• Tidak ada hasil yang ditemukan

Raja Cempa dan Zuriatnya

Dalam dokumen Sulalatus Salatin a. Samad Ahmad (Halaman 192-195)

ALKISAH, tersebutlah perkataan raja Cempa, demikian bunyinya diceriterakan oleh yang empunya ceritera: Ada sepohon pinang Hampir istana raja Cempa itu. Pinang itu bermayang, terlalu besar mayangnya; dinantikan mengurai, tiada juga mengurai. Maka kata raja Cempa kepada seorang Hambanya, "Panjat olehmu pinang itu, lihat apa dalam mayang itu." Maka dipanjatlah oleh budak itu, lalu diambilnya mayang pinang itu, dibawanya turun. Maka oleh raja Cempa, dibelahnya mayang pinang itu; dilihat baginda dalam mayang itu seorang budak lelaki, terlalu baik parasnya. Maka seludang mayang itu menjadi 'gong jebang' namanya, dan bidang seludang itu menjadi sebilah pedang beladau, itulah pedang kerajaan raja Cempa. Maka terlalulah kesukaan raja Cempa beroleh budak itu, lalu dinamai oleh raja Cempa Pau Gelang. Maka disuruh baginda susui pada isteri segala raja-raja dan para menteri, tiada ia mahu menyusu. Maka ada seekor lembu raja Cempa, bulunya panca warna; akan lembu itu beranak muda, maka disuruh baginda perah susu lembu itu diberikan minum pada budak itu; maka diminumnya susu lembu itu. Sebab itulah maka datang sekarang, Cempa tiada makan lembu dan membunuh dia.

Hatta maka Pau Gelang pun besarlah. Adapun akan raja Cempa itu ada beranak seorang perempuan, Pau Bania namanya; maka oleh raja Cempa anakanda baginda itu didudukkannya dengan Pau Gelang. Telah berapa lamanya, maka

162 A-204

raja Cempa pun matilah; maka Pau Gelanglah kerajaan menggantikan kerajaan mertuanya. Setelah Pau Gelang di atas kerajaan, maka baginda berbuat sebuah negeri, terlalu besar; tujuh buah gunung di dalamnya, luas kotanya pada sepenampang sehari pelayaran angin tegang kelat. Setelah sudah negeri itu maka dinamainya Bal. Pada suatu riwayat, negeri Bal itulah yang bernama Metakat, negeri Raja Suil, anak Raja Fadha'il. Telah berapa lamanya, maka Pau Gelang beranak dengan Pau Bania seorang lelaki. Pau Tari namanya; setelah ia besar, maka Pau Gelang pun matilah. Maka Pau Tarilah naik raja menggantikan ayahanda baginda. Maka Pau Tari beristerikan anak raja Kuci, Bia Suri namanya; beranak seorang lelaki Pau Gama namanya. Setelah ia besar maka Pau Tari pun matilah; maka Pau Gamalah kerajaan menggantikan ayahanda baginda.

Maka Pau Gama pun berlengkap, hendak mengadap ke Majapahit. Setelah sudah lengkap, maka baginda pun pergilah. Setelah berapa lamanya di jalan, sampailah ike Majapahit, maka kedengaranlah ke Majapahit, kepada Betara Majapahit; mengatakan raja Cempa datang hendak mengadap sampean paduka Betara. Maka disuruh alu-alukan oleh Betara Majapahit pada segala pegawai. Setelah bertemu dengan Pau Gama, maka dengan seribu kemuliaan dibawa ia masuk ke Majapahit. Maka oleh Betara Majapahit akan Pau Gama didudukkan baginda dengan anakanda baginda yang bernama Raden Galuh Ajeng, Telah berapa lamanya, maka Raden Galuh Ajeng pun Hamillah; setelah itu maka Pau Gama pun bermohonlah hendak pulang ke Cempa. Maka titah Betara Majapahit, "Baiklah, tetapi akan anak Hamba tiada Hamba lepaskan dibawa." Maka sembah Pau Gama, "Mana perintah tuanku, tiada patik lalui; jikalau patik tiada mati, segera juga patik datang mengadap tuanku." Maka Pau Gama pun bermohonlah pada isterinya, Raden Galuh Ajeng; maka kata Raden Galuh Ajeng, "Baiklah, tetapi jikalau anak tuan Hamba ini jadi, apa namanya?" Maka kata Pau Gama, "Jikalau anak Hamba jadi, jika lelaki namai Raja Jakanak. Jikalau sudah ia besar, suruhkan ia mendapatkan Hamba ke Cempa."Maka kata Raden Galuh Ajeng, "Baiklah!" Setelah itu maka Pau Gama pun naiklah ke perahunya, lalu belayar kembali. Telah berapa lamanya sampailah ia ke Cempa.

163

A-205

B-166 A-206

Sepeninggalan Pau Gama kembali itu, maka Raden Galuh Ajeng pun beranak seorang lelaki, dinamainya Raja Jakanak. Setelah ia besar, maka Raja Jakanak pun bertanya pada bondanya, "Siapa bapa aku?" Maka kata bondanya, "Bapamu raja Cempa, sudah ia pulang." Maka segala pesan ayahnya, semuanya dikatakan oleh bondanya kepada Raja Jakanak. Setelah didengarnya perihal ayahnya itu, maka ia pun menyuruh berbuat perahu, beberapa puluh buah. Setelah sudah mustaid, maka Raja Jakanak pun bermohonlah pada Betara Majapahit dan kepada bondanya, lalu belayar kembali. Setelah berapa lamanya di jalan sampailah ia ke Cempa. Maka Raja Jakanak pun masuklah mengadap ayahandanya, Pau Gama. Maka terlalulah kesukaan Pau Gama melihat anakanda baginda datang itu, maka dirajakannya di Bal.

Hatta berapa lamanya Pau Gama pun. matilah. Maka Raja Jakanaklah menggantikan ayahanda baginda; baginda beristerikan seorang puteri, Pau Ji Yan Bi namanya; beranak seorang lelaki, Pau Kubah namanya. Setelah Pau Kubah besar, maka Raja Jakanak pun matilah, maka Pau Kubahlah kerajaan menggantikan ayahanda baginda. Baginda beristerikan anak raja Lakiu, Pau Cin namanya. Maka baginda beranak beberapa orang lelaki dan perempuan. Ada seorang anak baginda perempuan, terlalu baik parasnya; maka dipinang oleh raja Kuci, tiada diberi oleh Pau Kubah, lalu diserang oleh Pau Kuci. Maka berperanglah orang Kuci dengan orang Cempa, terlalu ramai; tiada beralahan.

Pada suatu hari raja Kuci menyuruh pada Penghulu Bendahari Cernpa, dibawanya muafakat, diberinya emas dan harta terlalu banyak, maka Penghulu Bendahari Cempa pun kabullah sekaliannya serta dia. Setelah hari malam maka dibukanyalah pintu kota Cempa oleh bendahari itu, maka segala orang Kuci pun masuklah ke dalam kota Bal, beramuklah dengan orang Cempa. Adapun orang Cempa, seTerigah melawan dan seTerigah berlepas anak bininya. Maka kota Bal pun alahlah; Pau Kubah pun mati Maka segala anak rajaraja Cempa dan segala menteri pun larilah, membawa dirinya ke sana ke mari, cerai-berai tiada berketahuan.

Maka ada dua orang anak raja Cempa, Syah Indera Berma seorang namanya; seorang lagi Syah Pau Ling, lalu ke Aceh; ialah asal raja Aceh. Insya-Allah Taala lagi akan dikisahkan-

164 A-207

perkataannya kemudian. Adapun Syah Indera Berma lalu ke Melaka; maka terlalulah kesukaan Sultan Mansur Syah melihat segala mereka itu. Maka Syah Indera Berma dan isterinya, Kenia Mesra, sangat dipermulia baginda. Maka sekaliannya disuruh masuk agama Islam; akan Syah Indera Berma dengan isterinya, serta temannya sekalian pun masuk Islamlah. Maka oleh Sultan Mansur Syah, akan Syah Indera Berma, dijadikan baginda menteri, terlalu sangat dikasihi baginda. Dan mereka itulah asal segala Cempa di Melaka, asal berasal daripada anak cucu Syah Indera Berma. Wa'llahu a'lamu bi'l-sawab, wa ilaihi'l-marji'u wa 'l-ma 'ab.

Dalam dokumen Sulalatus Salatin a. Samad Ahmad (Halaman 192-195)