• Tidak ada hasil yang ditemukan

METAFORA DALAM AL-QUR’AN

KEDUDUKAN METAFORA DALAM BALAGHAH ARAB

2.3 Ilmu Bayan

Ilmu Bayan seperti yang dibincangkan di atas, ianya merupakan salah satu dari ilmu Balaghah yang memainkan peranan yang besar dalam memastikan sesuatu ayat itu indah dan menarik. Mula diperkenalkan buat pertama kalinya oleh Abu ‘Ubaidah26

melalui bukunya Majaz al-Qur’an27. Seterusnya ilmu ini terus mengalami

25

Siti Saudah, Ilmu Bayan Satu Perbandingan dengan Bahasa Melayu, 44.

26

Nama sebenar beliau Abu ‘Ubaidah Ma’mar bin Muthanna, meninggal dunia pada tahun 211H. Karangan beliau yang menjadi pecetus kepada pengetahuan berkaitan ilmu Bayan ialah Majaz al-Qur’an.

27 Buku ini dikarang oleh Abu ‘Ubaidah sebagai menjawab pertanyaan yang dikemukakan kepada beliau semasa berada dalam majlis al-Fadli bin Ibnu al-Rabi’ iaitu Gabenor Basrah pada masa pemerintahan al-Makmun bin Harun al-Rasyid. Soalan yang dikemukakan kepada beliau adalah berkaitan dengan pokok zaqqum seperti yang diceritakan oleh Allah dalam al-Qur’an:

    Surah al-Saffat (37): 65

Terjemahan: Buahnya seolah-olah kepala syaitan-syaitan;

Persoalannya: Bagaimanakah diumpamakan mayang pokok tersebut dengan kepala syaitan, sedangkan tiada siapa pun mengenalinya. Sepatutnya tasybih dilakukan dengan sesuatu yang dikenali untuk memperjelaskan sesuatu perumpamaan. Abu ‘Ubaidah menjawab: Perkara ini sama dengan apa yang telah dinyatakan oleh Umru al-Qais dalam syairnya:

ىعجاضم فيرشلماو نىلتقيأ *

لاوغأ باينأك قرز ةنونسمو

Adakah dia hendak membunuhku, sedangkan pedang al-Masyrafi ku dijadikan sebagai bantal. Dan begitu jua mata-mata tombak yang tajam seperti taring-taring jembalang.

Beliau menyatakan: musyabbah bih dalam ayat ini juga tidak jelas dan tidak dikenali. Tetapi tujuan perumpamaan ini dibuat adalah untuk menggambarkan musyabbah dalam gambaran yang buruk dan

48 perkembangan secara bersendirian sehingga munculnya ahli Balaghah Arab Abdul Qahir al-Jurjani28 yang telah menyatukan ilmu ini bersama ilmu Ma’ani dan ilmu Badi’ yang membentuk ilmu Balaghah. Kemudian usaha ini terus berjalan dan muncul nama besar lain seperti al-Sakaki29, Muhammad b. ‘Abdullah b. Malik30

dan lain-lain yang turut sama memperkembangkan ilmu ini.

Masa terus berlalu, ilmu Bayan terus mengalami perkembangannya. Kemunculan ahli Balaghah Arab kontemporari memperkemaskan, menambah serta menyusun perbahasan ilmu ini menjadikannya mudah dipelajari, difahami dan diaplikasi dalam kehidupan. Selain itu, mampu memberi kefahaman ke atas ayat-ayat suci al-Qur’an yang dikenali dengan penggunaan bahasanya yang sangat tinggi, puitis dan indah. Ini dapat dilihat menerusi pentafsiran al-Qur’an yang dilakukan oleh al-Zamakhsyari (w. 538H) dalam tafsir al-Kasysyaf, Fakhruddin al-Razi (w. 606H) dalam tafsir Kabir, Ibn ‘Atiyyah (w. 546H) dalam al-Muharir al-Wajiz fi

Tafsir al-Kitab al-‘Aziz, al-Alusi (w. 1270H) dalam tafsir Ruh al-Ma’ani dan

sebagainya.

menakutkan. Sebab itulah Abu ‘Ubaidah terus menulis mengenai perkataan-perkataan ayat dalam al-Qur’an yang tidak membawa maksud asal perkataan, tetapi yang tersirat disebali perkataan tersebut. Setelah selesai, karya ini dinamakan dengan Majaz al-Qur’an. (Rujuk: Azhar Muhammad et. al., Penguasaan Pelajar Sekolah Menengah Aliran Agama Terhadap Pengajian Ilmu Retorik Arab (Johor: Universiti Teknologi Malaysia, 2006), 40.)

28

Abdul Qahir al-Jurjani meninggal dunia pada tahun 471H. beliau telah menghasilkan dua karya agung berkaitan balaghah iaitu Dalail al-Ijaz dan Asrar al-Balaghah. Ahmad Mustafa al-Maraghi telah memetik kata-kata Yahya b. Hamzah al-Calawi (749H) telah menyebut bahawa, sesungguhnya Abdul Qahir merupakan orang yang pertama menyusun kaedah dalam ilmu Balaghah dan memperjelaskan bukti-buktinya, menyusun selok belok seninya, mengembangkan kelopak ilmu ini daripada kudupnya, membukakannya selepas ianya tertutup dan menjadi kabur dengan kehadiran dua buah kitab beliau. Dan belum pernah aku temui sebagaimana keduanya yang telah membuatkan hatiku terpaut cinta, juga menjadikan diriku kagum dengan keduanya dan karangan belia telah mendapat perhatian serta ulasan yang baik dari para ulama. (Rujuk: Ahmad Mustafa al-Maraghi, Tarikh ‘Ulum al-Balaghah (Kaherah: Dar al-Basa’ir, 2009), 99. Atau rujuk: http://kalghari.blogspot.com/2010/09/siapakah-abdul-qahir-al-jurjani.html, 24 April 2012)

29 Nama sebenar beliau ialah Yusuf bin Abu Bakar al-Sakkaki, meninggal dunia pada tahun 626H. Beliau menghasilkan karya yang besar berkaitan ilmu balaghah iaitu Miftah al-Ulum.

30

Nama sebenar beliau ialah Muhammad b. ’Abdullah b. Malik, meninggal dunia pada tahun 672H. Beliau menghasilkan karya yang berkaitan ilmu balaghah iaitu Alfiyah.

49 Ilmu bayan yang dikenali sebagai ilmu yang tinggi dengan nilai mutu seninya berasal dari perkataan bahasa Arab bayyin yang membawa maksud tampak, jelas dan terang.31 Daripada pengertian tersebut, jika dilihat di dalam al-Qur’an, terdapat sejumlah besar ayat yang menggunakan perkataan “bayan” bagi membawa maksud menjelaskan dan menerangkan. Disenaraikan beberapa contoh ayat yang menggunakan perkataan “bayan”. Contohnya seperti firman Allah Taala:

       Surah al-Rahman 55 :1-4 Terjemahan: (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran. Dialah yang telah menciptakan manusia; Dialah yang telah mengajar manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

     

Surah Ali Imran 2 : 138 Terjemahan: (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.                           Surah al-Nahl 16 : 89 Terjemahan: Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (Wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.

31

50 Pada contoh pertama dan kedua di atas ayat tersebut menggunakan kalimah “bayan” manakala pada contoh ketiga, ayat tersebut menggunakan kalimah “tibyanan”. Walaubagaimanapun, kedua-dua kalimah tersebut mempunyai maksud yang sama iaitu “menerangkan”. Ketiga-tiga ayat tersebut menjelaskan bahawa al-Qur’an itu diturunkan serta didatangkan adalah untuk memberi penerangan serta menerangkan kepada umat manusia tentang segenap aspek kehidupan meliputi dunia dan akhirat.

Manakala, jika ditinjau di dalam hadith, Rasulullah s.a.w. telah menyebut berkaitan bayan yakni suatu kalam yang dituturkan mengandungi nilai sastera dan menjadikannya suatu yang indah dan amat menakjubkan buat para pendengar. Manakala ketika digunakan dalam syair atau puisi ianya tersimpan suatu hikmat yang perlu diambil perhatian. Sabda Nabi s.a.w. :

ارحسل نايبلا نم نإ

Dokumen terkait