• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadi Anak Angkat Raja Perempuan Bintan

Dalam dokumen Sulalatus Salatin a. Samad Ahmad (Halaman 64-69)

Maka puan daripada Wan Seri Beni pun dipersembahkan bentaralah kepada Seri Teri Buana. Maka titah Wan Seri Beni, "Ya anakku tuan, santaplah sirih bonda yang tiada dengan sepertinya. Besamya untung banda, tuan datang ke negeri ini, dan kerajaanlah tuan di sini; bonda pun tiada empunya anak, tuanlah anak banda, dan tuanIah yang empunya negeri Bintan ini dengan segala bala Teriteranya, bonda berikan kepada tuan, mana perintah tuanlah akan bala Teritera tuan;akan segala alat kerajaan banda kepada tuanlah bonda salinkan." Maka baginda pun menyuruh menghiasi istana bonda baginda, Puteri Iskandar Syah, dengan selengkap alat perhiasan yang

34 A-44

keemasan, bertatahkan ratna mutu manikam. Maka baginda menyuruhkan isteri Menteri Bupala dengan segala isteri Orang Besar-besar menjemput Raden Ratna Cendera Puri usungan emas berpermata, berkhemah badar sila, bertabir dewangga pirang.

Maka pergilah isteri Menteri Bupala bertandu mengiringkan usungan emas itu dengan isteri Orang Besar-besar, diikut oleh segala pegawai serta dengan alat senjatanya. Sete1ah sampai, maka isteri Menteri Bupala dengan segala yang bersamanya itu pun turunlah kepada kenaikan Seri Teri Buana, mendapatkan Raden Ratna Cendera Puri. Setelah bertemu maka sekaliannya duduk menyembah serta dengan berkenan memandang baginda, terlalu baik parasnya, sedap Manis barang lakunya.

Maka sembah Menteri Bupala, "Tuanku, paduka banda empunya salam, tuanku dipersilakan paduka banda naik ke istana. Maka ujar Raden Ratna Cendera Puri, "Titah duli paduka Suri itu Hamba junjunglah; Hamba lagi menanti raja turun mengadap duli baginda." Maka sembah isteri Menteri Bupala, "Sudah maklum tuanku, paduka kakanda, paduka bonda menitahkan patik sekalian mengadap, persilakan duli tuanku."

Maka Terigah berkata-kata itu, Demang Lebar Daun pun datang dititahkan Seri Teri Buana, mengambil anakandanya, Maka Raden Ratna Cendera Puri pun naik ke atas usungan, bersama-sama isteri Bupala dan bondanya; yang lain dari itu masing-masing berjalan di tanah dengan segala inang pengasuh, dayang-dayang mendara perwara. Adalah Raden Cendera Puri terlalulah ramai berjalan mengiringkan usungan itu masuk ke dalam. Setelah sampai ke istana Wan Seri Beni, maka Raden Ratna Cendera Puri pun turunlah, naik ke istana diiringkan sekalian yang berserta dengan baginda itu.

Setelah Wan Seri Beni melihat anakanda bagindaitu, maka baginda pun bangkit dari atas petarana menyambut tangan Raden Ratna Cendera Puri, dibawa semayam bersama-sama di atas peterana itu. Maka Raden Ratna Cendera Puri pun tundukmenyembah duli Wan Seri Beni maka dipeluk dicium baginda serta berkenan memandang rupa dan laku Raden Ratna Cendera Puri itu; maka jatuhlah hati baginda terlalu kasih. Maka diperjamu bagindalah dengan segala nikmat dan

35

A-45

dipersalin dengan pakaian raja-raja yang keemasan, bertatahkan ratna mutu manikam. Maka baginda Sendiri menghantarkan Raden Ratna Cendera Puri ke istana bonda baginda, Puteri Iskandar Syah. Setelah itu baginda pun kembali ke istana Sendiri.

Maka diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera, adalah Seri Teri Buana akan kerajaan di Bintan ditabalkan oleh Wan Seri Beni dan dinobatkan; segala menteri hulubalang bala Teritera Bintan dan Palembang mengadap nobat baginda; Betalalah membaca ciri; gelar baginda Seri Teri Buana juga. Demang Lebar Daun dijadikan oleh Wan Seri Beni akan Bendaharanya. Menteri Bupala dan Aria Bupala menjadi Menteri dan Penghulu Hakim. Demang Mangku Raja dititahkan Seri Teri Buana pulang ke Palembang menjadi kerajaan di hulu. Kata sahibul hikayat ialah asal raja Palembang yang ada sekarang ini.

Hatta maka tersebutlah anak cateria China yang tinggal di negeri Belambang Majud, terlalu baik rupanya. Maka ia tiada juga duduk di dalam negeri itu, lalu ia pergi ke Palembang. Maka oleh Demang Mangku Raja, dipersembahkan ke Bintan, ke bawah duli Seri Teri Buana. Maka oleh baginda didudukkan dengan Puteri Tanjung Buih; maka daripada anak cucunyalah yang lelaki dipanggil orang "awang" dan yang perempuan dipanggil "dara", dan itulah asal "perawangan" dan "perdaraan" pada zaman Melaka. Maka negeri Bintan makmurlah selama Seri Teri Buana kerajaan itu, sampailah kepada dua tahun baginda di atas kerajaan Bintan.

Pada suatu hari, baginda berkira-kira hendak membawa isteri baginda bermain-main ke Bengkilau. Maka baginda menyuruhkan Aria Bupala mengadap banda baginda, Wan Seri Beni; titah baginda, "Katakan sembah Hamba kepada bonda, bahawa hamba hendak membawa perempuan bermain-main ke Bengkilau." Maka Aria Bupala pun menyembah, lalu masuk mengadap Wan Seri Beni, persembahkan seperti titah Seri Teri Buana itu, Maka titah Wan Seri Beni, "Mengapa maka anakku hendak pergi bermain-main jauh? Bukankah ada pelanduk dan kijang rusa berpuluh-puluh reban? Dan kerbau lembu berpuluh-puluh kandang? Dan ikan udang berpuluh-puluh kolam? Maka ia hendak pergi bermain-main jauh; dan bunga-bunga dan buah-buahan dengan tamannya, dan

36 A-46

B-38

burung ada dengan sangkarannya, tiadalah kita beri anak kitapergi."

Setelah Aria Bupala mendengar titah Wan Seri Beni itu, maka ia pun menyembah lalu mengadap Seri Teri Buana, persembahkan semua titah Wan Seri Beni itu habis dipersembahkannya kepada baginda. Maka titah baginda, "Baliklah tuan Hamba pula, persembahkan sembah Hamba. Jikalau Hamba tidak diberi bonda pergi pun serba mati; kematian Hamba walau ditirupa rambut yang sehelai pun Hamba mati."

Maka Aria Bupala pun bermohonlah kepada baginda, mengadap Wan Seri Beni, persembahkan seperti titah Seri Teri Buana itu. Maka Wan Seri Beni pun tiadalah terkata-kata lagi seraya baginda bertitah, "Daripada anak kita mati, biarlah dia pergi. Segala kamu sekalian pun pergilah iringkan anak kita itu, jangan taksir membelakan anak kita itu," Maka Aria Bupala pun menyembah Wan Seri Beni, lalu mengadap Seri Teri Buana. Segala titah Wan Seri Beni itu semuanya dipersembahkannya kepada baginda.

Maka Seri Teri Buana pun menitahkan Demang Lebar Daun berlengkap. Maka Demang Lebar Daun pun menyuruhkan segala hulubalang berhadir perahu akan mengiring itu, seraya menyuruhkan orang berhadir kenaikan, den dang panjang lima belas; pembujangan-pembujangan panjang dua belas; kayuh-kayuhan - se1ur panjang sepuluh; penanggahan-te1entam panjang tiga belas. Maka terkenalah sekalian alatnya; dan perahu gendang adap-adap.

Setelah rata sudah bermuat harta dengan rakyat, maka Demang Lebar Daun pun masuk mengadap baginda, sembahnya, "Adalah yang seperti titah itu, telah sedialah tuanku patik hadirkan." Maka Seri Teri Buana pun berangkatlah turun ke kenaikan, membawa isteri baginda diiringkan segala isi istana baginda. Maka segala Orang Besar-besar yang mengiring itu pun turunlah, masing-masing pada perahunya. Sete1ah itu maka nafiri pun ditiup oranglah di haluan kenaikan; maka kenaikan pun berkayuhlah maka sekalian perahu pun bergeraklah, ada yang berdayung, ada yang berkayuh, terlalu banyaknya seperti kapar penuh rupanya lautan; gemuruh bunyi bahana rakyat yang bergolot itu, bercampur dengan bunyi rebana dan sorak suara segala biduan. Maka terlalulah sabur bunyinya, adalah rupa perahu dari Teluk Bintan ke

37

B-39

Lobam tiadalah berputusan.

Telah sampai ke Bengkilau, maka baginda pun berhenti di sana membawa Raja Perempuan turun ke padang mengambil buah kemunting, diiringkan segala dayang-dayang mendera perwara dan segala menteri hulubalang sekalian terlalu ramai. Maka titah Seri Teri Buana pada Menteri Bupala, "Tanjung mana yang di seberang itu?" Maka sembah Menteri Bupala, "Tanjung Bemban tuanku, namanya." Maka titah baginda, "Niat kita hendak ke sana;" lalu baginda berangkat turun membawa isteri baginda ke kanaikan. Maka sekaliannya pun turun ke perahu, nafiri pun berbunyilah; maka sekaliannya mengiring ke kenaikan menuju tanjung itu. Setelah sampai maka baginda pun turunlah ke pasir, membawa isteri baginda mengambil remis dan karang-karangan, diiringkan mendara perwara dan segala isteri Orang Besar-besar yang pergi berburu.

Kata sahibul hikayat adalah berburu itu dari Tanjung Bemban sampai ke sebelah Tanjung Serigkuang, ke barat Terang. Kenaikan dengan sekalian perahu mengikut ke sana. Maka berburu itu sampai kepada bukit. Maka anjing baginda terjun diHambat seekor pelanduk putih. Maka titah baginda, "Baiklah temp at ini diperbuat negeri, anjing alah oleh pelanduk, jika manusia betapa lagi?" Maka titah baginda kepada Demang Lebar Daun, "Paman kerahkan orang menebas tempat ini, kita perbuat negeri;" seraya baginda berjalan naik ke atas bukit itu. Serta baginda memandang ke seberang maka kelihatanlah pasir merentang terlalu putih. Maka baginda bertanya kepada Menteri Bupala, "Tanah mana pasimya yang merentang putih di seberang itu?" Maka sembah Menteri Bupala, "Pasir di sebelah tanah besar tuanku, Temasek namanya." Maka titah baginda, "Sekarang apa bicara segala orang, kerana kita mau ke sana, terlalu sekali kita berkenan memandang dia." Maka sembah Demang Lebar Daun, "Jikalau duli Yang Dipertuan hendak ke sana, baiklah tuanku memberi tahu paduka bonda."

Maka baginda pun menitahkan Aria Bupala berbalik ke Bintan, mengadap Wan Seri Beni, persembahkan segala pesan Seri Teri Buana mengatakan baginda hendak ke sana. Maka Aria Bupala pun menyembah, lalu pergi berbalik ke Bintan. Setelah ia sampai lalu mengadap Wan Seri Beni, persembahkan

38 B-40

A-49

segala pesan Seri Teri Buana itu. Maka titah Wan Seri Beni, "Yang mana kesukaan anak kitalah; bawalah oleh kamu alat anak kita sekaliannya dan segala pegawai dan rakyat; setelah sudah Teritu, kita pun ke sana."

Setelah itu maka Aria Bupala pun menyembah lalu berbalik mengadap Seri Teri Buana, yang seperti titah baginda itn semuanya dikerjakannya, serta membawa segala rakyat serta pegawai Bintan itu. Maka sembah Aria Bupala, "Paduka bonda empunya salam; titah paduka bonda, yang mana kesukaan duli tuanku itu,. kesukaan bondalah. Semua rakyat dan pegawai Bintan ini akan mengiringkan duli tuanku. Paduka bonda pun akan mengiku t duli tuanku juga, jikalau sudah Teritu duli tuanku bertempat."

Dalam dokumen Sulalatus Salatin a. Samad Ahmad (Halaman 64-69)