• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perdagangan Singapura

Dalam dokumen Sejarah Malaysia Stpm (Halaman 33-36)

berlabuh, membaiki dan melengkapi bekalannya.

4. Mempunyai kedudukan yang sesuai untuk mengumpul hasil-hasil selat untuk ditukar dengan barangan China.

Pada tahun 1818, Gabenor Jeneral India, Lord Hastings, telah menghantar Stamford Raffles untuk mencari pangkalan di Acheh dan Riau. Raffles mendapati kedudukan Singapura yang strategik di pintu masuk Selat Melaka dan Selat Sunda amat sesuai untuk mengawal monopoli perdagangan Belanda. Pada masa itu, Singapura merupakan sebahagian daripda Empayar Johor dan ditadbir oleh Temanggung Abdul Rahman.

Pada bulan Januari 1819, Raffles telah menandatangani satu perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman. Menurut perjanjian ini, SHTI dibenarkan membina loji di Singapura. Sebagai balasan, syarikat berjanji akan melindungi Temenggung dan akan memberi bayaran tahunan sebanyak Sp$3000 kepada

Temenggung. Walau bagaimanapun, Raffles masih perlukan kebenaran Sultan Johor. Sultan Johor pada masa itu ialah Sultan Abdul Rahman yang berada di Riau di bawah pengaruh Belanda. Oleh itu, Raffles yakin Sultan Abdul Rahman tidak akan melayan permintaannya untuk membuka sebuah loji perdagangan di Singapura.

Seterusnya, Raffles telah memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya melantik Tengku Hussein, putera sulung Sultan Mahmud III sebagai Sultan Johor. Tengku Hussein menerima tawaran itu dan menaiki takhta Kerajaan Johor dengan Sultan Hussein Muhammad Syah. Pada 6 Februsri 1819, Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman telah menandatangani perjanjian rasmi dengan Raffles. Menurut perjanjian ini, Singpura diserahkan kepada SHTI. British akan membayar Sp$5000 setahun kepada sultan dan Sp$3000 kepada Temenggung. Selain itu, British juga akan melindungi baginda dan temenggung.

Perdagangan Singapura

Pengenalan

Singapura dibuka oleh Stamford Raffles pada tahun 1819. Dalam masa yang singkat, ia telah muncul sebagai pusat perdagangan yang maju dan terpenting di Asia Tenggara. Nilai perdagangan Singapura telah bertambah daripada $8568151 pada tahun 1822 kepada kira-kira $18 juta pada tahun 1833. Nilai perdagangan tersebut seterusnya bertambah sehingga melebihi $88 juta pada tahun 1873.

Sebab-sebab pertumbuhan perdagangan Singapura yang pesat 1. Kedudukan geografi Singapura

Seperti yang dinyatakan oleh N.J. Ryan, kedudukan alam Singapura merupakan faktor penting bagi pertumbuhan perdagangannya. Singapura menempati kedudukan yang strategic di tengah-tengah jalan perdagangan yang utama antara timur barat. Barangan perdagangan dari Eropah (tekstil dan barangan logam) dan India (candu) dibawa ke Singapura untuk dihantar ke negara China atau diedarkan ke seluruh Asia Tenggara. Singapura juga terletak di pertengahan Asia Tenggara. Keadaan ini menyebabkan

Singapura menjadi pusat pengumpulan bagi hasil Asia Tenggara. Singapura terlindung dari tiupan angin monsun oleh Pulau Sumatera. Dengan itu, pelabuhan Singapura mempunyai air yang tenang. Perairan yang tenang telah membolehkan Singapura menjadi pusat utama bagi perdagangan melalui perahu dan tongkang. Singapura juga merupakan tempat persinggahan yang sesuai bagi pedagang-pedagang Asia Tenggara, China dan Eropah. Sebelum pembukaan Hong Kong pada tahun 1842, Singapura merupakan pusat pengumpulan yang penting bagi barang-barang dari negara China seperti sutera dan teh.

2. Dasar-dasar Inggeris a. Dasar pelabuhan bebas

Dasar Inggeris menjadikan Singapura sebuah pelabuhan bebas telah mendorongkan perkembangan perdagangan Singapura. Pedagang-pedagang tidak dikenakan bayaran cukai import dan eksport. Bagi sepuluh tahun yang pertama, Singapura merupakan pelabuhan bebas yang tunggal di Gugusan

Kepulauan Melayu. L.A. Mills berpendapat bahawa polisi pelabuhan bebas ini merupakan faktor bagi perkembangan pesat perdagangan Singapura.

b. Sistem pentadbiran

Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda (1824), Inggeris telah menubuhkan sistem pentadbiran yang menjamin keselamatan nyawa dan harta. Keamanan telah menggalakkan perkembangan perdagangan Singapura.

c. Dasar penghijrahan

Dasar Inggeris tidak menyekat penghijrahan telah menyebabkan kemasukan ramai orang Cina yang telah mendorong memajukan perdagangan Singapura. Bilangan penduduk Cina di Singapura telah meningkat daripada 3000 orang pada tahun 1820 kepada 50043 pada tahun 1860.

Inggeris telah membekalkan kemudahan-kemudahan seperti membaiki kapal, limbungan kapal dan gudang arang batu yang mendorong sebilangan besar kapal-kapal untuk singgah di Singapura. e. Pemansuhan monopoli perdagangan dengan negara China

SHTI telah memansuhkan monopoli perdagangan dengan negara China pada tahun 1833.

Pemansuhan ini menggalakkan ramai pedagang berdagang dengan negara China melalui Singapura. 3. Pembukaan pasaran-pasaran baru di sekitar Singapura

Perluasan kuasa dan pengaruh Inggeris di Asia Tenggara telah mengakibatkan pembukaan pasaran-pasaran baru bagi hasil perdagangan Singapura yang mendorong perkembangan perdagangan Singapura. Perlantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak pada tahun 1841 telah menambahkan perdagangan Singapura. Kejayaan James Brooke menghapuskan kegiatan lanun di sekitar Borneo telah merintis jalan bagi perkembangan perdagangan antara Sarawak dengan Singapura. Pada tahun 1833, tidak terdapat perdagangan antara Sarawak dengan Singapura. Menjelang tahun 1873, nilai perdagangan tersebut melebihi setengah juta ringgit. Pada tahun 1855, Siam (Raja Mongkut) telah membuka pintu kepada pedagang-pedagang Inggeris melalui Perjanjian Bowring. Perkembangan ini telah memberi peluang kepada Singapura menjalankan perdagangan yang maju dengan Siam. Perluasan kuasa dan pengaruh Belanda di Indonesia telah juga membuka pasaran-pasaran baru bagi hasil-hasil perdagangan Singapura. Antara tahun 1826-1858, Belanda membuka lebih daripada 30 buah pelabuhan bagi perdagangan di Jawa, Sumatera, Bali dan lain-lain tempat.

4. Pembukaan Terusan Suez

Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah menambahkan perdagangan Singapura dengan memendekkan perjalanan laut di antara Eropah dan Asia dan mengurangkan kos pengangkutan. Pembukaan Terusan Suez membolehkan pemasaran lebih banyak jenis dan kuantiti barangan

perdagangan. Terusan baru ini memungkinkan penghantaran barangan yang memerlukan ruang yang luas seperti beras dan gula. Pembukaan Terusan Suez merupakan faktor penting bagi perkembangan

perdagangan Singapura. Sesungguhnya seorang ahli sejarah, G. Bogaars, berpendapat bahawa pembukaan Terusan Suez telah memulihkan perdagangan Singapura dan menghasilkan satu zaman kemewahan. 5. Pengenalan kapal-kapal stim

Perubahan daripada kapal layar kepada kapal stim telah menyenangkan perdagangan dan mengurangkan kegiatan-kegiatan lanun. Perkembangan teknologi ini telah menyebabkan bertambahnya bilangan kapal dan pedagang asing yang datang berdagang di Singapura.

Perkhidmatan telegraf di antara Singapura dan London yang dimulakan pada tahun 1870 telah

mempercepatkan urusan perniagaan kerana laporan-laporan mengenai kedudukan pasaran dapat dihantar dalam masa yang singkat. Menurut C.D. Cowan, perkembangan teknologi ini telah melicinkan dan menambahkan perdagangan Singapura.

Imperialisme British

Dalam dokumen Sejarah Malaysia Stpm (Halaman 33-36)