• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isnin, 28 Mac 2011

Dalam dokumen KHURAFAT (Halaman 42-45)

Amalan Khurafat

1:32:00 PG jullz No comments

Pengertian Khurafat

" Amalan atau kepercayaan karut yang boleh membatalkan iman."

Contoh-contoh amalan khurafat

1. Mempercayai bintang-bintang (zodiak) 2. Mandi di Bulan Safar 

3. Memuja pantai

4. Membuang Ancak untuk menghalau jin dan syaitan 5. Memuja Kubur yang dianggap wali atau keramat 6. Mempercayai tangkal / azimat

7. Mempercayai ada binatang yang membawa tuah atau sial 8. Percaya akan ada bencana jika ular masuk ke dalam rumah. 9. Percaya pada hari yang membawa tuah atau sial

10. Kenduri Lenggang perut bagi wanita yang sedang mengandung 11. Mengadakan upacara "buka gelanggang"

12. Meminta izin "atuk dan nenek" sekiranya ingin b uang air kecil atau besar di tengah hutan

Hukum Mempercayai Amalan Khurafat : HARAM

Dalil Mengenai Khurafat :

"14. Hanya bagi Allah-lah (hak mengabulkan) doa yang benar. dan berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatupun bagi mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air supaya sampai air ke mulutnya, padahal air itu tidak dapat sampai ke mulutnya[769]. dan doa (ibadat) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka. "

( Surah Ar-Ra'ad : Ayat 14 )

Kesan Mempercayai Perkara Khurafat

1. Dimurkai oleh Allah SWT dan Rasul Nya

2. Jiwanya sentiasa gelisah dan tidak tenteram

3. Menjadi takbur dan pendendam

4. Membuang masa dan wang

5. Berlaku kemungkaran dan kerosakan

Cara Mengatasi Amalan Khurafat

1. Sentiasa memahami dan berusaha untuk mendalami ilmu agama

2. Sentiasa memberi penerangan melalui akhbar, poster-poster, risalah-risalah, media massa, jaringan lamansosial dan sebagainya.

3. Sentiasa mengadakan program-program yang meningkatkan ilmu seperti seminar, kursus, halaqah dansebagainya.

4. Sentiasa mengawasi tempat-tempat yang selalu menjadi kunjungan dan tumpuan serta keramat olehmasyarakat

5. memperuntuk dan menguatkuasakan undang-undang berkenaan khurafat dengan lebih ketat lagi.

* Nota untuk guru dan murid dalam jawi dan persembahan powerpoint, boleh dimuat turun di ruangan "nota ringkas " dan "bahan bantuan mengajar dan belajar"

Melenggang Perut

Topik yang akan saya kemukakan adalah tentang úpacara melenggang perut'di kalangan orang Melayu. Upacara ini telah menjadi adat resam di kalangan Melayu dan menjadi warisan turun temurun daripada nenek moyang hingga sekarang masih berlaku. Ibu-ibu muda hanya menurut kata-kata orang tua tanpa berfiikir dengan teliti dalam mengambil tindakan tersebut sama ada melenggang perut itu adalah sesuatu yang baik dalam agama atau khurafat

Ibu-ibu yang sedang mengandung selama 7 bulan akan mula melenggang perutnya adalah untuk membetulkan kedudukan bayi pada tempat yang sepatutnya iaitu kedudukan kepala bayi berada di pembukaan rahim untuk mengelak bayi tersebut daripada lemas semasa keluarnya air ketuban. Untuk membetulkannya tidak salah tetapi dalam melakukannya bidan kampung telah mencampurinya dengan unsure-unsur khurafat seperti jampi serapah, kain kuning dan lain-lain lagi. Bayi yang masih berada dalam perut telah 'diperkenalkan'dengan jampi serapah yang pastinya mempunyai 'penunggu' kepada  jampi serapah tersebut. Bila hal ini terjadi maka unsure-unsur 'luar'telah masuk campur dalam kehidupan bayi tersebut.

(sekarang nikan dah ada scanner so boleh lihat keadaan bayi macam mana dan boleh dibetulkan tanpa mengguna jampi serapah)

Ini juga salah satu kecuaian yang berlaku dalam masyarakat kita semasa dalam hubungan kelamin bukan main beringat tetapi dalam pada itu mereka tidak sedar bahawa mereka telah melibatkan unsure-unsur 'luar' yang disengajakan dan diterima bulat-bulat tanpa diselidiki terlebih dahulu. Jadi fikir2lah bukan semua dari adat resam mesti dituruti sebab adakalanya ia diselitkan dengan unsure-unsur khurafat yang boleh membawa kepada syirik menduakan Allah SWT.

arikh Keputusan: 5 Jul, 2011

(a) Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta;

(b) Azimat atau tangkal ialah suatu objek yang ditulis dengan ayat-ayat atau huruf-huruf tertentu atau objek tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja;

(c) Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma‟ dan Qiyas menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak oleh Islam;

(d) Amalan memuja dan memohon pertolongan dari objek yang dipuja seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun atau individu tertentu adalah syirik dan menyesatkan. Mana-mana orang yang bersahabat dan menggunakan jin, tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang yang jahil dan menzalimi diri sendiri;

(e) Haram menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran, atau berdasarkan kepada sihir, atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor dan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa;

(f) Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, penimbul, penyeri, pemanis, mempercepatkan jodoh, pelaris, penunduk musuh, penunduk kata, pemerdu suara, pembungkam, penarik rezeki, penjaga diri, penguat tenaga batin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam;

(g) Jampi adalah haram sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau memuja hantu syaitan dan jin iblis atau mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh;

(h) Mana-mana orang Islam yang terlibat dengan perkara syirik atau khurafat, menggunakan azimat atau tangkal atau mengamalkan jampi serapah yang bertentangan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam wajib segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah Ta‟ala.

Status Penwartaan:

Dalam dokumen KHURAFAT (Halaman 42-45)

Dokumen terkait