• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENYELIAAN KERJA KONKRIT

Dalam dokumen LAPORAN LATIHAN INDUSTRI JABATAN KERJA R (Halaman 120-130)

9.3 ‘SETTING OUT’

9.7 PENYELIAAN KERJA KONKRIT

Pastikan agar ianya dilaksanakan berdasarkan kepada penentuan dan lukisan kerja disamping arahan-arahan yang dikeluarkan oleh jurutera projek dari semasa ke semasa.

a) Bahan

Ini termasuklah pasir, batu baur, simen dan besi tetulang. Kesemua bahan-bahan yang dihantar ke tapak hendaklah diperiksa berdasarkan kepada penentuan kontrak sebelum diluluskan untuk kegunaan. Perhatian khas hendaklah diberikan kepada perkara-perkara berikut :

- pasir dan batu baur hendaklah dibekalkan dari sumber yang diluluskan. Ianya hendaklah bersih dari sebarang kekotoran disamping dari jenis yang bergred.

- Simen hendaklah disimpan dengan sempurna, jauh dari sumber air dan lembapan. Sebarang bungkusan barang yang terdapat ketuln simen hendaklah ditolak.

- Penggunaan ‘admixture’ adalah tidak dibenarkan tanpa kelulusan bertulis dari jurutera projek.

- Besi tetulang hendaklah bebas dari kepingan karat, minyak dan lain-lain kekotoran yang akan menghindakan tegasan cantuman antaranya dan konkrit.

b) Kerja acuan

Pastikan agar acuan yang digunakan menepati kehendak berikut : - ketepatan dimensi yang meliputi saiz, bentuk, kedudukan dan

kelurusannya.

- Ianya adalah dari bahan yang tegar untuk menahan dari berlaku sebarang pergerakan, lenturan atau melembung semasa menempatkan konkrit.

- Semua sambungan diantara panel acuan hendaklah benar-benar kejap untuk menghindarkan pengaliran keluar mortar.

- Permukaan acuan yang akan bersentuh dengan konkrit hendaklah bebas dari sisa-sisa dawai, paku dan sebarang kekotoran yang akan menjejaskan kemasan permukaan konkrit.

c) Bancuhan konkrit

Perkara-perkara utama yang perlu diberikan penekanan adalah seperti berikut :

- bancuhan konkrit hendaklah menepati nisbah kandungan bahan- bahan yang ditetapkan iaitu pasir, batu baur, simen dan air. Nisbah kandungan air yang digunakan hendaklah mengambil kira air yang sedia ada dalam pasir dan batu baur.

- Bancuhan konkrit hendaklah menyeluruh (consistency of mix), boleh dikerjakan dengan sempurna (workable) disamping tidak berlaku pemisahan (segregation).

- Konkrit yang telah ditempatkan hendaklah dimampatkan dengan sempurna dan akhirnya diawet dengan secukupnya.

- Ujian kawalan mutu hendaklah dilakukan secara sistematik. Ujian- ujian utama ialah ujian penurunan dan penyediaan kiuub konkrit.

gambarajah 9.7 : Ujian kiub yang perlu dilakukan

9.8 PEMBINAAN SUPERSTRUKTUR

Bahagian supersturktur jambatan dari jenis rasuk rentang biasa (simply supported beam) adalah dibina secara berperingkat seperti berikut :

- pembinaan rasuk sama ada dikilang atau pun di tapak binaan.(Rujuk rajah 28.0)

- Melancarkan rasuk untuk merentangi dua penyokong yang terdiri dari abutment atau pier.

- Pembinaan geladak dan lain-lain peralatan/kemasan jambatan.

a) Pelancaran rasuk

Biasanya rasuk jambatan JKR adalah direkabentuk khas dari jenis konkrit prategasan. Artikel ini tidak akan menerangkan secara mendalam tentang kaedah pembinaan rasuk jenis ini oleh kerana satu syarahan khas berhubung dengannya adalah diberikan secara berasingan.

Rasuk konkrit prategasan terbahagi kepada dua jenis :

- prategasan tegas dahulu berbentuk ‘inverted T’. Prategasan tegas kemudian berbentuk ‘I’

Pilihannya adalah bergantung kepada keadaan dan kedudukan tapak binaan. Rasuk prategasan tegas dahulu biasanya dibuat dikilang dan dihantar ke tapak. Panjangnya adalah terhad, umpamanya 18.9m sahaja disebabkan masalah pengangkutan.

Rasuk prategasan tegas kemudian biasanya dibuat di tapak dan adalah lebih panjang, umoamanya 31.24m menurut piawaian JKR. Ketika menjalankan kerja-kerja pelancaran rasuk,penyelia tapak hendaklah mengambil perhatian ke atas perkara-perkara berikut :

- rasuk hendaklah diangkat melalui tempat penggantungannya dengan cara perlahan-lahan tanpa sebarang kejutan.

- Kerja-kerja pelancaran rasuk tidak mengganggu kedudukan alas tanggung (bearing) dan ‘dowel bar’. Kedudukan rasuk, alas tanggung dan dowel bar hendaklah menepati lukisan kerja.

Biasanya pelancaran rasuk jenis tegas dahulu adalah dengan menggunakan kren. Rasuk tegas kemudian yang lebih berat dan panjang memerlukan rel, rasuk pelancar sementara (launching girder) dan kren.

gambarajah 9.8 (a) : Pelancaran rasuk (launching) sedang dijalankan menggunakan kren.

gambarajah 9.8 (b) : Ketika pelancaran rasuk, perlulah memastikan kedudukan rasuk adalah betul-betul pada tempatnya

gambarajah 9.8 (c) : perletakan rasuk perlulah dilakukan dengan berhati-hati

b) Bearing

Fungsi-fungsi bearing bagi sesebuah jambatan adalah merangkumi perkara-perkara berikut :

- untuk memindahkan bebanan dari superstruktur ke substruktur. - Memberikan kemudahan pergerakan (expansion and contraction)

kepada struktur.

- Memeberikan kemudahan lenturan kepada geladak ketika menerima bebanan.

- Untuk mengurangkan getaran ke atas struktur jambatan disebabkan beban mengejut.

Bearing yang biasa digunakan di Negara ini adalah dari jenis ‘elastromeric’. Ianya adalah dibuat dari getah asli atau pun getah tiruan yang dipanggil neoprene sebagai bahan utama. (Rujuk rajah 29.0)

Bearing ‘elastromeric’ adalah terbahagi kepada 3 jenis seperti berikut : - ‘laminated’: mempunyai beberapa lapisan elastomer yang

dicantumkan kepada pelit keluli yang terdapat di dalamnya. - ‘pad’: hanya mempunyai satu lapisan elastomer sahaja. - ‘strip’: bearing jalur yang panjang.

Bearing laminated dan pad adalah digunakan secara terpisah sementara bearing strip adalah selari panjang. Pemilihan masing-masing adalah dibuat berdasarkan kepada factor-faktr berikut :

- berat bebanan yang ditanggung. - Saiz pergerakan dan lenturan geladak.

- Keluasan permukaan penyokong di atas pier atau abutment.

gambaraja 9.8(c) : Pad bearing antara komponen yang utama bagi menyerap gegaran yang dihasilkan oleh jambatan atau jejantas.

Pemeriksaan yang teliti hendaklah dijalankan oleh pegawai penyelia ke atas kesemua bearing yang dihantar ke tapak sebelum digunakan. Ianya hendaklah memenuhi keperluan penentuan yang merangkumi perkara- perkara berikut :

- jenis, dimensi dan gred elastomer. Kadangkala bearing yang mempunyai dimensi yang sama terdapat perbezaan dari segi jumlah plat keluli mahu pun gred elastomer yang digunakan. Tentukan pengenalan dapat dibuat dengan tepat tanpa sebarang keraguan. Surat jaminan/pengesahan dari pembuat sebaik-baiknya diperolehi bersama.

- Jika kuantiti yang digunakan adalah besar, ujian biasanya dilakukan ke atas bearing yang telah siap. Ini dapat dilakukan dengan kerjasama makmal Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Sungai Buloh, Selangor. Jenis-jenis ujian yang dijalankan adalah seperti yang dilampirkan.

- Bearing hendaklah disimpan jauh dari sinaran matahari, haba, minyak dan lain-lain bahan kimia yang boleh menjejaskan elastomer.

Persediaan awal sebelum bearing dipasangkan ke tempatnya adaah seperti berikut :

- bearing elastromeric adalah diletakkan di atas lapisan ‘epoxy mortar’ untuk menghindarkannya dari rosak disebabkan permukaan konkrit yang kasar.

- Sebelum menempatkan lapisan ‘epoxy mortar’, permukaan konkrit di bawahnya hendaklah kering, bersih dari minyak dan segala kekotoran.

- ‘epoxy mortar’ hendaklah disediakan berdasarkan kepada arahan pembuatnya. Lapisan ini hendaklah disediakan dengan paras yang cepat dan sempurna.

- c) Dowel bar

Bearing elastromeric di atas boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu :

- bearing tetap (fixed). Ia hanya membenarkan lenturan kepada geladak tetapi tidak membenarkan pergerakan (displacement). - Bearing bebas (free). Ia membenarkan kedua-dua lenturan dan

pergerakan berlaku pada geladak.

Fungsi-fungsi dowel bar adalah seperti berikut :

- menghalang dari berlaku sebarang pergerakan di bahagian bearing tetap, tetapi membenarkan lenturan dari geladak.

- Memindahkan bebanan ufuk dari superstruktur ke bahagian substruktur. Beban-beban terseut adalah terdiri dari kuasa pemberekan dan penarikan dari kenderaan (tractive), tiupan angina dan sebagainya.

Dowel bar boleh ditempatkan dengan 2 cara yang berbeza :

- ditambatkan ke dalam abutment/pier dibahagian bawahnya disamping menembusi bearing dan seterusnya bahagian bawah rasuk.

- Ditambatkan ke dalam abutment/pier dibahagian bawahnya, manakala bahagian atasnya menembusi ke dalam diaphragm penghujung (end diaphragm).

Perkara-perkara utama yang perlu diberikan perhatian semasa menempatkan dowel bar adalah seperti berikut :

- kedudukan, saiz, jumlah dan jenis keluli hendaklah menepati lukisan kontrak.

- Bahagian yang ditanam ke dalam abutment/pier dan yang menembusi rasuk/dipharagm penghujung mempunyai panjang yang secukupnya. Sebaik-baiknya bahagian bawah hendaklah dipertemukan kepada tetulang utama abutment/pier.

- Topi dowel (dowel cap) hendaklah dipasang pada salah satu penghujungnya untuk membenarkan lenturan geladak.

d) Pembinaan lantai geladak

Setelah rasuk-rasuk jambatan sempurna dilancarkan, kerja-kerja pemasangan penampan dan acuan (falsework and formwork) untuk pembinaan lantai geladak dijalankan. Biasanya, keseluruhan kerja acuan untuk rasuk prategasan I adalah menggunakan kepingan papan lapis, sementara untuk rasuk prategasan ‘Inverted T’, kepingan asbestos adalah digunakan sebagai acuan tetap dibahagian bawah lantai geladak dan papan lapis untuk lain-lain bahagian.

Semasa pembinaan lantai geladak dijalankan, pegawai penyelia hendaklah membuatkan perhatian kepada perkara-perkara berikut :

- besi tetulang

¾ Penutup konkrit hendaklah disediakan secukupnya untuk memastikan ketahanan tetulang struktur.

¾ Penyambungan besi tetulang hendaklah dilakukan berdasarkan kepada lukisan kerja. Biasanya penyambungan tetulang utama adalah dibuat secara berselang-selang (staggered). Penyambungan secara kimpalan tidak dibenarkan dibahagian yang kritis untuk mengelakkan dari terjejasnya sifat-sifat/ kekuatan tetulang.

- konkrit

¾ biasanya dari gred 31 N/mm2 untuk memberikan kekuatan, ketahanan dan daya kalis air yang baik. ¾ Sambungan pembinaan (construction joint)

hendaklah mendapatkan persetujuan dari jurutera projek.

¾ Pastikan tidak berlaku sebarang smbungan sejuk (cold joint) yang akan menyebabkan keretakan lantai konkrit.

¾ Pengawasan yang rapi semasa menempatkan konkrit di atas kepingan asbestos, memastikan ianya tidak pecah. Konkrit yang masuk diruangan kosong antara rasuk-rasuk ‘inverted T’ akan menambahkan bebanan mati ke atas keseluruhan sturktur jambatan. ¾ ‘shear connector’ rasuk hendaklah berada dalam

keadaan seperti yang terdapat dilukisan kerja.

¾ Ketebalan, ‘camber’ dan ‘superelevation’ lantai geladak hendaklah menepati lukisan kerja.

¾ Paip saluran pengaliran air dari permukaan geladak hendaklah disediakan secukupnya.

Dalam dokumen LAPORAN LATIHAN INDUSTRI JABATAN KERJA R (Halaman 120-130)

Dokumen terkait