• Tidak ada hasil yang ditemukan

Èd,ysø9$#ϵÏΡøŒÎ*Î/

Jadual 3.4 :Jumlah Penduduk Kota Medan Menurut Kelompok Umur Tahun 2007

2. Kawasan Industri Besar

Bisnes kawasan industri hingga saat ini dapat dikatakan belum ada kenaikan yang cukup memadai. Hal ini mengingat bahawa bisnes kawasan industri sangat bergantung terhadap stabiliti politik, keamanan dan ekonomi. Penurunan kepercayaan dunia usaha secara keseluruhan, akibat krisis moneter yang berkelanjutan menahan perusahaan-perusahaaan asing untuk melakukan pelaburan industri baru di Indonesia, Akibat kondisi ekonomi politik yang terjadi akhir-akhir ini, memaksa sejumlah pelabur asing menunda perluasan bisnesnya ke Indonesia. Bisnes kawasan industri swasta tempatan memiliki mitra dengan swasta asing yang juga berfungsi sebagai jaringan pemasaran di negara asal mitranya. Jika keadaan politik dan ekonomi kembali membaik maka bisnes kawasan industri besar cukup mempunyai peluang yang menjanjikan.243

Bisnes kawasan industri besar ini adalah sebuah peluang usaha yang mesti dikembangkan, mengingat kota Medan merupakan salah satu pintu masuk perdagangan, baik perdagangan tempatan mahupun perdagangan antarabangsa. Terutama perdagangan melalui jalur laut seperti pelabuhan belawan yang banyak melakukan kegiatan bongkar muat barang-barang perdagangan. Kegiatan ini memerlukan lagi kawasan indutri yang lebih besar dan luas bagi menampung arus masuk dan keluar barang tersebut. Oleh demikian, bidang usaha ini akan sangat menjanjikan dan dapat manjadi penyokong pembangunan ekonomi di kota Medan.

3.4. Sumber Kewangan Kota Medan

Salah satu tujuan penubuhan kota Medan adalah untuk lebih memudahkan perkhidmatan kepada masyarakat. Dalam hal ini kota Medan lebih memberikan perhatian kepada program-program pembangunan ekonomi yang pada akhirnya akan mewujudkan pembangunan yang menyeluruh demi terciptanya keadilan dan kemakmuran. Sokongan sumber kewangan untuk melaksanakan pembangunan ekonomi sangat diperlukan, sehingga pelbagai upaya untuk meningkatkan pendapatan daerah menjadi sasaran utama yang mesti dilaksanakan oleh pemerintah. Adapun usaha-usaha yang dijalankan oleh pemerintah bagi meningkatkan pendapatan daerah tersebut ialah seperti berikut :244

1. Usaha yang berterusan dalam mengelola sumber-sumber kewangan dengan tujuan untuk mamperbesar pendapatan dan belanja daerah, untuk menyokong pembangunan ekonomi dan pembangunan daerah.

2. Setiap lembaga atau ahli jawatan kuasa yang mengelola sumber-sumber pendapatan mesti bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang maksimum serta bertanggungjawab melakukan pungutan terhadap hutang-hutang daerah.

3. Upaya meningkatkan pendapatan asli daerah dapat dilakukan dengan cara mengenal pasti objek dan subjek pajak daerah, memberikan denda atau hukuman, penyempurnaan prosedur pungutan serta memperbaharui peraturan-peraturan daerah yang berhubungan dengan perihal pungutan pajak atau cukai daerah yang tidak sesuai lagi dengan keadaan semasa.

4. Sempena menigkatkan pembangunan ekonomi daerah dan meningkatkan jumlah rizab atau simpanan daerah, upaya-upaya kerjasama dengan pihak-pihak lain yang berkenaan mesti ditingkatkan.

Dasar yang ditempuh pemerintah kota Medan dalam bidang kewangan daerah untuk memperbaiki keadaan bea cukai daerah dan ekonomi daerah yang lebih baik dilakukan paling tidak menyangkut dua bidang utama, iaitu bidang anggaran dan bidang bea cukai daerah. Dibidang anggaran pemerintah kota Medan terus berusaha untuk dapat meningkatkan pelaburan kerajaan dengan meningkatkan anggaran pengeluaran pembangunan sehingga lebih profesional dengan sisi penerimaannya. Peningkatan jumlah anggaran dapat meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat melalui perbaikan dan pembangunan infrastruktur dan suprastruktur usaha. Hal ini dimaksudkan agar berkurangnya kos-kos yang tidak berkaitan dengan kegiatan pengeluaran yang harus dikeluarkan pelabur jika memilih lokasi usahanya di kota medan.

Dibidang cukai daerah, guna meningkatkan kemampuan kewangan pemerintah kota Medan dalam membiayai keperluan perbelanjaan sektor perkhidmatan masyarakat, pemerintah kota Medan lebih memilih memperhebat cukai dan retribusi yang sudah ada daripada memperbanyakkan jenis cukai dan retribusi baru, sehingga tidak membebani para pebisnis. Hal ini diharapkan memberi peluang yang besar bagi pebisnis untuk mendapatkan keuntungan usahanya di kota Medan sehingga mampu menampung lebih banyak tenaga kerja yang ada.

Adapun jenis-jenis sumber kewangan kota Medan seperti berikut:245 1. Pajak Daerah.

2. Retribusi Daerah

3. Keuntungan Perusahaan Milik Daerah (BUMD) 4. Lain-Lain Asli Pendapatan Daerah.

5. Bagi Hasil Pajak

6. Bagi Hasil Bukan Pajak 7. Dana Alokasi Umum 8. Dana Alokasi Khusus

9. Lain-Lain Pendapatan Yang Sah.

Sumber kewangan yang termasuk dalam kategori pajak daerah ialah, pajak hotel, pajak rumah, pajak hiburan, pajak iklan, pajak lampu jalan, dan pajak sembelihan haiwan. Adapun retribusi daerah terdiri daripada pelbagai retribusi (cukai) seperti retribusi perkhidmatan kesihatan, retribusi perkhidmatan kebersihan, retribusi parking di jalan raya, retribusi pasar, retribusi pengujian kereta dan motor, retribusi pasar grosir, retribusi stesen bas, retribusi tempat kapal berlabuh, retribusi izin penggunaan tanah, retribusi izin mendirikan bangunan, retribusi izin gangguan, dan retribusi kapal penyeberangan.

Keuntungan perusahaan milik daerah ialah keuntungan yang diperolehi daripada perusahaan daerah pembangunan, pembahagian deviden, dan pembahagian kewangan untuk pembangunan daerah. Pendapatan asli daerah (PAD) yang lain dan

dipersetujui sebagai sumber kewangan yang sah adalah jasa biro, sumbangan pihak ketiga, dan penerimaan pelbagai jawatankuasa.

Sedangkan sumber kewangan lain adalah bagi hasil bukan cukai yang berasal daripada penerimaan pajak bumi dan bangunan (selain perlombongan), kos kejayaan hak ke atas bangunan, pembahagian hasil cukai pendapatan, cukai bumi dan bangunan, minyak dan gas (migas). pendapatan bukan cukai pula, adalah penerimaan daripada wilayah sumber hutan, yuran eksplorasi dan eksploitasi (royalty), minyak bumi, dan pemberian hak atas tanah negara. Dana peruntukan khusus merupakan sumber kewangan pemerintah daerah yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat, disamping daerah sendiri mempunyai dana perunukan sendiri yang diperoleh dari pendapat cukai yang ada.

Sedangkan terakhir ialah pendapatan daerah yang berasal daripada pelbagai sumber lain yang dibenarkan, seperti cukai kenderaan bermotor, cukai penggunaan air bawah tanah, cukai bahan bakar kenderaan bermotor, dana semakan, dan lain-lain. Demikian beberapa sumber kewangan kota Medan yang menjadi penentu dalam pembangunan ekonomi masyarakat Medan, Indonesia.

BAB IV