• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESIMPULAN : Rumusan Umum :

Dalam dokumen Modul Permata (Halaman 47-60)

Ayat Pandangan : Ayat Cadangan : Ayat Harapan :

48 TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 2

SOALAN 1: RUMUSAN

• Markah penuh 30 dibahagikan kepada:

Isi - 20 markah

Bahasa - 10 markah Panduan mengira perkataan

• Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan: - nama khas (Kota Bharu)

- perkataan berulang/kata ganda (cara-cara)

- penggunaan kata depan di dan ke (di sana, ke atas) - tarikh yang ditulis dengan ayat atau angka

- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan - gelaran (Yang Amat Berhormat)

Jawapan calon akan diperiksa setakat 120 perkataan sahaja, yang selebihnya tidak akan diperiksa.

Isi yang tepat dan lengkap sahaja akan diberi markah. 1. MULAKAN RUMUSAN DENGAN Petikan membincangkan… 2. Ditulis dalam satu ayat sahaja

2. JANGAN ADA PERKATAAN tentang SELEPAS Petikan membincangkan… 3. Sinonim perkataan selepas tentang dalam soalan

Contoh sinonim: • kesan/akibat/implikasi • langkah-langkah/cara-cara/usaha-usaha/strategi • masalah/halangan/kekangan • faedah/kepentingan/manfaat/ • kebaikan/keistimewaan • Faktor-faktor/punca-punca/sebab-sebab • Tujuan/matlamat/objektif • Ciri-ciri/kriteria

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Rumus:

Subjek + sinonim + tema + sasaran + lokasi

Subjek : Petikan membincangkan

Sinonim : langkah-langkah menangani

Tema : masalah disiplin

Sasaran : dalam kalangan murid

49 Contoh Pendahuluan:

Petikan membincangkan langkah-langkah menangani masalah disiplin dalam kalangan murid di sekolah.

Kaedah Penandaan Isi Tersurat:

Pada masa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan pendidikan di negara kita kerana pendidikanlah yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Menerusi pendidikan juga kita akan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan kental jati diri. Walau bagaimanapun, hasrat murni kementerian ini menghadapi beberapa kekangan, antaranya termasuklah masalah disiplin murid di sekolah-sekolah.

Untuk menangani masalah ini, kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin. Sehingga penghujung tahun 2004, sebanyak 250 pendapat awam diterima di samping ratusan aduan yang dikategorikan dalam masalah salah laku murid. Tindakan lain yang diambil oleh Kementerian Pelajaran adalah dengan membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah. Dengan cara ini, Kementerian Pelajaran akan mendapat maklumat tentang masalah disiplin dengan lebih tepat. Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang masalah disiplin murid. Selain itu, maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab.

Bagi menangani masalah disiplin yang berat, pihak sekolah dibenarkan untuk mendapatkan bantuan daripada polis. Sekiranya perlu, pihak polis dibenarkan untuk menahan murid yang berada di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan. Kementerian Pelajaran telah mengingatkan pihak sekolah bahawa mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib jika menyembunyikan kes disiplin yang berlaku di sekolah masing-masing. Hal ini demikian kerana Kementerian Pelajaran menerima laporan bahawa terdapat pihak pentadbir sekolah terutamanya sekolah yang berstatus elit, cuba menutup kes disiplin di sekolah mereka.

Sebenarnya masalah disiplin yang berlaku ini boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada seperti mengenakan hukuman rotan, denda, gantung sekolah dan buang sekolah. Namun demikian, sebelum hukuman dikenakan, setiap kes itu mestilah disiasat puncanya terlebih dahulu. Tindakan ini diambil supaya kita dapat berlaku adil kepada murid tersebut kerana ada murid yang melakukan kesalahan disiplin semata-mata kerana ingin akan perhatian dan mereka sebenarnya bukan penjenayah. Kita akui bahawa masa depan negara amat bergantung pada kejayaan dan kemantapan sistem pendidikan. Kemantapan ini pula bergantung pada kecemerlangan kakitangan Kementerian Pelajaran melaksanakan peranan masing-masing. Dengan itu, akan tercapailah hasrat negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Contoh Penulisan Isi Tersurat:

Antaranya ialah Kementerian Pelajaran telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin (S1). Kementerian Pelajaran juga membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah (S2). Seterusnya Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang masalah disiplin murid (S3). Maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab (S4). Sekolah dibenarkan untuk

50

mendapatkan bantuan daripada polis (S5). Masalah disiplin boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada. (S8)

Kaedah Menulis Isi Tersirat: Rujuk Tugasan Soalan Bahagian 2:

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Kesan masalah itu kepada negara ialah...

T1 Pelaburan negara dalam bidang pendidikan tidak setimpal dengan hasil yang diperoleh T2 Menjejaskan matlamat negara untuk melahirkan warganegara yang baik

T3 Guru mengambil masa yang banyak untuk mengendalikan masalah disiplin T4 Kejadian jenayah meningkat

T5 Imej negara terjejas di mata dunia T6 Pembangunan negara tidak seimbang

T7 Amalan berbudi bahasa diabaikan oleh kebanyakan rakyat Contoh Isi Tersurat:

Kesan masalah itu kepada negara ialah kejadian jenayah akan semakin meningkat (T4) dan imej negara pula akan terjejas di mata dunia (T5). Selain itu pembangunan negara menjadi tidak seimbang (T6) dan amalan berbudi bahasa diabaikan oleh kebanyakan rakyat (T7).

[Anda boleh menyenaraikan 4 isi tersirat seperti yang di atas asalkan jumlah perkataan keseluruhan tidak melebihi 120 patah perkataan]

Panduan Menulis Kesimpulan: • Ditulis dalam satu ayat sahaja {Saranan] + [Harapan]

Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama untuk menangani masalah disiplin supaya kita dapat mewujudkan sebuah negara yang sejahtera.

Contoh Rumusan Yang Lengkap

Petikan membincangkan langkah-langkah menangani masalah disiplin dalam kalangan murid di sekolah.

Antaranya ialah Kementerian Pelajaran telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin. Kementerian juga membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah. Seterusnya Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang masalah disiplin murid. Maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang

51

bertanggungjawab. Sekolah dibenarkan untuk mendapatkan bantuan daripada polis. Masalah disiplin boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada

Kesan masalah itu kepada negara ialah kejadian jenayah akan semakin meningkat dan imej negara pula akan terjejas di mata dunia. Selain itu pembangunan negara menjadi tidak seimbang dan amalan berbudi bahasa diabaikan oleh kebanyakan rakyat.

Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama untuk menangani masalah disiplin agar kita dapat mewujudkan sebuah negara yang sejahtera.

(120 patah perkataan) TEKNIK 2

Jawab soalan ini dulu kerana inilah lubuk markah.

Saya cadangkan 10 patah kata untuk pendahuluan, 70 kata untuk isi tersurat, 25 patah kata untuk isi tersirat dan 15 patah kata untuk kesimpulan. Rancang perenggan anda dengan teliti. Untuk pendahuluan, sila semak kata-kata sinonim untuk faktor, kepentingan, kesan dan

sebagainya. Apakah makna perkataan ini? Natijah, kekangan, kemaslahatan, manfaat, gejala, strategi, . Sila cari makna yang tepat daripada kamus dewan.

Mulakan isi tersurat dengan (rujuk soalan, katakanlah faktor) Salah satu faktor keracunan makanan ialah (isi pertama). Selain itu, (isi 2), Seterusnya, (isi ketiga), Seperkara lagi, (isi ke-4), malahan (isi ke-5). Di samping itu(isi ke-6) dan juga, (isi ketujuh). Justeru bukan penanda wacana.

Kalau isi tersurat dah tulis 6, kira jumlah kata. Kalau baru 60, boleh tambah satu isi lagi. Kalau sudah 65 ke atas, semak semula kalau-kalau ada perkataan yang tak perlu untuk dibuang dan boleh tambah satu isi lagi. Kalau tidak, ada teruskan saja ke perenggan seterusnya iaitu menuliskan isi tersirat.

Mulakan isi tersirat dengan menuliskan kembali soalan untuk isi tersirat. contohnya usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan. Contoh: usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan ialah (isi 1) dan (isi 2). Kalau belum cukup 25 patah kata, boleh tambah isi. Selain itu, (isi 3).

Kesimpulan hendaklah satu ayat sahaja yang terdiri daripada 2 unsur. Unsur pertama ialah cadangan anda iaitu apa/siapa yang patut melakukan sesuatu. Unsur kedua ialah mengapa cadangan itu patut dilaksanakan/kesan daripada cadangan itu. Contoh: Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengelakkan keracunan makanan (unsur pertama) agar keselamatan awam terjamin. (unsur kedua).

Kira balik jumlah perkataan dan kalau sudah berpuas hati, tuliskan jumlah perkataan yang benar di bawah rumusan anda.

Ingat, di samping itu dikira 2 perkataan. (di dan ke tidak dikira) Nama khas, walau panjang mana sekalipun dikira 1 perkataan dan kata ganda juga 1 perkataan.

Contoh Soalan :

Baca petikan yang diberi di bawah, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing dan kesan-kesannya. Panjang rumusan tidak melebih 120 patah perkataan.

52

Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya pula adalah bertumpu di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Tumpuan mereka adalah dalam sektor pembinaan, perindustrian, perladangan dan pembantu rumah. Kedatangan golongan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif khususnya dalam segi pekerjaan penduduk tempatan dan pembangunan negara. Sebab utama mereka bertumpu ke negara kita adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal mereka.

Selain itu, matlamat utama mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi. Rata-rata golongan ini mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan dikirimkan kepada keluarga mereka yang menetap di negara asal. Ini ditambah pula dengan keadaan negara kita yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini amat berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan. Justeru, walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengekang kebanjiran pendatang asing ini, namun jumlah mereka semakin bertambah.

Selain faktor di atas, kebanjiran pendatang asing di negara kita turut disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia. Hal ini kerana pendatang asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding dengan buruh tempatan. Keadaan ini ditembah pula oleh sikap pekerja tempatan yang lebih gemar memilih pekerjaan dengan gaji yang tinggi. Lebih menyulitkan keadaan, ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada pekerja asing sehingga menggalakkan mereka bertumpu di Malaysia. Ini menyebabkan pendatang asing berasa selamat bekerja di sini walaupun sebahagiannya tidak memiliki permit. Sikap negatif penduduk tempatan ini telah banyak menyebabkan operasi membanteras pekerja asing tanpa permit menemui kegagalan.

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan, keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad. Sebagai contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi kawasan pendaratan pekerja asing tanpa permit untuk bekerja di Malaysia. Tambah merumitkan keadaan, jabatan yang ditugaskan untuk mengawal kebanjiran pekerja asing itu masih mengalami kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan. Situasi ini telah menyebabkan ramai pekerja asing yang memasuki negara kita secara tidak sah, bebas tanpa berjaya dikesan. Kebanyakan rondaan yang dilakukan gagal menemui pekerja asing tersebut yang sebahagian besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat untuk ke negara kita.

Oleh sebab jumlah mereka yang terlalu ramai telah memberi kesan yang amat parah, penguatkuasaan perlulah lebih kerap dilakukan. Untuk tujuan tersebut, kerajaan turut menggunakan tenaga RELA bagi menjalankan rondaan dan tangkapan terhadap pekerja asing tanpa permit. Mereka yang ditangkap akan ditempatkan di pusat-pusat tahanan sebelum didakwa dan dihantar pulang ke negara asal mereka. Usaha ini bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi malah merugikan negara

53

Pendahuluan Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing. Isi-isi Tersurat

1 peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal mereka. 2 banyak pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi 3 keadaan negara kita yang aman dan makmur

4 permintaan yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia 5 ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada pekerja asing

6 keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad 7 kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan

Isi-isi Tersirat

1 peluang pekerjaan penduduk tempatan semakin terbatas

2 jenayah membabitkan golongan ini semakin berleluasa di Malaysia

3 perumahan setinggan akan semakin berleluasa dan menyesakkan kawasan bandar

Kesimpulan Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar jumlah pekerja asing dapat dikurangkan.

Contoh Jawapan :

Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing.

Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing disebabkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal. Selain itu, mereka berkunjung ke Malaysia kerana banyak pekerjaan di sini memberi pendapatan yang tinggi. Pada Masa yang sama, negara kita yang aman, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Faktor lain yang menggalakkan kedatangan mereka ialah permintaan yang tinggi terhadap buruh asing oleh majikan di Malaysia. Faktor yang turut mempengaruhi kehadiran mereka ialah ada pihak di negara kita memberi perlindungan kepada pekerja asing. Pantai Malaysia yang panjang juga menyukarkan pemantauan pekerja asing dilaksanakan.

Kehadiran mereka telah menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan semakin terbatas. Malahan, jenayah membabitkan golongan ini semakin berleluasa di Malaysia.

Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar jumlah pekerja asing dapat dikurangkan.

54 Format mudah menulis rumusan

Petikan membincangkan_________________________________________________________ Punca yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing yang

pertama,_______________________________________________________________________ _______________________. Kedua,________________________________________________________________________ _____. Ketiga,________________________________________________________________________ _____. Keempat,______________________________________________________________________ _____. Kelima,_______________________________________________________________________ ______. Keenam,______________________________________________________________________ ______.

Antara kesan-kesan kemasukkan pekerja asing

ialah__________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________. Selain itu,____________________________________________________________. Kesimpulannya, kerajaan mestilah__________________cadangan_______________________________agar/supaya_____ _________________________harapan___________________________________________. Soalan 2: PEMAHAMAN

Jenis Soalan : Maksud Rangkai Kata

(i) Berikan maksud rangkai kata sekolah yang berstatus elit. [2 markah] Rujuk kepada petikan:

Hal ini demikian kerana Kementerian Pelajaran menerima laporan bahawa terdapat pihak pentadbir sekolah terutamanya sekolah yang berstatus elit, cuba menutup kes disiplin di sekolah mereka. Skema:

- Sekolah-sekolah ternama/sekolah yang dikhususkan kepada pelajar-pelajar pintar - Sekolah hebat

Contoh jawapan:

Maksud rangkai kata tersebut ialah sekolah yang ternama

Jenis Soalan : Analisis Petikan

55 Rujuk kepada petikan:

Pada masa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan pendidikan di negara kita kerana pendidikanlah yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Menerusi pendidikan juga kita akan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan kental jati diri. Walau bagaimanapun, hasrat murni kementerian ini menghadapi beberapa kekangan, antaranya termasuklah masalah disiplin murid di sekolah-sekolah.

Skema:

- Menentukan hala tuju negara

- Melahirkan pemimpin yang berwibawa - Melahirkan pemimpin yang kental jati diri - Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

Antara peranan pendidikan di negara kita ialah dapat menentukan hala tuju negara. Seterusnya, pendidikan berperanan dalam melahirkan pemimpin yang berwibawa. Selain itu, pendidikan juga berperanan dalam melahirkan pemimpin yang berkaliber dan kental jati diri.

Jenis Soalan : KBKK

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah pendekatan kaunseling dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah? [4 markah]

Skema:

- Mewujudkan hubungan baik - Pelajar rasa dihargai

- Pelajar mendapat perhatian - Maklumat pelajar dirahsiakan - Pelajar ada tempat mengadu

- Pelajar dibantu untuk menyelesaikan masalah

Pada pendapat saya, pendekatan kaunseling dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah kerana melalui kaunseling hubungan baik dalam kalangan pelajar dapat diwujudkan. Selain itu, pelajar akan berapa diri mereka dihargai kerana masalah mereka mendapat perhatian daripada guru. Seterusnya pendekatan kaunseling juga membolehkan guru-guru membantu menyelesaikan masalah pelajar berkenaan secara rasional. Tambahan pula, pelajar akan rasa dihargai dan ini dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah.

SOALAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Soalan 3 (a) : Membina Ayat

Peringatan:

1. 1 markah setiap ayat yang betul

2. Memberi makna dan tepat maknanya, 1 markah

56

4. Perkataan berkenaan diguna sebagai peribahasa atau nama khas, 0 markah. 5. Sengaja meninggalkan/ menambah imbuhan,0 markah

6. Ayat yang dibina seperti satu ayat, tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat. 7. Jika semua perkataan diguna dalam satu ayat, dipertimbangkan sebagai satu ayat.

8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah setiap ayat

Soalan 3 (b) Bentuk 1:

Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Kanak-kanak berumur lima tahun itu sungguh petah bercakap. (ii) Masyarakat kita terkenal dengan sikap peramah dan berbudi bahasa. (iii) Sektor hartanah mencatatkan perkembangan positif setelah mendapat

galakan daripada kerajaan.

[6 markah] Bentuk 2:

Kenal pasti jenis-jenis ayat yang berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seru

(i) Istana di atas bukit itu cantik?

(ii) Wah, hebatnya nyanyian awak malam ini!

(iii) Tengoklah barang-barang antik yang baru kami beli. (iv) Para pemain bola sepak itu sedang beraksi di padang.

(v) Sekarang jugakah ayah hendak membaca akhbar semalam? (vi) Dana PNB dijangka mencecahRM100 bilion tiga tahun lagi.

(6 markah) Bentuk 3:

Tulis ayat di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.

Suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan isu vandalisme.Vandalisme ialah kegiatan merosakkan harta benda awam. Perbuatan vandalisme ini dilakukan oleh remaja yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai strategi dilaksanakan bagi mengatasi masalah itu. Strategi itu membuahkan hasil. Strategi itu mengambil masa yang lama. Kini, timbul satu masalah baru dalam kalangan remaja. Masalah yang dimaksudkan ialah gengsterisme.

[6 markah]

Bentuk 4:

Tulis petikan di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Sakinah memberitahu Mariam bahawa dia bercadang untuk mengikuti kursus usahawan muda yang dianjurkan oleh kerajaan. Mariam menyokong rancangan Sakinah itu. Seterusnya, Mariam menyatakan

57

bahawa Sakinah akan dapat menimba pengetahuan melalui kursus itu. Sakinah melahirkan hasratnya untuk menjadi usahawan yang terkenal pada suatu hari nanti. Mariam menyatakan keyakinannya bahawa Sakinah mampu untuk mencapai cita-citanya dan mendoakan kejayaannya. Sakinah mengucapkan terima kasih kepada Mariam.

[6 markah] Bentuk 5:

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Tugas mengisi kemerdekaan akan kita pikul bersama-sama.

(ii) Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat.

(iii) Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara gotong-royong pada minggu lepas.

[6 markah] Bentuk 6:

Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

(i) Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya? (ii) Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.

(iii) Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.

[6 markah] Bentuk 7:

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006.

(ii) Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.

(iii) Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan. [6 markah] Bentuk 8:

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS)

(i) Baju sutera ini untuk ibu (ii) Kuda putih itu berlari pantas.

(iii) Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya. (iv) Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.

(v) Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung minggu ini. (vi) Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni. SOALAN 3 (c)

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan

58

lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

I. Pengguna kad pintar adalah bagi membolehkan pelajar mengakses bilik-bilik tertentu sahaja, sekaligus menjamin keselamatan kampus.

II. Naskah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih tersimpan di Arkib Negara untuk dijadikan rujukan para pengkaji.

III. Pertandingan kaligerafi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia telah disertakan oleh murid-murid dari seluruh negara.

[6 markah] Teknik Menjawab:

Soalan 3 (c)

(i) Sekaligus - sekali gus

Pengguna - penggunaan

(ii) Naskah - naskhah

bertulisan - bertulis

(iii) Kaligerafi - kaligrafi

disertakan - disertai

SOALAN 3 (d)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Kerajaan menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk menyediakan berbagai kemudahan di universiti-universiti tempatan.

ii. Kemajuan sesebuah negara dalam melahirkan rakyat berminda kelas pertama penting demi untuk membolehkannya bersaing pada peringkat antarabangsa.

iii. Penghawa dingin yang dipasang di makmal komputer sekolah itu tidak berjalan dengan baik. [6 markah] Teknik Menjawab:

Soalan 3 (d)

(i) Menghabiskan - membelanjakan

berbagai - pelbagai

(ii) Kemajuan - kemampuan

Dalam dokumen Modul Permata (Halaman 47-60)

Dokumen terkait