• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keenam: Tempat atau Kedudukan Golongan asya’irah dalam Masyarakat

Abu Hasan al-Asy’ari muncul di kota Iraq, iaitu tempat bertapaknya golongan Mu’tazilah. Beliau mengadakan perdebatan dengan mereka dan menyebarkan mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah. Beliau juga mengemukakan pendapat fuqaha dan ahli hadis dalam hal berkaitan akidah. Ini menyebabkan ramai khalayak ummah dan ulamanya bersama dengannya yang akhirnya mengalahkan mazhab yang terdapat di negeri Iraq. Kemudian dia berpindah ke Khurasan, negeri Syam, negeri Maghribi dan semua negeri Afrika termasuk juga Saqaliah dan Andalus. Mazhab tersebut berkembang melalui rakan Abu Hasan al-Asy’ari iaitu Abdul Aziz al-Tabari yang meriwayatkan Tafsir Ibn Jarir al-Tabari dari pengarang asalnya. Negeri Hijjaz pula disebarkan oleh al-Hafiz Abu Zar al-Harawi.

Antara perkara yang penting dalam penyebaran mazhab al-Asy’ari ialah karya Imam al-Ghazali dan begitu juga Ibn Tumart pengasas negeri Muwahhidin yang juga murid kepada Imam al-Ghazali yang penuh dengan kebenaran selama beberapa tahun. Apabila beliau menguasai kota Andalus, beliau mengajak masyarakat mendukung mazhab Asya’irah dan mempertahankannya. Beliau juga menyebarkan karya Imam al-Ghazali. Ini menyebabkan beliau merupakan tunjang mazhab Asya’irah di negeri Maghrib sebagaimana beliau menolong sebahagian ulama tasawwuf di kalangan Ahli Sunnah mengikut jalan Asya’irah sejak kurun ke-5H lagi.

Lihat Tabyin Kazib al-Muftari (hlm. 15 dan selepasnya) dan Tarikh al-Mazahib

al-Islamiah (hlm. 201).

Mazhab Asya’irah dibina kebanyakannya oleh pengikut mazhab yang empat. Justeru, semua golongan mazhab Maliki berfahaman Asya’irah. Kebanyakan ulama Syafie, dan ramai di kalangan mazhab Hanafi dan Hanbali. Adapun baki bagi mazhab Hanafi dan Syafie, maka mereka memilih manhaj Abi Mansur al-Maturidi dan mengikut mazhabnya. Justeru, jadilah kebanyakan ulama sunnah menganut mazhab Asy’ari. Inilah yang dii’timadkan dalam pengajaran di sisi mereka di kebanyakan negeri Islam dan bertambah kukuh mazhab Asya’irah yang mewarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Justeru, bertambah kuatlah fahaman mereka.

Mazhab Asy’ariah terpaksa berdepan rintangan dan halangan. Justeru, puak Mu’tazilah berhenti dan berdiri untuk berdepan dengan Abi Hasan al-Asy’ari hingga dapat dikalahkan dengan mereka. Selepas kewafatan Abi Hasan al-Asy’ari dalam tempoh yang sedikit, maka kekuatan Mu’tazilah pada zaman Bani Buyah sama ada fikiran dan politik. Kemudian bangkit Imam Abu Bakar al-Baqillani berdepan dengan mereka dan mematahkan hujah mereka. Ini membawa kepada kukuhnya markaz Ahli Sunnah mengikut cara Asya’irah sehingga tersebarnya. Pada awal pemerintahan Bani Saljuk, al-Wazir al-Kandari mampu pada asalnya bermazhab Mu’tazilah untuk menguatkan dengan mazhab Hanafi.

Beliau juga mampu untuk memberi kepuasan kepada Sultan Saljuk yang pertama Tughrul Bek dengan memaki puak Asya’irah dan menghalau mereka begitu juga dengan memenjarakan mereka dan meniupkan api fitnah ke atas mereka di Naisabur. Kemudian bahaya ini bertukar membawa kepada maslahat golongan Asya’irah pada

34

zaman Alb Arsalan. Wazir yang pertama menyokong Nizam al-Mulk memadamkan fitnah dan seterusnya kembalilah kedudukan ulama Asya’irah pada tempat yang tinggi.

Ibn Hazmin al-Zahiri bangkit dengan menentang pendapat-pendapat Abi Hasan al-Asy’ari dan menepis pendapat muridnya. Sesekali beliau menuduhnya golongan Jabriah dan pada masa yang lain dituduh sebagai Murjiah. Tetapi perselisihan ini tidak mengambil masa yang lama sehingga hilangnya hal tersebut.

Kebanyakan puak yang menentang Asya’irah tidaklah bangkit daripada golongan yang melampau di kalangan Hanbali dan lainnya untuk berdepan pada saf yang bertentangan dengan Abi Hasan al-Asy’ari khususnya di Iraq. Mereka berkata dengan sebahagian pendapat yang bercanggah dari usul mazhab mereka.

Mereka mengemukakan hujah terhadap Abi Hasan al-Asy’ari sebagai musuh dan banyak menuduhnya. Begitu juga menisbahkan pelbagai pendapat yang Abu Hasan sendiri tidak mengatakannya.

Mereka menukilkan daripadanya pendapat-pendapat yang tidak benar. Bahkan telah dinaskan pada banyak daripadanya yang berlawanan seperti permasalahan sifat dan berpegang kepada zahir nas dan mereka begitu bersungguh untuk beriltizam dengan gambaran yang dikemukakan seperti yang berlaku di Hijjaz.

Ia berjalan mengikut fahaman sahabat dan mereka menamakan diri mereka Salafiyah. Ini membawa pertentangan antara mereka dan golongan Asya’irah serta ulama yang ramai sebagai khilaf dan kekalutan yang membawa kadang-kadang kepada fitnah pada satu-satu tempat. Hal ini menyebabkan muhaddis yang terkenal, Ibn Asakir bangkit untuk menolak fahaman mereka dan mempertahankan Imam Abi Hasan al-Asy’ari dalam bukunya Tabyin Kazib al-Muftari fima Nusiba ila

al-Imam Abi al-Hasan al-Asy’ari.

Beliau telah menyebut hal ini melalui pendapat-pendapat Asy’ari sendiri dan menterjemahkan ramai tokoh ulama Asya’irah serta menerangkan pendapat dan qaul mereka.

Lihat Tarikh al-Mazahib al-Islamiah (hlm. 225) dan Tabyin Kazib al-Muftari (hlm. 19).

Perbahasan tersebut secara fikri begitu ketara antara golongan Asy’ariah dan Hanabilah tetapi pemerintahan kekal bagi golongan Asy’ariah pada kebanyakan negeri sejak kurun ke-5 hingga kurun ke-8H. Kemudian diperbaharui oleh Imam Ibn Taimiyah dan Ibn al-Qayyim dalam tempoh yang singkat, kemudian hilanglah daripada asalnya.

Perselisihan antara mazhab Asy’ariah dan Maturidiah hanya terhad dalam masalah teori dan khilaf manhaji. Kedua-duanya bertemu dan bersamaan dalam kebanyakan pemikiran yang mewakili akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah seperti yang kami nyatakan. Hal ini berterusan di sisi ramai ulama Islam dengan mengikut pendapat Abi Hasan al-Asy’ari, mengulanginya dan mengajarnya. Begitu juga mengarang pada karyanya. Mereka menisbahkannya dengan Islam secara langsung. Mereka kurang selesa untuk memasukkan diri mereka dengan menisbahkan kepada Asy’ari sekalipun apa yang dikuniahkan baginya dan pengikut-pengikutnya sebagai penghormatan. Sekarang hampir tiada kekal pada realitinya dan tempat-tempat ilmu apa yang dikenali dengan mazhab Asy’ari.

Dokumen terkait