REFLEKSI DIRI
“KEMBARA SEJARAWAN MELESTARI WARISAN”:
LAWATAN KE TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU & MUZIUM LEMBAH BUJANG
NAMA PENSYARAH DR. SITI HAWA ABDULLAH
WAKTU TUTORIAL
KHAMIS (9-10 PAGI)
57 REFLEKSI DIRI
Tugasan kajian sejarah tempatan bagi subjek Kaedah Mengajar Sejarah II sidang 2016/2017 pada kali ini ialah ke tapak arkeologi Sungai Batu dan Muzium Lembah Bujang di Merbok, Kedah. Saya sendiri telah dilantik oleh pensyarah sebagai pengarah projek bagi program lawatan tersebut. Pelbagai suka duka saya alami semasa melakukan perancangan bagi pelaksanaan program ini. Pertama sekali, perancangan lawatan ini sebenarnya hendak ke Taiping bagi mengkaji sejarah mengenai Ngah Ibrahim dan industri bijih timah namun disebabkan beberapa masalah, perancangan tersebut perlu dibatalkan dan diganti dengan lawatan ke Merbok. Antara masalah yang saya hadapi semasa perancangan lawatan ke Taiping ialah aspek kewangan yang terhad, penangguhan tarikh disebabkan Tahunan Temasya Olahraga dan tempat lawatan yang hendak dituju iaitu Galeria Taiping berada dalam proses baik pulih di bawah peranan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Proses perbincangan dengan ahli jawatankuasa dibawah saya telah sebulat suara memilih Merbok sebagai tempat lawatan kami memandangkan tempat kajian itu juga mempunyai kaitan yang rapat dengan silibus pendidikan sejarah Malaysia. Saya bersama anak buah saya mempunyai masa lebih kurang sebulan untuk memastikan kejayaan lawatan tersebut. Antara persediaan yang dilakukan sebelum pelaksanaan lawatan ini ialah dari segi hal pengangkutan, makanan pagi dan tengahari, cenderamata, baju lawatan dan pembayaran kos aktiviti ekskavasi dan pembuatan bata. Persediaan ini tidak dapat dilakukan tanpa bantuan ahli jawatankuasa dibawah saya. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang sanggup bersusah payah menjayakan program ini. Bagi menjayakan program lawatan ke Tapak Arkeologi Sungai Batu dan Muzium Lembah Bujang, saya menganggap ia bukanlah kerja yang terlalu sukar kerana saya sendiri sudah pernah melawat tempat tersebut dibawah Kelab Sejarah USM. Segala pengalaman yang telah saya lalui, saya curahkan kembali untuk pelaksanaan program lawatan di bawah Kaedah Mengajar Sejarah 11. Selain itu, dua minggu sebelum pada hari kejadian, saya
58 bersama empat rakan yang lain telah pergi ke tempat lawatan tersebut bagi memastikan kelancaran program tersebut terjamin. Antara rakan saya yang terlibat ialah Muhammad Haniff Ahmad, Saiful Roshidi, Koh Hai Ming dan Anis Madihah. Kami berlima telah menggunakan wang sendiri untuk menampung kos tinjauan tersebut. Pengalaman menjadi seorang pengarah projek dapat membantu dan mematangkan pengalaman hidup saya kerana bukan mudah untuk menjadi pengarah bagi sesuatu program. Pengalaman ini sekurang-kurangnya dapat menjadikan saya bakal seorang guru yang berkualiti pada masa hadapan dimana bukan sahaja berkebolehan mengajar tetapi juga mampu mengetuai sesuatu program di sekolah.
Pada hari kejadian iaitu 22 April 2017 merupakan hari yang bersejarah bagi saya kerana segala hasrat saya untuk membawa para pelajar ilmu Pendidikan bermajorkan sejarah ke Merbok akhirnya tercapai. Segala amanah dan tanggungjawab saya hampir separuh sudah tercapai, hanya menantikan pelaksanaan di tempat lawatan tersebut supaya berjaya sahaja. Pada pukul 6.45 pagi mengikut arahan saya dan AJK kepada mereka, hampir semua pelajar seramai 36 orang sudah berkumpul di padang kawad. Bas juga sudah tiba awal seperti yang dijangka dan pemberian makanan pagi juga turut diberikan kepada mereka yang sudah tiba awal. Pada pukul kira-kira 7.30 pagi, bas mula bergerak ke tempat pertama yang dituju iaitu Tapak Arkeologi Sungai Batu di Merbok. Perjalanan itu memakan masa sebanyak satu jam setengah dan kami tiba di tempat lawatan tersebut kira-kira tepat 9.00 pagi. Tibanya kami di tapak arkeologi, kami dipertemukan dengan pegawai pengiring iaitu cik Ratnah Wati yang bertanggungjawab mengetuai lawatan berpandu. Lawatan berpandu itu dimulakan di tapak B, tapak A, tapak D dan tapak C. Lawatan berpandu itu dimulakan di tapak B iaitu berfokuskan kajian mengenai aktiviti peleburan besi.
Memandangkan tapak B merupakan kawasan kajian bagi saya dan kumpulan saya, maka kami berusaha untuk memberi fokus dan komitmen bagi memahami segala apa yang diperkatakan oleh
59 orang sumber. Semua ahli kumpulan saya memainkan peranan penting kerana ada yang mencatat nota, ada yang menangkap gambar dan sebagainya. Malah, pelbagai informasi kami sebenarnya dapat ketahui di tapak arkeologi Sungai Batu C, D dan A seperti industri peleburan besi, peranan jeti Sungai Batu, tapak keagamaan dan pemerintahan pelabuhan. Kembali kepada kisah tapak B, kami turut ditunjukkan sebuah relau oleh cik Ratna. Relau itu dikatakan berasal daripada Kampung Chemara, Jeniang dan asal usul relau itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan sejarah Kedah Tua dan Sungai Batu pada masa dahulu. Perkara yang penting mengenai lawatan berpandu itu ialah saya bersama ahli kumpulan saya iaitu Haniff Ahmad, Koh Hai Ming, Anis Madihah dan Fatma Najiha mengambil kesempatan untuk bersoal jawab mengenai kekeliruan terhadap sejarah Sungai Batu dan mengambil maklumat terhadap perkara yang diperkatakan oleh cik Ratna supaya memudahkan kami untuk membuat laporan lawatan tersebut. Selain itu juga, kumpulan kami turut menangkap gambar dan membuat rakaman video di sekeliling kawasan lawatan untuk tujuan pembentangan laporan Kaedah Mengajar Sejarah II pada hari kelak.
Aktiviti paling tidak boleh dilupakan oleh saya semasa di tapak arkeologi Sungai Batu ialah kami seramai 36 orang mahasiswa/i turut diberi peluang merasai pengalaman membuat bata dan melakukan ekskavasi di tapak C. Peluang ini turut tidak dilepaskan oleh saya untuk mencubanya kerana pengalaman ini saya boleh gunakannya untuk pendedahan kepada bakal anak murid saya pada masa hadapan. Bagi proses pembuatan bata, kami diberi sebungkus tanah liat, pasir sungai dan jerami. Kami diminta untuk mencampurkannya dan membancuhnya dengan sedikit air.
Seterusnya, kami diminta untuk menguli bahan tersebut sebelum menjadi sebati. Selepas itu, kami akan diberi sebuah blok kayu dan diminta untuk meletakkan tanah tersebut dalam blok. Hasilnya, blok kayu itu akan menghasilkan bentuk sebuah bata seperti yang kita kenal pada masa sekarang.
Mengikut Cik Ratnah juga, mahasiswa/I ilmu pendidikan juga diberi peluang untuk membawa
60 balik penghasilan bata tersebut. Aktiviti pembuatan bata itu sesungguhnya dapat mendedahkan kepada kami mengenai proses pembuatan bata tersebut dan bagi saya sebagai bakal pendidik, aktiviti itu sesuai diaplikasikan juga di sekolah kerana mampu untuk membentuk sifat empati dalam diri pelajar dan juga memberi peluang kepada pelajar merasai bahan maujud sejarah. Bagi aktiviti ekskavasi pula, kami diberi satu set peralatan seperti berus, scrapper dan sebagainya.
Sebelum memulakan aktiviti itu, kami diberi taklimat mengenai penjelasan ekskavasi seperti pemetaan, bahan galian dan peranan setiap peralatan itu. Selepas itu, kami diberi peluang untuk merasai pengalaman menjadi seorang ahli arkeologi. Sesungguhnya, menjadi ahli arkeologi bukanlah satu tugas yang mudah kerana perlu mempunyai sifat kesabaran semasa menggali dan terpaksa menghadapi cuaca yang panas. Selepas menghabiskan masa kira-kira satu jam di tapak C, kami bersama pengawai pengiring kembali ke tapak B untuk menjalankan sesi penutup iaitu pemberian cendaramata daripada saya kepada Cik Ratnah sebagai tanda ucapan kami kepada individu tersebut yang sanggup mengetuai lawatan berpandu untuk mahasiswa/I ilmu pendidikan.
Pada pukul 1.00 petang, kami segera kembali ke bas untuk menuju ke Muzium Lembah Bujang. Tidak sampai setengah jam, kami segera tiba di situ. Masa lawatan berpandu kami di Muzium Lembah Bujang seperti yang dijanjikan oleh pegawai pengiring Muzium Lembah Bujang ialah pukul 2.30 petang. Kami menggunakan masa yang terluang untuk mengisi perut bagi makan tengahari. Makanan tengahari itu disediakan oleh satu perniagaan catering. Sebelum itu, saya bersama rakan saya yang lain semasa proses tinjauan telah meminta kepada perniagaan catering supaya penyediaan makanan tengahari dilakukan kepada kami termasuk pemandu bas sekali.
Selepas itu, kami turut menggunakan masa terluang untuk menunaikan solat manakala yang bukan muslim dan muslimah, mereka mengambil peluang untuk berehat. Sebelum hampir pukul 2.30 petang, saya sebagai pengarah projek telah meminta mahasiswa/i yang lain untuk segera
61 berkumpul di hadapan Galeria Lembah Bujang. Selepas itu, kami diperkenalkan oleh seorang pengawai pengiring iaitu Puan Azidah. Beliau telah bertanggungjawab untuk menceritakan segala perkara yang berkaitan seperti sejarah arkeologi, muzium Lembah bujang dan Kedah Tua.
Pelbagai maklumat beliau telah salurkan kepada kami termasuk juga berkaitan artifak yang ada di muzium dan candi-candi yang berkaitan. Selepas setengah jam beliau memberi taklimat kepada kami, sesi penyampaian cenderamata turut dilakukan sejurus itu oleh saya kepada beliau.
Seterusnya, beliau memberi peluang kepada kami untuk meninjau sekeliling di Galeria Lembah Bujang. Saya bersama kumpulan saya turut mengambil kesempatan untuk menulis catatan yang berkaitan dengan keperluan laporan kami. Seterusnya, kami mengambil masa yang terluang untuk meninjau keadaan di atas bukit untuk melihat segala peninggalan candi yang ada. Antara candi yang diperlihatkan kepada para pengunjung ialah candi bukit Batu Pahat, candi Pendiat, candi Pengkalan Bujang dan candi Bendang Dalam. Saya mengambil kesempatan untuk melihatnya dan membayangkan mengenai peranannya pada satu masa dahulu iaitu semasa pengasasan kerajaan Kedah Tua. Saya turut memberikan masa kepada mahasiswa/i lain untuk melakukan aktiviti bebas mereka sama ada ingin mencatat nota, meninjau keadaan candi dan sebagainya.
Ketika jam menunjukkan jam pukul 4.30 petang, kami semua berkumpul di hadapan bangunan Galeria Lembah Bujang. Saya bersama mahasiswa/i lain bersepakat untuk pergi ke Pantai Merdeka untuk mengisi masa terluang dan makan petang. Perjalanan tersebut memakan masa selama 45 minit. Tibanya kami disana, saya memberi masa kepada mereka selama satu jam 15 minit untuk menunaikan solat dan makan petang. Saya turut menggunakan kesempatan tersebut untuk menunaikan solat dan makan minum sesi petang. Sekurang-kurangnya perjalanan ke Pantai Merdeka dapat memberikan senyuman dan kepuasan kepada diri saya sendiri dan mahasiswa/i yang lain selepas berhempas pulas dan kepenatan melaksanakan kajian tempatan terutamanya di
62 tapak arkeologi Sungai Batu. Pada pukul 6.30 petang, bas mulai bergerak pulang ke Universiti Sains Malaysia. Alhamdulliah perjalanan kami selamat dan kami tiba di padang kawat tepat pada pukul 8.00 malam.
Pertama, setiap program mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Antara kebaikannya yang dapat saya lihat ialah program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesame mahasiswa/I ilmu Pendidikan yang bermajorkan sejarah. Hal ini kerana sudah lama kami sebagai mahasiswa/I ilmu Pendidikan tidak pergi ke satu program ilmu bersama-sama di bawah nama pusat pengajian ilmu Pendidikan. Program ini juga memberi peluang kepada sesetengah mahasiswa/i untuk mengenali lebih rapat sesetengah rakannya terutamanya antara mahasiswa/i daripada semenanjung Malaysia dan Borneo. Keduanya ialah program ini mendedahkan mahasiswa/i mengenai sejarah Sungai Batu dengan lebih lanjut lagi. Bukan semua mahasiswa/i tahu mengenai sejarah Sungai Batu dan penganjuran program lawatan ini sekurang-kurangnya dapat membuka mata dan minda mereka mengenai kemunculan tamadun Sungai Batu sebagai tamadun terawal di Asia Tenggara. Ketiga ialah penganjuran program lawatan ini sebenarnya dapat mengasah kemahiran komunikasi kepada saya. Hal ini kerana perancangan dan pelaksanaan program ini memerlukan saya untuk mempunyai komunikasi yang baik. Apapun, perkara tersebut memberi kebaikan dan pendedahan supaya perlunya mengasah skil komunikasi dan interpersonal oleh diri saya sendiri.
Keduanya ialah kelemahan program tersebut dan diri saya sebagai pengarah projek lawatan ini. Pertamanya ialah perancangan masa. Bagi saya, masa lawatan tersebut sangat terhad. Hal ini kerana kita hanya mempunyai masa selama 3 jam untuk berada di tapak arkeologi Sungai Batu.
Jadi, bahagian aktiviti tersebut seperti pembuatan bata dan ekskavasi tidak boleh dijalankan dalam
63 tempoh yang lama. Bagi saya, perkara itu menyebabkan tiadanya kepuasan diri kerana terpaksa menghabiskan aktiviti itu dengan cepat disebabkan kekangan masa. Walaubagaimanapun, lawatan berpandu tersebut tetap dapat dihabiskan. Selain itu ialah saya sendiri perlu mengasah bakat saya sebagai ketua bagi sesuatu program. Bagi saya, nilai kesabaran perlu dididik dalam diri saya.
Prinsip saya ialah saya tidak suka menunggu sesuatu perkara dalam tempoh masa yang lama dan saya lebih gemar menghabiskan sesuatu kerja dalam jangka masa yang cepat. Jadi, saya ingin memohon keampunan daripada AJK dibawah saya jika saya terlalu memaksa mereka supaya bekerja dengan lebih proaktif dan juga kepada Dr. Siti Hawa sama ada secara langsung dan tidak langsung. Ketiga ialah saya sebagai pengarah projek juga memohon kemaafan bagi sebarang kesilapan terutamanya mengenai aspek pembahagian tapak kajian. Saya mendapat aduan daripada sesetengah mahasiswa/i bahawa saya tidak melakukan undian untuk proses pemberian tapak kajian malah sebaliknya hanya menggunakan kuasa dan autoriti saya sahaja. Bagi saya, seperti yang sudah saya katakan bahawa saya kurang menggemari proses birokrasi sehingga menganggu kelancaran sesuatu perkara itu. Jadi, saya menganggap tindakan saya ini memudahkan kerja saya.
Namun, mungkin saya kurang menyedari bahawa tindakan saya ini akan mendapat rungutan daripapa beberapa pihak kerana ada yang merasakan tugasan tapak yang diberi sukar untuk dikaji.
Saya menganggap itulah proses pembelajaran dan tidak rugi untuk kita bersusah payah demi mendapat pengetahuan. Selain itu juga, bagi saya lawatan ilmu ini sebenarnya boleh dilakukan lagi pada masa hadapan namun cadangan saya supaya aktiviti dan tempat lawatan itu boleh diubah ke tempat yang lebih menarik lagi. Hal ini bersesuaian dengan tujuan pendidikan sejarah abad 21 yang mesti berpaksikan pada pengalaman luar dan keseronokan.
Ketiga ialah harapan saya selepas lawatan ini ialah saya sebagai bakal guru sejarah dan pencinta tinggalan sejarah, saya mengharapkan supaya Sungai Batu terus diberi penghargaan yang
64 sewajarnya oleh kerajaan pusat dan kementerian pelancongan. Hal ini kerana penemuan Sungai Batu ini sememangnya telah mengubah sejarah tamadun Asia Tenggara kerana penemuan ini menjadikan Sungai Batu adalah tamadun kerajaan paling tertua sekali melebihi usia candi Borobodur dan Angkor Wat. Sesungguhnya bagi saya, tapak arkeologi Sungai Batu ini mampu memberi pulangan yang baik kepada ekonomi negara pada satu hari nanti. Jika mentaliti masyarakat Eropah yang menghargai tinggalan warisan negara mereka sendiri, mengapa kita sebagai warga Malaysia tidak mampu menghargai warisan negara kita sendiri?. Sebagai contoh pakar arkeologi Lautan Hindi Barat dari United Kingdom iaitu Dr. Derek Kennet sendiri menyatakan bahawa tapak arkeologi Sungai Batu terlalu banyak mempunyai potensi untuk menjadi warisan dunia.Jangan disebabkan perspektif negatif kita terhadap bidang sejarah berbanding bidang sains dan teknologi, maka segala penemuan tinggalan warisan negara juga tidak dianggap penting seterusnya diabaikan. Selain itu, melalui lawatan di Sungai Batu juga, sebenarnya pengetahuan mengenai sesuatu sejarah itu mudah untuk diterima oleh seseorang jika terdapat perasaan keseronokan semasa mempelajarinya. Oleh itu, saya sendiri sebagai bakal guru sejarah akan mengambil peluang jika diberi kesempatan untuk membawa rombongan pelajar sekolah ke tempat bersejarah. Bagi saya, melalui pengalaman dan pemerhatian di luar kelas sebenarnya lebih memberi input yang berguna berbanding pembacaan buku teks semata-mata.
Malah ia juga dapat memberi keseronokan kepada jiwa pelajar itu dan membuktikan persepsi para pelajar bahawa subjek sejarah itu sangat membosankan. Selain itu, ia juga memberi peluang untuk pembinaan aspek empati dalam diri pelajar. Pelajar akan mudah mempunyai sikap empati dan mendalami sesuatu peristiwa sejarah itu jika mereka melihat sesuatu tempat bersejarah itu.
Pembacaan buku tidak mampu membentuk sikap empati tetapi hanya membentuk hafalan semata-mata.
65 Terakhir ialah saya sendiri ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Dr.
Siti Hawa Abdullah atas nasihat beliau kepada saya bagi menjayakan program lawatan ini dibawah Kaedah Mengajar Sejarah II. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang telah saya lantik kerana sanggup memberi kerjasama yang baik kepada saya bagi membantu pelaksanaan program ini. Selain itu, saya juga menghargai kerjasama daripada ahli kumpulan saya kerana bersama mereka, kami dapat menyiapkan tugasan laporan ini. Tidak dilupakan juga kepada ibubapa saya yang memberikan nasihat yang berkaitan bagi menjayakan program ini. Keduanya, saya juga ingin memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan daripada saya sendiri sama ada saya sedari atau tidak sedari.
Terima kasih kepada semua.
Daripada : Muhammad Farhan
66