• Tidak ada hasil yang ditemukan

KANDUNGAN/FAKTA Maksud perkataan:

Dalam dokumen Modul T2 Matematik.pdf (Halaman 43-54)

SIMETRI, PANTULAN

KANDUNGAN/FAKTA Maksud perkataan:

 Simetri  Pantulan  Teselasi  Mengenal  Melukis  Membentuk  Menyusun  Mengira Media cetak:  Surat khabar  Majalah  Brosur  Katalog  Kertas grid

32

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

 Kertas A4, pembaris panjang, ‘water colour’ @ warna air, sesiku.

TUGASAN

 Murid ditugaskan dalam kumpulan murid (3 orang) untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

LANGKAH KERJA

1. Aktiviti 1

 Menggunakan helaian kertas A4 , murid dikehendaki membahagi dua sama saiz kertas tersebut dengan satu lipatan.Bincangkan bagaimana caranya.

2. Aktiviti 2

 Gunakan helaian kertas yang telah dilipat dua sama, buka semula lipatan itu

kemudian menggunakan ‘water colour’ @ warna air dan lukiskan sebarang huruf dengan agak tebal ‘water colour’ tersebut di salah satu bahagian

lipatan.

 Setelah itu murid melipat helaian satu lagi supaya terlekat keduanya.

 Akhirnya murid membuka semula lipatan tersebut. Bincangkan ciri-ciri hasilan di kedua-dua helaian.

3. Aktiviti 3

 Bina satu titik dikedua-dua objek yang mempunyai kedudukan yang sama.

 Hubungkan kedua-dua titik itu dengan satu garis lurus yang melintasi garis lipatan .

 Ukur jarak antara kedua-dua titik dengan garis lipatan itu. Bincangkan.

33

LATIHAN

Lembaran Kerja 2.2.1

A) Lipat helaian A4 menjadi dua yang sama saiz.

B) Buka lipatan dan lukiskan abjad A menggunakan ‘water colour’ yang agak tebal.

C) Lipat semula kertas tersebut supaya melekat kedua-dua permukaan .

D) Buka semula lipatan tersebut dan pilih satu titik di kedua-dua belah kemudian sambungkan kedua-dua titik dengan satu garislurus.

E) Ukur jarak kedua-dua titik dari garis lipatan di atas garis lurus tadi. F) Apakah kesimpulan dari nilai jarak itu?

G) Apakah sifat kedua-dua corak yang terhasil ?

Lembaran Kerja 2.2.2

A) Menggunakan helaian yang yang terhasil dari aktiviti pertama, lakarkan objek lain di salah satu belah permukaan.

B) Di manakah imej yang terhasil ? Dan lakarkan.

Lembaran Kerja 2.2.3

A) Lengkapkan rajah yang diberikan pada lembaran yang diberikan. B) Apakah imej bagi setiap objek tersebut?Lakarkan.

34 Lembaran kerja 2.2.3 (a)

35 Lembaran kerja 2.2.3(b)

36

PENILAIAN

NAMA MURID NO. K.PENGENALAN NAMA SEKOLAH TINGKATAN TAHUN NO. MODUL/UNIT 2.2.1 / 2.2.2 / 2.2.3 TAJUK Pantulan

BIL. PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATAN YA TIDAK

1. Mengenalpasti pantulan

2. Menentukan imej objek dibawah satu pantulan

3. Melukis imej dibawah satu pantulan menggunakan a) grid b) sesiku

KEPUTUSAN TRAMPIL TIDAK TRAMPIL TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh DISAHKAN OLEH Tandatangan

37

UNIT 2: SIMETRI, PANTULAN DAN TESELASI

STANDARD PEMBELAJARAN

2.3 Mengaplikasikan kefahaman tentang teselasi.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir unit ini murid boleh: 2.3.1 Mengenalpasti suatu teselasi. 2.3.2 Mereka bentuk teselasi.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Kata teselasi berasal dari kata bahasa Inggeris, Tesselation. Namun menurut Mathforum, kata Tessellate berasal dari bahasa Yunani, Tesseres yang dalam bahasa Inggeris bererti

‘empat’. Kita dapat melihat bentuk teselasi dua dimensi pada batik, corak motif, atau juga

gambar penjubinan matematik yang dibuat oleh murid dengan menggunakan kertas berpetak. Dengan kata lain teselasi adalah corak yang terhasil daripada susunan bentuk sekata yang berulang dan meliputi satah tanpa sebarang ruang (celahan) atau pertindihan. Dalam kehidupan seharian kita akan melakukan proses hiasan akhir dalam ruangan permukaan mengunakan corak hiasan atau bentuk bahan yang mempunyai saiz yang bentuk yang berulang-ulang. Keperluan inilah yang memerlukan pengetahuan simetri, pantulan dan teselasi bagi gabungan sesuatu corak.

KANDUNGAN/FAKTA Maksud perkataan:  Teselasi Media cetak:  Majalah  Brosur  Kertas grid Maksud perkataan:  Mengenal  Melukis  Membentuk  Menyusun

38

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

 Komputer, batik, jubin bercorak, ikar mengkuang, tudung saji, kertas A4 (putih,warna) kertas gajah, gam, gunting.

TUGASAN

 Murid ditugaskan dalam kumpulan murid (3 orang) untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

 Lengkapkan lembaran kerja 2.3.1 dan 2.3.2

LANGKAH KERJA

Aktiviti 1

 Menggunakan kertas gajah yang berbagai bentuk poligon, murid dikehendaki melukis daripada bentuk yang telah diberikan. Setiap kumpulan melakarkan bentuk poligon yang diberi tadi keatas warna dan buat seberapa banyak yang boleh. Potong poligon menjadi unit yang berasingan.

 Murid dikehendaki menyusun di atas kertas A4 putih supaya tiada ruangan yang kosong antara poligon(berwarna) yang dipilih dan tiada tindanan yang terjadi antara poligon.

 Bincangkan apa yang dapat diperhatikan (bentuk yang sama dapat memenuhi ruang tertentu adalah teselasi)

Aktiviti 2

 Menggunakan perisian MS Words, murid menghasilkan poligon segitiga sama atau segi empat sama atau segi empat tepat.

 Gandakan bilangan poligon yang terhasil dan susun supaya menjadi paparan susunan poligon yang memenuhi ruang tertentu.

39

LATIHAN

Lembaran Kerja 2.3.1

A) Ikut langkah yang diberi.

i. Pilih satu poligon daripada kertas gajah untuk kumpulan masing-masing. ii. Tekap dan lukis bentuk poligon yang di pilih di atas kertas warna yang diberi. iii. Hasilkan bentuk poligon itu sebanyak mungkin dari kertas warna tersebut. iv. Hasilan menjadi keratan poligon yang banyak.

v. Susun keratan poligon dan tampal(digam) di atas kertas A4 dengan tersusun rapi tanpa ada ruang atau pertindihan antara poligon tersebut.

vi. Terangkan apakah hasilan yang anda perolehi?

40

Lembaran Kerja 2.3.2

B) Contoh teselasi yang akan dibina adalah seperti berikut.

Rumah atau sarang lebah.

b. Bina teselasi .

i. Murid berada dihadapan komputer dengan menggunakan perisian MS Word, murid pergi ke

bahagian manu, pergi ke “insert” dan “shape” pilih poligon berbentuk segi tiga sama (isocelese triangle) atau segi empat sama (square) atau apa-apa bentuk poligon.

ii. Klik pada objek poligon tersebut dan drag mengikut saiz yang dikehendaki. Kemudian salin (copy) dan tampal (paste) seberapa banyak.

iii. Ulang cara di atas dengan mengambil satu objek dan gunakan ‘rotation’ atau putaran . iv. Objek yang telah dibuat putaran tadi dibuat seberapa banyak ‘copy’(salin) dan tampal(paste) v. Daripada objek poligon yang buat tadi, maka terhasilah mereka bentuk teselasi seperti

41

a. Contoh teselasi yang dibina melalu MS Words.

42

Dalam dokumen Modul T2 Matematik.pdf (Halaman 43-54)

Dokumen terkait