• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS MERAMAL

Dalam dokumen PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (Halaman 84-92)

TOPIK6 KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS BERKOMUNIKASI

TOPIK 7 KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS MERAMAL

MEMBUAT RAMALAN

Kemahiran yang penting adalah membuat ramalan. Membuat ramalan adalah proses yang menggunakan pemerhatian yang lampau atau data bersama pengetahuan sains untuk meramal peristiwa atau hubungan. Ianya adalah membentuk idea mengenai jangkaan hasil apa yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan kini dan kefahaman ,pemerhatian dan inferen. Suatu kenyataan yang tidak berdasarkan pemerhatian adalah bukan ramalan. Ia hanyalah tekaan. Ia boleh di klassifikasikan kepada : a) Interpolasi – adalah ramalan data yang baru berdasarkan kepada tren atau corak yang diperhatikan dari data lampau yang diperhatikan. b) Extrapolasi – adalah ramalan data baru diluar atau menjangkau julat data yang diperolehi sebelum ini.

Membuat ramalan adalah tekaan yang bijak terhadap apa yang akan berlaku. Ia perlu diikuti dengan menulis atau penerangan secara lisan untuk mengkelaskan idea dan mendedahkan sebarang miskonsepsi atau maklumat yang hilang. Anda mungkin boleh bertanya „apa yang akan berlaku?‟,” kenapa anda berfikir itu berlaku?” ,” adakah cara anda boleh mencari penyelesaian?” Membuat ramalan mempunyai hubungan yang rapat dengan pemerhatian,membuat inferen dan pengkelasan. Membuat ramalan adalah berdasarkan kepada pemerhatian yang teliti dan inferen yang dibuat terhadap hubungan diantara peristiwa yang diperhatikan. Inferen adalah penerangan atau interpretasi yang dibuat daripada pemerhatian. Pengkelasan digunakan apabila kita hendak mengenalpasti persamaan atau perbezaan terhadap objek atau peristiwa.

Kita memahami persekitaran disekiling kita dengan cara pemerhatian perkara yang berlaku dan kemudian membuat interpretasi dan membuat penjelasan. Kita selalunya boleh mengesan corak dari apa yang diperhatikan.

Kerapkali kita boleh membuat ramalan apa yang akan berlaku pada masa akan dating. Contoh-contoh membuat ramalan adalah:

76

 Saya melihat hari hujan dan matahari muncul. Mungkin akan ada pelangi.  Jika saya melepaskan kedua-dua bola pada masa yang sama, mungkin ia

akan jatuh ketanah pada waktu yang sama.

Setiap pernyataan ramalan adalah berdasarkan pemerhatian dan corak yang diperkembangkan daripada pemerhatian yang lampau. Bagaimana kita menerangkan dan membuat interpretasi apa yang kita perhatikan memberkan kesan kepada bagaimana kita membuat ramalan. Menguji ramalan kita akan menjurskan kita untuk melakukan lebih banyak pemerhatian yang akan menyokong atau tidak menyokong ramalan yang asal. Apabila pemerhatian yang baru konsisten dengan corak pemerhatian yang diramal maka kita mempunyai keyakinan dalam ramalan kita. Walaubagaimanapun jika pemerhatian yang baru tidak menyokong ramalan awal kita,maka kita mungkin akan menolak atau menilai semula pemerhatian kita. Pemerhatian yang baru akan mengarahkan kepada inferen dan ramalan yang baru. Dibawah menunjukkan peta bagi kemahiran membuat ramalan:

Selagi data yang baru (pemerhatian) dikumpul,teori (inferen) dicadangkan untuk menerangkan apa yang telah diperhatikan dan meramal tentang perkara yang belum diperhatikan. Sesuatu teori hanya dapat diterima dalam sains ianya perlu memenuhi tiga lapisan ujian.

 Boleh menerangkan apa yang telah diperhatikan  Boleh meramal apa yang belum diperhatikan

 Boleh diuji dengan melakukan pemerhatian selanjutnya dan diubahsuai mengikut keperluan data yang baru

MERAMAL

77 Anda membuat ramalan jika ….

1. Menggunakan bukti yang lampau atau sekarang untuk menyatakan peristiwa yang akan datang.

2. Boleh membezakan antara membuat ramalan dengan membuat tekaan. 3. Boleh untuk menentukan natijah daripada tindakan yang di ambil.

4. Menggunakan corak data secara eksplisit untuk membuat unjuran. 5. yakin dengan ketepatan ramalan.

6. boleh untuk mengesahkan pernyataan yang berkaitan dengan peristiwa masa depan mempunyai perkaitan dengan bukti atau pengalaman lampau.

7. berhati-hati dalam membuat andaian mengenai corak atau data yang menjangkau dari data yang sedia ada.

8. Extrapolasi dan menggunakan data sebagai alat untuk meramal. (PPK, 1994)

Aktiviti 1

Belajar meramal – Titisan Air

Bahan

 Duit siling – 5 sen, 10 sen, 50 sen,  RM 1

 penitis

78 Kaedah:

1. Gunakan penitis untuk menitiskan air keatas duit siling 20 sen.lakukan dengan cermat sehingga air melimpah keluar dari permukaan duit siling. Bilang titisan air.

2. Duit siling 20 sen coin boleh memegang *titis air.

3. Rekodkan bilangan titisan air dalam ruang yang bertanda * di dalam jadual dibawah.

4. Bandingkan duit siling 20 sen denagn duit siling yang lain dari segi bentuk dan saiz. Ramalkan bilangan titian air yang boleh dipegang oleh duit sling yang lain.

5. Apakah faktor yang anda pertimbangkan apabila membuat ramalan?

______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ___________________________________

6. Uji ramalan anda dengan menitiskan air keatas setiap duit siling.

__________________________________________________________

__________________________________________________________ Duit siling 5 sen 10 sen 20 sen 50 sen RM 1

ramalan sebenar B ilan ga n ti ti san drops

79

7. Jika bilangan titisan air yang anda ramalkan berbeza dengan data sebenar,pada pendapat anda apa yang menyebabkan perbezaan ini?

__________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________

Aktiviti 2

Latihan meramal – Hari yang terpendek Bahan

 Lampiran data (dibawah) berkenaan masa matahari terbit dan terbenam.  Kertas graf

Keadah

1. Lampiran data menunjukkan masa matahari terbit dan terbenam setiap hari keenam bagi suatu daerah di hemisfera utara (30(N).

Tarikh Bulan-Hari Matahari terbit a.m. Matahari terbenam p.m.

Siang *Only a few calculations are necessary (jam, minit) 11-13 6:23 5:05 11-19 6:28 5:02 11-25 6:33 5:00 12-01 6:38 5:00 12-07 6:42 5:00 12-13 6:47 5:01 12-19 6:51 5:03 12-25 6:54 5:06

80

12-31 6:56 5:10

1-06 6:57 5:15

1-12 6:57 5:20

1-18 6:56 5:25

2. Lukis dan labelkan graf bagi setiap masa untuk matahari terbit dan terbenam. Daripada graf dapatkan tarikh bila matahari terbenam yang terawal dan terbit yang terlambat.

__________________________________________________________ __________________________________________________________

3. Daripada dua graf,ramalkan tarikh bagi hari yang paling pendek. Ingat ,anda boleh meletakkan salah satu graf ini diatas yang sau lagi. Terangkan bagaimana anda membuat ramalan.

__________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________

4. Kira panjang hari terpendek dengan mengambilkira panjang hari bagi beberapa hari sebelum dan beberapa hari selepas tarikh hari terpendek tersebut dan Rekodkan dapatan anda dalam lajur yang bertanda * dalam jadual yang diberikan .

__________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________

81

1) Pernyataan yang manakah pemerhatian,inferen atau ramalan?

a) “saya boleh merasai bumi bergegar.”

“gegaran ini disebabkab oleh gunung berapi.” “ia akan meletus!”

b) “kedua perempuan itu memakai jubah dan mortarboard.” “mereka baru sahaja menghadiri hari graduasi.”

“mereka akan mendapat kerja dengan pendapatan yan baik.”

c) “sebelah kiri jongkang- jongkit adalah lebih rendah dari sebelah kanannya.” “jika seseorang disebelah kiri turun maka hujung yang kanan akan jatuh.” “ seseorang lebih berat dari yang lain.”

2) Harith menjatuhkan bola dari dua ketinggian yang berbeza,dan mengikur ketinggian bola setiap kali ia melantun semula. Dia merekodkan keputusan ke dalam graf palang.

70 60 50 40 Tinggi jatuhan (cm) tinggi lantunan (cm) 50 100

Dapatkan uku teks. Cuba dan buat laihan semua cadangan yang telah dibincangkan diatas.adakah ia membatu anda untuk

82

a) Ramalkan ketinggian lantunan bola jika ia dijatuhkan dari 75 cm pada permukaan yang sama?

b) Ramalkan ketinggian lantunan jika dijatuhkan pada ketinggian 200 cm

Akses internet untuk mengumpul maklumat mengenai perbeaan antara inferen dan ramalan. Senaraikan perbezaannya.

83

Dalam dokumen PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (Halaman 84-92)

Dokumen terkait