• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN LITERATUR

Dalam dokumen Program Sandaran Npqel (Halaman 38-42)

KAJIAN LITERATUR

3.1. Pendahuluan

Menerusi Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013 – 2025 yang mempunyai 11 anjakan utama untuk mentranfomasikan sistem pendidikan negara memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan merupakan anjakan kedua kementerian untuk memastikan setiap murid sekolah rendah, sama ada di sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan akan menggunakan kurikulum bahasa Malaysia yang standard mulai Tahun 4 pada tahun 2014. Di Sekolah Jenis Kebangsaan, murid yang menghadapi masalah dengan perubahan ini akan mengikuti kelas pemulihan bahasa Malaysia selepas waktu persekolahan bermula dari Tahun 4 hingga Tahun 6, selepas menjalani program Saringan Literasi dan Numberasi (LINUS) 2.0. Objektif kelas pemulihan ini adalah sebagai intervensi awal, dan kerap dijalankan bagi membolehkan Kelas Peralihan ditamatkan mulai tahun 2017.

ProTiM pula merupakan usaha dan upaya untuk memastikan semua murid (bermasalah) yang bakal menamatkan pendidikan rendah dapat menguasai (sekurang-kurangnya) 3M, tidak tercicir dari persekolahan serta dapat mengikuti pelajaran di peringkat seterusnya (menengah) Dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan pula, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Salah satu daripada bidang tersebut ialah lietrasi & Numberasi(LINUS) dimana setiap kanak kanak perlu menguasai kemahiran asas literasi dan numberasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.

Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi menyatakan lapan peratus dari 6,667 pelatih PLKN buta huruf (Utusan Malaysia,11hb Jan 2012). Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak agar Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin agar menjelaskan kadar buta huruf yang tinggi. Seterusnya beliau ingin menarik perhatian umum untuk meneliti fakta mengenai berapa ramai lagi pelajar yang masih ketinggalan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dal am_Negeri&pg=dn_15.htm

Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas KBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan – menyebabkan terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan di peringkat persekolahan menengah.Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah.Walaupun berbagai bagai usaha untuk memulihkan masalah bacaan murid di sekolah rendah telah dilaksanakan.

Program Suluh Budiman merupakan salah satu program yang dilaksanakan di sekolah ini yang membantu murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas 2M. Program Suluh Budiman ini merupakan satu salah satu usaha murni untuk membantu murid murid yang sangat lemah dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis.Bahan utama yang digunakan dalam modul ini ialah Modul IQ Fon yang telah dicipta oleh Cikgu Haris Bin Muhammad yang mengandungi 6 buah buku iaitu buku 1 hingga 6.Program ini meletakkan sasaran utama pelajar tahun 5 seramai 10 orang yang menghadapi masalah membaca dan menulis

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang kenal huruf tetapi lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus Program Suluh Budiman adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Program Suluh Budiman ini akan dijalankan sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu dan Guru Pemulihan.Program yang dirancangkan ini dijalan selama 2 minggu dan dibahagikan kepada dua kumpulan dan dibimbing oleh 2 orang guru secara bersemuka.

Gambar : Menunjukkan aktivit Suluh Sudiman dilaksanakan 3.3 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Modul

Modul IQ Fon kaedah belajar membaca yang merangkumi gabungan huruf konsonan dan vokal. Ia terdiri daripada 6 siri/buku mengikut huruf huruf vokal. Cara pengajarannya ialah dengan membunyikan sukukata selepas itu daripada sukukata akan membentuk perkataan. Cara penyusunan dan penyampai bemula dengan belajar bunyi sukukata gabungan konsonan dan vokal a,i,u,o,e bergabung dengan huruf konsonan b,c,d,f,g,j,k,l,m sehingga z. Setiap satu siri

buku, setelah belajar semua bunyi vokal dengan gabungan konsonan terdapat pengulangan dan himpunan perkataan yang telah dipelajari.Setelah selesai sesebuah buku sukukata yang telah dipelajari juga akan diulang untuk gabungan bentuk perkataan.Guru akan membimbing pelajar belajar secara individu dengan teknik teknik yang tertentu dan bersesuaian mengikut situasi.

3.3.1. Strategik

Di antara strategik yang digunakan dalam Program Suluh Budiman ialah:

a. Berpusatkan Guru

Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.

b. Berpusatkan Murid

Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.

c. Berpusatkan Bahan

Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan. Bahan yang disediakan adalah Buku IQ FON,buku bacaan mudah bergambar dan lembaran karangan pendek.

3.3.2. Pendekatan

Dalam pelaksanaan Program Suluh Budiman pendekatan secara individu, kumpulan dan juga perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.

Di antara pendekatan yang digunakan dalam program ini ialah:

1. Pendekatan secara individu

Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.

2. Pendekatan secara berkumpulan

Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategik pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategik yang berpusatkan murid. Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.

3.3.3. Teknik

Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif. Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru. Di antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:

1. teknik latih tubi 2. teknik bersoal jawab 3. teknik menyanyi 4. teknik kuiz/imlak

BAB 4

PERANCANGAN STRATEGIKK

Dalam dokumen Program Sandaran Npqel (Halaman 38-42)

Dokumen terkait