dengan pihak penaja sentiasa diperkemas dan dijaga. Sebanyak 106 penaja aktif memberi penajaan kepada 9,545 pelajar sepanjang tahun 2017. Universiti juga berusaha menambah penaja baharu dan hasilnya sebanyak enam penaja baharu telah menandatangani perjanjian seperti dalam jadual yang berikut.
Jadual 32 Penaja yang Memberi Tajaan Kepada Pelajar, 2017
Nama Penaja Baharu Bilangan Penerima
Penang Future Foundation 3 pelajar
Aeon Credit Service (M) Bhd. (Biasiswa) 6 pelajar
Lembaga Biasiswa Negeri Kedah 1 pelajar
Koperasi NLFCS Berhad 1 pelajar
Biasiswa Soh Kim Mee 1 pelajar
UMW Corporation Sdn. Bhd. 5 pelajar
Kebajikan pelajar menjadi
aspek keutamaan yang
dititikberatkan oleh pihak
universiti. Hubungan
dengan pihak penaja
sentiasa diperkemas
dan dijaga. Sebanyak
106 penaja aktif yang
memberi penajaan
kepada 9,545 pelajar
sepanjang tahun 2017.
UPM juga turut menerima sumbangan daripada orang perseorangan yang berhasrat membantu pelajar UPM. Tabung yang dinamakan Tabung Derma Siswa dikhususkan bagi tujuan tersebut. Sumbangan yang diterima telah dapat membantu dua orang pelajar yang telah dikenal pasti untuk menerimanya.
Seramai 150 pelajar siswazah dan pascasiswazah telah dibantu melalui Tabung Kebajikan. Bantuan Tabung Kebajikan lazimnya membantu pelajar yang mempunyai masalah kewangan dalam urusan yuran pengajian dan keperluan untuk persediaan harian mereka. Sebanyak RM54,300.00 telah disalurkan terus ke akaun pelajar bagi meringankan beban yang digalas.
MENGURUSKAN PERKHIDMATAN BAS KAMPUS
Perkhidmatan bas kampus yang terancang dan teratur menjamin kepada keselesaan pelajar menghadiri kuliah dan aktiviti sokongan akademik di luar bilik kuliah. Universiti telah menampung kos perkidmatan bas kampus sebanyak RM6 juta setahun dan RM309,693.00 pula untuk perkhidmatan bas bagi aktiviti akademik dan kokurikulum pelajar. Pelajar hanya perlu membayar yuran sebanyak RM180.00
setahun sahaja. Ini membuktikan kebajikan pelajar terjamin dengan kos yuran yang minimum. Sebanyak 2,989 pergerakan bas telah direkodkan untuk menyokong aktiviti akademik dan kokurikulum.
MEMPERKUKUH AKTIVITI ALUMNI
UPM sentiasa berusaha untuk terus melestarikan hubungan yang baik dengan alumni, bakal alumni (pelajar UPM) dan rakan universiti melalui program yang boleh menghubungkan dan menjalinkan kelompok ini daripada semua kelas (cohort). Perasaan kecintaan alumni terhadap alma mater menjadi fokus utama kerana alumni adalah pemegang taruh yang menyokong, memberi maklum balas dan mempengaruhi masyarakat terhadap imej dan daya pembangunan universiti dalam usaha melonjakkan UPM sebagai sebuah universiti bereputasi antabangsa.
Alumni UPM turut terbabit dan menyumbang kepada penjagaan kebajikan pelajar. Maka beberapa inisiatif untuk mewujudkan sifat dedikasi dan semangat kekitaan dalam kalangan alumni bagi menyumbang idea, masa, tenaga, bakat dan kewangan mereka kepada universiti secara aktif telah dilaksanakan. Senarai program adalah seperti dalam jadual yang berikut.
Jadual 33 Program yang melibatkan Alumni UPM
Nama Program Tarikh/Masa Penglibatan Alumni
Secara Langsung
Trace Zon Tengah Selangor dan Perak 13 – 17 Februari 2017 111
Trace Korporat I@FELDA dan FELCRA 29 Mac 2017 59
Distinguished UPM Alumni Lecture Series: Living The Serdang Story Gabenor Sumatera Barat
31 Mac 2017 53
Townhall Session: Alumni Industri 13 April 2017 35
Bridges-Link Zon Utara 16 – 20 April 2017 71
Serdang Heritage (Sambutan Hari Alumni UPM 21 Mei) 4 Mei 2017 23
Showcase Jalinan Alumni @Taiping (Sambutan Hari Alumni UPM 21 Mei)
12 – 14 Mei 2017 10
Tautan Mahabbah (Sambutan Hari Alumni UPM 21 Mei) 18 Mei 2017 35
Trace Korporat II@ LGM Dan MTC 20 Julai 2017 12
Trace Korporat II @ Zon Borneo (Sandakan dan Kota Kinabalu) 13 – 18 Ogos 2017 53
UPM Ambassador, UPMKB dan Trace@ Bintulu 18 – 19 September 2017 14
Alumni Mentorship, UPM Serdang 11 Oktober 2017 20
Sesi Townhall Siri III : Alumni Industri 27 Oktober 2017 43
Edaran Pakej Konvokesyen (Minggu Konvokesyen UPM) 4 – 12 November 2017 6,498
Mega Reunion Alumni PALAPES UPM 9 Disember 2017 650
Bridges-Link@ Pulau Pinang 18 – 21 Disember 12
UPM akan terus memperkuat promosi terkini perkembangan universiti selain membina dan meningkatkan hubungan dengan alumni dan rakan-rakan universiti. Keterlihatan UPM kepada warga alumni akan mengeratkan hubungan yang telah tersemai semenjak mereka berada di dalam kampus.
PEMBANGUNAN KENDIRI PELAJAR MELALUI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling turut disediakan kepada staf, pelajar dan komuniti untuk memastikan kebajikan psikologi warga sentiasa pada tahap terbaik. Sepanjang tahun 2017, sebanyak 1,072 sesi kaunseling individu dan kaunseling kelompok serta bimbingan telah dilaksanakan dengan kekuatan 13 Pegawai Psikologi.
Selain itu, sebanyak 107 program berbentuk pencegahan, perancangan kerjaya, perkembangan, pemulihan dan program lain telah dianjurkan. Di samping itu, sebanyak 16,250 peserta yang terdiri daripada 3,744 staf, 6,756 pelajar dan 5,750 komuniti terlibat.
Antara program pencegahan yang dilaksanakan pada peringkat universiti ialah Program Motivasi Bulanan dan Program Bulan Kesejahteraan Diri: Perangi Dadah Habis-habisan. Selain itu, program berbentuk promosi dan hebahan juga diadakan, antaranya Program Jelajah Kaunselor ke Kampus.
KETERLIHATAN BHEPTV WAHANA KEBAJIKAN PELAJAR
Universiti sentiasa berusaha berada dekat dengan pelajar bagi memudahkan penyampaian maklumat perkhidmatan, kebajikan dan penyaluran aduan. Kemudahan media sosial digunakan sebagai medium penyampaian maklumat kepada warga kampus dan komuniti luar kampus. Pencapaian medium perhubungan melalui BHEPTV telah menunjukkan bahawa pelajar UPM menjadikan ruang media sosial bagi mendapatkan maklumat terkini.
Universiti sentiasa menambah liputan terkini dan memperkenalkan segmen baharu seperti yang diperkenalkan pada tahun 2017 iaitu segmen Minda Putra. Segmen yang membuka ruang kepada pelajar untuk mencambahkan idea secara bersemuka dan penuh keyakinan akan memperlihatkan kepada dunia bahawa pelajar UPM mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. Medium BHEPTV juga digunakan sebagai wahana pemasaran modal insan pelajar UPM.
Sebanyak 10 siri telah diterbitkan dengan tajuk seperti dalam jadual dan telah mendapat jumlah tontonan sebayak 30 ribu tontonan pada musim pertama.
Jadual 34 Segmen Minda Putra
Tarikh Tajuk
5 Oktober 2017 Mahasiswa, Kepimpinan dan Hasrat
12 Oktober 2017 Bersama Membina Usahawan Siswa UPM
19 Oktober 2017 Kaunseling dan Graduan
26 Oktober 2017 BHEP: Aspirasi Pembinaan Sahsiah & Kebajikan Mahasiswa
2 November 2017 Insan Pembentuk Siswa Cemerlang
9 November 2017 Dari Anda Untuk Asnaf
16 November 2017 Apa Khabar Kesukarelawan
23 November 2017 Idealisme dan Partisipasi Kepimpinan Mahasiswa 30 November 2017 Idealisme dan Partisipasi Kepimpinan Wanita
12 Disember 2017 Bingkisan dari Yogjakarta
PEMUPUKAN KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR
Membangunkan potensi pelajar diacukan melalui pelbagai kaedah dan strategi. Pelajar sentiasa mempunyai ruang dan pentas bagi mengasah bakat mereka. Usaha bersepadu digemblengkan melalui aktiviti Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Sahsiah Pelajar begitu juga usaha Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan. Selain dua entiti ini, pemupukan kemahiran insaniah pelajar turut dicemerlangkan dengan usaha kolej kediaman sebagai wadah pembinaan kemahiran kehidupan melalui pelbagai aktiviti. Sebanyak 462 aktiviti kokurikulum tidak berkredit telah dianjurkan yang melibatkan 12 kluster aktiviti.
Liputan Aktiviti Kampus
188
Wawancara15
Video Muzik2
Minda Putra10
siri Sisipan25
Rating Tertinggi23K
ViewSokongan Akademik
87
Kebajikan & Masyarakat61
Kebudayaan & Kesenian38
Kreatif17
Keusahawanan18
Kepimpinan109
Aktiviti Fizikal & Mental