• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid memahami ayat dan teks fiksyen dan teks berunsur ilmu dengan sebutan, intonasi dan kelancaran yang betul. Penekanan diberikan pada aspek pemahaman dan

penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan

keefisienan membaca. Hasil pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah i) membaca kuat, ii) membaca dan

memahami maklumat, dan iii) membaca, menaakul dan menghayati teks.

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran

sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 1

i. Membaca ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang betul.

x Membaca lirik lagu sekolah atau lagu patriotik dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Contoh:

Lirik lagu patriotik - “Keranamu Malaysia” Aras 2

i. Membaca ayat majmuk dengan sebutan, intonasi dan jeda yang betul.

x Membaca petikan prosa dengan sebutan, intonasi dan jeda yang betul.

Contoh:

Rencana tentang tokoh atau negarawan.

Aras 3

i. Membaca petikan dengan sebutan, intonasi dan jeda dengan gaya pembacaan yang baik.

x Membaca cerita rakyat atau cerita pendek dengan sebutan, intonasi, dan jeda dengan gaya pembacaan yang baik.

Contoh:

Petikan cerita rakyat

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran

sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 1

i. Membaca teks dan menyebut kosa kata dengan jelas dan lancar.

ii. Membaca puisi dengan jelas dan lancar.

x Membaca pantas keseluruhan petikan dan menyebut kosa kata yang sukar dengan jelas dan lancar.

x Membaca puisi dengan jelas dan lancar. Contoh:

pantun, sajak Aras 2

i. Membaca teks dengan jelas, lancar dan sebutan yang betul.

ii. Membaca puisi dengan sebutan yang jelas dan lancar.

x Murid membaca kuat teks dengan jelas, lancar dan sebutan yang betul. Sementara murid lain meneliti bacaan tersebut.

x Murid membaca kuat sajak dengan sebutan yang jelas dan lancar. Sementara murid lain meneliti bacaan tersebut.

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota Aras 3

ii. Membaca teks dengan sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang baik.

iii. Membaca puisi dengan sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang baik.

x Murid membaca petikan berita dengan sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang baik.

x Murid mempersembahkan bacaan puisi di dalam kelas.

Contoh:

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 6.0 Membaca dan memahami

maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks

6.1 Membaca pantas secara luncuran dan imbasan untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.

Aras 1

i. Membaca dan mengenal pasti idea dalam teks daripada pembacaan secara luncuran.

x Membaca secara luncuran (skimming) untuk mendapatkan idea yang terdapat dalam teks.

Nota:

proses luncuran (skimming)

- arahan guru mendapatkan idea utama - murid mencari kata kunci

- membaca perenggan pertama dan perenggan akhir

- membaca ayat topik dalam setiap perenggan

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota Aras 2

i. Membaca dan memilih isi dalam teks daripada pembacaan secara imbasan.

x Membaca secara imbasan (scanning) untuk mendapatkan isi-isi yang terdapat dalam teks.

Nota:

proses imbasan (scanning)

- guru menentukan maklumat yang perlu dicari dalam masa yang ditetapkan - murid menandakan maklumat yang

berkaitan

- murid membaca semua maklumat yang dikenal pasti

Aras 3

i. Membaca dan mengkategorikan isi penting dalam teks daripada pembacaan secara luncuran.

x Membaca pantas secara luncuran dan mengkategorikan isi penting yang terdapat dalam teks. (petikan sains)

Contoh:

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 6.0 Membaca dan memahami

maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks

6.2 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

Aras 1

i. Membaca dan mengenal pasti idea keseluruhan sesuatu teks untuk mendapatkan maklumat.

x Membaca secara senyap untuk

mendapatkan idea utama keseluruhan teks.

Aras 2

i. Membaca dan mengenal pasti isi penting dalam sesuatu teks untuk mendapatkan maklumat.

x Mencatat isi-isi penting dalam bentuk peta minda berdasarkan teks yang dibaca. Contoh: Penyakit berjangkit: - Punca penyakit - Jenis penyakit - Langkah pencegahan - Rawatan Aras 3

i. Membaca dan mengenal pasti isi penting dan isi sampingan dalam sesuatu teks untuk mendapatkan maklumat.

x Membaca senyap dan mengenal pasti isi-isi penting dalam teks.

Contoh:

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 6.0 Membaca dan memahami

maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks

6.3 Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.

Aras 1

i. Membaca dan merujuk pelbagai bahan bercetak untuk mendapatkan fakta.

x Merujuk pelbagai bahan bercetak untuk mendapatkan maklumat.

Contoh:

Merujuk ensiklopedia untuk mendapatkan fakta berdasarkan sesuatu tajuk.

Aras 2

i. Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan bukti bagi fakta yang diperoleh.

x Merujuk media elektronik untuk mendapatkan bukti bagi mengukuhkan fakta.

Contoh:

Menonton (rancangan ilmiah) rakaman video atau cakera padat bersesuaian dengan tajuk yang dikaji.

Aras 3

i. Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk menyaring maklumat yang diperoleh.

x Mendapatkan maklumat melalui enjin pencarian laman web.

Nota:

Memilih fakta dan bukti yang relevan dengan tajuk yang dikaji.

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 6.0 Membaca dan memahami

maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks

6.4 Membaca dan membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberikan.

Aras 1

i. Menyatakan maklumat yang

relevan daripada bahan yang dibaca untuk membuat ramalan.

x Membaca sebuah cerita yang tidak lengkap dan meramalkan kesudahan cerita tersebut.

Aras 2

i. Mengenal pasti maklumat yang relevan daripada bahan yang dibaca untuk membuat ramalan.

x Membaca petikan tentang sesuatu tajuk atau isu dan buat ramalan tentang perkara

tersebut. Contoh:

Sekolah dalam taman - udara segar dan tenang - cantik dan kawasan bersih

- banyak pokok hiasan buah-buahan dan haiwan kecil

Aras 3

i. Menganalisis maklumat daripada bahan yang dibaca untuk mendapat kewajaran ramalan.

x Membaca dan menganalisis isi penting sesuatu tajuk dalam petikan dan meramalkan kemungkinan yang berlaku pada masa hadapan.

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 6.0 Membaca dan memahami

maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks

6.5 Membaca dan mengenal pasti pelbagai genre penulisan.

Aras 1

i. Membaca dan mengenal pasti bentuk dan gaya bahasa dalam sesuatu genre.

x Membaca dan membandingkan puisi dari segi bentuk dan gaya bahasa.

Contoh:

Membandingkan bentuk sajak dengan pantun.

Aras 2

i. Membaca dan mengenal pasti laras bahasa yang terdapat dalam pelbagai genre.

x Mendeklamasikan dan meneliti dua sajak yang mempunyai laras bahasa yang berbeza. Contoh:

Sajak laras sains dan sajak laras sastera. Aras 3

i. Membaca dan membezakan ciri yang terdapat dalam pelbagai genre.

x Menerangkan ciri-ciri pelbagai genre dan membandingkan antara satu sama lain. Contoh:

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 7.0 Membaca, menaakul, dan

menghayati kandungan teks yang dibaca

7.1 Menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

Aras 1

i. Membaca dan menerangkan maksud tersurat teks yang dibaca.

x Membaca petikan secara senyap dan menerangkan maksud tersurat cerita. Contoh:

Cerita ‘Tikus dengan Gajah; bagaimana seekor tikus dapat mengalahkan seekor gajah. Aras 2

i. Membaca dan membuat andaian tentang sesuatu perkara yang tersirat berdasarkan maklumat tersurat.

x Murid membuat beberapa andaian maksud tersirat berdasarkan petikan yang dibaca. Contoh:

Tersurat : Seekor tikus dapat

mengalahkan seekor gajah. Tersirat : Makhluk yang kecil boleh

mengalahkan makhluk yang besar.

Aras 3

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 7.0 Membaca, menaakul, dan

menghayati kandungan teks yang dibaca

7.2 Membaca dan menghargai gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera.

Aras 1

i. Membaca dan meneliti penggunaan kata dan ungkapan dalam teks.

x Mengenal pasti penggunaan kata dan ungkapan dalam teks.

Contoh:

i) Percutian yang membawa keriangan yang

memukau. ( gaya bahasa sastera) ii) Percutian yang menggembirakan. ( gaya bahasa bukan sastera)

Aras 2

i. Membaca dan meneliti penggunaan ayat dalam teks.

x Membaca petikan cerpen untuk mengenal pasti penggunaan ayat dan menerangkan maksud ayat dalam petikan.

Contoh:

i. Pokok melambai-lambai menyambut kepulangannya. (gaya bahasa sastera) ii. Angin bertiup semasa dia pulang.

( gaya bahasa bukan sastera) Aras 3

i. Membaca dan mengenal pasti simpulan bahasa, perumpamaan dan bidalan.

x Menyatakan peribahasa yang terdapat dalam teks.

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota 7.0 Membaca, menaakul, dan

menghayati kandungan teks yang dibaca

7.3 Menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca.

Aras 1

i. Membaca dan menyatakan isi sesuatu teks yang dibaca daripada pelbagai bahan untuk meningkatkan minat membaca.

x Membaca senyap untuk mengetahui isi penting dan membuat catatan serta membentangkan hasil catatan.

Aras 2

i. Membaca dan menyatakan ringkasan atau sinopsis teks yang dibaca daripada pelbagai bahan.

x Menyusun isi penting mengikut kronologi atau keutamaan berdasarkan petikan yang dibaca.

KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota Aras 3

i. Membaca dan mengenal pasti perkara menarik dalam teks untuk meningkatkan minat membaca

ii. Membaca dan mengenal pasti isi daripada bacaan ekstensif.

x Membaca teks untuk mengetahui watak utama, peristiwa menarik dan unsur-unsur pengajaran yang terdapat dalam bahan yang dibaca.

x Bercerita berdasarkan isi-isi penting daripada pelbagai bahan.