• Tidak ada hasil yang ditemukan

sesat; sesat ~ sesat benar

Dalam dokumen kamus-dewan-b (Halaman 86-91)

barat-barat; ikan ~ sj ikan laut, a) Alutera spp.; b) Monocanthus spp.; c) Triacanthus spp.

barau-barau I sj ikan darat, sebarau, Hampala macrolepidota.

barau-barau II; ~ bukit = bebarau bukit sj burung, Hypsipetes macclellandii; burung ~ sj burung, Pycnonotus zeylanicus.

barbar IB tidak beradab (orang, bangsa, dll).

barbarisme 1. cara atau perbuatan yg tidak beradab; 2. Id pemakaian (pembentukan) kata-kata dgn cara bahasa asing (tidak sesuai dgn jalan bahasa sendiri).

barbeku (barbéku) 1. jamuan di tempat terbuka (spt perkarangan rumah dll) dgn hidangan daging, ayam, udang, dll yg dipanggang; 2. daging, ayam, udang dll yg dipanggang dan dimakan di tempat terbuka;

membarbeku memanggang daging, ayam, udang, dll di tempat terbuka.

barbiturat sj dadah yg boleh menenangkan keresahan (juga digunakan sbg ubat tidur).

barbur bunyi spt bunyi barang jatuh ke dlm air; orang ~ pemboros (orang yg suka membuang-buang wang).

bardi ark sj tumbuhan (pokok kecil) yg tumbuh di tepi Sungai Nil (daunnya spt penyapu).

bareh (baréh) hutang; berbareh berhutang.

bareng (baréng) Jw; berbareng, berbarengan bersama-sama, serentak (dgn), bertepatan (dgn);

membarengi bersama-sama dgn, mengiringi, menyertai. baret (barét) Jk tergores pd kulit.

bari I papan penutup lubang peraka (pd perahu). bari II Jk sambil; → sembari.

bari III → bahari I. bari IV Kl cerita (lama).

bari-bari sj lalat kecil yg selalu mengerumuni buah-buahan. barid Ar utusan, suruhan.

barik I garis-garis atau belang-belang (pd marmar, kayu, dll), bintik-bintik (mis telur merbah); naik ~ terbit tabiatnya;

berbarik-barik bergaris-garis, berbintik-bintik.

barik II; pokok ~ sisik putih sj tumbuhan (pokok), Desmodium triflorum. baring; berbaring 1. merebahkan badan pd sesuatu (spt katil, bangku

panjang, dsb) biasanya dlm keadaan menelentang: membaca buku sambil ~ di atas sofa; ~ mengiring berbaring dgn sisi tubuh kena pd lantai dsb; 2. = berbaring-baring merebahkan badan spt keadaan ketika tidur (utk merehat-rehatkan badan): selepas makan tengah hari, dia ~ di serambi rumahnya;

bersebaringan berbaring bersama-sama di tempat yg sama;

membaringkan meletakkan badan dlm keadaan berbaring: perempuan itu ~ anaknya di atas tikar;

terbaring terletak (berada) dlm keadaan berbaring: sesudah dilanggar kereta dia jatuh ~ di jalan;

perbaringan tempat berbaring (spt katil, pangkin, tilam, dsb): ketika itu aku di ~ kerana diserang demam kepialu.

baris 1. banjar atau deret yg merupakan garis lurus (pokok, huruf, dll): dia menangis setelah membaca dua tiga ~; 2. ark = barisan

pasukan; ~ Sipahi; 3. bp = berbaris: askar itu sedang ~; 4. garis, gores: perkataan yg diturunkan pd kad harus dibubuh ~ di bawahnya; 5. tanda vokal dlm bahasa Arab; ~ di atas fathah; ~ di bawah kasrah; ~ di hadapan dammah; 6. = ~ sajak deret (untaian) kata-kata yg merupakan satu bahagian drpd bait dlm sajak;

~ gilir (Komp) kumpulan atau senarai tindakan, kerja, dll yg tersusun dlm satu baris untuk diproses satu persatu; ~ laksamana garisan yg dianggap mempunyai hikmat; ~ mati tanda bunyi mati; sebaris (berada) dlm satu baris, sederet: rumahnya terletak ~ dgn rumah kakak iparnya;

menyebariskan menyusun atau meletakkan sesuatu sebaris: ~ ubin di sepanjang tepi tembok;

penyebarisan perihal (perbuatan, tindakan dsb) menyebariskan; berbaris 1. tersusun dlm baris-baris tertentu, berderet, berbanjar, berjajar: di kiri kanan jalan itu ~ pohon-pohon getah; 2. berdiri (berjalan dsb) beramai-ramai dlm baris tertentu: mereka sedang belajar ~; 3. mempunyai (dibubuhi) baris (garis), bergaris: ayat yg ~ di bawahnya;

membaris 1. sl berdiri (berjalan dsb) beramai-ramai dlm baris yg tertentu; 2. merupakan baris; 3. menembak: kemudian ditariknya meriam, dibarisnya kpd Panglima Selampit;

membarisi 1. berdiri (berjalan dsb) dlm baris-baris tertentu: orang ramai ~ jalan utk melihat perarakan itu; 2. berada dlm deretan: beberapa biji jerawat ~ hidungnya;

membariskan 1. menyusun (mengatur) dlm barisan; 2. menyuruh (melatih) berjalan dlm barisan; 3. membuat baris dgn sesuatu: ia ~ dakwat merah di buku itu; 4. membubuh (meletakkan) baris (pd tulisan Arab): ~ huruf-huruf al-Quran supaya mudah dibaca; 5. mengemukakan: pengarah itu ~ artis-artis baru dlm filem

arahannya; ia hanya ~ Dharmawijaya bersama-sama A. Samad Said, Salmi Manja, A. Wahab Ali, Kemala dan Jihaty Abadi;

barisan 1. banjaran, deretan, jajaran: ~ bukit; 2. pasukan: ~ pemain Malaysia; ~ penyerang; 3. pertubuhan (pergerakan) yg ditubuhkan dgn tujuan dan peranan yg tertentu;

B~ Pembebasan Palestin; ~ belakang pasukan yg berada di garis belakang pertempuran; ~ depan pasukan yg berada di garis depan pertempuran; ~ kehormatan pasukan utk menghormati kedatangan orang besar; ~ pemadam kebakaran Id pasukan ahli bomba; ~ teras Id pasukan induk;

perbarisan 1. perihal berbaris: upacara ~ tamat latihan tentera; 2. kumpulan orang yg berbaris: memeriksa ~; ~ raksasa; ~ raksasa perbarisan yg diadakan secara besar-besaran;

pembaris = kayu ~ kayu lurus bersenggat yg dipakai utk membuat baris atau mengukur sesuatu.

bariton (Muz) suara lelaki antara bes dan tenor.

barium (Kim) sj logam lembut yg berwarna putih perak. barkas IB sj kapal yg kecil.

barli 1. tumbuhan bak pokok padi, yg ditanam utk bijirin dan makanan ternak; 2. bijirin yg dihasilkan oleh tumbuhan ini, digunakan utk membuat bir, wiski, dll.

barograf barometer yg merakamkan bacaannya secara automatik. barogram rakaman tekanan atmosfera yg dihasilkan oleh barograf.

barok gaya yg halus dan indah, terutamanya dlm seni bina, seni lukis, muzik dsb, yg sangat popular di Eropah pd abad ke-17 dan ke-18. barometer (barométer) 1. alat utk menyukat tekanan udara, jangka

tekanan; 2. ki sesuatu yg dijadikan ukuran bagi mengetahui perubahan atau perkembangan sesuatu (situasi, pendapat umum, harga pasaran dsb): gagasan itu dijadikan ~ utk mengukur sama

ada sesebuah negara itu bermusuhan atau sebaliknya; perkembangan terbaru dlm arena politik mewujudkan ~ baru tentang perpaduan antara wilayah di negara itu.

baron 1. anggota taraf terendah dlm kedudukan bangsawan di Britain; 2. orang bangsawan di Eropah.

barong; barongan Jw sj tarian yg penarinya memakai topeng binatang. barongsai sj barongan Cina.

barter perdagangan dgn cara tukar-menukar barang.

baru I 1. belum (tidak) ada sebelumnya, (yg) belum lama wujud (dikeluarkan, diterbitkan, dsb): negara-negara ~; kereta jenis ~; majalah ~; 2. belum pernah atau belum lama dilaksanakan (dicuba, digunakan, dsb): cara-cara ~; 3. belum dipakai lagi atau belum lama dipakai: basikal ~; kasut ~; 4. belum lama lagi menjadi atau berlaku (bekerja, bertindak, dll) sbg: murid ~; ketua ~; 5. masih segar (belum lama dipetik, ditangkap, dsb): ikan ~; 6. moden: angkatan ~; 7. belum berapa lama lagi (dahulu): saya ~ datang; 8. apabila saja, sesudah: ~ digertak dia sudah lari; 9. pd masa itulah, pd ketika tertentu (berikutan dgn sesuatu dll): selepas saya jelaskan ~ dia sedar; 10. kelihatan masih cantik atau tidak terjejas dsb (kerana belum sering digunakan, terpelihara dgn baik, dll); baru-baru; ~ ini tidak lama dahulu, tidak berapa lama sebelum ini: kita menyokong perbahasan itu dlm Perhimpunan Agung UMNO ~ ini;

membarukan menjadikan baru, membetulkan sesuatu supaya spt baru: hasratnya utk ~ gaya itu sendiri.

baru II 1. sj tumbuhan (pokok yg berbunga), baru-baru, bebaru, Hibiscus tiliaceus; ~ gunung sj tumbuhan (pokok), Hibiscus similis; ~ landak sj tumbuhan (pokok), Hibiscus mutabilis; 2. sj tumbuhan (pokok), ~ laut sj tumbuhan (pokok), Thespesia populnea.

barua 1. orang perantaraan yg digunakan utk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat, muncikari, alku, ketolol, pinang muda, jaruman; 2. kata makian.

baru-baru sj tumbuhan (pokok yg berbunga), baru, bebaru, Hibiscus tiliaceus.

baruh I 1. bawah: di ~ bukit; 2. tanah yg di sebelah bawah (hilir, dekat pantai): orang ~; 3. Kl sawah: padi ~.

baruh II Jh cempedak.

barung I sj tempat yg beratap tempat berjual, warung;

Dalam dokumen kamus-dewan-b (Halaman 86-91)