya sama (solat malam) – Cuma Qiyam Ramadhan, solat malam yang khusus dalam ramadhan, disyariatkan untuk ditunaikan secara berjemaah.

“Tarawih” adalah gelaran yang diberi oleh para ‘ulama  menandakan “istirehat”, kerana kebiasaan mereka berehat seketika selepas beberapa rakaat.

َةَشِئاَع ْنَع ِف ٍةَلْ يَل َتاَذ ىَّلَص ملسو هيلع الله ىلص َِّللَّا َلوُسَر َّنَأ اهنع الله ىضر َيِنِمْؤُمْلا ِ مُأ

،ُساَّنلا َرُ ثَكَف ِةَلِباَقْلا َنِم ىَّلَص َُّثُ ،ٌسَنً ِهِتَلاَصِب ىَّلَصَف ِدِجْسَمْلا

Daripada ‘Aisyah, ibu kepada orang-orang beriman (radhiAllahu ‘anha); Pada satu malam Rasulullah ﷺ menunaikan solat di masjid, dan orang mengikutinya solat. Kemudian pada malam seterusnya juga dia menunaikan solat, dan sangat ramai orang telah berkumpul (mengikutinya).

َثِلاَّثلا ِةَلْ يَّللا َنِم اوُعَمَتْجا َُّثُ

،ملسو هيلع الله ىلص َِّللَّا ُلوُسَر ْمِهْيَلِإ ْجُرَْيَ ْمَلَ ف ،ِةَعِباَّرلا ِوَأ ِة

Kemudian, pada malam ketiga dan keempat dan mereka berkumpul (lagi), tetapi Rasulullah ﷺ tidak keluar kepada mereka;

َلاَق َحَبْصَأ اَّمَلَ ف :

"

ََّصَّيِذ لاَُّتحيَأَرَّحدَق

ََّضَرحفُ تَّحنَأَُّتيِشَخَّ ِ نَّأَّ لِإَّحمُكحيَلِإَِّجوُرُحلْاََّنِمَّ ِنِحعَ نحَيََّحَلََوَّحمُتحعَ ن

َّ

َّحمُكحيَلَع

َّ"َّ

َناَضَمَر ِف َكِلَذَو ،

Setelah tiba waktu pagi, dia berkata, “Sesungguhnya, aku telah lihat apa yang kamu lakukan dan aku tidak berniat untuk keluar, kecuali kerana aku takuti ia akan menjadi sesuatu yang diwajibkan ke atas kamu”

Dan peristiwa itu berlaku pada bulan Ramadhan. 17

17 Muttafaq ‘alayhi – Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Diriwayatkan oleh Abu Dzar beliau berkata, bulan Ramadhan, lantas beliau solat mengimami kami hingga sepertiga malam, kemudian beliau tidak mengimami kami pada hari keenam, dan mengimami pada hari ke limanya hingga separuh malam,

ََُّّهَلَََّّبِتُكَََّّفِرَصحنَ يََّّ تََحََِّّماَمِحلْاَََّّعَمَََّّماَقََّّحنَمََُّّه نِإ َلاَقَ ف ِهَِِه اَنِتَلْ يَل َةَّيِقَب اَنَ تْلَّفَ ن ْوَل َِّللَّا َلوُسَر َيَّ ُهَل اَنْلُقَ ف

ٍَّةَلح يَلََُّّماَيِق

lantas kami mengatakan kepada baginda: Wahai Rasulullah, (alangkah baiknya) kalau engkau mengimami kami solat sunat (tarawih) pada (seluruh) malam-malam yang masih tersisa ini, beliau menjawab: sesungguhnya barangsiapa berdiri (mengerjakan solat tarawih) bersama imam sampai imam selesai dituliskan baginya (pahala) qiyam seluruh malam

َُّثُ

Kemudian beliau tidak mengimami kami sampai tersisa tiga hari, lantas beliau mengimami kami pada hari ketiga (dari hari tersisa), beliau mengajak keluarga dan isteri-isterinya. Beliau mengimami kami sampai kami khuwatir akan (terlepas) falah, aku (Jubair Ibn Nufair) bertanya: apa falah itu?

Beliau (Abu Dzar) menjawab : Sahur. 18

Cara-Cara Solat Tarawih

Rasulullah ﷺ bersabda:

ٍةَدِحاَوِب ْرِتْوَأَف َكُكِرْدُي َحْبُّصلا َّنَأ َتْيَأَر اَذِإَف َنَْ ثَم َنَْ ثَم ِلْيَّللا ُةَلاَص

“Solat malam itu dua rakaat, dua rakaat

Apabila kamu nampak waktu subuh makin dekat, maka solatlah dengan bilangan ganjil (witir) dengan satu rakaat” 19

سو هيلع الله ىلص َِّللَّا ِلوُسَر ُةَلاَص ْتَناَك َفْيَك َةَشِئاَع َلَأَس ُهَّنَأ ،ِنَْحَّْرلا ِدْبَع ِنْب َةَمَلَس ِبَِأ ْنَع ِف مل

َناَضَمَر

Abu Salamah bin Abd al-Rahman bertanya kepada ‘Aisyah tentang solat (malam) Rasulullah ﷺ pada bulan Ramadhan.

18 Riwayat At-Tirmidzi yang menilainya sebagai hadith Hasan Sahih

19 Riwayat Muslim

اةَعْكَر َةَرْشَع ىَدْحِإ ىَلَع ِهِْيَْغ ِف َلاَو َناَضَمَر ِف ُديِزَي ملسو هيلع الله ىلص َِّللَّا ُلوُسَر َناَك اَم ْتَلاَق َّنِهِنْسُح ْنَع ْلَأْسَت َلاَف ااعَ بْرَأ يِ لَصُي َُّثُ َّنِِلِوُطَو َّنِهِنْسُح ْنَع ْلَأْسَت َلاَف ااعَ بْرَأ يِ لَصُي يِ لَصُي َُّثُ َّنِِلِوُطَو

اثَلاَث

Dia berkata: “Rasulullah ﷺ tidak pernah solat di dalam bulan Ramadhan atau di luar Ramadhan lebih daripada sebelas (11) rakaat;

Dia solat dengan empat rakaat; maka janganlah bertanya bagaimana cantiknya dan panjangnya (solatnya itu)

Kemudian dia solat dengan empat rakaat; maka janganlah bertanya bagaimana cantiknya dan panjangnya (solatnya itu)

Kemudian dia solat tiga (3) rakaat (witir)

َ ف َرِتوُت ْنَأ َلْبَ ق ُماَنَ تَأ َِّللَّا َلوُسَر َيَّ ُتْلُقَ ف ُةَشِئاَع ْتَلاَقَ ف َلاَق

:

" ِبِْلَ ق ُماَنَ ي َلاَو ِناَماَنَ ت ََّنَْ يَع َّنِإ ُةَشِئاَع َيَّ "

‘Aisyah berkata lagi, “Wahai Rasulullah! Adakah kamu tidur sebelum kamu solat witir?”

Baginda bersabda, “Wahai ‘Aisyah! Sesungguhnya mata aku tidur, tetapi hati aku tidak tidur” 20

Tarawih 20 rakaat?

Terdapat beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa para sahabat mendirikan solat qiyam pada Ramadhan (Tarawih) sebanyak 23 rakaat (20 rakaaat qiyamullayll + 3 rakaat witir) atau 21 rakaat (20 rakaat qiyamullayl + 1 rakaat witir):

 Pada Zaman Umar ibn Al-Khattab 21

 Zaman Uthman ibn ‘Affan 22

 Zaman Ali ibn Abi Talib 23

Amalan ini diteruskan lagi ketika pemerintahan Bani Umaiyyah, sehingga Khalifah Umar bin Abdul Aziz menambahkan bilangan rakaat tarawih di Masjid An-Nabawi di Madinah kepada 39 rakaat (36 rakaat + 3 witir), seperti diriwayatkan dalam ibnu Abi Shaibah; akan tetapi masjid-masjid lain tetap meneruskan bilangan 20 rakaat.

Amalan ini diteruskan lagi sewaktu zaman pemerintahan Bani Abasiyah, sehingga ke zaman empat Imam Besar Mazhab. Antara komentari daripada ‘ulama :

 Imam At-Tirmidzi 24 – Jumhur (majoriti) ‘ulama berpegang bahawa Umar, Ali dan sahabat-sahabat lain Rasulullah ﷺ mendirikan solat tarawih dengan bilangan 20 rakaat; demikianlah pendapat Sufyan Ath-Thawri, Abdullah ibnu Mubarak dan Asy-Syafi’ee.

 Imam Asy-Syafi’ee 25 – “Saya menyaksikan penduduk Madinah melaksanakan tarawih di Masjid Nabawi dengan bilangan 39 rakaat (termasuk solat witir); sementara itu, saya lebih menyukai bilangan 20 rakaat kerana hal itu diriwayatkan daripada Umar ibn Al-Khattab.

20 Muttafaq ‘alayhi – Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

21 Diriwayatkan di dalam Musannaf Abdul Razzaq, sunan Al-Bayhaqi daripada Tabi’in Sa’ib ibn Yazid, dan Yazid ibn Khusayfah, dengan sanad yang sahih

22 Diriwayatkan oleh Qatadah daripada Hassan bin Ali bin Abi Talib di mana Ali bin Abi Talib menjadi imam, riwayat al-Bayhaqi

23 Diriwayatkan oleh ‘Ata bin Sa’ib, riwayat al-Bayhaqi

24 Diriwayatkan di dalam Kitab “sunan” beliau

25 Kitab “Al-Umm”

Demikian halnya penduduk Makkah melaksanakan solat tarawih dengan bilangan 20 rakaat dengan witir 3 rakaat.

 Ibnu Taymiyyah 26 – “Telah dibuktikan bahawa Ubay ibn Ka’ab (sahabat Rasulullah) telah mengimami solat qiyam di Ramadhan sebanyak 20 rakaat; dan witir sebanyak tiga rakaat.

Ramai ‘ulama menganggap ini adalah sunnah; kerana dia mendirikannya di kalangan Muhajirin dan Ansar dan tidak ada yang membantah. Manakala ada pula yang menganggap lebih baik mendirikan 39 rakaat, kerana inilah amalan penduduk Madinah.”

Kesimpulan – Walaupun Rasulullah ﷺ sendiri tidak pernah melebihi 11 rakaat dalam solat Tarawih, pemahaman para sahabat adalah, dalil ini tidak meletakkan kadar maksima dalam Qiyam. Para sahabat memahami hadith qiyamullayl di mana Rasulullah menyebut “

ََّنَح ثَمَّ َنَح ثَم

” (Dua rakaat, dua rakaat) membawa maksud, dibolehkan untuk mendirikan solat malam sebanyak mana yang mampu.

Mereka pun mengamalkan 20 rakaat; dan amalan ini berkekalan dalam jemaah Ahlus Sunnah Wal-Jamaah pada zaman sahabat dan diteruskan sehingga ke zaman kita hari ini.

Maka :

 Jika berniat untuk menunaikan 11 rakaat sahaja, atas niat untuk mendirikan jumlah yang diamalkan oleh sunnah Rasulullah ﷺ, maka itu adalah baik, Alhamdulillah.

 Jika berniat untuk menunaikan 20 rakaat, meneruskan amalan para ahlus sunnah, atas niat suka beribadah dan memperdengarkan Al-Qur’an (i.e. menghabiskan satu juzu’ pada setiap malam), maka itu juga adalah baik, Alhamdulillah.

 Jika berniat melakukan 30 rakaat atau lebih, mampu melakukannya tanpa mendatangkan rasa sakit atau penat, maka itu juga adalah baik, Alhamdulillah.

 Jika berniat 11 rakaat kerana keletihan dan ditakuti susah untuk kerja pada keesokan harinya, maka itu juga baik Alhamdulillah

 Jika mengikuti imam yang solat 20+3 rakaat tetapi keluar ‘awal’ (selepas 8 rakaat) maka rugi dan terlepaslah pahala “seolah-olah solat seluruh malam”, kerana tidak mengikuti imam sehingga ia selesai.

Manakala :

 Jika berniat untuk pilih 8 rakaat kerana nak cepat habis,

 Jika berniat 20 rakaat yang solat kelajuan ‘turbo’,

ىَوَ ن اَم ٍئِرْما ِلُكِل اََّنَِّإَو ،ِتاَّي ِنلِبً ُلاَمْعَْلْا اََّنَّإ

“Sesungguhnya, segala amalan itu bermula dengan niat, dan seseorang akan dibalas atas apa yang dia niatkan” 27

Bolehkah solat malam lagi selepas selesai Solat Tarawih?

Rasulullah ﷺ bersabda:

اارْ تِو ِلْيَّللِبً ْمُكِتَلاَص َرِخآ اوُلَعْجا

“Jadikanlah solat kamu yang terakhir pada waktu malam itu solat witir” 28

26 Kitab “Majmu’ Fatawa”

27 Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

28 Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Rasulullah ﷺ bersabda,

ٍةَلْ يَل ِف ِناَرْ تِو َلا

“Tiada dua witir dalam satu malam”29 Tetapi dalam riwayat lain:

ٌسِلاَج َوُهَو ِْيَ تَعْكَر ُعَكْرَ يَو ٍعْسِتِب ُرِتوُي َناَك ملسو هيلع الله ىلص َِّللَّا َلوُسَر َّنَأ ،َةَشِئاَع ْن َع

Daripada ‘Aisyah, bahawa Rasulullah menunaikan solat dengan sembilan rakaat, kemudian lagi dua rakaat tambahan (solat malam) sambil duduk 30

َوُهَو ِْيَ تَفيِفَخ ِْيَ تَعْكَر ِرْتِوْلا َدْعَ ب يِ لَصُي َناَك ملسو هيلع الله ىلص َِّبَِّنلا َّنَأ ،َةَمَلَس ِ مُأ ْنَع ٌسِلاَج

Daripada Umm Salamah bahawa Nabi menunaikan (solat malam) dua rakaat yang ringan selepas witir, sambil duduk 31

Menghimpunkan dalil-dalil di atas, kita ambil ungkapan Imam An-Nawawi  Ini menunjukkan bahawa ia adalah mubah (dibolehkan) solat malam selepas witir.

Tetapi jangan solat witir lagi sekali.

Dalil pertama tadi menunjukkan ianya lebih digalakkan untuk menjadikan solat witir solat terakhir pada waktu malam.

َلاَق وُعْدَأ اَم ِرْدَقْلا َةَلْ يَل ُتْقَ فاَو ْنِإ َتْيَأَرَأ َِّللَّا َلوُسَر َيَّ ْتَلاَق اَهَّ نَأ ،َةَشِئاَع ْنَع َيِلوُقَ ت

Daripada ‘Aisyah, yang berkata “Ya Rasulullah! Apa yang kau rasa (bagus untuk) dibaca dalam doaku, jika aku bertemu dengan Lailatul Qadar?

Rasulullah ﷺ menjawab: “Katakanlah:

َِّ نَِعَُّفحعاَفََّوحفَعحلاَُّّبُِتٌَُّّوُفَعََّك نِإَّ مُه للا

"ََّّ "

“Ya Allah, Engkau-lah Yang Maha Memaafkan, Engkau mencintai

kemaafan, maka maafkanlah aku”

32

29 Riwayat At-Tirmidzi, sahih Sunan Abi Daud Al-Albani

30 Riwayat Sunan An-Nasa’i

31 Riwayat Sunan ibn Majah

32 Riwayat ibn Majah, dan At-Tirmidzi yang berkata “hadith ini hasan sahih”

Bilakah Lailatul Qadar?

Antara apa yang telah diriwayatkan:

• Malam ke-21 33

• Malam ke-23 34

• Malam ke-27 35 Rasulullah ﷺ bersabda:

َناَضَمَر ْنِم ِرِخاَوَلْا ِرْشَعْلا َنِم ِرْتِوْلا ِف ِرْدَقْلا َةَلْ يَل اْوَّرََتَ

“Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam terakhir daripada Ramadhan” 36

Daripada Riwayat ini  ianya jatuh pada malam ganjil daripada 10 malam terakhir; jadi jika Ramadhan

 30 hari  10 malam terakhir bermula daripada malam ke-21; dan malam ganjil adalah malam ke 21, 23, 25, dan sebagainya. Tetapi jika Ramadhan

 29 hari  10 malam terakhir bermula daripada malam ke-20; dan malam ganjil adalah malam ke 28, 26, dan sebagainya.

Tetapi di dalam riwayat lain,

ِف ِرْدَقْلا َةَلْ يَل اوُرُأ ملسو هيلع الله ىلص ِ ِبَِّنلا ِباَحْصَأ ْنِم ،الااَجِر َّنَأ امهنع الله ىضر َرَمُع ِنْبا ِنَع ملسو هيلع الله ىلص َِّللَّا ُلوُسَر َلاَقَ ف ،ِرِخاَوَلْا ِعْبَّسلا ِف ِماَنَمْلا

Ibnu Umar RadhiAllahu anhuma meriwayatkan bahawa ada dua orang daripada sahabat-sahabat Nabi ﷺ telah bermimpi bahawa lailatul Qadar itu berlaku pada tujuh hari malam terakhir (dalam Ramadhan). Kemudian Rasulullah bersabda,

"

ُم َناَك ْنَمَف ،ِرِخاَوَلْا ِعْبَّسلا ِف ْتَأَطاَوَ ت ْدَق ْمُكَيٌَُّْر ىَرَأ ِرِخاَوَلْا ِعْبَّسلا ِف اَهَّرَحَتَ يْلَ ف اَهَ يِ رَحَت

"

“Aku melihat bahawa mimpi-mimpimu bersetuju bahawa Laylatul Qadar berlaku pada tujuh hari terakhir; maka, bagi sesiapa yang ingin mencarinya, maka carilah ianya pada tujuh malam terakhir”

37

HANYA ALLAH TAHU! Kita tidak akan tahu dengan tepat berapa hari Ramadhan sehingga ianya berakhir.

Antara tanda-tandanya:

 Pada pagi selepas Malam Lailatul Qadar, matahari cerah tanpa kelihatan sinarnya 38

 Pada malam tersebut, langit kelihatan jelas tanpa awan; kemudian didatangi awan secara tiba-tiba dan turunlah hujan 39

 Tenang dan tenteram, tidak panas dan tidak sejuk, matahari yang terbit pada pagi seterusnya bersinar dengan pudar dan kelihatan kemerah-merahan 40

 Perasaan tenteram sehingga terbit Fajar (Surah Al-Qadar, ayat 5)

33 Riwayat Al-Bukhari, Abu Daud, Malik daripada Abu Said Al-Khudri

34 Riwayat Muslim, daripada Abdullah ibn Unais

35 Riwayat Abu Daud marfu’ drpd Mu’awiyah, Riwayat At-Tirmidzi drpd ibn Mas’ud

36 Muttafaq ‘alayhi – Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

37 Riwayat Al-Bukhari

38 Riwayat Muslim secara mauquf oleh Sahabat Rasulullah, Ubay ibn Ka’ab

39 Riwayat Al-Bukhari secara mauquf melalui sahabat Abu Salamah

40 Hadith Marfu’, Riwayat At-Tayalisi, ibn Khuzaimah dan Al-Bazzar dengan sanad isnad

Jadi, sewajarnya  jangan tumpukan ibadah hebat pada malam-malam tertentu sahaja. Sunnah Nabi adalah menghidupkan kesemua 10 malam terakhir; maka inilah yang terbaik, dan mengajarkan kepada kita Hikmah di sebalik kekaburan waktu tepat lailatul Qadar mengajar kita – agar kita konsisten dalam taqwa.

َِّبَِّنلَا ملسو هيلع الله ىلص َفَكَتْعا َُّثُ ,َُّللََّا ُهاَّفَوَ ت َّتََح ,َناَضَمَر ْنِم َرِخاَوَْلَْا َرْشَعْلَا ُفِكَتْعَ ي َناَك

ِهِدْعَ ب ْنِم ُهُجاَوْزَأ

Nabi ﷺ beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir pada Ramadhan; sehingga dia wafat; kemudian isteri-isterinya meneruskannya selepas pemergiannya 41

Waktu I’tikaf : bermula selepas Subuh

َِّللََّا ُلوُسَر َناَك

ملسو هيلع الله ىلص ُهَفَكَتْعُم َلَخَد َُّثُ ,َرْجَفْلَا ىَّلَص َفِكَتْعَ ي ْنَأ َداَرَأ اَذِإ

-“Rasulullah ﷺ apabila ingin I’tikaf, dia akan solat subuh (terlebih dahulu, kemudian) dia akan masuk ke tempat I’tikaf” 42

Hanya keluar untuk memenuhi keperluan (hajat) sahaja :

َِّللََّا ُلوُسَر َناَك ْنِإ ملسو هيلع الله ىلص

ُهَسْأَر َّيَلَع ُلِخْدُيَل ِدِجْسَمْلَا ِف َوُهَو

,ُهُل ِ جَرُأَف َلا َناَكَو

اافِكَتْعُم َناَك اَذِإ ,ٍةَجاَِلْ َّلاِإ َتْيَ بْلَا ُلُخْدَي

‘Aisyah meriwayatkan : Rasulullah ﷺ meletakkan kepalanya ke dalam rumah, sedangkan dia di dalam masjid; sementara aku menyikat rambutnya.

Apabila dalam I’tikaf, dia tidak akan masuk ke dalam rumah kecuali untuk memenuhi sesuatu hajat (keperluan) 43

Fokus ketika beri’tikaf

ََيم َلاَو اةَزاَنَج َدَهْشَي َلاَو ااضيِرَم َدوُعَ ي َلا ْنَأ ِفِكَتْعُمْلا ىَلَع ُةَّنُّسلا ِتَلاَق اَهَّ نَأ ،َةَشِئاَع ْنَع َلاَو اةَأَرْما َّس

َلاَو اَهَرِشاَبُ ي ٍعِماَج ٍدِجْسَم ِف َّلاِإ َفاَكِتْعا َلاَو ٍمْوَصِب َّلاِإ َفاَكِتْعا َلاَو ُهْنِم َّدُب َلا اَمِل َّلاِإ ٍةَجاَِلْ َجُرَْيَ

Daripada ‘Aisyah – sunnah untuk seseorang yang sedang beri’tikaf adalah :

 Tidak menziarahi orang yang sakit

 Tidak mendatangi pengebumian (pengurusan jenazah)

 Tidak menyentuh isterinya

 Tidak keluar ke mana-mana kecuali untuk hajat (keperluan)

 Tidak ada I’tikaf kecuali dengan berpuasa; dan

 I’tikaf itu tidaklah ada kecuali pada masjid yang didirikan solat berjemaah 44

41 Muttafaq ‘alayhi – Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

42 Muttafaq ‘alayhi – Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

43 Muttafaq ‘alayhi – Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Bolehkah beri’tikaf di masjid selain daripada 3 masjid utama?

ايليإ دجسمو ، ةكم دجسمو ، ةنيدلما دجسم : ةثلاثلا دجاسلما هِه ف لاإ فاكتعا لا

“Tidak boleh beri’tikaf kecuali tiga masjid : Masjid al-Madinah (An-Nabawi), Masjid Makkah (Masjidil Haram), dan Masjid Ilia (Baitul Maqdis)” 45

Kesimpulan :

 Komentari ‘ulama: Ungkapan ini adalah pendapat Hudzaifah yang Shadz

 Di dalam sahih mauquf ini sendiri, kenyataan Hudzaifah telah dipersoalkan oleh Abdullah ibn Mas’ud : “Mungkin mereka betul dan kau yang salah, atau mereka yang ingat, dan kau yang lupa?”

 Sahabat besar yang lain – Ali, ‘Aisyah, dan ibn Abbas – telah keluarkan fatwa bahawa I’tikaf boleh diamalkan di mana-mana masjid di mana adanya solat berjemaah; dan tidak ada bukti di mana sahabat lain menyelisihi fatwa ini

 Kalaulah hadith ini sahih, maksud yang diambil adalah “pahala I’tikaf itu tidaklah sempurna kecuali diamalkan di tiga masjid utama”

 Ayat 187 surah al-Baqarah menyatakan tentang I’tikaf secara amnya; oleh itu tidak wajar dihadkan 46

Ganjaran I’tikaf?

Rasulullah ﷺ bersabda:

ََّرَّ ِفًَِّةَرحمُعَّ نِإَف يِعَمًَّة جَحَّيِضحقَ تََّناَضَم

“Sesungguhnya, ibadah ‘umrah pada bulan Ramadhan adalah sama (dalam ganjarannya) seperti menunaikan Haji bersamaku” 47

Rasulullah ﷺ bersabda

َِّرحجَأَُّلحثِمَُّهَلََّناَكَّاًمِئاَصََّر طَفَّحنَم اًئح يَشَِّمِئا صلاَِّرحجَأَّحنِمَُّصُقح نَ يََّلَُّه نَأََّرح يَغَِّه

“Siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.” 48

44 Riwayat Abu Daud, dinilai “hasan sahih” oleh Al-Albani

45 Hadith ini diriwayatkan dengan mauquf oleh Hudzaifah, dan didapati dalam Silsilah as-Saheehah Al-Albaani.

46 Islam Q&A - https://islamqa.info/en/81134 - ‘About the hadeeth, “There is no i‘tikaaf except in the three mosques”’

47 Muttafaq ‘alaihi, Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

48 Riwayat At-Tirmidzi, Ibn Majah, dan Ahmad, dari Zaid bin Khalid Al Juhani. At Tirmidzi mengatakan bahawa hadith ini hasan shahih. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadith ini sahih

Rasulullah ﷺ bersabda:

ُهَباَرَشَو ُهَماَعَط َعَدَي ْنَأ ِف ٌةَجاَح َِِّللَّ َسْيَلَ ف ِهِب َلَمَعْلاَو ِروُّزلا َلْوَ ق ْعَدَي َْلم ْنَم

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan penipuan dan amal-amal keburukan (dosa), maka Allah tidak berhajat (perlu) kepada dia menahan lapar dan dahaganya” 49

Rasulullah ﷺ bersabda: “Adakah kamu tahu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah orang yang tiada wang dan tiada harta”.

Sabda Rasulullah ﷺ:

َفََِقَو اََِه َمَتَش ْدَق ِتَِْيََو ٍةاَكَزَو ٍماَيِصَو ٍةَلاَصِب ِةَماَيِقْلا َمْوَ ي ِتَِْيَ ِتَِّمُأ ْنِم َسِلْفُمْلا َّنِإ َلاَم َلَكَأَو اََِه

َد َكَفَسَو اََِه َلْبَ ق ُهُتاَنَسَح ْتَيِنَف ْنِإَف ِهِتاَنَسَح ْنِم اََِهَو ِهِتاَنَسَح ْنِم اََِه ىَطْعُ يَ ف اََِه َبَرَضَو اََِه َم

ِراَّنلا ِف َحِرُط َُّثُ ِهْيَلَع ْتَحِرُطَف ْمُهَيَّاَطَخ ْنِم َِِخُأ ِهْيَلَع اَم ىَضْقُ ي ْنَأ

“ Sesungguhnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat nanti dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat, tetapi ia datang juga dengan membawa dosa mencaci manusia, dosa menuduh manusia, dosa memakan yang haram, dosa membunuh manusia, dosa memukul manusia, lalu dibayar balik dosa-dosa yang dilakukan tersebut dengan mengambil pahala solat, puasa dan zakatnya, lalu diberikan kepada orang yang dia melakukan dosa terhadapnya, tetapi belum habis dosa itu dibayar, pahalanya telah pun habis (kerana telah digunakan untuk membayar dosanya terhadap manusia), lalu diambil dosa orang yang dia melakukan dosa terhadapnya itu dan dilemparkan ke atasnya, lalu dia pula yang menanggung dosa milik orang lain, akhirnya ia dicampakkan ke dalam neraka” 50

َِّناَقحرُفحلاَوَّٰىَدُحلْاََّنِمَّ ٍتاَن ِيَبَوَِّسا نلِلَّىًدُهَُّنآحرُقحلاَِّهيِفََّلِزحنُأَّيِذ لاََّناَضَمَرَُّرحهَش

ََّّ ۚ

“Bulan Ramadhan – yang dimana (bermula) turunnya Al-Qur’an, hidayah bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah dan al-furqan (pembeza antara baik dan buruk)”

(Surah Al-Baqarah 2:185)

ُنوُكَي اَم ُدَوْجَأَو ،ِساَّنلا َدَوْجَأ ملسو هيلع الله ىلص ُِّبَِّنلا َناَك َلاَق امهنع الله ىضر ٍساَّبَع ِنْبا ِنَع ِح ،َناَضَمَر ِف ُهُسِراَدُيَ ف ،َناَضَمَر ْنِم ٍةَلْ يَل ِ لُك ِف ُهاَقْلَ ي ُمَلاَّسلا ِهْيَلَع ُليِْبِْج َناَكَو ،ُليِْبِْج ُهاَقْلَ ي َي

ِةَلَسْرُمْلا ِحيِ رلا َنِم ِْيَْْلِْبً ُدَوْجَأ ملسو هيلع الله ىلص َِّللَّا ُلوُسَرَلَ ف َنآْرُقْلا

49 Riwayat Al-Bukhari

50 Riwayat Muslim

Daripada ibn ‘Abbas : Rasulullah ﷺ adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah ﷺ melebihi angin kencang yang berhembus.” 51

َيْحَأَو ،ُهَرَزْ ئِم َّدَش ُرْشَعْلا َلَخَد اَذِإ ملسو هيلع الله ىلص ُِّبَِّنلا َناَك ْتَلاَق اهنع الله ىضر َةَشِئاَع ْنَع ا

ُهَلْهَأ َظَقْ يَأَو ،ُهَلْ يَل

Daripada ‘Aisyah : Rasulullah ﷺ apabila sampai kepada sepuluh (10) hari terakhir pada Ramadhan;

maka dia akan ketatkan ikatan pinggangnya, menghidupkan malam, dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk solat) 52

َّبَع ِنْبا ِنَع ُنوُكَي اَم ُدَوْجَأَو ،ِساَّنلا َدَوْجَأ ملسو هيلع الله ىلص ُِّبَِّنلا َناَك َلاَق امهنع الله ىضر ٍسا

اَضَمَر ْنِم ٍةَلْ يَل ِ لُك ِف ُهاَقْلَ ي ُمَلاَّسلا ِهْيَلَع ُليِْبِْج َناَكَو ،ُليِْبِْج ُهاَقْلَ ي َيِح ،َناَضَمَر ِف ُهُسِراَدُيَ ف ،َن

ُقْلا ِةَلَسْرُمْلا ِحيِ رلا َنِم ِْيَْْلِْبً ُدَوْجَأ ملسو هيلع الله ىلص َِّللَّا ُلوُسَرَلَ ف َنآْر

Daripada ibn ‘Abbas : Rasulullah ﷺ adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah ﷺ melebihi angin kencang yang berhembus.”

53

Sadaqah bukan terhad kepada derma harta sahaja. Perbanyakkanlah amal lain yang dikira sebagai sadaqah.

Rasulullah ﷺ bersabda:

ُّسَبَ ت َلُجَّرلا َكُداَشْرِإَو ٌةَقَدَص ِرَكْنُمْلا ِنَع َكُيْهَ نَو ِفوُرْعَمْلِبً َكُرْمَأَو ٌةَقَدَص َكَل َكيِخَأ ِهْجَو ِف َكُم ِف

َةَكْوَّشلاَو َرَجَْلْا َكُتَطاَمِإَو ٌةَقَدَص َكَل ِرَصَبْلا ِءيِدَّرلا ِلُجَّرلِل َكُرَصَبَو ٌةَقَدَص َكَل ِلَلاَّضلا ِضْرَأ َمْظَعْلاَو

ٌةَقَدَص َكَل َكيِخَأ ِوْلَد ِف َكِوْلَد ْنِم َكُغاَرْ فِإَو ٌةَقَدَص َكَل ِقيِرَّطلا ِنَع

“Untuk anda senyum kepada saudara anda adalah (salah satu bentuk) sadaqah; dan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah sadaqah; dan membantu seorang yang sesat di jalan adalah sadaqah; dan

51 Riwayat Al-Bukhari

52 Muttafaq ‘alayhi – Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

53 Riwayat Al-Bukhari

membantu seseorang yang lemah penglihatannya adalah sadaqah; dan mengalih batu, duri atau tulang daripada jalan raya adalah sadaqah;

untuk mencurahkan air daripada bekas anda kepada bekas saudara anda adalah sadaqah” 54

Rasulullah ﷺ bersabda:

"

َُّللَّا اَهُعَ فْرَ ي ِموُلْظَمْلا ُةَوْعَدَو ُلِداَعْلا ُماَمِلإاَو َرِطْفُ ي َّتََح ُمِئاَّصلا ُمُهُ تَوْعَد ُّدَرُ ت َلا ٌةَثَلاَث َباَوْ بَأ اََلِ ُحَتْفَ يَو ِماَمَغْلا َاْوَ ف

ْعَ ب ْوَلَو َكَّنَرُصْنَلْ ِتَِّزِعَو ُّبَّرلا ُلوُقَ يَو ِءاَمَّسلا ٍيِح َد

"

Tiga orang yang doanya tidak tertolak:

a) orang yang sedang berpuasa sampai berbuka, b) pemimpin yang adil, dan

c) doa orang yang dizalimi/teraniaya.

Allah mengangkatnya ke atas awan, dibukakan baginya pintu-pintu langit, dan Allah berfirman (yang ertinya): “Demi keagungan-Ku, pasti Aku akan menolongmu meski setelah beberapa waktu” 55

54 Riwayat At-Tirmidzi yang menggelarnya sebagai hadith hasan gharib

55 Riwayat ibn Majah dan At-Tirmidzi yang menilainya sebagai hadith hasan

Dokumen terkait