SEJARAH AWAL BRUNEI SEBELUM GAGASAN MALAYSIA
2.7 IDEA PENYATUAN AWAL DAN PENOLAKAN YANG BERTERUSAN DARI SULTAN BRUNEI
Segala cadangan untuk meyatukan Brunei dengan dua wilayah Borneo British, kalaulah dapat disatukan ia hanya akan mewujudkan satu pertubuhan yang longgar. Usaha ini dijalankan bersama oleh Anthony Abell dan Sir Roland Turnbull, Gabenor Borneo Utara yang mana mengikut cadangan tersebut terdapat tiga buah negeri yang dikira akan dapat menuruti usaha-usaha yang dijalankan itu. Negeri-negeri tersebut diharap akan dapat mengikuti dasar untuk mengekalkan ekonomi keatas pendapatan dan perbelanjaan mereka sendiri. Di sini kerajaan pusat akan mengawasi sistem pertahanan mereka, hubungan luar negeri, komunikasi dan keselamatan dalaman, tetapi sultan Brunei terus menolak cadangan itu dan menurut laporan Borneo Bulletin pada 15 Februari 1958, anggota Majlis Negeri Brunei telah menentang sekeras-kerasnya persekutuan Brunei dengan wilayah lain.77
Pada tahun 1958 satu petikan daripada Jawatankuasa Pesuruhjaya Untuk Asia Tenggara pada persidangan Inter – Territorial keselamatan yang diadakan di Brunei telah berkata bahawa persidangan itu menunjukkan cara untuk lebih mendekatkan lagi dengan penyatuan politik. Walau bagaimanapun sultan Brunei tanpa henti-henti mengumumkan bahawa persidangan itu tidaklah bermakna bahawa tiga wilayah itu akan menjadi persekutuan. Beliau juga mengumumkan bahawa Brunei bukanlah koloni yang penting untuk memelihara kedudukan negara dengan kesabaran dan kesungguhan.78
Dengan perisytiharan Perlembagaan Brunei pada bulan September 1959, Sultan berada dalam keududukan lebih selamat kerana mereka berjaya memperkuat,
77 Ibid., hlm.127.
78 Ibid., hlm. 128.
83
meningkatkan dan melindungi kuasa raja dan monarki. Walaupun pada awalnya Anthony Abell tidak mengalu-alukan cadangan perlembagaan sultan, tetapi akhirnya beliau menerima tanpa sebarang pertikaian. Ini adalah disebabkan kebijaksanaan sultan Brunei di dalam memberikan pendedahan akan segala hajatnya kepada pihak Britain.
Setelah perlembagaan ini diisytiharkan maka perjanjian 1905/1906 telah dibatalkan dan digantikan dengan Perjanjian 1959, manakala jawatan residen yang dibatalkan telah digantikan dengan jawatan Pesuruhjaya Tinggi. Di sini pentadbiran Brunei dan Sarawak telah dipisahkan dan seterusnya Brunei telah mencapai taraf berkerajaan sendiri. Namun British mengekalkan kawalan sepenuhnya ke atas urusan luar dan pertahanan Brunei, dan ini dinyatakan dalam Perkara 3 dari Perjanjian 1959.
Berikutan daripada perisytiharan perlembagaan Brunei, pihak Inggeris telah mula memikirkan satu langkah yang terbaik untuk menggabungkan Sarawak dan Borneo Utara tanpa Brunei. Lord Selkirk mengumumkan bahawa beliau menyukai persekutuan dua wilayah itu sebagai langkah untuk mereka menuju kearah berkerajaan sendiri.
Walau bagaimanapun, rancangan itu tidak dapat diteruskan kerana kedua-dua wilayah itu tidak dapat berdiri sendiri tanpa Brunei. Selain daripada itu, persatuan Borneo Utara dan Sarawak akan dianggap tidak dapat dikawal oleh British jika Brunei tidak menjadi sebahagian daripada pertubuhan tersebut, maka akibatnya Britain mula berusaha mencari Persekutuan Tanah Melayu yang bebas untuk menyelesaikan masalahnya di wilayah-wilayah Borneo Utara termasuk Brunei.79
Menurut Tunku, idea ini perlu dilaksanakan kerana menurut beliau dengan cara ini sahaja merupakan cara yang paling berkesan bagi melemahkan strategi Parti
79 Ibid., hlm.128.
84
Komunis Malaya yang kini semakin kukuh bertapak di Singapura. Sekiranya Singapura mencapai kemerdekaan secara bersendirian maka besar kemungkinan pulau kecil itu akan menjadi sebuah negara komunis. Oleh yang demikian sekiranya perkara ini benar-benar berlaku maka teori domino yang mengandungi doktrin (fahaman atau ajaran) untuk menjadikan seluruh Asia Tenggara sebagai kawasan yang dikuasai oleh fahaman komunis semakin menjadi kenyataan. Maka satu cara yang sebaik-baiknya untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memerdekakan pulau kecil itu melalui penubuhan Malaysia.
Dalam satu ucapan perbahasan Dewan Rakyat yang disampaikan oleh wakil PAS
Tanah Merah Kelantan iaitu Osman Bin Abdullah, penulisan ini telah memetik intisari penting di dalam ucapan tersebut:
Bila menyentuh tentang fahaman komunis, ia membawa erti sesuatu yang mendekatkan kepada perkara yang menjadi musuh negara dan musuh Islam.
fahaman ini begitu senang mempengaruhi golongan rakyat yang mempunyai taraf hidup yang rendah. Pihak atasan pula membawa fahaman ini melalui pergerakan buruh. Kemunculan pengaruh ini telah dapat dilihat di Singapura.
Dalam kontek penyatuan, tidak ada sebarang pemisahan asasi yang dapat memisahkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Contohnya pemisahan ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 adalah pemisahan politik, bukannya pemisahan asasi. Begitulah juga dengan Borneo Utara, Sarawak dan Brunei. Wakil PAS ini sebenarnya tidak menyokong percantuman di antara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu
85
kerana percantuman ini akan mengundang bahaya bukan sahaja kepada Singapura tetapi juga kepada Persekutuan Tanah Melayu.80
Kalau Brunei, Borneo Utara dan Sarawak telah berpisah kerana politik dengan kita berkurun-kurun lamanya dengan sebab penjajahan yang menguasai sejarah kita dan kini mereka itu hendak dicantumkan semula supaya mendapat kebebasan, maka inilah satu cara yang paling baik kerana mereka adalah negeri yang kaya denga hasil minyak, tetapi mereka hidup miskin. Oleh yang demikian Melayu Raya yang dikehendaki oleh PAS ialah Melayu Raya yang dapat menyelamatkan anak bangsa kita di masa hadapan dari segi sosial,
Ura-ura Tunku untuk menubuhkan Malaysia bolehlah dikatakan wujudnya melalui perhatian dan penilaiannya dari kekalahan calon “People Action Party” (PAP) ditangan seorang calon yang berhaluan kiri dalam satu pilihanraya kecil di kawasan Hong Lim yang merupakan satu-satunya kubu terkuat PAP. Ketika usul penubuhan Malaysia di parlimen untuk kali pertamanya pada bulan Oktober 1961, Tunku menekankan bahawa selagi Singapura berada di bawah naungan kerajaan British, maka soal keselamatan pulau tersebut tidak timbul. Walau bagaimanapun, menurut Tunku apa-apa sahaja boleh berlaku sekiranya pulau tersebut tidak lagi di bawah kerajaan British.
Semasa lawatan Tunku ke London pada Oktober 1961, Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh dua wakil yang dilantik oleh British dan dua orang lagi wakil lagi dilantik oleh pihak Persekutuan Tanah Melayu. Tujuan penubuhan ini ialah untuk menentukan pandangan penduduk Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak
80 Laporan Dewan Rakyat, 18 Oktober 1961.
86
tentang penubuhan Malaysia.81 Setelah Suruhanjaya Cobbold menyiapkan laporannya, Suruhanjaya Landsdowne pula dibentuk yang dikira sebagai peringkat terakhir rundingan di London pada Julai 1963. Walaupun rundingan-rundingan yang diadakan oleh kedua-dua suruhanjaya ini adalah khusus mengenai penubuhan Malaysia, tetapi ia tidak melibatkan Singapura, kerana Singapura diwakili oleh Jawatankuasa Perpaduan Malaysia. Di sini juga dapat dipastikan bahawa bukan hanya rundingan dengan pihak Singapura sahaja yang terkeluar dari rangka “Cobbold-Landsdowne” tetapi pihak Brunei juga terkeluar dari rangka rundingan daripada kedua-dua suruhanjaya ini. Untuk menjelaskan bagaimana rundingan-rundingan daripada pihak Persekutuan dan Brunei dijalankan, penulisan ini akan memberikan pendekatan pada bab yang seterusnya.
2.8 KESIMPULAN
Kewujudan Perlembagaan Bertulis 1959 adalah satu titik perjuangan sultan Brunei untuk mewujudkan sistem pemerintahan demokrasi di Brunei. Di dalam perlembagaan ini telah dinyatakan dengan jelas bahawa Menteri Besar adalah bertanggungjawab kepada sultan tentang pentadbiran dalam negeri kerana Menteri Besar dilantik oleh sultan dan akan dibantu oleh Setiausaha kerajaan, Peguam Negara dan Pegawai Kewangan Negeri.
Keperihatinan sultan terhadap jawatan Menteri Besar dan Setiusaha kerajaan ialah jawatan ini hanya boleh disandang oleh orang Melayu Brunei Islam yang bermazhab Shafie sahaja. Perlembagaan baru ini telah menetapkan bahawa penubuhan majlis-majlis mesyuarat, iaitu Majlis Mesyuarat Menteri, Majlis Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat Diraja dan Majlis Mesyuarat Peringkat Raja. Perkara yang penting ialah kenyataan
81 Laporan Rasmi Dewan Rakyat, 18 Oktober 1961.
87
dalam Bab 41(b) Perlembagaan 1959, sultan adalah pemerintah negeri yang tertinggi.
Penentuan ini juga menunjukkan bahawa kuasa dan tempuh pemerintahan berada di tangan baginda. Sultan yang mempunyai kuasa mutlak ini, menjadi punca bangkangan Parti Rakyat Brunei (PRB).82
Bagi menyempurnakan berkaitan dengan dasar yang diamalkan oleh kerajaan Brunei penulisan ini ingin memberikan penjelasan dasar luar bagi sesuatu negara.
Sebenarnya dasar luar ialah dasar yang diikuti oleh sesebuah negara ketika berhadapan dengan suasana antarabangsa, berdasarkan kepada suatu pegangan untuk mencapai matlamat tertentu dengan jelas. Selalunya dasar luar ini merupakan satu pandangan perasaan yang ditimbulkan dari semasa ke semasa akibat daripada pengaruh dan tekanan luar. Oleh yang demikian dasar luar bagi sesebuah negara sebenarnya menjadi falsafah perjuangan sesebuah negara berhubung dengan sesuatu keputusan dan tindakan yang diambil untuk dimaklumkan kepada dunia luar.83 Negeri Brunei adalah sebuah negeri naungan kerana hal ehwal luar negeri masih menjadi tanggungjawab Great Britain, maka sudah pasti setiap perancangan yang akan dijalankan oleh pihak kerajaan negeri Brunei akan dimaklumkan oleh pihak Great Britain kepada peringkat antarabangsa. Dasar ini sebenarnya telah dijalankan sejak sebelum lahirnya Perlembagaan Negeri Brunei 1959.
Di dalam bab seterusnya penulisan ini akan menumpukan kepada dasar dekolonisasi British untuk mencari sokongan atau mengaitkan wilayah-wilayah Borneo British sebelum digabungkan dengan Persekutuan. Pihak British ingin membawa Brunei membangun bersama-sama dengan Sarawak dan Borneo Utara. Di samping itu penulisan
82 Sabihah Osman, Mohamad Hadi Abdullah dan Sabullah Haji Hakip, Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan, hlm.134.
83 Ibid, hlm.60-61.
88
ini juga ingin membincangkan bagaimana negeri-negeri yang terlibat dalam rancangan Malaysia melihat dekolonisasi sebagai agenda utama untuk penyatuan yang menjadi landasan utama perbincangan tesis ini.
89 BAB 3
PERKEMBANGAN POLITIK BRUNEI DAN