• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERJA-KERJA PENCERUCUKAN

Dalam dokumen LAPORAN LATIHAN INDUSTRI JABATAN KERJA R (Halaman 112-118)

9.3 ‘SETTING OUT’

9.5 KERJA-KERJA PENCERUCUKAN

Pembinaan jambatan selalunya memerlukan asas cerucuk untuk menghantar segala bebanan struktur ke lapisan tanah bahagian bawah yang kukuh dan stabil. Asas cangkat (shallow foundation) jarang sekali digunakan oleh kerana beban yang ditanggung adalah tinggi disamping daya tnaggung tanah dilapisan atas adlaah kecil.

a) Pengkelasan asas cerucuk

Pengkelasan asas cerucuk adalah dibuat mengikut kaedah pembinannya seperti berikut :

- cerucuk hentaman (driven piles).

- Cerucuk pengorekan, tuang ‘insitu’ (bored piles).

- Cerucuk hentaman, tuang ‘insitu’ (driven cast in place piles).

Sebagai garis panduan, artikel ini hanya akan membincangkan pembinaan asas cerucuk hentaman sahaja memandangkan ianya adalah popular dalam projek-projek JKR.

Cerucuk hentaman adalah terdiri dari jenis-jenis berikut :

- cerucuk dari kayu sama ada bakau atau biasanya kempas yang diawet dengan tekanan.

- Cercucuk konkrit tetulang biasa. - Cerucuk konkrit prategasan.

- Cerucuk keluli umpamanya dari jenis keluli gelek H.

b) Kaedah penanggungan beban

Daya penanggungan beban yang dihasilkan oleh cerucuk adalah berdasarkan kepada ciri-ciri berikut :

- tanggung hujung (end bearing) yang dihasilkan apabila bahagian hujung cerucuk terletak di atas lapisan asas yang kukuh umpamanya granite atau batu kapur pejal.

- geseran kulit (skin friction) yang berlaku di antara permukaan luar cerucuk dengan tanah sekelilingnya umpamanya di kawasan tanah liat.

- gabungan bersama diantara tanggung hujung dan geseran.

c) Persediaan awal

Sebelum kerja-kerja penanaman cerucuk dijalankan, persediaan awal hendaklah dibuat yang merangkumi perkara-perkara berikut :

- sistem untuk menentukan kedudukan dan aras cerucuk seperti yang terdapat dalam lukisan kerja. Tanda rujukan umpamanya batu aras hendaklah berada diluar kawasan kerja untuk mengelakkan sebarang gangguan ke atasnya.

- Mengenalpasti jenis loji dan lain-lain peralatan yang digunakan untuk penanaman cerucuk disamping kaedah dan cara penggunaannya. Umpamanya, berat pengetuk hendaklah sepadan dengan berat cerucuk yang digunakan. Sama ada pengetuk lepas atau ‘diesel hammer’ digunakan adalah tertakluk kepada skop kerja, kerumitan dan keadaan tanah. ‘diesel hammer’ adalah tidak sesuai untuk kawasan batu kapur oleh kerana kesukaran untuk menentukan/mengawal ‘hammer drop’ apabila diperlukan.

- Menentukan nilai’set’ untuk 10 pukulan pengetuk bagi mengawal betapa dalamnya penanaman cerucuk apabila ianya dari jenis tanggung hujung. Cerucuk geseran adalah ditanam berasaskan kepada betapa dalamnya seperti yang tercatit di lukisan atau dokumen tawaran kerja.

- Menyediakan boring data penanaman cerucuk. Data-data yang berhubung dengan kedudukan cerucuk, perkiraan ‘blow’, dalamnya yang ditanam, berat dan jarak terjun pengetuk dan lain- lain maklumat penting hendaklah disediakan dengan sempurna. - Menyediakan peralatan untuk mengawal ‘alignment’ dan

kecerunan cerucuk yang bakal ditanam. Ini adalah terdiri dari ‘plum bob’ yang digantungkan, sesiku dan ‘spirit level’.

d) Kaedah pengendalian cerucuk

Sebelum kerja-kerja penanaman cerucuk dijalankan, pegawai penyelia perlulah memberikan perhatian khusus ke atas perkara-perkara berikut :

- bagi kayu bakau, ianya hendaklah ditempatkan di tapak dalam keadaan lembab. Apabila ditanam, ianya hendaklah berada di bawah paras air pada setiap masa.

- Cerucuk konkrit tetulang biasa dan prategasan hendaklah diangkat dengan cara yang betul melalui lubang penyangkut yang disediakan setelah konkrit mencapai kekuatan tertentu. Cerucuk yang disusun secara bertindih hendaklah dilapikkan dengna kayu pada lubang penyangkutnya.

- Pihak kontraktor hendaklah meneyrahkan segala salinan sijil ujian pembuat mengenai cerucuk keluli yang bakal digunakan.

e) Penanaman cerucuk

Sebelum cerucuk diangkat ke kerangka pengetuk, ianya adalah ditanda untuk setiap kaki panjang. Kepala cerucuk kemudiannya disarungkan dengan helmet yang terdapat lapisan ‘dolly’. dan bertindak sebagai kusyen untuk menghalang daripada berlaku keretakan struktur.

‘Alignment’ cerucuk adalah dikawal dengan mengikatkan ‘helmet’ ke bahagian kerangka pengetuk. Disamping itu, laluan terjun pengetuk hendaklah berada selari dengan ‘alignment’ cerucuk yang ditanam.

Perubahan kepada ‘alignment’ cerucuk yang dibenarkan setelah ditanam adalah tercatit dalam penentuan kerja. Untuk kerja-kerja JKR, nilai perubahan yang dibenarkan adalah seperti berikut :

- nilai maksima sebanyak 1 dalam 75 untuk paksi pugak.

- Nilai maksima sebanyak 3 inchi diparas pemotongan cerucuk untuk paksi ufuk.

Jika berlaku sebarang perubahan ‘alignment’ yang lebih besar dari nilai-nilai di atas, bukanlah bererti cerucuk yang telah ditanam mesti ditolak. Asas jambatan adalah berdasarkan kepada system gabungan cerucuk (pile group). Besar kemungkinan system ‘pile cap’ boleh direkabentuk semula untuk mengambilkira perubahan yang berlaku. Dalam keadaan demikian, nasihat dari jurutera tapak atau pun perekabentuk hendaklah diambil untuk tindakan yang sewajarnya.

Ketika penanaman cerucuk dijalankan, jumlah pukulan untuk setiap kaki yang ditanam hendaklah dicatitkan ke dalam borang data yang disediakan. Untuk cercucuk tanggung hujung, pukulan pengetuk hendaklah diberhentikan apabila jumlah pukulan bagi setiap kaki yang tertanam sudah sampai kepada anggaran yang dibuat oleh Jurutera Projek berdasarkan kepada perkiraan nilai ‘set’.

Apabila sambungan dilakukan ke atas cerucuk yang memerlukan penembusan seterusnya, hendaklah dipastikan bahawa bahagian penyambung dilakukan dengan sempurna di bawah penyeliaan yang rapi. Pastikan agar kedua-dua cerucuk yang disambung berada dalam ‘alingment’ yang lurus. Ini adalah untuk mengelakkan dari berlaku sebarang momen lentur yang menjejaskan keupayaan stuktur cerucuk.

Kualiti kerja mengimpal ke atas sambungan hendaklah benar-benar sempurna.

Apabila cerucuk ditanam di kawasan berpasir, isipadu tanah disekelilingnya akan bertambah. Pemendapan dikawasan persekitaran mungkin akan berlaku. Penanaman cerucuk yang terletak di bahagian tengah ‘pile cap’ adalah agak sukar dijalankan sekiranya dibuat setelah lain-lain cerucuk disekelilingnya telah ditanam. Oleh itu, pastikan cerucuk di bahagian tengah ditanam dahulu di kawasan berpasir.

Sekiranya cerucuk ditanam di kawasan bertanah liat, tanah disekelilingnya akan menggembur (heave) naik. Ini boleh menyebabkan cerucuk yang telah ditanam terangkat dari aras asalnya. Jika ini berlaku, cerucuk adalah seolah-olah tergantung dan akan menjejaskan daya tanggungannya, terutama jika ianya dari jenis tanggung hujung.

Sekiranya masalah ini berlaku, cerucuk yang sudah ditanam sehingga ‘set’ hendaklah dipukul semula untuk ‘set’ bagi kali keduanya.

gambarajah 9.5 : Penanaman cerucuk sedang dijalankan oleh kren

f) Ujian cerucuk

Ujian ke atas cerucuk dijalankan dengan tujuan-tujuan berikut :

- memeriksa keupayaan tanggung muktamad (ultimate bearing capacity).

- Memeriksa keutuhan struktur cerucuk setelah ditanam.

- Mengkaji hubungan diantara bebanan dan penurunan cerucuk.

Setelah cerucuk pertama ditanam sehingga mencapai nilai ‘set’ yang ditentukan atau pun mengikut kedalaman yang direkabentuk. Ujian yang dilakukan ke atasnya bagi memastikan perkara-perkara di atas.

Jika ujian tersebut lulus, maka cerucuk seterusnya adalah ditanam berdasarkan kepada nilai set atau pun kedalaman cerucuk yang pertama tadi. Ujian ini akan memudahkan pihak pemborong untuk membuat anggaran ke atas jumlah panjang cerucuk seterusnya yang patut disediakan. Kedudukan cerucuk yang diuji hendaklah ditanam berhampiran dengan ‘bore hole’ yang telah diketahui jenis dan keadaan tanah sekitarnya.

Bagi mematuhi kehendak-kehendak teknikal, perhatian yang khusus hendaklah diberikan ke atas perkara-perkara berikut :

- untuk kawasan bertanah liat, ujian cerucuk hendaklah dijalankan setelah 4 minggu ditanam.

- Untuk kawasan berpasir, ujian boleh dilakukan setelah beberapa hari sahaja ditanam.

g) Susunan peralatan dan prosedur ujian

Beberapa perkara penting yang harus diambil perhatian : - permukaan kepala cerucuk yang diuji hendaklah diratakan.

- Penyokong (support) kepada beban lawan (kentledge) hendaklah berada sekurang-kurangnya 1.3m dari cerucuk yang diuji.

- Beban lawan hendaklah disusun sedemikian rupa, supaya pusat gravitinya selari dengan paksi cerucuk. Berat beban lawan hendaklah lebih tinggi, iaitu kira-kira 20 % dari beban ujian maksima.

- Tolok tekanan (pressure gauge), tolok dail (dial gauge) dan jek hidraulik hendaklah dikalibrasikan terlebih dahulu sebelum digunakan. Keupayaan jek hidraulik mestilah melebihi diantara 1.2 hingga 2.0 kali ganda beban ujian maksima.

- Sekurang-kurangnya tiga dan sebaik-baiknya empat tolok dail hendaklah digunakan untuk menyukat penurunan cerucuk. Ianya hendaklah dipasangkan kepada rasuk yang disokong dengan kukuh.

- Berdasarkan penentuan binaan jambatan JKR, ujian beban maksima seberat 2 kali beban rekabentuk hendaklah dikenakan selama 48 jam.

Penurunan cerucuk yang dibenarkan hasil dari beban ujian maksima adalah 30mm. penurunan sebenar (permanent settlement) yang dibenarkan setelah pengembalian semula (recovery) sebaik sahaja beban ditanggalkan adalah 5mm. (Lihat gambarajah 10 untuk pemasangan ujian cerucuk).

Dalam dokumen LAPORAN LATIHAN INDUSTRI JABATAN KERJA R (Halaman 112-118)

Dokumen terkait