• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ketiga ialah semangat perkauman Dayak yang dibangkitkan oleh PBDS

DASAR BORNEONISASI

3. Ketiga ialah semangat perkauman Dayak yang dibangkitkan oleh PBDS

Krisis SNAP yang sebenarnya telah mula lebih awal dari tahun 1983. Ramai pemimpin Dayak keluar secara berramai-ramai dari SNAP. Mereka yang keluar dari SNAP menubuhkan PBDS.

Sebelum ini SNAP telah dianggap sebagai parti memperjuangkan nasib orang Dayak. Orang Dayak dari SNAP melihat bahawa PBB ialah perkauman Melayu dan SUPP untuk orang cina. (Zainal Abidin Abdul Wahid et al ,1996)

Namun, pada akhir 1970-an dan awal 1980-an, sokongan kaum Dayak terhadap SNAP mula goyang, berbelah bahagi dan pudar kerana wujud semangat berpuak dalam parti itu sendiri. Hal ini telah melahirkan krisis dalaman parti yang lebih merupakan krisis kepimpinan. Pada masa yang sama, isu perkauman Dayak telah digunakan untuk mendapatkan sokongan. Semangat berpuak-puak ini telah mengancam perpaduan SNAP sebagaisebuah parti berbilang kaum. Pada tahap ini juga menjadi titik tolak kepada perkembangan politik perkaum Dayak yang lebih melampau dalam erti kata bahawa sesetengah menolak konsep berbilang kaumSNAP dan menganggap diri mereka sebagai memperjuangkan semangat Dayak yang tulen. (Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)

Perbezaan pokok dalam perjuangan SNAP dan PBDS ialah isu berbilang kaum (SNAP) atau perkauman Dayak (PBDS). Kebanyakan pemimpin PBDS ialah kaum DAYAK danbergitu juga dengan pengikutnya. PBDS sebenarnya ingin mengikuti jejak parti perkauman yang lain seperti UMNO (untuk orang Melayu), MIC (untuk orang India) dan MCA (untuk orang cina).

Persoalan timbul iaitu apakah kehadiran PBDS dapat memenuhi aspirasi politik orang Dayak? Apakah kebangkitan semangat perkauman Dayak akan melenyapkan pengaruh SNAP terhadap orang Dayak? Perubahan ini akan dianalisis dengan lebih mendalam memandangkan kedua-dua buah parti ini ingin mendapatkan sokongan daripada kaum yang sama, iaitu Dayak.

Dua kumpulan yang wujud dalam SNAP iala kumpulan Leo Moggie dan James Wong. Kumpulan James Wong golongan yang memperjuangkan konsep berbilang kaum parti manakala kumuplan Leo Moggie ialah mereka yang lebih condong kepada perkauman dan menuntut supaya SNAP terus dipimpin oleh kaum Dayak. Mengikut kelompok Leo Moggie, sekiranya kamu yang memimpin SNAP sedangkan terdapat pemimpin Dayak yang layak, maka sudah tentu tidak akan direstui oleh penyokong mereka. Sebaliknya, bagi golongan Dayak yang menekan konsep berbilang kaum berpendapat, sesiapa sahaja boleh menjadi presiden parti dan tidak semestinya orang Dayak. Pada tahun 1981, James Wong telah menjadi presiden SNAP

selepas menewaskan Leo Moggie dalam permilihan presiden parti pada tahun itu. Bagi meredakan krisis dalam SNAP, maka James Wong telah melantik Leo Maggie dan Daniel Tajem menjadi Naib Presiden. Lantikan ini, bermakna mereka masih lagi menjadi ahli jawatankuasa pusat. Namun demikian, tindakan ini tidak dapat meredahkan pergolahan dalam parti kerana kumpulan yang menyokong Leo Moggie didapati tidak puas hati dengan konsesi yang diberikan. (Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)

Kekalahan kumpulan Leo Moggie juga telah menimbul perasaan tidak puas hati pada kalangan SNAP pada peringkat bawahan, terutama sekali mereka yang ingin parti terus dipimpin oleh kaum Dayak. Mereka sangat mengharapkan intelek Iban seperti Leo Maggie, Daniel Tajem, Gramong Juna dan Dr. Jawie Masing dapat memimpin SNAP dan sekaligus dapat memperjuangkan nasib kaum mereka.

Berbalahan dalam SNAP tidak berhenti bergitu saja, malah semakin regang apabila berikutan dengan sokongan Daniel Tajem terhadap calon bebas untuk menentang calon SNAP dalam pilihan raya pada peringkat nasional pada tahun 1982, sehingga James Wong mendesak Daniel Tajem untuk meletakkan jawatan. Bagaimana pun, Daniel Tajem menafikan dakwaan tersebut. Oleh itu, pada 19 Jun 1983 Jawatankuasa Pusat SNAP telah memutuskan bahawa Daniel Tajem mesti disingkirkan dari parti. Namun, keputusan ini telah mendapat bantahan hebat oleh rakan-rakan Daniel Tajem. Pada masa yang sama, James Wong mencabar mereka yang tidak bersetuju kepada keputusan ini agar meletakkan jawatan dan meninggal SNAP. Bagi kelompok yang anti-James Wong membantah pemecatan ini secara terbuka. Menurut Patrick Anek mendakwa pemecatan ini didalangi oleh James Wong sendiri. Manakala Leo Moggie pula telah menyifatkan pemecatan itu sebagai satu usaha untuk menghalang kelahiran pemimpin Dayak. (Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, 1993)

Pilihan raya peringkat nasional pada 1982 telah memperlihatkan ramai wakil rakyat Dayak dalam SNAP yang berasa diri mereka dipermainkan. Ada antara mereka yang tidak disenaraikan sebagai calon, walaupun telah mewakili kawasan tertentu buah beberapa penggal. Antara wakil yang tidak dicalonkan ialah Edwin Tangkun di Sri Aman, Patrick Anek di Bau dan Edmund Lanngu di Saratok. Akhirnya, ketiga-tiga tokoh tersebut telah keluar dari SNAP menjelang pilihan raya dan bertanding sebagai calon bebas menentang calon SNAP.

Keputusannya, Edwin Tangkun berjaya mengalahkan Rusuk Nanang, Edmund Langgu menewaskan Dunstan Endawie dan Patrick Anek menewaskan Dr. Patau Rubis. (Abdul Rahman Haji Ismail, 2007)

Bagi menyelesaikan krisis politik dalam SNAP, maka parti PBB yang diketuai oleh Abdul Rahman Yaakub telah campur tangan bagi cuba menyelesaikan masalah dalam SNAP. Namun begitu, bagi pemimpin Dayak yang berpecah dari SNAP berpendapat tindakan yang diambil oleh PBB adalah takut jika perpecahan dalam SNAP terus berterusan makan akan mengganggu kestabilan kerajaan Barisan Nasional pada peringkat Negeri. selain itu, tindakan PBB untuk mengurangkan pengaruh parti tersebut kerana pada masas itu, SNAP merupakan parti yang mempunyai kerusi terbanyak jika dibandingkan dengan parti lain. (Zainal Abidin Abdul Wahid et al ,1996)

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pemimpin tertentu telah memainkan peranan dalam perpecahan dalam SNAP. Campur tangan pihak luar memang wujud, tetapi campur tangan itu bukanlah punca utama perpecahan. Akhirnya, akibat krisis perpecahan dalam SNAP tidak diselesaikan maka tertubuhnya Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada 16 September 1983. Krisis Politik antara SNAP dan PBDS

Penubuhan PBDS bermula dengan tindakan tiga orang parlimen dan sembilan orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) SNAP keluar dari parti pada bulan Julai 1983. Mereka ialah Thomas Salang (Majlis Persekutuan-Julau), Justine Jinggut Rajang), Adrew Janggie (MP-Lubuk Antu), Gramong Juna (ADUN-Machan), Mamal Samuel (ADUN-Tatau), Dr. Jawie Masing (ADUN-Pakan), Jonathan Sabai (ADUN-Palagus), David Jemut (ADUN-Batang Air), Sandah (ADUN-Dudong), Joseph Kudi (ADUN-Ngemah), Jonathan Nawin (ADUN-Engkelili) dan Ambrose Gramong Jelian (ADUN-Meluan). Tindakan mereka ini diikuti oleh Leo Moggie (MP-Kanowit). Kemudian tiga orang calon bebas turut menyertai kumpulan ini iaitu Edmund Langgu (MP-Kalaka), Edwin Tangkun (MP-Lingga) dan Patrick Anek (MP-Tasik Biru). (Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)

Tindakan keluar dari parti beramai-ramai ini diterima dengan perasaan kesal oleh presiden parti, James Wong yang telah mendesak supaya mereka mengosongkan kerusi masing-masing. Kumpulan yang keluar dari parti telah memenangi kerusi mereka di atas tiket SNAP, tetapi sekarang dianggap pembangkang dan bukan lagi sebagai wakil Barisan Nasional. Namun demikian, Timbalan Presiden SNAP, Edward Jeli telah menyifatkan penubuhan parti baru ini (PBDS) tidak jujur dan bertujuan untuk melemahkan SNAP kerana kehilangan hampir separuh daripada kekuatan mereka. PBDS mendapat sambutan hebat daripada kaum Dayak yang tidak berpuas hati dengan kepemimpinan SNAP. Tambahan pula mereka yang menubuhkan PBDS terdiri daripada wakil rakyat Dayak yang berpengalaman dan berpengaruh. (Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)

PBDS ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1983. parti ini kemudian diterima menjadi komponen Barisan Nasional pada 8 Januari 1984, iaitu kira-kira seminggu selepas pilihan raya Dewan Undangan Negeri selesai dijalankan. Seperti yang telah dijelaskan, PBDS ialah sebuah parti yang khaskan orang Dayak sahaja. Mengikut Leo Moggie, “PBDS is a communal based party, as UMNO, MCA, MIC and others. There is no need to be apologetic about this”. Seperti parti politik yang lain, PBDS mempuyai falsafah perjuangan yang tersendiri untuk masyarakat Dayak. Antara objektif perjuangan PBDS ialah untuk memajukan orang Dayak dari segi politik, ekonomi, kebudayaan dan juga pelajaran. Penubuhan PBDS juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara orang Dayak dan kaum lain bagi memastikan keadaan harmoni dan aman. (Abdul Rauf Mohd. Napis & Ramlah Muhamad, 1992)

Secara umumnya, kedua-dua parti ini tidak ada isu yang khusus yang digunakan untuk mendapatkan sokongan daripada orang Dayak. Isu yang digunakan lebih kepada maki-hamun termasuklah isu kepepimpinan SNAP dan semangat perkauman yang diperjuangkan oleh PBDS. Mengikut penyokong SNAP dan PBDS berpecah kerana dipimpin oleh kaum lain. Golongan yang merestui kepemimpinan SNAP secara tidak langsung ingin melihat perpecahan kaum Dayak. Penubuhan PBDS dirasakan tepat pada masanya apabila kaum Dayak harus menubuhkan parti kaum sendiri seperti kaum lain. Sebaliknya, penyakong SNAP telah mendakwa bahawa PBDS ditubuhkan oleh mereka yang tidak sabar untuk memegang pucuk kepemimpinan parti dan tamak kuasa. Kehadiran PBDS tidak perlu ditubuh kerana SNAP telah eujud sebagai sebuah

parti untuk kaum Dayak. Segala usaha untuk menubuhkan parti baru adalah untuk merosakan perpaduan kaum. (Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)

Krisis SNAP amat mencabar kepemimpinan Abdul Taib Mahmud selaku ketua menteri pada masa itu. Usaha awal yang diambil oleh beliau dalam menghadapi krisis ini adalah membawa kedua-dua kumpulan yang bertelingkah ke meja perundungian. Usaha ini gagal apabila kedua-dua pihak enggan berkompromi. Kegagalan ini menyebabkan SNAP dan PBDS dibenarakan bertanding dengan menggunakan simbol parti masing-masing untuk memuaskan hati kedua-dua pihak supaya pertandingan bebas diadakan. (Zainal Abidin Abdul Wahid et al

,1996)

Pilihan Raya Pada Tahun 1983

Pada pilihan raya 1983, dalam keputusan pilihan raya ini ialah kejayaan PBDS iaitu parti yang baru ditubuhkan selama tiga bulan. Terdapat beberapa faktor yang perlu dikaitkan dengan kejayaan PBDS dan kemerosotan SNAP dalam pilihan raya 1983. Sokongan yang diberikan oleh pemimpin Barisan Nasional negeri terhadap PBDS memainkan peranan penting. Begitu juga dengan langkah mewujudkan kerajaan Barisan Nasional Plus untuk menghidupkan PBDS dan sokongan moral yang diberikan terhadap parti itu. Abdul Taib Mahmud pernah mengatakan akan membawa masuk PBDS ke Barisan Nasional selepas tamat pilihan raya. (Abdul Rahman Haji Ismail, 2007)

Faktor kedua ialah imej SNAP sebagai sebuah parti untuk orang Dayak di bawah kepemimpinan James Wong telah tergugat. Sejarah menunjukkan bahawa parti ini tidak pernah dipimpin oleh kaum lain dan keadaan ini menyukarkan mereka menerima kepemimpinan James Wong. Kritikan dan selaran yang dibuat oleh parti lain terhadap SNAP telah menjejaskan imej parti ini sebagai sebuah parti yang kuat. (Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)

Faktor ketiga ialah faktor perkauman dan semangat perjuangan kaum Dayak pada masa itu. Hasrat mereka untuk menubuhkan sebuah parti yang khas untuk kaum mereka kian terserlah apabila mereka mula meniru perjuangan kaum lain melalui politik perkauman. Kesimpulannya, dari sudut lain, pilihan raya tahun 1983 telah menimbulkan kesan yang lebih

mendalam terhadap masyarakat Dayak di Sarawak kerana tidaka dapat menyelesaikan masalah pokok yang dihadapi oleh kaum Dayak. Pilihan raya tersebut hanya digunakan sebagai cara untuk mengesahkan bahawa kedua-dua pihak itu mendapat sokongan daripada kaum Dayak. Dengan demikian pilihan raya ini bukannya cara yang baik untuk menyelesaikan masalah kaum Dayak, malah memperhebatkan lagi sengketa pada kalangan masyrakat itu.

Sejarah Politik Semenanjung Malaysia Dalam Tahun 1978 – 1987.

Di dalam sejarah politik semenanjung dalam tahun 1978 – 1987 akan membincangkan pergolakan politik UMNO dalam zaman pemerintahan Dato’ Hussein Onn dan dalam era pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad. 2 orang tokoh ini telah mewarnai arena politik negara Malaysia dengan agenda mereka yang tersendiri sekitar tahun 1978 – 1987 yang akan di bincangkan. Sepanjang tempoh pemerintahan 2 orang tokoh politik ini, banyak masalah yang timbul yang telah menjadi sejarah politik negara Malaysia. Perbincangan ini akan di bahagikan kepada 2 bahagian iaitu kita akan melihat pergolakan UMNO semasa Dato’ Hussein Onn dan UMNO semasa era Dr. Mahathir Mohamad.

Pergolakan UMNO Semasa Dato’ Hussein Onn

Kita lihat latar belakang Dato’ Hussein Onn secara sepintas lalu, beliau merupakan anak kepada Onn Ja’afar. Beliau menjadi Perdana Menteri yang ke-3 pada bulan Januari 1976 selepas kematian Tun Abdul Razak pada 14 Januari 1976. Ketika beliau hendak melantik Timbalan Perdana Menteri, beliau ada bercadang hendak melantik Ghazali Shafei tetapi Tengku Razaleigh memberikan pendapat yang positif terhadap Dr. Mahathir. Tengku Razaleigh berbuat demikian dengan harapan semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir akan melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menterinya. Dengan usaha Tengku Razaleigh ini, Dr. Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Dato’ Hussein Onn. (Ahmad Atory Hussain,1993). Semasa Dato’ Hussein Onn menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, bibit perpecahan telah berlaku semasa beliau memegang jawatan tersebut.

Antara masalah yang timbul semasa pemerintahan Dato’ Hussein Onn ialah keraguan di kalangan ahli kanan parti terhadap kepimpinan beliau. Masalah ini timbul akibat daripada isu Harun Idris yang di dakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Masalah ini menjadi semakin serius apabila pengikut Harun Idris mendesak beliau campur tangan menyelamatkan Harun Idris dan hal ini telah menyebabkan keadaan politik UMNO berada dalam meruncingkan. Tetapi Dato’ Hussein Onn tetap tidak mahu campur tangan dalam urusan mahkamah. Hal ini kerana, beliau menghormati kewibawaan mahkamah dan bagi beliau undang tetap undang-undang. Akibatnya Harun Idris didapati bersalah dam menjalani hukuman penjara Pudu. Di katakan Dr. Mahathir telah membantu beliau meringankan hukuman penjara dan seterusnya kembali aktif dalam arena politik UMNO sehingga menjadi salah seorang Naib Presiden UMNO dalam tahun 1981-1984. (Ahmad Atory Hussain,1993)

Persoalan yang timbul ekoran daripada masalah ini ialah, kenapa tokoh lain pada masa sama yang mengamalkan rasuah tidak diambil tindakan yang sama. Mengikut pengkaji politik, mereka berpendapat bahawa pada masa itu, Harun Idris merupakan seorang pemimpin Melayu yang sangat berpengaruh yang jika tidak dilibatkan dalam kes mahkamah Harun Idris ini akan mengugat kedudukan politik Dato’ Hussein Onn pada masa itu.

Ekoran daripada isu ini, timbul pula masalah perebutan jawatan Presiden UMNO. Masalah ini wujud apabila Sulaiman Palestin, bekas Speaker Pulau Pinang telah mencabar Dato’ Hussein Onn merebut jawatan Presiden pada bulan September 1978. Tindakan Sulaiman Palestin merebut jawatan tersebut adalah untuk menguji sejauh mana pengaruh Hussein Onn ekoran daripada cara beliau menyelesaikan kes Harun Idris. Bolehkah seorang ahli bertanding merebut jawatan presiden?. Perlembangan UMNO memang tidak menyekat sesorang ahli daripada merebut Semarang jawatan dalam parti hatta presiden sekalipun kerana UMNO mengamalkan demokrasi. (Ahmad Atory Hussain,1993)

Ketika krisis ini sedang hangat berlaku, Timbalan Perdana Menteri pada masa ini, Dr. Mahathir tidak mengambil sebarang tindakan seperti menasihati Sulaiman Palestin supaya tidak mencabar Dato’ Hussein Onn, tetapi Dr. Mahathir tidak berbuat demikian. Dr. Mahathir juga di katakan bersikap dingin terhadap pertandingan tersebut. Diramalkan bahawa dengan adanya pertandingan tersebut, Dato’ Hussein Onn berkemungkinan akan bersara, walaupun beliau

menang atau kalah. Perkara sebegini memang menjadi tabiat orang Melayu khasnya dalam parti UMNO, biasanya Presiden akan meletakkan jawatan jika ditentang kerana berasa maruahnya telah tercabar.

Perhimpunan Agung kali ke-29 pada tahun 1978 merupakan peristiwa yang amat mendebarkan. Hal ini kerana, pada Perhimpunan Agung pada kali ini akan memperlihatkan perebutan jawatan Presiden di antara Dato’ Hussein Onn dengan Sulaiman Palestin. Selepas melihat keputusannya, jelas memperlihatkan pengaruh Hussein Onn masih kuat dalam parti UMNO dengan memenangi undian sebanyak 898 undi manakala Sulaiman Palestin hanya mendapat 250 undi sahaja. Meskipun Hussein Onn menang dalam pertandingan ini, ini tidak bermakna beliau akan terus memegang jawatan sebagai Presiden UMNO. Bagi beliau yang jelas semasa pertandingan tersebut terdapat 20 bahagian dalam UMNO menentang kepimpinan beliau. Akibatnya Hussein Onn berasa yang beliau tidak lagi dikehendaki oleh sebilangan rakyat. Walaupun dalam demokrasi, kemenangan dengan satu undi pun membolehkan seseorang memegang jawatan Presiden, tetapi bagi Hussein Onn demokrasi harus diukur dari segi moral serta maruah dan tidak hanya dari sudut angka sahaja. (Ahmad Atory Hussain,1993)

Biarpun terdapat beberapa isu yang berlaku semasa era Hussein Onn, namun orang Melayu masih terus mencapai kemajuan yang menggalakkan. Terdapat pendapat yang mengatakan, zaman Hussein Onn merupakan zaman yang mewah. Harga barang komoditi meningkat dan gaji kakitangan kerajaan juga meningkat dalam semua kategori sebanyak 25 peratus. Jika pada zaman Tun Abdul Razak, gaji siswazah bermula dengan RM750 sebulan, maka pada zaman Hussein Onn gaji mereka dinaikkkan kepada RM1000 sebulan. Manakala gaji menteri daripada RM5000 kepada RM9000 sebulan. Jumlah ini tidak termasuk elaun yang mereka peroleh. Insentif seperti inilah merupakan faktor utama menggalakkan ahli bergiat dalam parti yang akhirnya membawa unsur kejengkilan dalam politik. Ringkasnya pencapaian kemajuan ekonomi begitu menggalakkan sekali semasa era Hussein Onn.

Di sini timbul persoalan mengapa Hussein Onn perlu ditentang oleh Sulaiman Palestin padahal dalam pada ketika itu Harun Idris yang sedang menjalani hukuman penjara menasihatkan Sulaiman Palestin agar jangan menentang Hussein Onn dan mengapa Hussein Onn perlu meletakkan jawatan. (Ahmad Atory Hussain,1993) Beliau juga pernah menahan

beberapa orang yang disyaki menjadi tali barut komunis yang bergerak sejak dari zaman Tun Abdul Razak lagi seperti Abdullah Ahmad, Abdullah Majid dan Samad Ismail. Maka di sini boleh dilihat terdapat satu pakatan yang dirancang secara halus supaya Hussein Onn mengundurkan diri dengan memperalatkan Sulaiman Palestin menentang beliau pada tahun 1978.

Semasa Hussein Onn hendak meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, beliau telah memanggil Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh untuk memilih siapakah yang layak menjadi Perdana Menteri. Dikatakan Tengku Razaleigh telah mencadangkan Dr. Mahathir mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri dengan harapan Dr. Mahathir akan memilih beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada tahun 1981 Dato’ Hussein Onn telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dengan rasmi.

UMNO Semasa Era Dr. Mahathir Mohamad

Sebelum membincangkan perpecahan UMNO semasa pemerintahan Dr. Mahathir lebih elok kita lihat latar belakang Dr. Mahathir secara sepintas lalu. Dr. Mahathir merupakan seorang aktivis politik yang di segani pada masa kini. Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Kedah. Anak daripada keturunan Wan Saman di sebelah ibunya iaitu pembina Empangan Wan Mat Samad. Manakala di sebelah bapanya pula berketurunan india. Beliau mula bergiat dalam arena politik pada tahun 1946 lagi semasa Malayan Union ditentang hebat oleh orang Melayu. (http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=101&ttl_id=5) Dr. Mahathir juga pernah di gugurkan dari arena politik. Hal ini berlaku semasa era pemerintahan Tunku Abdul Rahman di mana Dr. Mahathir lantang menentang pucuk pimpinan Tunku melalui surat terbukanya yang bertarikh 17 Jun 1969. Akibatnya, beliau telah digugurkan daripada menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai 1969. kemudian beliau dipecat dari UMNO pada 22 september 1969. (Ahmad Atory Hussain, 1993) Selama 21 bulan beliau tidak menyertai mana-mana parti telah mematangkan beliau tentang falsafah kepimpinan politik, UMNO dan pemodenan bangsa Melayu. Pada 6 Februari 1972 Dr. Mahathir telah diterima memasuki semula UMNO berdasarkan surat beliau yang dihantar kepada Tun Abdul Razak. (Ahmad Atory Hussain,1993)

Dr. Mahathir mula memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada bulan Julai tahun 1981. Apabila Dr. Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri, beliau telah melaksanakan beberapa dasar yang drastik. Beliau telah melakar sejarah apabila beliau telah menukar waktu Greenwich kepada waktu tempatan dengan melewatkan satu jam untuk menyamakan waktu Sabah dan Sarawak. Perubahan waktu ini telah diikuti oleh negara Singapura. Selain itu, beliau telah melancarkan beberapa dasar antaranya Bersih, Cekap dan Amanah, dan Dasar Pandang ke Timur.

Bersih, Cekap dan Amanah

Dasar ini telah dilancarkan oleh Dr. Mahathir pada bulan April 1982 untuk menjadi amalan pegawai kerajaan. Dasar ini dibuat bagi meningkatkan mutu kerja dan produktivii. Objektif utama dasar ini ialah untuk mewujudkan satu etika kerja dan sikap baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkatan produktiviti dan mutu kerja. Beliau rasa amalan rasuah telah menular dalam segelintir kakitangan kerajaan dan merupakan punca kelemahan jentera kerajaan. Bagi Dr. Mahathir pembangunan dan kejayaan sesebuah negara bergantung kepada nilai-nilai hidup dan kerja yang bermutu di kalangan pekerja. Oleh yang demikian, nilai seperti bersih,cekap, dan amanah amat penting untuk ditaman ke dalam jiwa setiap kakitangan kerajaan khususnya dan di kalangan rakyat amnya.

Dasar Pandang ke Timur

Dasar Pandang ke Timur telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir pada 8 Februari 1982. negara Jepun dan korea merupakan dua buah negara yang pesat membangun. Mereka adalah lebih maju dari negara-negara Barat sendiri. Kejayaan-kejayaan negara ini telah dijadikan contoh dan teladan oleh Malaysia bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan mempertingkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam.

Perkara-perkara yang telah ditumpukan oleh kerajaan Malaysia melalui dasar ini ialah kerajinan dan disiplin berkerja, kesetiaan pada negara dan perusahaan, keutamaan kepada kumpulan, tekanan terhadap produktiviti dan mutu yang tinggi, peningkatan kecekapan,

pengurangan perbezaan antara eksekutif dan pekerja am dan sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang. Sebagai sebuah negara yang membangun, nilai-nilai etika kerja tersebut amat penting untuk diamalkan kerana ia dapat membantu ke arah kejayaan

Dokumen terkait