• Tidak ada hasil yang ditemukan

Gambar 1 : Struktur turbidit pada batu lumpur yang menjadi petunjuk bagi unit batuan Formasi Crocker Batu lumpur Lapisan Struktur turbidit yang semakin menipis ke atas

Gambar 2 : Lapisan pada batu pasir yang mencirikan jujukan Formasi Kudat

Gambar 3 : Sempadan antara jujukan unit batuan Formasi Kudat dan jujukan Formasi Crocker Batu pasir Struktur Lapisan Formasi Kudat Sempadan antara Formasi Kudat dan Formasi Crocker ( ketakselarasan) Formasi Crocker

Gambar 4 : Morfologi Tanah Runtuh di kawasan kajian

Berdasarkan pengelasan tanah runtuh Varnes, 1978, tanah runtuh ini

dikelaskan sebagai ‘debris

STESEN 4

NAMA LOKASI : Kg Tanah Merah, Ranau BACAAN GPS : N 05˚58.553’ E 116˚41.641’ MASA : 9 April 2011-Sabtu-11.20am MORFOLOGI : Lereng bukit

UNIT BATUAN : Endapan Ofiolit

Stesen yang ke 4 ini terletak di Kg Tanah Merah, Ranau. Bermorfologikan lereng bukit, stesen ini terletak jauh dari jalan utama. Hasil daripada cerapan kami, singkapan di kawasan kajian merupakan endapan kerak lautan dalam/ofiolit yang telah mengalami proses pengangkatan sehingga membentuk morfologi seperti kini. Endapan ini di jangkakan berusia awal Kapur Bawah hingga akhir Kapur Atas berdasarkan index fosil yang ditemui di kawasan kajian iaitu fosil plantonik radiolaria yang menunjukkan usia tersebut. Berdasarkan unit litostratigrafi pula, batuan yang terdapat di kawasan kajian ialah batuan igneous ultrabase iaitu serpentenite. Batuan ini bewarna kehijau-hijauan di kawasan kajian. Batuan ini juga berasosiasi dengan batuan chert dan spilit atau lebih dikenali sebagai Formasi Chert-spilit. Kandungan mineral yang terdapat pada batuan ini ialah antigorit dan serpentin. Pada awalnya, batuan ini telah mengalami proses hidrolisis atau serpentination sebelum terangkat seperti sekarang.

Berdasarkan geomorfologi pula, terdapat beberapa struktur yang dapat di cerap di kawasan kajian. Antaranya ialah stuktur sesar normal. Struktur ini amat mudah dikenalpasti di kawasan kajian. Ini dibuktikan lagi dengan kehadiran struktur ‘silican slide’ atau gores-garis sesar yang boleh menunjukkan orentasi pergerakan sesar tersebut. Selain itu, proses luluhawa juga turut berlaku ke atas batuan di kawasan kajian. Terdapat beberapa batuan yang telah mengalami perubahan warna daripada kehijauan ke keperangan yang menunjukkan luluhawa kimia berlaku di kawasan ini.

Jadual 1 : Jujukan stratigrafi di kawasan kajian

Gambar 2 : Struktur ‘silican slide’ atau garis-gores sesar

Gambar 3 : Sample batu Serpentinite ( igneous ultrabase ) yang berwarna kehijauan Struktur ini menjadi petunjuk kehadiran sesar dan juga boleh menentukan orentasi

pergerakan sesar tersebut.

Gambar 4 : Batu Serpentenit yang telah mengalami proses luluhawa kimia

Gambar 6 : Struktur sesar normal di kawasan kajian

Dinding tergantung

Satah sesar

STESEN 5

NAMA LOKASI : Sungai Kenipir, 8 km kearah Tambunan BACAAN GPS : N 05˚54.446’ E 116˚38.232’

MASA : 9 Apil 2011-Sabtu-12.00pm MORFOLOGI : Sungai

UNIT BATUAN : Formasi Trusmadi

Sg Kenipir yang terletak 8 km kearah Tambunan jujukan unit batuan Formasi Trusmadi. Unit batuan ini dianggap sebagai jujukan tertua antara unit-unit batuan yang ada di Sabah. Jujukan ini menindih batuan batuan berusia kapur dan kerak lautan yang lebih tua (ofiolit). Formasi Trusmadi ini telah dimendapkan semasa Kapur Akhir hingga Eosene Awal seperti yang dibuktikan ole beberapa foraminifera plankton yang dijumpai dalam beberapa lapisan syal ( Kirk,1962 ). Kehadiran fosil surih ( trase fosil ) iaitu fosil Paleodictyon dalam beberapa sabak menunjukkan unit batuan ini merupakan endapan sekitaran laut dalam. Dari segi litostratigrafi pula, unit batuan ini dicirikan dengan selang lapis antara batuan slate dan batuan meta-arenit. Batuan slate merupakan batuan metamorfik yang terbentuk daripada batuan sedimen shale pada gred metamorfisme yang rendah. Manakala batuan meta arenit terbentuk hasil daripada proses metamorfisme batu pasir. Di kawasan kajian ini, selang lapis antara kedua-dua batuan tersebut amat mudah untuk dikenali kerana mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Jujukan ini juga dicirikan oleh dua fasies utama iaitu fasies arinit dan fasies argilit.

Secara amnya, unit batuan di kawasan ini belum mengalami canggaan tektonik yang hebat kerana batuan yang tersingkap memiliki darjah kemiringan yang amat kecil. Ini menunjukkan jujukan ini termendap mengikut prinsip Keselanjaran Strata iaitu bahan pembentuk lapisan adalah dalam keadaan selanjar di atas permukaan bumi kecuali terdapat suatu badan pejal yang menghalangnya ( Steno,1669 ).

Jadual 1 : Jujukan stratigrafi di kawasan kajian

Gambar 2 : Selang lapis batuan slate dan batuan meta arenit

Gambar 3 : Sample batu slate di kawasan kajian yang mempunyai saiz butiran yang halus Batuan Slate yang

berwarna kelabu

Batuan meta arenit yang berwarna

Gambar 4 : Stuktur teleramg kuarza yang terbentuk pada batuan meta arenit

Gambar 5 : Batuan yang mengalami proses luluhawa kimia

Struktur ini terbentuk apabila rekahan

terbentuk pada batuan lalu di isi oleh

Gambar 6 : Singkapan mendatar di kawasan kajian yang menunjukkan singkapan ini tidak mengalami sebarang canggaan tektonik.

Lapisan Batu Meta arenit Lapisan Batu

Slate

STESEN 6

NAMA LOKASI : Jalan Kundasang BACAAN GPS :

MASA : 9 April 2011-Sabtu-2.30pm MORFOLOGI : Kaki Bukit

UNIT BATUAN : Endapan Pinosuk Gravel

Stesen 6 merupakan satu kawasan yang amat istimewa antara semua kawasan kerana ianya menjadi bukti bahawa Sabah pernah mengalami proses pengglasieran. Glasier merupakan aliran ais yang terbentuk di mana salji terkumpul lebih banyak berbanding salji yang cair pada setiap tahun. Pengglasieran di kawasan ini dijangkakan berlaku semasa perioda kuterner dan dikenali sebagai endapan Quaternary. Antara ciri-ciri morfologi endapan ini ialah mempunyai jujukan konglomerat iaitu memiliki pelbagai saiz batuan dari kecil sehinggalah yang paling besar. Selain itu tiada lapisan yang ketara di kawasan kajian kerana kepelbagaian saiz butiran batauan.

Gambar 2 : Kepelbagaian saiz batuan daripada yang kecil sehinggalah yang besar

STESEN 7

NAMA LOKASI : Indah Permai, Sepanggar BACAAN GPS : N 06˚03.896’ E 116˚09.450’ MASA : 9 April 2011-Sabtu-4.30pm MORFOLOGI : Bukit

UNIT BATUAN : Formasi Crocker

Singkapan di stesen ini mempunyai jujukan unit batuan Formasi Crocker. Litologi batuan di kawasan ini merupakan selang lapis antara syal dan batu pasir. Syal merupakan batu pasir yang berlaminasi. Unit batuan ini dijangkakan berusia awal Eocene Atas hingga akhir Miocene Bawah berdasarkan fosil index yang telah ditemui di sekitar kawasan kajian. Fitur-fitur permukaan kawasan ini adalah sebahagian daripada peninggalan proses-proses eksogen Plio-Pleistocene membentuk morfologi kini seperti Banjaran Crocker, sisa-sisa daripada proses ini terhadap jujukan sedimen yang berasal daripada endapan turbidit berusia Eosen Akhir tersingkap secara tidak berterusan di sekitar kawasan kajian. Satu ciri penting yang menggambarkan unit batuan di kawasan ini ialah endapan jujukan Bouma ( Bouma Sequence ). Jujukan ini dapat dilihat pada lapisan batu pasir dan syal. Jujukan Bouma ini dikategorikan kepada beberapa unit iaitu unit Ta ,unit Tb ,unit Tc ,unit Td dan unit Te . Unit Ta dicirikan dengan batu pasir yang tidak memiliki apa-apa struktur. Unit Tb pula merupakan batu pasir yang memiliki laminasi selari. Manakala unit Tc dicirikan dengan batu pasir yang mempunyai laminasi bersilang. Unit Td pula merupakan batu lodak dan lodak/lempung yang berlaminasi dikenali sebagai unit Te .

Selain itu terdapat beberapa struktur sekunder yang dapat dilihat dikawasan kajian seperti sesar dan kekar. Proses luluhawa kimia juga turut memainkan peranannya di kawasan ini.

Gambar 1 : Morfologi kawasan kajian iaitu kawasan tanah tinggi

Gambar 4 : Struktur Sekunder-Sesar

Gambar 5 : Proses geomorfologi yang berlaku pada batu pasir iaitu luluhawa kimia Dinding Tergantung Satah Sesar Dinding Kaki Luluhawa ini berpunca daripada proses pengoksidaan yang menyebabkan warna batuan bewarna keperangan

Gambar 6 : Satu set kekar di kawasan cerapan singkapan.

KESIMPULAN

Daripada kajian lapangan yang telah di buat di sekitar utara dan tengah Sabah, dapat kita simpulkan bahawa Sabah memiliki kepelbagaian jujukan unit batuan. Antaranya ialah Formasi Kudat, Formasi Crocker, Formasi Trusmadi, Endapan Pinosouk Gravel, dan Endapan Ofiolit. Kita juga dapat melihat kepelbagiaan struktur primer dan sekunder di kawasan kajian.

RUJUKAN

Sanudin Hj. Tahir, Baba Musta

, Pengenalan Kepada Stratigrafi

, 2007, Universiti Malaysia Sabah, Sabah.

Dokumen terkait