• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian lepas Mengenai Kepimpinan Transformasional

Dimensi III: Pengurusan Program Pendidikan

5.0 Kajian lepas Mengenai Kepimpinan Transformasional

Kajian lepas menunjukkan kepimpinan berkesan dapat memantapkan organisasi. Semakin berkesan gaya kepimpinan maka semakin efektif organisasi tersebut. Sebaliknya, kelemahan yang berlaku dalam organisasi sentiasa dikaitkan dengan kepincangan dan kelemahan pemimpin dalam organsiasi tersebut. Justeru keperluan terhadap gaya kepimpinan yang berkesan amat dikehendaki dalam organisasi. Sementara itu, kepimpinan dalam organisasi sentiasa berhadapan dengan sumber manusia yang sentiasa mempunyai perbezaan dari sudut cara berfikir (paradigma) dan sikap yang berbeza-beza. Kelemahan kepimpinan untuk berhadapan dengan karenah kakitangan akan menyebabkan reaksi yang negatif, kurang keyakinan dan ketaatan dalam kalangan kakitangan. Justeru Gaya Kepimpinan Transformasi merupakan alternatif terhadap gaya kepimpinan lain dalam organisasi bagai menangani karenah kakitangan organisasi. Kajian lepas menunjukkan bahawa amalan kepimpinan transformasi amat berkesan untuk mengubah tingkahlaku kakitangan dan mengerakkan serta mempengaruhi mereka untuk merealisasikan matlamat, visi dan misi organisasi.

Terdapat kajian lepas yang menunjukkan bahawa keberkesanan kepimpinan transformasi dalam organisasi adalah dilihat melalui ciri-ciri kepimpinan ini. Tichy dan Devana (1986) mengenal pasti enam ciri pemimpin transformasi dalam kajian mereka iaitu:

 Pemimpin melihat diri sebagai agen perubahan;  Pemimpin berhati-hati dalam menanggung risiko;

 Pemimpin percayakan pengikut dan peka kepada keperluan pengikut;  Pemimpin dapat menghubungkan nilai-nilai teras dengan tingkahlaku;  Pemimpin bersikap fleksible dan sentiasa belajar melalui pengalaman; dan  Pemimpin mempunyai wawasan dan percaya kepada instinct atau gerak hati.

Hayati (2008) menyatakan terdapat empat hal utama yang menjamin kepimpinan transformasi dapat dilaksanakan dengan baik dalam organisasi. Menurut Hayati empat hal tersebut terdiri daripada perkara-perkara berikut :

a. Mengabungjalinkan idea dan moral serta etika secara konsisten dengan tetap mengembangkan dan memeihara kepercayaan orang bawahan.

b. Inspirasi yang mewujudkan motivasi seperti hambatan dalam kerjaya.

c. Simulasi intelektual – dengan tujuan menimbulkan kreativiti, terutama kreativiti didalam memecahkan masalah dan mencapai satu tujuan yang besar.

d. Pertimbangan individu – dengan menyedari bahawa setiap pengikutnya memilki keberadaan dan kretiria berbeza yang akan mendatangkan impak pada perlakuan ketika memberi bimbingan .

Justeru keberkesanan kepimpinan transformasi hampir merentas semua bentuk organisasi khususnya dalam bidang pendidikan. Kajian dalam dan luar negara menujukkan bahawa gaya kepimpinan ini amat berkesan dalam organisasi pendidikan, dan melihat terdapat hubungan yang signifikan diantara amalan gaya kepimpinan transformasi dengan keberkesanan organisasi. Kajian menunjukkan amalan gaya kepimpinan ini telah membantu meningkatkan keberkesanan organisasi dan keupayaan kakitangan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam organisasi.

Kajian Mohd Ali (2004) dan Nursuhaila (2007) mengenai persepsi guru terhadap kepimpinan transformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru Sek.Men. Keb Pontian, menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi amat mementingkan pengetahuan pemimpin tentang tingkahlaku manusia serta berkemahiran tinggi dalam aspek hubungan interpersonal terutama dalam memahami sikap dan motif orang lain serta membina hubungan yang baik dengan subordinat. Hal ini selaras dengan apa yang dijelaskan oleh Leithwood (1992) iaitu pemimpin transformasi di sekolah memberikan penekanan untuk mencapai tiga matlamat utama iaitu membantu guru membentuk, memperkembang, dan juga mengekalkan budaya kerja professional dan semangat bekerjasama, memupuk perkembangan profesional guru dan membantu menyelesaikan masalah secara efektif.

Kajian Norlidah (2000) dan Nursuhaila (2007) yang dihasilkan secara kualitatif tentang amalan kepimpinan pengetua di Sek. Men. Perempuan Sultan Ibrahim Johor Bahru menunjukkan kepimpinan transformasional menjadi asas amalan kepimpinan pengetua di sekolah tersebut. Hasil pemerhatian beliau serta reaksi responden membawa kepada dapatan bahawa amalan kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua sekolah ini menunjukkan ciri-ciri positif terhadap

kesannya kepada aspek keberkesanan sekolah. Kajian ini menunjukkan bahawa pemimpin transformasi mempunyai pengaruh yang kuat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang berkualiti dan cemerlang melalui orientasi kepimpinan yang diamalkan.

Kajian Sabarinah (2000) dan Nursuhaila (2007) di tiga buah sekolah di Batu Berendam Melaka mengenai tingkahlaku kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan tahap motivasi guru membawa kepada dapatan bahawa gaya kepimpinan mengarah dikesan sebagai gaya yang dominan berbanding dengan kepimpinan transformasional berdasarkan kepada instrumen LBDQ yang digunakan terhadap responden. Walau bagaimanapun unsure-unsur yang menyamai amalan gaya kepimpinan transformasi terdapat dalam sekolah tersebut. Ini disebabkan oleh hasil kajian yang menunjukkan terdapat kaitan atau hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru.Selain itu,kajian juga menunjukkan pengetua di tiga buah sekolah yang dikaji juga mengamalkan gaya kepimpinan menyokong, partisipatif dan berorientasikan kejayaan pelajar pada kadar yang sederhana.

Kajian Wan Faridah, Nor Azmi dan Ishak (2002) dan Nursuhaila (2007) tentang perbandingan kepimpinan transaksional dan transformasional terhadap ciri kerja dalam kalangan profesional Teknologi Maklumat sektor awam menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasional dengan ciri kerja kepelbagaian kemahiran tetapi tidak signifikan terhadap ciri-ciri kerja secara keseluruhan. Keputusan ini boleh ditafsirkan bahawa pengurus Teknologi Maklumat yang mengamalkan tahap kepimpinan transformasional tinggi memberikan ciri kerja pelbagai kemahiran lebih tinggi (baik) kepada profesionalnya berbanding pengurus yang mengamalkan tahap kepimpinan transaksi rendah.

Kajian Button (2003) dan Nursuhaila (2007) yang dijalankan melalui kaedah pemerhatian berkenaan dengan aplikasi prinsip kepimpinan transformasional dalam aspek pembangunan guru menunjukkan dapatan bahawa melalui kepimpinan transformasional yang diamalkan guru-guru lebih jelas terhadap peranan kepimpinan mereka. Ini kerana kepimpinan transformasional membiasakan mereka bekerja secara sepasukan dan sentiasa menghidupkan semangat dan kesedaran ke arah mencapai visi dan misi yang ingin dicapai. Kajian Button (2003) juga mendapati bahawa kepimpinan transformasional merupakan gaya kepimpinan yang terbaik untuk diamalkan di bilik darjah. Ini kerana melalui kepimpinan ini budaya kerjasama terutama dalam menangani masalah dijadikan amalan. Ini kerana stuktur organisasi kepimpinan transformasional seperti yang dikaji adalah rata dan tidak berhierarki dari sudut perkongsian kepimpinan.

Kajian Barnett (2003) terhadap kesan gaya kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua sekolah terhadap iklim pembelajaran mencadangkan penekanan perlu diberikan terhadap model tingkahlaku kepimpinan yang mementingkan elemen kejelekitan di kalangan guru dan pengetua. Ini kerana hasil dapatan kajian menunjukkan hubungan pengetua tetap sebagai ketua dan guru tetap sebagai pengikut berbanding dengan konsep hubungan kerja sepasukan dalam kepimpinan transformasional. Kajianj uga mendapati bahawa guru-guru secara individu dilihat lebih bermotivasi apabila perhatian secara individu diberikan oleh ketua dalam usaha mencapai visi organisasi berbanding dengan motivasi yang didorong oleh visi itu sendiri.

Oleh itu. adalah tidak menghairankan sekiranya kajian lepas turut menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi memiliki banyak kelebihan dan kebaikan berbanding dengan gaya

kepimpinan lain dalam organisasi. Menurut Sosik (1997) menjelaskan bahawa impak kepimpinan transformasi tidak sahaja menyebabkan pengikut dapat memenuhi jangkaan prestasi tetapi dapat melepasi prestasi yang dijangkakan itu.Sosik (1997) juga mendapati bahawa kumpulan-kumpulan yang bekerja di bawah kepimpinan transformasi menjana lebih banyak penyelesaian yang tulen, kata-kata yang menyokong, penghuraian penyelesaian dan soalan- soalan tentang penyelesaiandan melaporkan peringkat prestasi yang tinggi, usaha yang lebih dan kepuasan terhadap pemimpin berbanding kumpulan yang bekerja di bawah kepimpinan transformasi yang rendah.

Menurut Betty Yunan Silalhali (2008) menjelaskan bahawa penelitian tentang kepemimpinan transformasional menunjukkan hubungan yang positif dengan komitmen organisasi. Kepemimpinan transformasional menginspirasikan orang bawahannya untuk bersemangat dalam bekerja, memotivasi dan memupuk nilai-nilai kerja yang baik. Sehingga dapat menambahkan komitmen pada pekerja terhadap organisasi dimana pekerja tersebut bekerja. Organisasi dapat mendedikasikan seluruh hidupnya untuk kepentingan organisasi. Pemimpin diharapkan dapat meningkatkan motivasi, memelihara motivasi kerja untuk para pekerjanya, sehingga terciptanya kerjasama yang baik dan disokong oleh budaya organisasi yang kuat untuk meningkatkan komitmen pada organisasi.

Judge dan Bono (2000:64) menunjukkan bahawa kepemimpinan trasnformasional mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap komitmen. Tucker dan Lewis (2004:78) mendefinisikan kepemimpinan transformasional sebagai pola kepemimpinan yang dapat memotivasi perkerja dengan cara membawa pada cita-cita dan nilai-nilai tinggi untuk

mencapai visi misi organisasi yang merupakan dasar untuk membentuk kepercayaan terhadap kepimpinan. Selanjutnya Judge dan Bono (2000) menjelaskan keistimewaan kepimpinan transformasi turut dilihat melalui fungsi kepemimpinan ini yang senantiasa memberikan motivasi kepada bawahannya, diyakini dan memiliki pengaruh terhadap perusahaan dalam bentuk bukan nilai wang seperti kepuasan kerja. Pemimpin tranformasional memotivasi pengikutnya untuk melakukan sesuatu diluar dugaan (beyond normal expectation) melalui transformasi pemikiran dan sikap mereka untuk mencapai kinerja diluar dugaan tersebut, pemimpin transformasional menunjukkan berbagai perilaku berikut: pengaruh idealisme, motivasi inspirasional, stimulasi intelektual dan konsiderasi individual.

Howell dan Avolio (1993) menunjukkan kepimpinan karismatik, kepimpinan intelektual, dan kepimpinan pertimbangan individu adalah dikaitkan dengan kawalan fokus dalaman yang lebih tinggi dan berupaya menjangka prestasi unit perniagaan untuk jangka pendek (satu tahun kehadapan). Bass dan Avolio (1990) pula mendapati pada setiap peringkat organisasi kepimpinan transformasi lebih berkesan daripada kepimpinan transaksi, dan juga pemimpin yang menggayakan lebih kepimpinan transformasi menunjukkan prestasi lebih tinggi (Hater dan Bass, 1988).

Weichun Zhu et al. (2005) dalam kajiannya mendapati kepemimpinan transformasi dapat memberi inspirasi dan memotivasikan ahli-ahli dalam organisasinya untuk cemerlang bukan sahaja dalam organisasi tetapi juga dalam pencapaian individu. Pemimpin-pemimpin transformasi ini didapati mempamerkan sifat-sifat tertentu antaranya berkecenderungan untuk menjadi pendengar yang baik dan sentiasa memberikan perhatian terhadap keperluan individu

untuk maju dalam kerjaya. Selain itu, pemimpin transformasi juga cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati para pekerja dibawahnya.

Abdul Ghani Kanesan (2002) mendapati kesan kepemimpinan transformasi pendidikan dapat dilihat dalam lima bentuk iaitu kesan terhadap perlakuan pengikut, psikologi, organisasi dan juga ke atas pencapaian pelajar. Menurutnya lagi pemboleh ubah yang digunakan untuk mengkaji kesan kepemimpinan transformasi ke atas psikologi termasuklah kepuasan kerja. Hal ini menunjukkan bahawa selain membawa perubahan ke atas organisasi, kepemimpinan transformasi juga mampu membawa satu perubahan atau dimensi baru terhadap persepsi guru- guru berkaitan dengan rasa puas hati mereka terhadap sesuatu kerja yang telah dijalankan.

Dokumen terkait