• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kemudahan fotostat dan ‘printing’ di UKM terhad

Dalam dokumen Tahap stres and tekanan mahasiswa Univer (Halaman 81-90)

kemudahan_printing_dan_fotostat_terlalu_terhad Total sangat tak setuju tak setuju tak pasti setuju sangat setuju Tahun pengajian 1 1 3 9 7 8 28 2 1 1 3 5 2 12 3/4 0 2 3 3 2 10 Total 2 6 15 15 12 50 Jadual 1

Tahun pengajian Tidak setuju (%) Tidak pasti (%) Setuju (%)

1 14.29 32.14 53.57

2 16.67 25.0 58.33

3/4 20.0 30.0 50.0

Jadual 2

Merujuk pada jadual 1 dan 2 di atas, majoriti tanpa mengira tahun pengajian bersetuju

kemudahan fotostat dan ‘printing’ terhad di UKM. Hal ini kerana bukan semua kolej dan

fakulti ada kedai fotostat melainkan ada sesetengah kolej misalnya Kolej Keris Mas dan tempat umum seperti Pusanika sahaja.

Walaupun ada mahasiswa ada pencetak tersendiri atau mencetak pada milik kawan, namun bukan semua berbuat begitu kerana kekangan masa atau tidak mampu membeli pencetak. Justeru, mereka terpaksa cetak di tempat umum.

Value Asymp. Std. Errora Approx. Tb Approx. Sig. Interval by Interval Pearson's R -.046 .131 -.322 .749c Ordinal by Ordinal Spearman Correlation -.060 .139 -.415 .680c N of Valid Cases 50

a. Not assuming the null hypothesis.

b. Using the asymptotic standard error assuming the null hypothesis. c. Based on normal approximation.

Jadual 3

Namun begitu, kajian berdasarkan jadual 3 menunjukkan kurang relevan atau kaitan faktor tahun pengajian dengan stres akan keterhadan kemudahan pencetakan dan fotostat. Jadual 1 dan 2 telah membuktikan sesiapa yang tinggal di kawasan kekurangan kemudahan pencetakan akan stres kerana masa terbazir ke kedai tersebut.

Soalan 20: Kesukaran mencari bahan rujukan di perpustakaan sangat memberi tekanan kepada saya.

saya_tertekan_apabila_sukar_mencari_bahan Total sangat tak setuju tak setuju tak pasti setuju sangat setuju Tahun pengajian 1 0 2 10 10 6 28 2 1 3 2 4 2 12 3/4 0 3 3 2 2 10 4 Total 1 8 15 16 10 50 Jadual 1

Tahun pengajian Tidak setuju (%) Tidak pasti (%) Setuju (%)

1 7.14 35.71 57.15

2 33.33 33.33 33.34

3/4 30.0 30.0 40.0

Jadual 2

Merujuk pada jadual 1 dan 2, majoriti secara puratanya bersetuju akan kesukaran mencari bahan rujukan di perpustakaan memberi bebanan kepada mahasiswa. Ini perkara normal kerana bahan yang kita ingin cari yang berkaitan dengan kerja tugasan kita itu tidak jumpa, sudah tentulah terpaksa cari alternatif lain.

Namun mengikut pecahan tahun pengajian, majoriti besar pelajar tahun 1 setuju dengan pernyataan tersebut kerana mereka baru masuk ke UKM, justeru masih tidak biasa dengan mencari rujukan yang berlambak walaupun ada yang sudah ke kursus. Pelajar tahun 2 adalah satu pernyataan tidak jauh berbeza bergantung pada bahan ingin cari. Majoriti pelajar tahun akhir setuju namun dengan alasan mungkin sama dengan tahun 1 kerana mereka perlu membuat penyelidikan dan banyak melepak di PTSL.

Symmetric Measures Value Asymp. Std. Errora Approx. Tb Approx. Sig. Interval by Interval Pearson's R -.086 .144 -.599 .552c Ordinal by Ordinal Spearman Correlation -.074 .144 -.515 .609c N of Valid Cases 50

a. Not assuming the null hypothesis.

b. Using the asymptotic standard error assuming the null hypothesis. c. Based on normal approximation.

Kajian di atas menunjukkan terlalu ‘perfectly’ ada hubungan kait faktor tahun pengajian dengan nilai stres akan kesukaran mencari bahan lama itu sendiri.

PERBINCANGAN

Bahagian ini akan membincangkan tahap stres melanda mahasiswa mengikut faktor tahun pengajian dan fakulti. Senarai fakulti dan maksud akronim di bawah adalah untuk bagi tujuan kemudahan membaca laporan.

1. FSSK - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2. FST - Fakulti Sains dan Teknologi

3. FEP - Fakulti Ekonomi & Pengurusan 4. FPI - Fakulti Pengajian Islam

5. FPend - Fakulti Pendidikan

6. FKAB - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 7. FUU - Fakulti Undang-Undang

8. FTSM - Fakulti Teknologi Sains Maklumat

BAHAGIAN B (PEMAHAMAN TERHADAP TEKANAN)

Berdasarkan hasil kajian kami dapati bahawa mengikut faktor fakulti, majoriti tidak pasti atau setuju dengan definisi stres diberi ‘emosi tekanan bercampur dengan kemurungan, kerisauan & kemarahan’. Pelajar FSSK dan FST lebih memahami definisi tersebut, FEP dan FPI berfahaman sebaliknya. Hal ini kerana di FSSK ada kursus psikologi yang belajar mengenai stres secara mendalam manakala FST ada belajar mengenai stres dengan komponen otak yang berkait dan bagaimana komponen tersebut berfungsi.

Tekanan atau stres yang dialami mempengaruhi majoriti mahasiswa UKM terhadap tahap pembelajaran. Hal ini kerana stres boleh menganggu tumpuan pelajar dalam mengulangkaji mahupun belajar dengan tekun. Namun begitu, ramai mahasiswa yang

menjadi responden bersetuju stres itu adalah pemangkin kejayaan di universiti dan secara tidak langsung meningkatkan rangsangan buat mahasiswa jika pandai mengawal. Tanpa tekanan atau stres, mahasiswa akan mengambil mudah terhadap sesuatu perkara. Justeru, ini membuatkan mahasiswa tidak berjaya.

Bagi yang tidak merasakan stres itu ada, kenyataan itu salah dan tidak norrmal kerana setiap manusia tidak terlepas daripada stres dan dugaan. Kesimpulannya, bagi 2 pernyataan mengenai pemangkin kejayaan di universiti dan ambil mudah tanpa tekanan, pelajar FPI majoriti mereka setuju termasuklah kenyataan mempengaruhi tahap pembelajaran. Hal ini mungkin kerana pelajar fakulti ini berpendidikan agama Islam justeru mereka lebih memandang positif akan stres mengikut Islam.

Bagi faktor tahun pengajian, semua pelajar tanpa mengira tahun pengajian memahami akan definisi stres yang bersifat negatif walaupun pandangan berlainan. Selain itu, majoriti pelajar tahun 2 mengatakan tekanan mempengaruhi tahap pembelajaran mereka kerana musim ‘dapat jawatan’ dan lambakan tugasan program terutama program kolej perlu dikendalikan dan ditambah pula dengan kerja tugasan. Bagi pelajar tahun akhir, mereka semakin sedar apabila meningkat tahun pengajian bahawa mereka ambil mudah jika tanpa stres.

BAHAGIAN C (i) - PERIBADI

Berdasarkan faktor fakulti, secara umumnya semua mahasiswa sepakat bersetuju bahawa tiada yang sukakan stres dan sering alami tekanan. Hal ini kerana tiada manusia mampu suka akan stres dengan apa-apa perkara yang menaikkan emosi mereka. Kadangkala boleh terjadi mereka selalu alami tekanan dan kadangkala tidak bergantung pada situasi dihadapi.

Namun begitu, ada yang ingin bersendiri dan ada yang bercerita tanpa ragu-ragu. Walau bagaimanapun, mahasiswa yang bercerita masalah hanya diluahkan ke atas rakan dipercayai dan rapat. Ia tertakluk pada privaci individu masing-masing. Dalam hal tekanan dialami dan tidak sukan stres, FUU dan FTSM serta FPI majoritinya setuju. Bagi kenyataan menyendiri apabila stres, FPI lebih banyak bersetuju kerana mungkin kebanyakan mereka beribadat

untuk hilangkan stres. Sementara itu, FUU dan FSSK ada yang ingin bercerita dan ada yang ingin bersendirian kerana ada yang berlatarbelakangkan jurusan banyak bercakap dan ada yang kurang.

Mengikut faktor tahun pengajian pula, tiada yang setuju akan tekanan stres dan kadangkala mengalami tekanan yang kerap mengikut masa dan situasi tersebut sama ada reaksi stres atau rekasi santai. Semua mahasiswa sepakat untuk mempunyai hak privaci tersendiri sama ada ingin bercerita atau tidak. Pelajar tahun 2 kebiasaannya yang agak bercerita masalah kerana banyak pilihan rakan untuk diceritakan sementara tahun 1 baru sahaja menambahkan hubungan rakan dan tahun akhir biasanya sibuk dengan tesis dan kerja tugasan subjek-subjek berat.

BAHAGIAN C (ii) - PEMBELAJARAN

Berdasarkan faktor fakulti, tahap stres bergantung pada fakulti pengajian pelajar dan jenis tugasan diberi serta tahap pemahaman mereka terhadap pelajaran semasa di kelas. Semua pelajar bersetuju tanpa tidak berkecuali akan stres dengan sistem i-Folio kerana kadangkala bukan masalah cara penggunaan tetapi sistem kadangkala bermasalah sama ada pelajar

kesukaran membuka i-Folio, masalah teknikal Wifi atau pensyarah ‘upload’ namun tidak ada

dalam sistem pelajar. Hal ini menyebabkan mereka stres kerana kerja tergendala. FPI, FKAB dan FTSM adalah paling terkesan dengan sistem i-Folio jika bermasalah.

FKAB dan FTSM bersetuju akan kerja tugasan banyak dan membebankan kerana FKAB terlalu banyak kelas tutorial dan kelas ganti. FUU pula tidak pasti manakala ramai pelajar

FST tidak setuju kerana mungkin kerjanya ‘simple’ sedikit. FPI, FSSK & FEP bersetuju

apabila tidak faham dipelajari kerana banyak teori dan formula konsep perlu difahami.

Kebanyakan mereka bersetuju dan tidak apabila subjek Citra memerlukan ke fakulti lain atau jauh kerana ada yang tiada kenderaan peribadi dan majoritinya ada tetapi perlu mengejar awal ke kelas misalnya pelajar Kolej Rahim Kajai yang perlu ke Fakulti Pendidikan kerana subjek Citra tersebut di situ. FTSM dan FUU setuju selebihnya tidak kerana kedua-dua fakulti tersebut tidak mengambil jam kredit banyak bagi subjek Citra berbanding fakulti lain. Citra bagi dua fakulti tersebut kebanyakan di tempat fakulti sendiri. Akhir sekali, ada yang stres dan tidak apabila perlu bentangkan tugasan kerana itu perkara normal dan bergantung

pada cara dan penerimaan namun Fakulti Pendidikan adalah paling tidak setuju.

Mengikut faktor tahun pengajian pula, semua ada pandangan sendiri bergantung pada jenis tugasan yang diperolehi sama ada ia stres atau tidak. Pelajar tahun 1 dan tahun akhir ramai setuju sementara pelajar tahun 2 ramai yang enggan bersetuju. Walau bagaimanapun, semua pelajar tahun pengajian sepakat setuju akan tertekan jika tidak faham benda dipelajari. Semakin meningkat tahun pengajian, semakin bebanan stres tinggi kerana pelajar tahun akhir mengambil banyak subjek wajib kursus, tiada Citra.

Semakin meningkat tahun pengajian, semakin kurangnya subjek Citra di tahun akhir atau tiada dan ada yang membawa kereta atau motosikal untuk ke fakulti lain, semakin berkurangan stres akan perlu ke fakulti lain untuk subjek Citra yang diambil. Pelajar tahun 1 dan tahun akhir sahaja yang ada pelbagai variasi jawapan setuju tersebut kerana perlu bentangkan tugasan sahaja. Namun, pelajar tahun akhir sebaliknya kerana perlu bentangkan ‘proposal’ dan tesis akhir penyelidikan.

BAHAGIAN C (iii) - UJIAN

Mengikut faktor fakulti, semua sepakat setuju apabila masuk sahaja minggu peperiksaan

semuanya stres kerana perlu ulangkaji semuanya di minggu ‘study week’ dan jarak jauh ke

dewan peperiksaan (Dewan Tun Abdullah Salleh) - DTAMS dari kebanyakan kolej yang jauh. FKAB, FUU, FPI dan FSSK paling terkesan kerana perlu hafal formula/teori dan fakta wajib untuk mengaplikasi terhadap soalan lain. Oleh kerana DTAMS berhadapan dengan Fakulti Pendidikan, mungkin fakulti ini tidak setuju, 80% dengan tambahan pula kebanyakan mereka tinggal di Kolej Aminuddin Baki (KAB).

Di samping itu, faktor tahun pengajian juga diambil kira kerana semua pelajar sama setuju apabila masuk minggu peperiksaan semuanya stres kerana jarak jauh ke dewan

peperiksaan dan mengulangkaji lambakan subtopik. Selain itu, PNGK rendah jika peroleh

juga menyebabkan pelajar tanpa mengira latar belakang stres dan mental ‘down’. Namun,

semakin meningkat tahun pengajian, semakin tinggi tahap stres di waktu ujian kerana di tahun akhir perlu ulangkaji lambakan subjek wajib dengan subtopik yang kompleks.

Stres akan semakin kurang ketika ulangkaji setelah naik tahun pengajian kerana pelajar tahun 1 perlu mengambil banyak subjek berbanding pelajar tahun senior dan tahun akhir yang mengambil kurang jumlah subjek, bezanya banyak subjek wajib sahaja. Stres dan rungutan kerana jarak jauh ke dewan peperiksaan juga semakin berkurang setelah meningkat tahun pengajian. Namun sebaliknya, ia menjadi terbalik kerana semakin naik tahun pengajian, semakin tinggi stres jika PNGK rendah kerana semakin hujung untuk menerima ijazah graduasi dan akan memikirka harapan ibu bapa daripada tahun 1 lagi. Kerisauan tahun akhir banyak pada sudut nilai pasaran kerja.

BAHAGIAN C (iii) - KEMUDAHAN

Akhir sekali dalam konteks stres akan kemudahan di mana mengikut faktor fakulti, tiada persamaan pendapat dalam perihal bilik tutorial sempit yang menyebabkan mereka stres kerana ada sesetengah fakulti berbeza jenis dan ruang bilik tutorial. FSSK & FTSM setuju sebab ruang bilik tutorial kebanyakan sempit, namun, FEP & FUU berpendapat sebaliknya.

Selain itu, tiada juga persaaan pandangan majoriti dalam perihal stres kerana bahan di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) kerana setiap subjek dan tugasan mempunyai perbezaan bahannya, bukan fakulti semata-mata. Mengenai kemudahan “Printing dan Fotostat” terlalu terhad yang menyebabkan stres, kolej kediaman yang mempunyai kemudahan sebegitu atau terdekat kurang stres, manakala kolej yang sebaliknya atau jauh perlu ke kolej/tempat umum jika ingin berbuat demikian. Ada sesetengah mahasiswa

membawa pencetak sendiri termasuk yang ada ‘scanner’. Dalam hal ini, FUU tidak pasti,

FKAB setuju dan FTSM tidak setuju. Sementara pula, bahan PTSL yang lama kebanyakan stres ialah FEP dan FST sebaliknya tidak setuju.

Akhir sekali, mengikut faktor tahun pengajian, semua pelajar di mana pun tertekan apabila kemudahan Wifi terganggu atau sekarang mengalami konfigurasi pembetulan teknikal

Wifi sehingga di blok asrama tiada Wifi melainkan fakulti, tempat umum dan foyer kolej masing-masing. Hal ini menyebabkan pelajar banyak melepak dan mencari tempat ada Wifi.

Untuk bilik tutorial pula, majoriti pelajar tahun 1 setuju berbanding yang lain kerana tidak biasa dengan suasana bilik tutorial. Setelah naik tahun pengajian, bilik itu sudah menjadi kebiasaan. Buat pengetahuan, tiada faktor tahun pengajian terhadap kemudahan ‘mencetak’ terhad. Pelajar tahun 1 & 2 majoriti sedikit setuju mengenai stres kerana bahan di PTSL lama dan sukar cari bahan namun tahun akhir sebaliknya.

RUMUSAN

Kesimpulannya, faktor utama yang menyebabkan semua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ialah sistem i-Folio kadangkala dilanda masalah sistem teknikal di mana selalunya apabila pensyarah masukkan bahan ke dalam sistem tersebut, pelajar tidak dapat membukanya. Masalah Wifi lembap, dalam proses konfigurasi (sekarang dilakukan) atau tiada juga menyebabkan kerja tugasan mahasiswa tergendala dan terpaksa ke foyer kolej atau tempat umum yang ada Wifi untuk lakukan kerja.

Faktor sampingan utama yang mempengaruhi sesetengah tahun pengajian dan fakulti yang dominan ialah sukar memahami sesetengah silibus pelajaran, kesukaran mencari bahan lama di Perpustakaan Tun Seri Lanang, minggu ulangkaji, kerja tugasan yang membebankan

dan jika PNGK rendah yang merupakan kemuncak rasa ‘down’.

Berdasarkan kajian telah dilakukan mengenai tajuk ini, jelaslah kami membahagikan peringkat stres mengikut tema-tema tertentu yang menggambarkan situasi majoriti tahun pengajian tersebut. Pelajar tahun 1 diberi tema ialah bebanan subjek Citra yang perlu ke kelas, bahan di PTSL sukar cari kerana belum sesuaikan keadaan, subjek banyak untuk peperiksaan, kerja tugasan dalam sudut menguruskan program kolej/fakulti. Manakala pelajar tahun 2 merupakan musim jawatan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), Majlis Persatuan Mahasiswa Fakulti dan kelab-kelab yang ada. Sementara pelajar tahun akhir pula mereka perlu menyiapkan tesis penyelidikan dan PNGK tinggi demi harapan ibu bapa.

Untuk fakulti pula, FUU, FKAB, FPI dan FTSM secara keseluruhan jawapan soal selidik menunjukkan mereka antara yang paling stres dalam banyak situasi dalam pelajaran dan kehidupan di universiti manakala Fakulti Pendidikan adalah fakulti paling santai dan kurang stres dalam banyak situasi kerana kurang diberi perhatian atas sebab kebanyakannya tidak setuju jika stres dalam pelbagai situasi.

Dalam dokumen Tahap stres and tekanan mahasiswa Univer (Halaman 81-90)

Dokumen terkait