Program Sasaran Pencapaian Sasaran Pencapaian Sasaran Pencapaian**
Sektor Awam
- - 9,600Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005), objektif program pembangunan perumahan adalah untuk meningkatkan penyediaan perumahan yang secukupnya, mampu milik dan berkualiti untuk semua kumpulan pendapatan.
Keutamaan akan terus diberi kepada pembangunan perumahan kos murah dan sederhana murah. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mempercepat implementasi program-program perumahan terutamanya rumah murah, termasuk memanjangkan program ”Revolving Fund” untuk rumah murah kepada sektor swasta bagi mengimplimentasikan projek baru, Penubuhan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) pada 1997 dan memperkenalkan skim harga baru.
Dalam tempoh akhir Rancangan, Jabatan Perumahan Negara (JPN) akan membina kira-kira 47,300 unit rumah kos rendah. Di samping itu, SPNB akan membina sekurang-kurangnya 150,000 unit rumah kos sederhana dan rumah mampu dimiliki dalam tempoh lima tahun antara tahun 2003 hingga 2007. Subsidi pinjaman perumahan dan pelepasan cukai terhadap faedah juga diperkenalkan dalam rancangan ini (Malaysia 2003).
Pada tahun 2002 Projek Awam Kos Rendah (PAKR) telah digubal dan menjadi projek persekutuan dengan nama Program Perumahan Rakyat (PPR) dan diteruskan perlaksanaannya dengan nama PPR Disewa. Disasarkan pembinaan
80
sebanyak 40,000 unit PPR dimiliki dalam tempoh lima tahun. Sebanyak 3,650 unit sehingga tahun 2004 dilaksanakan oleh JPN, manakala bakinya dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (KPKT, 1999-2004). Hak pembinaan RMM ini tidak terletak kepada tanggungjawab kerajaan negeri dengan sepenuhnya. Kerajaan negeri bertindak sebagai pelaksana dan memastikan pembangunan mengikut undang-undang yang diperuntukkan seperti Akta Perancang Bandar dan Desa, Akta Bangunan Seragam 1985 dan lain-lain lagi.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) (Malaysia.
2006), pembangunan sektor perumahan akan terus memberi tumpuan kepada penyediaan rumah yang mencukupi, berkualiti dan mampu untuk dibeli atau disewa oleh semua rakyat. Sehubungan dengan ini sektor swasta akan bertindak sebagai peneraju. Penekanan akan terus diberi kepada pembangunan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah di kawasan yang sesuai, lengkap dengan kemudahan awam yang mencukupi.
Bagi membantu usaha kerajaan, SPNB akan membina sebanyak 26,120 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah di kawasan bandar dan pinggir bandar dalam tempoh Rancangan. SPNB juga membina 3,050 unit di luar bandar di bawah program Perumahan Mesra Rakyat, rumah terbengkalai 11,000 unit dan penempatan mangsa tsunami. Manakala sejumlah 48,500 unit rumah kos sederhana dianggarkan dibina oleh sektor swasta yang merangkumi sebanyak 56.7 peratus daripada keseluruhan rumah kos sederhana. Dalam mengukuhkan penyediaan rumah mampu milik ini, langkah-langkah seperti berikut telah diambil dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, iaitu:
- Garis panduan khusus yang memperinci spesifikasi, reka bentuk serta harga rumah kos sederhana rendah akan disediakan.
81
- Langkah untuk menambah baik sistem pendaftaran dan pengagihan rumah kos rendah.
- Kriteria pemilihan pembeli yang layak akan dikaji dan diseragamkan antara semua negeri.
- Sistem pengkalan data berpusat sedia ada di KPKT akan dipertingkat dan disepadu dengan pengekalan data yang dikendalikan oleh kerajaan negeri.
- Penggunaan komponen IBS dalam pembinaan rumah mampu milik.
Jelaslah di sini, selain badan dan agensi yang disebut di atas, kerajaan negeri juga mempunyai program perumahan mereka tersendiri melalui Unit Perancangan Perumahan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Adakah perlaku badan dan agensi kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang tersebut di atas untuk menjana pemilikan perumahan dan kemudahan asas yang secukupnya dapat mencapai matlamat negara seperti yang terkandung dalam Rancangan-rancangan Malaysia.
3.3 Rumusan
Kajian-kajian lalu menunjukkan kelemahan kerajaan dalam menyediakan rumah yang mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah. Pencapaian perumahan kos rendah secara keseluruhannya adalah tidak merangsangkan dengan pencapaian keseluruhan di bawah 60 peratus yang mula dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-5. Perumahan kos sederhana rendah telah mula disebut dalam Rancangan Malaysia Ke-8. Walaupun tumpuan telah dinyatakan dalam Rancangan Malaysia terhadap penyediaan rumah mampu milik dan kandungan kemudahan asas yang secukupnya, kekurangan rumah kos sederhana rendah tetap berlaku dengan pencapaian kurang daripada 40 peratus dari jumlah keseluruhan penyediaan rumah kos sederhana rendah dalam Rancangan Malaysia. Malah penyediaan rumah kos tinggi dan sederhana telah menjadi tumpuan sejak tahun
82
tujuh puluhan lagi, sehingga menyebabkan “Over Hang”1 terhadap rumah kos tinggi dan sederhana. Menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 langkah–langkah seperti garis panduan khas, sistem pendaftaran, sistem pengkalan data berpusat dan IBS akan diperkenalkan bagi meningkatkan perumahan mampu milik di samping menjana pertumbuhan ekonomi negara menerusi aktiviti pembinaan.
_______________________
Nota Akhir:
1. Pembekalan berlebihan; Pembekalan Terancang, Unit di mana pelan bangunan telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan tetapi pembinaan belum dimulakan. Unit baru yang telah siap dan sijil layak menduduki telah dikeluarkan dan tidak terjual lebih dari sembilan bulan dari tarikh pelancaran.
83
BAB EMPAT
METODOLOGI PENYELIDIKAN
4.0 Pengenalan
Metodologi penyelidikan merupakan suatu proses menghubungkan persoalan penyelidikan dengan data. Oleh itu metodologi penyelidikan merupakan perancangan asas sesuatu penyelidikan, yang merangkumi pengenalpastian persoalan dan matlamat penyelidikan, proses yang perlu dilalui, kaedah dan strategi mengumpulkan data, sumber data dan cara menganalisis data (Punch 1998).
Bahagian ini membincangkan dengan lebih lanjut tentang proses, persoalan dan pendekatan yang diambil dalam penyelidikan ini. Perbincangan bermula dengan memberi gambaran keseluruhan tentang proses penyelidikan. Perbincangan rangka kerja konsep diperoleh daripada rumusan yang dibuat hasil daripada sorotan literatur yang menghasilkan persoalan yang ingin dijawab dalam penyelidikan ini. Daripada persoalan tersebut, strategi penyelidikan dibentuk dengan diikuti oleh skop penyelidikan.
4.1 Proses Kajian
Proses penyelidikan merupakan penyusunan kajian dari peringkat awal iaitu pembentukan soalan penyelidikan hinggalah ke peringkat akhir iaitu menjelaskan jawapan kepada persoalan. Proses penyelidikan melibatkan pembentukan soalan, menentukan data-data yang perlu bagi menjawab soalan, mereka bentuk penyelidikan untuk mengumpul dan menganalisis data dan menggunakan data-data yang telah dikumpulkan untuk menjawab soalan.
84
Berasaskan model penyelidikan ini terdapat dua isu utama (Punch, 1998).
Pertama, berkait dengan isu „apa‟ yang ingin dijawab atau ditemui dalam penyelidikan. Rangka kerja konsep yang membentuk asas kefahaman pada penyelidikan ini dibentuk melalui sorotan literatur untuk memberi gambaran umum dan mengenal pasti isu-isu yang menjadi tumpuan dalam penyelidikan ini. Proses selanjutnya berhubung dengan pembentukan penyelidikan untuk menjawab persoalan tentang perlakuan agensi dan badan kerajaan apabila berhadapan dengan penyediaan kemudahan awam dalam membangunkan RMM. Penyelidikan ini memanfaatkan model perlakuan yang menyelidik perlakuan badan dan agensi kerajaan melaksanakan keputusan pemajuan sebagai hasil tindak balas antara faktor luaran dengan ciri-ciri dalamannya.
Proses kedua melibatkan kerja-kerja mereka bentuk penyelidikan iaitu isu
„bagaimana‟ penyelidikan ini menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan. Proses ini melibatkan pemilihan kaedah pengumpulan data, kerja-kerja pengumpulan data di lapangan dan kerja menganalisis data. Penyelidikan ini berdasarkan kaedah pengumpulan data secara kualitatif iaitu dengan memanfaatkan teknik temu bual kualitatif bagi memperoleh maklumat atau data daripada badan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam pembentukan dan perlaksanaan penyediaan lokasi dan kemudahan awam bagi RMM.
Kajian awal dilakukan untuk memperoleh data sekunder tentang badan dan agensi kerajaan. Seterusnya kajian dilakukan untuk memanfaatkan teknik temu bual kualitatif untuk mendapat maklum balas daripada badan dan agensi kerajaan apabila berhadapan dengan penyediaan kemudahan awam bagi RMM. Langkah seterusnya melibatkan kerja menganalisis data-data yang telah dikumpul. Penyelidikan ini berdasarkan kaedah analisis secara kualitatif iaitu dengan menggunakan teknik suntingan yang dikemukakan oleh Strauss (1987) bagi menganalisis data-data temu
85
bual kualitatif. Daripada analisis ini penemuan dirumuskan dan digunakan bagi menjawab persoalan dan mencapai matlamat dalam penyelidikan ini. Akhir sekali, perkara penting dalam penyelidikan ini dirumus dan dikemukakan cadangan yang perlu untuk kajian selanjutnya. Untuk memudahkan pemahaman tentang proses yang terlibat dalam penyelidikan ini, carta alir proses penyelidikan disediakan.
4.2 Rangka Kerja Konsep
Daripada sorotan literatur yang dibuat dalam bab sebelum ini, beberapa perkara boleh dirumuskan dalam membentuk rangka kerja konsep bagi penyelidikan ini. Kegagalan penyediaan RMM dalam penyediaan kemudahan awam yang berintergrasi dengan kegunaan tanah yang lain adalah merupakan satu penyelidikan yang popular. Pertama sekali kemudahan awam dikenal pasti sebagai komponen penting dalam memberi keselesaan dan kualiti hidup. Kedua, penyelidikan perlaku kerajaan dalam menentukan fakta-fakta yang diambil kira dalam pembangunan RMM. Oleh itu pengetahuan mengenai faktor yang membentuk laluan kepada perumahan yang selamat dan berkemampuan ialah hak asasi manusia yang asas dan para penyelidik telah menemukan bahawa kondisi perumahan ada pengaruh yang besar terhadap pekerjaan, pelajaran, kesihatan awam, alam sekitar, jenayah dan kestabilan sosial (Berry, 2003; Yu, 2005). Oleh yang demikian, pihak berkuasa boleh memperbaharui penyediaan rumah mampu milik melalui penggunaan sumber kreatif sendiri atau bekerja dengan efektif bersama-sama penyumbang lain (Communities and Local Government, 2006).
Jelaslah terbukti, kajian-kajian yang telah dilakukan di negara-negara dunia pertama, seperti yang diulas di bab dua. Penyediaan RMM di negara maju telah melalui beberapa perubahan; yang terakhir ialah penyediaan perumahan yang berintegrasi dan lengkap dengan kemudahan awam. Penyediaan RMM juga telah menjauhi pembangunan yang padat dan tinggi dan tertumpu lebih kepada
86
keselesaan penduduk. Beberapa perkara boleh dirumuskan dalam membentuk rangka kerja konsep bagi penyelidikan ini. Pembentukan dasar, khususnya dasar perumahan merupakan satu daripada cara yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani masalah penyediaan kemudahan awam yang berintegrasi.
Jelas bahawa sesuatu dasar berupaya mempengaruhi perlakuan pemajuan RMM. Penyelidikan ini membuktikan bahawa perlakuan badan dan agen pelaksana kerajaan dapat memainkan peranan dan berfungsi untuk memenuhi keperluan RMM.
Perumahan mampu milik di negara maju adalah berasaskan kepada subsidi (Reeb, 1973; Aron, 1974; Barton 1983; Barlow dan Simon, 1994; Johnson, 2006), pembentukan akta atau perundangan bagi memudah dan memberi kuasa kepada agensi pelaksana untuk menjalankan tugas (Harriott dan Lesley, 1998; Ha, 2005;
Whitehead, 2007). Penyediaan kemudahan yang berintegrasi memastikan kejayaan penyediaan RMM ini (Beer 2004; Kim et al, 2005; Guillain et al 2006; Plant, 2006).
Penyelidikan mengenai isu ini tidak lengkap jika proses pembangunan yang telah mencorakkan sistem sejarah, politik dan sosioekonomi masyarakat negara ini tidak dihuraikan bersama-sama supaya persoalan di atas dapat difahami dengan lebih jelas. Jalinan antara komponen ini diharapkan dapat memberi pengertian yang lebih bermakna mengenai peranan kerajaan terhadap penyediaan RMM.
Konsep pembangunan di negara-negara dunia pertama yang mementingkan kemudahan asas dan keselesaan pembeli telah mempengaruhi kemajuan ekonomi dan sosial kawasan dan pemilik unit yang dibina (Carmon, 1981; Wolch, 1996;
Andersonet al, 2003; Yu, 2005). Pengalaman masa lampau telah menolong mereka membangunkan RMM dengan jayanya (Gallent, 1997; Maka et al, 2007). Tanpa penglibatan kerajaan, bukan sahaja menyukarkan penyediaan RMM malah memberi kesan yang mendalam terhadap ekonomi dan sosial penduduk miskin dan tidak
87
mampu untuk memiliki rumah (Nicholson, 1989; Wolman, 1975; Madhu, 2005), seperti yang dihuraikan dalam bab dua sebelum ini.
Teori dalam penyediaan RMM ini melibatkan tiga bidang iaitu; tanah, pemaju dan kewangan. Keperluan perumahan mampu milik dinilai dengan mengkaji cara penyediaan RMM berkembang dan beroperasi supaya dapat menentukan kaedah penyediaan rumah mampu milik yang lebih berkesan (Crook dan Whitehead, 2002).
Konsep perumahan merujuk kepada aktiviti-aktiviti kerajaan dan institusi-institusi swasta yang berganding bahu dalam penyediaan rumah kepada rakyatnya, seperti penglibatan kerajaan dalam penyediaan RMM di Perancis (Langlet, 1974) dan United Kingdom (Harriott dan Lesley, 1998).
Perkara yang paling „significant‟ dalam perumahan awam di Eropah ialah reka bentuk bangunan yang selalunya tidak berbeza daripada perumahan awam.
Bandar-bandar di Eropah tidak membina bangunan yang melambangkan kemiskinan dalam projek mereka (Fuerset, 1974). Kajian Johnson (2006) di Amerika Syarikat, menunjukkan rumah awam bertingkat tinggi telah ditinggalkan dan perhatian diberi kepada pembangunan perumahan berkepadatan rendah. Manakala kajian Gallent (1997) mendapati di bandar UK perancangan kegunaan tanah digunakan untuk merendahkan harga tanah pada situasi tertentu dan seterusnya merendahkan kos pengeluaran. Kemudahan awam menjadi sumber yang utama dalam menentukan prinsip ini. Kajian oleh Plant (2006) menjelaskan bahawa pembangunan infrastruktur seperti jalan dapat menentukan kepuasan dalam memilih lokasi untuk pemilikan perumahan. Melalui pengkajian RMM yang telah dilakukan di negara-negara dunia pertama, untuk membuat penyediaan RMM ini berjaya, penyediaan kemudahan asas, ruang rumah yang selesa, kegunaan tanah, jarak tempat kerja dan lain-lain kemudahan boleh diintegrasikan dalam proses pembangunan RMM yang menjanjikan kebangkitan bandar.
88
4.3 Strategi Penyelidikan
Penyelidikan tentang pemajuan kerajaan dalam menyediakan RMM kurang diberi tumpuan. Penyelidikan tentang dasar perumahan dan masalah perumahan kos rendah banyak diberi tumpuan, seperti yang dikaji oleh Mohd Azli (2003) mendapati tiadanya satu dasar dan garis panduan kerja dalam perlaksanaan RMM menyebabkan ketidakseragaman dan pertindihan kerja dalam penyediaan RMM.
Ghani (2008), dan Muhamad (1999) mendapati kekurangan pengangkutan awam, taman permainan, kemudahan-kemudahan asas seperti kedai, klinik dan pusat kejiranan. Beliau mendakwa bahawa penyediaan kemudahan rumah kos rendah di Malaysia menyumbang kepada tahap kepuasan yang rendah bagi penghuninya.
Hampir keseluruh kajian yang ditemui tertumpu kepada keselesaan penduduk dan kelemahan kemudahan yang disediakan sama ada dari pihak swasta mahupun pihak kerajaan.
Sokongan pada kajian ini juga menggunakan pendekatan kualitatif yang digunakan oleh Nor‟aini (2001) dan Ghani dan Lee (1997), dalam menganalisis perlaku pemaju swasta apabila berhadapan dengan dasar perumahan kos rendah di Malaysia. Ia meneliti perlakuan pemaju membeli dan memajukan tanah apabila berhadapan dengan dasar berkenaan. Mereka memanfaatkan kaji selidik secara temu bual kualitatif dan pos yang diikuti dengan temu bual bagi memperoleh maklumat daripada pemaju.
Penyelidikan lalu menunjukkan satu kegagalan terhadap pencapaian keperluan perumahan untuk rakyat termiskin, seperti kajian daripada Mohd Shahar (1979), Khor (1986), Zaki (1997) menunjukkan kegagalan pencapaian perumahan kos rendah pada tiga peringkat zaman yang berasingan dan berturut. Kegagalan ini bukan sahaja terhadap penyediaan, malah terhadap keselesaan dan kepuasan penduduk terhadap kepadatan yang tinggi serta keluasan ruang unit yang terhad
89
(satu bilik tidur) dan kekurangan kemudahan awam. Kelemahan-kelemahan ini boleh dilihat dalam kajian-kajian yang dijalankan oleh Abang (2004) dan Ghani (2008) mengkaji berkenaan kepuasan dan keselesaan penduduk rumah kos rendah yang disebabkan oleh kekurangan kemudahan awam, penyediaan perumahan yang tertumpu kepada perumahan kos sederhana dan tinggi (Mani, 2003; Tan dan Hamzah (1979) dan tiada polisi yang jelas wujud berkaitan dengan matlamat perumahan Negara (Wegelin 1978). Penyediaan rumah ini didapati telah tidak menepati kehendak permintaan perumahan kos rendah sekarang. Kajian yang lalu telah menunjukkan bahawa, walaupun sesebuah negara itu mempunyai pertumbuhan ekonomi yang tinggi kemampuan untuk memiliki rumah menunjukkan penurunan, sebaiknya kemampuan untuk memiliki rumah yang lebih tinggi pula meningkat.
Perbincangan di atas menunjukkan penyelidikan tentang kegagalan pencapaian terhadap keperluan perumahan dan tahap kepuasan penduduk rumah RMM yang rendah di Malaysia. Jelas bahawa amat sedikit yang diketahui tentang perlaku kerajaan (badan dan agensi) terutamanya apabila berhadapan dengan dasar perumahan RMM yang memerlukan kawasan yang sesuai, lengkap dengan kemudahan awam yang mencukupi. Maka strategi penyelidikan ini adalah untuk memberi tumpuan kepada kerajaan berasaskan faktor bahawa badan dan agensi merupakan agen utama dalam proses pemajuan perumahan mampu milik. Pengaruh badan dan agensi ini boleh dilihat dari segi peranan membina sejumlah RMM yang besar dan peranan yang sering disebut dalam Rancangan-Rancangan Malaysia.
Strategi penyelidikan ini adalah dengan melaksanakan kajian mendalam tentang perlaku kerajaan. Sehubungan dengan itu, penyelidik akan memanfaatkan pendekatan melalui pengkajian literatur di negara maju bagi menyelongkar perlaku kerajaan dalam penyediaan kemudahan dalam RMM. Berdasarkan kajian oleh
90
Gurranat el (2008a), beliau melibatkan penelitian terhadap literatur sedia ada dalam perancangan RMM dan meliputi ruang lingkup bidang kuasa antarabangsa yang sebanding. Tujuan penyelidikan beliau adalah untuk meneroka pelaku sistem perancangan bandar Australia. Penyelidikan ini boleh memberi sumbangan yang lebih baik terhadap RMM, melalui penilaian perbandingan praktik antarabangsa. Satu lagi penyelidikan oleh Gurran at el (2008b) adalah dengan menyatukan sorotan literatur dan perlaku yang didokumentasikan terhadap perancangan RMM antara Australia, Amerika utara dan Eropah. Penyelidikannya membolehkan pemeriksaan terhadap keadaan perlaksanaan, faktor kejayaan dan/atau kekangan berkaitan dengan setiap pendekatan. Komponen penyelidikan ini termasuk temu duga berstruktur dan perundingan dengan pegawai dan perancang di peringkat negeri, daerah dan tempatan.
Kajian mendalam yang di istilahkan dalam penyelidikan ini boleh di terjemahkan sepertimana yang di lakukan oleh Merriama (2010) dalam kajian beliau yang membentangkan berkenaan apa sebenarnya kajian kes dan apa itu kajian kes kualitatif. Kajian kes adalah merupakan kajian mendalam yang memberi gambaran dan analisis terhadap satu sistem yang dilingkungi, unit yang satu, sama ada unit tersebut adalah seorang guru, sebuah bilik darjah, satu perancangan atau sebuah sekolah daerah. Kepentingan soalan sesebuah kes kajian kualitatif yang dikemukakan adalah merupakan pemahaman untuk membina maksud sesuatu acara, aktiviti atau fenomena yang boleh dibuat kesimpulan dari satu kajian kes.
Penyelidikan oleh Madhu dan Dunmore (2003) membandingkan pengalaman yang digunakan dalam sistem perancangan untuk membantu dalam menyediakan RMM di kawasan pedalaman Scotland dan England. Penyelidikn beliau merumuskan isu-isu utama yang ditemui dalam literatur yang berkait. Kertas kerja ini kemudiannya menentukan keperluan skala yang diperlukan dalam merumuskan perbezaan rangka
91
kerja yang disediakan. Akhir sekali, skala penyediaan dikemukakan dan percubaan dibuat untuk mengetahui tahap perbezaan dalam pecapaian yang menyumbang terhadap perbezaan dalam polisi, mekanisma penyediaan atau anjakan pasaran perumahan. Manakala Tan (2000) menggunakan kombinasi kaedah pengumpulan data primer dan sekunder, iaitu berdasarkan borang soal selidik dan maklumat daripada jabatan atau agensi-agensi kerajaan. Teknik analisis yang digunakan ialah kombinasi deskriptif, kombinasi skala nominal, ordinal dan metrik serta analisis pemeringkatan. Beliau merumuskan bahawa kerajaan berperanan sebagai pembiaya, penyedia dan fasilitator tetapi mempunyai pendekatan yang berbeza mengikut agensi kerajaan dan pihak kerajaan harus bertindak sebagai penggerak utama dalam penyediaan RMM. Tanpa penglibatan kerajaan, bukan sahaja menyukarkan penyediaan RMM malah memberi kesan yang mendalam terhadap ekonomi dan sosial penduduk miskin dan tidak mampu untuk memiliki rumah (Freeman, 2002).
Penyelidikan lain mengkaji kesan perumahan mampu milik terhadap akta pengurusan pertumbuhan „Growth Management Act’ (GMA) yang melibatkan kajian terhadap kesan perundangan negeri terhadap kemampuan perumahan di seluruh negeri dan mengukur keberkesanannya secara terus. GMA telah memperkenalkan tiga prinsipal pertumbuhan pengurusan yang digabungkan dalam plan pembangunan Florida; konsistensi, sejajar dan komprehensif. Prinsipal konsistensi memerlukan plan pembangunan tempatan yang konsisten dengan plan kerajaan negeri dan wilayah. Prinsipal ini juga memerlukan semua kemudahan infrastruktur disediakan serentak sebelum pembangunan disiapkan atau diduduki. Rancangan komprehensif memerlukan plan pembangunan menangani isu yang luas termasuk perumahan, pengangkutan, pengawalan alam sekitar dan pengekalan sejarah. Prinsipal ini mewujudkan sistem yang mempunyai pendekatan menghalang kawasan bandar berselerak dan defisit pembiayaan pembangunan bandar sebaliknya menggalakkan
92
penggunaan infrastruktur sedia ada yang cekap dan optimal. Penyelidikan ini menggunakan teknik analisis bersirikan masa yang terhenti dalam reka bentuk penyelidikan kuasi-eksperimen. Hasil daripada penyelidikan ini menyarankan supaya keperluan perumahan dalam GMA dimasukkan penyediaan adanya perumahan mampu milik dalam perundangan tersebut memandangkan kesan negatifnya ialah pengurangan penyediaan rumah mampu milik akibat daripada kenaikan kos pembangunan (Anthony, 2003).
Strategi kedua penyelidikan ini adalah dengan memanfaatkan pendekatan kualitatif bagi mengumpul data (iaitu temu bual kualitatif) dan menganalisis data (iaitu kaedah suntingan). Bagi memperoleh maklumat tentang perlakuan kerajaan, penyelidikan ini menggunakan temu bual kualitatif agar kajian secara mendalam dilaksanakan terhadap bilangan responden yang kecil. Responden badan dan agensi kerajaan dipilih melalui kaedah persampelan secara sengaja agar kepelbagaian yang maksimum dan kes-kes ekstrem dilibatkan dalam temu bual sepertimana yang dlakukan dalam penyelidikan Nor‟aini (2001). Menurut Patton (2001) persampelan secara sengaja boleh di bahagikan dengan memilih unit atau kes yang khusus yang berbeda mengikut dimensi tertentu, contohnya seperti „practice setting‟ memberi maksud kepada bandar, pinggir bandar dan perkampungan. Secara ringkasnya, penyelidikan ini memberi tumpuan kepada perlaku kerajaan yang melibatkan kerajaan persekutuan, kementerian dan badan dan agensi kerajaan apabila berhadapan dengan dasar perumahan negara yang memberi penekanan kepada pembangunan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah di kawasan yang sesuai, lengkap dengan kemudahan awam yang mencukupi (Malaysia, 2006).
4.3.1 Kerja Lapangan
Kajian awalan yang dijalankan ini bertujuan untuk membentuk satu pengkalan data tentang pemajuan RMM oleh kerajaan Malaysia yang merangkumi kerajaan
93
persekutuan dan badan atau agensi kerajaan yang melaksanakannya. Tujuannya adalah untuk memperoleh gambaran sebenar tentang perlaksanaan penyediaan kemudahan awam di peringkat persekutuan. Maklumat mengenai sasaran, pencapaian dan prestasi RMM negara dikaji, manakala data keluasan pembangunan, jumlah unit, harga, jumlah dan jenis kemudahan, lokasi dan kemudahan persekitaran juga dikumpulkan.
Pengkalan data yang dibentuk ialah maklumat tentang badan dan agensi kerajaan yang memajukan perumahan mampu milik. Untuk memperoleh maklumat di atas, lawatan telah diadakan ke EPU dan KPKT. Penyelidikan ini juga merujuk
Pengkalan data yang dibentuk ialah maklumat tentang badan dan agensi kerajaan yang memajukan perumahan mampu milik. Untuk memperoleh maklumat di atas, lawatan telah diadakan ke EPU dan KPKT. Penyelidikan ini juga merujuk