• Tidak ada hasil yang ditemukan

Masalah-Masalah Dalam Menjayakan Pembangunan Ekonomi

Èd,ysø9$#ϵÏΡøŒÎ*Î/

2.6. Masalah-Masalah Dalam Menjayakan Pembangunan Ekonomi

Semua negara yang ada di dunia baik negara maju mahupun negara berkembang tentu melaksanakan pembangunan ekonomi dengan tujuan untuk menaikkan pendapatan per kapita atau paling tidak mempertahankan tingkat pendapatan yang telah dicapai.176 Namun demikian, dalam melaksanakan pembangunan ekonomi, tentu sahaja tidak terlepas dari masalah yang dihadapi. Adapun masalah-masalah yang dihadapi dalam menjayakan pembangunan ekonomi ialah :177

2.6.1. Masalah Kekurangan Modal

Modal merupakan aset yang digunakan untuk membantu pengeluaran aset yang berikutnya. Ia termasuklah semua benda yang bukan sahaja memberikan kepuasan peribadi bahkan membantu dalam penghasilan kekayaan yang lebih banyak.178 Faktor utama yang mampu membantu daya pengumpulam modal ialah dengan meningkatkan pendapatan. Sekiranya pendapatan meningkat, terdapat kemungkinan wujudnya simpanan dan seterusnya meningkatkan daya pengumpulan modal.179

Kekurangan modal merupakan penghalang utama bagi perkembangan ekonomi yang cepat. Ini kerana kekurangan modal akan berakibat rendahnya tingkat pengeluaran, penggunaan tenaga kerja menjadi tidak efektif, terjadinya pengangguran, dan penggunaan potensi sumber daya alam tidak maksimum.180 Tambahan pula, kekurangan modal juga akan mengakibatkan permintaan bantuan ekonomi dari negara

176 Irawan et.al. (1981), Ekonomi Pembangunan. Yogyakarta: Penerbit Fakultas Ekonomi Universitas Gajah Madha, H. 181

177 Ibid

178 Afzal-Ur-Rahman (1994), op.cit., h. 218

179 Ibid., h. 221

180 Jomo K.S. et.al. (2004), Teori Pembangunan Ekonomi. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd, h. 19

asing antarabangsa, dan juga akan mengakibatkan kadar bunga menjadi tinggi dalam pemberian kredit.

Dalam proses pembangunan ekonomi, modal merupakan sesuatu yang amat penting bagi menambah dan mempengaruhi kelancaran produktiviti.181 Peningkatan produktiviti yang terjadi secara terus menerus dalam masa yang lama bergantung pada besarnya modal yang dimiliki. Oleh itu, keutamaan mesti terus diberikan terhadap masalah kekurangan modal kerana ianya mempunyai peranan yang cukup penting dalalm proses pembangunan ekonomi.

2.6.2. Masalah Sumber Alam

Keupayaan ekonomi yang rendah berpunca dari masalah sumber alam (mutu tanah yang rendah, kekurangan bahan logam, iklim, masalah pengangkutan, dan lain-lain) dan mutu tenaga kerja (dari segi kebudayaan, pendidikan, kesihatan dan pemakanan).182 Hasil kerja sesuatu ekonomi akan banyak bergantung kepada sumber alam yang dimiliki, seperti tanah, hutan, perairan, logam, minyak dan lain-lainya.183 Kekurangan sumber alam adalah salah satu punca terhadnya pembangunan ekonomi di sebuah negara.

Ketidakmampuan untuk memenuhi kekurangan sumber alam ini, akan mempengaruhi corak pertumbuhan ekonomi sebuah negara. Ini kerana tujuan utama untuk memenuhi sumber alam ini adalah bagi memastikan segala perkhidmatan dan

181 Mohd. Zaki Zakaria (1997), Mikroekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 145

182 Jomo K.S. et.al. (1986), Teori Pembangunan Ekonomi: Satu Ulasan Kritis Terhadap Pendekatan

Yang Sedia Ada. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pusataka Kementerian Pelajaran Malaysia, h. 25

183 Richard T. Gill (1983), Ekonomi Pembangunan Dulu dan Sekarang. (Terj.) Prijono Tjiptoherijanto, Jakarta: Ghalia Indonesia, h. 23

keperluan asas masyarakat dalam sebuah negara dapat terpenuhi dengan baik.184 Oleh itu, masalah kekurangan sumber alam mesti diambil perhatian yang cukup serius bagi memastikan pembangunan ekonomi berjalan dengan lancar.

2.6.3. Masalah Daya Pengeluaran Rendah

Perbandingan antara negara mundur dan maju menunjukkan perbezaan ketara dari segi tingkat pengeluaran. Tidak dinafikan bahawa daya pengeluaran rendah merupakan faktor yang menghalang pembangunan ekonomi.185 Ini kerana ia melambatkan proses pengumpulan modal. Daya pengeluaran rendah menyebabkan sebahagian besar daripada kemampuan pengeluaran digunakan untuk memenuhi kehendak pengguna sedangkan hanya sebahagian kecil yang tertinggal untuk pelaburan, oleh itu, sukar untuk memulakan pengumpulan modal dalam ekonomi. bagaimanapun pengumpulan modal sebenarnya bergantung kepada agihan harta dan pendapatan serta corak penggunaan.186

Apabila penduduk bertambah, ekonomi mungkin akan mengalami ketaksamaan yang bertambah buruk, oleh itu, jika daya pengeluaran lebih rendah daripada kadar pertumbuhan penduduk, maka ketakseimbangan ini boleh membawa kepada kebekuan ekonomi. Sebuah masyarakat yang tidak mampu memenuhi keperluan asas dan tidak mempunyai cukup makanan, tempat tinggal, dan kesihatan yang baik, dikenali sebagai masyarakat yang mempunyai daya pengeluaran rendah.187 Keadaan ini sangat mempengaruhi pembangunan ekonomi sebuah negara.

184 Sarimah Hanim Aman Shah (2005, Prinsip Ekonomi. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, h. 8

185 Ibid., h. 32

186 Jomo K.S (2004), op.cit., h. 22

187 K. Cole et.al. (2001) Aliran Pemikiran Ekonomi: Kenapa Ahli Ekonomi Tidak Sependapat?. (Terj.) Jomo K.S et.al., Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 190

2.6.4. Masalah Peranan Pemerintah

Peranan pemerintah dalam memajukan perekonomian serta hubungan sektor pemerintah dan swasta adalah bergantung pada lingkungan sosial, tingkat perkembangan ekonomi, politik, dan sebagainya. Pemerintah menjalankan tugas dalam banyak cara yang berkait rapat dengan perkembangan ekonomi, iaitu membiayai perkhidmatan awam, membentuk institusi ekonomi, membentuk penggunaan sumber, membentuk pembahagian pendapatan, mengawal kuantiti wang, mengawal turun naik ekonomi, memastikan gunatenaga penuh, dan membentuk paras pelaburan.188 Jika peranan ini tidak mampu dijalankan dengan baik, maka akan menjadi masalah yang cukup serius dalam proses pembangunan ekonomi.

Pemerintah boleh mempunyai pengaruh yang berkesan ke atas perbangunan ekonomi, sekiranya mereka membuat perkara yang betul, pembangunan akan dapat dimajukan. Dalam ekonomi pembangunan menekankan mesti adanya peranan pemerintah dalam proses pembangunan bagi melahirkan sikap optimis terhadap pertumbuhan ekonomi.189 Sekiranya pemerintah mempunyai pengaruh yang sedikit atau perkara yang salah, maka pembangunan ekonomi akan terhalang. Pemerintah mestilah sentiasa menggalakkan pembangunan sekeras mungkin dengan cara mengambil peranan yang menentukan dalam ekonomi.

188 W. Arthur Lewis (1982), Teori Pertumbuhan Ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, h. 588

189 M. Umer Chapra (2000), Islam dan Pembangunan Ekonomi. (Terj.) Ikhwan Abidin Basri, Jakarta: Penerbit Gema Insani Press, h. 46

2.6.5. Masalah Teknologi

Teknologi merupakan teknik yang mengandungi alat-alat pengeluaran barangan dan perkhidmatan sama ada dalam bentuk penulisan maklumat, pengetahuan mesin, pemprosesan, kemahiran individu serta kebolehsesuaian proses pengeluaran kepada operasi asas dan keadaan pasaran.190 Peningkatan dalam kemajuan teknologi akan dapat mempertingkatkan pembangunan ekonomi sesebuah negara.191 Akan tetapi jika ianya tidak dimanfaatkan dengan baik dan betul, maka akan menjadi ancaman terhadap perkembangan pembangunan ekonomi.

Kemajuan teknologi masa kini dari satu sudut telah banyak memberi manfaat kepada proses pembangunan sesebuah negara, tetapi pada sudut yang lain, jika tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya maka kemajuan teknologi akan menjadi ancaman yang cukup serius bagi sebuah negara. Negara yang tidak mempunyai literasi teknologi akan terus ketinggalan dan terbelakang.

Masalah teknologi merupakan salah satu penentu dalam proses pembangunan ekonomi sesebuah negara, jika sebuah negara dapat memanfaatkan kemajuan teknologi dengan baik dan benar, maka pembangunan negara tersebut akan berjalan dengan lancar dan cepat, akan tetapi jika sebuah negara tidak mampu menguasai teknologi yang semakin meningkat, maka proses pembangunan ekonomi negara tersebut akan berjalan lambat.

190 Nor Aini Haji Idris et.al. (2004), Teori Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 125