• Tidak ada hasil yang ditemukan

HBHE3103 gaya hidup sihat (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "HBHE3103 gaya hidup sihat (1)"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

SEMESTER SMP PPG JANUARI 2014

HBHE3103

GAYA HIDUP SIHAT

NO. MATRIKULASI : 810504145321001

NO. KAD PENGNEALAN : 810504-14-5321

NO. TELEFON : 019-2757015

E-MEL : ceguperoz@gmail.com

NAMA TUTOR : PUAN FATIMAH BINTI MUSTAFFA

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM MELAKA LEARNING CENTER

(2)

Bil Tajuk Muka Surat

1. Penghargaan 3

2. Pendahuluan 4 - 5

3. Memberi Definisi Tentang Kesejahteraan 6 - 8

4. Menghuraikan Enam Dimensi Tersebut 9 - 15

5. Kesan Dan Akibat Dimensi Tersebut Tidak Seimbang 16 – 25

6. Penjelasan Dalam Mengamalkan Gaya Hidup Berdasarkan Roda Kesejahteraan

26 – 32

7. Reka Cipta Roda Kesejahteraan Dengan Menambahkan Dua Lagi Dimensi

33 – 35

8. Sumber Rujukan 36 - 37

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

(3)

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tutor saya iaitu Puan Fatimah Binti Mustaffa yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang proses penyiapan tugasan ini.Tanpa tunjuk ajar dari beliau mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan buat Ayahanda dan Bonda saya, En Ab Wahid b Daud dan Pn Maimunah bt Bujang di atas sokongan dan semangat yang tidak pernah putus sepanjang saya menjalani kursus pengajian ini. Doa yang tidak pernah putus sentiasa mengiringi kejayaan saya. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan

Buat adik beradik saya yang sentiasa memberi semangat dan menjadi pencetus idea dalam menyelesaikan tugasan ini, jasa kalian tidak ternilai harganya. Hanya tuhan yang mampu membalasnya. Buat insan yang banyak memberi sumber inspirasi dalam menghasilkan tugasan ini, isteriku Pn Yusmaniza Binti Mohamad Yusof terima kasih kerana sentiasa berada disisi disaat jatuh bangun menghadapi suasana bergelar mahasiswa.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana saling memahami dan banyak memberi kerjasama dan sokongan dalam menyiapkan tugasan ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui dapat menganugerahkan kasih sayang dan kebahagiaan yang kita kecapi bersama-sama… Semoga kita semua tergolong dalam hambaNya yang bertakwa dan berjaya di dunia dan di akhirat...Amin…

Wassalam.

Fairuz Kamal b Ab Wahid

Pendahuluan

(4)

matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

Gaya hidup yang seimbang ini merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan juga masyarakat. Gaya hidup yang seimbang ini merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita.

Gaya hidup yang seimbang juga melibatkan beberapa aspek pada seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Sesungguhnya, aspek keperluan yang dapat dipenuhi oleh manusia perlu dipenuhi untuk memperoleh gaya hidup yang seimbang ini.

Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting dimiliki oleh seseorang itu untuk menangani tekanan kehidupan moden. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Maka, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

4

Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap

pembangunan agama, bangsa dan negara.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 1948) :

Mendefinisikan Gaya Hidup Sihat Sebagai Suatu K e a d a a n F i z i k a l , M i n d a D a n S o s i a l Ya n g S i h a t , C e r g a s , C e r d a s

(5)

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID 810504145321001

Kesimpulannya, gaya hidup yang seimbang ini boleh diperoleh menerusi semua amalan-amalan yang kehidupan yang positif. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

Definisi Yang Dapat Difahami Tentang Kesejahteraan

Dalam pengertian umum, kesejahteraan membawa maksud sesuatu keadaan yang menjadi lebih baik dan di mana keadaan sesebuah negara dan rakyak-rakyatnya hidup dalam keadaan makmur sihat dan aman damai.

Didalam kamus, kesejahteraan bermaksud :

5

(6)

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID 810504145321001

Kesejahteraan hidup juga boleh ditakrifkan sebagai satu pembinaan konsep kendiri yang positif yang akan memberi ketenangan dalam hidup malah kesejahteraan hidup adalah satu keadaan emosi yang dapat mempengaruhi corak hidup individu.

Konsep kesejahteraan hidup itu sendiri merupakan suatu yang subjektif dan tidak mudah untuk diukur. Pengukuran dilakukan berdasarkan petunjuk-petunjuk tertentu dan berbeza di antara kumpulan masyarakat yang berbeza.

Enam dimensi kesejahteraan seperti yang digariskan adalah merangkumi :

Kesejahteraan merupakan satu kebahagiaan. Kebahagiaan adalah dambaan setiap insân (manusia), ia merupakan suatu keadaan dimana tercapainya perasaan aman, damai

Aman

Kesejahteraan hidup merupakan satu proses dinamik yang memberikan nilai kepada manusia tentang bagaimana kehidupan mereka berkembang sama ada bertambah baik atau

sebaliknya. Ia juga merupakan cara hidup ke arah mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan diri yang optimum merangkumi fizikal, mental dan spiritual yang diintergrasikan oleh individu untuk kehidupan yang berkualiti di dalam masyarakat ( Myers, Sweeney and Wittmer, 2005, p. 252 ) :

Kesejahteraan hidup merupakan satu proses dinamik yang memberikan nilai kepada manusia tentang bagaimana kehidupan mereka berkembang sama ada bertambah baik atau

sebaliknya. Ia juga merupakan cara hidup ke arah mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan diri yang optimum merangkumi fizikal, mental dan spiritual yang diintergrasikan oleh individu untuk kehidupan yang berkualiti di dalam masyarakat

(7)

dan gembira dalam hidup manusia. Kebahagiaan adalah sesuatu yang berhubungan dengan tercapainya tujuan hidup manusia iaitu kesenangan, baik secara jasmani maupun rohani. Kebahagiaan, dapat dikatakan sebagai kesempurnaan hidup atau kesejahteraan hidup, ketika tercapainya perasaan aman damai serta gembira. Dengan demikian kebahagiaan amat berkait dengan pencapaian yang khusus, seperti terkabulnya cita-cita dan ia juga berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga.

Kesejahteraan manusia adalah satu aspek penting dalam kualiti kehidupan manusia. Setiap individu memainkan peranan penting di dalam kehidupannya sama ada di dalam rumah sebagai ibu, bapa, suami, isteri, anak datuk dan nenek serta di luar rumah sebagai pekerja, jiran mahupun ahli masyarakat. Peranan mereka itu saling kait-mengait. Oleh itu, jika terdapat masalah pada salah satu peranan sudah pasti akan menjejaskan peranan-peranan yang lain.

Mengkaji dan memahami kesejahteraan manusia dengan menggunakan pendekatan psikologi yang meliputi aspek kognitif dan afektif yakni perasaan negatif atau positif tentang kehidupan semakin diutamakan di negara maju dan di negara yang sedang membangun. Dengan memahami sesuatu masalah individu dari segi pengalaman menghadapi sesuatu masalah dan persepsi mereka yang berbeza di antara seorang individu dengan yang lain berhubung dengan sikap, persepsi dan gaya menangani sesuatu masalah itu. Oleh itu, mudahlah dirancang intervensi psikologi untuk menangani sesuatu masalah sesuai dengan keperluan individu atau sesuatu kelompok manusia.

Ross dan willigen, 1997 :

(8)

Huraian Enam Dimensi Roda Kesejahteraan (Wellness Wheel) Beserta Ilustrasi Yang Relevan

KESEJAHTERAAN INTELEK

Kesejahteraan intelektual merangkumi kemampuan individu untuk menaakul, memproses dan bertindak balas terhadap maklumat, kemampuan untuk mengenal pasti nilai dan kepercayaan serta kemampuan membuat keputusan. Ia juga merupakan situasi dimana individu melibatkan diri dalam aktiviti kreatif serta menggunakan sumber-sumber yang ada untuk meluaskan ilmu pengetahuan, perkembangan, aplikasi dan artikulasi pemikiran yang kritis.

(9)

Ilustrasi kesejahteraan intelektual :

KESEJAHTERAAN PERSEKITARAN

Merupakan keseimbangan antara kehidupan individu dan perhubungan dengan persekitaran dan sumber-sumber dalam komuniti. Ia juga dikaitkan dengan kesedaran tentang kestabilan dan pemusnahan dunia atau alam sekitar kesan daripada kegiatan manusia. Kesejahteraan ini akan menggerakkan manusia untuk menyediakan persekitaran yang sihat serta menghargai sumber alam sekeliling

Kesejahteraan persekitaran adalah suatu cabang dalam bidang berkaitan kesihatan awam yang mengetengahkan suatu konsep kesedaran dan pengetahuan berkenaan aspek alam semula jadi, persekitaran dan persekitaran terbina yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan manusia sejagat.

(10)

KESEJAHTERAAN SOSIAL

Merangkumi kadar dan kualiti interaksi dengan orang lain, komuniti, dan persekitaran. Kesejahteraan sosial juga dikaitkan dengan kemampuan untuk berinteraksi dengan komuniti dan mampu untuk memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat, menerima perbezaan bangsa, budaya, kepercayaan, adat resam dan gender serta menjadikan individu saling menyokong dan menghargai antara satu sama lain juga menyumbang bakat tenaga dan idea. Kesejahteraan sosial yang optimum akan menjadikan individu seorang anggota masyarakat yang dapat memainkan peranan yang pelbagai dengan baik. Kesejahteraan sosial juga merupakan satu usaha keseluruhan yang terorganisasi dan mempunyai tujuan utama untuk meningkatkan taraf masyarakat berdasarkan konteks sosial. Didalamnya terkandung kepandaian dan layanan yang terkait dengan pelbagai kehidupan dalam masyarakat seperti pendapatan, jaminan sosial, kesihatan, perumahan, pendidikan, rekreasi, tradisi budaya dan sebagainya.

(11)

bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup yang lebih standard, memperkuatkan struktur sosial masyarakat dan memenuhi dasar dasar kenteteraman bermasyarakat serta memingkinkan setiap warganegara mengadakan usaha memenuhi keperluan jasmani, rohani dan sosial dan sebaik-baiknya ke arah diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

KESEJAHTERAAN EMOSI

Merupakan sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan kehidupan. Ianya merangkumi konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri, tahap penghargaan kendiri dan kesedaran dalam mengawal perasaan. Perasaan dan emosi seperti tangisan, sedih, takut dan gelak ketawa mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah kehidupan seseorang manusia. Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.

Emosi adalah merupakan satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Perubahan ini melibatkan satu set tindak balas automatik, viseral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. Manusia yang normal dilihat sebagai individu manusia yang mengalami situasi yang pelbagai dan berkehendakkan reaksi bagi melahirkan emosi yang juga berbeza.

(12)

seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kesejahteraan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya. Kesejahteraan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini.

Aspek-aspek kesejahteraan emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia kini adalah seperti berikut:-

Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam

Mengungkapkan dan memahami perasaan

Mengendalikan amarah

Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari

Kemampuan untuk menyesuaikan diri

Disukai oleh orang lain

Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling

Semangat setiakawan

Keramahan

Sikap hormat-menghormati

Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam

Mengungkapkan dan memahami perasaan

Mengendalikan amarah

Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari

Kemampuan untuk menyesuaikan diri

Disukai oleh orang lain

Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling

Semangat setiakawan

Keramahan

(13)

KESEJAHTERAAN SPIRITUAL

Kesejahteraan spiritual didefinisikan sebagai dimensi yang holistik merangkumi pencarian makna dalam kehidupan, nilai-nilai intrinsik, hubungan dengan tuhan, dan komuniti spiritual. Di samping itu, kesejahteraan spiritual juga direalisasikan melalui agama, kepercayaan dan amalan ritual. Kesejahteraan ini melibatkan kepercayaan bahawa ada suatu kuasa yang agung yang menjadikan manusia dan alam sekeliling. Komitmen kesejahteraan spiritual individu dapat direalisasikan melalui amalan ritual.

Spiritual adalah hubungannya dengan Yang Maha Kuasa dan Maha pencipta,tergantung dengan kepercayaan yang dianut oleh individu Kesejahteraan spiritual setiap individu dipengaruhi oleh budaya, perkembangan, pengalaman hidup, kepercayaan dan idea-idea tentang kehidupan.

(14)

KESEJAHTERAAN FIZIKAL

Merupakan proses aktif yang berterusan untuk mengekalkan tahap aktiviti fizikal secara optimum yang memfokuskan kepada nutrisi, penjagaan diri dan gaya hidup yang sihat. Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) juga turut menyelitkan kesejahteraan fizikal sebagai salah satu unsur dalam kesihatan holistik. Kesejahteraan fizikal melibatkan komponen daya tahan kardiovaskular, otot dan komposisi badan.

(15)

Akibat Sekiranya Dimensi-Dimensi Ini Tidak Seimbang (Roda Kesejahteraan Ballard. ‘2012’)

KESAN FIZIKAL YANG TIDAK SEIMBANG

Badan manusia terdiri daripada reseptor seperti mata, hidung, kulit, telinga dan perseptor seperti otak. Kefahaman tentang cara mekanisme itu berfungsi membolehkan kita menjaga kesihatan reseptor dan perseptor ini.

Kesihatan fizikal bermaksud segala fungsi fisiologi dan anatomi badan berfungsi dengan baik dan badan tidak mudah diserang penyakit. Tahap kesihatan fizikal dapat diukur dengan

memeriksa suhu badan, tekanan darah, denyutan jantung dan kandungan air di dalam badan.

Kesihatan fizikal dapat dicapai dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang agar badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai aktiviti mental, fizikal, sosial dan fisiologi.

(16)

Jika kita tidak menjaga kesihatan fizikal dengan sempurna, sebenarnya berkecenderungan menimbulkan penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi. Penyakit kardiovaskular adalah penyakit yang berkaitan dengan system peredaran darah,tekanan darah dan jantung.

(17)

KESAN EMOSI YANG TIDAK SEIMBANG

Emosi adalah perasaan intensi yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Atau boleh juga dikatakan sebagai reaksi terhadap seseorang atau kejadian. Emosi dapat ditunjukkan ketika merasa senang mengenai sesuatu, marah kepada seseorang, ataupun takut terhadap sesuatu.

Dalam keadaan tertentu kita kadang kala susah untuk mengendalikan diri sendiri di mana banyak hal yang membuat kita ingin marah dan berontak Semua itu timbul kerana emosi iaitu perasaan yang timbul dalam diri kita sendiri secara alamiah, iaitu yang berupa marah, sedih, senang, benci, cinta, bosan, dan sebagainya yang merupakan kesan atau respon yang terjadi dari sesuatu yang kita alami.

Meluapkan amarah merupakan hal wajar. Namun terkadang, emosi yang terlalu meluap membuatkan kita menjadi tidak terkawal. Sekiranya emosi agak sukar untuk dikawal, pelbagai kesan yang akan terjadi dan antaranya ialah

17 Reaksi elektris pada kulit: meningkat bila marah

Peredaran darah: bertambah cepat bila marah

Otot: menegang dan bergetar saat ketakutan atau tegang

Komposisi darah: akan ikut berubah kerana emosi yang menyebabkan kalenjar-kalenjar lebih aktif.

Reaksi elektris pada kulit: meningkat bila marah

Peredaran darah: bertambah cepat bila marah

Otot: menegang dan bergetar saat ketakutan atau tegang

(18)

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID 810504145321001

KESAN SPIRITUAL YANG TIDAK SEIMBANG

Manusia diciptakan oleh Allah untuk menjadi Khalifah di bumi. Sehingga haruslah manusia boleh menjadikan dirinya sebagai Khalifah, boleh menjaga bumi ini dengan sebaik-baiknya. Karena kelak akan diminta bertanggungjawab atas semua yang telah dilakukan di bumi. Menuntut ilmu-pun wajib dilakukan agar kita boleh lepas dari kebodohan, boleh berpikir lebih baik dan mengoptimakan diri kita sebagai khalifah di bumi, terutama ilmu agama agar kita mengenal Tuhan kita, meningkatkan iman kita.

Tetapi kadang manusia merasa dirinya bangga jika pandai, punya kedudukan/jabatan, dihormati oleh semua orang yang akhirnya menjadi takbur. Mereka merasa bangga dengan kekayaannya, sehingga lupa bahwa masih banyak saudara-saudaranya yang memerlukan derma darinya. Anak-anak disekolahkan setinggi-tingginya bahkan sampai ke luar negeri. Tujuannya tidak lain agar menjadi manusia yang tinggi intelektualnya. Anakpun dimanjakan dengan wang, hingga kadang menjadikan anak meleset ke arah yang negatif.

Kadang juga orang terlalu sibuk dengan aktiviti spiritualnya, sehingga lupa bahawa hidup mereka tidak sendirian, melainkan bersama berjuta wajah untuk menjadi khalifah di bumi. Hubungan terhadap sesama manusia yang terbina kurang baik.

Ilmu itu perlu, baik ilmu dunia mahupun ilmu agama, dengan berimu kita akan mensyukuri karuniaNya. Namun, ilmu saja tidak cukup dalam menjalani kehidupan di dunia ini, kita pun perlu mempunyai spiritual yang kuat juga. Agar ilmu yang kita peroleh dapat kita manfaatkan untuk hal-hal yang positif dan tidak melanggar larangan agama.

Orang yang hanya mengandalkan intelektual saja, biasanya mereka berjuang, bekerja hanya untuk mendapatkan popular, kedudukan, dan sebagainya. Sedangkan orang yang berilmu serta mempunyai spiritual yang kuat juga tentu akan mempergunakan ilmunya sesuai dengan

Otot: menegang dan bergetar saat ketakutan atau tegang

Komposisi darah: akan ikut berubah kerana emosi yang menyebabkan kalenjar-kalenjar lebih aktif.

Otot: menegang dan bergetar saat ketakutan atau tegang

(19)

agamanya. Semua dilakukan tidak hanya bertujuan mencari populariti belaka, melainkan juga mengharap keredhaan dari Yang Maha Kuasa.

Intelektual dan spiritual yang seimbang akan menjadikan seseorang bolehbisa hidup tenang dan nyaman. Hidup akan terasa indah jika kita mempunyai intelektual dan spiritual yang sama-sama bagus dan seimbang. Menjadi kaum intelek dan kaum beragama itu mudah jika dibiasakan dari kecil. Sejak kecil anak dididik untuk menjadi anak yang pintar, juga diberi ilmu agama dalam menjalani kehidupan sehari-harinya. Sehingga menginjak dewasa anak telah mempunyai bekal yang cukup untuk menghadapi hari esok yang lebih mendatang.

Ramai kaum intelek ketika ini tidak seimbang dalam cara hidup mereka. Apa yang ada difikiran hanyalah bagaimana caranya untuk mengumpulkan wangdan harta benda. Meski dengan cara yang tidak halalpun mereka lakukan. Sehingga korupsi ada dimana-mana, jenayah kewangan bertimpa – timpa banyaknya. Semua itu kerana spiritual mereka yang rendah.

(20)

KESAN SOSIAL YANG TIDAK SEIMBANG

Setiap golongan masyarakat selalu mengalami perubahan. Jika dibandingkan apa yang tejadi saat ini dengan beberapa tahun yang lalu. Maka akan banyak ditemukan perubahan baik yang direncanakan atau tidak, kecil atau besar, serta cepat atau lambat. Perubahan-perubahan tersebut dilakukan sesuai dengan keadaan dan lingkungan sosial yang ada. Dimana manusia selalu tidak puas dengan apa yang telah dicapainya. Oleh kerana itu manusia selalu mencari sesuatu agar hidupnya lebih baik.

Sebagai contoh dahulu institusi kekeluargaan sepenuhnya berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi anak-anak yang belum dewasa, sumber pengetahuan (pendidikan) dan keterampilan serta sumber ekonomi. Namun, pada masa sekarang, fungsi keluarga telah mengalami perubahan. Anak-anak tidak hanya memperoleh pengetahuan dari keluarga, tetapi juga melalui berbagai media massa, seperti televisyen, radio, Al-Quran dan internet.

Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa perubahan kesejahteraan sosial adalah perubahan-perubahan yang terjadi pada masyarakat yang mencakupi perubahan-perubahan dalam aspek-aspek struktur dari suatu masyarakat, ataupun kerana terjadinya perubahan dari faktor lingkungan, kerana berubahnya komposisi penduduk, keadaan geografi, serta berubahnya sistem hubungan sosial, maupun perubahan pada lembaga kemasyarakatannya.

(21)

KESAN INTELEK YANG TIDAK SEIMBANG

Intelek ialah kemampuan daya berfikir, memahami dan menganalisis sesuatu perkara. Pembangunan sepadu insan untuk melahirkan manusia intelek ialah pembangunan diri manusia yang mengharmonikan di antara pembangunan fizikal, mental, emosi dan rohaninya. Intelektual yang sempurna ialah insan yang membangun secara seimbang dari aspek pembangunan unsur-unsur tersebut. Kepincangan pembangunan bagi salah satu unsur-unsur tersebut dengan sendirinya menjejaskan kewibawaan manusia, dan dalam jangka panjangnya memberi kesan yang buruk kepada pembangunan sesebuah masyarakat dan negara.

Tegasnya, intelektual yang sempurna mestilah yang sihat dan sempurna akal, roh, mental dan emosinya. Kematangan akal dan mental semata-mata tidak dapat membawa kepada kesejahteraan seseorang sekira roh atau badannya tidak sihat atau emosinya tidak seimbang, dan begitulah juga sebaliknya.

Dari segi sosialnya golongan intelektual sering menunjukkan ciri-ciri yang berikut:

Kegiatan-kegiatan yang sering diceburi oleh para intelektual umumnya terdiri daripada aktiviti-aktiviti berikut:

Mereka direkrut dari segala kelas sekalipun dalam proporsi yang berbeza-beza

Mereka sering dijumpai di kalangan pendukung atau penentang berbagai-bagai gerakan kebudayaan, politik, akademik atau sebagainya

Mereka pada umumnya, bukanlah individu yang bekerja dengan menggunakan anggota fizikal, tetapi sebahagian besar adalah penulis, penyair, wartawan, dekan universiti dan sebagainya

Pada waktu-waktu tertentu mereka agak menjauhi diri dari masyarakat, selebihnya bergaul di dalam kelompoknya sendiri

Mereka tidak hanya tertarik pada segi pengetahuan teknikal dan mekanikalnya sahaja, malah pemikiran-pemikiran tentang agama, kehidupan, seni, ekonomi, budaya dan sebagainya termasuk dalam dunia pemikiran mereka

6. Kelompok intelektual sentiasa merupakan bahagian kecil dari masyarakat Mereka direkrut dari segala kelas sekalipun dalam proporsi yang berbeza-beza

Mereka sering dijumpai di kalangan pendukung atau penentang berbagai-bagai gerakan kebudayaan, politik, akademik atau sebagainya

Mereka pada umumnya, bukanlah individu yang bekerja dengan menggunakan anggota fizikal, tetapi sebahagian besar adalah penulis, penyair, wartawan, dekan universiti dan sebagainya

Pada waktu-waktu tertentu mereka agak menjauhi diri dari masyarakat, selebihnya bergaul di dalam kelompoknya sendiri

Mereka tidak hanya tertarik pada segi pengetahuan teknikal dan mekanikalnya sahaja, malah pemikiran-pemikiran tentang agama, kehidupan, seni, ekonomi, budaya dan sebagainya termasuk dalam dunia pemikiran mereka

(22)

Daripada aktiviti-aktiviti yang dimainkan oleh para intelektual di atas, maka jelas kepada kita bahawa masyarakat yang tidak mempunyai golongan intelektual yang dapat berfungsi dengan baik akan hilang tingkat kesedaran, tumpuan serta wawasan tertentu terhadap sesuatu masalah. Maka dengan itu, masyarakat tersebut akan terus berada pada tahap kemundurannya yang sedia ada, berhadapan dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan dan tidak akan mampu membangun dengan baik dan sempurna.

KESAN PERSEKITARAN YANG TIDAK SEIMBANG

Kesejahteraan persekitaran (bahasa Inggeris: environmental health) adalah suatu cabang dalam bidang berkaitan kesihatan awam yang mengetengahkan suatu konsep kesedaran dan

Masalah yang bukan dan tidak dapat ditangani oleh pakar

Bidang kegiatan intelektual tidak dapat mengikuti batasan yang diletakkan oleh disiplin ilmu khusus mana pun

Sikap intelektual tidak dapat dicipta oleh latihan formal yang berorientasi pada disiplin ilmu dalam erti kata sukatan pelajaran dan jumlah jam pelajaran yang telah ditetapkan

Sasaran kegiatan intelektual selalu berkaitan dengan konteks kehidupan dan pemikiran yang lebih luas

Hal yang dikejar oleh intelektual bukanlah profesion, dan oleh sebab itu tidak tunduk pada jenis faktor yang menentukan berkembangnya profesion

(23)

pengetahuan berkenaan aspek alam semula jadi, persekitaran dan persekitaran terbina yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan manusia sejagat. Istilah lain yang turut diguna pakai dalam merujuk kepada disiplin kesihatan persekitaran adalah kesihatan persekitaran awam dan penjagaan kesihatan persekitaran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengertikan kesihatan persekitaran sebagai: Segala aspek tubuh manusia termasuk kesihatan dan penyakit manusia yang mempunyai kaitan dengan faktor dalam alam sekitar. Ia juga merujuk kepada teori dan amalan berterusan menilai dan mengawal faktor dalam persekitaran yang boleh memberi kesan kepada kesihatan.

Kesihatan persekitaran sebagaimana digunakan oleh Pejabat Wilayah WHO di Eropah, termasuk kedua-dua kesan langsung patologi kimia, sinaran dan beberapa agen biologi, dan kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kesihatan dan kesejahteraan. Juga meliputi kesan terhadap persekitaran fizikal, psikologi, sosial dan estetik yang termasuk perumahan, pembangunan kawasan bandar, penggunaan tanah dan pengangkutan

Bagi memastikan alam sekitar sihat dan selamat untuk didiami, kawasan hutan perlulah dikekalkan. Hutan berfungsi sebagai pengeluar oksigen bagi manfaat kehidupan dan manusia melalui proses pernafasan, iaitu penyerapan karbon semasa proses fotosintesis yang kemudiannya membebaskan oksigen. Pengekalan hutan juga membolehkan flora dan fauna hidup dalam habitat asal yang boleh membekalkan sumber perubatan dan makanan kepada manusia.

(24)

yang bebas cemar bahan kimia tidak memerangkap udara panas di atmosfera hingga boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon.

Selain itu, alam sekitar yang sihat dan selamat juga bergantung kepada sumber air bersih. Sumber air bersih adalah sumber air yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi dan baik bukan sahaja untuk kegunaan manusia, tetapi juga untuk hidupan lain. Kawalan pembuangan sisa industry dan domestik daripada dilupuskan ke dalam punca air dapat menjamin kualiti air bersih dan mengekalkan hidupan akuatik bagi sumber protein manusia. Selain itu, sumber air bersih yang bebas pencemaran sisa toksik, bahan kimia enap cemar dapat menghindarkan manusia daripada gangguan kesihatan seperti penyakit kulit dan lain-lain.

Kesimpulannya, bagi mengekalkan alam sekitar yang sihat dan selamat juga, teknologi perindustrian semasa perlulah mesra alam. Ini bermakna, kegunaan teknologi isi rumah seperti penghawa dingin dan peti sejuk tidak lagi membebaskan gas fluorokarbon. Begitu juga dengan penggunaan bahan bakar alternatif seperti bahan bakar tanpa plumbum, penggunaan teknologi biokimia menghasilkan biodiesel, dan biogas untuk kegunaan industri. Selain itu, pelupusan sampah secara sistematik perlu dilakukan seperti penggunaan insenarator bagi mencegah pembakaran terbuka dan program kitar semula yang perlu dilakukan secara meluas bagi menjimatkan sumber alam dan mengelakkan pencemaran.

Bagaimana Gaya Hidup Yang Seimbang Yang Perlu Dilakukan Oleh Saya Berdasarkan Roda Kesejahteraan

(25)

sekali ialah kunci utama saya sebagai seorang insan di muka bumi Allah s.w.t yang kaya dengan pelbagai isi kandungan yang banyak untuk dipelajari. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan Negara.

Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk menjalani cara hidup yang sihat supaya dapat memberi kebaikan terhadap diri sendiri mahupun keluarga serta masyarakat. Terdapat banyak cara yang dapat diamalkan sebagai gaya hidup sihat dan seimbang.

Amalan dan gaya hidup seimbang yang perlu saya lakukan yang pertama ialah melalui konsep fizikal dan spiritual dalam diri saya. Ini kerana kurangnya kesedaran tentang fizikal dan spiritual dalam diri boleh mengakibatkan ketidakseimbangan roda hidup dalam diri. Dewasa ini Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan tiada keseimbangan pertumbuhan fizikal dan spiritual iaitu kerohanian dalam kitaran hidup seharian.

(26)

Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu, sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya, umur 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan tetapi jika kita menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan merupakan satu cara yang terbaik daripada kita mengubatinya.

Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit.

Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani, akli, dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab masing- masing secara harmoni.

Kesihatan fizikal boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman. Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokok yang boleh merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yang baik juga akan memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantap. Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang itu mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Manakala kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat umumnya. Gabungjalin antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap individu dalam suasana hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian menular dalam masyarakat kita.

(27)

kehidupan seseorang supaya mampu menjalani satu kehidupan yang baik di dunia dan akhirat kelak. Sikap mematuhi amalan agama memberikan satu matlamat hidup yang mampu meninggikan tahap kesihatan pada masa yang serupa pula. Jadi, sikap mematuhi ajaran keagamaan boleh memberi saya satu kepuasan dalam hidup dan berupaya juga meningkatkan tahap kesihatan.

Dalam skop keseimbangan emosi pula, saya perlulah bijak dalam mengawal emosi yang stabil. Amalan dalam mengawal emosi dalam berhadapan sesuatu masalah adalah satu ketenangan. Ketenangan inilah yang memberikan saya satu pemikiran yang rasional dan rela berbincang apabila mengalami sesuatu kemelut dalam hidup. Semua tindakan yang diambil ketika berfikir rasional mampu memberikan satu persepi baru yang boleh menunjukkan jalan keluar terhadap masalah yang dihadapi itu. Oleh itu, sikap rasional ketika melakukan sesuatu tindakan boleh menjadikan kesihatan seseorang itu lebih baik.

Seterusnya dalam mengamalkan gaya hidup yang sejahtera dan seimbang ialah melalui amalan sosial yang seimbang. Melalui konsep ini saya memahami bahawa amalan konsep sosial adalah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat berkenaan.

Di Malaysia, kepelbagaian penduduk telah mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup mereka. Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang melayu, orang cina, orang india dan kaum yang lain. Kebudayaan orang melayu mengutamakan nilai-nilai sopan santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Walaubagaimanapun kebudayaan di malaysia melalui budaya cina dan india sama seperti budaya yang diamalkan oleh orang melayu.

(28)

dalam kalangan penduduk di Malaysia.

Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan di negara ini lebih berwarna-warni apabila semua penduduk yang pelbagai kaum terlibat secara menyeluruh dalam semua aktiviti seperti kemerdekaan, perayaan, kesultanan dan sebagainya. Kepelbagaian aktiviti kebudayaan penduduk ini dapat dilihat secara langsung melalui sambutan perayaan sama ada perayaan untuk kaum muslim, mahupun india dan cina.

Kesemua kaum akan bergotong royong untuk menyambut perayaan tersebut. Setiap kali musim perayaan, aktiviti kunjung mengunjung ini akan dijalankan dari tumah ke rumah tanpa mengira kaum dan keturunan. Oleh itu, upacara rumah terbuka turut diadakan bagi memeriahkan suasana hari raya dan seterusnya dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Walaubagaimanapun, terdapat masalah dalam sosio budaya penduduk terutama mengenai adat resam penduduk yang menjadi amalan mereka. Bagi kaum melayu, adat resam sangat penting untuk diamalkan kerana ianya merupakan salah satu warisan keluarga.

Melalui konsep gaya hidup melalui persekitaran yang seimbang yang boleh diamalkan oleh saya ialah, kita haruslah memahami Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran manusia.

(29)

Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

(30)

hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vektor-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar.

Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.

(31)

Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan..

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting.

Rekaan Roda Kesejahteraan Dengan Menambahkan Dua Lagi Dimensi Pada Roda Kesejahteraan Yang Beserta Dengan Justifikasi Sendiri

(32)

2. Roda Kesejahteraan Rekaan Yang Dibina Sendiri :

Dalam membina roda kesejahteraan rekaan sendiri, saya telah memilih dua lagi dimensi yang telah difikirkan sesuai untuk ditambah pada roda kesejahteraan yang asal yang dibina oleh ballard (2012).

Dua buah komponen atau dimensi yang telah saya pilih ialah :

1. Kesejahteraan Dalam Beriadah :

(33)

dengan cara rajin melakukan aktiviti riadah. dan bersenam. Jika anda melakukan aktiviti riadah mengikut masa dan cara yang betul, sudah tentu anda akan memiliki tubuh badan yang sihat.

Tidak perlu melakukan aktiviti riadah yang berat-berat tapi sudah mencukupi dengan berjoging, berjalan, berbasikal, bermain futsal dengan rakan-rakan dan banyak lagi.Disamping memberikan tubuh badan yang sihat, anda juga akan memiliki minda yang cerdas jika rajin melakukan aktiviti riadah ini. Aktiviti riadah dapat membantu memberikan ketenangan kepada pemikiran anda. Ia juga dapat mengurangkan stress dalam diri anda.

2. Kesejahteraan Bermotivasi Tinggi

Rekaan dimensi yang kedua yang saya telah pilih untuk ditambah pada roda kesejahteraan yang asal ialah saya telah memilih kesejahteraan bermotivasi tinggi. Bermotivasi tinggi yang dimaksudkan disini ialah motivasi yang perlu wujud dalam diri. Motivasi yang tinggi member banyak keyakinan kepada diri kita, terutama sebelum, semasa dan selepas melakukan sesuatu aktiviti.

Apabila kita bermotivasi tinggi. lazimnya kita akan :

33

Lebih bersemangat serta bertenaga untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik.

Tidak mudah berputus asa dan lebih bersedia menghadapi pelbagai halangan dan cabaran.

Akan berikhtiar mencari jalan bagi memastikan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai

(34)

Dengan memiliki sifat-sifat di atas kita lebih bersedia menghadapi bermacam-macam kemungkinan. Perkara yang kelihatan sukar dan mustahil pada orang lain akan menjadi mudah kepada kita. Perbezaan ini adalah kerana pengaruh tahap motivasi diri yang ada pada seseorang. Mereka yang bermotivasi rendah tidak mampu menyelesaikan walaupun perkara itu kecil. Mereka lebih gemar mencari alasan dan menuding jari kepada orang lain.

Kesimpulannya dengan bermotivasi tinggi, halangan dapat dirempuh dan cabaran dapat ditangani. Pendek kata kerja menjadi lebih mudah. Sebagaimana kata Robert Kennedy, "Jika kita bermotivasi tinggi, yang mustahil pun kelihatan mudah. Jika kita tidak bermotivasi, yang mudah pun kelihatan mustahil."

SUMBER RUJUKAN Sumber rujukan buku dan majalah :

1. Mahmood Nazar Mohamed. 2001. Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahsa Dan Pustaka.

2. Goleman, D. 1995. What’s Your Emotional Intelligence Quotient? Utne Reader, Nov/Dec 1995. Http://Trochim.Human.Cornell.Edy.

3. Petrides, K. V. & Furnham, A. 2000. Gender Differences In Measured And Self-Estimated Trait Emotional Intelligence. Sex Roles, 42 (5-6), Hal. 449 – 461.

4. Kyung Hee, Kim. 1998. A Preliminary Study On The Development Of Emotional Intelligence Rating Scale For Preschool Children. Korean Journal Of Developmental Psychology, 11 (2), Hal. 31 – 48.

(35)

6. Alovey, P. & Mayer, J. D. 1990. Emotional Intelligence. Imagination, Cognition And Personality, 9, Hal. 185 - 211.

7. Mayer, J. D. & Salovey, P. 1993. The Intelligence Of Emotional Intelligence. 17, Hal. 433 - 442.

8. Young, C. A. 1996. Emotions And Emotional Intelligence Dalam Http://Trochim.Human.Cornel.Edu.

9. Goleman. D, 1996. What’s Your Emotional Iq? Reader’s Digest. May, Hal. 17-20.

10. Abdul Fatah Hasan, Haji. 1998. Pemikiran Keseluruhan Otak [Dalam Penguusan Pendidikan Dan Kaitannya Dengan Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence – Eq)]. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

11. Abdul Fatah Hasan, Haji. 1998. Pemikiran Keseluruhan Otak [Dalam Penguusan Pendidikan Dan Kaitannya Dengan Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence – Eq)]. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

12. Mayer, John D., Caruso, David R. & Salovey, Peter. 1999. Emotional Intelligence Meets Traditional Standards For An Intelligence. Intelligence, 27, Hal. 267 – 298.

13. Schutte, N. S., Malouff, J. M., Hall, L. E., Haggerty, D. J., Cooper, J. T. & Golden, C. J. 1998. Development And Validation Of A Measure Of Emotional Intelligence.

Personality & Individual Differences, 25 (2), Hal. 167 –

14. Kesejahteraan Manusia: Perspektif Psikologi. 2006. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-734-X (Kulit Lembut). 256 Hlm. RM30.00. Rohany Nasir Dan Fatimah Omar (Sunt.)

Sumber Rujukan Internet :

(36)

3. http://www.kpkt.gov.my/kpkt_2013/index.php/pages/view/331

4. http://alpedasi.blogspot.com/2012/01/kesejahteraan-hidup-dan-ketenangan.html 5. http://mykamus.com/free/2010/09/kesejahteraan/

6. http://www.scribd.com/doc/209128832/Kesejahteraan 7. http://faqing.org/hawkuen/kesejahteraan_kaunselor.pdf

8. http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah/risalah06.html 9. http://www.scribd.com/doc/58789726/Pengertian-Spiritual

10.http://feriseptian.blogspot.com/2013/05/mewujudkan-kesejahteraan-spiritual.html 11.

http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/8230-kesihatan-mental-dan-kesejahteraan-fizikal

12.http://www.scribd.com/doc/61135130/Definisi-Gangguan-Emosi 13.http://noorazmanmahat.blogspot.com/2011_06_01_archive.html

14.http://purpleturtle-impianinsan.blogspot.com/2010/08/sosial-budaya.html 15.http://www.slideshare.net/HidayahMusa/gaya-hidup-sihat-11839579

16.http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/kepentingan-menjaga-alam-sekitar_9278.html 17.http://percuma.50megs.com/cpr/amalan.htm

Referensi

Dokumen terkait

Sehingga ketidaklengkapan pada jenis aktivitas mempengaruhi kode yang dihasil- kan, contoh kasus pengemudi sepeda motor tabra- kan dengan mobil saat akan membeli bensin,

Untuk meningkatkan kinerja pegagawai maka pengawaan sangatlah penting dalam menunjang keberhasilan berbagai program kegiatan dalam proses pemerintahan agar dapat di

Diperlukan perasaan yang baik bagi animator dalam menganimasikan objeknya, sehingga mereka perlu melatih diri mereka dengan melakukan akting didepan kaca atau mengambil kelas

To move a member, a method’s declaration, or a current class to a superclass, in the Source Editor or the Projects window, select the class or interface that contains the member

Pengolahan air ini dimulai dari air Sungai Cikapundung kemudian dialirkan ke kolam melalui tahap pertama yaitu Bar Screen untuk memisahkan antara sampah yang ada di sungai

Adapun tujuan dari penelitian ini adalah sebagai berikut yakni: menentukan fungsi bangunan yang cocok pada lokasi tersebut, menentukan desain kawasan fungsi

Jenis perniagaan yang dijalankan adalah program tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak. Tadika ini bertindak sebagai pusat asuhan dan penjagaan kanak-kanak. Tadika ini terletak di

Dari pembahasan tersebut di atas, dapat disimpulkan bahwa dalam hal BPK menjalankan fungsi pengawasan dengan baik, dan hasilnya ditindaklanjuti dengan baik pula