• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isi / fakta

Dalam dokumen MODUL KARANGAN BERPANDU (Halaman 31-42)

LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KESIHATAN 1.0 Pendahuluan

2.0 Isi / fakta

2.1 Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang (IU)

- Makanan seperti sayur-sayuran, ikan, daging dan buah-buahan dapat menjamin kesihatan (HS1)

- Elakkan makanan yang berlemak, tinggi kolesterol dan tinggi gulanya (HS2) - Penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindari (CTH)

2.2 Beriadah dan melakukan senaman atau bersukan (IU)

- Dengan bersenam, bersukan, dan berekreasi secara konsisten, semua otot akan bergerak dan hal ini menyebabkannya berfungsi dengan baik.(HS1) - Aktiviti-aktiviti tersebut dapat mengurangkan ketegangan akibat tugas di

pejabat atau sekolah.(HS2)

- Tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi merupakan peruntukan masa yang paling efektif untuk masyarakat Malaysia menjalankan aktiviti senaman.(CTH)

2.3 Rehat dan tidur yang cukup

-

Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari selain berehat bagi mengekalkan kesihatan stabil. (HS1)

Orang yang tidak mendapat rehat yang cukup tidak mampu melakukan kerja mereka dengan baik, mudah berasa letih dan sen

- ang jatuh sakit (CTH).

-

Peruntukan masa selama lapan jam sehari untuk berehat dan tidur. (HS2)

3.0 Penutup

- Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan. - Rakyat perlu bertanggungjawab menjaga kesihatan sendiri.

Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam kehidupan manusia. Ramai orang yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memastikan kesihatan mereka berada pada tahap yang terbaik. Justeru, sikap mengambil berat tahap kesihatan perlu diamalkan agar kehidupan kita sejahtera.

Langkah utama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang pada setiap hari. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat seperti sayur-sayuran, ikan, daging, buah-buahan, dan sebagainya dapat menjamin kesihatan. Makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi serta makanan yang tinggi kandungan gulanya seharusnya

dihindari kerana ini mendedahkan seseorang kepada risiko menghidapi penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Selain itu, kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan terutama jika kita tidak melakukan kerja berat. Dengan melakukan senaman yang konsisten dan rajin menjalankan aktiviti-aktiviti rekreasi serta bersukan, maka semua otot kita akan bergerak dan hal ini membolehkannya berfungsi dengan baik. Malah dengan melakukan aktiviti tersebut kita akan dapat mengurangkan ketegangan akibat beban tugas di pejabat atau di sekolah. Seperti yang disiarkan oleh televisyen dan radio, tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi merupakan peruntukan masa yang paling efektif untuk masyarakat Malaysia menjalankan aktiviti senaman.

Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang cukup. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari selain berehat bagi mengekalkan kesihatan stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak mampu melakukan kerja mereka dengan baik, malah mereka mudah berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh itu kita disarankan memperuntukkan masa selama lapan jam sehari untuk berehat dan tidur.

Sebagai rumusan, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan kepada rakyat. Jadi setiap rakyat perlu bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan sendiri seperti cogan kata “Mencegah Lebih Baik daripada Merawat”.

(280 patah perkataan)

KARANGAN BERPANDU 14 Soalan 14

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan aktiviti beriadah. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka karangan 14 Soalan 14

Kepentingan aktiviti beriadah 1.0 Pendahuluan

-

Aktiviti riadah disarankan oleh kerajaan. (AR)

- Berjogging, berkhemah, memancing dan menunggang kuda (AS) - Riadah membawa banyak faedah / kepentingan (AA)

2.1 Aktiviti riadah dapat menghindar diri daripada penyakit (IU) - Riadah adalah aktiviti gaya hidup sihat (HS1)

- Jogging aktiviti yang terbaik, mudah dan murah (HS2)

- Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, angin ahmar dapat dielakkan ( HS3)

2.2 Menghilangkan stress / tekanan mental (IU) - Kepenatan dan beban di tempat kerja (HS1) - Kemurungan, perasaan marah akan timbul (HS2)

- Riadah dapat membakar lemak, melancarkan perjalanan darah, meningkatkan kadar

denyutan jantung (HS3)

2.3 Mengeratkan hubungan silatulrahim (IU)

- boleh dilakukan beramai-ramai (bersam keluarga / kawan ) (HS1) - ibu bapa sibuk tiada masa bermesra dengan anak-anak (HS2) - hubungan ibu bapa dan anak semakin mesra (HS3)

- dapat melahirkan keluarga harmonis dan elakkan masalah sosial (HS4) 3.0 Penutup

- Amalkan gaya hidup sihat (CDG)

- Dapat meneruskan hidup dengan gembira (HP)

Karangan Berpandu 14 Soalan 14

Contoh Karangan

Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kebendaan. Mereka tiada masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah membina dan membuka pelbagai pelbagai tempat rekreasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik hati pengunjung-pengunjung. Di tempat-tempat rekreasi ini pengunjung-pengunjung boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging, berkhemah, memancing, dan menunggang kuda. Aktiviti riadah membawa banyak faedah kepada masyarakat.

Pelbagai penyakit timbul kerana masyarakat kini kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Kesuntukan masa untuk bersukan serta amalan pemakanan yang tidak seimbang mengundang pelbagai penyakit. Menurut pakar kesihatan, aktiviti riadah seperti berjogging sebenarnya cara yang terbaik, mudah dan murah untuk kita mengekalkan berat badan yang sesuai dengan umur kita, di samping mengelakkan diri daripada terkena penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi, serangan sakit jantung dan juga angin ahmar.

Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kebendaan. Mereka tiada masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah membina dan membuka pelbagai pelbagai tempat rekreasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik hati pengunjung-pengunjung. Di tempat-tempat rekreasi ini pengunjung-pengunjung boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging, berkhemah, memancing, dan menunggang kuda.

Kepenatan dan beban di tempat kerja akan menimbulkan pelbagai masalah sampingan. Kita mungkin akan murung, kerap marah dan sebagainya. Apabila kita melakukan aktiviti riadah dengan kekerapan yang konsisten dan berterusan, maka akan memudahkan pembakaran lemak berlebihan, melancarkan aliran darah, meningkatkan kadar denyutan jantung agar mengepam darah dengan sempurna dan optimum, serta mengurangkan tekanan mental yang kita hadapi. Cara ini bersesuaian dengan cogan kata Badan cergas otak sihat. Aktiviti ini lebih menyeronokan sekiranya dilakukan bersama-sama keluarga atau kawan-kawan. Secara tidak langsung kita boleh mengeratkan hubungan silatulrahim. Mungkin selama ini ibu bapa sibuk bekerja hingga tiada masa untuk bersama keluarga. Ibu bapa boleh menggunakan peluang ini untuk bermesra dengan anak-anak dan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Hubungan yang erat sesama ahli keluarga seperti isi dengan kuku dapat melahirkan keluarga yang harmonis dan mengurangkan masalah sosial dalam

kalangan remaja.

Tuntasnya, amalan gaya hidup sihat seperti bersukan, beriadah, dan sebagainya patut diamalkan oleh masyarakat pada hari ini agar kita dapat meneruskan hidup dengan gembira dan dijauhi daripada pelbagai penyakit.

KARANGAN BERPANDU 15 (A)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan buruk bencana alam. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka Karangan 15 Soalan 15

Kesan-kesan buruk bencana alam 1.0 Pendahuluan

- satu malapetaka/Bencana alam yang terjadi secara semula jadi.(AR) - Malapetaka yang tidak dapat diramalkan.(AS)

- Contoh-contoih bencana alam ialah tsunami, ribut taufan, gempa bumi (CTH) - Meninggalkan kesan yang buruk kepada negara.(AA)

2.0 Isi/fakta

2.1 Bencana alam meragut nyawa dan menyebabkan kecederaan (IU) - malapetaka ini berlaku secara tiba-tiba dan tidak dapat dielakkan oleh

manusia (HS1)

-

Tsunami telah melanda beberapa buah negara di Asia Tenggara. (HS2) - Mengorbankan beribu-ribu orang (CTH)

- Mengalami kecederaan apabila dihempap ombak besar atau pokok tumbang

atau ditimpa oleh bangunan. (CTH) 2.2 Ekonomi negara terjejas/ terbantut.

- apabila negara ditimpa bencana alam, ekonomi negara terbantut.(IU) - banyak kemudahan dan infrastruktur musnah (HS1)

- kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar/banyak untuk membina kemudahan baru/membantu mangsa yang terlibat.(HS2)

- Kerajaan perlu menyediakan pakaian, ubat-ubatan, dan sebagainya.(CTH)

2.3 Kemusnahan harta benda/hilang mata pencarian.

- bencana alam memusnahkan harta benda, tanaman musnah, mata pencarian penduduk terjejas.(IU)

- hujan turun turun dengan lebat selama beberapa hari, kawasan rendah ditenggelami air.(HS1)

- banjir besar berlaku di Terengganu, Kelantan dan beberapa buah kawasan di negeri Pahang pada bulan November dan Disember.(CTH) - mata pencarian penduduk terjejas kerana tidak melakukan kerja

harian.HS2) 3.0 Penutup

- bencana alam mendatangkan keburukan kepada semua orang.(ulasan)

- semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi

masalah ini (cadangan)

- bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan” /’malang tidak

berbau (HP)

Karangan Berpandu

Bencana alam ialahsatu malapetaka yang terjadi secara semula jadi dan kejadian itu tidak dapat diramalkan. Antara bencana alam yang berlaku di dunia ini ialah

tsunami, gempa bumi, banjir, kemarau panjang, ribut taufan, dan banyak lagi. Setiap bencana yang berlaku meninggalkan kesan yang buruk kepada mangsanya.

Salah satu kesan bencana alam ialah tragedi ini boleh meragut nyawa dan menyebabkan kecederaan kepada mangsa. Hal ini dikatakan sedemikian kerana bencana alam berlaku secara tiba-tiba dan tidak dapat dielakkan oleh manusia. Contohnya ialah tsunami yang melanda beberapa buah negara di Asia Tenggara pada 26 Disember 2004 telah mengorbankan beribu-ribu orang di Bandar Aceh, Selatan India, dan Sri Lanka, manakala banyak mangsa yang mengalami kecederaan apabila dihempap ombak besar atau ditimpa oleh bangunan atau poko yang tumbang.

Di samping itu, apabila sesebuah ditimpa bencana alam, maka ekonomi negara itu terbantut Hal ini berlaku kerana banyak kemudahan dan infrastruktur di negara itu musnah dan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membina kemudahan baru. Selain itu, kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk membantu mangsa yang terlibat dalam bencana itu seperti menyediakan bekalan makanan, ubat-ubatan, selimau, tempat tinggal, dan sebagainya. Contohnya, Somalia berada dalam kemiskinan kerana negara itu dilanda oleh kemarau panjang pada setiap tahun.

Akhirnya, akibat banjir besar yang berlaku ialah harta benda rosak, tanaman musnah, mata pencarian penduduk terjejas dan sebagainya. Biasanya, apabila hujan turun dengan lebat selama beberapa hari, kawasan rendah akan ditenggelami air dan menyebabkan banjir seperti yang berlaku di Kelantan, Terengganu, dan di beberapa kawasan di negeri Pahang pada bulan November dan Disember setiap tahun. Apabila banjir besar berlaku, mata pencarian penduduk terjejas kerana mereka tidak dapat melakukan kerja harian mereka.

Kesimpulannya, bencana alam banyak mendatangkan keburukan kepada semua orang. Oleh itu, semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah ini bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”.. kerana “malang tidak berbau.”

(300 patah perkataan)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca pencemaran air. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pencemaran Air

Tahukah anda apakah yang mencemarkan sungai kita? Sungai yang merupakan nadi kepada pembangunan negara pada masa lampau kini berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran. Setiap hari kita disogokkan dengan berbagai-bagai isu pencemaran sungai.Persoalannya, apakah yang akan terjadi sekiranya semua sungai di Negara ini tercemar? Oleh itu , marilah kita membincangkan punca-punca pencemaran air ini berlaku.

Pencemaran sungai sebenarnya berpunca daripada perbuatan manusia sendiri. Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak seperti pembuangan sampah yang tidak berdisplin ke dalam sungai membawa kepada pencemaran sungai tersebut. Di samping itu, kepesatan pembangunan menyumbang kepada pencemaran sungai. Kepesatan pembangunan turut menyumbang kepada pembuangan sisa toksid serta sisa industri lain ke dalam sungai. Keadaan ini bertambah teruk apabila terdapat pengusaha ternakan binatang membuang sisa yang tidak digunakan ke dalam sungai. Akibatnya air sungai menjadi busuk dan tidak dapat mengalir dengan deras.

Kajian mendapati bahawa pencemaran air khususnya sungai berpunca daripada bahan buangan industri, buangan ternakan dan domestik serta kerja tanah dan pembukaan tanah. Bahan buangan tersebut merupakan bahan buangan industri yang berasaskan pertanian dan pembuatan. Antara sungai-sungai yang telah didapati tercemar ialah Sungai Juru, Sungai Muar, Sungai Kelang, dan sebagainya. Kualiti air sungai merosot disebabkan oleh pembuangan bahan terbuang ini. Air sungai akan menjadi kotor dan berkelodak serta akan mengeluarkan bau yang busuk.

Pembuangan sisa-sisa toksid merupakan punca pencemaran air. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini banyak menyebabkan hidupan laut mati. Tumpahan minyak oleh kapal yang belayar di laut sememangnya amat membimbangkan semua pihak. Keindahan dan sifat semula jadi air khususnya sungai ini akan terjejas. Malahan sungai-sungai yang telah tercemar akan mengakibatkan berlakunya kejadian banjir, hakisan , dan sebagainya akan berlaku.

Selain itu, pengusaha kilang melepaskan efluen dan sisa toksid ke dalam sungai kerana ingin mengurangkan perbelanjaan. Kebanyakan pengusaha kilang yang tidak bertanggunjawab mengambil jalan mudah dengan melepaskan efluen dan sisa toksid ke dalam sungai sempena cuti Hari Raya bagi mengelakkan kegiatan mereka tidak dikesan oleh pihak berkuasa. Tindakan tidak bertanggunjawab pihak-pihak tertentu menyebabkan kualiti air yang menjadi sumber air minuman.

Konklusinya, semua pihak perlu berganding bahu bagi memelihara kebersihan sungai kerana sungai kini bukan sahaja sumber bekalan air tetapi juga menjadi daya tarikan pelancong sebagai tempat bersantai. Hargailah sungai kita kerana sumber sungai air tidak dapat diganti.

KARANGAN BERPANDU 18

Lihat gambar dibawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara masyarakat di Malaysia menyambut perayaan masing-masing. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

RANGKA KARANGAN BERPANDU

1.0 Pendahuluan

- Setiap kaum mempunyai adapt dan budaya (AR)

- Setiap kaum bebas amalkan budaya tanpa rasa malu atau takut (AS) - Setiap kaum turut merayakan perayaan kaum kain (AS)

Dalam dokumen MODUL KARANGAN BERPANDU (Halaman 31-42)

Dokumen terkait