• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESAN PERSEKITARAN YANG TIDAK SEIMBANG

Dalam dokumen HBHE3103 gaya hidup sihat (1) (Halaman 22-34)

Kesejahteraan persekitaran (bahasa Inggeris: environmental health) adalah suatu cabang dalam bidang berkaitan kesihatan awam yang mengetengahkan suatu konsep kesedaran dan

Masalah yang bukan dan tidak dapat ditangani oleh pakar

Bidang kegiatan intelektual tidak dapat mengikuti batasan yang diletakkan oleh disiplin ilmu khusus mana pun

Sikap intelektual tidak dapat dicipta oleh latihan formal yang berorientasi pada disiplin ilmu dalam erti kata sukatan pelajaran dan jumlah jam pelajaran yang telah ditetapkan

Sasaran kegiatan intelektual selalu berkaitan dengan konteks kehidupan dan pemikiran yang lebih luas

Hal yang dikejar oleh intelektual bukanlah profesion, dan oleh sebab itu tidak tunduk pada jenis faktor yang menentukan berkembangnya profesion

pengetahuan berkenaan aspek alam semula jadi, persekitaran dan persekitaran terbina yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan manusia sejagat. Istilah lain yang turut diguna pakai dalam merujuk kepada disiplin kesihatan persekitaran adalah kesihatan persekitaran awam dan penjagaan kesihatan persekitaran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengertikan kesihatan persekitaran sebagai: Segala aspek tubuh manusia termasuk kesihatan dan penyakit manusia yang mempunyai kaitan dengan faktor dalam alam sekitar. Ia juga merujuk kepada teori dan amalan berterusan menilai dan mengawal faktor dalam persekitaran yang boleh memberi kesan kepada kesihatan.

Kesihatan persekitaran sebagaimana digunakan oleh Pejabat Wilayah WHO di Eropah, termasuk kedua-dua kesan langsung patologi kimia, sinaran dan beberapa agen biologi, dan kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kesihatan dan kesejahteraan. Juga meliputi kesan terhadap persekitaran fizikal, psikologi, sosial dan estetik yang termasuk perumahan, pembangunan kawasan bandar, penggunaan tanah dan pengangkutan

Bagi memastikan alam sekitar sihat dan selamat untuk didiami, kawasan hutan perlulah dikekalkan. Hutan berfungsi sebagai pengeluar oksigen bagi manfaat kehidupan dan manusia melalui proses pernafasan, iaitu penyerapan karbon semasa proses fotosintesis yang kemudiannya membebaskan oksigen. Pengekalan hutan juga membolehkan flora dan fauna hidup dalam habitat asal yang boleh membekalkan sumber perubatan dan makanan kepada manusia.

Pengekalan alam sekitar yang sihat dan selamat juga dipengaruhi oleh kualiti udara. Udara yang bersih ialah udara yang bebas daripada pencemaran bahan kimia dan mempunyai tahap kelembapan yang tinggi. Udara yang bersih dapat mempengaruhi taburan hujan yang kerap bagi memudahkan aktiviti pertanian dijalankan dan menjamin kesihatan manusia sejagat. Udara yang bersih dan lembap juga dapat menghindarkan berlakunya penipisan lapisan ozon apabila udara

yang bebas cemar bahan kimia tidak memerangkap udara panas di atmosfera hingga boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon.

Selain itu, alam sekitar yang sihat dan selamat juga bergantung kepada sumber air bersih. Sumber air bersih adalah sumber air yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi dan baik bukan sahaja untuk kegunaan manusia, tetapi juga untuk hidupan lain. Kawalan pembuangan sisa industry dan domestik daripada dilupuskan ke dalam punca air dapat menjamin kualiti air bersih dan mengekalkan hidupan akuatik bagi sumber protein manusia. Selain itu, sumber air bersih yang bebas pencemaran sisa toksik, bahan kimia enap cemar dapat menghindarkan manusia daripada gangguan kesihatan seperti penyakit kulit dan lain-lain.

Kesimpulannya, bagi mengekalkan alam sekitar yang sihat dan selamat juga, teknologi perindustrian semasa perlulah mesra alam. Ini bermakna, kegunaan teknologi isi rumah seperti penghawa dingin dan peti sejuk tidak lagi membebaskan gas fluorokarbon. Begitu juga dengan penggunaan bahan bakar alternatif seperti bahan bakar tanpa plumbum, penggunaan teknologi biokimia menghasilkan biodiesel, dan biogas untuk kegunaan industri. Selain itu, pelupusan sampah secara sistematik perlu dilakukan seperti penggunaan insenarator bagi mencegah pembakaran terbuka dan program kitar semula yang perlu dilakukan secara meluas bagi menjimatkan sumber alam dan mengelakkan pencemaran.

Bagaimana Gaya Hidup Yang Seimbang Yang Perlu Dilakukan Oleh Saya Berdasarkan Roda Kesejahteraan

Dalam mengamalkan gaya hidup yang seimbang berdasarkan roda kesejahteraan, perkara pertama yang perlu saya fahami dan mengerti ialah perkara-perkara yang terkandung dalam konsep amalan gaya hidup yang seimbang dan sihat. Konsep utama yang perlu saya fahami

sekali ialah kunci utama saya sebagai seorang insan di muka bumi Allah s.w.t yang kaya dengan pelbagai isi kandungan yang banyak untuk dipelajari. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan Negara.

Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk menjalani cara hidup yang sihat supaya dapat memberi kebaikan terhadap diri sendiri mahupun keluarga serta masyarakat. Terdapat banyak cara yang dapat diamalkan sebagai gaya hidup sihat dan seimbang.

Amalan dan gaya hidup seimbang yang perlu saya lakukan yang pertama ialah melalui konsep fizikal dan spiritual dalam diri saya. Ini kerana kurangnya kesedaran tentang fizikal dan spiritual dalam diri boleh mengakibatkan ketidakseimbangan roda hidup dalam diri. Dewasa ini Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan tiada keseimbangan pertumbuhan fizikal dan spiritual iaitu kerohanian dalam kitaran hidup seharian.

Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan. Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, “Tak Nak Merokok”, makanan berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan masyarakat kita tentang peri pentingnya menjaga kesihatan sekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga segelintirnya yang menganggap kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah mengidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang bermakna pada masa hadapan.

Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu, sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya, umur 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan tetapi jika kita menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan merupakan satu cara yang terbaik daripada kita mengubatinya.

Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit.

Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani, akli, dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab masing- masing secara harmoni.

Kesihatan fizikal boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman. Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokok yang boleh merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yang baik juga akan memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantap. Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang itu mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Manakala kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat umumnya. Gabungjalin antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap individu dalam suasana hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian menular dalam masyarakat kita.

Amalan mempelajari dan mematuhi ajaran agama merupakan satu lagi amalan yang turut mampu menguatkan kesihatan seseorang itu. Semua ajaran agama menekankan aspek keseimbangan

kehidupan seseorang supaya mampu menjalani satu kehidupan yang baik di dunia dan akhirat kelak. Sikap mematuhi amalan agama memberikan satu matlamat hidup yang mampu meninggikan tahap kesihatan pada masa yang serupa pula. Jadi, sikap mematuhi ajaran keagamaan boleh memberi saya satu kepuasan dalam hidup dan berupaya juga meningkatkan tahap kesihatan.

Dalam skop keseimbangan emosi pula, saya perlulah bijak dalam mengawal emosi yang stabil. Amalan dalam mengawal emosi dalam berhadapan sesuatu masalah adalah satu ketenangan. Ketenangan inilah yang memberikan saya satu pemikiran yang rasional dan rela berbincang apabila mengalami sesuatu kemelut dalam hidup. Semua tindakan yang diambil ketika berfikir rasional mampu memberikan satu persepi baru yang boleh menunjukkan jalan keluar terhadap masalah yang dihadapi itu. Oleh itu, sikap rasional ketika melakukan sesuatu tindakan boleh menjadikan kesihatan seseorang itu lebih baik.

Seterusnya dalam mengamalkan gaya hidup yang sejahtera dan seimbang ialah melalui amalan sosial yang seimbang. Melalui konsep ini saya memahami bahawa amalan konsep sosial adalah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat berkenaan.

Di Malaysia, kepelbagaian penduduk telah mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup mereka. Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang melayu, orang cina, orang india dan kaum yang lain. Kebudayaan orang melayu mengutamakan nilai-nilai sopan santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Walaubagaimanapun kebudayaan di malaysia melalui budaya cina dan india sama seperti budaya yang diamalkan oleh orang melayu.

Oleh itu, kebudayaan yang diamalkan oleh penduduk di malaysia adalah sama dan mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain. Ianya dapat menunjukkan nilai-nilai yang positif

dalam kalangan penduduk di Malaysia.

Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan di negara ini lebih berwarna-warni apabila semua penduduk yang pelbagai kaum terlibat secara menyeluruh dalam semua aktiviti seperti kemerdekaan, perayaan, kesultanan dan sebagainya. Kepelbagaian aktiviti kebudayaan penduduk ini dapat dilihat secara langsung melalui sambutan perayaan sama ada perayaan untuk kaum muslim, mahupun india dan cina.

Kesemua kaum akan bergotong royong untuk menyambut perayaan tersebut. Setiap kali musim perayaan, aktiviti kunjung mengunjung ini akan dijalankan dari tumah ke rumah tanpa mengira kaum dan keturunan. Oleh itu, upacara rumah terbuka turut diadakan bagi memeriahkan suasana hari raya dan seterusnya dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Walaubagaimanapun, terdapat masalah dalam sosio budaya penduduk terutama mengenai adat resam penduduk yang menjadi amalan mereka. Bagi kaum melayu, adat resam sangat penting untuk diamalkan kerana ianya merupakan salah satu warisan keluarga.

Melalui konsep gaya hidup melalui persekitaran yang seimbang yang boleh diamalkan oleh saya ialah, kita haruslah memahami Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran manusia.

Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan.

Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

Alam sekitar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan

hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vektor-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar.

Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri.

Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan..

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting.

Rekaan Roda Kesejahteraan Dengan Menambahkan Dua Lagi Dimensi Pada Roda Kesejahteraan Yang Beserta Dengan Justifikasi Sendiri

2. Roda Kesejahteraan Rekaan Yang Dibina Sendiri :

Dalam membina roda kesejahteraan rekaan sendiri, saya telah memilih dua lagi dimensi yang telah difikirkan sesuai untuk ditambah pada roda kesejahteraan yang asal yang dibina oleh ballard (2012).

Dua buah komponen atau dimensi yang telah saya pilih ialah :

1. Kesejahteraan Dalam Beriadah :

Kesejahteraan beriadah yang saya pilih ini adalah kerana, setiap manusia perlu mengalami waktu riadah dalam kehidupan mereka, tanpa riadah manusia akan mengalami pelbagai masalah terutama kepada kesihatan mereka dalam. Beriadah adalah satu tabiat yang paling baik untuk tubuh badan. Dengan beriadah kita akan memperolehi tubuh badan yang sihat dan ceria. Kesejahteraan pada dimensi ini mampu kita miliki

dengan cara rajin melakukan aktiviti riadah. dan bersenam. Jika anda melakukan aktiviti riadah mengikut masa dan cara yang betul, sudah tentu anda akan memiliki tubuh badan yang sihat.

Tidak perlu melakukan aktiviti riadah yang berat-berat tapi sudah mencukupi dengan berjoging, berjalan, berbasikal, bermain futsal dengan rakan-rakan dan banyak lagi.Disamping memberikan tubuh badan yang sihat, anda juga akan memiliki minda yang cerdas jika rajin melakukan aktiviti riadah ini. Aktiviti riadah dapat membantu memberikan ketenangan kepada pemikiran anda. Ia juga dapat mengurangkan stress dalam diri anda.

2. Kesejahteraan Bermotivasi Tinggi

Rekaan dimensi yang kedua yang saya telah pilih untuk ditambah pada roda kesejahteraan yang asal ialah saya telah memilih kesejahteraan bermotivasi tinggi. Bermotivasi tinggi yang dimaksudkan disini ialah motivasi yang perlu wujud dalam diri. Motivasi yang tinggi member banyak keyakinan kepada diri kita, terutama sebelum, semasa dan selepas melakukan sesuatu aktiviti.

Apabila kita bermotivasi tinggi. lazimnya kita akan :

33

Lebih bersemangat serta bertenaga untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik.

Tidak mudah berputus asa dan lebih bersedia menghadapi pelbagai halangan dan cabaran.

Akan berikhtiar mencari jalan bagi memastikan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai

Dengan memiliki sifat-sifat di atas kita lebih bersedia menghadapi bermacam-macam kemungkinan. Perkara yang kelihatan sukar dan mustahil pada orang lain akan menjadi mudah kepada kita. Perbezaan ini adalah kerana pengaruh tahap motivasi diri yang ada pada seseorang. Mereka yang bermotivasi rendah tidak mampu menyelesaikan walaupun perkara itu kecil. Mereka lebih gemar mencari alasan dan menuding jari kepada orang lain. Kesimpulannya dengan bermotivasi tinggi, halangan dapat dirempuh dan cabaran dapat ditangani. Pendek kata kerja menjadi lebih mudah. Sebagaimana kata Robert Kennedy, "Jika kita bermotivasi tinggi, yang mustahil pun kelihatan mudah. Jika kita tidak bermotivasi, yang mudah pun kelihatan mustahil."

Dalam dokumen HBHE3103 gaya hidup sihat (1) (Halaman 22-34)

Dokumen terkait