PROSES TENDER BAGI PEROLEHAN KERJA DALAM SEKTOR AWAM
3.5 JENIS-JENIS TENDER
Beberapa jenis tawaran yang biasa diamalkan di negara kita termasuk;
• Tender/tawaran Terbuka
• Tender/tawaran Terhad atau Tender Terpilih
• Tender/tawaran Perundingan
• Tender/tawaran Pra Kelayakan
Jenis-jenis tawaran yang lazim diamalkan di negara kita sama ada melalui persaingan, perundingan atau kombinasi termasuk;
Rajah 3.2 KAEDAH-KAEDAH TENDER
PERTANDINGAN PERUNDINGAN
HYBRID
Tender Terbuka
Pelbagai Tender terpilih satu
peringkat
Usahasama
Perundingan
Tender terpilih dua peringkat
Prosedur tender
3.5.1 Tender/tawaran Terbuka:
Tender ini terbuka untuk ditandingi oleh semua kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan bagi bekalan dan perkhidmatan dan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM -CIDB) dan Pusat Khidmat kontraktor (PKK) bagi kerja.
• Tender TerbukaYang Dikhaskan Kepada Kontraktor Bumiputera -Tender ini dilaksanakan dengan mempelawa hanya kontraktor-kontraktor Bumiputera untuk mengambil bahagian.
• Tender Terbuka Berasaskan Pra-kelayakan - Peraturan pra-kelayakan adalah bertujuan untuk menapis kontraktor-kontraktor supaya mereka yang mempunyai pengalaman, kebolehan teknikal, kewangan secara pengurusan bagi melaksanakan sesuatu projek sahaja dibenarkan mengambil bahagian di dalam sesuatu tender yang diadakan setelah agensi mendapat kelulusan khas Perbendaharaan Malaysia
Tawaran ini biasanya digunakan oleh kerajaan dan badan berkanun. Kaedah ini membolehkan pihak klien mendapat harga yang munasabah untuk sesuatu projek.
Pihak Klien akan mengeluarkan iklan tawaran di akhbar-akhbar utama tempatan menjemput kontraktor yang berkelayakan untuk membuat tawaran harga bagi projek yang dicadangkan.
Harga yang ditawarkan oleh kontraktor biasanya berdasarkan jumlah anggaran kasar pembinaan sesebuah bangunan (yang mana termasuk kos langsung dan tidak langsung) – {Kaedah Menganggar akan ditunjukkan dalam Taksiran}
Pemilihan biasanya akan bergantung kepada harga yang terendah. Walau bagaimana pun terdapat beberapa kriteria lain yang juga diambil kira dalam pemilihan kontraktor. Kriteri ini akan dibincang dengan lebih terperinci dalam bahagian penilaian tender.
Kebaikan: i) memberi peluang kepada kontraktor yang baru berdaftar ii) Tawaran lebih kompetitif
Klien dapat memilih harga yang terendah
iii) Jenis tawaran ini lebih sesuai untuk pembinaan yang rendah atau sederhana hartanya
Keburukan
ii) Proses penyediaan tawaran mengambil masa yang lama. Masa yang panjang diperlukan untuk pengiklanan, penyediaan lukisan lakar, senarai bahan dokumen yang berkaitan. Kaedah ini tidak sesuai untuk projek yang perlu disiapkan dengan segera
iii) Penerimaan sebut harga yang terendah adalah merbahaya. Ini mungkin menghasilkan mutu kerja yang rendah atau bahan yang tidak berkualiti.
iv) Pemilihan harga terendah tidak menggalakkan penggunaan peralatan serta teknologi terkini di dalam projek tersebut.
v) Kesukaran timbul di dalam pemilihan kontraktor kerana banyak penyertaan. Ini menyebabkan berlaku pembaziran masa dan
3.5.2 Tender/tawaran Terhad atau Tawaran Terpilih
• Tender Terhad
Tender terhad bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja tidak melebihi RM5 juta boleh dilaksanakan setelah agensi mendapat kelulusan Lembaga Perolehan
Agensi. Tender terhad melebihi nilai tersebut perlu mendapat kelulusan Perbendaharaan Malaysia.
Tawaran Terhad adalah tawaran yang dibuka kepada semua kontraktor yang telah ditetapkan di dalam kategori yang dinyatakan dalam notis tawaran. Contohnya, tawaran dibuka kepada Kontraktor bumiputera atau Kelas tertentu.
Tawaran Terpilih: Tawaran hanya dikemukakan kepada pemborong yang telah dipilih oleh klien. Pertandingan merebut tawaran ini hanya di kalangan mereka yang terpilih. Kebiasaannya kontraktor dipilih berdasarkan kebolehan serta pengalaman di dalam projek yang ditawarkan.
Pemilihan kontraktor dibuat berdasarkan lukisan lakar, senarai bahan dan juga penyediaan senarai pemborong bahan binaan. Dua kaedah yang lazim digunakan
untuk menyenaraikan nama-nama kontraktor ialah;
a) Perunding yang mewakili klien akan mengambil dan menyenaraikan nama kontraktor yang layak. Apa kontraktor memasuki tawaran, pihak klien akan memilih seorang kontraktor yang meletakkan harga yang munasabah; biasanya yang terendah.
b) Proses yang diterangkan di dalam “Kod Peraturan Pemilihan”.
Kelebihan Tawaran Terhad/Terpilih
• Kontraktor yang mahir dan terpilih sahaja memasuki tawaran. Oleh itu hasil kerja yang berkualiti akan dapat diperoleh.
• Tawaran jenis ini sesuai untuk kerja khas yang memerlukan kecekapan dan pengalaman yang jarang terdapat pada kontraktor utama.
Keburukan Tawaran Terhad/Terpilih
• Kebanyakan kontraktor Yang disenaraikan terdiri daripada yang mahir dan berpengalaman.
• Kemungkinan berlaku pakatan di antara kontraktor; pakatan harga.
• Risiko sekiranya perubahan keupayaan kontraktor yang dipilih.
• Tawaran tidak begitu meluas kerana hanya beberapa kontraktor sahaja terpilih.
3.5.3 Tender/tawaran Perundingan
Klien akan mangenalpasti kontraktor dan menghantar surat kepada kontraktor tertentu menjemput membuat rangka belanjawan bagi projek yang dirancakkan. Kebiasaannya latar belakang kontraktor diketahui oleh klien. Kos yang terlibat juga lebih rendah.
Dua jenis tawaran perundingan yang biasa dijalankan ialah;
1 Tawaran yang diambil oleh kontraktor Antarabangsa.
Tawaran ini biasanya dijalankan untuk membina projek yang besar dan kerja-kerja kejuruteraan yang bermutu tinggi.
Notis akan diberi kepada kontraktor yang terlibat. Dengan itu kontraktor boleh menyediakan perkara yang perlu untuk projek yang dicadangkan. Selepas klien menilai kontraktor-kontraktor, borang tawaran akan dikeluarkan dan diberikan kepada kontraktor yang terpilih.
2 Tawaran oleh Firma Arkitek.
Borang tawaran dikeluarkan kepada sebilangan kecil kontraktor yang terpilih ataupun yang telah menjadi anak syarikat atau ahli firma, contohnya PKENJ dan anak-anak syarikatnya.
Segala keperluan dan perbelanjaan dibincangkan bersama. Pemilihan tawaran dibuat oleh arkitek yang bertanggungjawab.
3.4.4 Tender/tawaran Pra kelayakan
Tawaran pra kelayakan ini dilaksanakan bagi projek yang tertentu sahaja. Tujuan nya adalah untuk mendapatkan maklumat atau latar belakang pengalaman, kemahiran, modal pusingan yang tinggi dan penggunaan teknik model kontraktor. Tawaran pra kelayakan akan diiklankan bagi mendapatkan pemborong yang berkelayakan bagi memasuki tender. Perjalanan tender pra kelayakan lebih mirip kepada sistem tawaran terbuka. Penilaian dibuat berdasarkan kedudukan kewangan dsbnya.
Langkah seterusnya ialah mungkin berupa tender terpilih atau terbuka atau
perundingan.
Carta Aliran Tender Kerja Bagi Pra-Kelayakan (Pre-Q) ditunjukkan dalam Rajah 3.6