Murid menukar huruf kecil kepada huruf besar berdasarkan huruf-huruf yang terdapat pada suku kata terbuka dan tertutup yang disediakan.
Aktiviti 3
Kerja individu
Murid memadan huruf besar dengan huruf kecil dalam suku kata terbuka dan tertutup yang disediakan
Aktiviti 4
Kerja berkumpulan
Pertandingan mencari pasangan suku kata terbuka supaya menjadi perkatan bermakna.
Aktiviti 5
Kerja berkumpulan
Pertandingan membaca suku kata tertutup berdasarkan gambar antara kumpulan . Aktiviti 6
Kerja berkumpulan
Pertandingan membaca perkataan yang mengandungi sukukata terbuka dan suku kata tertutup berdasarkan gambar yang disediakan.
Bahan-bahan Yang Digunakan
Aktiviti 1 > kad suku kata terbuka dan tertutup Aktiviti 2 > Lembaran kerja
Aktiviti 3 > Lembaran kerja
Aktiviti 4 > kad-kad suku kata terbuka bergambar serta saguhati Aktiviti 5 > kad-kad suku kata tertutup bergambar serta saguhati Aktiviti 6 > Kad-kad perkataan bergambar
RUMUSAN
Sebagai rumusan guru memainkan peranan yang penting dalam proses kebolehan membaca. Oleh yang demikian guru perlu tahu faktor-faktor yang menyumbang kepada proses kebolehan membaca dan kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Kearah objektif ini guru perlu tahu objektif Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) , teori-teori asas membaca dan mereka perlu mengukuhkan kemahiran-kemahiran pedagogi dalam kemahiran membaca.
BAB 4
DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan
Bab ini akan menganalisis data serta membuat laporan tentang dapatan kajian. Statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data dan satu skala pemarkahan soal selidik telah ditetapkan untuk meninjau penguasaan responden dalam kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup bagi semua responden tahun satu .
4.1 Kaedah Mengutip Data
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap responden Tahun Satu Gemilang, Sekolah Kebangsaan Padang Durian tahun 2009, didapati terdapat beberapa perubahan yang positif berbanding sebelumnya. Ini menunjukkan terdapat peningkatan yang baik dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif ke atas sampel yang telah diambil.
Sebanyak tiga kaedah yang digunakan untuk memastikan kaedah yang diperolehi akan lebih jelas bagi membezakan di antara pengajaran yang dilakukan oleh pengkaji dapat memberikan kefahaman yang baik di kalangan responden. Ia meliputi ujian pra, ujian pos dan borang kaji selidik.
4.2 Kajian responden
Jadual 7 : Profil responden kajian
Kumpulan Latar belakang Frekuensi Peratus
Eksperimen Etnik Melayu Siam China Jantina Lelaki Perempuan 19 14 3 19 17 53% 39% 8% 53% 47% Jumlah 36 100%
Rajah 1 : Taburan responden
Kajian ini melibatkan seramai 36 orang responden Tahun 1 Gemilang di sebuah sekolah luar bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Durian. Taburan keseluruhan responden mengikut etnik ialah 8 orang responden lelaki Siam ( 22% ) . 10 orang responden lelaki Melayu ( 28% ) , 1 responden lelaki Cina ( 3% ), 6 orang responden perempuan Siam (17% ), 2 orang responden perempuan Cina ( 6% ) manakala 9 orang lagi ialah responden perempuan Melayu (25%). Taburan responden ini menunjukkan responden lelaki dan perempuan Melayu adalah lebih ramai daripada responden lelaki dan perempuan Siam. Manakala responden lelaki dan perempuan Cina adalah paling rendah bilangannya berbanding responden Melayu dan Siam.
Taburan responden dalam kumpulan eksperimen ini mempunyai bilangan responden lelaki lebih ramai daripada responden perempuan. Responden lelaki seramai 19 orang mewakili 53% , manakala responden perempuan seramai 17 orang mewakili 47%.
4.3 Taburan responden berdasar pencapaian
Profil responden kajian akan dijelaskan dari segi jantina dan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam ujian KIA 2M dan ujian bulanan yang lepas. Untuk memudahkan perbandingan, pengkaji telah mengambil keputusan responden melalui Ujian KIA 2M pada awal Februari yang lepas. Dalam pemerhatian awal menerusi aktiviti bacaan individu, pengkaji dapati 28% murid lelaki tidak lancar dalam kemahiran membaca. Manakala murid perempuan tiada masalah dalam menguasai kemahiran membaca perkataan dan ayat mudah.
Hasil pemerhatian dalam aktiviti pembelajaran Bahasa Melayu, pengkaji dapati sebanyak 58% responden ini kenal huruf manakala selebih 42% lagi tidak mengecam atau tidak kenal huruf dengan baik. Pengkaji dapati responden terkeliru pada huruf-huruf yang bunyi hampir sama seperti ‘b’, ‘d’, ‘t’, ‘p’,’r’, ‘n’ ‘u’,’h’, ‘f’, ‘s’,‘g’ ‘y’ malahan terdapat juga responden yang tidak mengecam huruf –huruf vokal ‘a, e , i , o , u ‘ dengan baik. Sebahagian lagi didapati tidak dapat menulis huruf dengan cara yang betul semasa aktiviti menulis
Jadual 8 : Taburan responden mengikut tahap pencapaian Bahasa Melayu
Jantina A Peratus B Peratus C Peratus D Peratus
Lelaki 2 5 0 0 4 11 10 28
Perempuan 9 25 6 17 2 5 3 8
Jumlah 11 30 6 17 6 16 13 36
Rajah 5 : Pencapaian Bahasa Melayu
Data pencapaian responden menunjukkan sebilangan besar darinya memerlukan rawatan bagi membantu meningkatkan kebolehan menguasai kemahiran asas membaca dan mengecam huruf.
Tujuan dilakukan ujian pra ialah untuk mendapatkan maklumat dan gambaran pencapaian responden dalam aspek mengenalpasti aras kebolehan membaca suku kata terbuka dan tertutup , perkataan dan ayat-ayat mudah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sebanyak dua set soalan diberikan kepada responden. Set pertama mengandungi 20 soalan yang merangkumi kemahiran mengenal huruf besar dan huruf kecil, melengkap perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup serta melengkap ayat –ayat mudah berdasarkan perkataan yang telah dipelajari. Soalan pra dilakukan kepada semua responden yang termasuk di dalam sampel yang diambil. Masa yang diperuntukkan ialah selama satu jam. Soalan ini dibahagikan kepada 4 bahagian dimana setiap satu bahagian mempunyai 5 soalan.
Responden 1 5 5 2 3 75 Responden 2 5 5 3 3 80 Responden 3 5 5 3 4 85 Responden 4 2 3 0 2 35 Responden 5 3 2 1 2 40 Responden 6 2 2 2 1 35 Responden 7 1 2 1 0 20 Responden 8 2 1 2 0 25 Responden 9 2 3 1 0 30 Responden 10 2 2 0 1 25 Responden 11 2 3 0 2 35 Responden 12 1 2 2 1 30 Responden 13 2 2 1 2 35 Responden 14 2 2 2 0 30 Responden 15 2 3 0 1 30 Responden 16 3 2 2 1 40 Responden 17 2 3 2 0 35 Responden 18 2 2 2 1 35 Responden 19 2 2 1 1 30 Responden 20 2 4 2 3 55 Responden 21 4 5 0 1 50 Responden 22 5 5 3 4 85 Responden 23 5 5 4 5 95 Responden 24 5 5 4 5 95 Responden 25 5 5 4 5 95 Responden 26 5 5 4 3 85 Responden 27 5 5 5 5 100 Responden 28 5 5 4 4 90 Responden 29 5 5 5 5 100 Responden 30 3 2 0 1 30 Responden 31 2 2 1 0 25 Responden 32 5 4 3 2 70 Responden 33 3 3 0 1 35 Responden 34 2 2 2 0 30 Responden 35 3 3 0 1 35 Responden 36 2 2 3 2 45
4.5 Analisis Hasil Dapatan Dalam Ujian Pra
Jumlah soalan yang diuji di dalam ujian pra ini ialah sebanyak 20 soalan. Pengkaji membahagikan soalan ini kepada empat bahagian yang utama di mana ia meliputi kemahiran mengenal huruf kecil dan huruf besar, melengkapkan perkataan dengan suku kata terbuka dan suku kata tertutup, menamakan gambar dengan perkataan yang sesuai serta melengkapkan ayat mudah dengan perkataan yang sesuai. Setiap bahagian mengandungi 5 soalan dimana pengkaji memilih cara ini ialah untuk memastikan mereka dapat diukur berdasarkan standard yang ditetapkan iaitu 40 markah.
Jadual 10 : Peratusan Lulus Dan Gagal Ujian Pra
Jantina A % B % C % D %
Lelaki 2 5 1 3 2 5 14 39
Perempuan 8 22 1 3 3 8 5 14
Rajah 6 : Peratus lulus dan gagal ujian pra
Berdasarkan ujian pra yang telah dijalankan selama sejam ke atas semua 36 orang responden, pengkaji dapati terdapat 5 orang dari responden lelaki yang mewakili 14% sahaja yang lulus manakala seramai 12 orang responden perempuan yang mewakili sebanyak 33% sahaja yang lulus. Keseluruhannya ialah seramai 17 orang responden yang lulus mata pelajaran Bahasa Melayu yang mewakili sebanyak 47%. Selebihnya 53% masih lagi gagal untuk memenuhi standard yang telah ditetapkan.
4.6 Ujian pos
Selepas menjalankan ujian pra, pengkaji mendapati terdapat banyak kelemahan di kalangan responden tahun 1 Gemilang , di Sekolah Kebangsaan Padang Durian dalam menguasai kemahiran asas membaca dan mengenal huruf-huruf kecil dan besar khasnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengkaji telah menjalankan rawatan kepada mereka selama lima jam dimana ia dijalankan semasa sesi pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan kaedah pembelajaran koperatif, pengkaji telah menjalankan 6 aktiviti terancang yang merangkumi topik dan kemahiran yang berkaitan.
Sebelum pengkaji menjalankan ujian pos, beberapa permainan bahasa dan kuiz diadakan bagi mengingatkan kembali responden pada pembelajaran yang telah diikuti mereka. Responden melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan ini. Ujian pos dijalankan juga selama satu jam sama seperti ujian pra yang dijalankan sebelumnya.
4.7 : Analisis kejayaan setiap aktiviti yang dijalankan Rajah 7 : Kejayaan aktiviti 1
Dalam pelaksanaan aktiviti 1, pengkaji telah melakukan pemerhatian awal semasa proses pengajaran dan pembelajaran mengenai kemahiran mengenal dan membaca huruf dari kad-kad suku kata terbuka dan tertutup secara lisan dan bertulis. Seramai 18 orang responden mewakili 41% berjaya menguasai kemahiran ini.
Rajah 8 : Kejayaan aktiviti 2
Dalam pelaksanaan aktiviti yang ke 2, responden dikehendaki menukar huruf kecil kepada huruf besar berdasarkan huruf-huruf yang terdapat pada suku kata terbuka dan tertutup yang disediakan secara individu di dalam lembaran kerja. Seramai 20 orang responden mewakili 55% berjaya menguasai kemahiran ini.
Rajah 9 : Kejayaan aktiviti 3
Dalam pelaksanaan aktivti yang ke 3, responden dikehendaki memadan huruf besar dengan huruf kecil dalam suku kata terbuka dan tertutup yang disediakan secara individu di dalam lembaran kerja. Aktiviti 3 ini agak mencabar kemampuan responden kumpulan lemah. Didapati seramai 22 orang responden mewakili 61% berjaya memadankan dengan betul.
Rajah 10 : Kejayaan aktiviti 4
Dalam pelaksanaan aktiviti yang ke 4, pengkaji mengadakan satu
pertandingan mencari pasangan suku kata terbuka supaya menjadi perkataan bermakna secara berkumpulan. Penglibatan responden adalah secara menyeluruh dan berjaya merangsang minat responden. Seramai 30 orang responden yang mewakili 83% telah berjaya mencari pasangan suku kata terbuka menjadi perkataan bermakna.
Dalam pelaksanaan aktiviti yang ke 5, satu pertandingan membaca suku kata tertutup berdasarkan kad-kad suku kata bergambar antara kumpulan diadakan bagi menguji penguasaan responden. Interaksi antara responden menunjukkan kemajuan yang positif. Seramai 25 orang responden mewakili 69% berjaya membaca suku kata tertutup dengan betul.
perkataan bergambar yang disediakan secara kumpulan. Kerjasama ahli kumpulan yang tinggi membantu kumpulan mencatat kejayaan yang memberangsangkan. Seramai 31 orang responden mewakili 86% berjaya membaca perkatan-perkataan tersebut dengan betul.
Jadual 11 : Analisis Data Ujian Pos
Responden Bah.1 Bah.2 Bah.3 Bah.4 Markah
Responden 1 5 5 3 4 85 Responden 2 5 5 4 5 95 Responden 3 5 5 3 3 80 Responden 4 4 4 3 2 65 Responden 5 4 5 4 3 80 Responden 6 4 4 3 2 65 Responden 7 5 4 1 1 55 Responden 8 4 4 3 2 65 Responden 9 4 5 4 3 85 Responden 10 5 5 1 1 60 Responden 11 4 5 3 4 80 Responden 12 5 5 3 3 80 Responden 13 5 4 3 4 80 Responden 14 5 5 2 3 75 Responden 15 5 5 3 3 80 Responden 16 2 3 3 1 45
Responden 20 5 5 3 3 80 Responden 21 3 4 1 1 45 Responden 22 5 5 3 4 85 Responden 23 5 5 4 4 90 Responden 24 5 5 5 4 95 Responden 25 5 5 4 4 90 Responden 26 5 5 5 4 95 Responden 27 5 5 5 5 100 Responden 28 5 5 3 3 80 Responden 29 5 5 5 5 100 Responden 30 4 4 2 2 60 Responden 31 4 3 1 0 40 Responden 32 5 5 3 4 85 Responden 33 5 5 4 3 85 Responden 34 4 5 4 3 80 Responden 35 4 4 3 2 65 Responden 36 5 5 3 2 75
4.8 Analisis Dapatan Ujian Pos
Sama seperti yang pengkaji jalankan di dalam ujian pra, pengkaji telah mengedarkan soalan yang sama. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa satu jam. Banyak perubahan yang saya dapati hasil daripada ujian pos. Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran
pengecaman mereka mengenal huruf-huruf kecil dan besar serta meningkatkan kebolehan membaca suku kata terbuka dan tertutup bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu.
Jadual 12 : Pencapaian Ujian Pos
A % B % C % D %
Lelaki 9 25 5 14 3 8 2 5
Perempuan 12 33 3 8 2 5 0 0
Jumlah 21 58 8 22 5 13 2 5
Berbeza dengan ujian pra, ujian pos ini memperlihatkan peningkatan pencapaian yang memberangsangkan di kalangan responden. Sebagai contoh, tahap lulus responden lelaki meningkat kepada 17 orang yang mewakili 47%, manakala responden perempuan meningkat kepada 17 orang yang mewakili 47%, bertambah 14% dari sebelumnya.
murid setuju tidak setuju
1 36 34 2 0 0
4.9 :Analisis Dapatan Dari Borang Soal Selidik
Bagi menampakkan lagi kekuatan sokongan berdasarkan teknik dan kaedah yang dipilih, pengkaji telah menyoal selidik kesemua responden mengenai kaedah koperatif di dalam pembelajaran yang dilaksanakan ke atas mereka. Mereka diberi ruang masa yang cukup untuk melahirkan pendapat tanpa sebarang gangguan atau tekanan. Berdasarkan keseluruhan keputusan, pengkaji dapati kesemua mereka bersetuju bahawa kaedah koperatif yang telah pengkaji jalankan kepada mereka memang sangat membantu mereka untuk mengukuhkan lagi ingatan dan pengecaman dalam mengenal huruf dan meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup berbanding dengan kaedah “ chalk and talk”.
Berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada soal selidik, didapati seramai 34 orang responden yang mewakili 94% sangat bersetuju bahawa penggunaan kaedah pembelajaran koperatif memang membantu mereka di dalam meningkatkan kebolehan membaca suku kata terbuka dan suku kata tertutup bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Manakala seramai 2 orang responden lagi mewakili 6% bersetuju kaedah ini banyak membantu mereka di dalam peningkatan penguasaan kemahiran membaca perkataan dan ayat-ayat mudah yang diajarkan.
profil responden kajian yang meliputi jantina dan tahap pencapaian Bahasa Melayu. Seterusnya bab ini juga telah memperlihatkan analisis-analisis data mengenai ujian KIA 2M, ujian pra , ujian pos dan soal selidik. Disamping itu juga bab ini telah menjelaskan cara pelaksanaan kaedah pengajaran, masalah yang berkaitan dengan kaedah pengajaran dan kebaikan serta kelemahan kaedah pengajaran. Hasil daripada dapatan yang diperolehi akan dibincangkan dalam bab seterusnya.
5.0 Pendahuluan
Bab ini akan menjelaskan secara terperinci mengenai keputusan-keputusan kajian yang telah diperolehi dalam bab 4. Penjelasan dalam bab ini akan menumpu kepada ringkasan kajian, perbincangan-perbincangan mengenai hasil dapatan kajian, kesimpulan-kesimpulan dari perbincangan tersebut . Seterusnya bab ini juga akan menghuraikan implikasi-implikasi yang didapati dari penemuan-penemuan serta cadangan-cadangan bagi kajian yang akan datang.
5.1 Ringkasan Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan induktif dan kaedah pembelajaran koperatif supaya dapat membantu meningkat penguasaan murid. Kajian ini adalah berbentuk satu kajian eksperimen, dimana pengkaji akan menguji suatu kaedah pengajaran ke atas suatu topik iaitu membaca perkataan dari suku kata terbuka dan tertutup. Ujian-ujian ini dilakukan ke atas semua murid tahun 1 Gemilang di Sekolah Kebangsaan Padang Durian. Sampel ujian yang terdiri daripada 36 orang murid dari kelas berkenaan telah dipilih untuk menjalani satu sesi intervensi mengenai ujian yang telah dijalankan.
kajian dianalisis dengan menggunakan kekerapan dan peratus. Maklumat mengenai jantina akan memberikan peratus bilangan murid lelaki dan perempuan.
Manakala maklumat mengenai markah dan peratusan murid adalah untuk melihat tahap keupayaan awal murid. Data yang dikumpul dari soalan ujian pra dan ujian pos dianalisis berdasarkan skema pemarkahan analitik. Perbandingan analisis data ujian pra dan analisis data ujian pos serta keputusan dari sesi intervensi dijalankan untuk mencari kesimpulan kajian.
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
Perbincangan dalam bab ini akan menyentuh keberkesanan kaedah pembelajaran yang digunakan dalam pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran disampaikan dengan kaedah pembelajaran koperatif.
5.2.1 Kelebihan
Kaedah koperatif mempunyai beberapa kelebihan berbanding kaedah-kaedah lain, iaitu;
* Ia membantu meningkatkan rasa tanggungjawab bersama.
* Murid belajar bersabar, kurang kritikal dan lebih merasa belas kasihan. * Murid-murid menjadi lebih toleransi antara satu sama lain.
semangat kekitaan dan persaingan yang positif dikalangan murid-murid dalam kumpulan. Kumpulan eksperimen yang menggunakan pembelajaran koperatif telah memperolehi prestasi yang lebih baik dalam enam aktiviti yang dijalankan. Peratus kejayaan yang tinggi menunjukkan kebaikan pengajaran dan pembelajaran kaedah koperatif. Tahap penguasaan murid mengenal dan membaca dalam pelajaran bahasa Melayu meningkat.
Pembelajaran koperatif adalah strategi pengajaran kumpulan yang membuat pelajar belajar dan mengajar. Pembelajaran ini berbeza daripada pembelajaran tradisional kerana ia lebih berstruktur iaitu semua pelajar menyertai secara sama rata dan bertanggungjawab kepada pembelajaran mereka. (Noor Shah Saad,2002)
Hasil analisis ini telah menyokong dapatan Slavin(1987) yang menyatakan
bahawa pembelajaran koperatif ini memberikan kesan positif terhadap pencapaian akademik murid. Responden dalam kumpulan eksperimen dilihat berusaha belajar sebagai satu kumpulan dan keadaan ini dapat dicapai melalui perbincangan tugasan yang diberikan dalam kumpulan.Tugasan yang diberikan memerlukan murid-murid berbincang dan masing-masing mempunyai peranan berbeza untuk mencapai matlamat yang sama iaitu meningkatkan prestasi kumpulan.
sokongan yang sepenuhnya kepada ahli-ahli kumpulan yang lain. Secara langsung ini menghasilkan pencapaian individu yang maksimum. Jelas bahawa murid-murid diberikan peluang yang lebih banyak dalam pembelajaran koperatif yang berorientasikan perbincangan dan perkembangan idea-idea dalam menyelesaikan latihan-latihan yang diberi. Pencapaian kejayaan dalam keenam-enam aktiviti menunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan dalam meningkatkan kebolehan murid - murid tahun satu membaca suku kata terbuka dan suku kata tertutup bagi pelajaran bahasa Melayu.
5.2.2 Kelemahan
Seperti juga kaedah-kaedah lain, kaedah koperatif mempunyai beberapa kelemahan, iaitu;
Sesetengah murid tidak dapat belajar dengan baik melalui kaedah ini.
Murid-murid yang suka bersendirian ( loners ) sukar untuk melibatkan diri dalam perbincangan.
Murid-murid agresif cuba menguasai perbincangan
a. Pengetahuan dan kemahiran asas membaca bagi sebahagian besar murid adalah kurang memuaskan.
b. Sikap dan minat membaca sangat rendah di kalangan murid-murid. c. Hubungan antara prestasi bacaan dalam bahasa Melayu dengan
kaedah pengajaran kurang mantap.
Implikasi dapatan kajian mendapati pengetahuan dan kemahiran asas membaca bagi sebahagian besar murid adalah kurang memuaskan. Implikasi dapatan ini ialah para guru perlu menguji pengetahuan dan kemahiran asas mengenal, mengecam, membaca dan menulis yang diperlukan murid sebelum guru memulakan mengajar topik atau kemahiran baru yang lebih tinggi dalam mata pelajaran bahasa Melayu . Selepas itu, guru perlu membuat ulang kaji pengetahuan dan kemahiran asas menulis,mengenal, mengecam dan membaca yang diperlukan sehingga murid dapat menguasainya. Murid perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran asas ini untuk mempelajari kemahiran yang baru.
Berdasarkan dapatan analisis kajian yang telah dibincangkan pada para 5.2, beberapa cadangan ingin dikemukakan dengan harapan ia akan dapat memberi sumbangan ke arah peningkatan corak pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan kepada pembelajaran koperatif. Penggunaan kaedah koperatif adalah satu corak pembelajaran yang baik dan berkesan. Penggunaan kaedah pembelajaran dan pengajaran koperatif bergantung kepada kecekapan professional guru. Kajian menunjukkan bahawa perbezaan yang jelas berlaku dalam proses pemikiran murid selepas pengalaman dalam kaedah pengajaran koperatif.
Pembelajaran koperatif boleh mengajar kemahiran sosial antara ahli kumpulan. Selain daripada itu kemahiran interpersonal, Kemahiran berkomunikasi dapat dilihat dalam pembelajaran koperatif bagi sesi perbincangan yang dilakukan dalam kumpulan bagi menyelesaikan sesuatu latihan. Dengan itu pembelajaran koperatif ini meninggalkan kesan kepada murid dalam perhubungan diantara rakan. Daripada pembelajaran koperatif sifat malu yang ada dalam diri sesetengah murid dapat diatasi dengan baik dengan adanya sokongan daripada rakan sekumpulan. Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang menunjukkan kesan positif untuk murid dan juga guru bagi meningkatkan pencapaian murid seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah.
Kajian yang telah dijalankan ini merupakan kajian yang bersifat deskriptif bagi ,mengenal pasti keberkesanan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif dalam bidang pendidikan. Kajian ini merupakan kajian berasaskan sekolah, dilakukan pada sampel yang kecil dan masa kajian yang terhad iaitu dua jam pengajaran. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan agar aspek-aspek berikut dapat diberikan pertimbangan untuk dijadikan sebagai bahan kajian lanjutan berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan ini pada masa akan datang.
Salah satu aspek yang dikenalpasti mempengaruhi keberkesanan kaedah ini
ialah faktor masa. Ini perlu diberikan perhatian supaya kesan pelaksanaannya dapat diukur dengan lebih tepat. Dicadangkan kajian yang serupa dijalankan bagi tempoh rawatan yang lebih panjang. Dicadangkan juga supaya pengajaran dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan lebih jitu.
Dalam membincangkan faktor masa, bagi mengaju soalan soal selidik juga
harus dilihat masa dan keadaan yang sesuai supaya pelajar dapat menjawab dengan lebih tepat dan hasil yang diperolehi lebih jitu. Masa yang tidak sesuai ialah hampir waktu rehat dan waktu akhir pembelajaran sebelum murid pulang dari sekolah. Ini kerana murid lebih berminat untuk makan dan sibuk pulang ke rumah.
dipraktikkan juga di sekolah menengah sama ada ke atas pelajar aliran sains atau aliran sastera. Selain itu, pembelajaran koperatif ini boleh diperluaskan kepada pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi.
Menurut Liew(1999), beberapa matapelajaran lain yang boleh diajar melalui kaedah ini seperti Sains, Geografi, Bahasa Malayia dan Bahasa Inggeris juga drama. Selain daripada itu, kajian mengenai pembelajaran koperatif ini boleh dijalankan dengan membandingkan di antara dua kaedah, misalnya antara kaedah eksperimen di makmal dengan kaedah penguasaan di bilik darjah. Dalam melaksanakan kaedah ini, ia memerlukan persiapan yang rapi. Ramai di kalangan guru merasakan ia akan menambahkan beban kerja mereka. Namun dengan perancangan dan persediaan yang rapi serta komitmen guru yang sepenuhnya pengajaran ini dapat dipraktikkan. Guru-guru yang mempraktikkan kaedah koperatif ini dicadangkan dalam tujuan penilaian set soalan yang berbeza harus disediakan antara individu atau pasangan yang lain bagi mengelakkan dari murid meniru dan menunggu jawapan dari rakan tanpa mencuba.
Kesimpulan
Peranan utama pembelajaran koperatif didapati bahawa ia telah memberi peluang kepada murid untuk berkomunikasi secara berstruktur antara ahli kumpulan . Selain daripada berjaya meningkatkan pencapaian murid dalam bidang akademik yang mana pencapaian murid boleh dilihat dalam ujian pos yang diadakan. Hasil daripada kajian didapati pembelajaran koperatif menunjukkan kesan yang positif dimana terdapat peningkatan pencapaian murid tahun 1 Gemilang dalam menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup bahasa Melayu. Selain daripada mata pelajaran bahasa Melayu, matapelajaran lain juga boleh menggunakan kaedah ini dengan penyediaan yang teliti dan baik. Guru yang kreatif dan inovatif diperlukan bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta dapat meningkatkan mutu pencapaian murid dalam akademik. \Pembelajaran ini juga boleh mengajar kemahiran sosial antara ahli kumpulan,
kemahiran interpersonal dan kemahiran berkomunikasi sewaktu sesi perbincangan dalam kumpulan.
Penutup
Bab ini telah memberikan ringkasan kajian, membincangkan dapatan-dapatanm kajian, memberi kesimpulan dapatan kajian, membincangkan implikasi dapatan-dapatan kajian dan mencadangkan beberapa kajian lanjutan. Secara