• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI GEOLOGI HS21 GEOLOGI SEJARAH DAN STRATIGRAFI SG10403 SEMESTER 2 SESI 2010/2011

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI GEOLOGI HS21 GEOLOGI SEJARAH DAN STRATIGRAFI SG10403 SEMESTER 2 SESI 2010/2011"

Copied!
42
0
0

Teks penuh

(1)

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI

GEOLOGI HS21

GEOLOGI SEJARAH DAN STRATIGRAFI SG10403

SEMESTER 2 SESI 2010/2011

LAPORAN KERJA LAPANGAN DI SEKITAR UTARA DAN TENGAH SABAH

NAMA PENSYARAH : PROF. DR. SANUDIN HJ TAHIR

PROF. DR. BABA MUSTA

NAMA DEMONSTRATOR : EN CASSIDY ANAK ALOH

NAMA PELAJAR : SUKMAN BIN AMBO

NO MATRIK : BS10110491

TARIKH HANTAR : 22 APRIL 2011

(2)

OBJEKTIF

1. Mengkaji unit batuan yang terdapat di kawasan kajian. 2. Mengenali ciri-ciri unit batuan di kawasan kajian.

3. Melihat struktur-struktur proses-proses geomorfologi yang hadir di kawasan kajian. PENGENALAN

Kawasan kajian kami merangkumi sekitar utara Sabah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji unit-unit batuan yang terdapat di kawasan kajian beserta usia dan ciri-cirinya. Secara amnya, unit batuan tertua di Sabah dibina oleh fragmen ofiolit yang telah terangkat dan bahagian-bahagian ini selalunya dicerap sebagai blok-blok dalam mélange. Sedimen klastik membentuk tulang belakang uatama banjaran-banjaran di sekitar Sabah. Pelbagai nama rasmi formasi batuan telah diberikan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia untuk menggambarkan perbezaan litologi batuan di Sabah. Singkapan unit-unit batuan sedimen yang sebahagian besarnya terdiri daripada jujukan Paleogen seperti Formasi Trusmadi, Formasi Crocker dan Formasi Kudat yang dianggap sebagai lapisan tebal yang menindih kerak lautan. Antara lokasi kawasan kajian kami ialah

A. Simpang Mengayau, Kudat. B. Sikuati, Kudat

C. Kg Lajong, Kudat D. Kg Tanah Merah, Ranau E. Sg Kenipir, Ranau F. Jalan Kundasang

G. Indah Permai, Sepanggar

Di samping itu, kami juga turut mengkaji beberapa struktur morfologi yang hadir di kawasan kajian. Secara amnya, struktur-struktur ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu

I. Struktur Primer a) Lapisan

- Selang lapis batuan pada skala yang besar b) Laminasi

(3)

(4)

c) Ketakselarasan

- Rumpang dalam rekod sedimen akibat episode canggaan. Terhasil apabila berlaku hakisan dan pengendapan.

II. Struktur Sekunder a) Sesar

- Retakan yang mempunyai pergerakan ketara selari dengan satah retakan. Terbentuk apabila dikenakan canggaan daripada arah tertentu.

- Terbahagi kepada tiga jenis iaitu sesar normal, sesar sungkup, dan sesar mendatar.

b) Kekar

- Retakan di mana tidak terdapat peralihan yang ketara selari dengan retakan dan sedikit pergerakan tegak kepada satah retakan. Terbentuk apabila terkena canggaan daripada pelbagai arah.

Selain itu, di kawasan kajian juga dapat dilihat beberapa proses geomorfologi yang berlaku pada sesetengah batuan. Antara proses tersebut ialah luluhawa. Luluhawa merupakan satu proses penghancuran batuan kepada saiz butiran yang lebih kecil disebabkan factor-faktor tertentu. Luluhawa dapat dibahagiakan kepada tiga kumpulan utama iaitu luluhawa fizikal, luluhawa kimia dan luluhawa biologi. Luluhawa kebiasaannya mudah dikenalpasti di kawasan kajian kerana ia mengubah bentuk dan warna sesuatu batuan. Proses hakisan juga merupakan proses geomorfologi yang hadir di kawasan kajian. Hakisan merupakan satu proses pencabutan batuan atau tanah daripada batuan asal disebabkan beberapa faktor seperti angin, bendalir dan tarikan gravity. Secara amnya, hakisan juga dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu hakisan alur, hakisan galur dan hakisan lembah.

Secara umumnya, kesemua struktur ini hanya dapat dilihat dan dicerap di kawasan kajian. Di setiap lokasi kajian kami, terdapat beberapa struktur yang dapat dilihat dan akan diterangkan di setiap lokasi masing-masing.

(5)
(6)

STESEN 1

NAMA LOKASI : Simpang Mengayau

BACAAN GPRS : N 07˚02.291’ E 116˚44.366’ MASA : 2 April 2011-Sabtu-10.30am MORFOLOGI : Tepi Pantai

UNIT BATUAN : Formasi Kudat

Simpang Mengayau atau lebih dikenali sebagai Tip Of Borneo terletak di utara Sabah. Unit batuan di kawasan ini ialah jujukan Formasi Kudat. Unit batuan ini dijangkakan berusia akhir Miosen Awal hingga awal Miosen Tengah dan merupakan endapan laut dalam. Ini dibuktikan dengan penemuan foraminifera (

Globigerinoides sicanus ) yang banyak pada batu

lodak kapur di Tanjung Bangau yang turut menunjukkan usia tersebut (

Sanudin,1979 ). Di

kawasan kajian, ahli yang dapat dilihat ialah ahli Tajau yang dicirikan dengan fasies klastik iaitu terdiri daripada selang lapis batu pasir yang tebal. Jujukan atas bagi unit batuan ini mengandungi peratusan batu pasir yang tinggi serta saiz butiran yang kasar berbanding dengan bahagian tengah dan bahagian bawah bagi jujukan uni batuan tersebut. Ini menunjukkan bahawa cerapan di kawasan kajian merupakan jujukan bahagian atas unit batuan tersebut kerana mengandungi peratusan batu pasir yang tinggi serta saiz butiran sedimen yang kasar.

Di kawasan kajian juga, terdapat beberapa sturktur geomorfologi yang dapat dilihat di kawasan cerapan. Kebanyakkan sruktur ini terbentuk hasil daripada proses hakisan ombak seperti struktur tafoni ( stuktur sarang lebah ) dan stuktur konkreasi. Selain itu, terdapat juga beberapa struktur primer dan sekunder yang dapat dilihat dikawasan kajian. Antara struktur primer yang dapat dilihat ialah struktur laminasi selari pada lapisan batu pasir. Struktur sekunder yang dapat dilihat pula ialah struktur kekar yang terbentuk pada batu pasir. Di samping itu, proses geomorfologi turut berlaku di kawasan kajian. Ini dapat dibuktikan dengan melihat stuktur batu pasir yang berwarna keperangan. Ini terjadi kerana berlakunya proses luluhawa kimia iaitu pengoksidaan yang membantu perubahan warna batuan tersebut.

(7)

Jadual 1 : Jujukan stratigrafi di kawasan kajian

Rajah 1 : Gambaran fosil Globigeronoides sicanus yang ditemui di kawasan kajian yang menunjukkan unit batuan ini berusia awal Miosen Awal hingga awal Miosen

(8)

Gambar 1 : Singkapan di kawasan kajian dengan bacaan J/K 294˚/34˚

Gambar 2 : Lapisan Batu Pasir yang tebal mencirikan unit batuan di kawasan ini Lapisan

Batu Pasir Tebal

(9)

Gambar 3 : Sample batu pasir yang mempunyai saiz butiran yang kasar ( arenit )

Gambar 4 : Rekahan pada batu pasir yang di isi dengan mineral besi/ Fe2+ lalu

membentuk struktur tersebut.

Telerang Oksida

(10)

Gambar 5 : Batu pasir yang mempunyai lapisan bersilang berbentuk palung

Gambar 6 : Struktur Konkreasi yang terbentuk hasil proses hakisan air laut pada batuan igneous basalt.

Struktur ini terbentuk apabila daya daripada aliran air laut yang kuat

dipindahkan kepada batuan induk dan menyebabkan batuan yang lemah terhakis dan terpisah/tercabut daripada

batuan induk lalu membentuk struktur ini.

(11)

Gambar 7 : Laminasi selari yang terbentuk pada lapisan batu pasir ( sruktur primer )

Gambar 8 : Luluhawa Kimia yang berlaku pada batu pasir iaitu proses pengoksidaan. Proses ini menyebabkan perubahan pada warna batuan iaitu keperangan.

(12)

Gambar 9 : Struktur Tafoni ( struktur sarang lebah ) yang terbentuk pada batu pasir

Gambar 10 : Struktur kekar pada batu pasir ( struktur sekunder )

Struktur ini terbentuk akibat hakisan air laut

pada batu pasir

Luluhawa kimia

(13)

STESEN 2

NAMA LOKASI : 500m dari Sikuati

BACAAN GPRS : N 06˚53.795’ E 116˚42.722’ MASA : 2 April 2011-Sabtu-12.30pm MORFOLOGI : Bukit

UNIT BATUAN : Formasi Crocker

Stesen ke 2 ini terletak 500m dari Daerah Sikuati. Unit batuan di kawasan ini ialah jujukan Formasi Crocker. Ahli dikawasan ini ialah ahli Sikuati. Jujukan ini dicirikan dengan selang-lapis antara batu pasir dan batu lumpur. Unit batuan ini dijangkakan berusia awal Eocene Atas hingga akhir Miocene Bawah berdasarkan fosil index yang telah ditemui di sekitar kawasan kajian. Fitur-fitur permukaan kawasan ini adalah sebahagian daripada peninggalan proses-proses eksogen Plio-Pleistocene membentuk morfologi kini seperti Banjaran Crocker, sisa-sisa daripada prooses ini terhadap jujukan sedimen yang berasal daripada endapan turbidit berusia Eosen Akhir tersingkap secara tidak berterusan di sekitar kawasan kajian.

Di kawasan kajian juga, terdapat beberapa sturktur geomorfologi yang dapat dilihat di kawasan cerapan. Antaranya , terdapat beberapa struktur primer dan sekunder yang dapat dilihat dikawasan kajian. Antara struktur primer yang dapat dilihat ialah struktur laminasi selari dan laminasi bersilang pada lapisan batu pasir. Struktur sekunder yang dapat dilihat pula ialah struktur kekar dan sesar normal yang terbentuk pada batu pasir. Di samping itu, proses geomorfologi turut berlaku di kawasan kajian. Ini dapat dibuktikan dengan melihat stuktur batu pasir yang berwarna keperangan. Ini terjadi kerana berlakunya proses luluhawa kimia iaitu pengoksidaan yang membantu perubahan warna batuan tersebut.

(14)

Jadual 1 : Jujukan Stratigrafi di kawasan kajian

Gambar 1 : Singkapan di kawasan kajian dengan bacaan J/K 158˚/40˚

Batu Pasir

(15)

Gambar 2 : Sample batu pasir di kawasan singkapan

(16)

Gambar 4 : Laminasi bersilang pada batu pasir yang terbentuk akibat episod pengendapan dan aliran arus yang tidak seragam/’turbulent flow’.

Gambar 5 : Laminasi selari pada batu pasir yang terbentuk akibat episod pengendapan dan aliran arus yang seragam/’laminar flow’

(17)

Gambar 6 : Morfologi sesar normal pada batu pasir

Gambar 7 : Proses luluhawa kimia pada batu pasir

Dinding tergantung Satah sesar Dinding kaki Arah pergerakan

(18)

Gambar 8 : Struktur kekar pada batu pasir

(19)

Gambar 10 : Proses hakisan berlaku pada unit batu lumpur ( hakisan alur ) akibat agen pengangkutan iaitu air hujan lalu membentuk alur tersebut.

(20)

STESEN 3

NAMA LOKASI : Kampung Lajong

BACAAN GPS : N 06˚51.285’ E 116˚41.903’ MASA : 2 April-Sabtu-3.30pm

MORFOLOGI : Tanah Rendah

UNIT BATUAN : Sempadan antara jujukan Formasi Kudat dan jujukan Formasi Crocker

Lokasi seterusnya terletak di Kg Lajong, Kudat. Bermorfologikan dataran tanah rendah, stesen ini menjadi sempadan antara jujukan Formasi Kudat dan jujukan Formasi Crocker. Kedua-dua unit batuan ini dipisahkan oleh satu ketakselarasan iaitu ketakselarasan bersudut ( angular conformity ). Berdasarkan jujukan stratigrafi Sabah, unit batuan Formasi Kudat menindih unit batuan Formasi Crocker. Ini menunjukkan Formasi Crocker berusia lebih tua berbanding Formasi Kudat kerana Formasi Kudat menindih unit batuan tersebut. Kedua-dua unit batuan ini merupakan endapan laut dalam yang termendap di dasr lautan lalu mengalami proses pengangkatan dan tersingkap seperti sekarang. Formasi Crocker dijangkakan berusia awal Eocene Atas sehingga akhir Miocene Bawah. Manakala Formasi Kudat yang menindih Formasi Crocker dijangkakan berusia akhir Miocene Bawah hingga awal Miocene Tengah. Formasi Kudat dicirikan dengan unit batu pasir dan kurang mengandungi struktur laminasi dan lapisan. Manakala formasi Crocker pula dicirikan dengan selang lapis unit batu pasir dan unit batu lumpur. Selain itu di kawasan kajian juga, struktur endapan turbidit juga dapat dilihat pada batuan yang menjadi ciri utama bagiunit batuan Formasi Crocker. Endapan ini dipengaruhi oleh arus aliran air dan menunjukkan lapisan yang semangkin menghalus/menipis ke atas.

Selain itu, terdapat juga proses geomorfologi lain yang turut dicerap di kawasan kajian iaitu struktur tanah runtuh. Berdasarkan pengelasan tanah runtuh Varnes, 1978, tanah runtuh ini dikelaskan sebagai ‘debris flow’. Struktur ini terbentuk akibat beberapa factor dan antaranya ialah ketiadaan tumbuhan penutup bumi yang melambatkan proses hakisan di kawasan tersebut.

(21)

Jadual 1 : Jujukan stratigrafi di kawasan kajian

Gambar 1 : Struktur turbidit pada batu lumpur yang menjadi petunjuk bagi unit batuan Formasi Crocker Batu lumpur Lapisan Struktur turbidit yang semakin menipis ke atas

(22)

Gambar 2 : Lapisan pada batu pasir yang mencirikan jujukan Formasi Kudat

Gambar 3 : Sempadan antara jujukan unit batuan Formasi Kudat dan jujukan Formasi Crocker Batu pasir Struktur Lapisan Formasi Kudat Sempadan antara Formasi Kudat dan Formasi Crocker ( ketakselarasan) Formasi Crocker

(23)

Gambar 4 : Morfologi Tanah Runtuh di kawasan kajian

Berdasarkan pengelasan tanah runtuh Varnes, 1978, tanah runtuh ini

dikelaskan sebagai ‘debris

(24)

STESEN 4

NAMA LOKASI : Kg Tanah Merah, Ranau BACAAN GPS : N 05˚58.553’ E 116˚41.641’ MASA : 9 April 2011-Sabtu-11.20am MORFOLOGI : Lereng bukit

UNIT BATUAN : Endapan Ofiolit

Stesen yang ke 4 ini terletak di Kg Tanah Merah, Ranau. Bermorfologikan lereng bukit, stesen ini terletak jauh dari jalan utama. Hasil daripada cerapan kami, singkapan di kawasan kajian merupakan endapan kerak lautan dalam/ofiolit yang telah mengalami proses pengangkatan sehingga membentuk morfologi seperti kini. Endapan ini di jangkakan berusia awal Kapur Bawah hingga akhir Kapur Atas berdasarkan index fosil yang ditemui di kawasan kajian iaitu fosil plantonik radiolaria yang menunjukkan usia tersebut. Berdasarkan unit litostratigrafi pula, batuan yang terdapat di kawasan kajian ialah batuan igneous ultrabase iaitu serpentenite. Batuan ini bewarna kehijau-hijauan di kawasan kajian. Batuan ini juga berasosiasi dengan batuan chert dan spilit atau lebih dikenali sebagai Formasi Chert-spilit. Kandungan mineral yang terdapat pada batuan ini ialah antigorit dan serpentin. Pada awalnya, batuan ini telah mengalami proses hidrolisis atau serpentination sebelum terangkat seperti sekarang.

Berdasarkan geomorfologi pula, terdapat beberapa struktur yang dapat di cerap di kawasan kajian. Antaranya ialah stuktur sesar normal. Struktur ini amat mudah dikenalpasti di kawasan kajian. Ini dibuktikan lagi dengan kehadiran struktur ‘silican slide’ atau gores-garis sesar yang boleh menunjukkan orentasi pergerakan sesar tersebut. Selain itu, proses luluhawa juga turut berlaku ke atas batuan di kawasan kajian. Terdapat beberapa batuan yang telah mengalami perubahan warna daripada kehijauan ke keperangan yang menunjukkan luluhawa kimia berlaku di kawasan ini.

(25)

Jadual 1 : Jujukan stratigrafi di kawasan kajian

(26)

Gambar 2 : Struktur ‘silican slide’ atau garis-gores sesar

Gambar 3 : Sample batu Serpentinite ( igneous ultrabase ) yang berwarna kehijauan Struktur ini menjadi petunjuk kehadiran sesar dan juga boleh menentukan orentasi

pergerakan sesar tersebut.

(27)

Gambar 4 : Batu Serpentenit yang telah mengalami proses luluhawa kimia

(28)

Gambar 6 : Struktur sesar normal di kawasan kajian

Dinding tergantung

Satah sesar

(29)

STESEN 5

NAMA LOKASI : Sungai Kenipir, 8 km kearah Tambunan BACAAN GPS : N 05˚54.446’ E 116˚38.232’

MASA : 9 Apil 2011-Sabtu-12.00pm MORFOLOGI : Sungai

UNIT BATUAN : Formasi Trusmadi

Sg Kenipir yang terletak 8 km kearah Tambunan jujukan unit batuan Formasi Trusmadi. Unit batuan ini dianggap sebagai jujukan tertua antara unit-unit batuan yang ada di Sabah. Jujukan ini menindih batuan batuan berusia kapur dan kerak lautan yang lebih tua (ofiolit). Formasi Trusmadi ini telah dimendapkan semasa Kapur Akhir hingga Eosene Awal seperti yang dibuktikan ole beberapa foraminifera plankton yang dijumpai dalam beberapa lapisan syal ( Kirk,1962 ). Kehadiran fosil surih ( trase fosil ) iaitu fosil Paleodictyon dalam beberapa sabak menunjukkan unit batuan ini merupakan endapan sekitaran laut dalam. Dari segi litostratigrafi pula, unit batuan ini dicirikan dengan selang lapis antara batuan slate dan batuan meta-arenit. Batuan slate merupakan batuan metamorfik yang terbentuk daripada batuan sedimen shale pada gred metamorfisme yang rendah. Manakala batuan meta arenit terbentuk hasil daripada proses metamorfisme batu pasir. Di kawasan kajian ini, selang lapis antara kedua-dua batuan tersebut amat mudah untuk dikenali kerana mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Jujukan ini juga dicirikan oleh dua fasies utama iaitu fasies arinit dan fasies argilit.

Secara amnya, unit batuan di kawasan ini belum mengalami canggaan tektonik yang hebat kerana batuan yang tersingkap memiliki darjah kemiringan yang amat kecil. Ini menunjukkan jujukan ini termendap mengikut prinsip Keselanjaran Strata iaitu bahan pembentuk lapisan adalah dalam keadaan selanjar di atas permukaan bumi kecuali terdapat suatu badan pejal yang menghalangnya ( Steno,1669 ).

(30)

Jadual 1 : Jujukan stratigrafi di kawasan kajian

(31)

Gambar 2 : Selang lapis batuan slate dan batuan meta arenit

Gambar 3 : Sample batu slate di kawasan kajian yang mempunyai saiz butiran yang halus Batuan Slate yang

berwarna kelabu

Batuan meta arenit yang berwarna

(32)

Gambar 4 : Stuktur teleramg kuarza yang terbentuk pada batuan meta arenit

Gambar 5 : Batuan yang mengalami proses luluhawa kimia

Struktur ini terbentuk apabila rekahan

terbentuk pada batuan lalu di isi oleh

(33)

Gambar 6 : Singkapan mendatar di kawasan kajian yang menunjukkan singkapan ini tidak mengalami sebarang canggaan tektonik.

Lapisan Batu Meta arenit Lapisan Batu

Slate

(34)

STESEN 6

NAMA LOKASI : Jalan Kundasang BACAAN GPS :

MASA : 9 April 2011-Sabtu-2.30pm MORFOLOGI : Kaki Bukit

UNIT BATUAN : Endapan Pinosuk Gravel

Stesen 6 merupakan satu kawasan yang amat istimewa antara semua kawasan kerana ianya menjadi bukti bahawa Sabah pernah mengalami proses pengglasieran. Glasier merupakan aliran ais yang terbentuk di mana salji terkumpul lebih banyak berbanding salji yang cair pada setiap tahun. Pengglasieran di kawasan ini dijangkakan berlaku semasa perioda kuterner dan dikenali sebagai endapan Quaternary. Antara ciri-ciri morfologi endapan ini ialah mempunyai jujukan konglomerat iaitu memiliki pelbagai saiz batuan dari kecil sehinggalah yang paling besar. Selain itu tiada lapisan yang ketara di kawasan kajian kerana kepelbagaian saiz butiran batauan.

(35)

Gambar 2 : Kepelbagaian saiz batuan daripada yang kecil sehinggalah yang besar

(36)

STESEN 7

NAMA LOKASI : Indah Permai, Sepanggar BACAAN GPS : N 06˚03.896’ E 116˚09.450’ MASA : 9 April 2011-Sabtu-4.30pm MORFOLOGI : Bukit

UNIT BATUAN : Formasi Crocker

Singkapan di stesen ini mempunyai jujukan unit batuan Formasi Crocker. Litologi batuan di kawasan ini merupakan selang lapis antara syal dan batu pasir. Syal merupakan batu pasir yang berlaminasi. Unit batuan ini dijangkakan berusia awal Eocene Atas hingga akhir Miocene Bawah berdasarkan fosil index yang telah ditemui di sekitar kawasan kajian. Fitur-fitur permukaan kawasan ini adalah sebahagian daripada peninggalan proses-proses eksogen Plio-Pleistocene membentuk morfologi kini seperti Banjaran Crocker, sisa-sisa daripada proses ini terhadap jujukan sedimen yang berasal daripada endapan turbidit berusia Eosen Akhir tersingkap secara tidak berterusan di sekitar kawasan kajian. Satu ciri penting yang menggambarkan unit batuan di kawasan ini ialah endapan jujukan Bouma ( Bouma Sequence ). Jujukan ini dapat dilihat pada lapisan batu pasir dan syal. Jujukan Bouma ini dikategorikan kepada beberapa unit iaitu unit Ta ,unit Tb ,unit Tc ,unit Td dan unit Te . Unit Ta dicirikan dengan

batu pasir yang tidak memiliki apa-apa struktur. Unit Tb pula merupakan batu pasir yang

memiliki laminasi selari. Manakala unit Tc dicirikan dengan batu pasir yang mempunyai laminasi

bersilang. Unit Td pula merupakan batu lodak dan lodak/lempung yang berlaminasi dikenali

sebagai unit Te .

Selain itu terdapat beberapa struktur sekunder yang dapat dilihat dikawasan kajian seperti sesar dan kekar. Proses luluhawa kimia juga turut memainkan peranannya di kawasan ini.

(37)

Gambar 1 : Morfologi kawasan kajian iaitu kawasan tanah tinggi

(38)
(39)

Gambar 4 : Struktur Sekunder-Sesar

Gambar 5 : Proses geomorfologi yang berlaku pada batu pasir iaitu luluhawa kimia Dinding Tergantung Satah Sesar Dinding Kaki Luluhawa ini berpunca daripada proses pengoksidaan yang menyebabkan warna batuan bewarna keperangan

(40)

Gambar 6 : Satu set kekar di kawasan cerapan singkapan.

(41)
(42)

KESIMPULAN

Daripada kajian lapangan yang telah di buat di sekitar utara dan tengah Sabah, dapat kita simpulkan bahawa Sabah memiliki kepelbagaian jujukan unit batuan. Antaranya ialah Formasi Kudat, Formasi Crocker, Formasi Trusmadi, Endapan Pinosouk Gravel, dan Endapan Ofiolit. Kita juga dapat melihat kepelbagiaan struktur primer dan sekunder di kawasan kajian.

RUJUKAN

Sanudin Hj. Tahir, Baba Musta, Pengenalan Kepada Stratigrafi, 2007, Universiti Malaysia Sabah, Sabah.

Gambar

Gambar 6  :  Struktur Konkreasi yang terbentuk hasil proses hakisan air laut pada  batuan igneous basalt
Gambar 8  :  Luluhawa Kimia yang berlaku pada batu pasir iaitu proses pengoksidaan.  Proses ini menyebabkan perubahan pada warna batuan iaitu keperangan
Gambar 1  :  Singkapan di kawasan kajian dengan bacaan J/K 158˚/40˚
Gambar 3  :  Sample batu lumpur di kawasan singkapan
+7

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui apakah merchandise, store atmosphere, dan service dapat membedakan konsumen dalam memilih format toko pada toko

Kajian yang telah dijalankan ini adalah untuk mengkaji pertumbuhan dan komposisi karkas ayam bagi ayam kampung kacukan sebanyak 23 ekor dan ayam pedaging sebanyak 15 ekor.. Baka

media it~ dalam praktik pemgaj ara n baha sa Indonesia di seko - lab menjadi permasalahan dalam pe n elit i an

Dengan mengetahui bentuk ujian (stimulus) yang akan dilaksanakan maka mahasiswa akan mengetahui pula bagaimana / bereaksi, yaitu mengetahui bagaimana mempersiapkan diri untuk

Abstrak: Berdasarkan pengamatan tersebut, para pemain SMA Titian Teras Kota Jambi, Jambi dalam melakukan smash sering gagal, apalagi metode pertarungan

Alat pada sistem akuisisi data suhu, dan kelembaban ini menggunakan sensor suhu DHT11 yang mampu membaca suhu dan kelembaban sekaligus.. Data yang diterima oleh DHT11 dan

Dalam Kitab Epos Mahabrata kisah ini memiliki nilai-nilai yang sangat bermanfaat bagi anak untuk membentuk karakteristik yang pantang menyerah dan rela berkorban

Pelindung Pernapasan: Jika kontrol rekayasa tidak bisa memelihara konsentrasi zat kontaminan yang tersebar melalui udara pada level yang memadai untuk melindungi kesehatan