SEJARAH AWAL BRUNEI SEBELUM GAGASAN MALAYSIA
2.4 USAHA PENYATUAN POLITIK OLEH BRITISH DAN DEKOLONISASI Sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi, pihak British telah mempunyai
2.4.1 Perlunya Brunei Memasuki Penubuhan Malaysia
Perkara yang menjadi sebab perlunya Brunei dimasukkan ke dalam Malaysia, kerana bukan sahaja dapat berfungsi untuk mengimbangi penduduk Melayu dan penduduk Cina Singapura, tetapi juga mempunyai kepentingan untuk mempertingkatkan keamanan di rantau ini. Menurut Tunku Abdul Rahman dengan kemasukan Brunei ke dalam
44 Mohamad Abu Bakar, “Politik Brunei Menjelang Penubuhan Malaysia,” hlm. 123.
45 A.J. Stockwell, “Malaysia: The Making of a Grand Design” Asian Affairs 34, no. 3 (2003), hlm.228.
65
penubuhan Malaysia, maka lebih banyak peluang pekerjaan yang akan terbuka untuk rakyat Brunei.46 Maka di sini dapatlah dikatakan keamanan bagi Persekutuan, Singapura dan ketiga-tiga wilayah berkenaan sangat penting untuk meneroka ke arah pembangunan ekonomi, sosial dan politik bagi negeri-negeri terlibat.
Perkara yang menjadi tumpuan Brunei di dalam isu penggabungan ialah mengenai kesinambungan Kesultanan Brunei. Walau bagaimanapun perkara ini telah diberi jaminan oleh Tunku Abdul Rahman bahawa kesinambungan kesultanan Brunei akan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu yang dikira sabagai perlindungan yang berkesan untuk membendung kedudukan raja Brunei. 47 Namun apabila ia dilindungi oleh Perlembagaan Pesrsekutuan, maka kedudukan raja mutlak Brunei akan bertukar menjadi raja beperlembagaan. Selain daripada itu jika Brunei menyertai Persekutuan, maka kedudukan ekonominya yang kukuh akan dapat membantu ekonomi Sarawak dan Borneo Utara serta ekonomi Malaysia secara keseluruhannya.48
Jika dibandingkan negeri Brunei dengan empat negeri yang terlibat dengan rancangan Malaysia, didapati Brunei merupakan negeri yang terkecil tetapi mempunyai keistimewaan yang tersendiri berkaitan dengan penghasilan ekonomi negerinya. Malah faktor “disagreement over Brunei revenue” atau “perselisihan faham dengan hasil Brunei” inilah yang menggagalkan persidangan di antara Brunei dengan kerajaan Persekutuan tentang syarat-syarat kemasukan Brunei ke dalam Malaysia.49 Sultan
46 Nani Suryani Haji Abu Bakar, “Brunei and the British Decolonisation Policy, 1950 – 1966”
SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 2, no. 2 (2014), hlm.129
47 Ibid. hlm.129.
48 Ibid. hlm.129.
49 Ibid. hlm.129
66
Brunei mahu sumber dan hasil minyaknya kekal berada dalam kawalan negeri itu selepas ia menyertai Malaysia.
Pada prinsipnya pihak Britain telah menerima rancangan penggabungan ini kerana dapat menyelesaikan masalah Britain untuk mencantumkan ketiga-tiga wilayah Borneo Utara British itu ke dalam satu persekutuan.50 Perkara ini telah wujud sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Namun Pejabat Tanah Jajahan di London juga telah memberikan pandangan serta menasihatkan wilayah-wilayah berkenaan supaya tidak merdeka secara individu kerana negara-negara ini akan terdedah kepada bahaya. Ini adalah disebabkan negara-negara tersebut masih tidak mampu mentadbir negara sendiri sekiranya tanpa bantuan daripada pihak luar dalam bidang-bidang seperti kedoktoran, kejuruteraan, pendidikan, pentadbiran, kewangan serta ketenteraan.51 Begitu juga dalam masa yang sama pihak pejabat kommenwel melihat terdapat ancaman komunis di wilayah Borneo Utara amat membimbangkan, lebih-lebih lagi di Sarawak didapati Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) telah banyak disuntik atau disusupi oleh unsur-unsur komunis yang mempunyai hubungan dengan Parti Rakyat Brunei (PRB).
Sebenarnya negeri Brunei mula mengalami perubahan politiknya selepas Perang Dunia Kedua, khususnya pada tahun-tahun 1950an. Ini bolehlah dikatakan permulaan perjuangan rakyat Brunei untuk mendapatkan kemerdekaan. Sebagai contohnya telah berlaku demonstrasi massa pada tahun 1953 (kumpulan orang ramai yang bersatu kerana dasar atau pegangan tertentu) dan pertelingkahan di antara dua golongan iaitu golongan monarki-aristokrat dan Parti Rakyat Brunei (PRB) yang pada umumnya mempunyai
50 Ibid. hlm.129
50 Ibid. hlm.129.
51 Ibid. hlm. 129.
67
perspektif yang berlainan tentang masa depan Brunei.52 Golongan monarki-aristokrat dan PRB ialah dua golongan yang mempunyai tujuan politik yang hampir serupa iaitu memperjuangkan kemerdekaan Brunei dari penjajah British, tetapi masing-masing berpegang kepada pendekatan yang berlainan di dalam membawa matlamat mereka.
Akibat daripada agenda politik yang berbeza ini yang cuba ditonjolkan oleh kumpulan-kumpulan berkenaan, ia telah menjadi asas kepada konflik di antara mereka. Malah akibat daripada perbezaan ini juga telah mewarnakan dengan jelas sejarah Brunei dalam tahun-tahun yang berikutnya.
Menurut perangkaan tahun 2011, jumlah penduduk Brunei ialah seramai 393,372 orang, yang secara keseluruhannya menyokong cita-cita Parti Rakyat Brunei dan juga menaruh kesetiaan kepada sultan. Usaha PRB untuk mengembalikan keagungan Brunei pada zaman silam dengan cara menyatupadukan seluruh Borneo Utara telah menarik minat rakyat Brunei dan berharap dapat dipersetujui oleh Sultan Brunei. Zaman silam Brunei di bawah pemerintahan Bolkiah (Nakhoda Ragam) pada kurun ke- 16, ketika jajahan takluk Brunei meliputi kawasan-kawasan sekitar Pulau Luzon dan Jawa merupakan kemegahan penduduk Brunei dan ini sering diungkit oleh PRB dalam perjuangannya untuk mewujudkan Persatuan Kalimantan Utara (NKKU) dengan sultan Brunei sebagai ketua negara. Di sini rakyat juga mendokong cita-cita politik PRB yang mirip kepada falsafah sosialisme dan menjunjung perjuangan A.M.Azahari, pemimpin parti itu, yang kuat dipengaruhi oleh Revolusi Indonesia dan politik kekirian Parti Rakyat Malaya di bawah pimpinan Ahmad Bustamam dan Dr. Burhanuddin Helmi serta perjuangan block Afro-Asia (negeri-negeri Afrika dan Asia). Aspirasi politik ini terpapar
52 Mohamad Abu Bakar, “Politik Brunei Menjelang Penubuhan Malaysia”, hlm.118.
68
dengan begitu jelas dalam manifesto politik PRB. Semua perkara ini telah menjadikan PRB begitu popular.
Walau bagaimanapun kehendak PRB dan falsafah perjuangannya tidak begitu disenangi oleh golongan monarki-aristokrat, lebih-lebih lagi parti itu memandang kerajaan Brunei sebagai sebuah “establishment” (berkuasa menolak perubahan) yang bersifat konservatif (membangkang) yang cuba menahan kemahuan sah rakyat. Pada tahun 1957 PRB menghantar memorandum kepada sultan dan kemudiannya mengirim satu delegasi ke London untuk mendesak kemerdekaan, tetapi baginda sultan dengan tegasnya menjelaskan bahawa ‘Brunei bukanlah sebuah tanah jajahan British’, namun begitu, hakikat ini membuatkan sultan mengambil langkah yang positif untuk memberikan penerangan mengenai kedudukan politik negeri tersebut bagi memastikan hasrat rakyat semakin tercapai, termasuklah keputusannya untuk menyediakan sebuah perlembagaan baru bagi Brunei dan mengadakan Majlis Mesyuarat negeri yang majoriti ahlinya dianggotai oleh wakil yang dipilih.53
Keadaaan pada masa ini didapati pihak monarki-aristokrat semakin rasa terhimpit oleh tuntutan-tuntutan PRB yang cuba mengambil alih kuasa dari tangan mereka, sekalipun mereka juga ingin melihat rakyat Brunei merdeka atau sekurang-kurangnya berkerajaan sendiri. 54 British yang menjadi kuasa penaung kepada pemerintahan beraja Brunei dan sering menjadi bahan kritikan dan kecaman parti itu turut merasa tergugat dan telah turut sama mengenakan tekanan ke atas PRB. Keadaan ini telah membawa pihak monarki-aristokrat bersatu dengan British dalam mempertahankan kepentingan masing-masing, dan bagi PRB segala sekatan yang
53 Mohamad Abu Bakar, “Politik Brunei Menjelang Penubuhan Malaysia,” hlm. 120.
54 Ibid., hlm. 120.
69
dikenakan ke atas pertubuhan itu adalah berpunca atau didalangi oleh Whitehall (Kerajaan Britain).55
Kerajaan Brunei telah mengambil satu langkah yang terpenting apabila menghantarkan satu rombongannya ke London untuk mengadakan rundingan perlembagaan (Constitutional talks) di London pada tahun 1959, dengan tujuan untuk mendapatkan kuasa yang lebih bagi sultan selaku ketua negeri, mengkaji peruntukan untuk mengadakan pilihanraya bagi Majlis Daerah, perlantikan seorang Menteri Besar dan persetujuan bagi membentuk Majlis Mesyuarat Undangan, Majlis Privi dan Majlis Kerja. Pihak PRB merasa kecewa kerana tidak diundang bersama untuk menyertai rombongan tersebut, yang menganggap pihak kerajaan Brunei membelakangi parti tersebut. Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh AM.Azahari mengenai perkara ini, beliau telah membuat andaian bahawa British telah bertanggungjawab terhadap keputusan itu, dan dalam masa yang sama Setiausaha Agung PRB, Yassin Affandy telah memberikan amaran tentang kemungkinan akan berlakunya kekacauan sekiranya delegasi ke London itu tidak mendapat restu dari rakyat.56
Tetapi jelasnya pihak monarki-aristokrat ingin memperjuangkan kemerdekaan Brunei dengan cara yang tersendiri, iaitu tanpa memperdulikan perasaan PRB yang sudahpun begitu berpengaruh. Cara ini nampaknya memberi kesan yang positif kerana rundingan dengan kerajaan British sedikit sebanyak mendatangkan hasilnya dan Brunei telah melangkah setapak lagi untuk menuju ke arah berkerajaan sendiri. Dengan kejayaan ini Majlis Negeri yang lama dimansuhkan dan diganti dengan Majlis Kerja serta Majlis Mesyuarat Undangan dan bagi sultan Brunei yang menjadi tonggak
55 Ibid., hlm. 120
56 Ibid., hlm.120.
70
golongan monarki-aristokrat, pencapaian di London adalah satu kemajuan yang akan membawa Brunei ke arah demokrasi berparlimen.
Bagi pihak PRB yang diketepikan dalam rundingan perlembagaan di London mendapati pencapaian di London adalah tidak bermakna sekalipun bagi sultan adalah selari dengan kehendak rakyat dan serasi dengan tuntutan masa. Ini adalah disebabkan yang diperolehi oleh delegasi monarki-aristokrat hanyalah pentadbiran sendiri dan bukannya berkerajaan sendiri. Di sini pihak British tetap menguasai di dalam bidang keselamatan, politik dan ekonomi Brunei. Tegasnya perlembagaan 1959 ini tidak akan menguntungkan rakyat, kerana ia adalah untuk kepentingan British dan segelintir rakyat Brunei yang bercanggah dengan prinsip demokrasi. Dalam keadaan ini British dituduh telah menghina Seri Baginda dan rakyat seluruhnya dengan memberikan perlembagaan yang sangat jauh dari dasar tamadun atau peradaban dan juga dasar demokrasi. Selain daripada itu pihak PRB juga telah cuba membawa persoalan kemerdekaan Brunei ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dilakukan pada tahun 1960, tetapi tidak mendatangkan sebarang hasil.57
Sungguhpun komitmen PRB terhadap perjuangan dan cita-cita penubuhan Persatuan Borneo Utara yang juga melibatkan golongan monarki-aristokrat boleh dikatakan sejajar dengan usaha-usaha British untuk menyatupadukan wilayah-wilayah Brunei, Sabah dan Sarawak, ia sebaliknya menimbulkan masalah dalam hubungan dengan sultan. Rancangan ini telah ditolak oleh baginda. Perjuangan PRB ialah untuk menyatukan daerah-daerah tadi di atas dasar nasionalisme tempatan dengan dibantu oleh parti-parti politik di kawasan-kawasan tersebut. Pihak British yang telahpun mengambil
57 Ibid., hlm.121.
71
langkah ke arah penubuhan persekutuan seumpama itu semenjak tahun 1953 yang cuba berbuat demikian di atas alasan untuk mengekalkan kepentingan rantau ini daripada terjatuh ke tangan musuh iaitu kuasa Barat yang lain seperti Perancis, Amerika, Belanda dan lain-lain. Sultan sebaliknya ingin mengekalkan status Brunei sebagai wilayah terkaya dan enggan membiarkan hasil kekayaan dinikmati bersama oleh Sabah dan Sarawak, walaupun gagasan itu cuba menempatkannya sebagai Yang di-Pertuan Agong.58
Rundingan sultan Brunei dengan British telah memberi kesan yang positif dan Brunei telah melangkah setapak lagi untuk menuju ke arah pemerintahan sendiri. Pada waktu ini muncul pula rancangan Malaysia yang telah diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 21 Mei 1961, di Singapura yang bertujuan untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, Brunei dan Singapura. Memandangkan bahawa gagasan Malaysia merupakan satu pertubuhan yang mempunyai identiti Melayu tanpa berkompromi dengan pihak British atau dengan mana-mana pihak yang lain, maka pada dasarnya kemasukan Brunei ke dalam pertubuhan Malaysia adalah sangat perlu dan sememangnya dipersetujui oleh sultan Brunei.59 Ini bermakna Sultan Brunei bersedia untuk berunding mengenai pertubuhan tersebut.
Malcolm MacDonald yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Jeneral United Kingdom di Asia Tenggara, telah menjalankan tugasnya untuk mencari sokongan atau mengaitkan wilayah-wilayah Borneo Utara sebelum mereka digabungkan dengan Persekutuan.
Dalam kes mengenai Brunei, Anthony Abell, Gabenor Sarawak dan Pesuruhjaya Tinggi
58 Ibid., hlm. 121.
59 Nani Suriyani, “Brunei and the British Decolonisation Policy, 1950 – 1966”, hlm.125.
72
Brunei, telah diwakilkan oleh Sultan Brunei untuk melaksanakan rancangan itu. Dalam pengumumannya, Anthony Abell ingin melihat Brunei membangun bersama dengan jirannya iaitu Sarawak dan Borneo Utara.60
Pada mulanya ketiga-tiga wilayah Borneo itu telah mengadakan persidangan setiap enam bulan sekali. Tujuan persidangan itu ialah untuk “merancang penyelarasan yang lebih besar dan penggabungan perkara-perkara untuk kepentingan bersama.”
Persidangan yang diadakan pada 23 April 1953, satu pengumuman telah dibuat bahawa keputusan telah diambil untuk memberitahu satu persidangan yang terdiri diantara ketua-ketua kerajaan bagi tiga wilayah Borneo Utara bertujuan untuk “mempertahankan keharmonian yang paling hampir dengan dasar antara mereka.”61 Ini bermaksud melindungi dasar yang menjadi asas terhadap kerjasama yang akan dicapai pada masa hadapan.
Sebenarnya persidangan itu bukanlah sebagai satu jalan untuk membentuk persekutuan yang akan mengenepikan pihak lain. Menurut Sultan Brunei, beliau tidak pernah menganggap bahawa penyatuan itu tidak akan bersekutu dengan negeri lain.
Ertinya walaupun wujudnya penyatuan di antara ketiga-tiga buah negeri berkenaan, pihak Brunei tetap membuka ruang negerinya untuk mengadakan persekutuan dengan mana-mana negara lain asalkan keadaan negerinya tetap mantap dari segi ekonomi, sosial dan politik.62
Sejak dari awal lagi Sultan Brunei merasa khuatir mengenai rancangan Britain untuk mengaitkan Brunei supaya rapat dengan Sarawak dan Borneo untuk mendapat
60 Ibid., hlm. 125.
61 Ibid., hlm. 125.
62 Ibid., hlm.125.
73
kesinambungan kesultanan. Selain dari itu, baginda bimbang rancangan itu akan mengurangkan statusnya daripada raja mutlak kepada raja berperlembagaan. Sultan dan kaum bangsawan Brunei juga bimbang jika Brunei berkait rapat dengan Sarawak dan Borneo Utara, status Brunei akan dikurangkan dari taraf negeri di bawah perlindungan atau naungan kepada tanah jajahan. Perkara ini tetap menjadi kebimbangan sultan Brunei walaupun Anthony Abell telah memberi jaminan bahawa perkara itu tidak akan menjejaskan status Brunei sebagai negara yang dilindungi oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
Sultan dan golongan bangsawan Brunei bimbang bahawa jika Brunei berdamping rapat dengan Sarawak dan Borneo Utara maka orang Cina dari Sarawak dan Borneo Utara akan meguasai orang Melayu di Brunei. Di samping itu mereka bimbang akan ada kemasukan imigran dari Sarawak dan Borneo Utara itu ke negeri Brunei, kerana keadaan ini amat disedari oleh orang Islam di Brunei bahawa agama Islam akan terjejas kerana kebanyakan orang Sarawak dan Borneo Utara bukan terdiri daripada orang yang beragama Islam.
Selain daripada itu, kekayaan yang dimiliki oleh Brunei amat dibimbangi oleh sultan dan golongan bangsawan negeri itu sekiranya menyertai Malaysia, kerana kerajaan Persekutuan pasti akan menggunakannya untuk membangunkan negeri Sarawak dan Borneo Utara walaupun Gabenor Borneo Utara telah memberikan jaminan kepada sultan Brunei bahawa kekayaan Brunei tidak akan dikongsikan untuk pembangunan negeri Sarawak dan Borneo Utara. Dalam keadaan seperti ini sultan dan golongan bangsawan juga amat memahami bahawa rakyat Brunei akan didominasikan oleh rakyat Sarawak mengenai pentadbiran kerana ketika itu negeri Brunei tidak
74
memiliki tenaga mahir untuk menjalankan pentadbiran negara. Jelasnya di sini sultan dan golongan bangsawan Brunei tidak yakin dengan rancangan penyatuan British, kerana mereka percaya bahawa ia akan menjejaskan status Brunei sebagai naungan British, status raja, kekayaan ekonomi Brunei, pentadbiran negeri Brunei, bangsa Melayu Brunei dan Brunei sebagai negeri Islam.63 Lagi pun sultan Brunei berpendapat bahawa bentuk persekutuan Borneo sudah pasti akan merugikan Brunei kerana dasar ini adalah semata-mata untuk meringankan beban pihak British untuk menyelesaikan maslah kewangan mereka,64dan selepas Perang Dunia Kedua, pihak British telah menguasai semula Tanah Melayu termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.
Walaupun pihak British tidak menjalankan pemerintahan yang kejam seperti yang dilakukan oleh pihak Jepun, tetapi penduduk dan rakyat tempatan tidak senang dengan kuasa penjajah itu.65
Walaupun sultan Brunei dan golongan bangsawannya meragui rancangan Britain untuk menyatukan negara mereka dengan Sarawak dan Borneo Utara, tetapi Malcolm MacDonald dan Anthony Abell tetap meneruskan rancangan tersebut. Dengan hasrat penyatuan, maka pada tahun 1954, Malcolm Mac Donald mencadangkan bahawa semua wilayah British di Asia Tenggara haruslah dibentuk menjadi sebuah persekutuan.
Didapati pada waktu ini bukan sahaja orang Brunei meragui cadangan British untuk menyatukan wilayah Borneo, namun rakyat Sarawak dan Borneo Utara juga telah menunjukkan rasa tidak senang dengan rancangan tersebut. Dalam keadaan ini, satu cara yang difikirkan sesuai oleh sultan Brunei untuk menghentikan rancangan tersebut ialah
63 Ibid., hlm.125.
64 Sabihah Osman, Mohamad Hadi Abdullah dan Sabullah Haji Hakip, Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan, hlm.142.
65Abdul Hamid Abas. P.M. Yusuf: Pejuang Kebangsaan Brunei, hlm.13.
75
dengan mengabaikan cadangan daripada Pejabat Tanah Jajahan British dan telah memilih jalan sendiri untuk mengumumkan perlembagaan baru, yang bertujuan untuk menjaga kedudukan raja, raja mutlak, bangsa Melayu dan agama Islam kerana sultan dan rakyat Brunei tidak mahu dipengaruhi sekiranya Brunei disatukan dengan Sarawak dan Borneo Utara.66
Berdasarkan kepada sejarah penyatuan yang telah dibuat pada negeri Melayu Bersekutu, maka baginda sultan Brunei tidak bersetuju untuk membahagi-bahagikan hasil kekayaan minyaknya kepada negeri-negeri jiran yang jauh lebih mundur.
Ketidaksetujuan rbaginda dengan penyatuan tiga wilayah ini jelas berdasarkan kepada penolakan baginda tterhadap penubuhan Parti Rakyat Brunei (PRB) pada tahun 1956.67
Jika dibandingkan dengan pendudukan Jepun selama lebih kurang tiga setengah tahun, didapati pihak Jepun telah memberikan pengajaran mengenai pembangunan sosioekonomi Brunei termasuklah pendidikan, namun kesan positif yang ditinggalkan oleh Jepun ialah mengenai kekejaman yang telah mencetuskan semangat nasionalisme Melayu Brunei di kalangan kaum elite (kumpulan atasan) dan penulis.68 Di dalam membicarakan mengenai semangat nasionalisme, penulisan ini ingin menoleh kepada rasa bahang kepanasan kebangsaan Melayu yang telah menjadi bangsa yang terjajah selama empat dekat lamanya dan kadang-kadang penjajah sendiri merasakan sudah cukup puas hati dengan bangsa Melayu yang telah begitu jinak dan tidak perlu dibentuk untuk mengenali nilai-nilai murni kemanusiaan. Perkara inilah yang telah memaksa
66 Nani Suryani Haji Abu Bakar, “Brunei and the British Decolonisation Policy, 1950 – 1966”, hlm.126.
67 Sabihah Osman, Mohamad Hadi Abdullah dan Sabullah Haji Hakip, Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan, hlm.142.
68 Abdul Hamid Abas, P.M. Yusuf: Pejuang Kebangsaan Brunei, hlm.7.
76
mereka untuk bangun bersatu sebagai pewaris bangsa yang mula mendekati akan erti kemerdekaan.69