SURAH AL-KAHFI DAN AYAT-AYAT
SURAH AL-KAHFI DAN AYAT-AYAT METAFORA
3.3.2 Kisah Pemilik Kebun
Kisah mengenai pemilik kebun yang terdapat dalam surah al-Kahfi adalah merupakan kisah yang berbentuk perumpamaan atau misalan yang Allah tujukan kepada orang yang menyekutukan-Nya dan yang meminta kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya mengusir orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang. Menurut Hamka kisah perumpamaan ini adalah kisah mengenai orang yang lupa diri.29 Iaitu berkenaan dua orang lelaki pemilik kebun, salah seorang daripada keduanya telah diberikan kelebihan oleh Allah Taala iaitu memiliki dua buah kebun anggur yang sangat subur. Di sekeliling kebun tersebut terdapat pohon-pohon tamar dan beberapa tanaman lain yang tumbuh serta hidup dengan membuahkan hasil yang tidak dikurangi sedikitpun. Di kebun tersebut, terdapat sebatang sungai yang mengalir padanya air yang tidak kering bahkan ianya menjadi punca air untuk menyuburkan tanaman.
Kelebihan yang Allah berikan kepada pemilik kebun itu bukan sahaja mempunyai dua buah kebun yang subur bahkan pelbagai lagi harta benda yang melimpah ruah. Lalu, lelaki pemilik dua buah kebun ini berkata kepada kawannya, bahawa beliau lebih mempunyai harta berbanding kawannya dan lebih berpengaruh kerana mempunyai pengikut yang ramai. Ketika beliau memasuki kebun bersama kawannya, dengan kufurnya beliau berkata, “aku tidak fikir kebun ini akan binasa
selama-lamanya dan aku tidak fikir hari kiamat akan berlaku”. Kata-kata yang
102 penuh kekufuran yang dituturkan oleh pemilik dua kebun itu ditegur oleh kawannya seperti yang terdapat pada ayat tiga puluh sembilan sehingga empat puluh satu.30
Akhirnya, perkara yang diucapkan oleh kawannya menjadi kenyataan, tanaman serta harta bendanya musnah dibinasakan. Setelah itu, timbul kekesalan pada pemilik dua kebun itu lalu beliau berkata, “alangkah baiknya kalau aku tidak
sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku”.31
Dalam kisah pemilik kebun ini, hanya terdapat satu ayat sahaja yang mengandungi unsur metafora iaitu pada ayat ketiga puluh tiga.32
Ayat ketiga puluh tiga:
Terjemahan: Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan Kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.
Apabila diteliti secara keseluruhan penceritaan kisah pemilik kebun dalam al-Qur’an merujuk kepada surah al-Kahfi, terdapat padanya unsur metafora iaitu setiap kehidupan pasti akan berakhir dengan kematian. Metafora yang ingin ditunjukkan kepada golongan Musyrik pada kisah ini ialah bahawa wujudnya kematian dalam setiap kehidupan. Ini kerana antara kepercayaan yang mereka imani ialah kehidupan tidak akan berakhir dengan kematian.33
30 Al-Fakhr al-Razi, al-Tafsir al-Kabir, c. 2 (Tehran: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, t.t), 21: 122.
31 Ibid., 123.
32
Perbincangan secara mendalam berkaitan ayat tiga puluh tiga yang mengandungi metafora akan dilakukan pada bab 4.
33 Seperti yang disebutkan oleh Allah dalam surah al-Anam ayat kedua puluh Sembilan yang bermaksud: “Dan tentulah mereka akan berkata pula: "Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati".
103 Tetapi kepercayaan mereka itu dapat dinafikan dengan melihat kepada kisah ini iaitu keadaan dua buah kebun milik seorang lelaki. Kebun tersebut berada dalam keadaan yang sangat baik dan subur. Sentiasa mengeluarkan hasil tanaman yang sangat banyak sehingga mampu memberi kekayaan kepada pemiliknya. Atas sebab itu, dengan penuh keyakinan serta kekufuran, pemiliknya menuturkan bahawa kebunnya tidak akan musnah. Tetapi takdir Allah tidak menyatakan begitu. Kebunnya yang penuh kesuburan tiba-tiba telah dimusnahkan oleh Allah. Firman Allah Taala: Surah al-Kahfi 18: 42 Terjemahan: Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: "alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"
Kemusnahan yang berlaku ke atas dua buah kebun milik seorang lelaki ini menunjukkan bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. Termasuklah haiwan, tumbuhan, manusia dan seluruh yang terdapat atas muka bumi ini. Sekalipun pada awalnya berada dalam keadaan baik, subur, kukuh, gagah dan sebagai, ia pasti akan musnah dan mati.
Kesimpulannya, pada kisah pemilik kebun ini, terdapat unsur metafora iaitu setiap kehidupan pasti akan berakhir dengan kematian seperti keadaan dua buah kebun yang hidup serta tumbuh subur dan menghasilkan tanaman yang baik, akhirnya menemui kemusnahan dan kematian jua.
104 3.3.3 Kisah Nabi Musa dan Khidhir
Imam al-Bukhari telah meriwayatkan sebuah riwayat yang secara ringkasnya ialah Nabi Musa berdiri ditengah-tengah Bani Israel dalam suatu ucapannya. Baginda ditanya, “Siapakah orang yang paling berilmu?”. Lantas baginda menjawab, “Aku.” Dengan jawapan sebegitu, baginda mendapat kecaman daripada temannya kerana baginda tidak mengembalikan ilmu kepada Allah Taala. Lalu, Allah menurunkan wahyu kepadanya, iaitu: Aku mempunyai seorang hamba yang tinggal di pertemuan di antara dua laut. Dia lebih berilmu daripada kamu.34
Selepas itu, bermulalah kisah perjalanan Nabi Musa bersama seorang anak muridnya mencari hamba Allah yang soleh iaitu Khidhir. Merujuk ayat keenam puluh satu, tempat pertemuan yang akan menemukan Nabi Musa dan Khidhir adalah tempat pertemuan dua laut. Iaitu tempat di mana ikan yang menjadi bekalan Nabi Musa yang dibawa oleh anak muridnya menggelongsor jatuh dan masuk ke dalam laut.
Setelah menemui Khidhir, Nabi Musa telah menempuh tiga peristiwa besar yang menguji kesabarannya. Pertama, perbuatan Khidhir yang memecahkan sampan, kedua, membunuh kanak-kanak dan yang ketiga, membantu membina bangunan yang hampir roboh di sebuah kampung yang disinggahi mereka tetapi tidak diraikan oleh penduduk kampung. Ketiga-ketiga perbuatan Khidhir yang mengundang ketidaksabaran Nabi Musa adalah merupakan suatu bentuk ilmu serta ajaran yang Allah tunjukkan kepada baginda.35
34 Hadith riwayat Bukhari, kitab Ahadith Anbiya, Bab Hadith Khidr ma’ Musa ‘alaihuma al-Salam, Hadith no. 3401 dalam Mawsu’at al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih bin ‘Abd al-‘Aziz Al al-Shaykh (Riyadh: Dar al-Salam, 2000), 276.
35
105 Dalam kisah Nabi Musa dan Khidhir ini, terdapat satu ayat yang mengandungi unsur metafora iaitu pada ayat tujuh puluh tujuh.36
Ayat ketujuh puluh tujuh:
Terjemahan: Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok Yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika Engkau mahu, tentulah Engkau berhak mengambil upah mengenainya!"
Secara keseluruhan kisah Nabi Musa dan Khidhir yang diceritakan dalam surah al-Kahfi terdapat padanya unsur metafora. Iaitu ilmu teori yang hebat berkenaan kesabaran tidak dapat menentukan keperibadian diri seseorang, tetapi ianya akan dilihat melalui tindakan serta perbuatan. Ini seperti keadaan Nabi Musa yang telah disebutkan dalam surah al-Kahfi. Nabi Musa sebelum memulakan perjalanannya telah diperingatkan oleh Khidhir bahawa baginda tidak akan berupaya menahan kesabarannya terhadap perkara-perkara yang tidak diketahui dengan mendalam, sekalipun baginda menyimpan azam untuk menahan kesabarannya. Tetapi baginda dengan penuh keyakinan serta memohon pertolongan Allah tetap memberi janji dan menerima syarat Khidhir.37
Walaubagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya, pada permulaan perjalanan selepas berlaku satu peristiwa iaitu Khidhir membocorkan perahu yang dinaiki mereka, baginda tanpa kesabaran terus bertanya berkenaan tindakan Khidhir
36 Perbincangan secara mendalam berkaitan ayat tujuh puluh tujuh yang mengandungi metafora akan dilakukan pada bab 4.
37
106 tersebut. Sedangkan pada awalnya baginda telah berjanji untuk menahan kesabarannya dengan tidak bertanya akan tindakan yang dilakukan Khidhir. Begitulah yang berlaku sehingga peristiwa ketiga, iaitu yang membawa perpisahan antara Nabi Musa dan Khidhir.
Kesimpulannya, secara teorinya ilmu berkaitan kesabaran tidak dapat menentukan keperibadian diri seseorang, tetapi ianya akan dilihat melalui tindakan serta perbuatan seperti Nabi Musa yang berkeyakinan akan mampu bersabar ketika bersama dengan Khidhir. Sehingga membawa baginda untuk berjanji dan memenuhi syarat yang diletakkan oleh Khidhir.