• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul Permata

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Modul Permata"

Copied!
60
0
0

Teks penuh

(1)

1

A+

DISEDIAKAN OLEH :

MIOR MUHAMMAD SAIFUL NIZAN BIN MUHD SAALI

(2)

2 TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 1

PENGENALAN

Penulisan karangan adalah Satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca/ pemeriksa. Setiap idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada pembaca/ pemeriksa, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik penulisan yang sesuai .

(Samsu Yaacob, Bahasa Melayu Kertas Satu, Masa Enterprise, Kajang 1995)

BAHAGIAN A : KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN

PRAWACANA

Item Karangan Bahagian A

Peruntukan masa 45 minit

Bilangan perkataan 200 hingga 250 pp

Bilangan muka surat 2 halaman

Bilangan Perenggan 5 perenggan

Bilangan isi 3 isi

Jumlah markah 30 markah

KRITERIA PENSKORAN KARANGAN BAHAGIAN A

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang

26 – 30 (28 – 30) (26 – 27)

•••• Karangan menepati tema bahan rangsangan.

•••• Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat serta sesuai.

•••• Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik dan tepat serta sesuai.

•••• Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.

Kepujian

20 – 25 (23 - 25) (20 – 22)

•••• Karangan menepati tema bahan rangsangan.

•••• Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas.

•••• Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.

•••• Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.

(3)

3 Memuaskan

(17 - 19) (15 – 16)

•••• Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata umum.

•••• Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi.

•••• Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas.

Kurang Memuaskan

10 – 14 (12 - 14) (10 – 11)

•••• Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan. •••• Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat.

Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih

mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kata

terhad (Ayat yang pendek)

•••• Wacananya kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi.

•••• Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas.

Pencapaian minimum

01 – 09 (06 - 09) (01 – 05)

•••• Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.

•••• Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.

•••• Idea kurang menepati tema bahan rangsangan. CIRI-CIRI PENULISAN BERKESAN

TEMA : Menepati tema & tugasan bahan rangsangan BAHASA : Gramatis dari segi kata dan ayat

Tanda baca betul dan tepat

Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru Kosa kata luas dan tepat

WACANA : Lengkap

Unsur bahasa bervariasi Guna ungkapan yang menarik

IDEA : Relevan dengan tema & tugasan bahan rangsangan Dihuraikan dengan jelas dan mata SKOP KARANGAN SPM MENGIKUT DIMENSI & JENIS / BIDANG:

• Jenis Bahan Rangsangan; • Gambar Foto

• Gambar rajah • Ilustrasi kartun

(4)

4 • Pelan

• Iklan • Petikan • Catatan

KAEDAH PENULISAN KARANGAN SECARA TERANCANG Contoh Soalan

Lihat gambar di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 perkataan Isi 1 : Kempen “Cintai Bahasa Kita”

Isi 2 : Aktiviti Kebahasaan Isi 3 : Penerbitan Bahan Bacaan

Tugasan : cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan Tema : bahasa kebangsaan

Kata kunci : cara-cara (alternatif : langkah-langkah/usah-usaha/strategi/kaedah/mekanisme) PERENGGAN PENDAHULUAN

Ayat 1 : TEMA

Kait dengan semasa Akhir-akhir ini/Pada masa ini/Belakangan ini/Mutakhir/Mayapada/Marcapada Tema isu berkaitan dengan... ...(sebutkan tema) Sasaran Dalam kalanganpelajar/remaja/masyarakat/belia Prioriti saban waktu diwara-warakan dalam media arus

perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita.

Ayat 2 : JUSTIFIKASI

Wacana Justeru, / Sehubungan dengan itu, / Menyedari hakikat ini,

Saranan semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan /hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih /yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang

melayang Ayat 3 : TUGASAN

Persoalannya, apakah...( salin selepas perkataan tentang dalam soalan) dan berakhir dengan tanda soal (?)

Belakangan ini, isu berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan?

(5)

5 PERENGGAN ISI PERTAMA

Ayat topik

Rumus Rumus Pada pendapat saya/Pada hemat saya/Pada pandangan saya, + Ayat Topik (KATA KUNCI - tanpa gandaan) + yang paling

utama/efektif/dominan + ialah +(ISI PERTAMA YANG TELAH DITRANSFORMASI MENJADI KKAT) Ayat 1 Pada hemat saya, cara yang paling efektif ialah

mengadakan Kempen “Cintai Bahasa Kita”.

Ayat huraian

Rumus Hal ini dikatakan demikian kerana + Pasifkan Isi + pelaku + impak

Ayat 2 Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai lambang jati diri rakyat Malaysia selaras dengan citra ”Bahasa Jiwa

Bangsa”.

Ayat contoh

Rumus Contohnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema

Ayat 3 Contohnya, kempen yang diadakan seperti Kempen Penggunaan Bahasa Baku, Kempen Pengucapan Bertatasusila, Kempen Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Dalam Iklan dan sebagainya yang menjurus kepada penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.

Ayat penegas

Rumus Tegasnya, + isi pertama + tugasan

Ayat 3 Tegasnya, kempen “Cintai Bahasa Kita” merupakan strategi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita.

PERENGGAN ISI KEDUA

Ayat topik

Rumus Rumus Selain itu, + Isi Kedua yang telah ditransformasikan + Tugasan

Ayat 1 Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga merupakan langkah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.

Ayat huraian

Rumus Saya berpendapat demikian kerana + Pasifkan Isi + pelaku + impak

Ayat 2 Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat menarik minat para pelajar untuk

menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan.

(6)

6 Ayat contoh

+ kaitkan dengan tema

Ayat 3 Misalnya, aktiviti kebahasaan yang dianjurkan seperti Pertandingan Debat, Pesta Pantun, Pementasan Teater, Deklamasi Puisi dan sebagainya mampu memperkasakan aspek keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar.

Ayat penegas

Rumus Memang tidak dapat dinafikan + tugasan + isi kedua Ayat 3 Memang tidak dapat dinafikan, langkah

memartabatkan bahasa kebangsaan menjadi lebih berkesan dengan menganjurkan aktiviti

kebahasaan di sekolah-sekolah. PERENGGAN ISI KETIGA

Ayat topik

Rumus Tugasan + yang berikutnya ialah + Isi 3

Ayat 1 Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan

Ayat huraian

Rumus Hal ini bermaksud + Pasifkan Isi + pelaku + impak Ayat 2 Hal ini bermaksud, bahan bacaan yang diterbitkan

oleh pihak swasta mahupun kerajaan dapat mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai wahana untuk menyampaikan maklumat dan hiburan.

Ayat contoh

Rumus Tamsilannya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema

Ayat 3 Tamsilannya, bahan bacaan yang diterbitkan seperti majalah, surat khabar, bahan pandang dengar dan sebagainya berupaya menarik minat masyarakat untuk menggunakan bahasa

kebangsaan dalam urusan harian mereka.

Ayat penegas

Rumus Saya optimis + isi 3 + tugasan

Ayat 3 Saya optimis, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa kebangsaan di pasaran merupakan usaha murni untuk memartabatkan bahasa ini di negara kita.

(7)

7 PERENGGAN KESIMPULAN

Saranan + Harapan

Rumus Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha untuk meningkatkan/menangani + Tema + Harapan

Ayat 1 Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan supaya bahasa ini dapat diperkasakan di negara kita.

Seruan

Rumus Seruan (hafal dan ubah suai)

Ayat 2 Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!

CONTOH 1

Belakangan ini, isu berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah caracara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan?

Pada hemat saya, cara yang paling efektif ialah mengadakan Kempen “Cintai Bahasa Kita”. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Contohnya, kempen yang diadakan seperti Kempen Penggunaan Bahasa Baku, Kempen Pengucapan Bertatasusila, Kempen Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Dalam Iklan dan sebagainya yang menjurus kepada penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Tegasnya, kempen “Cintai Bahasa Kita” merupakan strategi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di

negara kita.

Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga merupakan langkah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Misalnya, aktiviti kebahasaan yang dianjurkan seperti Pertandingan Debat, Pesta Pantun, Pementasan Teater, Deklamasi Puisi dan sebagainya mampu memperkasakan aspek keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar. Memang tidak dapat dinafikan, langkah memartabatkan bahasa kebangsaan menjadi lebih berkesan dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan di sekolah-sekolah.

(8)

8

Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan. Hal ini bermaksud, bahan bacaan yang diterbitkan oleh pihak swasta mahupun kerajaan dapat mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai wahana untuk menyampaikan maklumat dan hiburan. Tamsilannya, bahan bacaan yang diterbitkan seperti majalah, surat khabar, bahan pandang dengar dan sebagainya berupaya menarik minat masyarakat untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan harian mereka. Saya optimis, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa kebangsaan di pasaran merupakan usaha murni untuk memartabatkan bahasa ini di negara kita.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan supaya bahasa ini dapat diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!

CONTOH 2

Mafhum daripada sepotong hadith Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud,”Jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit.” Hadith ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan. Kesihatan merupakan kurniaan Allah yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita mengurus kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Justeru itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Asas kepada kehidupan yang sihat bermula daripada pemakanan. Oleh itu, untuk menjalani kehidupan yang sihat, pemakanan seimbang perlu diamalkan. Pematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan serta mengurangkan pengambilan gula, lemak dan makanan ringan. Sebaik-baiknya, makan di restoran atau kedai makan perlu dielakkan. Hal ini kerana, kandungan yang terdapat dalam makanan tersebut tidak pasti asal usulnya. Berkemungkinan juga makanan tersebut datang daripada sumber yang kotor seterusnya meninggalkan impak yang tidak sihat kepada tubuh badan.

Tubuh yang sihat juga mampu dizahirkan melalui aktiviti bersenam dan bersukan. Sebaik-baiknya, aktiviti bersukan dan bersenam dilakukan pada setiap petang. Namun jika tuntutan kerja tidak membenarkan bersukan pada setiap petang, apalah salahnya bersenam empat kali dalam seminggu. Janganlah kerja yang membukit dijadikan alasan. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Selain itu, ahli keluarga boleh dijadikan nukleus untuk bersama-sama melakukan senaman. Banyak jenis senaman yang boleh dilakukan termasuklah berlari, tai-chi dan aerobik. Namun begitu, menanam pokok bunga juga merupakan senaman yang menyihatkan. Jika berkesempatan, senaman boleh dilakukan di taman atau gimnasium. Selain dapat menyihatkan tubuh badan, hubungan kekeluargaan turut dipereratkan.

Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan untuk melengkapkan grafik penjagaan kesihatan seharian. “Meminta pada yang ada, bertanya pada yang tahu”. Oleh itu, doktor boleh dijadikan medium yang penting bagi mendapatkan tahap kesihatan semasa diri. Dalam pada itu, kehadiran kita ke klinik atau hospital membolehkan kita menambah pengetahuan yang sedia ada. Apa tidaknya? Berjuta-juta

(9)

9

maklumat yang terdapat di hospital. Terdapat juga papan tanda yang bermaklumat dan berwarna-warni dihidangkan tanpa sedikit bayaran pun yang dikenakan untuk mendapatkan maklumat. Justeru itu, mengapakah wujud sikap malas untuk bertemu doktor? Berpeganglah pada prinsip bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.

Kesimpulannya, kesihatan merupakan elemen terpenting dalam kehidupan. Tanpa kesihatan yang baik, tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah kesihatan seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada satu pun barang di dunia ini boleh menandungi nikmat kesihatan pemberian Allah. Jadilah manusia yang bersyukur ke atas kurniaan Allah. Kita boleh menjadikan mafhum sepotong hadith yang menyatakan bahawa “Kehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru semua tubuh akan berasa sakit dan bersama-sama berjaga malam.” Hadith ini boleh menggambarkan bahawa kesihatan manusia memainkan perana penting dalam kehidupan. Jika tiada kesihatan yang baik, maka tempanglah kehidupan. Berdoalah kepada Allah supaya dikurniakan kesihatan yang baik.

CONTOH 3

“Badan cergas , otak cerdas.” Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat di media massa seperti majalah-majalah kesihatan, radio dan juga di institusi-institusi perubatan seperti hospital dan klinik. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara maju pada tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana daripada aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan.

Terdapat pelbagai cara untuk kita mengaplikasikan amalan gaya hidup sihat dalam rutin harian kita nataranya menjalani pemeriksaan kesihatan yang berkala di institusi perubatan seperti hospital. Perkara ini penting bagi menyedarkan kita tetang tahap kesihatan diri. Sekiranya kita menghidap penyakit seperti demam, selesema dan lain-lain segeralah mencari penawarnya dan pergilah ke hospital untuk mendapat rawatan. Hal ini penting bagi mengelakkan penyakit tersebut merebak kepada masyarakat yang lain. Kesimpulannya, amalan menjalani pemeriksaan secara berkala penting bagi menyedarkan kita tentang tahap kesihatan diri.

Tidur dan rehat yang mencukupi juga merupakan salah satu prakarsa bagi melestarikan amalan gaya hidup sihat. Dengan tidur serta rehat yang mencukupi secara tidak langsung akan memberikan impak yang positif kepada tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana , tubuh dan anggota badan kita akan menjadi lebih segar dan bertenaga selepas menjalani ‘ubat’ yang secukupnya. Sebagai contoh, pelajar yang tidur sekurang-kurangnya 6 jam akan mendapati badannya akan lebih segar dan ini memberikan semangat kepada pelajar tersebut ketika di sekolah. Tegasnya, tidur dan rehat yang mencukupi penting bagi seorang pelajar kerana melalui perkara tersebutlah lahirnya pelajar yang cemerlang.

Amalan pengambilan makanan seimbang juga penting di samping bersenam dan bersukan untuk membentuk masyarakat yang sihat. Melalui pengambilan makanan yang seimbang seperti mengikut jadual piramid makanan dan diet seimbang, kita dapat menghindarkan diri daripada menghidap penyakit obesiti yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Situasi ini, perlulah ditangani dengan segera bak kata bidalan ‘mencegah lebih baik daripada merubati’. Kita perlulah mengambil makanan

(10)

10

yang kaya dengan karbohidrat untuk membekalkan kita tenaga yang secukupnya seperti nasi dan roti. Selain itu, pengambilan makanan yang kaya dengan protein juga penting kerana protein membekalkan kandungan kalsium yang tinggi untuk tumbesaran anak-anak dan juga kekuatan tulang. Konklusinya, amalan makanan secara seimbang merupakan langkah yang bijak bagi mengatasi gejala obesiti dan melahirkan masyarakat yang sihat.

Deduksinya, amalan gaya hidup sihat ini merupakan sesuatu yang signifikan bagi melahirkan masyarakat yan bebas daripada penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kegagalan buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Perkara ini penting bagi memanifestasikan masyarakat yang sihat serta remaja yang proaktif untuk menerajui legasi kepimpinan negara agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara metropolitan yang lain. Tegasnya, tanpa amalan gaya hidup sihat ini sudah semestinya masyarakat dan remaja kita mudah dihidapi penyakit yang akan merencatkan visi dan misi negara.

CONTOH KARANGAN CEMERLANG (PENANDAAN) 1

Pada era modenisasi ini, manusia sering mengejar kekayaan dan kebendaan serta kemewahan yang menyebabkan mereka alpa akan penjagaan kesihatan tubuh badan mereka sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Sebagai akibatnya, masyarakat kita sering menghidap penyakit yang berbahaya dan kronik seperti penyakit kardiovaskular, penyakit diabetes, tekanan darah tinggi serta pelbagai kanser organ dalaman kita. Kajian statistik telah meramalkan bahawa 70 peratuskes kematian yang berlaku pada sepuluh tahun akan datang berpunca daripada penyakit-penyakit kronik seperti kanser paru-paru, diabetes, penyakit buah pinggang serta penyakit kardiovaskularyang berpunca daripada cara pemakanan dan amalan hidup yang tidak sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan merupakan aspek kehidupan yang amat penting.

Langkah pertama untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Makanan yang seimbang lazimnya mengandungi kandungan serat atau fiber yang tinggi serta mampu memudahkan proses pencernaan dalam tubuh badan kita. Hal ini penting untuk mengelakkan kita daripada menghadapi masalah sembelit. Sesungguhnya, kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan berpandukan piramid makanan. Piramid makanan menentukan kuantiti dan komposisi pelbagai kelas makanan yang perlu kita ambil. Makanan yang seimbang merangkumi tujuh kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang optimum. Misalnya, karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin, zat-zat yang berkhasiat seperti zat besi dan kandungan air yang mencukupi. Menurut pakar kesihatan, kita harus meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari untuk memastikan kesihatan tubuh badan kita terjamin. Kita juga harus mengelakkan makanan segera dan makanan makanan ringan yang tidak mengandungi nutrien serta memudaratkan kesihatan kita. Kita harus berpegang kepada prinsip makan untuk hidup dan bukannya untuk makan.

Selain itu, kita harus menjalankan pemeriksaan badan atau kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Pada era moden ini, pakar-pakar perubatan dunia mahupun tempatan telah berjaya mencari penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Jikalau kita kerap menjalankan pemeriksaan kesihatan, kita mungkin dapat mengesan tanda-tanda awal sesuatu penyakit yang boleh diubati jika pemeriksaan dilakukan lebih awal. Selain itu, kita juga boleh berjumpa dengan pakar-pakar kesihatan untuk mengetahui pelbagai tip tentang gaya hidup sihat. Bukan itu sahaja, kita juga boleh neminta tunjuk ajar doktor wanita ataupun jururawat yang ada di klinik untuk melakukan pemeriksaan payu dara dengan sendiri. Hal ini mustahak kepada

(11)

11

semua kaum wanita kerana kanser payu dara dianggap sebagai pembunuh senyap kaum wanita dan telah mengorbankan banyak nyawa.

”Badan cergas, otak cerdas”. Slogan ini jelas memberitahu kita bahawa peri pentingnya badan yang cergas untuk melahirkan minda yang cerdas. Oleh itu, masyarakat kita seharusnya menjaga kesihatan diri masing-masing dengan bersenam dan bersukan. Kita hendaklah melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Jikalau boleh, kita harus melakukan pelbagai bentuk senaman yang mampu mengerakkan otot-otot kita misalnya berjoging, berenang mahupun bermain badminton, bola sepak dan sebagainya. Bersenam sememang mampu meningkatkan sistem keimunan dan sistem peredaran darah kita. Namun, apa yang menyedihkan ialah pelbagai automasi yang wujud pada era moden ini menyebabkan manusia menjadi malas. Persoalannya ialah siapakah yang memulakan kehidupan harian dengan aktiviti senaman ringan?” Tepuk dada, tanyalah selera. Kebanyakan masyarakat kita pada hari ini hanya perlu menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan perkhidmatan transit aliran ringan serta memandu kereta sendiri untuk sampai di tempat kerja atau sekolah atau mana-mana sahaja. Masyarakat kini kurang bergerak atau berjalan dan amalan sebegini boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, masyarakat kita harus berusaha mengikis tabiat yang negatif.

Akhir sekali, masyarakat harus tidur dan dan rehat yang cukup supaya dapat memulakan kehidupan harian dengan penuh bersemangat dan bukan sebaliknya. Oleh yang demikian, kita dapat menjamin kesihatan kita yang baik di samping memastikan kecekapan kita semasa bekerja ataupun semasa bersekolah. Kita juga boleh meminum segelas susu sebelum tidur untuk memastikan kita tidur dengan lena. Selain itu, kita patut tidur awal dan bangun awal untuk mengelakkan keletihan yang berlebihan. Kita juga boleh meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga kita untuk berehat pada hari Ahad atau Sabtu dengan menjalankan aktiviti riadah. Hal ini boleh diibaratkan sebagai sambil menyelam minum air.

Tuntasnya, kesibukan yang baik merupakan anugerah daripada Yang Maha Kuasa yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, kita harus menjaga kesihatan kita. Dengan kesihatan yang baik, barulah kita dapat membangunkan negara dengan cekap dan bijaksana. Rakyat yang sihat mampu merealisasikan Wawasan 2020 dan menyumbang ke arah pembangunan negara. ”Rakyat Sihat, Negara Makmur ”. Semua pihak patut berusaha untuk mewujudkan rakyat yang cergas dan cerdas agar mampu bersaing dengan negara lain di persada dunia dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial.

CONTOH KARANGAN MEMUASKAN (PENANDAAN) 2

Kesihatan merupakan anugerah Tuahn yang telah diberikan kepada semua umat di muka bumi ini.Setiap individu seharusnya menjaga dan memantau tahap kesihatan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera tetapi ramai yang masih mengabaikan kesihatan mereka sehingga menghidapi penyakit kronik baru ingin bertindak.

Antara cara menjalani kehidupan yang sihat ialah menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang terdekat. Pemeriksaan kesihatan ini hendaklah dilakukan tiga kali dalam setahun. Pemeriksaan ini amat penting bagi menguji tahap kesihatan supaya dapat mengelakkan daripada menghidapi penyakit kronik.

(12)

12

Selain itu, kehidupan yang sihat dapat direalisasikan apabila setiap individu kerap bersenam dan bersukan untuk mengeluarkan peluh. Apabila berpeluh, toksin-toksin di dalam badan dapat dikeluarkan sekali gus membuat badan berasa sihat dan ringan.

Seterusnya, tidur dan rehat yang mencukupi merupakan salah satu cara menjalani kehidupan yang sihat. Bagi individu yang telah bekerja, mereka sentiasa menginginkan tidur dan rehat yang cukup bagi menguatkan badan supaya dapat melakukan kerja dengan sempurna dan bersemangat. Bagi pelajar pula, mereka akan belajar dengan lebih tumpuan dan fokus apabila guru sedang mengajar. Hal ini kerana, tidur dan rehat mereka mencukupi.

Di samping itu, mengamalkan pemakanan seimbang adalah langkah yang perlu dititikberatkan dalam menjalani kehidupan yang sihat. Bagi individu yang berikhtiar untuk mengurangkan lemak, amalan pemakanan seimbang seharusnya diamalkan.

Akhirnya sekali, kita haruslah bersyukur atas nikmat kesihatan yang telah diberikan oleh-Nya. Selain itu, kita hendaklah mengamalkan penjagaan kesihatan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dana sejahtera dia atas muka bumi ini.

CONTOH KARANGAN KURANG MEMUASKAN (PENANDAAN) 3

Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak terhingga nilainya kepada manusia. Pada zaman moden kini, manusia sentiasa ingatkan kerja dan lupa kesihatan mereka.

Kita ada banyak cara untuk menjalani kehidupan yang sihat. Dalam kehidupan kita, makanan adalah sangat penting. Jadi, mengamalkan pemakanan seimbang adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan kita. Makan secara sihat, orangnya juga akan sihat. Pada zaman yang moden kini, sudah ada banyak makanan segera(Fast food), sepert (KFC), (MCD) dan lain-lain. Banyak orang suka makan makanan segera, tapi makanan segera tersebut tidak baik kepada kesihatan kita. Makanan yang kita makan mestilah seimbang dengab tujuh bahan, iaitu karbohidrat, protein, garam, lemak,vitamin, mineral dan pelawas. Tetapi makanan segera kebanyakan adalah lemak. Jadi, untuk menjaga kesihatan kita, kita boelh mengikut makan piramid makanan.

Selain itu, bersenam dan bersukan juga ialah cara untuk menjaga kesihatan kita. Ramai orang hanya pentingkan kerja mereka, tetapi bersenam dan bersukan juga adalah sangat penting. Kita perlu buat aktiviti untuk mencergaskan badan kita, seperti berjoging, bersenam dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti tersebut perlulah membuat sekurang-kurangnya tiga kali pada setiap minggu.Seterusnya, menjalani pemeriksaan kesihatan juga penting. Pemeriksaan kesihatan tersebut juga perlu dijalankan pada setiap tahun sekali.

Tambahan pula, tidur dan rehat yang cukup adalah sangat penting juga. Kes-kes jalan raya semakin bertambah disebabkan oleh pemandu tidak cukup tidur dan rehat. Median masa juga selalu cakap, rehat dulu sebelum memandu. Tetapi banyak orang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mereka tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut. Perkara tersebut menimbulkan banyak tragedi berlaku.

Akhir sekali, sayangkan badan kita, supaya tidak mencederakan orang yang sayang kita. Kita mestilah menjaga kesihatan diri sendiri untuk menjadikan seorang yang berguna dan bantu memajukan negara kita untuk mencapai wawasan 2020.

(13)

13 SARANAN

1. Karangan mestilah menepati tema bahan rangsangan/menepati arahan soalan. 2. Karangan mestilah mempunyai isi-isi penting yang relevan dan tersusun.

3. Isi-isi penting itu pula perlu dihuraikan dengan jelas dan disokong dengan contoh-contoh yang tepat dan menarik.

4. Perenggan-perenggan pula harus seimbang.

5. Karangan mestilah menggunakan bahasa yang gramatis, kosa kata luas dan tepat penggunaannya.

6. Unsur bahasa yang digunakan mestilah bervariasi dan menggunakan ungkapan yang

menarik seperti peribahasa, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, hadis nabi, terjemahan ayat suci Al-Quran dan lain-lain.

7. Karangan juga harus mempunyai idea yang relevan dengan tema rangsangan yang diberi dan dihuraikan dengan jelas.

8. Keseluruhan karangan mestilah memperlihatkan kematangan calon. 9. Karangan mestilah ditulis dengan tulisan yang kemas, bersih dan jelas.

10. Jumlah perkataan seboleh-bolehnya dalam lingkungan 250 hingga 300 patah perkataan. Walaupun tiada pemotongan markah, namun peraturan dalam pemarkahan boleh berubah pada bila-bila masa.

(14)

14 BAHAGIAN B : RESPONS TERBUKA

PRAWACANA

Item Karangan Bahagian B

Peruntukan masa 90 minit

Bilangan perkataan Lebih 350 pp

Bilangan muka surat 4 halaman

Bilangan Perenggan 7 perenggan

Bilangan isi 5 isi

Jumlah markah 100 markah

KRITERIA PENSKORAN KARANGAN BAHAGIAN B

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang 80 – 100

(90 – 100) (80 – 89)

•••• Penggunaan pelbagai jenis kata yang sangat luas dan tepat.

•••• Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis.

•••• Ejaan dan tanda baca yang betul.

•••• Laras bahasa sesuai dengan tugasan.

•••• Penggunaan kosa kata sangat luas dan tepat.

•••• Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan

jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai. Ada penegasan isi.

•••• Pengolahan sangat menarik dan berkesan serta

pemerengganan sesuai.

•••• Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang

jelas antara perenggan.

•••• Penggunaan unsur bahasa bervariasi.

•••• Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

Kepujian 66 – 79

(73 - 79) (66 – 72)

•••• Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.

•••• Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.

•••• Ejaan dan tanda baca yang betul.

•••• Laras bahasa sesuai dengan tugasan.

•••• Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

•••• Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan

jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai.

•••• Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan

sesuai.

•••• Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang

jelas antara perenggan.

•••• Penggunaan unsur bahasa bervariasi.

(15)

15

penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata

Baik 51 – 65

(58 - 65) (51 – 57)

•••• Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai.

•••• Penggunaan ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.

•••• Ejaan dan tanda baca masih betul.

•••• Laras bahasa sesuai dengan tugasan.

•••• Penggunaan kosa kata masih tepat.

•••• Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai..

•••• Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih

sesuai.

•••• Wacana masih lengkap.

•••• Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.

•••• Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa

dan penggunaan ungkapan masih berkesan.

Memuaskan 36 – 50

(43 - 50) (36 – 42)

•••• Penggunaan pelbagai jenis kata masih/kurang tepat. •••• Ayat masih/kurang gramatis.

•••• Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan

yang minimum.

•••• Laras bahasa masih/kurang sesuai.

•••• Penggunaan kosa kata umum.

•••• Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai..

•••• Pengolahan kurang menarik.

•••• Wacana masih/kurang lengkap.

•••• Penggunaan unsur bahasa masih/kurang bervariasi.

•••• Gaya bahasa masih/kurang menarik dari segi keindahan

bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan. Kurang

Memuaskan

21 – 35 (28 - 35) (21 – 27)

•••• Penggunaan kata kurang tepat.

•••• Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.

•••• Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.

•••• Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian

tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.

•••• Pengolahan tidak menarik.

•••• Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak

seimbang.

•••• Unsur bahasa tidak bervariasi.

•••• Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan

ungkapan lemah. Pencapaian Minimum 01 – 20 (11 - 20) (01 – 10)

•••• Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis.

•••• Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.

•••• Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak

(16)

16

•••• Pengolahan tidak menarik.

•••• Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak

seimbang dan tidak sesuai.

•••• Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan

ungkapan lemah dan tidak menarik.

•••• Keseluruhan karangan sukar/tidak difahami.

TAJUK KARANGAN BERDASARKAN KOMBINASI : BIDANG INTERPERSONAL (IP)

BIDANG MAKLUMAT (M)

BIDANG ESTETIKA (E)

SKOP SOALAN MERANGKUMI 5 DIMENSI :

• DIRI

• KELUARGA & MASYARAKAT • NEGARA

• ANTARABANGSA • UNSUR SASTERA

DIMENSI DIRI : CONTOH SOALAN

1. Masalah kegemukan atau obesiti dalam karangan rakyat negara ini semakin serius.

Menurut kajian yang telah dilakukan, sebanyak 20% daripada 26 juta rakyat negara ini menghadapi masalah kegemukan. Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas.

2. Kempen Gaya Hidup Sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan

masyarakat yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Bincangkan usahausaha yang boleh dilakukan untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.

3. Pencapaian seseorang tokoh dalam sesuatu bidang seperti politik, sukan dan

budaya telah memberikan inspirasi kepada diri anda. Jelaskan bagaimanakah kejayaan mereka itu membakar semangat anda untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

4. Pelbagai salah laku disiplin berlaku dalam kalangan murid pada masa ini. Sebagai

seorang murid, huraikan peranan yang dapat anda sumbangkan untuk membantu pihak sekolah dalam menangani salah laku disiplin murid-murid di sekolah anda.

5. Anak-anak merupakan permata dalam sesebuah keluarga. Jelaskan tanggungjawab anak- anak terhadap ibu bapa bagi melahirkan keluarga bahagia.

DIMENSI KELUARGA / MASYARAKAT : CONTOH SOALAN

(17)

17

itu, ibu bapa perlu memainkan peranan proaktif agar dapat melahirkan anak-anak yang bersahsiah terpuji .Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak. 2. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah “Amalan Gaya Hidup sihat”.

Sediakan teks syarahan anda selengkapnya. DIMENSI NEGARA : CONTOH SOALAN

1. Kepelbagaian kaum dan etnik serta budaya mampu menjadi aset untuk memajukan sektor pelancongan di negara ini.

Berikan komen anda.

2. Air bersih merupakan keperluan penting dalam kehidupan manusia. Malangnya

kebanyakan sumber air bersih di negara ini telah tercemar. Huraikan langkah-langkah untuk mendidik masyarakat agar menghargai sumber air.

i. BIDANG INTERPERSONAL

• Surat Rasmi • Surat Tidak Rasmi • Wawancara • Forum • Syarahan • Ucapan • Ceramah* • Perbahasan ii. BIDANG MAKLUMAT

• Rencana • Laporan • Berita • Pendapat • Mengulas Pendapat • Perbincangan • Membahaskan Tajuk • Ulasan Buku

• Ulasan Cerpen/Novel/ Drama/ Puisi • Peribahasa/ Cogan Kata

• Menulis Minit Mesyuarat iii. BIDANG ESTETIKA

(18)

18 • Menulis Cerpen

• Menulis Skrip Drama PANDUAN MENULIS KARANGAN

1. TIP PENULISAN KARANGAN YANG BERKESAN

Untuk menulis, pelajar mestilah mempunyai strategi tertentu yang dapat menarik perhatian pemeriksa. Lima strategi tersebut ialah :

I. Memilih Soalan Yang Tepat Ii. Mengenal Pasti Kata Kunci Soalan Iii. Menyediakan Rangka Karangan Iv. Menulis Karangan

V. Menyemak Karangan

2. MEMILIH SOALAN YANG TEPAT

Para pelajar perlu membaca kesemua soalan yang dikemukakan sambil menggarisi setiap kata kunci dalam soalan. Pilih soalan yang paling sesuai dengan pengetahuan anda untuk menjawabnya.

3. MENGENAL PASTI KATA KUNCI SOALAN

Para pelajar perlu memahami setiap kata kunci yang terdapat dalam soalan peperiksaan. Setiap soalan peperiksaan mempunyai tiga perkara utama yang perlu dikesan oleh pelajar. Tiga perkara itu ialah TEMA (T), SKOP (S) dan FORMAT (F). Baca dan garisi ayat yang mengandungi tiga kata kunci tersebut.

Contoh soalan:

Sejak akhir-akhir ini, program televisyen realiti telah mendapat tempat dalam hati masyarakat. Program seperti ini mendatangkan pelbagai impak negatif kepada penonton

Bincangkan kesan buruk program tersebut dalam kalangan masyarakat. TEMA : persoalan yang dibincangkan - program televisyen realiti SKOP : kehendak soalan - kesan buruk kepada masyarakat FORMAT : jenis karangan - perbincangan/pendapat

4. MERANGKA PENULISAN KARANGAN

Setelah mengenal pasti tema, skop, dan format pelajar perlu mula merangka untuk menulis karangan. Sama seperti manusia, karangan juga mempunyai anatomi yang terdiri daripada kepala, tubuh, dan kaki.

5. PERENGGAN PENDAHULUAN

Bahagian kepala sama maksud dengan perenggan pendahuluan. Perenggan ini melibatkan tema dan isu semasa. Jangan masukkan apa-apa contoh dalam perenggan ini. Ayat akhir dalam perenggan ini

(19)

19

sebaiknya menggunakan ayat tanya yang merujuk kepada skop soalan. Perenggan pendahuluan hendaklah mempunyai lima perkara yang ditulis dalam satu perenggan:

I. AYAT TEMA : MERUJUK KEPADA TEMA KARANGAN II. ISU SEMASA

III. HURAIAN ISU IV. PENDAPAT

V. PENDIRIAN PENULIS : MERUJUK KEPADA SKOP SOALAN Contoh :

(Tema) Komuniti hari ini sering digembar-gemburkan dengan pelbagai rancangan televisyen realiti. (Isu semasa) Rancangan televisyen realiti kini semakin mendapat tempat dalam hati populasi di negara ini. (Huraian isu) Tambahan pula , setiap rumah di negara ini sekurang-kurangnya mempunyai sebuah televisyen. Hal ini memudahkan penerbit untuk menerbitkan pelbagai rancangan televisyen realiti. Oleh sebab itu, pertambahan rancangan televisyen realiti semakin meningkat dari semasa ke semasa. Antara rancangan televisyen realiti yang sering dipaparkan melalui skrin televisyen sekarang termasuklah `Akademi Fantasia‟, `Mentor‟, `One In A Milion‟ dan banyak lagi. (Pendapat) Penerbit rancangan-rancangan tersebut berpendapat bahawa dengan penerbitan rancangan-rancangan tersebut dapat menyediakan ruang bagi mencungkil bakat-bakat dalam bidang nyanyian dan lakonan melalui mekanisma yang betul. Walhal, mereka mengaut keuntungan yang besar daripada penonton dengan mengadakan undian melalui sistem pesanan ringkas. Hal ini dapat diibaratkan seperti pepatah Melayu ”sambil menyelam minum air”. (Skop soalan) .Persoalannya apakah kesan-kesan rancangan televisyen realiti kepada komuniti di negara kita?

Selangkan sebaris untuk menulis perenggan berikutnya iaitu perenggan isi.

6. PERENGGAN ISI

Seterusnya ialah bahagian tubuh karangan atau juga dikenali sebagai perenggan isi karangan. Perenggan isi karangan juga mestilah dibina secara sekata bagi setiap perenggan. Penulisan isi karangan yang baik mesti mempunyai empat unsur/perkara. Unsur-unsur tertsebut terdiri daripada:

I. AYAT FOKUS : ISI / IDEA UTAMA II. AYAT HURAIAN : 5W1H (MASB2D) III. AYAT CONTOH : RELEVAN DAN TERKINI IV. AYAT SIMPUL : KESIMPULAN PERENGGAN

Ayat fokus mestilah dimulakan dengan pernyataan isi dalam satu ayat sahaja. Gunakan ayat penyata yang jelas dan berwibawa. Ini diikuti dengan ayat huraian daripada penyataan isi. Gunakan teknik penyoalan 5W1H. Jumlah ayat huraian tidak terhad tetapi bergantung pada kemampuan pelajar. Seterusnya, pelajar perlu mengemukakan contoh atau bukti bagi menyokong huraian di atas. Contoh / bukti yang diberikan mestilah relevan dan terkini. Gunakan sumber rujukan daripada majalah atau akhbar harian. Setiap isi karangan mesti diakhiri dengan ayat kesimpulan.

Perenggan isi mesti terdiri sekurang-kurangnya lima isi yang ditulis dalam lima perenggan. Setiap perenggan mesti diselangkan dengan satu baris. Jangan dicampuradukkan beberapa isi dalam dalam satu perenggan.

(20)

20 Contoh :

(Ayat fokus) Rancangan televisyen realiti mendatangkan pelbagai impak negatif kepada masyarakat di negara kita. (Ayat huraian) Rancangan televisyen realiti ini menyebabkan berlakunya pembaziran sama ada masa atau wang. Rancangan ini melalaikan para penonton. Hal ini kerana penonton yang menggemari rancangan ini akan setia menanti di hadapan televisyen untuk menonton rancangan tersebut. (Ayat contoh) Selain itu, mereka sanggup juga membatalkan janji temu mereka dengan sahabat handai semata-mata ingin menonton rancangan tersebut yang tidak membawa keuntungan kepada penonton. Para pelajar turut membuang masa dengan menonton rancangan tersebut dan menggadaikan masa ulang kaji mereka. Sehubungan dengan itu, rancangan televisyen realiti ini juga membazirkan wang para penontonnya. Hal ini kerana para penonton akan mengundi artis pilihan mereka. Walaupun satu undian hanya bernilai RM, tetapi para penonton perlu menghantar undian mereka beberapa kali untuk memastikan artis yang diminati mereka berjaya. (Ayat simpul) Jelaslah di sini bahawa rancangan televisyen realiti ini membazirkan masa dan wang.

7. PERENGGAN PENUTUP

Akhir sekali, sesebuah karangan perlu mempunyai kaki supaya boleh berdiri kukuh. Perenggan penutup ini tidak boleh diabaikan oleh pelajar kerana berperanan sebagai pelengkap sesebuah karangan. Unsur yang perlu ada dalam perenggan ini ialah:

I. AYAT KESIMPULAN II. AYAT CADANGAN III. AYAT HARAPAN IV. AYAT PENEGASAN

Ayat pertama yang ditulis merumuskan keseluruhan isi yang telah dibincangkan. Jangan masukkan isi baru dalam perenggan ini. Rumusan secara umum keseluruhan isi sudah memadai untuk menyimpulkan karangan. Kemudian, nyatakan cadangan dan harapan anda terhadap isu yang telah dibincang. Sebagai penutup ayat karangan anda, pelajar digalakkan menegaskan pendirian terhadap keseluruhan isi karangan.

Contoh:

(Ayat kesimpulan) Kesimpulannya, rancangan televisyen realiti mendatangkan pelbagai kesan dan dapat memudaratkan masyarakat di negara kita. (Cadangan) Bagi penerbit yang ingin menerbitkan rancangan televisyen realiti ini haruslah semata-mata untuk mencungkil bakat baru dalam kalangan masyarakat di negara kita. Pihak penerbit tidak seharusnya mengambil kesempatan daripada rancangan yang diterbitkan. Selain itu, pihak penerbit perlu juga mengurangkan undian melalui sistem pesanan ringkas. Peserta-peserta haruslah dinilai berdasarkan bakat yang terpendam dalam diri mereka bukan kerana kecantikan rupa paras semata-mata. Rancangan televisyen realiti haruslah dikurangkan. Ini penting untuk mengelakkan pertambahan masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita. Pihak penerbit haruslah menggantikan rancangan televisyen realiti dengan rancangan-rancangan ilmiah yang lebih memberikan keuntungan sama ada kepada penerbit ataupun penonton. (Harapan) Dengan ini, masyarakat yang berilmu dapat dilahirkan di negara kita. (Penegasan) Saya yakin andainya cadangan ini dapat dilaksanakan sudah pasti akan dapat meningkatkan imej dan karier masyarakat di negara ini walaupun sebagai seniman dan seniwati dalam bidang seni nyanyian dan lakonan.

(21)

21

8. MENULIS KARANGAN

i. Karangan yang ditulis mestilah mepunyai TUJUH perenggan yang terdiri daripada Pendahuluan (1 perenggan), Isi (5 perenggan) dan Penutup (1 perenggan)

ii. Setiap perenggan terdiri daripada 12 baris yang sekata. Pastikan karangan berselang sebaris antara perenggan.

iii. Isi utama merupakan ayat pertama dalam karangan. iv. Ayat huraian menggunakan teknik 5W1H (MASB2D) v. Setiap isi perlu ada kesimpulan.

vi. Ungkapan menarik berupa peribahasa, cogan kata, kata-kata hikmat tokoh, pantun, dan seumpamanya mesti diselitkan dalam setiap perenggan.

vii. Gunakan kosa kata yang luas seperti anjakan paradigma, kedangkalan ilmu dan seumpamanya. viii. Susun isi mengikut kepentingan, contohnya diri - keluarga - negara -global.

ix. Setiap ayat yang ditulis mestilah mempunyai subjek dan predikat dengan jelas. Ayat mesti betul. x. Kertas karangan mesti bersih, kemas dan mudah dibaca. Setelah menulis karangan, pelajar perlu menyemak karangan yang telah siap. Pastikan ejaan, tanda baca, penanda wacana dan struktur ayat telah ditulis dengan betul. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan akan menyebabkan pemotongan markah.

9. TIP-TIP LAIN

i. Pelajar MESTI membaca akhbar setiap hari. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit sebelum P&P dengan membaca isu semasa.

ii. Guru menggunakan akhbar untuk membina karangan di samping sebagai bahan rujukan. iii. Latihan menulis karangan perlu dilakukan pada setiap hari dalam tempoh yang ditetapkan.

iv. Gunakan kertas berformat kertas jawapan LPM untuk latihan (boleh difotokopi). Ini untuk membiasakan pelajar dengan kertas peperiksaan sebenar.

v. Semua pelajar menggunakan pena yang sama jenis semasa peperiksaan. vi. Pelajar boleh menyalin karangan contoh sekurang-kurangnya seminggu sekali.

(22)

22

9. TEKNIK MEMBINA PERENGGAN YANG MATANG

TEKNIK 1: Menggunalkana Lembaran Pengurusan Grafik Jadual (Sumber : Saudara Asmui Mustafa) Isi Pokok : 1 Isi Pokok 2 Siapa? 3 Bagaimana? 4 Analogi 5 Kesan/akibat 6 Kesan lanjutan 7 Peribahasa 8 Penegasan

CONTOH APLIKASI TEKNIK 1 :

Soalan: Negara kita merupakan salah sebuah negara di dunia yang mencatatkan kadar kemalangan jalan raya yang tinggi.

Jelaskan punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita. Analisis Soalan: TEMA : Kemalangan Jalan Raya

FORMAT : Perbincangan

TUGASAN : Punca-Punca Kerangka isi :

a) faktor kecuaian pemandu b) faktor jalan raya

(23)

23 c) faktor cuaca

d) faktor kenderaan

e) kelemahan penguatkuasaan undang-undang

Contoh Olahan Isi : Kecuaian pemandu menjadi punca kemalangan

1 Isi Pokok Pemandu kenderaan yang cuai selalu menjadi punca berlakunya kemalangan.

2 Siapa? Pemandu yang paling berisiko tinggi ialah penunggang motosikal. 3 Bagaimana? Pemandu yang kurang sopan sewaktu di jalan raya selalunya memandu

secara berbahaya, contohnya ialah pemandu yang terlibat dengan lumba haram, mabuk dan lain-lain.

4 Analogi “Kalau berjalan di jalan berduri, perlulah berhati-hati”, begitulah juga di jalan raya, umpama mulut harimau yang sentiasa ternganga menunggu mangsa.

5 Kesan/Akibat Diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain turut terdedah untuk mendapat kemalangan.Kadangkala orang yang tidak bersalah turut menjadi mangsa disebabkan oleh golongan cuai ini.

6 Kesan lanjutan Mangsa kemalangan akan merana sepanjang hayat.

7 Peribahasa Pemandu ini umpama “apabila dibawa keranda barulah mereka

bercucuran air mata” atau “sudah terhantuk baru tengadah”. Setelah mereka terkena barulah mereka menyesal.

8 Penegasan Justeru, sebelum roh meninggalkan jasad, sebelum nasi menjadi bubur, pemandu mestilah berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Jadilah seorang pengguna yang berhemah tinggi.

CONTOH APLIKASI RUMUS Tema : Menabung

Arah soalan : Langkah menghadapi kemelut ekonomi

AT Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza. AH 1

Apa

Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara.

AH 2 Mengapa

Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai

(24)

24

Bagaimana pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan.

AH 4 Bila

Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi.

AH 5 Siapa

Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung.

AH 6 Sekiranya

Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi

AC Di mana

Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu.

AS

Peribahasa

Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.

TEKNIK 3 : TEKNIK MUDAH PERENGGAN (Sumber : Saudara Mohd Nazir Noh) A. STRUKTUR SETIAP PERENGGAN

A1 = Idea utama A2 = Huraian A3 = Huraian

A4 = Data, contoh, statistik, pendapat, peribahasa, ungkapan menarik A5 = Kesimpulan perenggan * A ialah ayat

PANDUAN PERMULAAN PERENGGAN PENDAHULUAN Pelajar memulakan karangan dengan kata / frasa berikut ;

• Akhir-akhir ini,... • Kebelakangan ini,... .. • Belakangan ini... • Mayapada,... . • Marcapada,... ..

• Dalam mengejar era modenisasi... .

1. Pelajar tahu mengesan tema dan arah soalan dalam soalan yang diberi.

2. Selepas mengesan tema dan arah soalan, pelajar mula menulis ayat 1 hingga ayat 5 mengikut kerangka konsep penulisan yang dicadangkan di bawah.

(25)

25

3. Pelajar tidak boleh memasukkan isi seperti sebab, cara, langkah, kesan, kepentingan dan sebagainya dalam bahagian pendahuluan.

4. Pelajar boleh memasukkan peribahasa dan kosa kata menarik dalam bahagian pendahuluan sama ada dalam ayat 4 atau ayat 5 sebelum ayat kesimpulan perenggan.

Secara ringkasnya, perenggan pendahuluan mempunyai bentuk seperti berikut:

Ayat 1 Ayat penyataan

tema(mayapada,marcapada…..) Ayat 2 Definisi tema(Dari segi konsepsinya...)

Ayat 3 Ayat rangsangan (mengapa/bagaimana/siapa)

Ayat 4 Ayat contoh / tokoh(Menurut...)

Ayat 5 Ayat arah soalan (Oleh itu,... arah soalan)

TEKNIK 4 :

CONTOH HURAIAN PERENGGAN:

Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk.

bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk = TUGASAN Contoh Perenggan 4 Unsur

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja. Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja.

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga = ISI UTAMA

(26)

26 Sehubungan itu = PENANDA WACANA

ibarat isi dengan kuku = UNGKAPAN MENARIK Selain itu = PENANDA WACANA

rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga = FRASA MENARIK

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja = AYAT CONTOH

Sejajar dengan itu = PENANDA WACANA

Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja. = AYAT PENEGAS

PANDUAN MEMULAKAN PERENGGAN IDEA

Mulakan ayat idea utama kata arah soalan seperti berikut;

Punca/ cara / usaha / kepentingan yang perlu diperhalus ialah,

1. Pelajar mengesan arah soalan dalam soalan yang diberi dan menyatakan isi.

2. Pelajar boleh mula menulis isi mengikut kerangka konsep penulisan yang dicadangkan di bawah. 3. Pelajar memasukkan isi seperti sebab, cara, langkah, kesan, kepentingan dan sebagainya.

4. Pelajar boleh memasukkan peribahasa dan kosa kata menarik dalam bahagian pendahuluan sama ada dalam ayat 4 atau ayat 5 sebelum ayat kesimpulan perenggan.

5. Pelajar perlu menjawab persoalan mengapa, bagaimana, dan siapa, bagi menjelaskan isi secara terperinci.

Secara ringkasnya, perenggan isi TMP mempunyai bentuk seperti berikut:

Ayat 1 Ayat arah soalan isi

Ayat 2 Ayat rangsangan ( mengapa, bagaimana, siapa)

Ayat 3 Ayat rangsangan( mengapa, bagaimana, siapa)

Ayat 4 Ayat contoh / tokoh( Menurut…./ Hal ini……)

Ayat 5 Ayat kesimpulan perenggan (Sekiranya,...)

PANDUAN MENULIS KESIMPULAN / PENUTUP KARANGAN Mulakan ayat kesimpulan dengan kata berikut; Kesimpulannya,...

(27)

27 Sebagai akhir kalam,... .

Konklusinya,...

Sebagai intiha,... .

Ayat 1 Ayat penyataan tema(Akhirulkalam...)salin A1P1 Ayat 2 Ayat rangsangan harapan (Semoga….)

Ayat 3 Ayat rangsangan Pandangan (sememangnya,...) Ayat 4 Ayat rangsangan cadangan(Oleh itu, kita perlu....) Ayat 5 Ayat rangsangan kesimpulan perenggan(Sekiranya....) KONSEP ASAS YANG PERLU DIKETAHUI

Tema = isu dalam soalan

Ayat Arah = ayat yang menjurus kepada kehendak soalan Ayat Huraian = ayat yang menghurai idea

Ayat Contoh = ayat yang menyatakan contoh (dimulakan dengan Menurut ...atau Sebagai contoh,..) Ayat Simpul = Ayat yang menggabungkan harapan,pandangan dan cadangan terhadap isu

berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar tanpa merujuk bahan / maklumat. Contoh :

PENDAHULUAN

Mayapada, ..[tema]... ...(AH=Apa).Dari segi konsepsinya, (tema ) ialah...………... (AH)BAGAIMANA/MENGAPA/SIAPA...

(AC)Menurut………...

.(AA)Oleh itu, ... (ARAH) ……….. ISI

Langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan

ialah ... (AC)Sebagai………. .(AH) Justeru, ... contoh,... (AH)Hal ini demikian, kerana ... (AS)Sekiranya,... (AC)Sebagai contoh,... (AS)Sekiranya,... KESIMPULAN

Akhirulkalam, ………. (Harapan)Semoga...

(28)

28

(Pandangan)Sememangnya... (Cadangan)Oleh itu, kita perlu ...

RUJUKAN BESTARI UNGKAPAN MENARIK :

peribahasa (simpulan bahasa, bidalan, pepatah, petitih dan perumpamaan). cogan kata.

frasa menarik. petikan ucapan. kata-kata hikmat. maksud hadis.

maksud ayat Al-Quran.

PERIBAHASA MELAYU ( JENIS DAN CIRI- CIRINYA) :

Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

JENIS PERIBAHASA

1 SIMPULAN BAHASA

Rangkaian perkataan yang tersimpul dengan susunan yang khas.Terhasil daripada pemerhatian terhadap persekitaran, kepercayaan dan resam bahasa.Mempunyai makna yang tersirat.Terdiri daripada dua patah perkataan. Apabila perkataan dalam pasangan perkataan itu dipisahkan, perkataan yang berkenaan hanya membawa makna asalnya.

Contoh : air muka, akal kancil, banyak mulut,batu api, bendera putih, cakar ayam, durian runtuh,cepat tangan.

2 PERUMPAMAAN

Membandingkan dengan apa-apa yang ada di sekeliling.Didahului dengan kata-kata perbandingan, “seperti umpama, bagai, seperti, laksana, ibarat dan bak”Mempunyai makna tersurat dan tersirat. Contoh : seperti anjing berebut tulang; bagai ayam disambar helang; umpama burung, mata terlepas badan terkurung; ibarat air di daun keladi; laksana katak diharung ular.

3 PEPATAH

Mempunyai patah-patah perkataan yang disusun untuk menyampaikan maksud tertentu .Terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan.Dibentuk berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam

(29)

29

kehidupan .Bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara .Mempunyai maksud yang jelas.

Contoh : biar putih tulang, jangan putih mata; bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; cubit paha kanan, paha kiri sakit juga; ditelan mati emak, diluah mati bapak.

4 BIDALAN

Susunan kata-kata yang umum digunakan. Seakan-akan pepatah.Mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran.Merangkumi aspek kehidupan, pengajaran dan anutan atau fahaman sesebuah masyarakat .Mempunyai maksud selapis dan tidak mempunyai maksud tersembunyi .

Contoh : air tenang jangan disangka tiada buaya; nasi sudah menjadi bubur; malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan; jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga; sambilmenyelam minum air; rumah sudah pahat berbunyi.

PENERAPAN PERIBAHASA / UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN Cara menulis peribahasa dalam karangan adalah seperti berikut: 1. Menggunakan satu tanda petik „... . ‟

Tanda petik jenis ini digunakan untuk menyatakan sesuatu tajuk atau bahagian yang difokuskan. Contoh:

Peribahasa „usaha tangga kejayaan‟ perlu dijadikan pegangan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini.

2. Menggunakan dua tanda petik “... . ”

Tanda dua petik digunakan untuk maksud konsep cakap ajuk atau unsur personifikasi, iaitu seolah-olah `pepatah‟ itu manusia atau orang tua yang memberikan nasihat atau berkata-kata.

Contoh:

(a) Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil bak kata pepatah,”kalau hendak melentur buluh,

biarlah dari rebungnya.

(b) Orang tua-tua mengatakan, “jauh perjalanan, luas pengalaman.”(Tiada kata hubung `bahawa') 3. Tanpa menggunakan tanda petik

Jika ayat tersebut berbentuk ayat cakap pindah atau keterangan, tanda petik tidak perlu digunakan. Contoh:

(30)

30

(a) Setiap pelajar mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan seseorang kerana kalau tidak dipecahkan

ruyung manakan dapat sagunya.

(b) Ibu bapa sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka kerana pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. (Ada kata hubung `bahawa')

CONTOH PENERAPAN PERIBAHASA DALAM AYAT 1. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa…. 2. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa... 3. Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa….. 4. Orang tua-tua pernah berkata…

5. Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa… 6. Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa….

7. Ibu bapa hendaklah mengasuh dan mendidik anak sejak kecil kerana kalau hendak melentur buluh

biarlah dari rebungnya.

8. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mempertahankan negara kita daripada dijajah oleh musuh bak kata pepatah biar putih tulang jangan putih mata.

9. Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi masa depan kerana

usaha tangga kejayaan.

10. Sikap penduduk di taman itu yang selalu berbincang dan bermuafakat untuk melaksanakan sesuatu aktiviti ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

11. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dielakkan, sebaliknya sikap ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni perlulah diamalkan dalam kalangan masyarakat setempat untuk memperkukuh perpaduan.

12. Kita hendaklah menjaga perpaduan yang telah kita bina dengan menghindarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan atau kehancuran ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.

13. Sikap sesetengah rakyat yang menjadi seperti api di dalam sekam menyebabkan pihak asing cuba mencampuri urusan pentadbiran negara kita.

14. Kita janganlah bermain api dalam keadaan negara kita yang aman damai ini kerana seekor kerbau

yang membawa lumpur semuanya akan terpalit, iaitu kesilapan yang dilakukan oleh seorang akan

(31)

31

15. Kita hendaklah membalas jasa ibu bapa yang telah memelihara dan membesarkan kita supaya kita tidak dikatakan bagai kacang lupakan kulit.

SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging

Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri. 3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. 4. meninggi diri

Maksud : Sombong 5. bermuka dua Maksud : Tidak jujur. 6 baik hati

Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). 7. tulang belakang

Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan 8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. 9. bagai kaca terhempas ke batu

Maksud : Sangat sedih atau kecewa. 10. melentur buluh biarlah dari rebungnya

Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi. 11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat 12. seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang 13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu. 14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

(32)

32 15. terang hati

Maksud : Lekas pandai. 16. rendah hati

Maksud : Tidak sombong 17. murah hati

Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. 19. Tangan kosong

Maksud : Hampa.

SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 5 1. lintah darat

Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi. 2. bagai aur dengan tebing (N-2010 )

Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu. 3. anak dagang

Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi. 5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah 6. indah khabar daripada rupa

Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan. 7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah(n-2008)

Maksud : Pengagihan yang sama banyak. 8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama. 9. kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung (n-2009)

(33)

33

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak (n-2009) Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.. 13. memerah otak

Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. 18. bak cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula. 21. mencari jalan

Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. 22. biar mati anak, jangan mati adat

Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat. 23.sediakan payung sebelum hujan

Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana. 24. berbesar hati

Maksud : Gembira. 25. anak buah

Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita. 26. tuan rumah

Referensi

Dokumen terkait

Promosi adalah setiap bentuk komunikasi yang digunakan oleh perusahaan untuk memberitahukan, membujuk, atau mengingatkan orang mengenai produk, jasa, bayangan,

Semua form tambah data Barang diisi dengan benar kemudian Klik Simpan Nama Barang: (Diisi) Harga Modal(Rp): (Diisi Angka) Harga Jual (Rp): (Diisi Angka) Jumlah Stok:

Melalui kegiatan berdiskusi, siswa mampu membuat peta pikiran mengenai urutan peristiwa dengan memperhatikan latar cerita pada teks nonfiksi dengan benar.. Dengan melakukan

ABSTRAK: Pada zaman yang telah modern ini masyarakatnya mulai melupakan budaya setempat dan lebih condong kepada budaya luar dengan alasan budaya setempat sudah ketinggalan zaman

sisi pada bagian sikel graf roda. Jika terdapat faktorisasi dari graf ) sedemikian hingga untuk setiap faktor adalah k-faktor ( k-faktor adalah graf bagian rentang

Pengukuran dan analisis konsentrasi kadar protein dalam larutan dilakukan dengan menggunakan prinsip absorbansi dan transmisi cahaya yang merupakan dasar dalam penentuan

Analisis mengenai penerapan saluran drainase dilakukan dengan perancangan konsolidasi lahan, perletakan saluran drainase baru, penentuan debit limpasan rancangan,

Oleh karena itu, maka tujuan penelitian ini adalah mendeskripsikan dan menganalisa faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat memberi sedikit peluang kepada caleg