• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembakaran terbuka

Dalam dokumen MODUL KARANGAN BERPANDU (Halaman 46-51)

KARANGAN BERPANDU 26 SOALAN 1

2.3 Pembakaran terbuka

- mereka melupuskan sisa buangan secara murah dan mudah - petani menjalankan aktiviti pertanian dengan menebang pokok kemudian membakarnya secara terbuka

- berlaku kebakaran hutan yang tidak terkawal 3.0 Kesimpulannya

- Pencemaran udara perlu diatasi secara kolektif

Punca-punca Pencemaran Udara.

Udara yang bersih amat penting untuk menjamin kesihatan orang ramai dan gaya hidup sihat. Walau bagaimanapun, kemerosotan kualiti udara di negara kita kini kian meruncing . Bagi individu yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Ipoh, mereka akan menyaksikan cuaca yang berjerebu sehingga kadang-kadang memendekkan jarak penglihatan. Keadaan yang membimbangkan ini disebabkan oleh beberapa faktor yang memang dikenalpasti.

Salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya keadaan tersebut adalah pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang perindustrian. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, sektor industri berkembang pesat di negara kita. Kilang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, terutamanya di bandar dan kawasan perindustrian. Kebanyakan pengusaha kilang tidak memasang alat penapis yang cukup berkesan untuk mengelakkan pembebasan asap dari serombong kilang mereka, hingga menyebabkan udara yang kotor dan beracun terbebas ke udara. Asap tersebut kelihatan berwarna biru kehitam-hitaman dan berkepul-kepul terbebas ke kawasan sekitarnya.

Selain itu, pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya menburukkan lagi kualiti udara di negara kita. Peningkatan taraf hidup menyebabkan semakin ramai

orang mampu memiliki kenderaan sendiri. Setiap kenderaan yang bergerak akan mengeluarkan asap dan bayangkan betapa buruknya keadaan sekitarnya. Keadaan semakin buruk jika kenderaan tersebut merupakan kenderaan berat, seperti lori, treller, dan bas yang sudah uzur serta tidak diselenggarakan dengan baik. Situasi ini bertambah buruk jika kenderaan menggunakan petroleum tanpa plumbum ataupun menggunakan diesel. Asap yang terbebas daripada kenderaan tersebut yang mengandungi karbon monoksida bukan sahaja mencemarkan udara tetapi boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

Pembakaran terbuka juga merupakan salah satu faktor yang menjejaskan kualiti udara. Pembakaran terbuka biasanya dilakukan oleh individu yang hanya mementingkan diri sendiri ibarat enau melepaskan pucuknya masing-masing. Mereka mahu melupuskan sisa buangan secara mudah dan murah semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Sebagai contoh ada dalam kalangan petani menjalankan aktiviti pertanian dengan menebang pokok, kemudian membersihkan kawasan dengan membakarnya secara terbuka.

Tuntasnya, masalah pencemaran udara ini perlu diatasi secara kolektif ibarat bulat air kerana pembentung dan bulat manusia kerana muafakat. Kesedaran perlu ada dalam diri individu untuk menjaga kualiti udara di negara kita. Bersama-samalah kita menghindari pencemaran udara dan menghargai alam sekitar.

(317 patah perkataan)

LATIHAN KARANGAN BERPANDU SPM SOALAN 28

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang perlunya bangunan bersejarah di Negara kita di pelihara dan dipulihara. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

Rangka Karangan berpandu

Bangunan bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara 1.0 Pendahuluan

- Negara kita banyak mempunyai bangunan bersejarah.(AR) - dibina sejak zaman penjajahan (HS)

- Kota A Famosa, Kota Margherita, Fort Cornwallis, bangunan Sultan Abdul Samad. (CTH)

- bangunan bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara.(AA) 2.0 Isi (sebab-sebab )

2.1 Generasi muda dapat mengetahui dan mempelajari sejarah dengan lebih berkesan.(IU)

- bangunan besejarah memberi gambaran tentang sejarah negara

- Kota A Famosa dan bangunan Stadthuys – mengingatkan kita sejarah Melaka.(CTH)

- Dapat melihat kesan sejarah dengan lebih dekat.(HS). - Dapat menambah ilmu pengetahuan .(R)

2.2 Salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.(IU)

- untuk menjadi tatapan dan penghayatan generasi muda.(HS)

- generasi muda diingatkan tentang sejarah perjuangan nasionalis untuk memerdekakan negara.(HS)

- Kota Pengkalan Kempas di Negeri Sembilan, Kota A Famosa, Kota Cornwallis – mengingatkan kita tentang usaha mempertahankan kerajaan Melaka dan Pulau Pinang pada zaman penjajahan.(CTH)

- Oleh itu bangunan besejarah penting untuk memupuk semangat patriotisme.(R)

2.3 Bangunan bersejarah mempunyai nilai ekonomi tersendiri. (IU) - untuk perkembangan sektor pelancongan.(HS)

- menjadi salah satu destinasi yang dikunjungi para pelancong.(HS)

- kehalusan seni bina dan keunikan reka bentuk menjadi tarikan para pelancong (HS)

- Bangunan Sultan Abdul samad di Kuala Lumpur perlu dikekalkan kerana kaya dengan unsur seni.(CTH)

- dapat menjana pendapatan negara.(R) 3.0 Penutup

- perlu dipelihara

- jika rosak perlu dibaiki segera

- menjadi khazanan bangsa yang penting

- untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang

CONTOH KARANGAN

Negara kita sememangnya banyak mempunyai bangunan bersejarah. Antaranya ialah kota A Famosa, Kota Margherita, Fort Conrwallis, Bangunan Sultan Abdul Samad dan lain-lain. Bangunan bersejarah ini telah dibina sejak zaman penjajahan iaitu bermula pada zaman penjajahan Portugis pada abad ke-15 hinggalah zaman penjajahan British pada abad ke-19. Pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah ini adalah penting agar bangunan tersenut dapat menjadi warisan masyarakat dan khazanah Negara yang tidak ternilai harganya.

Melalui pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah, genrasi muda dapat mengetahui dan mempelajari sejarah Negara dengan lebih berkesan di samping dapat merasai keadan tamadun pada zaman silam. Bangunan-bangunan bersejarah ini dapat mmberi gambaran kepada kita tentang sejarah negara. Di Melaka misalnya, terdapat bangunan tersohor seperti Kota A Famosa yang dibina oleh Portugis dan Bangunan Stadthuys yanag dibina oleh Belanda dapat mengingatkan kita tentang kebesaran dan kehebatan Melaka sebagai sebuah kerajaan Mlelayu tersohor pada zamannya. Dengan melawat bangunan bersejarah itu kita juga dapat melihat sendiri kesan peninggalan penjajah. Hal ini penting untuk kita menambah pengetahuan tentang sejarah negara.

Selain itu, pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah juga penting sebagai salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa kini. Dalam konteks ini, bangunan bersejarah perlu dikekalkan untuk menjadi tatapan dan penghayatan generasi muda . Sebagai contoh Kota A Famosa di Melaka dan Kota Cornwallis di Pulau Pinang dapat mengingatkan kita tentang usaha mempertahankan kedaulatan negeri Melaka dan Pulau Pinang pada zaman penjajahan dahulu. Tinggalan sejarah ini boleh mengingatkan generasi muda tentang segala pahit maung yang dilalui oleh pejuang nasionalis ketika memerdekakan tanah air dan secara tidak langsung dapat mencelikkan kita agar sentiasa berwaspada terhadap musuh Negara.

-Bangunan bersejarah juga mempunyai nilai ekonominya tersendiri, khasnya untuk perkembangan sektor pelancongan. Bangunan bersejarah ini menjadi salah satu destinasi

yang dikunjungi oleh para pelancong sama ada dari dalam atau luar Negara. Kehalusan seni bina dan keunikan reka bentuk bangunan tersebut mampu menjadi tarikan para pelancong untuk berkunjung ke tempat-tempat tersebut. Sebagai contoh bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur mempunyai unsure seni yang tiada tolok bandingnya. Kedatangan pelancong tersebut bukan sahaja dapat mengharumkan nama negara tetapi juga dapat menjana sumber pendapatan Negara. Hal ini kerana para pelancong , terutamanya pelancong asing akan berbelanja di Negara kita semasa mereka bercuti di sini. Oleh yang demikian Negara kita boleh mengaut keuntungan yang banyak daripada sektor pelancongan.

Kesimpulannya, bangunan-bangunan bersejarah perlu dijaga dan jika berlaku kerosakan, usaha-usaha untuk membaik pulih perlu dilakukan segera. Hal ini kerana bangunan bersejarah ialah khazanah bangsa yang penting untuk tatapan dan penghayatan generasi sekarang dan generasi akan datang.

SOALAN 1

Bahagian A –Karangan Berpandu 30

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar. Panjang karangan hendaklah tidak lebih daripada 200 hingga 250 patah perkataan sahaja.

SOALAN 1

Dalam dokumen MODUL KARANGAN BERPANDU (Halaman 46-51)

Dokumen terkait