Lembaga Pengarah telah menubuhkan beberapa Jawatankuasa yang beroperasi di dalam rangkuman Bidang Tugas masing-masing bagi membantu Lembaga Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Walaupun Lembaga boleh mewakilkan tugas tertentu kepada Jawatankuasa Lembaga, ia tetap bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan Jawatankuasa.
Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga Pengarah yang telah ditubuhkan adalah seperti berikut:
1. Jawatankuasa Imbuhan dan Pencalonan Lembaga Pengarah (“BRNC”);
2. Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah (“BAC”);
3. Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah (“BRC”);
4. Jawatankuasa Taja Jamin Lembaga Pengarah (“BUC”);
dan
5. Jawatankuasa Pelaburan Lembaga Pengarah (“BIC”).
Menurut Seksyen 12.3 dalam Garis Panduan Bank Negara Malaysia, setiap BRNC, BAC dan BRC harus mematuhi perkara-perkara berikut:
(i) mempunyai sekurang-kurangnya tiga pengarah;
(ii) mempunyai majoriti pengarah bebas;
(iii) dipengerusikan oleh seorang pengarah bebas; dan (iv) terdiri daripada para pengarah yang memiliki kemahiran,
pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dengan tanggungjawab Jawatankuasa Lembaga Pengarah tersebut.
Fungsi dan Bidang Tugas Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga Pengarah ditakrifkan dengan jelas seperti berikut:
1. Jawatankuasa Imbuhan dan Pencalonan Lembaga Pengarah
Komposisi
Jawatankuasa Imbuhan dan Penamaan Lembaga Pengarah (“BRNC”) terdiri daripada tiga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan dua orang Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif seperti berikut:
PENYATA TADBIR URUS KORPORAT
Ahli-ahli
(i) Abdul Kadir Md Kassim (Pengerusi) (dilantik sebagai Pengerusi berkuatkuasa 1 Mac 2017) (ii) Dato’ Mohammed Hussein (Pengerusi dari 1
Januari 2017 ke 28 Februari 2017. Berhenti sebagai Pengerusi berkuatkuasa 1 Mac 2017)
(iii) Dato’ Albert Yeoh Beow Tit (iv) Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir
(v) Encik Mohamed Rashdi Mohamed Ghazalli (dilantik sebagai ahli baru berkuatkuasa 1 Mac 2017) Mesyuarat
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, BRNC bermesyuarat sebanyak tujuh kali, di mana empat adalah mesyuarat terjadual dan tiga mesyuarat khas.
Butiran kehadiran setiap Ahli pada mesyuarat BRNC sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 adalah seperti berikut:
(dilantik sebagai Pengerusi berkuatkuasa 1 Mac 2017)
7/7 100%
Dato’ Mohammed Hussein (Pengerusi dari 1 Januari 2017 ke 28 Februari 2017. Berhenti sebagai Pengerusi berkuatkuasa 1 Mac 2017)
(i) Untuk memastikan bahawa Lembaga Pengarah
Kuorum
Majoriti ahli pada satu-satu masa.
Undian
Mengikut majoriti, dengan undi penentu oleh Pengerusi.
Tugas dan tanggungjawab
a. Untuk menyemak dan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah pakej pampasan dan manfaat, skala gaji serta terma-terma dan syarat-syarat untuk setiap peringkat kakitangan Danajamin.
b. Untuk menyemak dan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah asas bagi bonus tahunan dan kenaikan gaji untuk setiap peringkat kakitangan Danajamin.
c. Untuk mempertimbangkan dan mencadangkan individu-individu yang sesuai untuk dilantik sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif serta Ketua Fungsi.
d. Untuk menyemak dan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah pakej pampasan dan manfaat serta terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan bagi Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Fungsi.
e. Untuk menyemak dan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah imbuhan bagi Pengarah Bukan Eksekutif Danajamin.
f. Untuk menyemak dan meluluskan pengambilan dan pakej imbuhan bagi Ketua Bahagian jika pakej tersebut melebihi had yang telah ditetapkan oleh Skim Perkhidmatan.
g. Untuk menyemak prestasi Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, ketua Fungsi dan Ketua-ketua Bahagian pada setiap tahun.
h. Untuk menilai keberkesanan Lembaga Pengarah, Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga Pengarah dan setiap Pengarah.
i. Untuk mempertimbangkan dan mencadangkan langkah-langkah bagi menambahbaik keberkesanan Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga Pengarah.
j. Untuk menyemak setiap tahun gabungan kemahiran dan pengalaman serta kualiti-kualiti lain, termasuk
2. Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah Komposisi
Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah (“BAC”) terdiri daripada lima Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berikut:
Ahli-ahli
(i) Dato’ Albert Yeoh Beow Tit (Pengerusi) (ii) Philip Tan Puay Koon
(iii) Dato’ Azian Mohd Noh
(iv) Abdul Kadir Md Kassim (dilantik sebagai ahli baru berkuatkuasa 1 Mac 2017)
(v) Ariffin Hew (dilantik sebagai ahli baru berkuatkuasa 1 Mac 2017)
Mesyuarat
Mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya sekali setiap suku tahun kewangan. Pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, BAC telah bermesyuarat sebanyak enam kali, di mana lima daripadanya adalah mesyuarat terjadual dan satu mesyuarat khas. Dua mesyuarat telah diadakan dengan kehadiran Juruaudit Luar tanpa kehadiran pihak Pengurusan.
Butiran kehadiran setiap Ahli pada mesyuarat BAC sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 adalah seperti berikut:
Kuorum harus sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli pada satu-satu masa.
Tugas dan tanggungjawab
a. Untuk menyemak penyata kewangan Danajamin untuk penyerahan kepada Lembaga Pengarah dan memastikan pematuhan kepada kehendak-kehendak pendedahan dan sebarang pelarasan seperti yang telah dicadangkan oleh Juruaudit.
b. Untuk menyemak laporan-laporan Juruaudit Dalaman, Juruaudit Luar, Pemeriksa Bank Negara Malaysia dan mana-mana pihak berkaitan lain, termasuk laporan-laporan wajib kepada Bank Negara Malaysia mengenai perkara-perkara di bawah rangkuman FSA.
c. Untuk memastikan kebebasan dan keberkesanan fungsi Audit Dalaman serta pematuhannya terhadap Garis Panduan Bank Negara Malaysia.
d. Untuk menyemak kesesuaian metodologi penilaian risiko yang digunakan termasuk pematuhan kepada Dasar Tadbir Urus Risiko Bank Negara Malaysia serta kecukupan kawalan dalaman Danajamin.
e. Untuk bertanggungjawab ke atas perlantikan Juruaudit Luar serta menilai objektiviti, prestasi dan kebebasan Juruaudit tersebut.
f. Untuk menyemak bersama Juruaudit Luar skop pelan audit, penyata-penyata kewangan, perubahan-perubahan dalam dasar-dasar dan prinsip-prinsip perakaunan, pematuhan kepada undang-undang dan piawaian perakaunan, varians atau pergerakan turun naik yang penting, kesahihan andaian berterusan, sistem kawalan perakaunan dalaman serta sebarang penemuan atau kebimbangan berkaitan yang dibangkitkan oleh Juruaudit Luar.
g. Untuk membuat cadangan kepada Lembaga Pengarah mengenai perlantikan Juruaudit Luar.
h. Untuk bermesyuarat dengan Juruaudit Luar tanpa kehadiran pihak pengurusan sekurang-kurangnya sekali setiap tahun.
i. Untuk menyemak dan meluluskan pelan audit tahunan serta belanjawan untuk fungsi audit dalaman.
j. Untuk bertanggungjawab secara langsung ke atas perlantikan, peranan dan prestasi Ketua Fungsi Audit Dalaman serta skim imbuhannya; untuk memastikan kecukupan sumber-sumber yang perlu bagi menjalankan fungsi audit dalaman.
k. Untuk melaporkan kepada Lembaga Pengarah menerusi minit-minit mesyuarat atau laporan khas mengenai penemuan-penemuan yang diperolehi daripada mesyuarat-mesyuarat/aktiviti-aktivitinya.
l. Untuk melaksanakan lain-lain tanggungjawab yang ditugaskan oleh Lembaga Pengarah dari masa ke semasa.
m. Untuk memastikan pematuhan kepada Garis
PENYATA TADBIR URUS KORPORAT
3. Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah Komposisi
Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah (“BRC”) terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga Pengarah Bukan Eksekutif, di mana tidak lebih daripada seorang ahli juga merupakan ahli Jawatankuasa Taja Jamin Lembaga Pengarah. Setakat 31 Disember 2017, Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah terdiri daripada tiga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif:
Ahli-ahli
(i) Philip Tan Puay Koon (dilantik sebagai Pengerusi berkuatkuasa 1 Mac 2017)
(ii) Dato’ Azian Mohd Noh (Pengerusi dari 1 Januari 2017 ke 28 Februari 2017.
Berhenti sebagai Pengerusi berkuatkuasa 1 Mac 2017)
(iii) Ariffin Hew (dilantik sebagai ahli baru berkuatkuasa 1 Mac 2017)
(iv) Mohamed Rashdi Mohamed Ghazalli (meletak jawatan berkuatkuasa 1 Mac 2017)
Mesyuarat
Mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya enam kali sepanjang tahun kewangan. Pada tahun kewangan 2017, BRC telah bermesyuarat sebanyak enam kali seperti yang dijadualkan.
Butiran kehadiran setiap Ahli pada mesyuarat BRC sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 adalah seperti berikut:
(dilantik sebagai Pengerusi berkuatkuasa 1 Mac 2017)
6/6 100%
Dato’ Azian Mohd Noh (Pengerusi dari 1 Januari 2017 ke 28 Februari 2017.
Berhenti sebagai Pengerusi
6/6 100%
Objektif
Untuk memastikan bahawa fungsi-fungsi dan amalan-amalan pengurusan risiko Danajamin dilaksanakan dan dijalankan dengan berkesan bagi memastikan pengurusan dan mitigasi risiko-risiko penting.
Kuorum
Majoriti ahli pada satu-satu masa.
Pengundian
Mengikut majoriti, dengan undi penentu oleh Pengerusi.
Tugas dan tanggungjawab
a. Untuk menyemak strategi-strategi pengambilan risiko dan dasar-dasar pengurusan risiko Danajamin.
b. Untuk menyemak profil risiko keseluruhan Danajamin, termasuk risiko pasaran dan risiko kredit di dalam rangkuman portfolio terbabit.
c. Untuk menetapkan selera risiko yang sesuai untuk Danajamin.
d. Untuk menyemak dan meluluskan perlantikan, imbuhan dan pemecatan Ketua Pegawai Risiko.
e. Untuk menyemak dan meluluskan Penunjuk Prestasi Utama (“KPI”) serta menjalankan penilaian prestasi ke atas Ketua Pegawai Risiko.
f. Untuk menyemak prestasi fungsi pengurusan risiko Danajamin dan memastikan pematuhan kepada Dasar Tadbir Urus Risiko.
g. Untuk meluluskan pelan-pelan luar jangka bagi menangani peristiwa-peristiwa risiko berimpak tinggi.
h. Untuk memastikan wujudnya budaya kesedaran risiko dan mitigasi risiko di Danajamin.
Gabungan BAC dan BRC
Gabungan BAC dan BRC adalah terdiri daripada ahli-ahli BAC dan BRC. Gabungan BAC dan BRC memastikan keberkesanan pertukaran maklumat yang berkesan di antara ahli-ahli BAC dan BRC bagi membolehkan liputan yang berkesan ke atas semua risiko, termasuk isu-isu risiko baru muncul yang boleh memberi impak
4. Jawatankuasa Taja Jamin Lembaga Pengarah Komposisi
Jawatankuasa Taja Jamin Lembaga Pengarah (“BUC”) terdiri daripada sekurang-kurangnya enam ahli, di mana kesemuanya adalah Pengarah Bukan Eksekutif dan majoriti ahlinya adalah Pengarah Bebas. Pada 31 Disember 2017, BUC terdiri daripada empat Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan dua Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif seperti berikut:
Ahli-ahli
(i) Dato’ Mohammed Hussein (Pengerusi) (ii) Abdul Kadir Md Kassim
(iii) Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir (iv) Dato’ Albert Yeoh Beow Tit
(v) Mohamed Rashdi Mohamed Ghazalli (vi) Ariffin Hew
Mesyuarat
Mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya sekali setiap bulan. Pada tahun kewangan 2017, Jawatankuasa Taja Jamin Lembaga Pengarah telah bermesyuarat sebanyak lima belas kali, iaitu dua belas mesyuarat terjadual dan tiga mesyuarat khas.
Butiran kehadiran setiap Ahli pada mesyuarat BUC sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 adalah seperti berikut:
Dato’ Mohammed Hussein 15/15 100%
Abdul Kadir Md Kassim 15/15 100%
Untuk menyemak dan menyokong (dengan kuasa veto) cadangan-cadangan taja jamin yang diluluskan oleh Jawatankuasa Taja Jamin Pengurusan (“MUC”).
Kuorum
Majoriti ahli pada satu-satu masa.
Pengundian
Mengikut majoriti, dengan undi penentu oleh Pengerusi.
Tugas dan tanggungjawab
a. Untuk menyemak dan, jika sesuai, menyokong cadangan-cadangan taja jamin yang telah diluluskan oleh MUC.
b. Apabila sesuatu cadangan taja jamin telah diluluskan oleh MUC tetapi tidak dipersetujui oleh BUC, maka ia boleh menggunakan kuasa veto.
c. Untuk menyemak dan memantau laporan-laporan mengenai prestasi taja jamin Danajamin.
d. Untuk meluluskan penyegeraan penebusan yang dicadangkan oleh MUC dan kemudian keputusan penyegeraan tersebut dibentangkan kepada Lembaga Pengarah untuk makluman.
e. Untuk meluluskan sebarang pengecualian ke atas garis panduan berkaitan Pembiayaan Semula.
5. Jawatankuasa Pelaburan Lembaga Pengarah Komposisi
Jawatankuasa Pelaburan Lembaga Pengarah (“BIC”) terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga ahli, di mana kesemuanya adalah Pengarah Bukan Eksekutif dan majoriti ahlinya adalah Pengarah Bebas. Setakat 31 Disember 2017, BIC terdiri daripada dua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan seorang Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif seperti berikut:
Ahli-ahli
(i) Dato’ Azian Mohd Noh (dilantik sebagai Pengerusi berkuatkuasa 1 Mac 2017)
(ii) Philip Tan Puay Koon
(iii) Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir
(iv) Mohamed Rashdi Mohamed Ghazalli (dilantik sebagai ahli baru berkuatkuasa 1 Mac 2017) (v) Abdul Kadir Md Kassim (Pengerusi) (meletak
jawatan sebagai Pengerusi dan ahli berkuatkuasa 1 Mac 2017)
PENYATA TADBIR URUS KORPORAT
Mesyuarat
Mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya empat kali pada setiap tahun kewangan, iaitu secara sukuan tahun, dan dari masa ke semasa, untuk membincangkan cadangan-cadangan pelaburan tertentu. Pada tahun kewangan 2017, mesyuarat telah diadakan sebanyak empat kali seperti yang telah dijadualkan.
Butiran kehadiran setiap Ahli pada mesyuarat BIC sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 adalah seperti berikut: (dilantik sebagai Pengerusi
berkuatkuasa 1 Mac 2017) 4/4 100% (meletak jawatan sebagai Pegerusi dan ahli
berkuatkuasa 1 Mac 2017) 1/1 100%
Objektif
Untuk memastikan Danajamin melabur dan menguruskan sumber-sumber modalnya secara profesional dan berhemah, mencapai sasaran pulangan dan pada masa yang sama mengekalkan tahap risiko yang sesuai, mengekalkan tahap kecairan yang mencukupi sekiranya berlaku tuntutan dan terus mematuhi semua kehendak-kehendak kawal selia.
Kuorum
Majoriti ahli pada satu-satu masa.
Pengundian
Mengikut majoriti, dengan undi penentu oleh Pengerusi.
Tugas dan tanggungjawab
a. Untuk menyemak dan, jika sesuai, meluluskan cadangan-cadangan untuk semua pelaburan dan pembubaran aset selain daripada deposit jangka pendek, instrumen pasaran wang jangka pendek dan aset-aset berisiko rendah yang bernilai lebih daripada RM25 juta.
b. Untuk menyemak prestasi portfolio bagi sumber-sumber modal.
c. Untuk menentukan dari masa ke semasa sasaran peruntukan aset bagi portfolio sumber-sumber modal.