Penguasaan 3M melalui Program Literasi dan Numberasi Sub NKRA LINUS yang diperkenalkan pada tahun 2008, masih terdapat lebih kurang 13% (54,000) murid Tahun 1 yang tidak menguasai 2M iaitu Membaca dan Menulis. Perkara ini dianggap amat serius kerana apabila melangkah ke Tahap II, masih terdapat murid-murid yang tidak menguasai 3M – membaca, menulis dan mengira. Dapatan kajian juga menunjukkan murid-murid yang tidak menguasai 3M akan menyumbang kepada peningkatan kadar keciciran di sekolah, selain meingkatkan masalah disiplin. Selain itu, murid-murid yang tidak menguasai 3M dari peringkat awal akan menyebabkan berlakunya kegagalan akademik secara kumulatif dan perkara ini amat sukar diperbaiki apabila mereka berada di peringkat yang lebih tinggi.
Menyedari perkara ini, maka penekanan diberikan kepada penguasaan 3M untuk murid Tahun 1 sehingga Tahun 3. Program LINUS diperkenalkan supaya masalah murid yang tidak menguasai 3M akan dapat diatasi dan saringan yang dijalankan dalam program ini adalah mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh seseorang kanak-kanak samada mempunyai masalah pembelajaran atau murid keperluan khas.
Ini memberi gambaran bahawa mereka tidak diberi pendedahan ilmu asas membaca dan menulis di rumah oleh keluarga mereka. Antara faktor fenomena ini adalah keluarga miskin, tidak mementingkan pelajaran, keluarga terumbang-ambing dan keluarga itu sendiri juga buta huruf. Terdapat beberapa tahap kategori kelemahan penguasaan 2M di antaranya ialah:
1. Kenal huruf tetapi belum boleh membaca.
Ramai kanak-kanak kenal A hingga Z, sama ada melalui cara menghafal huruf tersebut (biasanya melalui nyanyian) atau mengenal bunyi huruf-hur uf tersebut.
Ini bermaksud mengenali huruf tidak bermakna mereka boleh membaca. Malah, ribuan murid di sekolah-sekolah mampu mengenal huruf tetapi mereka masih tidak boleh membaca dengan baik.
2. Hanya boleh membaca perkataan dengan dua suku kata.
Sistem pembelajaran membaca di negara ini kebanyakannya berdasarkan binaan dan gabungan bunyi suku kata serta bermula dengan perkataan dua suku kata terlebih dahulu. Malangnya, kategori murid yang hanya mampu membaca dua suku kata merupakan majoriti di kalangan kanak-kanak yang maju ke peringkat seterusnya di sekolah. Mereka mampu membaca perkataan-perkataan dua sukukata ini dengn lancar dan yakin tetapi hanya terbatas serta belum menguasai kemahiran membaca dengan sempurna.
Ada kanak kanak menghadapi masalah ingatan yang lemah.Mereka terpaksa berpandukan dengan gambar dikenali supaya boleh menyebut perkataan tersebut. Ini menjadi masalah sekiranya perkataan atau yang dibaca tidak dibantu dengan gambar.
4. Kelihatan seakan-akan boleh membaca.
Kanak-kanak tertarik kepada gambar berwarna-warni yang menghiasi buku. Ini penting untuk menarik minat tetapi pada peringkat awal pembelajaran sahaja. Buku seumpama itu mengakibatkan segelintir murid menghafal cerita tersebut. Ini seolah-olah, anak tersebut boleh membaca dengan lancar sebaliknya ia hanya menghafal ayat-ayat di dalam buku tersebut. Ibubapa sukar mengesan tabiat ini dan boleh mengakibatkan murid itu tidak mampu membaca perkataan yang ditulis pada kertas lain
ProTiM merupakan usaha dan upaya untuk memastikan semua murid (bermasalah) yang bakal menamatkan pendidikan rendah dapat menguasai (sekurang-kurangnya) 3M, tidak tercicir dari persekolahan serta dapat mengikuti pelajaran di peringkat seterusnya (menengah). KPM telah melaksanakan program ini mulai September 2006 dan dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah rendah pada tahun 2008..Program ProTiM ditambah baik lanjutan pelaksanaan Program LINUS pada tahun 2010 untuk tahap 1 dengan tujuan yang sama iaitu membolehkan pelajar menguasai kemahiran membaca,menulis dan mengira. Namun apa pun usaha pemerkasaan yang telah dilaksanakan oleh KPM, namun masih lagi terdapat pelajar yang masih belum dapat menguasai kemahiran 2M yakni menulis dan membaca dikalangan pelajar tahun 4,5 dan 6. Ini sudah pasti meresahkan guru guru dan pihak sekolah umumnya kerana ia akan menjejaskan pencapaian keputusan UPSR.
Sebagai sebuah sekolah rendah di pendalaman masalah penguasaan 2M dikalangan pelajar masih lagi amat rendah dan agak membimbangkan.Ini berdasarkan kepada keputusan UPSR tahun 2012 mendapati hanya 3 orang sahaja yang lulus daripada 29 orang pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Bagi pencapaian ProTim tahun 4 dan tahun 5 agak membimbangkan dimana bagi tahun 4 seramai 15 orang pelajar dari 38 pelajar tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis. Begitu juga bagi tahun 5 seramai 18 orang pelajar dari 23 orang pelajar tidak menguasai kedua dua kemahiran tersebut.Ini sudah pasti akan menimbulkan masalah pada tahun 2014 dimana pelajar ini akan menduduli UPSR.
Jadual19: Pencapaian ProTiM bagi pelajar tahun 4 dan 5 bagi Sk Pulau Sumandi tahun 2013 setakat bulan September.
TAHUN KEMAHIRAN JUMLAH
PELAJAR ITEM L P JUMLAH
4
MEMBACA 38 MENGUASAI 10 13 23 T.MENGUASAI 7 8 15 MENULIS 38 MENGUASAI 10 13 23 T.MENGUASAI 7 8 155
MEMBACA 23 MENGUASAI 2 3 5 T.MENGUASAI 9 9 18 MENULIS 23 MENGUASAI 2 3 5 T.MENGUASAI 9 9 182.2. KEPUTUSAN MELAKSANAKAN PROGRAM
Memandangkan perkara ini amat serius, maka pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Suluh Budiman. Pelajar yang menjadi tumpuan utama ialah pelajar yang masih lagi dikategori sebagai murid PorTiM di kelas tahun 5 . Keputusan ini dipilih oleh pihak sekolah kerana pelajar ini akan menghadapi UPSR pada tahun 2014 dan diharapkan sekurang kurangnya pelajar ini lulus dalam gred C atau D. Modul khas telah dicipta oleh Cikgu Haris Bin Muhammad iaitu Modul Iqfon telah dijadikan sebagai bahan bantu mengajar membaca. Modul Iq’Qrum digunakan sebagai bahan untuk pelajar belajar menulis. Guru guru akan menggunakan kedua dua modul ini. Selain itu beberapa bahan cerita pendek telah dipilh oleh guru dan dijadikan sebagai bahan bacaan untuk menilai tahap pencapaian bacaan pelajar.Bahan-bahan bantu mengajar ini disediakan oleh guru penyelaras program dan diberi kepada pelajar untuk dibawa pulang supaya pelajar boleh mengulangkaji pelajaran di rumah dengan bantuan ibubapa
Pelaksanaan projek Program Suluh Budiman ini dicetuskan dalam mesyuarat kurikulum sekolah ke tiga sesi 2013 bagi membantu murid-murid ProTiM tahun 5 yang belum penguasaan 2M. Projek ini melibatkan 2 orang guru sebagai tenaga pengajar dan mensasarkan 90 % murid-murid ProTiM tahun 5 supaya dapat menguasai kemahiran 2M dalam masa yang ditetapkan. Projek yang mendapat kerjasama positif daripada warga sekolah terutama Panitia Bahasa Malaysia dan guru pemulihan dan telah dilaksanakan secara terancang dan sistematik mulai 28hb Okt.hingga 08hb.Nov 2013 pada sepanjang hari bermula dari jam 7.20 pagi hingga 12.40 tengahari.
BAB 3
KAJIAN LITERATUR
3.1. Pendahuluan
Menerusi Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013 – 2025 yang mempunyai 11 anjakan utama untuk mentranfomasikan sistem pendidikan negara memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan merupakan anjakan kedua kementerian untuk memastikan setiap murid sekolah rendah, sama ada di sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan akan menggunakan kurikulum bahasa Malaysia yang standard mulai Tahun 4 pada tahun 2014. Di Sekolah Jenis Kebangsaan, murid yang menghadapi masalah dengan perubahan ini akan mengikuti kelas pemulihan bahasa Malaysia selepas waktu persekolahan bermula dari Tahun 4 hingga Tahun 6, selepas menjalani program Saringan Literasi dan Numberasi (LINUS) 2.0. Objektif kelas pemulihan ini adalah sebagai intervensi awal, dan kerap dijalankan bagi membolehkan Kelas Peralihan ditamatkan mulai tahun 2017.
ProTiM pula merupakan usaha dan upaya untuk memastikan semua murid (bermasalah) yang bakal menamatkan pendidikan rendah dapat menguasai (sekurang-kurangnya) 3M, tidak tercicir dari persekolahan serta dapat mengikuti pelajaran di peringkat seterusnya (menengah) Dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan pula, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Salah satu daripada bidang tersebut ialah lietrasi & Numberasi(LINUS) dimana setiap kanak kanak perlu menguasai kemahiran asas literasi dan numberasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.
Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi menyatakan lapan peratus dari 6,667 pelatih PLKN buta huruf (Utusan Malaysia,11hb Jan 2012). Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak agar Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin agar menjelaskan kadar buta huruf yang tinggi. Seterusnya beliau ingin menarik perhatian umum untuk meneliti fakta mengenai berapa ramai lagi pelajar yang masih ketinggalan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dal am_Negeri&pg=dn_15.htm
Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas KBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan – menyebabkan terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan di peringkat persekolahan menengah.Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah.Walaupun berbagai bagai usaha untuk memulihkan masalah bacaan murid di sekolah rendah telah dilaksanakan.