• Tidak ada hasil yang ditemukan

Imperialisme British di Sabah dan Sarawak

Dalam dokumen Sejarah Malaysia Stpm (Halaman 36-42)

Imperialisme British

di Sabah dan Sarawak

Pengenalan

Sementara melihat penubuhan pusat perdagangan di Tanah Melayu oleh British, di Sabah dan Sarawak juga berlakunya keadaan yang sama. Apa yang tidak sama ialah di Borneo, penguasaan sesuatu kawasan adalah bercorak imperialis khasnya di Sarawak. Keluarga Brooke telah menduduki Sarawak dan menjadi raja putih; manakala Kompeni Berpiagam Borneo Utara hanya memainkan peranannya dalam sector ekonomi di Sabah.

Sarawak

Pada tahun 1841, James Brooke, seorang bekas tentera SHTI, telah dilantik sebagai Gabenor Sarawak oleh Raja Muda Hashim, iaitu wakil Sultan Brunei di Sarawak. Perlantikan Brooke adalah untuk membalas jasa beliau menghapuskan pemberontakan yang dicetuskan oleh Pangeran Indera Mahkota.

Pada 24 Januari 1841, James Brooke dilantik sebagai “Raja Sarawak” oleh Pangeran Muda Hashim. Dengan itu, James Brooke telah memulakan pemerintahan Raja Putih di Sarawak.

Pada tahun 1842, James Brooke telah melawat Brunei untuk mendesak Sultan Brunei supaya mengiktirafnya sebagai wakil baginda di Sarawak.

Dalam usaha mengukuhkan kuasanya di Sarawak, James Brooke mendapat tentangan daripada pribumi Sarawak seperti orang Iban di kawasan Saribas dan Skrang serta Sharif Sahap, seorang ketua lanun di Sadung. Antara tahun 1843 hingga 1846, James Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke atas petempatan pribumi dengan mendapat bantuan angkatan tentera laut British.

James Brooke kemudian meluaskan kuasanya ke atas Mukah yang kaya dengan sagu. Selepas mendapatkan kebenaran Sultan Brunei untuk meletakkan Mukah di bawah kuasanya, James Brooke telah mendirikan kota di Sarikei dengan alasan untuk menjaga keamanan di situ.

Antara tahun 1853-1861, Sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa kawasan kepasa James Brooke. Antaranya ialah Sungai Sadong, Saribas, Rajang, Semarahan, Krian, Sekrang dan kawasan dari Rajang hingga Tanjung Kindurong.

Pada tahun 1890, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan Limbang kepada Raja Charles Brooke kerana beliau mewujudkan keamanan di wilayah tersebut.

Sabah

Sebelum British bertapak, Sabah dikuasai oleh 2 pihak iaitu bahagian barat Sabah yang terletak di bawah Kesultanan Brunei dan bahagian Timur Sabah yang dikuasai oleh Kesultanan Sulu.

British mula berdagang dengan Sabah apabila seorang pegawai British yang bernama Alexander Dalrymple berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu, Sultan Muizuddin pada tahun 1761. Menurut perjanjian tersebut, pihak British diberi kebenaran untuk mendirikan pusat perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sulu, iaitu wilayah-wilayah di Timur Kimanis.

Pada tahun 1763, Dalrymple dibenarkan mendirikan pusat perdagangan di Pulau Balambangan tetapi telah dimusnahkan oleh Datu Tating, saudara Sultan Israel Sulu pada tahun 1775.

Kemudian, John Herbert, seorang pegawai British yang mentadbir Pulau Balambangan, terpaksa membuka petempatan baru di Pulau Labuan. Walaupun beliau memajukan Pulau Labuan tetapi petempatan ini terpaksa dibatalkan kerana pembukaannya bercanggah dengan arahan SHTI. Walau bagaimanapun, pada tahun 1846, British dengan arahan James Brooke telah berjaya mendapatkan Labuan daripada Sultan Brunei dan dijadikan Tanah Jajahan Mahkota British.

Namun, British tidak dapat menjajah Sabah sehingga penubuha Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) pada tahun 1881.

Sebelum pentadbiran KBBU, kegiatan ekonomi Sabah dijalankan oleh seorang wakil Amerika Syarikat bernama Charles Lee Moses. Pada tahun 1865, C.L. Moses telah mendapat konsesi ke atas beberapa kawasan di pantai barat Sabah selama 10 tahun dengan bayaran $9500 daripada Sultan Brunei – Sultan Abdul Mumin (1852-1885). C.L. Moses tidak berniat memajukan konsesi ini lalu dijual kepada The American Trading Company yang diketuai oleh William Torrey, seorang pedagang Amerika Syarikat di Hong Kong.

William Torrey telah datang ke Sabah untuk memajukan kawasan yang dibelinya dengan menanam tebu dan kopi di Kimanis tetapi tidak menguntungkan. Pada tahun 1875, William Torrey telah menjual secara konsesinya kepada 2 orang ahli perniagaan iaitu Baron Von Overbeck (Konsul Jeneral Austria di Hong Kong)

dan Alfred Dent (seorang peniaga British). Pada masa pembelian konsesi itu, tempoh konsesi selama 10 tahun itu telah tamat.

Oleh itu, Overbeck dan Dent pergi ke Brunei memperbaharui perjanjian dengan Sultan Brunei pada tahun 1877. Syarat-syarat perjanjian 1877 ialah:

a. Sultan Brunei menyerahkan hak kedaulatannya ke atas Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent. b. Sultan dibayar $15000 setahun sebagai ganjaran.

Seterusnya pada tahun 1878, Sultan Sulu di Jolo telah menandatangani perjanjian dengan Overneck dan Dent. Baginda bersetuju menyerahkan haknya ke atas Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent.

Kemudian, Syarikat Overbeck dan Dent membuat keputusan untuk membentuk sebuah syarikat British supaya rakyat British boleh melabur dalam syarikat itu. Overbeck terpaksa menjual segala bahagian

konsesinya kepada Alfred Dent kerana syarikat yang akan dibentuk itu ialah syarikat British dan Overbeck bukan bangsa British.

Kini, Alfred Dent menjadi pemilik tunggal konsesi di Sabah dan memohon piagam daripada kerajaan British dan Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) ditubuhkan untuk mentadbir Sabah. Dengan menganugerahkan piagam kepada syarikat itu, Kerajaan British dapat meluaskan pengaruhnya secara tidak langsung ke atas Sabah. KBBU telah memerintah Sabah dari tahun 1881 hingga tahun 1946.

Pelanunan

Pengenalan

Asal-usul pelanunan tidak diketahui dengan jelas. Kegiatan lanun di Perairan Tanah Melayu dan Borneo telah meluas menjelang awal abad yang ke-19. Menjelang tahun 1825, pelanunan merupakan ancaman besar kepada perdagangan di Gugusan Kepulauan Melayu. L.A. Mills menyifatkan sebagai “a great ang blighting curse”. Kumpulan lanun yang paling kuat ialah lanun-lanun dari Mindanao (Filipina). Lain-lain lanun yang penting ialah Balanini dari Kepulauan Sulu, lanun Melayu dari Kepulauan Riau-Lingga, Dayak Laut dari Borneo Utara dan lanun-lanun Cina yang berleluasa selepas tahun 1840. Perahu-perahu tempatan merupakan sasaran serangan lanun. Kapal-kapal Eropah jarang sekali diserang oleh lanun. Ini adalah kerana kapal-kapal tersebut bukan mudah ditawan dan lengkap dengan senjata.

Sebab-sebab kewujudan lanun 1. Pekerjaan turun-temurun

Pelanunan merupakan cara hidup tradisional orang-orang di Gugusan Kepulauan Melayu. Pelanunan dianggap sebagai pekerjaan yang mulia dan memandangkan seorang lanun mestilah berani dalam

perjuangan dan mahir dalam ilmu pelayaran. Menurut L.A. Mills, pelanunan bukan sahaja dijalankan oleh rakyat biasa tetapi juga oleh golongan bangsawan, raja dan pedagang.

2. Kedatangan orang Eropah

L.A. Mills berpendapat bahawa kedatangan orang Eropah telah mendorong pelanunan. Orang Portugis dan Belanda telah menghancurkan sistem perdagangan tempatan. Dasar perdagangan monopoli Belanda menyebabkan kehilangan serta mata pencarian sebilangan besar pedagang. Mereka dilarang menjalankan sebarang kegiatan perdagangan di kebanyakan pulau yang berada di bawah pengaruh Belanda.

Kehilangan mata pencarian ini memaksa pedagang-pedagang beralih kepada lanun. Sebagai contoh yang paling baik ialah orang Bugis di Makasar.

3. Bentuk muka bumi Gugusan Kepulauan Melayu

Bentuk muka bumi Gugusan Kepulauan Melayu yang berteluk, berpaya dan mengandungi banyak sungai memudahkan lanun-lanun menyembunyikan diri semasa menanti mangsanya atau selepas mengalami kekalahan. Sungai-sungai kecil dijadikan pangkalan memandangkan bahawa kapal besar Eropah tidak dapat mengejar kapal layar kecil lanun kerana airnya cetek. D.G.E. Hall berpendapat bahawa tiada tempat lain di dunia yang mempunyai keadaan geografi sebegitu sesuai bagi pelanunan.

4. Ketidakstabilan politik

Ketidakstabilan politik di Semenanjung Tanah Melayu (terutama sekali di Selangor dan Perak) dan

Borneo telah menggalakkan kegiatan lanun. L.A. Mills berpendapat bahawa keruntuhan kerajaan-kerajaan Melayu telah mendorong pelanunan. Seorang pemerintah biasanya terlalu lemah untuk mengawal

kegiatan lanun. 5. Desakan ekonomi

Desakan ekonomi juga telah mendorong sebilangan orang tempatan untuk menjadi lanun. Sebagai contoh, penduduk Sambas menjadi lanun apabila perdagangan mereka diambil alih oleh negara jiran, Pontianak di Borneo Barat.

Jenis perdagangan melalui perahu dan tongkang di pesisiran pantai dan sungai memudahkan lagi kegiatan pelanunan. Perkembangan perdagangan Negeri-negeri Selat yang pesat dalam pertengahan abad ke-19 juga mendorong kegiatan pelanunan.

7. Sokongan dari ketua-ketua tempatan

Kegiatan melanin bertambah luas kerana mendapat sokongan dari ketua-ketua tempatan. Ketua-ketua tempatan memberi senjata dan perlindungan kepada lanun-lanun sebagai balasan untuk sebahagian daripada hasil rompakan mereka.

Langkah-langkah untuk mengawal pelanunan sebelum tahun 1835

Sebelum tahun 1835, Kerajaan British tidak mengambil tindakan yang tegas atau berkesan untuk mengawal kegiatan lanun. Negeri-negeri Selat tidak mempunyai bilangan kapal dan angkatan laut yang mencukupi untuk mengawal pelanunan. Pada tahun 1831, Negeri-negeri Selat hanya mempunyai 3 buah kapal kecil bagi

melindungi perdagangan. Mahkamah Negeri-negeri Selat tidak mempunyai kuasa untuk membicara atau menghukum lanun-lanun. Sebaliknya, lanun-lanun dihantar ke Calcutta untuk dibicarakan dan selalunya mereka dibebaskan kerana kekurangan bukti. Keadaan ini disebabkan oleh keengganan Kerajaan British terutama sekali selepas tahun 1833, untuk membelanjakan wang ke atas Negeri-negeri Selat yang tidak mendatangkan sebarang hasil baginya. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 memperuntukkan bahawa Inggeris dan Belanda akan bekerjasama untuk menghapuskan pelanunan. Namu demikian, kerjasama tersebut tidak diamalkan. Kerajaan British hanya mengambil dua langkah yang positif sebelum tahun 1835 untuk mengawal pelanunan:

a. Kapal HMS Southampton bersama dengan kapal perang Diamond pada tahun 1830 berjaya menewaskan sebuah angkatan lanun yang terdiri daripada 30 buah perahu di Selat Melaka.

b. Kapal HMS Harrier pada tahun 1833 telah memusnahkan sebuah petempatan lanun di Pulau Durian yang terletak di selatan Selat Singapura.

Langkah-langkah untuk mengawal pelanunan selapas tahun 1835

Pada tahun 1835, pedagang-pedagang British dan Cina di Singapura menghantar surat-surat rayuan kepada Kerajaan India dan Parlimen British yang menggesa mereka mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menghapuskan pelanunan.

Hasil daripada surat-surat rayuan yang dihantar pada tahun 1835, kerajaan British menghantar kapal perang HMS Andromache di bawah pimpinan Kapten Chads ke Selat Melaka dalam tahun yang sama untuk mengawal kegiatan pelanunan. Pada tahun 1836, dua buah lagi kapal perang iaitu HMS Wolf dan Raleigh dihantar ke Negeri-negeri Selat. Kapal-kapal ini meronda Selat Melaka dan sepanjang pantai timur Semenanjung Tanah Melayu dan berjaya memusnahkan beberapa petempatan lanun termasuk petempatan di Pulau Galang. Pada tahun 1837, kerajaan British menempatkan secara tetap 2 buah kapal Angkatan Laut Diraja dan 5 buah bot bersenjata di Negeri-negeri Selat.

2. Penghantaran kapal-kapal stim

Kapal-kapal stim memainkan peranan penting dalam menghapuskan pelanunan. Pada tahun 1837, Kerajaan British menempatkan kapal stim yang pertama, iaitu Diana di Negeri-negeri Selat untuk

mengawal pelanunan. Kedatangan kapal stim Diana merupakan titik peralihan dalam sejarah penghapusan pelanunan. Kapal Diana mempunyai kelajuan sebanyak 5 knot sejam dan tidak perlu bergantung kepada angin bagi pelayaran. Faktor-faktor ini memudahkan operasi-operasi menentang lanun. Dalam

pertempuran yang pertama (1837), kapal Diana telah memusnahkan 6 buah perahu lanun di sekitar

perairan pantai Terengganu. Pada tahun 1862, Kerajaan India menempatkan 2 buah kapal stim, iaitu Pluto dan Avon di Negeri-negeri Selat.

3. Kuasa membicarakan kes pelanunan

Pada tahun 1837, Negeri-negeri Selat diberi kuasa untuk membicara dan menghukum lanun-lanun. Langkah ini dapat mengawal kegiatan lanun pada setakat yang tertentu.

4. Peranan James Brooke dan Angkatan Laut British di Borneo

James Brooke dengan bantuan Angkatan Laut British (Skuadron Timur Jauh) bertanggungjawab bagi penghapusan kegiatan lanun di Borneo. Pada tahun 1843-1844, James Brooke dengan bantuan kapal HMS Dido yang dipimpin oleh Kapten Keppel memusnahkan kubu-kubu lanun Saribas dan Sikarna (Dayak Laut). Pada tahun 1845, Laksamana Cochrane dan skuadronnya memusnahkan petempatan-petempatan lanun di Teluk Marudu, Barat Laut Borneo. Tugas menghapuskan petempatan lanun di barat laut Borneo diselesaikan oleh Captain Mundy yang memimpin kapal HMS Iris pada tahun 1846. Pada tahun 1847, kapal Nemesis menewaskan satu skuadron Balanini berhampiran dengan Labuan. Pada tahun 1849, James Brooke dengan bantuan kapal-kapal Angkatan Laut British (HMS Albatross dan HMS Royalist) dan kapal-kapal Syarikat Hindia Timur Inggeris (Nemesis dan Semiramis) menewaskan lanun-lanun Dayak Laut dengan teruknya di Batang Maru.

Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874 telah mengurangkan dengan banyaknya kegiatan pelanunan di Semenanjung Tanah Melayu. Menjelang akhir abad ke-19, pelanunan di perairan Tanah Melayu dan Borneo telah luput sama sekali.

Kongsi-kongsi Gelap Cina

Pengenalan

Kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat berasal dari kumpulan Triad. Kumpulan Triad merupakan satu kongsi gelap yang ditubuhkan di negeri China pada tahun 1674. Tujuan kumpulan Triad ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menggantikannya dengan Dinasti Ming. Kumpulan Triad juga dikenali sebagai nama-nama seperti Liga Hung dan Thian Ti Hui (Liga Syurga dan Bumi). Orang Cina telah

menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka). L.A. Mills

menganggap kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates and Robbers Co-operative Association. Sebilangan besar ahli kongsi-kongsi gelap tersebut terdiri daripada penjenayah Cina.

Sebab-sebab penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina 1. Kewujudan kongsi-kongsi gelap di China Selatan

Kebanyakan orang Cina yang berhijrah secara ramai-ramai ke Negeri-negeri Selat dalam abad ke-19 merupakan bekas ahli kongsi-kongsi gelap di negara China. Tradisi kongsi-kongsi gelap ini telah diteruskan oleh orang Cina di Negeri-negeri Selat.

2. Keperluan organisasi bagi perlindungan dan bantuan bersama

Orang Cina yang berhijrah ke Negeri-negeri Selat berasal dari kawasan-kawasan yang berlainan di negara China dan terdiri daripada berbagai-bagai suku. Mereka juga mempunyai bahasa pertuturan dan adat yang berlainan. Faktor-faktor ini dan keadaan sekeliling yang baru telah menyebabkan orang Cina memasuki kongsi gelap yang seketurunan bagi tujuan perlindungan diri dan bantuan bersama. Selain daripada menjalankan kegiatan-kegiatan jenayah, kongsi-kongsi gelap ini merupakan persatuan kebajikan dan

Dalam dokumen Sejarah Malaysia Stpm (Halaman 36-42)