• Tidak ada hasil yang ditemukan

Projek Laman Herba dan Pertanian

Dalam dokumen Laporan tahunan (Halaman 178-182)

Bandaran Sekolah

Kebangsaan Seri

Sekinchan telah mula

dilaksanakan pada

Ogos 2017 bagi

tujuan pembangunan

laman herba sekolah

UCTC terus mengorak langkah menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menggalakkan pelbagai golongan untuk menceburi bidang pertanian menggunakan pelbagai konsep yang baharu. Antaranya, mewujudkan Laman Pertanian Bandaran dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pasir Gudang dan Laman Herba dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang, Kota Tinggi.

PeLUAng KoMUniti MeningKAtKAn PendAPAtAn MeLALUi ProgrAM PertAniAn

a) Fiesta Usahawantani dan Klinik Pakar Pertanian UPM

Kerjasama pintar antara UCTC, UPM dengan Kerajaan Negeri Perak, Majlis Profesor Negara (MPN), Chapter Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Jabatan Pertanian Negeri Perak bagi mengadakan program Fiesta Usahawantani dan Klinik Pakar Pertanian UPM. Kolaborasi ini bertujuan membantu penduduk di daerah ini khasnya ke arah peningkatan pendapatan melalui penglibatan bakat baharu terutamanya generasi muda serta pembangunan pertanian setempat. Program berkonsepkan pembangunan dan pemindahan ilmu daripada universiti ini merupakan platform yang tepat untuk menghubungkan pakar UPM mendekati komuniti setempat dan seterusnya membimbing mereka untuk penambahbaikan bidang yang diceburi.

b) Pembangunan Mukim Batu Talam sebagai Hab Pengeluaran Herba, Ayam Kampung & Buah-buahan Tempatan

Program transformasi komuniti di Mukim Batu Talam Raub Pahang melalui program pemindahan ilmu UCTC yang diimplimentasikan selama dua tahun telah menggerakkan transformasi bukan sahaja dalam keberkesanan pengurusan ternakan ayam kampung, tanaman buah-buahan, herba dan pembangunan usahawan, bahkan juga pendapatan dan taraf hidup peserta, keluarga serta masyarakat setempat. Bagi mencapai status hab pengeluaran, UCTC UPM telah merangka strategi untuk menjadikan setiap kampung yang terdapat di Mukim Batu Talam, sebagai hab pengeluaran mengikut potensi bidang usaha sedia ada di mukim tersebut. Pada amnya Mukim Batu Talam, yang terdiri daripada lima kampung, mempunyai kawasan yang mencukupi dan sesuai untuk mengembangkan bidang tersebut dalam kalangan komunitinya.

Menerusi libat sama daripada agensi setempat seperti Jabatan Pertanian Raub, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Raub serta pusat tanggungjawab UPM seperti Fakulti Pertanian dan Taman Pertanian Universiti telah melaksanakan latihan ke lapangan dalam aspek teknikal yang dirangka dengan baik bagi meningkatkan tahap keyakinan peserta dalam melaksanakan operasi ladang dan keusahawanan secara berdikari, seperti pengurusan makanan dan kesihatan ternakan, pengurusan tanaman, pengurusan rekod, tindakan segera ke atas ternakan dan tanaman yang memerlukan tumpuan dan strategi pemasaran bagi produk keluaran. Kemajuan yang boleh dilihat adalah menerusi amalan pengurusan ladang, pembiakan ternakan dan tanaman, kadar kematian ternakan dan tanaman yang rendah dan peningkatan jualan hasilan produk.

c) Penambahan Pendapatan melalui Pembuatan Jeruk Kampung Batu Malim, Raub, Pahang

Program pemindahan ilmu kepada suri rumah dan belia dengan pemberian latihan dalam produk hiliran seperti penghasilan jeruk, pes perapan ayam menggunakan belimbing buluh dan jus

kalamansi telah dibentuk bagi tujuan peningkatan pendapatan dalam kalangan penduduk Kampung Batu Malim, Raub, Pahang. Program ini telah berjaya meningkatkan pendapatan tambahan antara RM 500 – RM 1200 dari jualan bahan ini sama ada menerusi jualan langsung mahupun perkhidmatan penyediaan makanan kecil-kecilan.

Program pemindahan ilmu ini masih pada peringkat awal dan ia perlu diteruskan memandangkan bidang tersebut pada amnya memerlukan tempoh masa yang panjang untuk mencapai tahap yang stabil. Mukim Batu Talam, Raub boleh dijadikan contoh projek pembangunan pertanian lestari yang dirangka dengan baik. Program yang melibatkan komuniti ini dijangka dapat menjadikan pengusaha bidang tersebut di kawasan mukim ini lebih berilmu dan mengubah sikap mereka menjadi proaktif dan bijaksana dalam membuat keputusan, serta meningkatkan pendapatan isi rumah. Kejayaan program ini menunjukkan bahawa pendekatan yang sama boleh diaplikasikan di lokasi lain bagi meningkatkan taraf hidup peserta dan keluarga serta masyarakat sekitar.

ProgrAM PeMAJUAn ProFesionAL AntArAbAngsA

Program transformasi universiti dengan agensi antarabangsa dipertingkat pada tahun 2017 melalui program pemajuan profesional dengan Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Thailand.

Pada 2017, UCTC telah berjaya menawarkan perkhidmatan latihan kepakaran dan perkongsian pengalaman dalam bidang pentadbiran bersama pegawai kerajaan berprofil tinggi dari Bangladesh. Program ini merupakan kejayaan UCTC melalui kolaborasi bersama Ministry of Public Administration (MoPA), Bangladesh. Melalui program ini juga jalinan industri pelbagai bidang berjaya diwujudkan bersama dengan kementerian di Bangladesh.

Selain Bangladesh, kerjasama turut diperkembang melalui jalinan hubungan dengan kementerian di Sri Lanka bagi mengikuti kursus ‘Leadership and Team Building’. UCTC UPM juga telah mengorak langkah dengan menawarkan kursus atau latihan kepada peserta dari negara baharu seperti Sudan di samping mengekalkan jalinan bersama Myanmar. Sebanyak tiga program telah dijalankan bersama Sudan dengan jumlah peserta sebanyak 67 delegasi termasuk pelajar dan pensyarah universiti. Manakala, jalinan hubungan dengan Universiti Antarabangsa dari University Yadanabon, Myanmar telah melihat kehadiran lebih kurang 20 orang termasuk pelajar dan pensyarah bagi mengikuti program short-term attachment dalam bidang penulisan article and journal writing. Aktiviti jaringan antarabangsa ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keberadaan UPM di arena antarabangsa melalui penyebaran maklumat berdasarkan kepakaran yang ada.

Bagi menyumbang kepada agenda sekuriti makanan negara, UPM telah menubuhkan Pusat Kecemerlangan Industri UPM-FARMFRESH (UPM-FARMFRESH ICoE) dalam bidang tenusu. Bidang tenusu dipilih berikutan UPM mempunyai Unit Tenusu yang telah beroperasi sejak 2004 dengan keluasan 85.87 hektar ladang ternakan yang terdiri daripada kawasan ragutan untuk lembu pedaging, lembu tenusu, kambing dan rusa dan sesuai untuk dinaik taraf selaras dengan hasrat menyokong industri tenusu negara. UPM-FARMFRESH ICoE, satu model industri dalam universiti yang merupakan inisiatif serampang dua mata iaitu berperanan sebagai model pengajaran dan pembelajaran sebenar (experiential learning) serta membuka laluan pembangunan kerjaya kepada pelajar UPM khususnya dan juga pensyarah/penyelidik UPM. UPM-FARMFRESH ICoE dirancang untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan showcase berkaitan tenusu merangkumi seluruh rantaian proses penghasilan produk daripada pengurusan ladang kepada pemasaran (Grass to Glass) di UPM. UPM-FARMFRESH ICoE seterusnya akan membawa manfaat kepada warga mahasiswa, pengajar, penyelidik, pegawai yang terlibat dan rakyat Malaysia bagi merancakkan industri susu negara dan mengoptimumkan penggunaan tanah dan sumber UPM dalam pengurusan industri ternakan tenusu dan akhirnya menyumbang kepada visibiliti UPM dalam menerajui agenda keselamatan makanan negara dalam bidang tenusu.

Kerjasama strategik antara UPM dengan The Holstein Milk Company Sdn. Bhd. (THMCSB), sebuah syarikat bersekutu dengan Khazanah Nasional telah termeterai pada 14 Ogos 2017 bagi menubuhkan UPM FARMFRESH ICOE. THMCSB dipilih berikutan menjadi peneraju dalam membangunkan industri susu segar negara di bawah projek Economy Transformation Program (ETP), Kluster Tenusu Entry Point Projek (EPP) No. 13. Syarikat ini memiliki dua buah ladang tenusu di Mawai, Kota Tinggi, Johor dan Muadzam Shah, Pahang, dan sebuah ladang pengeluaran baka lembu tenusu tropika di Australia untuk bekalan lembu susu. Syarikat ini menggunakan jenama FarmFresh, rangkaian produknya merangkumi susu segar, susu berperisa dan yogurt. The Holstein Milk Company Sdn. Bhd. juga telah memenangi gelaran syarikat paling berketerampilan di Pameran Asia Livestock 2015. THMCSB akan menyediakan geran bernilai RM5 juta untuk menaik taraf pembangunan ladang tenusu sedia ada di UPM dan menyediakan geran operasi UPM-FARMFRESH ICoE. Hasil daripada UPM-ICoE Dairy Farm akan diguna bersama dengan THMCSB untuk menjamin kelestarian operasi pusat.

UPM-FARMFRESH ICoE juga menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang telah melancarkan program Pusat Kecemerlangan Industry (ICoE) pada tahun 2011 dengan matlamat utamanya untuk melaksanakan pelbagai program

Dalam dokumen Laporan tahunan (Halaman 178-182)

Dokumen terkait