• Tidak ada hasil yang ditemukan

SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN ARKEO RANGERS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN ARKEO RANGERS"

Copied!
114
0
0

Teks penuh

(1)

1 PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PPG 317/3 : KAEDAH MENGAJAR SEJARAH II SEMESTER 2 SIDANG 2016/2017

TAJUK TUGASAN:

LAPORAN “KEMBARA SEJARAWAN MELESTARI WARISAN”:

LAWATAN KE TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU& MUZIUM LEMBAH BUJANG

SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN “ARKEO RANGERS” :

ANIS MADIHAH BINTI MOHD RASUL 123567

FATMA NAJIHA BINTI AZIZ 123579

KOH HAI MING 123589

MUHAMAD HANIFF BIN AHMAD 123606

MUHAMMAD FARHAN BIN KAMARUDIN 123614

NAMA PENSYARAH : DR. SITI HAWA BINTI ABDULLAH WAKTU TUTORIAL : KHAMIS (9.00-10.00 PAGI)

(2)

2 ISI KANDUNGAN

TOPIK MUKA SURAT

Bahagian A Kajian Kes 1.0 Pendahuluan

1.1 Kelebihan Kajian Sejarah Tempatan 1.2 Rumusan

1 1 1 4 Bahagian B Dapatan Umum Kajian

2.0 Pengenalan

2.1 Perancangan Kajian 2.2 Objektif Kajian 2.3 Hipotesis Kajian

2.4 Kajian Literatur Berkenaan Tapak Arkeologi Sungai Batu

2.5 Kegemilangan Kerajaan Kedah Tua dan Kaitannya Dengan Tapak Arkeologi Sungai Batu 2.6 Pandangan Pendidik Terhadap Tapak

Arkeologi Sungai Batu

5

5

6 7

7

8

10

12

Bahagian C Dapatan Khusus Kajian

3.0 Pandangan Kumpulan Kami Mengenai Bidang Arkeologu

3.1 Perkaitan Bidang Arkeologi Dengan Bidang Sejarah

3.2 Perincian Pengalaman Sepajang Kemabara Sejarawan Melestari Warisan (Sebelum, Semasa, Selepas)

19 19

22

26

(3)

3 3.3 Kajian Khusus Tapak Arkeologi (Peleburan

Besi) di Kompleks Arkeologi di Sungai Batu 3.4 Pengalaman Melakukan Ekskavasi Terhadap Kewibawaan Anda Sebagai Guru Sejarah

32

46

Kesimpulan 49

Bibliografi 52

Refleksi Diri “Arkeo Rangers” 54

Lampiran Gambar 104-115

(4)

4 BAHAGIAN A

KAJIAN KES

1.0 PENDAHULUAN

Elemen utama kajian kes adalah untuk membantu seseorang individu dalam memahami dan menyelesaikan sesuatu masalah, menyampaikan idea dan maklumat kepada masyarakat serta mengembangkan ilmu pengetahuan yang baharu. Secara umumnya, kajian kes ini boleh didefinisikan sebagai mengumpul data dan maklumat serta fakta untuk meningkatkan ilmu pengetahuan (Shuttleworth, 2008) manakala Cresswell (2002) mentakrifkan kajian kes ini sebagai satu proses dan langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis maklumat bagi meningkatkan pemahaman sesuatu topik atau isu. Sehubungan dengan itu, kajian kes mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tingkatan 1, 2015 adalah sebagai satu proses mengkaji sesuatu persoalan atau isu yang diberikan seperti tokoh, institusi, tempat dan peristiwa. Justeru, pelaksanaan kajian kes atau kerja kursus ini sememangnya dapat memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air yang ada di persekitaran mereka selaras dengan matlamat Pendidikan Sejarah di Malaysia di samping meningkatkan pelbagai kemahiran pelajar terutamanya kemahiran inkuiri dalam mempersiapkan diri mereka bagi menghadapi suasana Pembelajaran Abad ke-21.

1.1 KELEBIHAN KAJIAN SEJARAH TEMPATAN

Kajian Sejarah Tempatan merupakan salah satu contoh dan elemen dalam Kajian Kes. Pelbagai manfaat yang boleh diperolehi oleh setiap pelajar dengan pelaksanaan Kajian Sejarah Tempatan ini misalnya menyumbang kepada peningkatan dalam sektor kurikulum dan sistem pendidikan

(5)

5 negara. Dalam menuju Transformasi Nasional 50 yang telah menjadi dasar futuristik bagi membawa hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas tahun 2020, sistem pendidikan negara kita juga turut mengalami perubahan seperti pengajaran dan pembelajaran yang lebih bercorak

“student centered” yang dapat melibatkan pelajar secara langsung dan lebih aktif dalam bentuk pembelajaran yang berbentuk hands-on dan minds-on (Arthur & Wright, 2001; Kurikulum Sejarah Ke Arah Pembentukan Perpaduan Kaum di Malaysia). Oleh itu, antara kelebihan kajian kes ini adalah dapat mempertingkatkan pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar. Seperti yang dinyatakan oleh Siti Hawa Abdullah (2009), pemikiran sejarah ini boleh didefinisikan sebagai satu proses berfikir secara analitis, kritis dan kreatif dalam memahami peristiwa yang berlaku pada masa lalu dan dihubungkaitkan dengan masa kini seterusnya sebagai persediaan untuk masa hadapan. Pelaksanaan kajian sejarah tempatan ini secara tidak langsung pelajar akan dapat menghayati sesuatu peristiwa sejarah dan menyemai empati sejarah dalam diri setiap individu yang terlibat. Misalnya, apabila mengkaji sesuatu sejarah kronologi kewujudan sesuatu tempat seperti Tapak Arkeologi Sungai Batu di Lembah Bujang, Kedah akan dapat memupuk sifat bertanggungjawab dalam kalangan pelajar untuk mempertahankan warisan tempat tersebut yang penuh dengan nilai sejarahnya yang tersendiri pada suatu ketika dahulu yang telah menyumbang kepada khazanah bangsa dan negara pada hari ini.

Selain itu, Kajian Sejarah Tempatan yang merupakan sebahagian daripada Sukatan Pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ini dapat memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar untuk mengkaji aspek-aspek sejarah yang ada di sekeliling mereka di samping meningkatkan pengaplikasian kemahiran sejarah dalam diri mereka.

Melalui kajian ini, kemahiran sejarah seperti mencari, mengumpul, mengelas, menganalisis, mentafsir, dan merumus fakta-fakta sejarah dapat diterapkan dalam kalangan pelajar sekali gus

(6)

6 mereka lebih terdedah kepada kajian sejarah yang lebih bersifat saintifik dan sistematik. Sebagai contoh, kajian berkenaan kawasan Arkeologi di Sungai Batu dan perkaitannya dengan kerajaan Kedah Tua memerlukan pelajar mengaplikasikan semua kemahiran sejarah seperti melakukan soal temu bual bersama responden, mengumpulkan maklumat daripada setiap dokumen di Muzium Lembah Bujang dan menganalisis secara terperinci maklumat yang telah diperoleh secara tidak langsung khazanah sejarah setempat dapat diperkayakan oleh pelajar kita sendiri. Pelaksanaan pelbagai kemahiran ini juga sekali gus telah mewujudkan interaksi pelajar dengan dunia luar secara tidak langsung melenyapkan pandangan negatif terhadap mata pelajaran Sejarah yang dikatakan hanya menggunakan kaedah “chalk and talk” yang menekankan interaksi sehala semata-mata dan dilihat sebagai “the dead man of curriculum” iaitu satu pelajaran yang membosankan (Abdul Razak, 2009).

Seterusnya, kelebihan Kajian Sejarah Tempatan ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dalam terhadap kepentingan nilai sejarah itu sendiri. Seperti yang dinyatakan oleh Lewenstein (1963), sumbangan pendidikan sejarah ini sangat penting dalam mengembangkan nilai dalam kalangan pelajar yang boleh dibahagikan kepada empat iaitu nilai individu, nilai politik, nilai kemasyarakatan dan nilai intelek. Sebagai contoh, apabila pelajar melakukan kajian berkaitan kawasan Arkeologi Sungai Batu dan hubungannya dengan kegemilangan kerajaan Kedah Tua akan mengembangkan nilai individu dalam kalangan pelajar apabila mengetahui sejarah kawasan tersebut yang begitu hebat satu ketika dahulu sehinggakan sekarang kawasan tersebut telah menjadi satu kawasan tumpuan orang ramai dari serata dunia. Hal ini juga dapat meningkatkan intelektual mereka berkaitan dengan sejarah-sejarah yang wujud di sekeliling mereka secara tidak langsung perasaan bangga akan nilai sejarah tempatan ini dapat disemai dalam diri mereka.

1.2 RUMUSAN

(7)

7 Pendidikan Sejarah ini merupakan satu wadah yang terbaik dalam merealisasikan apa yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang proaktif ke arah mempertingkatkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan di samping melahirkan melahirkan individu atau ahli sejarah yang berfikiran rasional dan matang menerusi pelaksanaan kajian sejarah ini.

Berdasarkan pandangan kami sendiri sebagai mahasiswa dan mahasisiwi di Universiti Sains Malaysia, kajian sejarah tempatan ini banyak memberikan kami kelebihan dalam membentuk keyakinan diri di samping menerapkan pelbagai kemahiran sejarah dalam memperkasakan Pendidikan Sejarah mengikut acuan pembelajaran Abad ke-21. Di samping itu, kajian sejarah tempatan ini juga dapat membuka pemikiran kami untuk berfikir dalam skop yang lebih luas dalam melaksanakan sesuatu kajian yang bukan hanya berpusatkan kepada fakta yang dikeluarkan dalam buku-buku ilmiah sahaja tetapi pergi meneroka sendiri sama ada fakta yang dibaca itu sahih akan kebenarannya ataupun tidak. Selain itu, mencari input-input tambahan agar dapat mewujudkan peningkatan dalam tahap pengetahuan khususnya bagi seorang guru yang bakal mengajar kelak sudah pasti perlu menguasai pelbagai kemahiran dalam mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan kritis. Oleh itu, Kajian Sejarah Tempatan sudah pasti mampu mengubah persepsi murid-murid terhadap mata pelajaran Sejarah ini yang bukan lagi diajar dengan kaedah hafalan semata-mata.

(8)

8 BAHAGIAN B

DAPATAN UMUM KAJIAN

“LAWATAN KE TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU, 08100 BEDONG, KEDAH, MALAYSIA& MUZIUM LEMBAH BUJANG”

2.0 PENGENALAN

Dalam kursus PPG 317/3 Kaedah Mengajar Sejarah II, kami telah ditugaskan untuk melaksanakan satu proses pembelajaran yang berasaskan projek yang bertema “Kembara Sejarawan Melestarikan Warisan” yang selari dengan pendidikan abad-21. Kajian ini telah dijalankan di Tapak Sungai Batu dan Muzium Lembah Bujang. Dalam menjalankan kajian ini, kami telah menggunakan beberapa kaedah seperti kaedah temu bual dan inkuiri. Perkara yang akan dibincangkan dalambahagian ini ialah:

Fokus Kajian

Tuntasnya, perlaksaan kajian ini memberikan satu pengalaman yang berharga kepada kami selaku bakal guru sejarah. Sesungguhnya, segala input dan kaedah yang diperolehi di dalam kajian

(9)

9 ini dapat digunakan dalam menjelaskan sesuatu perkara dalam sejarah ke dalam ruang lingkup yang lebih besar, malah pemahaman terhadap sesuatu peristiwa atau perkara dapat dirungkaikan dengan lebih jelas sekaligus meningkat empati sejarah dalam kalangan kami bakal guru sejarah.

2.1 PERANCANGAN KAJIAN

Dalam melaksanakan projek ini, kami telah membuat perancangan awal kajian dengan rapi dan terperinci dengan mencari sedikit maklumat terlebih dahulu memandangkan ketua projek telah mengagihkan tajuk kepada setiap kumpulan yang berbeza. Oleh itu, kami telah membuat sedikit rangka sebelum ke tempat kejadian. Berikut merupakan perancangan kajian kami.

Mencari data dan menganalisis maklumat

• Kami telah membuat persediaan awal dengan membuat proses pencarian maklumat menerusi teknik inkuiri. Melalui kaedah ini, kami telah membuat pembacaan menerusi internet mengenai Tapak Arkeologi Sungai Batu dan Muzium Lembah Bujang.

• Seterusnya, kami telah menyediakan beberapa soalan untuk diajukan kepada orang sumber kami di Tapak Arkeologi Sungai Batu dan Muzium Lembah Bujang.

• Kami telah membuat pengagihan tugas dalam melaksanakan projek ini seperti multimedia, pendokumentasian dan sebagainya.

• Tuntasnya, dalam kajian ini kami menerokai dan membuat pemilihan bukti secara relevan dan terperinci.

(10)

10 2.2 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan berdasarkan beberapa isu dan objektif kajian. Berikut merupakan objektif kajian projek ini :

1) Untuk memahami dan mendalami dengan lebih terperinci mengenai bidang arkeologi di Sungai Batu.

2) Untuk mengkaji mengenai tapak peleburan besi di Sungai Batu.

3) Untuk menghubungkaitkan bidang arkeologi dengan bidang pendidikan Sejarah.

2.3 HIPOTESIS AWAL KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, kami dapat membuat beberapa hipotesis awal berkenaan Tapak Arkeologi Sungai Batu. Sebagai seorang bakal guru sejarah, tapak ini seharusnya sinonim dengan guru sejarah kerana dikatakan Sungai Batu di Malaysia merupakan Tamadun Tertua di Asia Tenggara. Perkara ini dapat dikaitkan dengan sukatan pembelajaran sejarah di dalam buku teks Tingkatan 1 bab 2 yang mana tapak tersebut menjadi bukti dalam mengukuhkan pemahaman bagi seorang guru mengenai Kerajaan awal di Asia Tenggara seperti kerajaan Kedah Tua, Kerajaan chih-Tu, Kerajaan Champa dan sebagainya. Sedikit sebanyak maklumat mengenai bidang arkeologi yang berkait rapat dengan bidang sejarah yang bukan hanya menemukan benda, tetapi mengungkapkan segala keterangan mengenai tingkah laku manusia yang mencakupi sistem ideologi, sistem sosial, dan sistem teknologi pada zaman purba atau kuno. Tambahan pula, bidang arkeologi dapat merekonstruksi cara-cara hidup masyarakat masa lalu, dan menggambarkan proses-proses budaya. Selain itu juga kami mendapati beberapa maklumat mengenai muzium Lembah bujang yang merupakan koleksi arkeologi bagi membuktikan kewujudan pusat

(11)

11 perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara kurun ke 3 masehi hingga ke 12 masehi. Oleh itu, kami telah melakukan rasionalisasi dan generalisasi maklumat bagi memastikan kajian ini dapat dijalankan seperti yang diinginkan. Hasil rasionalisasi dan generalisasi maklumat dapat dilihat menerusi objektif kajian yang telah kami kaji dan analisiskan.

2.4 KAJIAN LITERATUR BERKENAAN TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU

Kawasan Tapak Arkeologi Sungai Batu adalah terletak di kawasan Lembah Bujang di Bedong, Kedah. Menurut daripada kajian Arkeologi yang dijalankan oleh Suhana Yusof (2016), tapak ini terletak lebih kurang daripada 10 km dari Sungai Petani dan 80 km dari Alor Star.

Kawasan arkeologi Sungai Batu ini telah ditemui oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2007. Suatu ketika dahulu, tapak arkeologi Sungai Batu ini terletak di kawasan penanaman getah tetapi akibat daripada proses penggondolan tanah dari perubahan sektor ekonomi pertanian, tapak tersebut kini terletak di kawasan ladang kelapa sawit yang berdekatan dengan jalanraya baru Merbok-Semeling. Berdasarkan kajian paleoalam (2007), telah menunjukkan bukti bahawa Sungai Batu merupakan kawasan daratan yang boleh dihuni pada kurun pertama Masihi. Keadaan geografi tapak ini secara tidak langsung menjadikan Sungai Batu sebagai pilihan kepada masyarakat dahulu sebagai tempat tinggal mereka berbanding di kawasan lain ketika itu. Melalui laman web berita Arkeologi USM, bermula daripada tahun 2009 sehingga 2015, aktiviti ekskavasi yang dijalankan oleh PPAG di Tapak Arkeologi Sungai Batu telah berjaya membongkar pelbagai penemuan ketamadunan rantau Asia Tenggara ini seperti monumen ritual di Tapak Sungai Batu yang telah disahkan secara saintifik usianya telah mencecah kira-kira 2000 tahun.

(12)

12 Tapak Sungai Batu yang terletak di dalam pada kedudukan koordinat latitud 100ᵒ 27.1 Timur, dan longitud 05ᵒ 41.6’ Utara dan altitud 12 meter di atas aras laut ini mempunyai keluasan empat kilometer persegi melalui jumpaan 97 tapak pada tahun 2007. Selain itu, sejarah kajian berkaitan Sungai Batu sebenarnya telah bermula lebih awal iaitu pada tahun 1921, Evans telah melaporkan penemuan arca Durga Mahisasuramardhini dan arca Ganesha tetapi ianya dijumpai sekitar 3km2 ke utara tapak Kompleks Sungai Batu. Selain Evans, Allen (1998) juga turut menjalankan kajian di Sungai Batu dan telah menemui artifak-artifak seperti bata dan laterit.

Oleh itu, aktiviti penyelidikan Sungai Batu boleh dibahagikan kepada lapan fasa berdasarkan tahun pembukaan tapak ekskavasi bermula dari tahun 2009. Kawasan kajian ini akan dilabelkan sebagai SB1 yang membawa maksud sebelah utara jalan Merbok-Semeling dan SB2 pula merujuk kepada bahagian selatan. Huruf ‘A’ dan ‘B’ dan seterusnya mewakili tapak yang diekskavasi. Sebagai contoh, melalui pemerhatian kami sewaktu melawat ke tapak ini, setiap tapak itu sudah mempunyai label namanya sendiri seperti Tapak Peleburan Besi (Abad Pertama hingga Kelima Masihi) yang diberi nama sebagai Tapak SB2A. Selain daripada tapak peleburan besi, kompleks Sungai Batu ini turut mendedahkan dengan penemuan bukti monumen ritual, monumen sokongan, monumen jeti dan monumen sokongan jeti. Kini, setiap tapak berkenaan dikenali sebagai tapak pentadbiran pelabuhan, jeti dan upacara penyembahan. Hasil ekskavasi di Kompleks Sungai Batu yang dilakukan dari tahun 2009 hingga 2015 ini, telah mendedahkan sebanyak 49 daripada 97 yang dipetakan pada tahun 2007. Menurut Allen (1988) dan Andaya (2011), sebelum ini pernah direkodkan sebanyak 87 tapak di Lembah Bujang yang merangkumi keluasan tapak ekskavasi seperti tapak SB1P seluas 21 x 33 meter persegi manakala tapak SB1Q 21 x 30 meter persegi. Kedudukan setiap tapak ini adalah berhampiran antara satu sama lain.

(13)

13 Sehubungan dengan itu, penemuan tapak di Kompleks Arkeologi Sungai Batu ini telah telah membawa satu titik tolak yang baharu kepada pensejarahan dalam ketamadunan terawal di Asia Tenggara iaitu Kerajaan Kedah Tua yang sebenarnya telah mencecah usia sejak 2200 tahun yang lalu. Melalui bacaan di berita kampus USM turut menyatakan seorang pengembara dari tamadun China telah singgah di Chiah-Cha iaitu Kedah Tua dan telah menggambarkan kerajaan tersebut sebagai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan yang teragung di rantau Asia ini. Maka tidak hairanlah sekiranya, di kawasan Arkeologi Sungai Batu ini menurut rekod saintis islam, Al- Biruni dan Al- Kindi, besi di Kedah Tua (Kalah) adalah besi yang terbaik di dunia. Oleh itu, Kompleks Arkeologi Sungai Batu ini telah diisytihar rasmi sebagai tamadun terawal dan tertua di rantau ini. Acara bersejarah yang berlangsung Festival Kedah Tua 2016 yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya Kedah ini telah pun diabadikan melalui penyerahan plak pengisytiharan oleh pakar arkeologi daripada Universiti Oxford, Profesor Dr. Stepehen Oppenheimer kepada Pengarah PPAG di USM iaitu Profesor Datuk Dr. Mokhtar Saidin. (Berita Bernama: 23 Mei 2016).

2.5 KEGEMILANGAN KERAJAAN KEDAH TUA DAN KAITANNYA DENGAN TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU

Sejarah tamadun awal dunia di Kedah Tua dikatakan berasal dari Lembah Bujang. Pada ketika itu, terdapat pelbagai nama yang merujuk kepada Kedah Tua antaranya catatan terawal oleh Tome Pires dalam bukunya yang bertajuk “Suma Oriental” pada tahun 1513-1515 Masihi. Selain itu, berdasarkan kepada sumber-sumber bertulis asing seperti sumber daripada India menyatakan Kedah Tua dahulu dikenali sebagai “Kataha” atau dalam bahasa Sanskrit disebut sebagai

“Katahanagara”. Manakala dalam bahasa Tamil pula dikenali sebagai “kidaram” atau “Kadaram”

yang bermaksud kuali besar dan “Kalagam” yang bermaksud warna hitam. Bukan itu sahaja,

(14)

14 kerajaan ini juga mungkin sama dengan “Kalah” seperti yang tercatat di dalam sumber-sumber Arab pada sekitar abad ke 8 atau 9 Masihi. Di dalam catatan Arab tersebut, ada menyebutkan sebuah pusat perdagangan yang dikenali sebagai “Kalah” ataupun “Kalah-bar” iaitu lokasinya berada di rantau Asia Tenggara. Malahan, I-Ching melalui sumber Cina turut menamakan kerajaan ini sebagai “Cheh Cha”. Berdasarkan catatan-catatan asing mengenai istilah Kerajaan Kedah Tua dapat disimpulkan bahawa kerajaan ini merupakan sebuah kerajaan yang masyhur dan gemilang pada ketika itu. Hal ini demikian kerana, kerajaan ini dilihat dapat berdagang dan mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan awal dunia seperti India, Arab dan China sehingga mempunyai istilah atau gelaran yang tersendiri bagi setiap kerajaan tersebut.

Kerajaan Kedah Tua yang gemilang pada ketika itu dikatakan mempunyai struktur pentadbiran yang sistematik, ekonomi yang maju dan perkembangan agama Hindu-Budha yang pesat. Kemajuan Kerajaan Kedah Tua sering dikaitkan dengan Lembah Bujang. Buktinya, ahli sejarah berpendapat di antara abad ke-4 sehingga abad ke-14 Masihi menyatakan telah wujud pusat penempatan yang berpusat di Lembah Bujang. Perkara ini sebenarnya dapat dibuktikan pada hari ini dengan kemajuan dalam ilmu penyelidikan arkeologi yang membuktikan Kerajaan Kedah tua sebenarnya mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kawasan Lembah Bujang. Sebagai contoh, melalui penemuan tapak-tapak arkeologi yang digunakan semasa zaman kegemilangan Kerajaan Kedah Tua. Misalnya berdasarkan empat tapak yang terdapat di Tapak Arkeologi Sungai Batu seperti tapak ritual agama, tapak jeti dan tapak peleburan besi dapat membuktikan kemajuan dan kegemilangan kerajaan Kedah Tua sebagai kerajaan terawal di Asia Tenggara pada ketika itu.

Menurut Mokhar et. al, (2011), tapak arkeologi Sungai Batu berkeluasan sekitar empat kilometer persegi berdasarkan jumpaan 97 tapak pada tahun 2007. Tambahan lagi, sejarah penyelidikan di Sungai Batu sebenarnya bermula lebih awal daripada itu kerana pada tahun 1921

(15)

15 telah melaporkan penemuan arca Durga Mahisasuramardhini dan arca Ganesha 3 kilometer persegi ke utara tapak Kompleks Arkeologi Sungai Batu. Berdasarkan bukti tersebut, kemungkinan besar tapak permulaan Kerajaan Kedah Tua bermula di Kompleks Arkeologi Sungai Batu. Perkara ini dikukuhkan lagi, menurut Cik Ratnah Wati iaitu orang sumber yang ditemui di Tapak Arkeologi Sungai Batu yang menyatakan kewujudan Kerajaan Kedah Tua 535 Sebelum Masihi boleh dikaitkan dengan perjumpaan tapak-tapak peleburan besi yang berusia hampir sama dengan Kerajaan Kedah tua.

Sesungguhnya, dengan adanya tapak Kompleks Arkeologi Sungai Batu dapat melengkapkan lagi kajian dan pembuktian terhadap kewujudan dan kegemilangan Kerajaan Kedah Tua sebagai tamadun awal dunia. Tuntasnya, dengan kejayaan penerokaan tapak arkeologi ini di jalan raya baharu Merbok-Semeling dapat membuktikan kewujudan tamadun gah seperti Kerajaan Kedah Tua yang telah pun berusia 2600 tahun. Bukan itu sahaja, ia sekali gus dapat membuktikan Kerajaan Kedah Tua lebih tua daripada tapak Angkor Wat di Kemboja kurun ke-12 Masihi mahupun Borobudur di Indonesia kurun ke-9 Masihi.

2.6 PANDANGAN PENDIDIK TERHADAP TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU

Kajian mengenai Tapak Arkeologi Sungai Batu pada tahun 2009 oleh para pengkaji arkeologi Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Prof. Dr. Mokhtar Saidin sebenarnya telah membuka satu haluan baru dalam sejarah negara Malaysia. Pengiktirafan Sungai Batu oleh dunia luar telah memberi kelainan dalam sejarah negara dan juga terhadap ketamadunan bangsa Melayu.

Selain itu, kemunculan Sungai Batu juga dapat menepis persepsi masyarakat Malaysia bahawa sejarah negara mesti bermula pada abad 13 iaitu penubuhan kerajaan Melayu Melaka lagi sedangkan kajian terhadap kawasan ini telah membuktikan bahawa ketamadunan orang Melayu sudah wujud sejak abad pertama lagi. Perkara ini juga meletakkan Sungai Batu merupakan

(16)

16 kawasan dan kerajaan yang tertua di Asia Tenggara melepasi umur kerajaan lain di Asia Tenggara seperti Srivijaya, Funan dan sebagainya. Kajian terhadap Sungai Batu yang merangkumi bidang ilmu arkeologi ini sebenarnya berkait rapat dengan pendidikan sejarah di negara Malaysia. Malah, ia juga memberi penekanan penting dalam tugas para pendidik sejarah dalam mengajar subjek sejarah kepada para pelajar. Pandangan yang kami sertakan mewakili para pendidik terhadap Tapak Arkeologi Sungai Batu meliputi tiga isu iaitu perubahan silibus pendidikan sejarah di sekolah, kekurangan minat terhadap ilmu sejarah dan arkeologi dalam kalangan generasi muda dan perubahan mentaliti masyarakat Malaysia terhadap bidang arkeologi.

Isu pertama yang akan dibahaskan ialah perubahan silibus pendidikan sejarah di sekolah.

Kajian yang dilakukan oleh kumpulan pengkaji daripada Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia sememangnya membuktikan bahawa usia tamadun Sungai Batu adalah lebih lama daripada kawasan di Asia Tenggara yang lain. Mengikut Prof. Dr. Mokhtar Saidin ada menyatakan bahawa Sungai Batu yang termasuk dalam lingkungan Lembah Bujang dikatakan telah berusia 2000 tahun berbanding candi Borobudur yang berusia 1200 tahun dan Angkor Wat yang berusia 900 tahun sahaja. Tambahan beliau lagi, Sungai Batu di Merbok sudah wujud sejak 500 sebelum masihi lagi berbanding candi Borobudur pada abad 9 dan Angkor Wat pada abad 12. Hal ini meletakkan Sungai Batu sebagai tamadun awal dan tertua di Asia Tenggara.

Maka, pengiktirafan Sungai Batu sebagai tamadun terawal dan tertua menyebabkan adanya desakan daripada sarjana-sarjana kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengubah fakta sejarah dalam buku teks sejarah sekolah. Hal ini kerana buku teks sejarah negara kita mengakui bahawa kerajaan Funan merupakan kerajaan tertua di Asia Tenggara sedangkan penemuan terbaru ini meletakkan tamadun Sungai Batu sebagai tamadun terawal dan tertua mengatasi kerajaan Funan. Bagi warga pendidik, seharusnya perubahan fakta pada silibus sejarah perlu dilakukan

(17)

17 kerana setiap fakta sejarah itu memberi kefahaman dan interprestasi tertentu kepada para pelajar.

Bagi mengelakkan salah faham kepada pelajar dan demi identiti nasional, seharusnya perubahan itu perlu dilakukan tanpa berfikir panjang oleh pihak kementerian. Namun begitu, Dato Seri Mandzir Khalid mewakili Menteri Pendidikan Malaysia memberi kenyataan bahawa kementerian tidak merancang untuk mengubah fakta subjek sejarah namun memberi pertimbangan untuk menjadikan sejarah Sungai Batu sebagai bahasan pengajian elektif. Beliau memberi sebab lambakan isi sejarah menyebabkan sukarnya kementerian untuk mengubah fakta sejarah sedia ada.

Lain pula pendapatnya bagi seorang Naib Presiden Persatuan Arkeologi bahagian Asia Tenggara di Jepun iaitu Prof. Dr. Mariko Yamagata:

“Saya amat berharap agar apa yang ada di sini tidak dipersiakan begitu saja. Kewujudannya cukup lama berbanding tamadun lain di Asia Tenggara iaitu pada 535 sebelum Masihi serta pertumbuhan pertukangan besi yang telah ada di kawasan itu sudah cukup boleh mengubah sejarah Asia Tenggara.”

Bagi kami sebagai bakal pendidik, amat perlu bagi kementerian untuk mengubah fakta sejarah kerana walaupun ia hanya sekecil maklumat sahaja namun ia mampu memberi interprestasi yang amat besar dalam sejarah negara. Sebagai contoh, tamadun Sungai Batu tersebut dapat memberitahu kita bagaimana tamadun dahulu sudah mampu melakukan proses peleburan besi dan menjadi sebuah pusat ekonomi yang terkenal di dunia pada masa itu. Kemajuan tersebut sebenarnya selain dapat memberi kita maklumat sejarah, ia juga mampu membentuk jati diri nasional bahawa tamadun kita juga setaraf usianya dengan tamadun utama dunia. Peristiwa penyerahan plak pengisytiharan daripada pakar arkeologi daripada universiti Oxford iaitu Prof.

Stephen Oppenheimer kepada Prof. Dr. Mokhtar Saidin membuktikan penghargaan dan keterujaan

(18)

18 mereka terhadap penemuan Sungai Batu tersebut. Plak tersebut sebenarnya ditandatangani oleh lima pakar arkeologi yang mewakili lima tamadun utama dunia iaitu Mesopotamia, Indus, Mesoamerica, China dan Rom. Hal ini menunjukkan bahawa mereka setuju jika tamadun Sungai Batu diletakkan sama aras seperti tamadun yang disebutkan tadi oleh kerana persamaa usianya.

Lakaran gambar dibawah memperlihatkan bagaimana tamadun Sungai Batu merupakan sebuah tamadun terawal di Asia Tenggara;

Gambar 1: Peta yang menunjukkan Sungai Batu antara tamadun terawal di Asia Tenggara.

(19)

19 Isu keduanya ialah pada pandangan kami, Tapak Arkeologi Sungai Batu mempunyai persepsi yang berlainan daripada golongan generasi muda. Perkara ini bermaksud tapak ini tidak menjadi perhatian golongan muda berbanding tempat hiburan. Persepsi mereka terhadap tapak ini seperti sunyi, bosan, mati dan sebagainya menyebabkan kawasan ini tidak menjadi pilihan generasi muda. Peranan ibu bapa juga yang gemar membawa anak mereka ke pusat hiburan berbanding tapak kajian dan muzium merupakan salah satu sebabnya. Namun, kami tidak menyangkal bahawa sememangnya ada minat daripada generasi muda dan tua terhadap kajian arkeologi seperti di Sungai Batu namun bilangannya boleh dikira sahaja. Bagi pandangan kami, masalah ini boleh diatasi melalui peranan pendidik dan ibubapa. Pendidik itu mestilah mempunyai satu perspektif yang positif terhadap bidang arkeologi dan melalui itu, pendidik boleh melakukan sesi

“brainwash” terhadap pemikiran pelajar di sekolah. Apa yang boleh dikatakan ialah sebenarnya

muzium yang merangkumi juga tapak kajian arkeologi Sungai Batu mampu membentuk idealisme orang muda dan menjadi lambang identiti nasional. Bagi kami, melihat kemunculan tamadun Sungai Batu yang sudah wujud 500 tahun sebelum Masihi dimana mereka sudah mempunyai teknologi untuk meleburkan besi dan menjadi pusat perdagangan utama dunia sepatutnya membanggakan kita sebagai negara Malaysia. Perkara inilah yang harus ditekankan oleh para pendidik di Malaysia ini. Pastinya, pendidik tidak perlu mempunyai pemikiran yang subjektif terhadap bidang arkeologi di Malaysia. Walaupun berbeza nama dan kajian, bidang arkeologi tetap mempunyai hubungan yang rapat dan saling berkaitan dengan bidang sejarah. Kami sebagai bakal pendidik mengharapkan warga pendidik di Malaysia mampu mentransformasikan pemikiran sendiri atau generasi muda seperti warga luar negara dimana mereka sememangnya sangat menghargai jika negara mereka menjumpai sesuatu tinggalan sejarah.

(20)

20 Isu ketiga ialah berlaku perubahan dalam perspektif generasi muda terhadap prospek kerjaya bidang arkeologi. Bidang arkeologi sering dianaktirikan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Bidang ini boleh diibaratkan sebagai tidak mendapat perhatian oleh pelajar dan guru itu sendiri. Antara sebab yang diberikan ialah bidang ini sangat membosankan, tiada manfaat dan tiada prospek kerjaya. Guru juga memainkan peranan dalam pembawaan masalah ini. Hal ini kerana tidak dinafikan bahawa sebahagian besarnya golongan pendidik ini beranggapan bahawa terdapat bidang lain yang perlu diutamakan dan dipelajari seperti sains dan teknologi manakala bidang yang lain dianggap sebagai tidak membawa masa hadapan yang cerah. Perkara ini sebaliknya berlaku di luar negara seperti Mesir, Amerika Syarikat, England dan sebagainya kerana bagi mereka, bidang arkeologi dianggap sebagai bidang yang popular berbanding bidang sains dan teknologi. Hal ini mungkin kerana mentaliti masyarakat mereka yang lebih menghargai warisan tinggalan negara. Namun demikian, kejayaan demi kejayaan dalam bidang arkeologi seperti jumpaan tamadun Sungai Batu dan juga Guar Kepah seolah-olah dapat membuka mata masyarakat dan memandang tinggi terhadap bidang arkeologi. Malah, ia juga dapat membuka prospek kerjaya dalam bidang arkeologi dengan lebih meluas lagi. Oleh itu, perkara yang ditekankan kami ini sebenarnya mahu ditujukan kepada golongan pendidik agar golongan pendidik itu dapat mengubah mentaliti generasi muda terhadap bidang arkeologi bermula di peringkat sekolah lagi.

Kesimpulannya, penemuan Sungai Batu sememangnya telah membuka mata masyarakat Malaysia mengenai kemunculan ketamadunan Melayu yang lebih awal dan tertua berbanding tamadun lain di Asia Tenggara. Selain itu juga, perkara tersebut juga dapat membuka pemikiran masyarakat supaya lebih positif terhadap bidang arkeologi di Malaysia. Tambahan, peranan kita sebagai warga pendidik juga sememangnya amat penting dalam membawa sebarang perubahan pemikiran dalam diri seseorang pelajar.

(21)

21 BAHAGIAN C

DAPATAN KHUSUS KAJIAN

“LAWATAN KE TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU, 08100 BEDONG, KEDAH, MALAYSIA”

3.0 PANDANGAN KUMPULAN KAMI MENGENAI BIDANG ARKEOLOGI

Berdasarkan pengetahuan asas kami mengenai bidang arkeologi ini sebelum melawat ke Tapak Arkeologi Sungai Batu adalah berkaitan dengan kajian-kajian fosil ataupun monumen yang dijumpai dengan menentukan fungsi, rupa bentuk dan usia sesuatu fosil dan monumen tersebut.

Pada pandangan kami juga, bidang arkeologi ini merupakan satu bidang yang bersinonim dengan bidang Sejarah. Hal ini demikian kerana setiap fosil atau monumen yang sudah pasti mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri dan unik akan menyumbang kepada pertambahan ilmu khususnya dalam ilmu Sejarah yang sebelum ini tidak diketahui oleh mana-mana pihak. Justeru, bidang arkeologi ini adalah satu bidang yang amat penting kepada pemeliharaan dan pemuliharaan sesuatu khazanah negara yang bernilai bagi tatapan generasi masa hadapan.

Di samping itu, kami juga merasakan bidang ini begitu istimewa kerana ianya bukan sahaja dapat membongkar pelbagai peninggalan artifak ataupun fosil pada zaman lampau tetapi sektor arkeologi ini turut meneliti setiap penemuannya dengan kajian-kajian saintifik iaitu menerusi kegiatan ekskavasi. Sekiranya seseorang itu tidak memahami dengan begitu mendalam istilah arkeologi ini maka mereka akan melihat bidang ini seakan sama dengan pekerja bangunan yang menggali tanah. Sememangnya, bidang arkeologi ini juga menggali tanah tetapi tujuannya adalah amat berbeza kerana melalui ekskavasi, ianya bertujuan membuktikan hipotesis-hipotesis mengenai sesuatu perkara yang disebut oleh sumber-sumber sejarah. Perkara inilah yang membezakan bidang arkeologi ini kerana para arkeologis akan melakukan proses cari gali dengan

(22)

22 begitu teliti yang mungkin mengambil masa beberapa bulan ataupun beberapa tahun untuk mengesahkan sesuatu kebenaran mengenai perkara yang ditemui oleh mereka.

Di Malaysia, bidang arkelogi ini bukan menjadi satu pilihan bidang yang diminati oleh para belia masa kini khususnya yang tidak mempunyai pengetahuan yang lebih akan keistimewaan bidang ini berbanding pilihan bidang-bidang yang popular seperti bidang kedoktoran, bidang arkitek dan bidang penguaman justeru mereka menganggap arkeologi ini sebagai satu bidang yang membosankan iaitu kerjanya hanya menggali tanah, buat analisis mengenai penemuan tersebut dan selesai. Walaubagaimanapun, bagi kami, arkeologi ini menggambarkan satu pekerjaan yang gah dan terbilang yang mempunyai auranya yang tersendiri khususnya menyumbangkan sumber tenaga kerja mereka dalam menyelongkar peninggalan-peninggalan yang penting oleh ketamadunan zaman lampau untuk disemadikan nilai sejarahnya pada hari ini. Tanpa bidang ini, sudah semestinya generasi hari ini tidak mungkin akan tahu secara terperinci akan segala sejarah yang berlaku pada zaman-zaman terdahulu seperti zaman Paleolitik, Zaman Neolitik, Zaman Logam dan sebagainya. Oleh itu, secara jelas boleh dilihat sumbangan bidang arkelogi yang begitu penting dalam mentamadunkan segala peninggalan-peninggalan masyarakat yang hidup beratus juta tahun dahulu agar ianya kekal sebagai sumber khazanah negara yang bernilai yang tidak akan dapat ditemui pada masa hadapan sekali gus sebagai pemangkin kepada kemajuan negara yang ada sehingga ke hari ini. Sepertimana yang dijumpai oleh pihak Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai monumen ritual di Tapak Sungai Batu yang diketuai oleh Professor Dato’ Dr. Mokhtar Saidin. Beliau mengatakan bahawa:

(23)

23

“Satu lagi penemuan penting di Sungai Batu melibatkan bengkel peleburan besi, membuktikan pengusaan teknologi tinggi dalam kalangan masyarakat purba di Sungai Batu ketika itu. Pengkaji PPAG menemui lebih daripada 20 relau yang digunakan untuk melebur besi di Sungai Batu dan kawasan sekitarnya, membuktikan kehebatan Kedah Tua yang pernah wujud di Sungai Batu. Bukti peleburan besi ditunjukkan dengan kehadiran bijih besi, sisa besi, tuyere (peniup angin), sisa relau, arang dan abu pembakaran serta jutaan jongkong-jongkong besi di temui ada yang tertanam dan ada yang timbul di permukaan tanah. Dengan menggunakan kaedah saintifik dipanggil Optically Stimulated Luminescence (OSL), hasil penemuan ini sudah berusia 535 sebelum Masihi atau lebih kurang 2000 tahun yang lalu."

Menerusi kata-kata daripada Pengarah PPAG melalui laman web Arkeologi Usm ini mengenai penemuan peleburan besi telah membuatkan kami cukup kagum akan kehebatan bidang arkeologi ini dalam menyelidiki sehingga akar umbi dalam menyingkap kembali zaman-zaman sejarah yang telah wujud satu ketika dahulu malah kemungkinan sumbangan zaman tersebut kepada generasi sekarang seperti pembuatan relau tidak akan dapat diketahui asalnya tanpa wujudnya kajian daripada bidang arkeologi ini.

Seterusnya, berdasarkan pengalaman kami menjejaki Tapak Arkeoogi Sungai Batu ini membuatkan kami lebih terpegun akan bidang arkeologi ini kerana prosesnya yang begitu teliti dan agak rumit sewaktu melaksanakan ekskavasi. Secara ringkasnya, aktiviti ekskavasi dalam bidang arkeologi ini adalah berkaitan dengan penggerudian tanah bagi mencari sesuatu artifak dengan proses-prosesnya yang teliti seperti pemasangan tali grid dan pemetaan kontur tapak.

Sebagai contoh, pemasangan tali grid ini yang ditentukan mengikut arah utara yang dipasang 1 x 1 meter yang bertujuan untuk memudahkan proses ekskavasi dan data akan direkodkan jika

(24)

24 menemui jumpaan artifak di petak ekskavasi berkenaan dan sememangnya proses ini memerlukan ketelitian yang begitu tinggi oleh ahli arkeologi. Selain itu, kami turut memahami bidang arkeologi ini bukan sahaja memfokuskan kepada artifak atau fosil semata-mata tetapi ianya turut mengkaji dan menganalisis bentuk monumen untuk melihat gambaran sebenar rupa bentuk tersebut pada zaman dahulu walaupun tidak sepenuhnya monumen asal dapat digambarkan tetapi bidang arkeologi ini dapat memberikan gambaran secara umum rupa bentuk dan bahan-bahan yang digunakan untuk membina monumen tersebut pada zaman dahulu seperti gambaran pembinaan relau yang dilihat oleh kami sewaktu melawat ke Tapak Arkeologi Sungai Batu ini.

Sehubungan dengan itu, kami berpendapat bidang arkeologi ini merupakan satu bidang yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan sumbangannya yang begitu bermakna dalam mengekalkan warisan sejarah negara di samping meningkatkan sektor arkeo-pelancongan dalam negara. Tambahan pula, dengan wujudnya sektor arkeologi ini secara tidak langsung dapat memberikan ilmu tambahan mengenai sejarah-sejarah ketamadunan zaman-zaman lampau khususnya kepada murid- murid yang begitu terikat dengan maklumat-maklumat yang dipaparkan di dalam buku teks sekolah sahaja seperti sejarah Tamadun Kedah Tua yang tidak begitu terperinci dibincangkan di dalam silibus Sejarah Tingakatan 1.

3.1 PERKAITAN BIDANG ARKEOLOGI DENGAN BIDANG SEJARAH

Apakah perkaitan arkeologi dengan bidang sejarah? Sebenarnya arkeologi merupakan sebahagian dari sejarah. Perkara ini dapat dilihat melalui sejarah sejak zaman awal prasejarah 3 juta tahun dahulu yang mana bergantung dari bukti-bukti arkeologi. Sejarah konvensional hanya bermula sejak 3,000 BC di Asia Barat apabila tulisan diperkenalkan diikuti tempat-tempat lain di dunia. Prasejarah merupakan zaman sebelum bukti-bukti rekod bertulis manakala sejarah ialah kajian terhadap masa lampau menggunakan sumber bertulis. Arkeologi banyak menyumbang

(25)

25 terhadap pengetahuan sejarah melalui penemuan-penemuan yang telah dilakukan. Gagasan menarik mengenai hubungan antara arkeologi dan sejarah pernah disampaikan oleh Montana (1989) dalam artikelnya pada Pertemuan Ilmiah Arkeologi (PIA) V di Yogyakarta. Beliau menyampaikan bahwa sejarah yang berfokus pada data tertulis dan dokumen yang berasal dari masa lampau untuk menjelaskan peristiwa yang terjadi di masa lampau hanya memiliki 1% dari kejadian yang terjadi di masa lampau. Ini bermakna hanya sedikit saja dari masa lampau manusia yang dapat dipelajari melalui data atau dokumen tertulis. Lebih lanjut, selebihnya yaitu 99% dari masa lampau itu tidak meninggalkan catatan, itu diluar batasan kajian sejarah (Fish, 1978: 187 dalam Montana, 1989: 194). Jelas bahawa tanpa penyelidikan arkeologi, bidang pengkajian sejarah mungkin hanya bersifat naratif atau mitos semata-mata.

Memberi kronologi peristiwa yang tepat dan benar

Peristiwa, tempat, tokoh dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya, disebut sebagai fakta sejarah. Fakta sejarah tidak boleh direka dan ditokok tambah serta perlu dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya. Oleh itu, melalui bidang arkeologi ini, sumber sejarah dapat dibuktikan dengan sahih. Sebagai contoh, tarikh kewujudan tapak Sungai Batu dapat dibuktikan melalui penemuan tapak yang dahulunya penduduk hanya melihat tapak tersebut sebagai tanah biasa. Namun, setelah berlakunya eskavasi dalam kalangan ahli arkeologi, tapak tersebut merupakan satu tapak yang sangat berharga dalam sejarah negara kita yang mana menjadi bukti kepada kerajaan awal Asia Tenggara sebelum kewujudan Melaka sebagai pusat pelabuhan yang terkenal. Oleh itu, bukti ini memperlihat kronologi peristiwa penting bagi sejarah negara kita.

(26)

26

Pengkajian ke atas tinggalan-tinggalan terdahulu.

Tinggalan yang dimaksudkan itu ialah beberapa jenis tapak, candi, artifak, seperti tembikar, tengkorak, tulang manusia, tulang haiwan, manik-manik, alatan senjata, pinggan mangkuk dan sebagainya. Pengkajian ke atas artifak-artifak tersebut dapat membuktikan kesahihan tempoh masa dan juga kebenaran dakwaan kewujudan sesuatu tamadun itu. Hal ini dapat membantu para sejarawan menghasilkan hasil penulisan yang lebih berkualiti berdasarkan kebenaran fakta yang telah dilaksanakan melalui kajian arkeologi. Sebagai contoh, Prasasti yang merupakan piagam atau dokumen yang ditulis pada bahan yang keras, dianalisis melalui gabungan pengetahuan sejarah dan arkeologi.

Tafsiran Sejarah lebih bermakna

Tafsiran sejarah boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau sebaliknya. Sejarawan atau ahli sejarah berusaha mencari jawapan atau menerangkan sebab- musabab sesuatu peristiwa itu berlaku. Usaha untuk membuat tafsiran sejarah yang betul dan tepat memerlukan seseorang sejarawan atau ahli sejarah melakukan penyelidikan seperti bidang arkeologi. Tafsiran setiap ahli sejarah atau sejarawan kadang kala berbeza menyebabkan bidang penyelidikan seperti arkeologi menjadi penting bagi memberi tafsiran yang lebih bermakna.

Sebagai contoh, ahli-ahli arkeologi telah mengisytiharkan bahawa Sungai Batu telah mendahului beberapa abad daripada dua khazanah arkeologi terkemuka di rantau ini - kuil Borobudur di Indonesia dan Angkor Wat di Kemboja, yang masing-masing dibina pada abad ke-9 dan ke-12.

Walau bagaimanapun, kita diajar dan didedahkan bahawa tamadun Melayu hanya bermula pada zaman Kesultanan Melaka kira-kira 400 tahun yang lalu. Tetapi, penemuan yang dilakukan oleh ahli arkeologi telah membuktikan bahawa sejarah yang dilaungkan selama ini oleh pihak orientalis adalah tidak tepat kerana tamadun Melayu sememangnya bermula seawal kira-kira 2,000 tahun

(27)

27 yang lalu. Buktinya di tapak berkenaan membuktikan bahawa nenek moyang kita mempunyai peradaban yang kukuh sehinggakan Sungai Batu menjadi sebuah pelabuhan perindustrian yang berkembang maju dengan mengeksport produk besi bermutu tinggi kepada tamadun lain pada masa itu. Jelas dapat dilihat bahawa melalui pengkajian arkeologi, tafsiran sejarah lebih bermakna.

Mempelbagaikan pengkajian Sejarah

Sama seperti bidang-bidang laian, arkeologi bukan sahaja merangkumi bidang sejarah, malah bidang sains yang memerlukan pengumpulan data, menjalankan eksperimen, membuat formula dan hipotisis, menguji hipotesis dan membuat interpretasi serta model telah digunakan untuk membina gambaran sejarah lampau dengan lebih tepat. Ketepatan usia bahan-bahan seperti fosil, perlatan logam, tembikar disahkan melalui kajian saintifik seperti pentakrikhan radiokarbon.

Hasil daripada arkeologi dan sains ini, dapat menyumbang kepada ketepatan pentakrikhan tentang budaya masyarakat melalui bahan tinggalan sejarah tersebut. Oleh itu, pengkajian sejarah dapat dipelbagaikan bagi memperoleh data dan maklumat yang tepat dan sahih.

Dapat mengkaji secara etnologi kebudayaan dan agama masyarakat terdahulu dan perkaitannya dengan masa kini

Telah kita ketahui bersama, bahawa kebudayaan pada masa sekarang merupakan bentuk perkembangan dari berbagai pengaruh budaya yang pernah masuk ke rantau ini adalah melalui masa lampau.Tercatat kebudayaan-kebudayaan besar seperti India, Arab, Cina hingga bangsa- bangsa Barat dalam bentuk kebudayaan masyarakat rantau Asia pada masa sekarang. Pengaruh budaya dari berbagai bangsa itu telah merasuki semua aspek kebudayaan termasuk agama, sistem sosial, bentuk kesenian yang bercampur dengan kebudayaan. Rentetan daripada kemajuan pelaburan entrepot di Lembah Bujang pada abad-10 hingga abad ke-14, maka berkembangnya agama Hindu-Buddha yang mana telah berkembang ke kawasan Matang Pasir, Merbok, Batu

(28)

28 Lintang dan Tikam Batu. Tambahan pula, ia juga menunjukkan bahawa "Proses Penghinduan"

atau "Indianisasi" berlaku dengan ketaranya di utara Tanah Melayu. Seterusnya, pengaruh Lembah Bujang mula merosot apabila agama Islam dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab dan kemunculan beberapa pelaburan baru seperti Melaka, Acheh, Singapura dan sebagainya.

Penduduk sekitar Lembah Bujang mula menganut agama Islam dan menghapuskan bukti-bukti peninggalan agama Hindu-Buddha. Jelas di sini, melalui penyelidikan arkeologi, kesemua peristiwa ini dapat dikupas dan dicatat dengan jelas dan terperinci dalam catatan sejarah bagaimana terbentuknya sesebuah kebudayaan dan kedatangan setiapa agama yang dianuti oleh masyarakat zaman dahulu sehingga memberi kesan hingga ke hari ini.

3.2 PERINCIAN PENGALAMAN SEPANJANG “KEMBARA SEJARAWAN MELESTARI WARISAN”

“Saya mendengar saya lupa, saya melihat saya ingat, saya melakukan saya faham”.

Berdasarkan frasa tersebut dapat disimpulkan bahawa pengalaman amat penting dalam proses pembelajaran. Dalam kursus PPG 317 Kaedah Mengajar Sejarah II, kami dikehendaki menjalankan satu projek berbentuk lawatan ilmiah ke Kompleks Tapak Arkeologi Sungai Batu.

Lawatan tersebut amat penting sebagai persediaan kepada kami semua selaku bakal guru yang akan mendidik anak bangsa pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana, pembelajaran di dalam kuliah atau menerusi pembacaan buku sahaja menyebabkan sesuatu ilmu berbentuk “kaku”

dan sukar untuk difahami dalam jangka masa yang panjang. Lantaran itu, kami selaku bakal pendidik abad ke-21 menyahut cabaran untuk melaksanakan lawatan ilmiah ini agar dapat memdedahkan diri kepada pembelajaran sebenar “real life learning”. Sesungguhnya, pengalaman sebegini semamangnya sukar untuk dibeli dan dibayar dengan wang ringgit. Tuntasnya, pengalaman ini mampu meningkatkan nilai empati sejarah dalam diri kami selaku bakal pendidik

(29)

29 pada masa akan datang. Lantaran itu, kami telah membahagikan suka dan duka pengalaman kami di Kompleks Tapak Arkeologi Sungai Batu kepada beberapa bahagian iaitu :

Pengalaman Sebelum “Kembara Sejarawan Melestari Warisan”

Lawatan ilmiah ini diberikan nama “Kembara Sejarawan Melestari Warisan”. Berdasarkan nama yang diberikan telah menonjolkan bahawa lawatan ini sangat menginginkan kami selaku bakal guru sejarah untuk meneroka bukti-bukti sejarah yang diperoleh sepanjang lawatan tersebut.

Sebelum mengadakan lawatan ini, kami amat teruja untuk mengadakan lawatan. Buktinya, kami telah mencari sumber-sumber bacaan mengenai arkeologi di Lembah Bujang sebelum lawatan sebenar. Perkara ini dilakukan bagi memperoleh gambaran awal berkenaan sejarah dan keadaan di tapak arkeologi tersebut. Berdasarkan pembacaan dan kajian awal yang dibuat, kami begitu teruja dan bersemangat untuk ke tapak arkeologi tersebut kerana di sana kami turut memperoleh peluang untuk mengetahui bukti-bukti kewujudan dan kegemilangan tamadun awal di Asia Tenggara iaitu Kerajaan Kedah Tua.

Melalui pembacaan yang telah kami lakukan, kami mendapati terdapat empat tapak arkeologi utama di Kompleks Tapak Arkeologi Sungai Batu iaitu tapak A, B, C dan D. Tapak- tapak berkenaan menonjolkan sejarah Lembah Bujang amnya dan sejarah kegemilangan Kerajaaan Kedah Tua khasnya. Oleh itu, kami amat tertarik untuk menjalankan kajian di sana yang meliputi tapak-tapak arkeologi mengenai pusat peleburan besi, jeti, ritual keagamaan dan pusat pentadbiran.

Semasa agihan kawasan kajian sebelum lawatan dilaksanakan, kami memperoleh kawasan di tapak

Sebelum Semasa Selepas

(30)

30 B iaitu kawasan peleburan besi. Perkara tersebut menyebabkan kami mula mencari maklumat secara inkuiri berkenaan peleburan besi di Kompleks Arkeologi Sungai Batu. Melalui tersebut, kami akan lebih mudah menjalankan kajian khususnya dapat mengetahui skop kajian yang harus kami laksanakan.

Selain itu, dari segi persediaan kami sebagai satu kumpulan. Kami telah membahagikan kerja semasa di Kompleks Tapak Arkeologi Sungai Batu. Misalnya, merakam video, mengambil gambar, dan menulis info-info penting. Sesungguhnya sepanjang perbincangan sebelum kajian, kami mempunyai satu kata sepakat yang sama dan sangat teruja untuk menjalankan kajian ini.

Pengalaman Semasa “Kembara Sejarawan Melestari Warisan”

Setelah segala perancangan sebelum kajian berjalan dengan lancar, kami dapat meneruskan kajian dengan mudah dan sistematik. Kami menggelarkan kumpulan kajian kami sebagai “Arkeo Rangers”. Nama berkenaan digunakan bagi memberi suntikan semangat untuk menjalankan kajian. Semasa lawatan ilmiah ini berlangsung, kami memberi fokus sepenuhnya terhadap penerangan yang diberikan oleh orang sumber kami iaitu Cik Ratnah Wati semasa di Kompleks Arkeologi Sungai Batu. Kami telah melawat keseluruhan tapak di kompleks arekologi berkenaan.

Tapak pertama yang kami lawati bersama ahli kumpulan yang lain ialah tapak B iaitu tapak peleburan besi. Sesungguhnya, kami amat tertarik dengan penerangan Cik Ratnah Wati berkenaan tapak berkenaan. Apa yang mengejutkan kami adalah manusia pada zaman berkenaan sudah mampu menjalankan aktiviti pembuatan melibatkan besi. Hal ini secara tidak langsung membuktikan masyarakat di Kerajaan Kedah Tua pada ketika itu sudah mempunyai teknologi dan kepakaran yang tinggi. Di tapak B, kami tidak melepaskan peluang untuk bertanya sebanyak mungkin soalan kerana ia merupakan tapak kajian yang menjadi fokus kumpulan kami. Antara soalan yang diajukan kepada Cik Ratnah Wati adalah proses peleburan besi, pentarikhan tapak

(31)

31 peleburan besi dan perdagangan yang dijalankan dengan menggunakan besi yang diproses.

Sesungguhnya, kami amat teruja apabila mengetahui besi yang dileburkan seterusnya dieksport ke luar Kerjaaan Kedah Tua contohnya Arab, Cina dan India. Buktinya, terdapat beberapa tinggalan pedang dan arifak di luar negara yang dikatakan menggunakan jenis besi yang sama berada di Lembah Bujang pada hari ini.

Selain daripada melawat ke tapak fokus kajian, kami turut melawat ke tapak-tapak yang lain bersama semua rakan-rakan. Kami telah melawat juga ke tapak A, C dan D. Melalui lawatan ke tapak-tapak tersebut, kami dapat mengetahui mengenai jeti, ritual keagaaman, dan pusat pentadbiran zaman kegemilangan Kerajaan Kedah Tua. Tuntasnya, ia memberi satu pengalaman yang menarik kepada kami untuk melihat hasil arkeologi yang tertimbus di dalam tanah dan diterokai setelah beratus-ratus tahun yang lalu.

Bukan itu sahaja, kami turut menjalankan aktiviti semasa di Kompleks Tapak Arkeologi Sungai Batu. Aktiviti yang kami jalankan ialah, pembuatan bata dan ekskavasi. Sesungguhnya, aktiviti berkenaan amat menarik kerana kami dapat merasai sendiri pengalaman menghasilkan bata seperti masyarakat zaman dahulu dan dapat membuat ekskavasi seperti seorang ahli arkeologi.

Sesungguhnya, pengalaman ini amat berharga apabila menjadi seorang guru sejarah kelak. Selain itu, kami turut ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang untuk mendapatkan pengetahuan dengan lebih lanjut mengenai kegemilangan Kerajaan Kedah Tua. Hal ini secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan kami berkenaan kajian yang ingin dilaksanakan. Di Muzium kami telah mendapatkan penerangan oleh Puan Nurul Azidah. Secara kesimpulannya, semasa menjalankan kajian ini adalah satu proses pembelajaran yang mengembirakan. Meskipun kajian ini dilihat sebagai sesuatu yang berat namun ia satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

(32)

32 Pengalaman Selepas “Kembara Sejarawan Melestari Warisan”

Setelah menjalankan kajian ini, kami dapat menyimpan banyak memori dan ilmu berkaitan sejarah Kerajaan Kedah Tua yang terdapat di Tapak Kompleks Arkeologi Sungai Batu. Selain itu, kami juga mendapat input berkenaan bagaimana keadaan masyarakat yang hidup semasa era kegemilangan Kerajaan Kedah Tua. Melalui itu, kami sekumpulan mula menghargai bidang sejarah dengan lebih mendalam. Bukan itu sahaja, kami juga mula sedar akan kepentingan bidang arkeologi dalam menyumbang kepada sumber dalam sejarah. Hal ini kerana, dengan adanya bidang ini bukti-bukt kewujudan sesuatu peristiwa sejarah lebih jelas dan mudah untuk difahami.

Secara kesimpulan, kami berharap bidang kajian terhadap arkeologi terus berkembang dan mampu menyumbang kepada kajian penulisan sejarah negara. Walaupun kajian ini telah tamat, namun kenangan kami selaku “Arkeo Rangers” semasa menjalankan kajian ini akan terus kekal dan diguna pakai apabila menjadi pendidik pada masa akan datang. InsyaAllah.

(33)

33 Gambar 2: menunjukkan “Arkeo Rangers” sebelum, semasa dan selepas “Kembara Sejarawan

Melestari Warisan”

(34)

34 3.3 KAJIAN KHUSUS TAPAK ARKEOLOGI (PELEBURAN BESI) DI KOMPLEKS ARKEOLOGI DI SUNGAI BATU

Tapak arkeologi Sungai Batu merupakan satu tapak kajian penyelidikan yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia diketuai oleh Prof. Dr.

Mokhtar Saidin bersama pasukannya. Beliau juga terlibat dalam penyelidikan di tapak arkeologi Lenggong dan Guar Kepah. Penyelidikan mengenai tapak arkeologi Sungai Batu bermula pada tahun 2009 apabila pasukan penyelidik arkeologi daripada Universiti Sains Malaysia diberi hak dan geran sebanyak RM 500 000 oleh kerajaan pusat pada setiap tahun. Bagi kami, penemuan tapak kajian ini telah membuka satu haluan dan perspektif baru dalam sejarah negara ini. Pada 22 April 2017, mahasiswa/i ilmu pendidikan dibawah subjek Kaedah Mengajar Sejarah II telah berkesempatan untuk melawat tapak kajian arkeologi Sungai Batu, Merbok.

Menurut Cik Ratnah Wati iaitu seorang pelajar Ijazah Kedoktoran (PHD) dalam bidang arkeologi dan orang penting yang telah mengetuai mahasiswa/i telah menyatakan bahawa tapak arkeologi Sungai Batu ini terbahagi kepada empat tapak iaitu tapak A, B, C dan D. Tapak A merangkumi kajian mengenai monumen ritual, jeti dan besi. Tapak B pula hanya berfokuskan mengenai aktiviti peleburan besi semata-mata. Tapak C merupakan kajian mengenai jeti, besi dan juga bahagian aktiviti iaitu pembuatan bata dan ekskavasi. Tapak D pula merangkumi kajian mengenai jeti dan pentadbiran pelabuhan. Mengikut pandangan kumpulan kami, tapak arkeologi Sungai Batu boleh dianggap sebagai sebuah pusat ekonomi yang berfokuskan pada industri berat iaitu peleburan besi dimana penghasilan ekonomi tersebut dieksport ke luar negara seperti India, Rom, China dan sebagainya melalui pembuktian runtuhan tapak jeti dan laluan sungai di kawasan tersebut yang telah mengalami proses pemendapan. Sesungguhnya, tapak arkeologi Sungai Batu

(35)

35 ini melambangkan keagungan tamadun Kedah Tua dan organisasi masyarakat pada masa dahulu.

Oleh itu, pembahagian kumpulan terdiri daripada lapan kumpulan dan setiap kumpulan diberi tugasan tertentu untuk mengkaji setiap bahagian di tapak yang berkaitan.

Kumpulan kami diberi tugasan untuk mengkaji mengenai aktiviti peleburan besi di tapak B. Sebelum tibanya kami di tapak arkeologi Sungai Batu, semua ahli kumpulan kami sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat peninggalan warisan negara dan tamadun Melayu. Mana tidaknya, sebelum ini, kehebatan tamadun Kedah Tua dan Sungai Batu hanya dapat dibaca dan ditonton melalui akhbar, buku, laman sosial dan media. Kini, semua bukti peninggalan tersebut dapat dilihat di hadapan mata kami sendiri dan juga dapat penjelasan yang jelas daripada orang sumber yang boleh dipercayai. Pertama sekali, ketibaan kami di tapak arkeologi Sungai Batu bermula dengan tolehan ke kiri dan kanan yang menunjukkan perasaan kami yang teruja dan terpegun melihat satu kawasan yang dipenuhi dengan pokok kepala sawit ini pernah menjadi sebuah pusat ekonomi yang terkenal bukan sahaja dalam lingkungan kawasan tersebut malah pernah menjadi sebutan ramai pedagang di luar negara. Berdasarkan pemerhatian kami, semasa perjalanan kami bertemu dengan Cik Ratnah yang menunggu ketibaan mahasiswa/i ilmu pendidikan di tapak B, kawasan Sungai Batu sememangnya tidak dapat dinafikan peranannya sebagai pusat ekonomi utama kerajaan Kedah Tua pada masa dahulu malah melalui pembacaan kami di media sosial, Sungai Batu juga dikatakan sudah wujud lebih awal 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa, sezaman dengan Rom dan Yunani serta 1100 sebelum kelahiran junjugan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Sejurus tibanya mahasiswa/i pendidikan di tapak kajian pertama iaitu tapak B, kami terus diberi taklimat oleh beliau. Beliau menyatakan bahawa aktiviti peleburan besi di Sungai Batu dikatakan sudah bermula sejak 2000 tahun dahulu iaitu bermula pada abad pertama sehingga abad 7 masihi. Kualiti besi di Sungai Batu pada masa dahulu pernah mendapat pengiktirafan dunia

(36)

36 dimana dikatakan merupakan antara tiga besi terbaik dunia iaitu Yemen, Hindi dan Kalai. Malah perkataan ‘kalai’ itu sebenarnya merujuk pada pengasasan kerajaan Kedah Tua pada masa dahulu.

Sumber Tamil iaitu Kazh juga merujuk pada besi hitam. Kataha yang berasal dari perkataan sanskrit juga merujuk kepada makna mangkuk besi atau “The bowl of Iron”. Maka, bukti-bukti daripada pelbagai sumber ini dapatlah ditafsirkan bahawa kerajaan Kedah Tua sememangnya sudah mencapai satu tahap ketamadunan dan teknologi yang sungguh tinggi pada masa tersebut.

Berikut ialah pernyataan daripada Prof. Dr. Mokhtar Saidin ;

“Industri berat bersama bukti ritual dan lain-lain mencadangkan sistem sosial hierarki yang tinggi. Ia merupakan bukti Sungai Batu adalah sebahagian daripada Tamadun Kedah Tua yang meliputi seluruh Lembah Bujang dan bahagian yang lain melebihi 1000 km persegi.”

Perkara yang dikatakan oleh Cik Ratnah Wati mengenai nama lain bagi Kedah Tua seperti Kataha, Kazh dan lain-lain telah memberikan interprestasi baru kepada kami. Malah, timbul persoalan di minda kami mengenai peranan Sungai Batu pada masa dahulu. Pertama ialah selepas penemuan Sungai Batu ini, bukankah seharusnya kita berbangga asal-usul tamadun kita dan menolak unsur barat dalam pemikiran kita yang mengatakan merekalah pembawa kemajuan ketamadunan dunia melalui slogannya White Man Burden. Jika tidak, segelintir masyarakat akan menganggap tanpa mereka, tiadalah proses pembangunan fizikal di negara ini. Malah sindiran yang dikatakan oleh orang Barat kepada orang Melayu bahawa sebatang jarum pun tidak mampu dicipta benar-benar merusuk maruah Melayu. Inilah sikap penjajah yang cuba untuk menafikan kehebatan tamadun di Asia Tenggara malah hanya menunjukkan keagungan tamadun mereka sahaja. Hujahan oleh kumpulan kami mengenai persepsi tersebut ialah mana mungkin merekalah pembawa kemajuan dimana kira-kira sebelum abad pertama lagi masyarakat orang Melayu di

(37)

37 Sungai Batu sudah mampu menghasilkan besi disaat orang barat pada masa itu masih mencari- cari siapakah diri mereka sebenarnya. Hal ini melambangkan kebijaksanaan dan kewibawaan masyarakat tempatan berbanding para penjajah yang mengalami proses transaksi sekitar abad 13 apabila bermulanya penjajahan mereka di Asia Tenggara seperti kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka kepada Portugis. Persoalan kedua yang timbul dalam minda kumpulan kami ialah bagaimana suasana Sungai Batu sebagai pusat ekonomi Kedah Tua pada saat zaman kegemilangannya. Melalui sikap empati, kami membayangkan betapa ramainya manusia di Sungai Batu pada masa dahulu. Ada sebahagiannya membuat kerja meleburkan besi, ada sebahagiannya menjalankan proses pertukaran atau jual beli melibatkan para pedagang, ada sebahagiannya yang menjalankan upacara keagamaan menghadap Gunung Jerai dan sebahagiannya ialah peranan golongan penguasa seperti Syahbandar (Tidak diketahui nama sebenarnya bagi tamadun Kedah Tua) yang memantau proses perdagangan bagi mengelakkan kesalahan jual beli. Pastinya, kegemilangan Sungai Batu tersebut disokong oleh peranan struktur sosial yang dibina. Bagaimana kegemilangan Sungai Batu itu dibina tanpa ada sang pemikir?

Pasti ada seorang ketua yang berpengaruh pada masa itu dan diletakkan taat setia oleh masyarakat tempatan kepadanya. Tambahan, ketua tersebut mesti seorang yang bijaksana dan mahir dalam bidang geologi peleburan besi.

Memasuki kajian terhadap kawasan tapak B, sememangnya dikawasan kajian B dijumpai beberapa bahan bukti aktiviti peleburan besi di Sungai Batu. Selepas sesi penerangan mengenai asal usul Sungai Batu, Cik Ratnah Wati turut memperlihatkan kewujudan besi yang dijumpai di Sungai Batu. Penemuan besi tersebut sememangnya menguatkan hipotesis dan hujahan bahawa Sungai Batu pernah menjadi sebuah pusat peleburan besi terkenal di dunia. Ada beberapa saiz ketulan yang dipegang oleh kumpulan kami. Ada yang bersaiz sederhana dan ada yang saiz kecil.

(38)

38 Namun, kami teruja terhadap besi yang mempunyai saiz sederhana yang besar sedikit berbanding bentuk besi lain. Hal ini kerana semasa kami memegangnya, kami berasa besi itu amat berat dan amat sukar memegangnya dalam jangka masa yang lama. Mengikut pandangan kami, hal ini membuktikan bahawa besi yang dihasilkan di Sungai Batu sememangnya mempunyai kualiti yang amat baik dan kepadatan bijih besi yang tinggi. Disebabkan hal inilah, terdapat teori yang mengatakan besi yang dibuat untuk menempa pedang Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Qala’i ialah daripada Kedah Tua. Hal ini ada disebutkan dalam beberapa penulisan sarjana Islam.

Ia hanyalah sekadar teori dan kajian masih dilakukan oleh pakar arkeologi sehingga sekarang.

Selain itu, menurut Cik Ratnah Wati juga, dapat dilihat beberapa kesan peninggalan biji kecil besi yang tertanam di bawah tanah. Apa yang dikatakan oleh Cik Ratna Wati sememangnya tidak dapat dinafikan kerana semasa kami berjala di kawasan sekitar tersebut, pemerhatian terhadap tanah sememangnya wujud peninggalan kecilan besi tersebut. Hal ini membuktikan bahawa banyak lagi misteri yang tidak diketahui di tapak Sungai Batu.

Lampiran 1 : Longgokan besi yang ditemui

(39)

39 Lampiran 2 : Bentuk biji kecil besi di tanah

Perkara kedua yang dikatakan oleh Cik Ratnah Wati ialah beberapa penemuan penting industri besi terutamanya tuyere (peniup angin) dan relau. Kita mulakan dengan penemuan tuyere dahulu. Tuyere ialah sejenis perkataan daripada bahasa Jerman kuno iaitu tuyau yang bermaksud paip. Tuyere ini merupakan sejenis peralatan penting dalam industri peleburan besi kuno. Peralatan ini adalah berbentuk bulat panjang, bersaiz lapan inci dan mempunyai lubang di tengahnya untuk mengepam udara di relau. Tuyere ini dikatakan dijumpai di beberapa tapak peleburan besi dalam kuantiti yang sangat banyak. Ada yang mengatakan ribuan penemuan tuyere dan ada sebahagiannya mengatakan jutaan tuyere dijumpai. Hal ini membuktikan bahawa aktiviti peleburan besi di Sungai Batu sememangnya tidak boleh dinafikan. Peleburan besi seperti timah dan tembaga telah diamalkan oleh manusia sejak beribu-ribu tahun termasuklah manusia di Sungai Batu. Jenis teknik atau sistem peleburan yang paling awal yang mampu meleburkan besi dipanggil

(40)

40

‘bloomery‘. Bloomery biasanya terdiri daripada struktur pit atau cerobong, dengan tuyere logam

mahupun diperbuat dari tembikar akan menyalurkan udara melaluinya. Pelebur ini menghasilkan

‘bloom‘ yang bermaksud jisim terdiri daripada kerak dan bijih besi yang mana boleh menghasilkan besi tempa. Pada pandangan kami, penemuan alat tuyere di Sungai Batu dalam kuantiti yang banyak sememangnya menunjukkan alat ini sangat penting dalam proses peleburan besi. Tanpa alat ini, besi tidak dapat dileburkan. Persoalan yang timbul dalam kalangan kami ialah bagaimana kepakaran mengenai penciptaan tuyere dan kaitannya dengan industri peleburan besi di Sungai Batu sudah wujud sejak 2000 tahun dahulu. Hal ini sangat mengagumkan masyarakat kini terhadap kepandaian masyarakat dahulu. Tambahan lagi, bagaimana masyarakat 2000 tahun dahulu sudah mempunyai ilmu dalam bidang geologi. Hal ini kerana tanpa ilmu geologi, mereka tidak akan dapat meleburkan besi. Perkara ini juga boleh difikirkan oleh para pengkaji dimana proses penyebaran ilmu itu berlaku di Sungai Batu. Penciptaan tuyere pada zaman Sungai Batu juga sebenarnya memberi kesan kepada teknologi masa sekarang. Hal ini kerana tuyere pada masa sekarang masa memainkan peranan penting dalam industri peleburan besi. Perbezaannya ialah teknologi tuyere pada zaman kini adalah lebih canggih dan bersaiz besar.

(41)

41 Lampiran 3 : Perbezaan tuyere pada masa dahulu dan sekarang

Selain itu pula, penemuan lain ialah relau. Relau ialah sejenis tempat dapur kuno yang digunakan masyarakat kuno untuk memanaskan sesuatu. Secara tepatnya ialah relau ialah sejenis tempat untuk membakar dan meleburkan besi menjadi cair. Relau diperbuat daripada pasir dan tanah liat. Relau ialah berbentuk muncung ke atas dan mempunyai lubang besar di tengahnya.

Menurut orang sumber iaitu Cik Ratnah Wati, relau juga dikatakan sesuai untuk dijadikan proses membuat arak dan minyak wangi selain meleburkan besi. Relau-relau ini diperbuat dan besi dileburkan dengan tiupan angin bagi mencipta suhu kepanasan sehingga 1600 celcius melalui batang-batang tuyere yang berukuran 8 inci. Proses peleburan besi dikatakan mengambil masa 8 jam untuk mencairkan besi tersebut. Sisa relau di Sungai Batu dikatakan banyak dijumpai di kawasan kajian. Bentuk relau yang berada dalam keadaan baik tidak dijumpai di Tapak Arkeologi Sungai Batu kerana faktor pertanian iaitu pada asalnya kawasan itu dipenuhi dengan penanaman pokok getah sebelum ditanam kelapa sawit yang menyebabkan kemungkinan besar berlaku kerosakan artifak tersebut.

(42)

42 Ada contoh relau yang masih berada dalam keadaan baik yang ditunjukkan di kawasan tapak B iaitu relau yang asalnya dijumpai di Kampung Chemara, Jeniang. Relau tersebut dipindahkan dari kawasan tersebut ke Tapak Arkeologi Sungai Batu bagi tujuan kajian dan simpanan. Mengikut sumber Cik Ratnah Wati, kampung Chemara ini asalnya merupakan kawasan dalam lingkungan kerajaan Kedah Tua kira-kira 400 kilometer persegi. Tambahan lagi menurut beliau, pada asalnya penduduk kampung di situ sudah mengetahui kewujudan relau di situ tetapi tidak melaporkan kepada kerajaan negeri kerana gusar jika tanah mereka dibeli oleh kerajaan untuk dilakukan proses kajian. Namun demikian, penemuan relau yang dikatakan berharga bagi khazanah negara akhirnya didedahkan kepada pihak berwajib terutamanya kerajaan negeri Kedah untuk diambil tindakan selanjutnya. Pada pandangan kami mengenai relau pula, penemuan ini menggambarkan bahawa relau ialah satu alat yang digunakan oleh masyarakat kuno untuk memanaskan sesuatu. Tidak kisahlah sama ada meleburkan besi, membuat minyak wangi, membuat arak, memanaskan sesuatu atau kemungkinan untuk tujuan memasak juga, relau sememangnya mempunyai tujuan yang sama iaitu satu dapur yang memanaskan sesuatu. Bagi kami, penemuan relau ini bukanlah sesuatu perkara yang mengejutkan kerana semenanjung Tanah Melayu memang sudah digambarkan oleh penjajah dan pedagang merupakan sebuah tempat yang dipenuhi dengan lambakan bijih timah. Disebabkan itulah, kedatangan penjajah ke Tanah Melayu pada masa itu bermula dengan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka sehinggalah termeterainya Perjanjian Pangkor antara Sultan Abdullah dengan Andrew Clarke adalah bersifat mahu menguasai ekonomi tempatan seperti perdagangan bijih timah. Tambahan lagi, kesan penguasaan bijih timah oleh British boleh dilihat di Perak khususnya. Kekayaan bijih timah dan logam tidak dapat dinafikan oleh masyarakat luar mengenainya. Bagi kami, perkara yang diutamakan di Sungai

Gambar

Gambar 1: Peta yang menunjukkan Sungai Batu antara tamadun terawal di Asia Tenggara.
Gambar 5 : Relau yang dikatakan berasal dari Kampung Chemara, Jeniang

Referensi

Dokumen terkait

Edition) ”(The Hotel Association of New York City, Inc.,2006) 4 Rooms revenue per available room(RevPAR)measures the rooms revenue yield a property achieves relative to the

Hal ini sejalan dengan prinsip pergerakan molekul bermuatan, yakni molekul bermuatan dapat bergerak bebas di bawah pengaruh medan listrik, molekul dengan muatan

Wawancara psikiatrik yang baik merupakan salah satu modal dasar yang harus dimiliki oleh psikiater karena wawancara selain merupakan alat untuk mendapatkan data juga

Klasifikasi agregat menjadi kasar, halus dan filler adalah berdasarkan ukurannya yang ditentukan menggunakan saringan. Mutu agregat mempengaruhi kekuatan dan ketahanan konkrit. Adapun

Berdasarkan hasil penelitian diperoleh kesimpulan bahwa pelaksanaan ekstrakurikuler pramuka penggalang di SD Jaranan Banguntapan Bantul dapat dilihat dari 1) perencanaan pihak

Ikatan kovalen koordinasi terjadi jika pada pembentukan ikatan terdapat pasangan elektron yang hanya berasal dari salah satu atom yang berikatan. Ikatan kovalen koordinasi

Tangisan dianggap sebagai isyarat paling akhir bayi ingin menyusu karena tangisan pada bayi cukup bulan biasanya tidak dimulai dari tangisan yang nyata sampai isyarat bayi

(1) Selain Surat Persetujuan sebagaimana dimaksud dalam Pasal7, setiap Pejabat Negara, Pegawai, PTT atau Pihak Lain di lingkungan Badan Pertanahan Nasional Republik