SINOPSIS
Dalam topik ini anda akan didedahkan kepada tujuh kemahiran proses sains asas. Anda juga akan diberi dengan aktiviti-aktiviti yang boleh anda mencuba sendiri dengan murid-murid untuk meningkatkan semua kemahiran ini. Latihan dan soalan-soalan tutorial yang diberikan bukan sahaja akan membantu anda menilai diri anda sendiri dalam kemahiran proses sains asas ini tetapi juga boleh meningkatkan pemahaman anda.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini diharapkan guru-guru boleh :
1. Membentuk penghayatan secara kritis kemahiran proses sains asas dan amalannya di dalam pengajaran sains di sekolah rendah.
2. Menunjukkan kefasihan dalam mereka bentuk pendekatan bagi menyokong murid-murid dalam mengembangkan kemahiran prosedur dan pemahamansains
43
43 KERANGKA TOPIK
Rajah 3 : Kerangka Isi Kandungan
Kemahiran Proses Asas
Memerhati
Mengkelas
Berkomunikasi
Meramal
Menyukat dan Mengguna Nombor
Mengguna perhubungan ruang-masa
44
44 MEMERHATI
Apa itu memerhati?
Tahukah anda apa itu memerhati? Kebanyakan daripada kita memahami bahawa memerhati itu melibatkan deria mata untuk melihat dan memahami benda-benda di sekitar. Sebenarnya ia adalah lebih daripada itu.Memerhati adalah asas kemahiran proses sains yang melibatkan semua lima deria untuk mencirikan objek-objek, mengenalpasti perubahan-perubahan, persamaan dan perbezaan untuk memahami dunia di sekitar kita. Di sebalik itu juga kita boleh mengatakan bahawa memerhati juga melibatkan proses mengumpul maklumat berkaitan dengan objek-objek atau peristiwa-peristiwa dengan menggunakan kelima-lima pancaindera, lihat, dengar, sentuh, rasa dan bau.Memerhati dalam sains, memerlukan murid-murid memberi perhatian secara menghalusi.Memandang, melihat dan memerhati hendaklah difahami dengan jelas.Memandang dan melihat dianggap sebagai pendekatan pasif manakala memerhati pula dilihat sebagai pendekatan aktif.
Apabila kita hendak mengenali sesuatu buah, kita akan mengguna mata untuk melihat bentuk dan warna buah itu.Anda juga akan menyentuh dan menghidu buah tersebut untuk mengetahui samada buah itu masak atau tidak. Kadangkala anda mencuba rasa mengguna lidah untuk memastikan samada buah itu manis atau tidak. Ada kalanya kita menggoncang dan mendengar bunyi untuk menguji isi terkandung.Disini kita mengguna kesemua pancaindera untuk mengenali dan memahami buah tersebut.Pemerhatian jenis ini disebut sebagai pemerhatian kualitatif.Jika kita hendak mengetahui dengan lebih lanjut, tentang berat dan panjang buah tersebut misalnya 200 g dan 30 cm, pemerhatian itu disebut pemerhatian kuantitatif sebab ia melibatkan nombor atau kuantiti. .
Pemerhatian kuantitatif memberi maklumat dengan lebih tepat berbanding dengan pancaindera kita.Maka pelajar, lebih-lebih lagi kanak-kanak, memerlukan bantuan untuk membuat pemerhatian yang baik. Jika seseorang pelajar itu sedang menerangkan apa yang dia lihat, dia akan menerangkan tentang warna objek itu sahaja tetapi tidak berkenaan dengan saiz atau bentuk objek itu. Pemerhatian yang bagus dan produktif adalah berbentuk penjelasan yang ditulis atau dilukis secara menyeluruh dan tepat dan pelajar perlu dilatih untuk menghasilkan penerangan yang
45
45
menyeluruh.Penerangan yang panjang dan lengkap oleh pelajar, maka barulah boleh meningkatkan pemahaman tentang konsep yang sedang dikaji.
Bagaimanakah kita membimbing pelajar-pelajar kita memberi penerangan yang baik dan menyeluruh.?
Beri arahan kepada pelajar supaya focus kepada objek atau peristiwa yang sedang dikaji dan kenalpasti ciri-cirinya.
Berikan mereka peluang untuk menyatakan pemerhatian kualitatif awal. Kemudian minta mereka memberi huraian secara menyoal atau memberi mereka alatan yang boleh membantu mereka menjalankan pemerhatian kualitatif atau kuantitatif yang selanjutnya.
Jika berlaku sebarang perubahan dalam pemerhatian, pelajar perlu menyatakan apa yang mereka lihat sebelum, semasa dan selepas kejadian berlaku dalam pemerhatian. Jika boleh pelajar perlu digalakkan menamakan apa yang mereka perhati.
Gunakan rujukan, merujuk kepada benda yang telah menjadi biasa kepada semua orang untuk menerangkan dengan lebih jelas sesuatu pemerhatian. Contohnya, kita menerangkan warna dengan rujukan, seperti langit biru, rumput hijau kuning emas untuk menerangkan warna biri, hijau atau kuning.
Apabila kita membuat ukuran, kita membandingkan sifat dengan rujukan unit. Sesuatu kenyataan ukuran mengandungi dua bahagian, nombor memberitahu berapa bilangan, dan nama unit untuk memberitahu berapa banyak kandungan isinya. Penggunaan nombor menunjukkan ukuran itu pemerhatian kuantitatif. Contoh, helaian daun diikat dalam bilangan lima, atau ukuran berat daun ialah lima gram.
Sebagai rumusannya boleh kita katakana bahawa pemerhatian itu dibuat apabila;
Mengguna semua pancaindera untuk mendapatkan maklumat.
Menggunakan perkakas atau alat untuk membuat pemerhatian tepat
Mengenalpasti persamaan dan perbezaan untuk membuat perbandingan
Mengenalpasti ciri-ciri khas pada objek dan persekitaran
Sedar akan perubahan pada persekitaran
46
46
Keupayaan untuk membuat pemerhatian yang baik adalah juga penting untuk perkembangan kemahiran proses sains yang lain, berkomunikasi, mengkelas, mengukur, membuat inferen dan meramal.
Cuba buat aktiviti berikut untuk membentuk kemahiran memerhati
Aktiviti 1 Bahan :
1. Kacang Prosedur:
1. Buat pemerhatian kepada kacang.
2. Tulis pemerhatian dalam jadual di bawah.
Keputusan : Pemerhatian Mengguna indera lihat Mengguna indera rasa Mengguna indera bau Mengguna indera sentuh Mengguna indera dengar
Yang manakah pemerhatian kuantitatif? Jika tiada, fikir semula dan cuba carikan sesuatu
________________________________________________________ _______________________________________________________ ________________________________________________________
47
47 Aktiviti2:
Bahan
1. Biskut Cream Crackers 2. Air suling
Prosedur:
1. Perhatikan sekeping biskut cream crackers. 2. Rendam biskut ke dalam air suling.
3. Tulis pemerhatian anda di dalam jadual di bawah.
Keputusan Pemerhatian Mengguna indera lihat Mengguna indera rasa Mengguna indera bau Mengguna indera sentuh Mengguna indera dengar Sebelum direndam Semasa direndam Selepas direndam
Yang manakah pemerhatian kuantitatif? Jika tiada, fikir semula dan cuba carikan sesuatu
________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________
48
48 1. Kenapa kita perlu membuat pemerhatian?
2. Apakah kepentingan kita membuat pemerhatian?
3. Rancang tiga aktiviti kemahiran proses sains, pemerhatian dibuat berdasarkan spesifikasi sains sekolah rendah.
Tutorial 1
1. Secara berkumpulan, laksanakan ‗the candle activity. Bincang dan bentangkan dapatan anda
Tutorial 2
2. Baca artikel ―Elephant Observations‖ dan jawab soalan yang diberi.
Baca artikel ―Working Scientifically‖ dan sediakan peta konsep.
Tahniah !
Anda telah bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh.Berehatlah sebentar. Kemudian sambung dan teruskan ke kemahiran proses asas yang lain.
49 49 Tutorial 1 CANDLE ACTIVITY Bahan : Lilin Lighter
Buat ukuran kualitatif dan kuantitatif kepada sebatang lilin sebelum dan selepas dibakar selama dua minit.Tanam lilin tersebut pada seketul modeling clay.
Pemerhatian Kualitatif Sebelum pembakaran ________________________________________________________ ________________________________________________________ Semasa pembakaran ________________________________________________________ ________________________________________________________
50 50 Selepas pembakaran ________________________________________________________ _______________________________________________________ Pemerhatian Kuantitatif
Pemerhatian Sebelum pembakaran Selepas pembakaran
Bagaimanakah kedua-dua pemerhatian di atas berbeza?
________________________________________________________ ________________________________________________________
Yang manakah lebih sesuai digunakan dengan pemerhatian saintifik? Kenapa? ________________________________________________________
51
51
Tutorial 2
ELEPHANT OBSERVATIONS
Long time ago in a distant land, six blind men lived together. All of them had heard of elephants, but they had never ―seen‖ one. When they heard that an elephant and his trainer would be visiting their village, they all wanted an encounter with this beast. They made their way to the site where the elephant was being kept. Each blind man touched the elephant and made his observations. The observations are listed below.
One man touched the elephant’s side and said.
“ An elephant is like a wall.”
Another man touched the trunk and said,
“An elephant is like a snake.”
Another man touched a tusk and said,
“An elephant is like a spear.”
Another man touched a leg and said,
“An elephant is like a fan.”
52
52
“An elephant is like a rope.”
Did the blind men make appropriate inferences? Explain.
_______________________________________________________________
How might the blind men improve their inferences?
_______________________________________________________________
One of the characteristics of science is that scientists communicate their ideas, observation, results, and inferences with each other. Why is this a good idea? _______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
In the space below, write a sentence or two explaining what you have learned.
Qualitative Observations
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
Quantitative Observations
53
53
Did the activities above help you to make better observations? Explain.
_____________________________________________________________________ _________________________________________________________
How does telling stories can make teaching more fun to primary students?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________