PARLIAMEN
KABINET
Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara
Unit Perancangan Ekonomi
75
Walaupun mempunyai jentera perancangan, koordinasi dan penilaian, kegagalan sektor awam dan sektor swasta untuk membekalkan rumah yang mencukupi terutama kepada golongan miskin dan yang berpendapatan rendah tetap ada. Malah hal ini telah menjelmakan setinggan terutamanya di kawasan bandar.
Faktor ini diburukkan lagi oleh pertambahan bilangan penduduk semula jadi dan migrasi dari desa ke bandar (Abdul Majid dan Julaili, 2003; Mohd Razali, 2005).
Kajian Tan dan Hamzah (1983) mendapati polisi dan langkah terhadap memperlahankan kemasukan migrasi ke bandar telah tidak berkesan. Keadaan ini ditambah dengan masalah perumahan daripada pekerja-pekerja asing yang membuka koloni-koloni setinggan yang baru di pinggir-pinggir bandar (Abdul Aziz at el, 2004). Perkara ini ditambah lagi dengan adanya matlamat yang berbeza terhadap satu kelompok yang sama dalam membasmi kemiskinan dan menarik lebih ramai bumiputera ke bandar untuk memperbaiki kehidupan (Nurizan, 1989).
3.2.3 Rancangan-Rancangan Malaysia
Dasar perumahan di Malaysia terbahagi kepada dua jangka masa. Jangka masa pertama iaitu Rancangan Malaysia Pertama (RMKe-1) antara tahun 1956-1960 dan Rancangan Malaysia Kedua (RMKe-2) pada 1961-1965. RMKe-1 lebih tertumpu kepada penyediaan rumah untuk pekerja manakala RMKe-2 pula mengambil langkah yang lebih dalam penyediaan rumah di luar bandar dan kemudahan asas bandar (Rabieyah, 1978). Penubuhan Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1961 membolehkan perancangan pembangunan dijalankan oleh pihak berkuasa dan memastikan perancangan antara agensi dan mekanisma pemantauan dijalankan (EPU, 2004). Kemiskinan diberi tumpuan yang lebih spesifik dalam Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), yang memberi penekanan yang lebih khusus terhadap matlamat untuk mencapai integrasi negara. Salah satu daripada dasarnya adalah mengadakan pelbagai perkhidmatan sosial yang percuma atau dibantu, khususnya untuk meningkatkan taraf hidup golongan yang
76
berpendapatan rendah. Perkhidmatan seumpama ini termasuklah projek perumahan awam, bekalan elektrik, air, perkhidmatan kesihatan, perubatan, pendidikan dan rekreasi.
Pada jangka masa yang kedua, Rancangan Malaysia Ketiga (1966-1970) yang lebih dikenali sebagai Rancangan Malaysia Pertama, telah mula mengetengahkan isu perumahan seperti penempatan semula setinggan yang bermula dengan penubuhan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada 24. Mei 1964 dan penubuhan beberapa agensi pelaksana seperti Suruhanjaya Ibu Kota pada tahun 1967 bagi mengatasi masalah perumahan di bandar. Satu daripada rancangannya ialah Perumahan Awam Tuanku Abdul Razak yang lebih popular dengan nama Flat Pekeliling. Pada 18. Julai 1978, organisasi kementerian telah diubah dan disusun semula dengan nama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT, 2006) untuk menjadikannya lebih berkesan dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 1975) adalah lebih kepada penyelesaian masalah kemiskinan dan pengangguran yang tertumpu kepada permasalahan sosial dan ekonomi. Manakala rancangan Malaysia Ketiga (1976 - 1980) lebih tertumpu kepada rumah kos rendah yang dibina melalui agensi persekutuan dan negeri seperti FELDA, FELCRA, MARA, UDA dan SEDC yang meneraskan program perumahannya untuk membawa perumahan dalam kemampuan mereka yang miskin (EPU, 2009)
Pada Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985), penyediaan rumah murah menunjukkan pencapaian yang rendah baik dari sektor awam (40.4%) mahupun sektor swasta (21.3%), Sebaliknya pencapaian yang tinggi telah berlaku pada penyediaan perumahan kos sederhana dan tinggi bagi sektor awam sebanyak
77
seratus tiga puluh peratus (130.0%) (Malaysia, 1981). Hal ini menunjukkan perbelanjaan yang tinggi dan berlebihan telah berlaku bagi sektor ini dan secara tidak langsung mengurangkan penyediaan rumah mampu milik. Kenaikan harga rumah pada waktu itu juga menyumbang kepada permintaan RMM yang tinggi (Khor, 1986). Penyediaan RMM yang kurang ini boleh dilihat dengan jelas dalam kajian yang dijalankan oleh A Ganarajah (Cagamas, 1997).
Dalam Rancangan Malaysia Kelima (1986 – 1990), matlamat perumahan adalah membekalkan kemudahan sosial yang mencukupi, menaikkan taraf kehidupan dan menggalakkan perpaduan nasional dengan memberi penekanan kepada jenis, kualiti dan kemampuan memiliki rumah. Di bawah Rancangan Malaysia Keenam (1991 – 1995), dana perumahan kos rendah telah ditingkatkan lagi untuk mempercepat pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah (RMM). Kerajaan persekutuan juga telah menubuhkan dana pusingan “revolving”
sebanyak RM600 juta untuk membina flat rumah murah yang bertujuan untuk disewa dengan kadar minimum sebanyak RM120.00 sebulan. Sebanyak 386,033 unit rumah kos rendah telah dibina dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima hingga Ketujuh seperti dalam Carta 3.1
Carta 3.1: Pencapaian Rumah Kos Rendah dalam Rancangan Malaysia (RMKe5 -RMKe-7)
Semenjak tahun 1994 Bank Negara telah menyediakan peruntukan RM3.6 bilion di bawah Dana Pembangunan Perumahan “Housing Development Fund” untuk menjalankan Projek Pembangunan Perumahan Bercampur yang mengandungi
78
rumah kos rendah dan sederhana rendah. EPF melalui subsidiari anak syarikatnya Malaysia Building Society Bhd membangunkan sejumlah 12,518 unit, yang separuh daripadanya di kawasan bandar untuk menangani masalah perumahan dan setinggan.
Objektif utama dalam polisi Perumahan Negara yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 – 2000) adalah untuk menyediakan rumah secukupnya, berpatutan, mampu dimiliki dan perumahan yang mudah diperoleh serta mengandungi kemudahan asas yang secukupnya. Penyediaan rumah murah secara tradisinya diambil alih oleh kerajaan melalui program rumah murah awam.
Program ini diimplimentasikan oleh kerajaan negeri yang dibiayai melalui Pinjaman Persekutuan dan diawasi oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Program Perumahan Rakyat (PPR) Bersepadu dimulakan bertujuan untuk menempatkan setinggan-setinggan yang terlibat dengan projek-projek pembangunan kerajaan. Program ini pertingkatkan lagi dalam Rancangan Malaysia Ke-7 bertujuan untuk menjana pertumbuhan ekonomi menerusi aktiviti sektor pembinaan. Dari Rancangan Malaysia ketujuh hingga kesembilan jumlah pencapaian rumah kos rendah adalah 446,118 seperti Carta 3.2. Manakala penyediaan rumah kos sederhana rendah telah mula diambil kira dengan jumlah sebanyak 127,642 unit pada jangka rancangan yang sama seperti Carta 3.3.
Carta 3.2: Pencapaian Rumah Kos Rendah dalam Rancangan Malaysia (RMKe8