• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul T2 Matematik.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Modul T2 Matematik.pdf"

Copied!
76
0
0

Teks penuh

(1)

i

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PEMBELAJARAN

TINGKATAN 2

TEKNOLOGI VOKASIONAL

-

MATEMATIK

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

(2)
(3)

iii

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

(PAV)

MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL

MATEMATIK

TINGKATAN 2

(4)

iv

62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2013

Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi

kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada

secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat

kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,

(5)

v

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii

1 24

43 57

4. MODUL PEMBELAJARAN

UNIT 1 : PERIMETER DAN LUAS

UNIT 2 : SIMETRI, PANTULAN DAN TESELASI

UNIT 3 : PENGIRAAN ASAS DALAM KEWANGAN

UNIT 4 : PERANCANGAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN

3. PENDAHULUAN

a. Objektif Modul

(6)

vi

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai

perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara

hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan

dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu

masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha

kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

(7)

vii

(8)

MODUL

MATEMATIK

PENDAHULUAN

Modul ini memberi penekanan kepada pengintegrasian proses matematik iaitu penyelesaian masalah, penaakulan, komunikasi secara matematik serta membuat perkaitan dan perwakilan. Proses Matematik tersebut adalah penting dalam usaha membangunkan modal insan yang berfikrah, kritis, kreatif dan inovatif serta cekal dalam menyelesaikan masalah.

Penggunaan bahan bantu mengajar perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan membentuk kefahaman konsep yang mendalam. Guru juga digalakkan menggunakan kepelbagaian pendekatan dan strategi P&P seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran masteri, inkuiri-penemuan, pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran berasaskan projek dan sebagainya.

Kurikulum Standard Matematik PAV juga berhasrat untuk menghasilkan individu yang mempunyai kemahiran insaniah dan mampu memainkan peranan sebagai anggota masyarakat yang berguna serta dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

OBJEKTIF MODUL

Modul ini membolehkan murid:

1. Membentuk kefahaman tentang konsep, hukum dan prinsip yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi; Sukatan; Perkaitan; Geometri dan Statistik.

2. Mempertingkatkan kemahiran matematik berkaitan dengan Nombor dan Operasi; Sukatan; Perkaitan; Geometri dan Statistik seperti:

 Mengukur dan membina

 Membuat anggaran dan penghampiran

 Memungut dan mengendali data

 Mewakilkan dan mentafsir data

(9)

 Menggunakan algoritma dan perkaitan

 Menyelesaikan masalah

 Membuat keputusan

3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks.

4. Mengamalkan secara konsisten kemahiran proses matematik iaitu

 penyelesaian masalah;

 penaakulan matematik;

 komunikasi secara matematik;

 perkaitan; dan

 perwakilan.

5. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar secara berkesan dan bertanggungjawab dalam situasi kehidupan harian.

6. Menyedari bahawa idea matematik saling berkait, dan merupakan ilmu yang menyeluruh dan bersepadu, serta mampu menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.

7. Menggunakan teknologi bagi membina konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka idea matematik di samping memperkayakan pengalaman pembelajaran.

8. Memupuk dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif terhadap matematik serta menghargai kepentingan dan keindahannya.

9. Membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kecekalan dalam menyelesaikan masalah.

(10)
(11)
(12)

1

UNIT 1: PERIMETER DAN LUAS

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Menentukan perimeter pelbagai bentuk dalam pelbagai konteks.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir unit ini murid boleh:

1.1.1 Menentukan perimeter bentuk dua dimensi.

1.1.2 Menentukan perimeter gabungan bentuk dua dimensi.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Memahami tentang perimeter dan luas bentuk dua dimensi dalam menyelesaikan masalah.

Media elektronik:  Internet

Media cetak:  Buku

KANDUNGAN / FAKTA Maksud perkataan:

 Menentukan

 Menganggarkan

 Menyelesaikan

 Perimeter

(13)

2

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

Model polygon Geobod Tali Pembaris Lembaran kerja TUGASAN

1. Menentukan ukur lilit poligon. 2. Menentukan perimeter poligon.

3. Menentukan perimeter gabungan poligon. 4. Lengkapkan lembaran.

LANGKAH KERJA

1. Aktiviti 1

 Bentuk beberapa kumpulan yang terdiri daripada 4 orang murid.

 Setiap kumpulan murid diberi satu model poligon. Ukur semua sisi model poligon yang diberi dengan menggunakan peralatan yang sesuai.

 Jumlahkan semua ukuran sisi setiap model poligon tersebut.

 Apakah istilah lain bagi ukur lilit?

2. Aktiviti 2

 Guru melukis satu poligon dengan ukuran setiap sisi diberi. Murid menentukan perimeter poligon tersebut.

 Guru melukis satu poligon dengan mewakilkan panjang sisi dengan pembolehubah. Murid menentukan perimeter poligon tersebut.

 Guru melukis satu poligon dengan melabelkan bucu-bucunya. Murid menentukan perimeter poligon tersebut.

3. Aktiviti 3

 Guru melukis satu gabungan poligon dengan ukuran setiap sisi diberi. Murid menentukan perimeter poligon tersebut.

 Guru melukis satu gabungan poligon dengan mewakilkan panjang sisi dengan pemboleh ubah. Murid menentukan perimeter poligon tersebut.

(14)

3

LATIHAN

Lembaran Kerja 1.1a

Ukur sisi-sisi poligon berikut. Kemudian jumlahkan semua ukuran sisi setiap poligon tersebut.

1.

2.

3.

Ukur lilit

=

Ukur lilit

=

Ukur lilit

=

Perimeter

=

Perimeter

=

Perimeter

(15)

4

Lembaran Kerja 1.1b

Tentukan perimeter poligon berikut.

1. Perimeter = 2. Perimeter = 3. Perimeter = 4. Perimeter = 5. Perimeter = 6. Perimeter = z cm y cm y cm x cm 15 cm 7 cm 17 cm 5 cm

3 cm 7 cm

(16)

5

Lembaran Kerja 1.1c

Tentukan perimeter gabungan poligon berikut.

1. Perimeter = 2. Perimeter = 3. Perimeter = 4. Perimeter = 5. Perimeter = 6. Perimeter = 6 cm 3 cm x cm y cm 15.71 cm 10 cm 12 cm y cm x cm

B C

A D 4 cm 5 cm > > z cm z cm P

S U

(17)

6

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN NAMA SEKOLAH

TINGKATAN TAHUN NO. MODUL/UNIT 1.1/1.1.1 DAN 1.1/1.1.2

TAJUK PERIMETER DAN LUAS

BIL. PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATAN YA TIDAK

1. Menentukan ukur lilit poligon.

2. Menentukan perimeter bentuk dua dimensi. 3. Menentukan perimeter gabungan bentuk

dua dimensi.

KEPUTUSAN TRAMPIL TIDAK TRAMPIL TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh DISAHKAN OLEH Tandatangan

(18)

7

UNIT 1: PERIMETER DAN LUAS

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Menentukan perimeter pelbagai bentuk dalam pelbagai konteks.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir unit ini murid boleh:

1.1.3 Menganggar perimeter dalam konteks sebenar dan menjustifikasikan anggaran tersebut.

1.1.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan perimeter.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Perimeter adalah ukur lilit suatu bentuk dua dimensi atau ukuran suatu jarak mengelilingi sesuatu atau panjang suatu sempadan. Menganggar suatu perimeter pula adalah dengan mendapatkan suatu nilai terhampir dengan nilai sebenar.

KANDUNGAN/FAKTA Maksud perkataan:

 Mengenal

 Perimeter

 Ukur lilit

 Ukur keliling

 Bentuk dua dimensi

(19)

8

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

Pembaris meter, pita pengukur, tali, lembaran kerja.

TUGASAN

1. Menganggar perimeter peralatan, perabot, dan lain-lain yang berkaitan dalam kelas. 2. Menulis laporan dapatan anggaran dan justifikasi dalam lembaran yang disediakan. 3. Membuat pembentangan dan perbincangan dalam kelas.

4. Menyelesaikan masalah yang melibatkan perimeter.

LANGKAH KERJA

1. Aktiviti 1

 Buat anggaran perimeter peralatan, bahan dan perabot di sekitar kelas berdasarkan lembaran tugas (1.1.3a) yang disediakan.

 Rekod dapatan tugas dengan mengisi ruangan anggaran perimeter dan justifikasi anggaran tersebut.

 Buat pembentangan di hadapan kelas.

2. Aktiviti 2

(20)

9

LATIHAN

Lembaran Kerja 1.1.3a

Buat anggaran perimeter perabot, peralatan dan bahan berikut dan berikan justifikasi terhadap anggaran tersebut.

Bil

Perkara / Perabot / Peralatan

Anggaran

Perimeter Justifikasi

Contoh Buku latihan 50 cm

1 batang pen dianggarkan sepanjang 10 cm. Buku latihan mempunyai ukuran keliling seperti 5 batang pen. Maka, .

1 Kelas

2 Meja guru

3 Meja murid

4 Tingkap kelas

5 Papan hitam

(21)

10

LATIHAN

Lembaran Kerja 1.1.4a

Tugasan dalam kumpulan

Harga segulung reben yang panjangnya 10 meter adalah RM3.70, manakala harga segulung reben yang panjangnya 5 meter adalah RM2.00. Sekiranya anda dikehendaki menceriakan kelas dengan membuat hiasan bingkai pada meja guru, papan putih dan papan kenyataan menggunakan reben mengikut kreativiti, selesaikan masalah berikut:

1. Berapa panjang reben yang diperlukan bagi memenuhi hiasan ukuran keliling bagi meja guru, papan putih, dan papan kenyataan di kelas anda?

2. Berapa gulung reben yang diperlukan?

3. Berapa ringgit diperlukan untuk membeli reben?

(22)

11

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN NAMA SEKOLAH

TINGKATAN TAHUN NO. MODUL/UNIT 1.1.3 / 1.1.4

TAJUK PERIMETER DAN LUAS

BIL. PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATAN YA TIDAK

1. Menganggar perimeter dalam konteks sebenar

2. Memberi justifikasi yang baik kepada suatu anggaran

3. Menyelesaikan masalah melibatkan perimeter

KEPUTUSAN TRAMPIL TIDAK TRAMPIL TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh DISAHKAN OLEH Tandatangan

(23)

12

UNIT 1: PERIMETER DAN LUAS

STANDARD PEMBELAJARAN

1.2 Menentukan luas pelbagai bentuk dalam pelbagai konteks.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir unit ini murid boleh:

1.2.1 Menentukan luas segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga dengan menggunakan kertas grid dan rumus.

1.2.2 Menentukan luas gabungan segi empat sama, segi empat tepat dan seg itiga dengan menggunakan rumus.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Pemahaman tentang konsep luas adalah penting sebelum menentukan luas suatu poligon. Murid perlu menghayati rumus sisi empat untuk dikembangkan kepada rumus segi tiga dan trapezium.

KANDUNGAN/FAKTA Maksud perkataan:

 Luas

(24)

13

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

Lembaran kerja, kertas grid.

TUGASAN

1. Menentukan luas segi empat sama, segi empat tepat, dan segi tiga yang diberi menggunakan kertas grid 1 unit persegi.

2. Menentukan luas segi empat sama, segi empat tepat, dan segi tiga menggunakan rumus yang diberi.

3. Menentukan luas gabungan segi empat sama, segi empat tepat, dan segi tiga termasuk trapezium menggunakan rumus yang diberi.

LANGKAH KERJA

1. Aktiviti 1

 Tentukan luas rajah segi empat sama, segi empat tepat, dan segi tiga yang diberi menggunakan kertas grid 1 unit persegi seperti dalam lembaran tugas (1.2.1a). 2. Aktiviti 2

 Padankan rumus yang sesuai bagi luas segi empat sama, segi empat tepat, dan segi tiga seterusnya menentukan luas bagi rajah berkenaan seperti dalam lembaran tugas (1.2.2a).

(25)

14

LATIHAN

Lembaran Kerja 1.2.1a

Tentukan luas gambar rajah berikut berdasarkan kertas grid 1 unit persegi di bawah.

Luas Rajah A

Luas Rajah B

Luas Rajah C

Luas Rajah D

Luas Rajah E

Luas Rajah F

Rajah A

Rajah B

Rajah C

Rajah D

Rajah E

(26)

15

LATIHAN

Lembaran Kerja 1.2.2a

Padankan rumus luas yang sesuai bagi poligon berikut seterusnya menggunakan rumus tersebut untuk menentukan luas rajah yang berkenaan.

Rajah A

Luas =

Rajah B

Luas =

Rajah C

Luas =

4 cm 4 cm

4 cm

3 cm

3 cm

6 cm Rajah

A Rajah

B

Rajah C

𝑳𝒖𝒂𝒔 𝒑𝒂𝒏𝒋𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒆𝒃𝒂𝒓

𝑳𝒖𝒂𝒔

𝟏

(27)

16

LATIHAN

Lembaran Kerja 1.2.2b

Gabungan rajah-rajah berikut dilukis di atas sebuah grid 1 unit persegi. Tentukan luas gabungan rajah berkenaan dengan menggunakan rumus luas yang sesuai.

Rajah A Rajah B

Rajah C

Rajah D

Rajah E 6 cm

4 cm

4 cm 4 cm

4 cm

4 cm

4 cm

4 cm 2 cm

2 cm

5 cm

6 cm 3 cm

cm

Luas Rajah A

Luas Rajah B

Luas Rajah C

Luas Rajah D

(28)

17

LATIHAN

Lembaran Kerja 1.2.2b

Rajah-rajah berikut dilukis di atas sebuah grid 1 cm persegi. Tentukan luas gabungan rajah berkenaan dengan menggunakan rumus luas yang sesuai.

Luas Rajah A Luas Rajah B

Luas Rajah C Luas Rajah D

Rajah A Rajah B

Rajah C Rajah D

4 cm

8 cm 4 cm

4 cm

5 cm

5 cm

8 cm 5 cm

(29)

18

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN NAMA SEKOLAH

TINGKATAN TAHUN NO. MODUL/UNIT 1.2.1 / 1.2.2

TAJUK PERIMETER DAN LUAS

BIL. PERKARA YANG DINILAI

TRAMPIL

CATATAN YA TIDAK

1.

Menentukan luas segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga menggunakan grid 1 unit persegi.

2. Menentukan luas segi empat sama dan segi empat tepat menggunakan rumus.

3.

Menentukan luas segi tiga bersudut tepat, segi tiga sama kaki dan segi tiga sama sisi menggunakan rumus.

4. Menentukan luas gabungan rajah sisi empat dan segi tiga menggunakan rumus.

KEPUTUSAN TRAMPIL TIDAK TRAMPIL TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh DISAHKAN OLEH Tandatangan

(30)

19

UNIT 1: PERIMETER DAN LUAS

STANDARD PEMBELAJARAN

1.2 Menentukan luas pelbagai bentuk dalam pelbagai konteks.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir unit ini murid boleh:

1.2.3 Menganggar luas dalam konteks sebenar dan menjustifikasikan anggaran tersebut. 1.2.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan luas.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Luas merupakan salah satu unit ukuran yang banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu adalah penting bagi murid mempelajari tajuk ini untuk membantu mereka dalam menganggar luas dan menyelesaikan masalah.

Media elektronik:  Internet

Media cetak:  Buku

KANDUNGAN/FAKTA Maksud perkataan:

 Menentukan

 Menganggarkan

 Menyelesaikan

(31)

20

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

Pembaris meter Pita ukur

Kertas A4 Kertas Grid Lembaran kerja

TUGASAN

1. Menganggar luas dalam konteks sebenar dan menjustifikasikan anggaran tersebut. 2. Menyelesaikan masalah yang melibatkan luas.

LANGKAH KERJA

1. Aktiviti 1

 Bentuk beberapa kumpulan murid.

 Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas A4, pembaris meter dan kertas grid.

 Setiap kumpulan dikehendaki menganggar luas permukaan dinding kelas.

 Setiap kumpulan diberi sehelai daun dan menganggar luas permukaannya.

 Berikan justifikasi anggaran luas kumpulan anda.

“Bagaimana anda membuat anggaran?”

2. Aktiviti 2

 Murid menyelesaikan masalah yang melibatkan luas.

 Murid mengenal pasti bentuk rajah yang diberi.

 Murid mengira luas bentuk rajah.

 Murid menganggar bilangan jubin yang diperlukan.

(32)

21

LATIHAN

Lembaran Kerja 1.2a

Lengkapkan jadual berikut.

Bil Perkara Luas anggaran

1 Papan hitam

2 Papan kenyataan

3 Lantai kelas

4 Sehelai daun

(33)

22

Lembaran Kerja 1.2b

Menyelesaikan masalah

Anda ingin memasang jubin di bahagian ruang tamu sebuah rumah. Ruang tamu tersebut berukuran seperti ditunjukkan didalam rajah di bawah. Saiz satu jubin berukuran 0.09 m persegi akan digunakan berharga RM 2.50.

 Kira luas ruang tamu.

 Anggarkan bilangan jubin yang diperlukan.  Anggarkan kos yang diperlukan.

Langkah-langkah:

i) Luas ruang tamu A = __________ X __________ = __________ m2

ii) Luas ruang tamu B = __________ X __________ = __________ m2

iii) Jumlah luas ruang tamu = __________ + __________ = __________ m2

iv) Bilangan jubin diperlukan = Jumlah luas ÷ saiz jubin = ___________ ÷ ___________ = ____________

v) Kos yang diperlukan = Bilangan jubin x harga 1 jubin = ____________ x ____________ = RM __________

(34)

23

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN NAMA SEKOLAH

TINGKATAN TAHUN NO. MODUL/UNIT 1.2/1.2.3 DAN 1.2/1.2.4

TAJUK PERIMETER DAN LUAS nda

BIL. PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATAN YA TIDAK

1. Menganggar luas dalam konteks sebenar dan menjustifikasikan anggaran tersebut. 2. Menyelesaikan masalah yang melibatkan

luas.

KEPUTUSAN TRAMPIL TIDAK TRAMPIL TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh DISAHKAN OLEH Tandatangan

(35)

SIMETRI,

PANTULAN

& TESELASI

(36)

24

UNIT 2: SIMETRI, PANTULAN DAN TESELASI

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Mengaplikasikan kefahaman tentang simetri.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir unit ini murid boleh:

2.1.1 Menentukan dan melukis paksi semetri suatu bentuk.

2.1.2 Melengkapkan suatu bentuk berdasarkan paksi simetri yang diberi.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Menentukan dan melukiskan garisan simetri, merupakan kemahiran yang perlu dikuasai sebelum murid dapat menjelaskan imej yang terbentuk.

Media elektronik:  Internet

 Televisyen

Media cetak:  Surat khabar

 Majalah

 Brosur

 Katalog

 Kertas grid

KANDUNGAN/FAKTA Maksud perkataan:

 Mengenal

 Menamakan

 Melukis

 Bentuk

(37)

25

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

Brosur/Katalog Kertas grid

Lembaran kerja 2.1a Lembaran kerja 2.1b

TUGASAN

1. Mengenal dan melukis garisan simetri. 2. Melukiskan garisan simetri dalam

LANGKAH KERJA

1. Aktiviti 1

 Kenali dan melukiskan garisan simetri yang ada di sekeliling anda atau mengikut pengalaman. Apakah kegunaan garisan simetri dalam kehidupan seharian? Bincangkan.

 Lukiskan seberapa banyak garisan simetri bagi objek yang yang diberikan.

2. Aktiviti 2

 Lukiskan seberapa banyak garisan simetri bagi objek yang dibina dalam petak grid.

 Lukiskan bentuk melalui garisan simetri dalam kertas grid yang diberi.

(38)

26

LATIHAN

Lembaran Kerja 2.1a

A) Nyatakan dan namakan objek atau benda-benda yang terdapat garisan simetri. Bincangkan apakah kegunaan garisan simetri dalam kehidupan seharian. i. _____________________________

ii. _____________________________ iii. _____________________________ iv. _____________________________ v. _____________________________

B) Lukis garisan simetri bagi objek berikut.

i.

Bilangan garisan simetri ___________________

ii.

(39)

27

iii.

Bilangan garisan simetri________________

iv.

Bilangan garisan simetri___________________

v.

(40)

28

Lembaran kerja 2.1b

(41)

29

B) Lukiskan bentuk dalam kertas grid melalui garisan simetri yang diberi.

a..

b.

(42)

30

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN NAMA SEKOLAH

TINGKATAN TAHUN NO. MODUL/UNIT 2.1.1, 2.1.2

TAJUK GARISAN SIMETRI

BIL. PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATAN YA TIDAK

1. Mengenal dan menamakan bentuk yang mempunyai garisan simetri.

2. Melukis garisan simetri bagi objek. 3. Melukiskan bentuk dalam kertas grid

melalui garisan simetri yang diberi. .

KEPUTUSAN TRAMPIL TIDAK TRAMPIL TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh

(43)

31

UNIT 2: SIMETRI, PANTULAN DAN TESELASI

STANDARD PEMBELAJARAN

2.2 Mengaplikasikan kefahaman tentang pantulan.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir unit ini murid boleh:

2.2.1 Mengenal pasti suatu pantulan.

2.2.2 Menentukan imej suatu objek dibawah suatu pantulan.

2.2.3 Melukis imej suatu objek di bawah suatu pantulan dengan menggunakan a) grid

b) sesiku

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Dalam kehidupan seharian kita akan melakukan proses hiasan akhir dalam ruangan permukaan mengunakan corak hiasan atau bentuk bahan yang mempunyai saiz yang bentuk yang berulang-ulang.keperluan inilah yang memerlukan pengetahuan simetri,pantulan dan teselasi bagi gabungan sesuatu corak.

KANDUNGAN/FAKTA Maksud perkataan:

 Simetri

 Pantulan

 Teselasi

 Mengenal

 Melukis

 Membentuk

 Menyusun

 Mengira

Media cetak:  Surat khabar

 Majalah

 Brosur

 Katalog

(44)

32

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

 Kertas A4, pembaris panjang, ‘water colour’ @ warna air, sesiku.

TUGASAN

 Murid ditugaskan dalam kumpulan murid (3 orang) untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

LANGKAH KERJA

1. Aktiviti 1

 Menggunakan helaian kertas A4 , murid dikehendaki membahagi dua sama saiz kertas tersebut dengan satu lipatan.Bincangkan bagaimana caranya.

2. Aktiviti 2

 Gunakan helaian kertas yang telah dilipat dua sama, buka semula lipatan itu

kemudian menggunakan ‘water colour’ @ warna air dan lukiskan sebarang huruf dengan agak tebal ‘water colour’ tersebut di salah satu bahagian

lipatan.

 Setelah itu murid melipat helaian satu lagi supaya terlekat keduanya.

 Akhirnya murid membuka semula lipatan tersebut. Bincangkan ciri-ciri hasilan di kedua-dua helaian.

3. Aktiviti 3

 Bina satu titik dikedua-dua objek yang mempunyai kedudukan yang sama.

 Hubungkan kedua-dua titik itu dengan satu garis lurus yang melintasi garis lipatan .

 Ukur jarak antara kedua-dua titik dengan garis lipatan itu. Bincangkan.

(45)

33

LATIHAN

Lembaran Kerja 2.2.1

A) Lipat helaian A4 menjadi dua yang sama saiz.

B) Buka lipatan dan lukiskan abjad A menggunakan ‘water colour’ yang agak tebal.

C) Lipat semula kertas tersebut supaya melekat kedua-dua permukaan .

D) Buka semula lipatan tersebut dan pilih satu titik di kedua-dua belah kemudian sambungkan kedua-dua titik dengan satu garislurus.

E) Ukur jarak kedua-dua titik dari garis lipatan di atas garis lurus tadi. F) Apakah kesimpulan dari nilai jarak itu?

G) Apakah sifat kedua-dua corak yang terhasil ?

Lembaran Kerja 2.2.2

A) Menggunakan helaian yang yang terhasil dari aktiviti pertama, lakarkan objek lain di salah satu belah permukaan.

B) Di manakah imej yang terhasil ? Dan lakarkan.

Lembaran Kerja 2.2.3

(46)

34 Lembaran kerja 2.2.3 (a)

(47)

35 Lembaran kerja 2.2.3(b)

(48)

36

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN NAMA SEKOLAH

TINGKATAN TAHUN NO. MODUL/UNIT 2.2.1 / 2.2.2 / 2.2.3

TAJUK Pantulan

BIL. PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATAN YA TIDAK

1. Mengenalpasti pantulan

2. Menentukan imej objek dibawah satu pantulan

3. Melukis imej dibawah satu pantulan menggunakan a) grid b) sesiku

KEPUTUSAN TRAMPIL TIDAK TRAMPIL TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh DISAHKAN OLEH Tandatangan

(49)

37

UNIT 2: SIMETRI, PANTULAN DAN TESELASI

STANDARD PEMBELAJARAN

2.3 Mengaplikasikan kefahaman tentang teselasi.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir unit ini murid boleh: 2.3.1 Mengenalpasti suatu teselasi. 2.3.2 Mereka bentuk teselasi.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Kata teselasi berasal dari kata bahasa Inggeris, Tesselation. Namun menurut Mathforum, kata Tessellate berasal dari bahasa Yunani, Tesseres yang dalam bahasa Inggeris bererti

‘empat’. Kita dapat melihat bentuk teselasi dua dimensi pada batik, corak motif, atau juga

gambar penjubinan matematik yang dibuat oleh murid dengan menggunakan kertas berpetak. Dengan kata lain teselasi adalah corak yang terhasil daripada susunan bentuk sekata yang berulang dan meliputi satah tanpa sebarang ruang (celahan) atau pertindihan. Dalam kehidupan seharian kita akan melakukan proses hiasan akhir dalam ruangan permukaan mengunakan corak hiasan atau bentuk bahan yang mempunyai saiz yang bentuk yang berulang-ulang. Keperluan inilah yang memerlukan pengetahuan simetri, pantulan dan teselasi bagi gabungan sesuatu corak.

KANDUNGAN/FAKTA Maksud perkataan:

 Teselasi

Media cetak:  Majalah

 Brosur

 Kertas grid

Maksud perkataan:  Mengenal

 Melukis

 Membentuk

(50)

38

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

 Komputer, batik, jubin bercorak, ikar mengkuang, tudung saji, kertas A4 (putih,warna) kertas gajah, gam, gunting.

TUGASAN

 Murid ditugaskan dalam kumpulan murid (3 orang) untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

 Lengkapkan lembaran kerja 2.3.1 dan 2.3.2

LANGKAH KERJA

Aktiviti 1

 Menggunakan kertas gajah yang berbagai bentuk poligon, murid dikehendaki melukis daripada bentuk yang telah diberikan. Setiap kumpulan melakarkan bentuk poligon yang diberi tadi keatas warna dan buat seberapa banyak yang boleh. Potong poligon menjadi unit yang berasingan.

 Murid dikehendaki menyusun di atas kertas A4 putih supaya tiada ruangan yang kosong antara poligon(berwarna) yang dipilih dan tiada tindanan yang terjadi antara poligon.

 Bincangkan apa yang dapat diperhatikan (bentuk yang sama dapat memenuhi ruang tertentu adalah teselasi)

Aktiviti 2

 Menggunakan perisian MS Words, murid menghasilkan poligon segitiga sama atau segi empat sama atau segi empat tepat.

 Gandakan bilangan poligon yang terhasil dan susun supaya menjadi paparan susunan poligon yang memenuhi ruang tertentu.

(51)

39

LATIHAN

Lembaran Kerja 2.3.1

A) Ikut langkah yang diberi.

i. Pilih satu poligon daripada kertas gajah untuk kumpulan masing-masing. ii. Tekap dan lukis bentuk poligon yang di pilih di atas kertas warna yang diberi. iii. Hasilkan bentuk poligon itu sebanyak mungkin dari kertas warna tersebut. iv. Hasilan menjadi keratan poligon yang banyak.

v. Susun keratan poligon dan tampal(digam) di atas kertas A4 dengan tersusun rapi tanpa ada ruang atau pertindihan antara poligon tersebut.

vi. Terangkan apakah hasilan yang anda perolehi?

(52)

40

Lembaran Kerja 2.3.2

B) Contoh teselasi yang akan dibina adalah seperti berikut.

Rumah atau sarang lebah.

b. Bina teselasi .

i. Murid berada dihadapan komputer dengan menggunakan perisian MS Word, murid pergi ke

bahagian manu, pergi ke “insert” dan “shape” pilih poligon berbentuk segi tiga sama (isocelese triangle) atau segi empat sama (square) atau apa-apa bentuk poligon.

ii. Klik pada objek poligon tersebut dan drag mengikut saiz yang dikehendaki. Kemudian salin (copy) dan tampal (paste) seberapa banyak.

iii. Ulang cara di atas dengan mengambil satu objek dan gunakan ‘rotation’ atau putaran . iv. Objek yang telah dibuat putaran tadi dibuat seberapa banyak ‘copy’(salin) dan tampal(paste) v. Daripada objek poligon yang buat tadi, maka terhasilah mereka bentuk teselasi seperti

(53)

41

a. Contoh teselasi yang dibina melalu MS Words.

(54)

42

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN NAMA SEKOLAH

TINGKATAN TAHUN NO. MODUL/UNIT 2.3.1 dan 2.3.2

TAJUK TESELASI

BIL. PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATAN YA TIDAK

1. Mengenal pasti suatu teselasi. 2. Mereka bentuk teselasi

KEPUTUSAN TRAMPIL TIDAK TRAMPIL TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh DISAHKAN OLEH Tandatangan

(55)

ASAS DALAM

KEWANGAN

(56)

43

UNIT 2: Pengiraan asas dalam aspek kewangan.

STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Mengenal dan melaksanakan pengiraan yang melibatkan aspek kewangan tertentu dalam pelbagai konteks

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir unit ini murid boleh:

3.1.1 Menentu dan mengira pendapatan dan perbelajaan.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Menentu dan mengira pendapatan dan perbelajaan.Sepanjang kehidupan murid akan mengalami proses menerima wang saku dan membelanjakannya bagi keperluan harian.Murid akan ditekankan bagaimana proses pendapatan dan perbelanjaan dalam kehidupan harian mengikut kedudukan sumber pendapatan seseorang individu.

Media elektronik:  Internet

 Televisyen

Media cetak:  Surat khabar

 Majalah

KANDUNGAN/FAKTA Maksud perkataan:

 Mengenal

 Menamakan

 Membeza

 Membanding

 Mengira

(57)

44

Kad Imbasan

TUGASAN

1. Mengenal dan menulis pendapatan atau perbelanjaan.

2. Membandingkan pendapatan dan perbelanjaan

LANGKAH KERJA

1. Aktiviti 1 ( Mengenal dan menyenarai maklumat yang releven kepada topik perbincangan atau masalah yang diberikan.)

 Murid akan diberikan kad imbasan yang mengandungi urusan perbelanjaan atau pendapatan.

 Persoalan kepada murid supaya mengasingkan mengikut kumpulan-kumpulan yang mempunyai ciri-ciri yang serupa.

2. Aktiviti 2 (Membina label kepada setiap kategori kumpulan yang dikenalpasti)  Murid seterusnya dapat melabelkan setiap kumpulan yang telah dikenal pasti

menggunakan bahasa / istilah mereka berkenaan perbelanjaan dan pendapatan.

3. Aktiviti 3 (Membina label kepada setiap kategori kumpulan yang dikenalpasti)  Tuliskan istilah yang digunakan bagi setiap kumpulan yang dihasilkan.

 Guru akan memperkenalkan istilah Pendapatan dan Perbelanjaan setelah murid dapat mengumpulkan mengikut katagori di atas.

(58)

45

LATIHAN

Kad Imbasan

SULHI MENERIMA WANG SAKU SEBANYAK

RM 5

AYAH MEMBAYAR ANSURAN KERETA BULANAN SEBANYAK RM 500

NEGARA MALAYSIA MENINGKATKAN KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM DENGAN MENGIMPORT UNIT KERETAPI

BERNILAI RM 2 000 000

KAKITANGAN AWAM MENDAPAT BONUS SEBANYAK 3 BULAN GAJI

ALI MENERIMA HADIAH ATAS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN

SPM SEBANYAK RM 150

AYAH MERAIKAN KEJAYAAN ANAKNYA DENGAN MENGADAKAN JAMUAN

(59)

46

EN. RAMAN MENDAPAT PULANGAN PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN

SEBANYAK RM 259

PENIAGA KERETA TERPAKAI DAPAT KEUNTUNGAN HASIL JUALAN KERETA

SEBANYAK RM 45 000

LIYANA MEMBELI BUKU BACAAN RM 25

IBU MENERIMA GAJI BULANAN RM 7500

EN MOHAMMAD MEMBAYAR YURAN SEKOLAH ANAKNYA RM 350

PENGURUS RUMAH ANAK YATIM MENERIMA SUMBANGAN JABATAN

(60)

47

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN NAMA SEKOLAH

TINGKATAN TAHUN NO. MODUL/UNIT 3.1.1

TAJUK Pendapatan dan Perbelanjaan

BIL. PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATAN YA TIDAK

1. Mengenal dan menulis pendapatan

atau perbelanjaan.

KEPUTUSAN TRAMPIL TIDAK TRAMPIL TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh

(61)

48

UNIT 2: Pengiraan asas dalam aspek kewangan.

STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Mengenal dan melaksanakan pengiraanyang melibatkan aspek kewangan tertentu dalam pelbagai konteks

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir unit ini murid boleh:

3.1.2 Mengira harga suatu barang selepas diskaun, tanpa dan dengan menggunakan kalkulator.

3.1.3 Menentu dan mengira a) simpanan dan hutang b) untung dan rugi

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Murid akan mengalami proses menerima wang saku dan membelanjakannya bagi keperluan harian. Murid akan ditekankan bagaimana proses pendapatan dan perbelanjaan dalam kehidupan harian mengikut kedudukan sumber pendapatan seseorang individu. Murid juga akan cuba mengurangkan perbelanjaan dengan mendapatkan harga barang atau perkhidmatan yang ada diskaun atau potongan harga. Pengetahuan tentang perbelanjaan harian adalah penting bagi pengurusan kewangan yang cekap dan menjadi pengguna yang bijak.

Media elektronik:  Internet

 Televisyen

Media cetak:  Surat khabar

(62)

49

Maksud perkataan:  Mengenal

 Menamakan

 Membeza

 Membanding

 Mengira

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

Lembaran kerja 1 Lembaran kerja 2 Lembaran kerja 3 Lembaran kerja 4

TUGASAN

1. Mengira harga suatu barangan selepas diskaun tanpa menggunakan kalkulator. 2. Mengira harga suatu barangan selepas diskaun menggunakan kalkulator.

LANGKAH KERJA

Aktiviti 1

Perbelanjaan keperluan harian

1. Mengunakan kaedah Sumbang Saran.

2. Murid menyelesaikan masalah cara membuat perbelanjaan yang bijak secara perbincangan dalam kumpulan.

Soalan bimbingan:

(a) Apakah yang perlu dipertimbangkan untuk melakukan perbelanjaan atau belian? (b) Apakah faktor utama untuk membeli sesuatu barangan?

(c) Apakah ciri-ciri terbaik bagi membeli suatu barangan?

(d) Apakan ciri-ciri terbaik bagi memilih pasar raya yang menawarkan barangan tersebut?

(63)

50

Berikan alternatif pasar raya yang menawarkan promosi barangan

1. Murid mengenal pasti harga terbaik di antara pasar raya yang memberikan tawaran harga barangan tertentu. (Lembaran kerja 1, Lembaran kerja 2, Lembaran kerja 3.

2. Murid menunjukkan jalan kerja (kiraan tanpa kalkulator) yang dilakukan dalam helaian untuk pembentangan selanjutnya.

3. Murid menunjukkan jalan kerja (menggunakan kalkulator) yang dilakukan dalam helaian untuk pembentangan selanjutnya.

Soalan bimbingan:

(a) Apakah yang anda perhatikan daripada lembaran-lembaran yang diberikan? (b) Dari pemerhatian anda, bagaimana anda ingin melakukan pembelian bagi setiap

barangan tersebut?

(c) Tanpa menggunakan kalkulator, tentukan wang yang diperlukan untuk melakukan pembelian di atas?

(d) Tunjukkan bagaimana anda melakukan pengiraan itu agar menjadi kaedah terbaik untuk mengira harga sebenar barangan itu dijual.

(e) Bentangkan.

(f) Kirakan berapakah harga bagi setiap barangan dengan menggunakan kalkulator. (g) Tunjukkan bagaimana cara pengiraan tersebut

(h) Bentangkan.

Aktiviti 3

Pembentang menggunakan TMK

1. Pembentangan proposal perbelanjaan yang dihasilkan .

Aktiviti 4

Penyelesaian masalah

1. Perbincangan dalam kumpulan.

2. Menyelesaikan masalah dalam Lembaran Kerja 3.1.3(a). 3. Menyelesaikan soalan 1.

Soalan Bimbingan:

(a) Apakah yang berlaku dalam situasi 1, situasi 2 dan situasi 3?

(b) Apakah yang berlaku sekiranya anda perlu melakukan pembelian itu seperti dalam situasi 1? kurang, cukup atau lebihan? Jelaskan jawapan anda.

(c) Bagaimana pula pembelian dalam situasi 2? kurang, cukup atau lebihan? Jelaskan jawapan anda.

(d) Bagaimana pula pembelian dalam situasi 3? kurang, cukup atau lebihan? Jelaskan jawapan anda.

4. Murid membuat kesimpulan dan penjelasan ke arah maksud simpanan dan hutang. 5. Berikan murid Soalan 2 untuk diselesaikan.

(64)

51

LATIHAN

Lembaran Kerja 1

PASAR RAYA ALI

RM 45

RM 100

RM 25 RM 30

RM 150

(65)

52

PASAR RAYA RAVI

RM 20

RM150

45 RM 40

RM 25

RM 40

(66)

53

PASAR RAYA WONG

RM 90 RM50

RM 30

RM 50

(67)

54

SOALAN

1. Anda dibekalkan sejumlah wang yang perlu dibelanjakan untuk membeli kelengkapan pakaian sukan yang telah dipilih dengan harga yang terbaik.

Apakah yang berlaku jika anda dibekalkan wang sebanyak: (a) RM 300.00

(b) RM 233.00 (c) RM 200.00

Bincangkan dari aspek perbelanjaan yang bijak.

2. Anda dibekalkan sejumlah wang yang perlu dibelanjakan untuk membeli kelengkapan pakaian sukan tetapi hanya memilih saiah satu pasar raya sahaja.

Apakah yang berlaku jika anda dibekalkan wang sebanyak: (a) RM 400.00

(68)

55

Situasi sebagai peniaga pasar raya Wong, Ravi dan Ali.

Tokey pasar raya membeli bekalan daripada pembekal yang sama dengan kos sebanyak RM261.50.

Tugas murid:

- Sekiranya seorang pelanggan membeli satu unit baju, seluar, kasut, glove, dan bola setiap satu, tunjukkan pengiraan sama ada tokey pasar raya Wong, Ravi dan Ali mengalami kerugian atau mendapat keuntungan daripada hasil jualan kepada seorang pelanggan.

(69)

56

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN NAMA SEKOLAH

TINGKATAN TAHUN NO. MODUL/UNIT 3.1.2

TAJUK Kewangan

BIL. PERKARA YANG DINILAI TERAMPIL CATATAN YA TIDAK

1. Mengira harga suatu barangan selepas

diskaun tanpa menggunakan kalkulator.

2. Mengira harga suatu barangan selepas

diskaun menggunakan kalkulator

3. Menentu dan mengira simpanan

4. Menentu dan mengira hutang

5. Menentu dan mengira untung

6. Menentu dan mengira rugi

KEPUTUSAN TERAMPIL

TIDAK TERAMPIL TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh

(70)
(71)

& PENGURUSAN

(72)

57

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1 Merancang dan menguruskan kewangan dalam pelbagai konteks.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir unit ini murid boleh:

4.1.1 Menghasilkan perancangan kewangan jangka pendek dan jangka panjang dalam bentuk folio untuk suatu bidang perniagaan yang berkaitan dengan aliran.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Keusahawanan atau istilah asalnya, Entrepreneurship adalah suatu tindakan dan seni menjadi seorang usahawan. Seorang usahawan dikenali sebagai seorang individu yang membina, mengorganisasi dan mengoperasikan suatu perniagaan dengan mengambil risiko kewangan dan lain-lain risiko bagi mendapatkan keuntungan daripada perniagaan tersebut. Sifat seorang usahawan adalah apabila dia menjalankan inovasi atau memperkenalkan sesuatu yang baru dalam pelbagai keperluan masyarakat dan mengubahnya sebagai peluang perniagaan.

Bagi merancang suatu perniagaan, dokumen bertulis yang menerangkan fitrah suatu perniagaan, jualan, strategi pemasaran, latar belakang pengurusan kewangan dan yang sepertinya perlu disediakan. Dokumen ini dikenali sebagai Pelan Perniagaan. Pelan ini akan berperanan sebagai hala tuju suatu perniagaan supaya situasi dan liku masa depan dapat dijangkakan. Pelan perniagaan yang baik kebiasaannya mempunyai komponen berikut:

a) Penerangan tentang perniagaan.

b) Penerangan tentang jenis perniagaan, barangan atau perkhidmatan. c) Analisis Pasaran.

d) Analisis Pesaingan.

e) Penerangan tentang pelaksanaan pengurusan dan pengoperasian. f) Komponen Pengurusan Kewangan

g) Lain-lain komponen yang membantu perniagaan.

KANDUNGAN/FAKTA Maksud perkataan:

 Aliran tunai

 Pengurusan kewangan

(73)

58

 Pesaingan

 Pasaran

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN  Rubrik

TUGASAN

1. Beri tugasan kepada murid.

2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

3. Bentangkan rubrik kriteria pencapaian bagi penilaian tugasan. 4. Murid melakukan tugasan bagi menyelesaikan folio.

5. Bantu murid bagi menyelesaikan projek berkenaan.

6. Murid membuat penulisan laporan dan persediaan pembentangan. 7. Murid membentangkan folio.

8. Murid menghantar folio untuk penilaian guru.

LANGKAH KERJA

Minggu pertama:

1. Bahagikan murid kepada kumpulan tugasan; Secara ideal adalah seramai 4 - 5 orang. 2. Bincangkan bersama murid tentang jenis perniagaan yang hendak dilakukan sama ada

jenis perkhidmatan atau jenis barangan.

3. Bimbing murid dengan mengaitkan dengan aliran vokasional yang mereka lalui, atau mana-mana bidang perniagaan yang mereka minati. Contohnya, aliran vokasional Penyediaan Makanan:

Perkhidmatan yang boleh diusahakan: tempah-jual makanan, khidmat penyajian, dll. Barangan yang boleh diusahakan: Jualan terus makanan.

4. Bentangkan kepada murid rubrik kriteria pencapaian bagi membantu murid dalam menyediakan folio yang baik. (Rujuk lampiran rubrik)

5. Murid membuat perbincangan kumpulan. 6. Perbincangan berkisar tentang:

a) Jenis perniagaan: perkhidmatan atau barangan. b) Tugasan setiap ahli kumpulan.

c) Kaedah pelaksanaan:

i. Strategi promosi dan pemasaran

ii. Strategi jualan barangan / perkhidmatan iii. Pesaingan

(74)

59

ii. Pengurusan aliran tunai.

7. Perbincangan boleh dan digalakkan diteruskan walaupun di luar waktu pengajaran dan pembelajaran sebagai persediaan sebelum pertemuan pada minggu seterusnya.

Minggu kedua:

1. Murid meneruskan perbincangan kumpulan dan tugasan yang memerlukan perbincangan kelas dan bimbingan guru.

2. Antara bimbingan guru seperti:

 Memastikan murid terlibat dalam perbincangan kumpulan dan perbincangan kumpulan berlaku secara harmoni dan menarik.

 Membantu murid menggunakan kemahiran TMK dalam membuat pelaporan dan pembentangan.

 Membantu murid menyediakan pamplet atau poster berkaitan perniagaan.

Minggu ketiga:

1. Murid membuat pembentangan selama 10 minit, dengan sesi soal jawab selepas pembentangan.

2. Jadi moderator kepada pembentangan dengan memberi fokus kepada perkara: a. Pembentangan pelan pengurusan kewangan.

b. Kerjasama pasukan.

3. Buat kesimpulan tentang pengalaman masing-masing dalam menyediakan folio perniagaan.

(75)

60

RUBRIK KRITERIA PENCAPAIAN

Kriteria

Band Pengurusan Strategi Pelaksanaan Pengurusan Kewangan Pembentangan

1

- Strategi promosi, pemasaran dan jualan barangan / perkhidmatan tidak lengkap atau tidak meyakinkan.

- Tugasan setiap ahli kumpulan tidak teratur.

- Penjanaan modal tidak dapat diolah dan dijelaskan.

- Pengurusan aliran tunai yang ringkas dan tidak menyeluruh.

- Kerjasama antara ahli kumpulan adalah di tahap minimum.

- Persembahan pembentangan tidak meyakinkan.

- Pamplet dan Poster promosi tidak menarik perhatian.

2

- Strategi promosi, pemasaran dan jualan barangan / perkhidmatan memerlukan pindaan untuk diyakini.

- Tugasan setiap ahli kumpulan diatur secara terancang.

- Penjanaan modal diolah dan dijelaskan secara asas.

- Pengurusan aliran tunai mengambil kira pelan kewangan jangka pendek dan jangka panjang.

- Kerjasama antara ahli kumpulan sangat baik.

- Persembahan pembentangan memuaskan hati.

- Pamplet dan Poster promosi menarik perhatian, mudah dibaca dan meyakinkan.

3

- Strategi promosi, pemasaran dan jualan barangan / perkhidmatan meyakinkan. - Tugasan setiap ahli kumpulan diatur secara

terancang dengan masing-masing melaksanakan tugas yang ditetapkan.

- Penjanaan modal diolah dan dijelaskan dengan berkesan dan meyakinkan. - Pengurusan aliran tunai mengambil kira

pelan kewangan jangka pendek dan jangka panjang.

- Kerjasama antara ahli kumpulan sangat baik dan cemerlang.

- Persembahan pembentangan sangat meyakinkan.

(76)

61

PENILAIAN

NAMA MURID

NO. K.PENGENALAN NAMA SEKOLAH

TINGKATAN TAHUN NO. MODUL/UNIT 4.1.1

TAJUK FOLIO PERANCANGAN PERNIAGAAN

BIL. PERKARA YANG DINILAI

TERAMPIL

CATATAN YA TIDAK

1. Pengurusan strategi pelaksanan perniagaan.

2. Pengurusan strategi kewangan.

3. Melibatkan diri secara aktif dan berkesan dalam aktiviti dan tugasan kumpulan.

KEPUTUSAN TERAMPIL

TIDAK TERAMPIL TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & Tarikh DISAHKAN OLEH Tandatangan

Referensi

Dokumen terkait

penelitian adalah cara yang digunakan oleh peneliti untuk mendapatkan data dan.. informasi mengenai berbagai hal yang berkaitan dengan masalah yang

Kesimpulan: Tidak terdapat hubungan antara kadar hematokrit dengan lama rawat inap pasien diare akut pada anak dan terdapat hubungan antara kadar hemoglobin dan lama

[r]

--- Pada pukul sepuluh nol nol mendaftar melalui Layanan Pengadaan Secara elektronik (LPSE) dibuka, dan pada pukul sebelas nol nol Waktu Indonesia Barat

Pada hari ini Senin tanggal dua puluh bulan juni tahun dua ribu enam belas, kami yang bertanda tangan di bawah ini Pokja ULP Dinas Pekerjaan Umum dan Pertambangan Energi

Pokja ULP Provinsi Jawa Barat akan melaksanakan Pelelangan Sederhana dengan pascakualifikasi untuk paket pekerjaan pengadaan Jasa Lainnya secara elektronik sebagai berikut:..

Kelompok Kerja ULP Dinas Pekerjaan Umum dan Pertambangan Energi Kabupaten Padang Lawas mengundang Penyedia jasa Konstruksi sesuai dengan Kualifikasi dan Klasifikasi

Pengesahan Proposal Seminar Usulan Penelitian. ………