bedan = bedan-bedan 1. bengkak-bengkak merah pd kulit (bekas kena pukul atau kena garu); 2. bintat-bintat merah pd kulit kerana terkena ulat bulu;
berbedan, berbedan-bedan ada bedan: badannya ~ apabila terkena ulat bulu yg berbisa itu.
bedara → bidara. bedaru → daru.
bedat, bedata sj tumbuhan (pokok), berembang, gedaba, pedada, Sonneratia caselaris.
bedebah kata makian: anak ~; si ~. bedebuk → debuk.
bedegap Id ark kuat, tegap.
bedegong Id ark keras kepala, tidak beradat. bedel (bédél) Jw belah, bedah;
membedel melakukan pembedahan, membedah.
bedeng (bédéng) 1. berek (rumah sementara utk pekerja-pekerja dll); 2. = bedengan batas (utk menanam sayur dll); 3. batas, permatang (sawah).
bedil I senjata (spt senapang, meriam, dsb): ~ pekatu; ~ pemuras; ~ pengatu; ~ tegadas; ~-bedal bermacam-macam bedil; ~ besar sl meriam;
menghadapkan ~ pulang prb merugikan kaum keluarga sendiri; menjual ~ kpd lawan prb mencelakakan diri sendiri; seletus ~ berbunyi, mencelur ikan dlm laut, berkokok ayam dlm hutan prb kata yg sepatah dapat menggemparkan orang di mana-mana (jika hendak berkata-kata, fikirlah dahulu supaya jangan menjadi heboh);
berbedil-bedilan berbalas-balas tembakan, bertembakan, bertembak-tembak: kedua-dua pasukan itu ~ utk beberapa jam; membedil menembak dgn bedil, memasang bedil: musuh ~ kota itu dr laut;
bedilan hasil membedil, tembakan: serangan-serangan tersebut dimulakan dgn ~-~ hebat dr dua buah kapal;
pembedilan perbuatan membedil;
pembedil orang yg tugasnya membedil.
bedil II; ~ lalat sj tumbuhan (pokok renek), balun hijau, bulu-bulu, meletup api, pokok tepuk lalat, Diospyros argentea.
bedooh Tr melampau, keterlaluan: bersopanlah sedikit makan nasi, mak tengok ~ sangat.
beduan sj nyanyian rakyat dr negeri Perlis yg diiringi bunyi-bunyi gendang.
bedudak Jw ular beludak.
beduk sj gendang besar di surau, masjid, dll, tabuh.
bedukang sj ikan laut, belukang, pedukang, Arius leiotetocephalus. bedung = bedungan kain utk membalut badan bayi;
membedung membalut dgn bedung: bayi itu dibedung dgn kemas; terbedung dibalut dgn bedung.
beg (bég) bekas utk mengisi, menyimpan atau membawa pakaian, surat, buku, dll yg dibuat drpd kulit dll;
~ baju = ~ pakaian beg tempat pakaian; ~ bimbit a) beg kecil berbentuk empat segi yg digunakan utk membawa dokumen; b) = ~ jinjit beg yg dijinjit atau dijinjing; ~ buku = ~ sekolah beg utk mengisi buku-buku sekolah; ~ diplomatik beg atau bekas yg berisi surat rasmi, barang dsb yg dihantar kpd atau drpd sesebuah kedutaan, biasanya tidak diperiksa oleh pihak berkuasa kastam dsb; ~ duit = ~ saku = ~ wang beg kecil utk mengisi wang; ~ galas = ~ sandang beg yg digalas pd bahu; ~ kepit sj beg tidak bertali yg biasanya dibawa dgn mengepitnya di celah ketiak atau dipegang dgn tangan; ~ surat beg tempat surat; ~ tangan beg perempuan yg dijinjing di tangan atau digalas di bahu.
bega (béga) I; berbega, membega berkeliling (berjalan, terbang, dll); begar.
bega (béga) II; membega membidik, mengacu, mengarah.
bega (béga) III NS; membegakan memperlihatkan sbg keterangan: perkataan ini terbit drpd ibarat tangkai padi, yg langgak atau kelihatan, maka yg itulah saja dituai yakni dibegakan;
membega, membega-bega menggerak-gerakkan atau membetul-betulkan bahagian-bahagian sesuatu mesin dll supaya berjalan dgn baik.
begahak sj ikan darat, gerahak, Belodontichthys dinema. begak (bégak) pesolek, kacak, segak.
begal (bégal) ark penyamun;
membegal menyamun, merampas (di jalan); pembegalan penyamunan, perampasan. begana I Jw sj nasi yg bercampur lauk-pauk. begana II; ~-begini berhelah, berdalih.
begandering, begandring Id ark bp mesyuarat, sidang.
begap 1. tegap dan besar (tubuh dll); 2. besar dan kuat (kaki bangku dll). begar 1. keras (walaupun direbus atau diperam), tidak mahu empuk; 2.
tidak dapat berubah lagi (tabiat dll), tegar hati.
begar (bégar); berbegar, membegar berkeliling (berjalan, terbang, dll), berlegar;
membegari mengelilingi (berjalan, terbang, dll).
begawan gelaran bagi pendeta atau pertapa (yg berbahagia, yg mulia). begenuak Kd terlalu banyak.
begian-begian begini-begini (mempercakapkan orang dll): si anu pemalas, si anu dipukul oleh suaminya, si anu ~.
begini bagai ini, macam ini, seperti ini: tulislah ~; sebegini sebanyak ini, sekian ini;
begini-begini memperkatakan seseorang dll secara umum tanpa penjelasan: datuk nenek kami dahulu adalah ~;
membeginikan membuat (memperlakukan) spt ini: saya tidak suka dibeginikan, tidak senang dibegitukan;
begitu 1. bagai itu, macam itu, seperti itu: dahulu pun ~ juga; 2. amat sangat, terlalu: mereka hidup ~ mewah;
~ benar amat sangat, terlampau sangat: ~ benar lokek orang itu; ~juga demikian juga: anak itu rajin, ~ juga adiknya; ~pun a) meskipun begitu; b) begitu juga;
sebegitu 1. seperti itu, sebagai itu, begitu: sengaja atau tidak pameran dibuat ~, kita tidak dapat menafikan hakikat wujudnya perkara itu; 2. sangat, terlalu; ~ banyak sangat (terlalu) banyak; membegitukan membuat (memperlakukan) spt itu: saya tidak suka dibegitukan.
begol (bégol) sj trompet yg digunakan oleh tentera.
begonia (bégonia) sj tumbuhan taman drpd genus Begonia yg daun dan bunganya berwarna terang.
begpaip (bégpaip) sj alat muzik yg popular di Scotland. begu Id sj hantu (hutan).
beguk (penyakit) bengkak pd leher akibat pembesaran luar biasa kelenjar tiroid, serah beruk, bengkak cantik, degum.
begum (bégum) gelaran kpd wanita Islam yg berkedudukan (di beberapa negara Islam tertentu, terutamanya Pakistan).
begundal Jk abdi, kakitangan.
begung Tr tanah yg lebih tinggi dr sekitarnya.
beguri Kl, Tr jualan (belian) yg pertama pd sesuatu hari.
begut (Muz) sj seruling buluh puak Jahut (rumpun bangsa orang asli dr suku Senoi) di Pahang.
behavioris (béhavioris) penganut behaviorisme.
behaviorisme (béhaviorisme) doktrin yg menekankan bahawa satu-satunya cara yg sah utk mengkaji psikologi manusia atau haiwan adalah dgn memerhatikan tingkah lakunya.
behena (behéna) sl 1. amat penting, luar biasa, istimewa: ada orang yg berdosa kpd Raja Mahmud, salahnya pun tiada apa ~; 2. hirau, peduli, acuh: Raja Inayat Shah pun tiadalah ~ menyelenggara istiadat peperangan, spt adat dahulukala.
bejana bekas (air dll), balang, jambang; ~ berhubungan Id balang yg berhubungan antara satu sama lain.
bejat 1. Jw rosak (barang anyaman dll); 2. Id, bp rosak (budi pekerti), buruk (kelakuan), tidak berguna lagi;
membejatkan merosakkan; kebejatan kerosakan, keburukan. bejelak Kl sangat lapar.
bejemo Sr sj adat perkahwinan (diadakan di satu tempat sahaja). bek (bék) I bunyi kambing atau biri-biri;
mengembek mengeluarkan bunyi bek; → bebek II. bek (bék) II Jk ketua kampung, lurah.
bek (bék) III (Suk) pemain atau kedudukan barisan pertahanan (bkn permainan bola sepak, hoki dsb): ia pandai bermain bola sepak, biasanya sbg ~.
beka (béka) I sj kuih; → bingka.
beka (béka) II; berbeka, berbeka-beka sl bercakap-cakap, bermesyuarat.
beka (béka) III Mn ark kelak.
beka (béka) IV sj pokok renek yg boleh dibuat ulam dan ubat. bekah Kl cabik (pd jahitan), sobek.
bekak sj tumbuhan, merelang, pasak telinga, lantupak, segera, Amoora spp.
bekal 1. persediaan yg dibawa dlm perjalanan (spt makanan, wang, dll): menyediakan ~ utk musim sejuk; 2. segala yg mungkin berguna pd masa depan: ilmu dicari utk ~ hidup;
berbekal mempunyai bekal, membawa bekal: ia datang ke mari ~ pakaian di badan;
berbekalkan mempunyai sesuatu sbg bekal: ~ ilmu di dada;
membekali memberi bekal kpd: anak itu dihanyutkan di dlm sebuah perahu, dibekali dgn sepucuk surat dan loket tergantung di lehernya;
membekalkan memberikan bekal, menyediakan sesuatu sbg bekal: sebelum berangkat, air tambahan mesti dibekalkan;
bekalan benda-benda yg dipakai (disediakan) sbg bekal, (benda-benda) persediaan: ~ makanan hanya sebanyak yg terlarat dibawa; bekal-bekalan bermacam-macam bekal;
perbekalan bekalan;
pembekalan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membekalkan: ia menghentikan ~ makanan utk masyarakat kota;
pembekal orang yg memberi (menyediakan) bekal: pasukan ~; ~ modal orang yg memberi modal.
bekalembaga bahagian drpd biji, endosperma. bekali Kl, Tr barangkali.
bekam I; membekam 1. mengeluarkan darah kotor drpd badan seseorang dgn cara membedah sedikit pd kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dgn tanduk atau cawan panas yg ditelungkupkan pd tempat yg telah dibedah itu; 2. Jk mencengkeram, mencekau;
terbekam dibekam;
pembekaman perbuatan (cara) membekam;
pembekam 1. orang yg melakukan kerja membekam; 2. alat utk membekam.
bekam II; membekam memendamkan (perasaan dll), menyembunyikan: hatinya ~ rasa sedih.
bekas I 1. tanda-tanda yg ditinggalkan, kesan: ~ tapak kaki di pasir; ~-~ kudis itu menghodohkan kakinya; ~-~ darah yg terdapat pd bajunya; 2. dahulunya (sekarang tidak lagi), pernah menjadi: ~ suami; duduk bersanding dan tepung tawar adalah ~-~ adat Hindu; 3. akibat (drpd sesuatu): perkahwinan campuran antara dua golongan itu membawa ~ yg mengaibkan;
~ luka parut (sesudah sembuh luka); ~ tangan a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulan; ~ tubuh pakaian yg sudah dipakai;
berbekas mempunyai bekas (tanda dll): tangannya masih ~ tanah; membekas meninggalkan bekas: kesan-kesan yg diterimanya ~ dalam sekali pd jiwanya;
membekaskan membuat bekas, meninggalkan bekas: kata-katamu itu ~ kesan pd hatinya.
bekas II tempat menyimpan (menaruh) sesuatu; ~ sirih tempat sirih. bekasam → pekasam.
bekat; penuh ~ penuh sesak.
bekatul Jk serbuk halus drpd kulit padi, dedak. bekeng (békéng) Kl perengus, lekas marah.
beker (békér) I sj jam yg berbunyi (utk menjagakan orang). beker (békér) II IB piala.
bekil sj ikan laut.
bekoi sj tumbuhan, telinga badak, rambai-rambai, Crypteronia spp.
beksa (béksa) 1. sj tumbuhan (pokok), sebusuk (hutan), terkap bumi, Cassia nodosa; 2. sj tumbuhan (pokok), batai, bebatai, bereksa, Cassia timorientasis.
beksan Jw tarian Jawa.
beku 1. pejal, keras (bkn benda cair): di kutub, air laut ~ sepanjang tahun; 2. ki kaku, tidak bergerak: yg ~ dan tidak selaras dgn
zaman moden; bahasanya usang dan ~; modal utk membeli barang baru masih ~ di tangan penghutang; 3. ditangguhkan (berlakunya sesuatu), digantung, dilarang bergerak: parti itu perlu diharamkan ataupun dinyatakan ~ sementara; ~ otak = ~ fikiran tidak mudah faham;
membeku menjadi beku: darah yg keluar itu sangat lambat mengalir, tetapi ia segera ~;
membekukan 1. menjadikan beku, membuat (sesuatu) menjadi beku atau pejal: dlm masa seminggu sahaja , sudah pandai menggunakan pisau toreh dan ~ getah; 2. menghentikan sesuatu amalan (pergerakan, kegiatan, kemudahan, dll) buat sementara: peminjaman wang utk membeli kereta telah dibekukan pd bulan lalu; ~ jawatan menghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu;
kebekuan perihal (keadaan) beku: keadaan ini boleh membawa kita keluar drpd ~ fikiran;
pembekuan perihal atau perbuatan membeku(kan): batu-batan di negeri-negeri yg berhawa dingin kerap kali pecah oleh ~ air di celah-celahnya;
pembeku bahan yg digunakan utk membekukan sesuatu. bekuan Kl panas.
bekuk Id; membekuk 1. melengkokkan (mematahkan) benda yg keras; 2. = ~ batang leher menangkap (pencuri, perompak, dll): seorang pengawal merampas senjata api dan seorang lagi ~ perompak itu; 3. memperdayakan, menipu;
pembekukan pelengkokan, penangkapan, penipuan. bekuku → bekukung.
bekukung sj ikan laut, Sparus hasta. bekwah (békwah) Kl, Tr kenduri arwah.
bela; berbela terpelihara, berjaga: misainya tidak ~;
berbelakan sl memeliharakan, menyelamatkan: maka orang pun semuanya datanglah ~ harta dlm istana;
membela 1. memelihara: ~ ayam dan itik; ~ anak sehingga dewasa; 2. memelihara makhluk halus spt pelesit, hantu, dll;
terbela dibela: harta itu tidak ~ drpd bahaya api;
teperbela sl dapat dibela (dgn sungguh-sungguh): maka kenaikan ayah hamba pun tiada ~ lagi;
belaan yg dibela (orang, binatang, dll), peliharaan: kerbau itu ~ jiran saya; aku tinggal anak-beranak seramai tujuh orang dan seorang anak ~;
kebelaan sl belaan, yg dibela: segala raja akan ditanyai Allah drpd segala ~nya, drpd segala rakyatnya;
pembelaan perihal membela, pemeliharaan; pembela orang yg membela: ~ itik.
bela (béla); mencari ~ = mengambil ~ = menuntut ~ menuntut balas (dgn cara membunuh pembunuh, memukul orang yg telah memukul orang lain, dll);
membela 1. membunuh diri utk ikut mati: bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yg telah ~ kematian suami mereka; 2. membalas membunuh dll: mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; 3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan: aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin spt aku; jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; tradisi ~ rakyat; ~ diri mempertahankan diri (drpd tuduhan, dakwaan, dsb);
terbela dapat dibela (dilindungi, diselamatkan, dipertahankan): nasib bangsa Melayu tidak ~ pd zaman penjajahan;
pembelaan perihal membela: si miskin tetap menderita tanpa ~ yg sewajarnya;
pembela orang yg membela; ~ uri pemain terakhir dlm permainan gasing.
belabas sl sj kain sutera berbenang emas.
belabat sl sj pedang: Dato Batin Alam pun mengambil ~ dua bilah. belabik Kl munasabah, masuk fikiran.
belacak sj ikan yg terdapat di kawasan pantai dan dapat bergerak di darat (selut) dgn menggunakan sirip, Periophthalmus spp.
belacan sj bahan makanan yg dibuat drpd udang atau ikan kecil-kecil yg ditumbuk lumat, digunakan utk menyedapkan masakan, terasi; bagai ~ dikerat dua prb hal yg mendatangkan aib kpd kedua-dua belah pihak; spt kera kena ~ prb sangat gelisah.
belacu kain mentah (kain putih).
beladau sj golok: nyiur itu ditetaknya dgn ~. beladung → ladung II.
belaga; ikan ~ sj ikan darat, sepilai, pelaga, Betta splendens.
belah I 1. retak, celah: di antara bangsa-bangsa itu ada pangsa dan ~ bagi; 2. pecah dua (tiga dll): bagai pinang ~ dua; 3. bahagian, sisi, pihak: dia membeliakkan kedua-dua ~ matanya;
~ bagi cerai-berai, tidak bersatu; ~ batang sj jerat babi; ~ betung belah yg panjang di tengah-tengah; ~ buluh garis-garis lebar memanjang (pd kain); (baju) ~ dada baju yg terbuka di bahagian depan; ~ kangkung sj jahitan; ~ ketupat potongan wajik; retak menanti ~ prb retak perselisihan yg akan menjadi besar;
sebelah 1. setengah, separuh, seperdua, sebahagian (drpd sepasang,dua benda): beri aku nyiur ~; cinta itu tidak datang dr ~ sahaja; 2. bahagian, jurusan, arah: pd ~ petang; orang tuanya tinggal di ~ hilir; 3. dekat, samping: orang ~ (rumah);
sebelah-menyebelah pd kedua-dua belah (sisi, pinggir): keriuhan di rumah itu mengganggu orang ~; gambar kedua-dua orang anaknya digantung ~ kalendar;
bersebelah, bersebelah-sebelahan bersampingan, berdekatan: ia tidur ~ bilik dgn kakaknya;
menyebelah berpihak kpd: kalau ia tidak setuju dgn aku itu tidak mengapa, tetapi janganlah ia ~ kpd lawanku;
menyebelahi menyebelah kpd: dia sentiasa ~ pihak yg benar; menyebelahkan 1. memisahkan, mengesampingkan: tiap bulan ia ~ sebahagian drpd pendapatannya utk membayar hutang; kerajaan Afrika Selatan bertujuan ~ orang Eropah dgn orang-orang yg berwarna; 2. menempatkan diri (pergi, duduk) di sebelah: ia duduk ~ emaknya;
berbelah; ~ hati tidak tetap pendirian, tidak dapat memutuskan sesuatu; hatinya berbelah-belah = hatinya ~ balik tidak tetap pendiriannya;
membelah 1. memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: ~ kayu api; serambut dibelah tujuh kecil sekali, sedikit sekali; 2. menukarkan keadaan, memecahkan: satu letupan ~ kesunyian malam; halilintar ~ bumi (udara) sangat kuat bunyinya; 3. bp membedah;
terbelah terbahagi, terpecah: Laut Merah yg ~ menjadi jalan yg terbentang;
belahan 1. celah (retak) panjang: ~ di tembok; 2. bahagian (kepingan) sesudah dibelah: ~ terbesar drpd nyiur itu, disimpannya utk esok; hatinya balik ~ hatinya berbalik-balik; 3. = ~ diri = ~ hati = ~ jiwa kekasih, isteri; 4. perihal mengerjakan sawah (tanah) orang lain dgn syarat hasilnya dibahagi dua: ia tidak menyewa tanah itu, tetapi mengambil ~; 5. Mn keluarga, sanak:
bapanya bergelar Datuk Lela Panjang, suku Jelutung, ~ Raja Pagar Ruyung; ~ (sel) perihal memperbanyak sel;
pembelahan 1. perihal membelah: permusuhan antara kedua-dua golongan akan mengakibatkan ~ Pulau Cyprus; 2. bp pembedahan;
pembelah alat utk membelah.
belah II; sebelah; ikan ~ sj ikan laut, a) Pseudorhombus arsius; b) Pseudorhombus javanicus.
belahak; membelahak, terbelahak 1. berdaham-daham seakan-akan hendak berdahak; 2. sendawa: aku sudah kenyang sampai ~.
belah bahagi; berbelah bahagi (bagi) tidak tetap atau teguh (pendirian, perasaan, dsb) pd sesuatu tumpuan, berbahagi, berpecah: rakyat Malaysia harus bersatu padu dan jangan ~;
membelahbahagikan menyebabkan atau menjadikan berbelah bahagi: aku tidak pernah ~ kasihku padamu.
belai I = belaian hasil perbuatan membelai: ia terkenang akan pujuk cumbu, pangku dan ~ manja isterinya;
membelai, membelai-belai 1. mengusap-usap (dgn kata-kata pujukan atau perasaan kasih sayang): ia turut menangis sambil ~-belai rambut Sarinah yg lepas terurai; 2. ki membuat berasa seronok dan tenteram: muzik yg ~ jiwanya; 3. meniup dgn perlahan-lahan sehingga bergoyang-goyang sedikit: daun-daun bergoyang-goyang dibelai angin.
belai II; belu-~ berleter.
belai III; ~ besar sj tumbuhan (pokok memanjat), akar ipuh batang, Strychnos pubescens; ~ hitam sj tumbuhan (pokok memanjat), akar ipuh, Strychnos ovalifolia.