• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah Perkembangan Politik Malaysia 1978-1987

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Sejarah Perkembangan Politik Malaysia 1978-1987"

Copied!
44
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan

Menelusuri tulisan Ahmad Atony Hussain (1998), dalam bukunya yang bertajuk Dari Berantakan Menuju Pembangunan Politik Melayu mengemukakan konsep Demokrasi Ala- Malaysia atau Model Demokrasi Malaysia. Konsep ini dikira menarik untuk direnungi misalnya, kebebasan menurut modul demokrasi Malaysia yang mana dalam perlembagaan Malaysia terdapat beberapa fasa yang menyebut bahawa semua warga negara adalah bebas bercakap, berbahasa, berpersatuan, bebas mengamalkan agama, menulis, mengeluarkan akhbar, menggunakan bahasa dan bebas menjalankan apa sahaja aktiviti masyarakat. kebebasan ini tidaklah sama di negara barat dengan negara kita dan sering kali dinyatakan oleh pembangkang sebagai menyekat kebebasan. Namun jika diberikan kebebasan mutlak seperti di barat pastinya api perkauman akan merebak. Ini kerana bukan semua rakyat memahami erti kebebasan dan demokrasi.

Satu lagi konsep politik Malaysia yang popular ialah Politik lalang atau Politik Pragmatik. Di kalangan orang kampung ada yang menggelarkan ”kura-kura”. Gaya politik ini dianggap lumrah diamalkan oleh ahli-ahli UMNO. Kebanyakan ahli-ahli UMNO dan masyarakat melayu amnya mengamalkan budaya ”biduk lalu kiambang bertaut” atau ”carek-carek bulu ayam, lama-lama bercantum juga”, ”air ditetak takkan putus”, ” kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek”, ”pantang Melayu menderhaka” dan ”siapa kuat dia iradat”.

Dengan kata lain, dalam amalan seharian orang Melayu, apa sahaja kata pemimpin utama (lazimnya Perdana Menteri), maka iitulah yang rakyat ikut. Barangsiapa tidak mematuhi kata-katanya, ia dianggap orang serpihan dan tidak dikehendaki. Unsur-unsur ”keketuaan” itu penting. Siapa yang ditunjuk atau disinis atau diberi isyarat awal oleh Ketua (Perdana Menteri), maka ahli-ahli UMNO akan memberi sokongan walaupun sebelum itu mereka pernah tidak memberi sokongan. Beberapa contoh boleh kita ambil iktibar iaitu pada tahun 19970, Tunku Abdul Rahman menunjukkan Tun Razak sebagai penggantinya, ahli-ahli UMNO mematuhi keputusan itu. Pada tahun 1973, Tun Razak pernah menunjukkan Tengku Razaleigh sebagai pemengku Naib Presiden UMNO apabila Tun Hussein Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan secara tidak langsung dilantik memegang jawata pemangku Timbalan Presiden, dan sekaligus pula jawatan yang disandang iaitu naib presiden menjadi kosong. Pada hal,

(2)

dalam masa itu, Dr. Mahathir Mohamad adalah ahli Majlis Tertinggi yang paling popular dan mendapat undi terbanyak sekali daripada ahli-ahli UMNO. Ahli-ahli UMNO akur sahaja pilihan Tun Razak tanpa bantahan. Begitu juga pada tahun 1977, apabila Tun Hussein Onn memberi lampu hijau supaya Datuk Hraun Idris, Ketua Pemuda UMNO didakwa atas tuduhan rasuah, walaupun terdapat bantahan dari sesetengah pemuda UMNO, tetapi keputusan Perdana Menteri itu tetap dipatuhi. Begitu juga, semasa zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, terdapat beberapa contoh betapa ahli-ahli UMNO mematuhi segala arahannya.

Konsep Politik yang diamalkan di Malaysia dari dulu hingga kini banyak memberi kesan kepada perkembangan politik negara ini samada memberi kesan positif ataupun kesan negatif. Kita boleh lihat semenjak dari zaman sebelum merdeka sehingga kini, ia membentuk sistem masyarakat kita pada hari ini. Dengan ini juga pelbagai peristiwa sejarah yang boleh dibanggakan dan juga tidak kurang mendukacitakan.

Melihat Perkembangan politik Sabah 1978

Semasa pemerintah Tunku Abdul Rahman, hubungan antara kerajaan negeri Sabah dengan kerejaan Persekutuan amatlah baik. Namun apabila Tun Mustapha menjadi terlalu kuat dan terlalu berkuasa, maka hubungan yang rapat dan erat itu mula regang. Tindak tanduk Tun Mustapha semakin sukar dikawal dan banyak bercanggah dengan kerajaan pusat pimpinan Tun Abd Razak. Pembaziran wang, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berleluasa memburukan lagi keadaan (Hairi Abdullahet al, 1986).

Pada tahun 1971, berlaku pergeseran serius antara Tun Mustapha dengan kerajaan pusat terutamanya berkaitan dengan isu pengurusan ekonomi (hasil balak dan minyak) dan autonomi Sabah. Bagi meredakan ketegangan, kerajaan pusat menawarkan jawatan Menteri Pertahanan peringkat pusat kepada Tun Mustapha (Hairi Abdullahet al, 1986). Namun tawaran tersebut telah ditolak oleh Tun Mustapha. Hal ini telah menyebabkan kerajaan Persekutuan semakin memusuhi Tun Mustapha.

Hasil galakan daripada Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, naib presiden USNO iaitu Harris Salleh dan Tun Fuad telah menubuhkan parti Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah

(3)

(BERJAYA) pada 15 Julai 1975 (Hairi Abdullah et al, 1986). Pada peringkat awal parti ini dipimpin oleh Datuk Harris Mohd Salleh yang dibantu oleh Timbalan Presiden Datuk Ganie Gilong, Yeo Pao Tzu dan Haji Ampong Puyun. Tuan Haji Mohd Noor Mansur sebagai Setiausaha Agung, Joseph Pairin Kitingan sebagai Timbalan Setiausaha Agung dan Datuk Peter Mojuntin sebagai Bendahari.

Wujudnya sokongan daripada kerajaan Persekutuan terhadap parti BERJAYA menyebabkan Tun Mustapha tidak dapat membunuh kemunculan parti ini. Sepertimana yang beliau lakukan terhadap parti-parti lain. Selain daripada ahli-ahli politik tempatan, penubuhan BERJAYA juga mendapat sokongan daripada ahli politik Persekutuan dan Sarawak. Antaranya ialah Abd Gapar Baba, Abd Rahman Yaacub dan Yang Dipertua Negeri Sabah sendiri iaitu Tun Fuad. Objektif penubuhan BERJAYA ialah:

1. Untuk mengekalkan dan menjamin integrasi, kemerdekaan dan status demokrasi Malaysia serta perinsip-perinsip Rukun Negara.

2. Untuk menjaga dan menjamin hak-hak dan kepentingan Sabah dalam Malaysia 3. Untuk meningkatkan, memajukan dan menjamin sebuah kerajaan rakyat dan

untuk rakyat yang asli, progresif dan demokrasi.

4. Untuk mengagihkan kekayaan dan peluang-peluang dengan lebih seimbang daripada yang terdapat dalam sistem Sabah pada masa tersebut

5. Untuk menjamin dan memajukan kedudukan istemewa penduduk tempaan serta hak-hak perlembagaan dan keistemewaan setiap warganegara di Sabah yang berbilang bangsa, budaya dan agama

Kemunculan BERJAYA mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada penduduk tempatan. Hal ini terbukti semasa pilihanraya negeri bulan April 1976. Daripada 48 kerusi yang dipertandingkan, BERJAYA telah memenangi 28 kerusi (Hairi Abdullah et al, 1986). Manakala USNO hanya mampu memenangi 20 kerusi yang kebanyakannya dimenangi di kawasan penduduk beragama Islam. Sebaliknya, BERJAYA hanya mampu menawan tiga buah kawasan penduduk Islam iaitu Lahad Datu, Papar dan Kawang. Kemenangan BERJAYA sebenarnya terletak pada undian yang diperolei daripada orang KadazanDusun dan Cina. Kekalahan USNO adalah disebabkan oleh penyelewengan kerajaan USNO serta kebangkitan semangat nasionalisme penduduk tempatan.

(4)

Pentadbiran kerajaan Parti Bersatu Rakyat Jelata (BERJAYA) 1976-1985

Kemenangan BERJAYA telah memberikan kesempatan kepada masyarakat KadazanDusun untuk membina semula kuasa politik mereka yang tertekan dan terancam. Kemenangan ini juga memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin KadazanDusun memegang jawatan-jawatan penting dalam kabinet Sabah. Tun Fuad Stephens telah dilantik sebagai Ketua Menteri dan Datuk Haris Salleh sebagai Timbalan Ketua Menteri. Antara pemimpin-pemimpin KadazanDusun yang menganggotai parlimen ialah Peter Mojuntin, James Ongkili, Joseph Pairin Kitingan, Darius Binion, Clarence Mansul dan Fred Sinidol (Hairi Abdullahet al, 1986).

Walau bagaimanapun tragedi yang menimpa Tun Fuad Stephens, Peter Mojuntin, Salleh Sulong, Darius Binion, Chang Thian Vun dan 6 orang yang lain dalam nahas pada 6 Jun 1976, telah menjejaskan sedikit harapan masyarakat KadazanDusun (Emin bin Madi, 1995). Namun demikian mereka masih mempunyai pemimpin-pemimpin lain yang berkebolahan dan berkaliber seperti Datuk James Ongkili, Datuk Clarence Mansul dan Datuk Joseph Pairin Kitingan. Kematian Tun Fuad Stephens telah memberi ruang kepada Datuk Harris menjadi Ketua Menteri Sabah (Mohd Fauzi Patel, 2004).

Keadaan politik Sabah di bawah pentadbiran Datuk Harris

Semasa pentadbiran Datuk Harris, beliau telah memberi saluran baru kepada masyarakat KadazanDusun untuk bersuara dan aktif dalam kegiatan-kegiatan politik dan sosial. Sebagai Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh turut memberi kebebasan kepada orang KadazanDusun dan Kristian bergerak untuk bergerak persatuan-persatuan agama Kristian (Hairi Abdullah et al, 1986). Malahan beliau juga telah mempertimbangkan peruntukan bagi membina beberapa buah gereja seperti Sacred Heard Cathedral. Datuk Harris membuat dasar sedemikian kerana beliau sedar bahawa kepentingan sokongan kuat masyarakat KadazanDusun bagi menjamin keutuhan dan kemantapan parti BERJAYA. Selain menilai apa yang telah berlaku terhadap parti USNO.

(5)

Pembangunan agama Islam tidak dilupakan, kerajaan negeri telah memperuntukan RM 12 juta kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melaksanakan projek-projek yang akan memberi faedah kepada umat dan agama Islam. Bagi menjaga perpaduan orang Islam di Sabah, Datuk Harris telah membiarkan United Sabah Islamic Association (USIA) dipimpin oleh individu yang kebanyakannya adalah merupakan penyokong parti USNO (Mohd Fauzi Patel, 2004). Beliau juga telah menggalakkan MUIS menjalankan kegiatan dakwah secara lebih sistematik. Beberapa buah masjid telah dibina di Keningau, Sandakan, Labuan dan Beaufort. Kemuncak kepada pelaksanaan dasar ini ialah pembinaan ibu pejabat MUIS yang menelan belanja RM 150 juta. Di mana RM 50 juta adalah sumbangan parti BERJAYA. Bangunan MUIS telah siap dibina pada tahun 1986.

Bagi mewujudkan integrasi kaum, kerajaan BERJAYA telah menubuhkan Kementerian Kebajikan dan Perpaduan Negara (Hairi Abdullah et al, 1986). Tujuan penubuhan Kementerian Kebajikan dan Perpaduan Negara ialah untuk menggalakan dan memperbaiki kesejahteraan rakyat dan untuk mencapai perpaduan selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pemuda-pemuda daripada parti BERJAYA dijadikan agen perpaduan. Tugas mereka ialah memberi penerangan kepada masyarakat mengenai keadaan negeri serta dasar dan perancangan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan BERJAYA.

Perkembangan aspek ekonomi turut menjadi fokus kepada agenda pentadbiran parti BERJAYA. Sebagai langkah awal, kerajaan BERJAYA telah merancang beberapa projek pembangunan secara menyeluruh kepada semua kaum bumiputra di Sabah. Parti BERJAYA berpendapat unsur penyatuan boleh digerakkan menerusi pembangunan yang setara. Antara projek pembangunan yang diadakan ialah penubuhan Koperasi Pembangunan (KPD), Koperasi Serbaguna Nelayan (Ko-Nelayan) dan Koperasi Serbaguna Rakyat Jelata (KOJASA).

Dasar pemerintahan yang diamalkan oleh BERJAYA telah membawa kepada peningkatan sokongan kepada parti BERJAYA. Perkara ini terbukti semasa pilihanraya Umum Sabah yang diadakan pada 23 Mac 1981. Apabila parti BERJAYA mendapat kemenangan mudah dengan memenangi 44 kerusi daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. Musuh tradisinya iaitu parti USNO hanya mampu memenangi 3 kerusi daripada 29 kerusi yang ditandingi (Hairi Abdullah et al, 1986). Kelemahan parti USNO amat jelas semasa pilihanraya ini apabila gagal menandingi

(6)

populariti BERJAYA yang kian meningkat di Sabah. Kemenangan ini telah memberi ruang kepada parti BERJAYA memerintah Sabah bagi penggal kedua selepas memenangi pilihanraya pada tahun 1976.

Keputusan pilihanraya umum Sabah (1981)

Jumlah kerusi yang dipertandingkan ialah 48.

Parti Kerusi ditandingi Kerusi dimenangi

Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA)

48 44

United Sabah National Organisation (USNO)

29 3

Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK)

27

-Parti Paerhimpunan Sosial Bersatu (PUSAKA)

9

-Sabah Chinese Consolidation Party (SCCP)

7 1

Parti Tindakan Rakyat (DAP) 3

-United Sabah People Organisation (USPO)

1

-(Sumber: Hairi Abdullah, Abdul Samad Hadi dan Zulkifly Hj Mustapha, 1986. Sabah perubahan dalam pembangunan. Yayasan Sabah)

Kejatuhan pemerintahan BERJAYA di Sabah

Dasar pembangunan yang dijalankan oleh BERJAYA adalah selaras dengan DEB. Oleh itu, segala usaha pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan BERJAYA dipersetujui dan disokong oleh kerajaan Persekutuan. Hal ini menyebabkan segala perancangan yang dilaksanankan berjalan dengan licin dan pesat. Di samping itu, BERJAYA turut berjaya membina kemudahan infrastruktur kepada rakyat Sabah. Namun pembangunan dari segi kebendaan masih tidak

(7)

mencukupi bagi memuaskan hati semua pihak. Misalnya parti USNO dan parti Sabah Chienes Association (SCA) masih berasa tidak puas hati terhadap BERJAYA, terutamanya isu berkaitan dengan pengagihan harta kekayaan negeri.

Dasar ekonomi yang diamalkan oleh BERJAYA dianggap mementingkan faedah ahli-ahli parti BERJAYA dan sekutu mereka tanpa menghiraukan golongan-golongan lain. Agensi kerajaan seperti KOJASA, KOSAN, KPD dan KO-Nelayan dikatakan dikuasai olehi penyokong parti BERJAYA sahaja (Hairi Abdullah et al, 1986). Selain itu, kebanyakan program pembangunan yang dijalankan adalah tertumpu di kawasan bandar telah menyebabkan penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar terpinggir daripada kemajuan. Dasar BERJAYA ini ternyata banyak menimbulkan masalah yang membawa kepada halangan wujudnya perpaduan antara kaum di Sabah.

Semasa menguasai pentadbiran negeri, BERJAYA telah bertindak membalas dendam dengan parti USNO. Ramai penyokong-penyokong parti USNO menjadi mangsa apabila lesen perniagaan dan pembalakan mereka dirampas serta ada juga di kalangan mereka yang dibuang kerja (Hairi Abdullah et al, 1986). Keadaan ini telah menambahkan lagi api permusuhan di antara parti BERJAYA dengan parti USNO. Hal ini sedikit sebanyak telah mengurangkan sokongan rakyat terhadap parti BERJAYA.

Penduduk bumiputra yang beragama Islam juga mula membandingkan dasar parti BERJAYA dengan parti USNO. Semasa pentadbiran USNO, kepentingan masyarakat Islam di Sabah amat diambil berat. Misalnya Tun Mustapha telah menubuhkan United Sabah Islamic Association (USIA) pada bulan Ogos 1969 bagi memperkembangan dakwah Islamiah dan menambah bilangan penganut agama Islam di Sabah (Abdul Hadi Harman shah et al, 2003). Selain itu bantuan kewangan turut diberi kepada golongan yang baru memeluk agama Islam. Hal ini adalah berbeza semasa parti BERJAYA apabila parti ini dilihat lebih mementingkan orang KadazanDusun dan Cina.

Sikap Ketua Menteri yang dikatakan berperwatakan ”kuku besi” sama seperti watak Ketua Menteri terdahulu menjadi penyebab utama kejatuhan kerajaan BERJAYA di Sabah. Datuk Harris dikatakan begitu berkuasa dan berpengaruh sehinggakan segala keputusan adalah

(8)

terletak dalam tangan beliau. Keputusan yang dibuat tidak boleh dicabar kerana beliau tidak suka ditegur dan dikritik. Disebabkan oleh sikap beliau, ramai tokoh-tokoh politik sama ada dari kalangan parti BERJAYA sendiri atau parti pembangkang sudah tidak sanggup berdiam diri melihat ketidakadilan yang dilakukan oleh beliau. Misalnya, Pengiran Othman Rauf, Datuk Yahya Lampong dan Datuk Joseph Pairin Kitingan telah bertindak keluar daripada parti BERJAYA (Hairi Abdullah et al, 1986). Perkembangan ini telah membawa keretakan dalam kepimpinan parti yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan kelemahan parti BERJAYA.

Selain daripada masalah dalaman parti, wujud juga perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin-pemimpin Kristian terhadap parti BERJAYA. Terutamanya tindak tanduk Datuk Harris berkaitan dengan hal-hal bersangkutan dengan soal agama dan kaum mereka. Antaranya ialah isu pengislaman parti BERJAYA yang dianggap serupa dengan apa yang dilakukan oleh parti USNO suatu masa dahulu (Hairi Abdullah et al, 1986). Perkara ini menyebabkan ramai penyokong Kadazan Dusun bertindak keluar daripada parti BERJAYA.

Isu pelarian tanpa izin kebanyakannya beragama Islam yang berasal daripada Filipina dan Indonesia telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan orang Kadazan Dusun dan Cina. Mereka berpendapat bahawa kedatangan pendatang asing ini akan mengancam imbangan kaum serta berupaya mengugat kedudukan sosioekonomi mereka. Sikap Datuk Harris yang terlalu memandang mudah isu ini secara langsung menjejaskan sokongan masyarakat Kadazan Dusun dan Cina terhadap parti BERJAYA. Tambahan pula apabila Datuk Harris cuba merujuk istilah ”peribumi” kepada semua kaum di Sabah berserta dengan penduduk-penduduk yang berasal daripada Filipina dan Indonesia (Hairi Abdullahet al, 1986).

Pada masa yang sama berlaku persengketaan di antara Datuk Harris dengan pemimpin-pemimpin Kadazan. Persengketaan ini berlaku apabila Datuk Harris cuba menjadikan Pesta Menuai sebagai Pesta Rakyat Sabah. Perubahan ini sebenarnya bertujuan menjadikan Pesta Menuai sebagi alat membentuk perpaduan di kalangan rakyat Sabah. Namun tindakan beliau mendapat tentangan daripada para pemimpin Kadazan Dusun. Mereka beranggapan bahawa penukaran tersebut akan menjejaskan “the goodness of the festival”. Tentangan masyarakat Kadazan Dusun diketuai oleh Datuk Pairin Kitingan. Beliau beranggapan bahawa pindaan

(9)

tersebut sengaja dilakukan bagi memusnahkan budaya orang Kadazan (Hairi Abdullah et al,

1986).

Pergeseran mengenai isu ini berterusan apabila kerajaan BERJAYA mengadakan Pesta Menuai di Keningau pada tahun 1984 kerana mengambil sempena kedatangan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail (DYMM ke lapan). Namun, Datuk Pairin tidak bersetuju dengan keputusan tersebut lalu mengadakan Pesta Menuai di daerah Tambunan. Hal ini disebabkan tuan rumah bagi mengadakan Pesta Menuai pada tahun tersebut adalah daerah Tambunan bukannya daerah Keningau sepertimana yang telah ditetapkan (Richard A. Lind, 2003). Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pihak kerajaan terpaksa mengambil jalan tengah dengan mengadakan Pesta Menuai sebanyak dua kali pada tahun 1984 iaitu di daerah Tambunan dan daerah Keningau.

Pertelagahan di antara Datuk Harris dan Datuk Pairin berlarutan sehingga akhirnya membawa kepada pemecatan Datuk Pairin. Perkara ini adalah berpunca daripada percanggahan ideologi politik dan pendirian antara kedua-dua pemimpin. Antaranya termasuklah peristiwa perletakan jawatan Datuk Pairin sebagai Menteri dalam kabinet Kerajaan Negeri pada 21 Jun 1982. Namun tindakan Datuk Harris menghalau Datuk Pairin semasa Kongres BERJAYA pada 26 September 1984 telah meninggalkan kesan yang mendalam yang sukar diterima (Khusairie Talib, 1991). Oleh sebab itu, Datuk Pairin telah bertindak keluar daripada parti BERJAYA pada 16 Ogos 1984, parti yang sama-sama diasaskan pada tahun 1975.

Setelah pemecatan Datuk Pairin, Datuk Harris masih tidak berpuas hati dan menaruh dendam terhadap Datuk Pairin. Hal ini kerana kewujudan Datuk Pairin sebagai ADUN bebas dalam Dewan Undangan Negeri. Pada 29 Ogos 1984, Datuk Harris telah bertindak mengemukakan surat pengosongan kerusi tidak bertarikh kepada Speaker Dewan Undangan Negeri bagi melucutkan jawatan Datuk Pairin sebagai wakil rakyat Tambunan (Khusairie Talib, 1991). Pada hari yang sama juga, writ pilihanraya kecil bagi DUN Tambunan dikeluarkan.

Pilihanraya kecil Tambunan telah diadakan pada 29 Disember 1984 telah memberi pengajaran kepada Datuk Harris bahawa kuasa yang dipegangnya tidak cukup untuk meruntuhkan sokongan rakyat berjuang membebaskan diri daripada cengkaman regim diktator.

(10)

Semasa pilihanraya tersebut, Datuk Pairin telah mendapat majoriti undi sebanyak 3685 undi berbanding dengan calon BERJAYA yang diwakili oleh adik kepada Datuk James Ongkili iaitu Roger Ongkili yang hanya mendapat 367 undi (Khusairie Talib, 1991).

Kemenangan yang diperolehi oleh Datuk Pairin telah menyebabkan kerajaan BERJAYA bertindak memansuhkan taraf daerah bagi Tambunan dan meletakan Tambunan di bawah pentadbiran daerah Keningau. Perintah ini berkuatkuasa pada 1 Januari 1985. Datuk Harris memberi alasan perubahan ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan dan memperkukuhkan lagi pentadbiran di kawasan berkenaan. Tindakan Datuk Harris ini dianggap kejam dan tidak demokratik (Hairi Abdullah et al, 1986). Disebabkan ia menafikan hak-hak penduduk Tambunan dan tidak memahami kepekaan orang tempatan . Peristiwa-peristiwa ini akhirnya menjadi faktor pencepat kejatuhan parti BERJAYA.

Penubuhan Parti Bersatu Sabah (PBS)

Parti Bersatu Sabah telah diasaskan oleh Datuk Pairin Kitingan yang merupakan seorang peguam pertama daripada suku Kadazan Dusun yang berasal daripada daerah Tambunan. Parti Bersatu Sabah (PBS) telah didaftarkan secara rasminya pada 5 Mac 1985. Kemunculan PBS adalah atas kehendak dan aspirasi rakyat yang inginkan perubahan dalam kerajaan BERJAYA. Bukannya atas galakan pihak lain sepertimana penubuhan BERJAYA yang dipengaruhi oleh kerajaan Persekutuan bagi menjatuhkan USNO (Khusairie Talib, 1991). Namun kelahiran PBS bermula akibat kezaliman, kediktatoran, penyelewengan, pengadaian hak, rasuah dan sekatan kebebasan rakyat yang dilakukan oleh parti BERJAYA. Perinsip dan perlembagaan yang tidak mengira kaum dan agama menjadi teras perjuangan parti PBS dalam memperjaungkan hak rakyat.

Kemunculan PBS tidak dapat disekat oleh parti BERJAYA sepertimana yang pernah dilakukan oleh USNO pada suatu masa dahulu. Disebabkan suasana politik yang tidak mengizinkan. Hal ini adalah berbeza semasa pentadbiran Tun Mustapha, di mana beliau mempunyai kuasa politik yang sangat kuat. Sehinggakan berkuasa untuk menggunakan ISA (Akta Hasutan Dalam Negeri) bagi menahan sesiapa sahaja yang dikehendaki tanpa bicara (Khusairie Talib, 1990). Tambahan pula pada masa tersebut tidak wujud lagi pertubuhan politik

(11)

yang dapat menandingi USNO. Justeru, parti politik baru yang baru mahu memulakan langkah mudah sekali dipatahkan semangatnya. Misalnya penubuhan Union of Sabah People (USAP) pimpinan Datuk Peter Majuntin telah gagal didaftarakan. Hal ini terjadi apabila penyokong-penyokong USAP diancam akan ditahan sekiranya berdegil. Selain itu, sesetengah pemimpin mudah disogok dengan wang di antara RM 5,000 hingga RM 10,000 (Khusairie Talib, 1991).

Semasa pentadbiran BERJAYA, rakyat Sabah telah sedar dan kebanyakannya telah matang berpolitik. Mereka boleh menilai dan memilih pemimpin parti yang benar-benar jujur dan memperjuangkan nasib mereka. Pada masa yang sama, corak parti yang bercirikan demokrasi dan berbilang kaum tidak dapat diselaraskan dengan aspirasi para pemimpin yang semakin meninggalkan konsep ”multi-racialisme”. Kebanyakan pemimpin-pemimpin sudah memfokuskan kepada perjuangan bagi kaum masing-masing. Kemunculan PBS menjelang pilihanraya Negeri pada bulan April 1985 telah mengubah senario politik Sabah pada ketika itu. Pucuk pimpinan BERJAYA yang selama ini terlalu yakin dan angkuh akhirnya terpaksa tunduk kepada keputusan pilihanraya 1985 dan memberi kemenangan kepada PBS.

Pilihan raya 1985

Kira-kira dua minggu setelah penubuhan PBS, Datuk Harris telah membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah dengan tujuan mendapatkan mandat baru bagi parti BERJAYA dan bagi menguji pengaruh parti PBS. Tarikh 2 April 1985 diambil sebagai hari penamaan calon manakala 20 dan 21 April sebagai hari pembuangan undi. Semasa pilihanraya ini, PBS telah meletakkan 46 orang calon daripada 48 kawasan yang dipertandingkan. Namun pencalonan Datuk Clarense Bongkos Malakun di Moyog, Penampang telah ditolak pada saat akhir kerana kesilapan teknikal (Hairi Abdullah et al, 1986).

Biarpun berhadapan dengan jentera pilihanraya parti BERJAYA yang kuat, lengkap dengan bantuan kewangan, media massa dan sebagainya, namun parti tersebuat tidak berjaya memenangi hati rakyat. PBS hanya berbekalkan semangat rakyat, PBS telah memenangi 25 kerusi, cukup untuk membentu kerajaan baru. Malahan pada pilihanraya tersebut, Datuk Harris Salleh telah tewas kepada Datuk Kadoh Agondong di DUN Tenom. Manakala USNO berjaya

(12)

menambah kerusi kepada 16, BERJAYA 6 kerusi manakala PASOK menang 1 kerusi di Moyog melalui Ignatius Malanjun yang kemudiaannya menyertai PBS (Hairi Abdullahet al, 1986).

Keputusan pilihanraya umum Sabah (1985)

Parti Kerusi ditandingi Kerusi dimenangi

Parti Bersatu Sabah (PBS) 45 25

Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA)/ BN

48 6

United Sabah National Organisation (USNO)

43 16

Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK)

9 1

Parti Paerhimpunan Sosial Bersatu (PUSAKA)

9

-Parti Tindakan Rakyat (DAP) 3

-(Sumber: Hairi Abdullah, Abdul Samad Hadi dan Zulkifly Hj Mustapha, 1986. Sabah perubahan dalam pembangunan. Yayasan Sabah)

(13)

Peristiwa hitam di Istana

Pada subuh 22 April 1985, satu sejarah politik hitam Sabah telah berlaku di Istana Negeri apabila Tun Mustapha telah merampas jawatan Ketua Menteri dan secara paksa mengangkat sumpah di hadapan yang Dipertuan Negeri Sabah, Tun Haji Adnan Robert. Pihak yang bertanggungjawab menyokong Tun Mustapha ialah Datuk Harris, Datuk Yahya Lampong dan Datuk Majid Khan. Punca kepada kejadian ini ialah disebabkan oleh sikap tamakkan kuasa (Khusairie Talib, 1991). Mereka ini telah digelar sebagai ”Geng Empat” oleh Datuk Pairin kerana menafikan haknya menjadi Ketua menteri Sabah hasil daripada mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan PBS.

Kuasa rakyat sememangnya terbukti lebih berkuasa daripada kuasa yang dimiliki oleh pemimpin. Usaha rampasan kuasa di Istana gagal dan Datuk Pairin dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang sah pada 23 April 1985 dan membentuk parlimen sehari kemudiannya. Sebaik sahaja PBS berkuasa, Datuk Pairin telah mengumumkan bahawa parti PBS memohon untuk menyertai Barisan Nasional. Pada 28 April 1985, Datuk Pairin secara rasmi menghantar surat permohonan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, Datuk seri Dr Mahathir Mohamad (Khusairie Talib, 1991). Walau bagaimanapun, Kuala Lumpur enggan memberi jawapan segera terhadap permohonan PBS. Permohanan seterusnya dibuat pada 1 Mei 1990, bagi meyakinkan Kuala Lumpur bahawa PBS akan cuba mengikuti semangat dalam Barisan Nasional.

Ranjau setelah berkuasa

Mandat pilihanraya yang diperolehi oleh PBS adalah tidak kukuh. Pihak pembangkang cuba untuk memancing wakil-wakil rakyat PBS untuk berpaling tadah dengan tujuan menjatuhkan kerajaan Negeri di bawah pentadbiran PBS. Majoriti 2/3 adalah kurang selamat untuk mengubal undang-undang. Parti-parti utama seperti USNO dan BERJAYA terus berusaha keras melumpuhkan kerajaan baru PBS (Hairi Abdullah et al, 1986). Oleh itu, PBS tetap dengan pendirianya ingin mendapatkan mandat baru daripada pilihanraya. Selang dua hari selepas penolakan tersebut, PBS telah menarik balik penyertaannya

(14)

Selain itu, tindakan Tun Mustapha menfailkan kes di Mahkamah Tinggi bagi mencabar kesahihan jawatan Ketua Menteri yang dipegang oleh Datuk Pairin turut mengganggu pentadbiran PBS. Hal ini berlaku kerana Tun Mustapha mengatakan bahawa beliaulah yang layak menjadi Ketua Menteri Sabah kerana terlebih dahulu mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertua Negeri.

Masalah dalaman PBS mula muncul apabila terdapat segelintir ahli Dewan Undangan Negeri yang mewakili PBS mula berpaling tadah. Antaranya ialah ADUN Moyog, Ignatius Malanjun, ADUN Kawang, Wences Lajingah dan ADUN Bingkor, Thomas Anggang yang keluar daripada PBS dan menyertai PASOK. ADUN Sembulan, Francis Leong pula ingin membentuk Parti Cina Sabah (PSC). Manakala ADUN Merotai telah keluar dari PBS dan menyertai semula USNO (Hairi Abdullahet al, 1986).

Melihat kepada keadaan tersebut, Datuk Pairin telah mengadakan perjumpaan dengan para sahabatnya bagi membincangkan mengenai situasi yang sedang berlaku. Hasil daripada perjumpaan tersebut mereka telah bersetuju untuk membubarkan dewan bagi mendapatkan mandat baru daripada rakyat serta membentuk kerajaan yang lebih kuat. Pada 26 Februari 1986, Datuk Pairin telah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Tindakan pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh parti PBS amat mengejutkan USNO dan BERJAYA, yang merasa bahawa pengaruh dan kekuatan mereka semakin lemah selepas pilihanraya. Bagi menghalang pembubaran Dewan Undangan Negeri, USNO dan BERJAYA telah mengambil tindakan undang-undang. Namun proses menghalang pembubaran melalui proses mahkamah tidak berjaya.

Peristiwa Bom 1986

Setelah gagal menyekat pembubaran Dewan Undangan Negeri menerusi proses mahkamah, USNO telah bertindak mewujudkan suasana huru-hara yang lebih dikenali sebagai ”Peristiwa Bom” yang meletus pada 12 Mac 1986 (Khusairie Talib, 1991). Pergerakan rusuhan ini didalangi oleh pendatang tanpa izin. Dengan mewujudakan suasana huru hara, pembubaran Dewan Undangan Negeri tidak akan dapat dilaksanakan.

(15)

Pada masa yang sama terdapat pihak yang mendakwa beberapa pemimpin kanan rusuhan telah menyembur cat di tembok Masjid Negeri dengan lambang salib. Tindakan ini adalah bertujuan bagi menaikan api kemarahan penduduk beragama Islam dengan menuduh perbuatan tersebut dilakukan oleh penduduk beragama Kristian. Tindakan tersebut juga bertujuan bagi melemahkan sokongan penduduk beragama Islam terhadap parti PBS.

Tun Mustapha dan Datuk Harris turut mendalangi pergerakan tersebut. Mereka telah mendesak Kerajaan Persekutuan supaya mengistiharkan darurat dan membentuk MEGERAN di Sabah. Semasa rusuhan berlaku beberapa nyawa telah terkorban dan banyak harta benda awam musnah (Khusairie Talib, 1991). Bagi mengawal keadaan bandar Kota Kinabalu dan Penampang telah dikenakan perintah berkurung.

Formula Sabah

Pengistiharan darurat di Sabah tidak kesampaian sepertimana yang diharapkan oleh USNO dan BERJAYA. Hal ini berikutan dengan penyataan Datuk Seri Dr. Mahathir yang mengatakan bahawa keadaan di Sabah masih boleh dikawal dan pengistiharan darurat adalah tidak perlu dilakukan (Khusairie Talib, 1991). Namun beberapa pemimpin UMNO menuduh keengganan PBS berkongsi kuasa sebagai punca meletusnya rusuhan di Sabah. Dari peristiwa tersebut maka timbullah ”Formula Sabah” ciptaan Dr Mahathir pada 24 Mac 1986. Antara kandungan Formula Sabah ialah:

1. Parti PBS, USNO dan BERJAYA hendaklah berkongsi kuasa.

2. Parti PBS dan USNO akan diterima sebagai anggota Barisan Nasional

3. Datuk Pairin kekal sebagi Ketua Menteri Sabah dan menjadi pengerusi BN di Sabah

4. Penarikan semula tuntutan terhadap Datuk Pairin dan PBS di mahkamah 5. Pembentukan sebuah kerajaan campuran antara kaum di Sabah

6. Pembubaran Dewan Undanga Negaeri di Sabah dibatalkan oleh Datuk Pairin Bagi membuat penelitian yang lebih jelas, Datuk Pairin telah meminta pandangan ahli Majlis Tertinggi PBS mengenai formula tersebut. Terdapat beberapa orang pemimpin kanan

(16)

parti PBS yang menolak cadangan tersebut dengan keras. Antaranya ialah ketua Pergerakan Pemuda PBS, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing. Namun wujud juga pemimpin PBS yang tertarik dengan formula tersebut seperti Datuk Mark Koding (Khusairie Talib, 1991).

Konsep pembentukan kerajaan campuran tidak dapat diterima oleh kerajaan PBS disebabkan parti tersebut beranggapan bahawa ia telah mewakili rakyat yang berbilang kaum. Selain itu, PBS berpendapat bahawa rakyat Sabah hanya memerlukan kerajaaan pakatan kaum bukannya pakatan parti-parti politik. Konsep multirasial PBS akan lenyap sekiranya kerajaan campuran dilaksanakan(Hairi Abdullah et al, 1986). Keputusan rakyat memberi kemenangan kepada PBS jelas menunjukkan bahawa rakyat inginkan perubahan dalam pentedbiran negeri. Pilihanraya 1986

”Formula Sabah” yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Dr Mahathir telah ditolak oleh PBS pada 7 April 1986 walau pun Kabinet Persekutuan telah meluluskan formula tersebut. Selang dua hari selepas penolakan tersebut, PBS telah menarik balik permohonannya menyertai Barisan Nasional. Pada masa yang sama, Datuk Pairin telah berjanji bahawa sekiranya PBS gagal mendapatkan majoriti 2/3 dalam pilihanraya tersebut, beliau akan menerima pembentukan kerajaan campuran (Khusairie Talib, 1991).

Pilihanraya yang diadakan pada 6 dan 7 Mei 1986 telah membuktikan bahawa rakyat Sabah menolak kerajaan campuran, sebaliknya menyokong kerajaan pakatan kaum. PBS yang berbilang kaum ini telah memenangi 35 daripada 48 kerusi yang ditandingi. Sementara USNO memenangi 11 kerusi manakala BERJAYA dan SCCP masing-masing memenangi 1 kerusi sahaja (Khusairie Talib, 1991).

Kini Datuk Pairin mempunyai mandat yang lebih kuat dan terjamin dalam membentuk kerajaan di Sabah. Pilihanraya ini juga telah menunjukkan bahawa rakyat telah membuat pilihan yang tepat bagi menjamin keharmonian negeri ini. Hal ini telah menjadi titik tolak kepada perkembangan PBS menjadi sebuah yang benar-benar memperjuangkan konsep berbilang kaum. Permohonan kemasukan rakyat Sabah yang beragama Islam ke dalam parti PBS telah meningkat. Selain itu, terdapat juga segelintir pemimpin USNO yang menyertai PBS

(17)

antaranya ialah Encik Zaki @ Zakaria Haji Gusmiah (N22, Sukau) dan Datuk Haji Jawawi Haji Isa (N38, Sipitang).

Selepas pilihanraya tamat, PBS telah sekali lagi memperbaharui permohonan bagi menyertai Barisan Nasioanal. Memandangkan rakyat Sabah ingin menjadikan PBS sebagai wakil mereka di peringkat Persekutuan, Kuala Lumpur tidak mempunyai pilihan lain selain menerima PBS sebagai parti komponen BN. Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Encik Ghafar Baba telah ditugaskan melaksanakan proses kemasukan PBS ke dalam BN. Akhirnya pada 5 Jun 1986, PBS bersama-sama dengan USNO telah diterima secara rasmi sebagai parti komponen BN (Khusairie Talib, 1991). Namun pada 19 Julai 1986, BERJAYA telah bertindak keluar daripada BN kerana kecewa dengan pembahagian kerusi dalam pilihanraya Parlimen di mana parti itu hanya diberi 1 kerusi berbanding dengan PBS mendapat 14 kerusi sementara lima kerusi bagi USNO. Maka bermula peranan PBS dalam menyuarakan kehendak-kehendak rakyat Sabah dengan lebih tegas di peringkat Persekutuan.

ISU PERKARA 20

Kontroversi 20 Perkara merupakan isu yang telah lama dipersoalkan bukan sahaja pada zaman pemerintahan PBS tetapi isu ini telah dibangkitkan sewaktu Singapura disingkirkan dari Malaysia pada tahun 1965. Selain itu, pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Donald Stephens dan Tun Mustapha juga telah mempersoalkan isu ini. Isu ini adalah isu yang menarik untuk dibincangkan kerana isu ini adalah satu tuntutan yang dibuat sewaktu Parti Bersatu Sabah (PBS) memerintah negeri Sabah yang mana meminta kerajaan Pusat untuk mematuhi syarat-syarat penyertaan Sabah ke dalam Malaysia pada 1963. Perkara ini terkandung dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan mengenai 20 perkara yang banyak menyentuh soal-soal hak dan kepentingan rakyat negeri Sabah. Parti Bersatu Sabah menyuarakan tuntutan ini kerana berpendapat pihak Persekutuan banyak mencemari perjanjian yang telah dibuat, penyelewengan sewaktu pemerintahan USNO dan BERJAYA serta berbagai perubahan yang dibuat mungkin atas arahan dan pujukan Kuala Lumpur dengan menjanjikan pengekalan kuasa terutamanya kepada pemimpin-pemimpin sewaktu era pemerintahan USNO dan BERJAYA. Selain itu, dikatakan juga bahawa Dr. Mahathir dan pemimpin Kerajaan Persekutuan pada masa itu tidak memperdulikan rayuan-rayuan oleh Kerajaan Sabah bagi membetulkan “Perkara 20”

(18)

sudah tentulah Kerajaan Negeri Sabah atau Kerajaan Negeri tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Persekutuan yang tidak wajar tersebut. Peneraju Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Pairin Kitingan pada masa itu juga merupakan penyokong kuat kepada Dr Mahathir yang mana Datuk Pairin pernah memberi sokongan kepadanya selepas UMNO (lama) diistiharkan haram oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 1987. Malah bagi Datuk Pairin dan Kerajaan Negeri terus berikrar untuk terus menyokong Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri dan menerajui tampuk pemerintahan. Sebelum itu juga meskipun PBS mengetahui yang Kerajaan Persekutuan tidak menyukai Kerajaan Negeri yang diterajui oleh PBS namun Datuk Pairin tetap mahu terus berada di dalam Barisan Nasional. Sungguhpun sokongan yang kuat ditunjukkan oleh Datuk Pairin serta pemimpin-pemimpin lain kepada Dr Mahathir namun tuntutan-tuntutan yang diutarakan oleh pemimpin-pemimpin di Sabah masih lagi diketepikan sedangkan tuntutan PBS tersebut adalah untuk rakyat Sabah yang mempunyai hak ke atas perkara-perkara 20 dan bukannya atas kepentingan parti ataupun orang perseorangan. Antara tuntutan PBS ialah:

1. Mengembalikan Labuan kepada Sabah 2. Menaikkan peratus royaliti minyak

3. Menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan untuk menyasat pemberian kad pengenalan biru kepada rakyat asing dan pelarian

4. Melantik lebih banyak senator dari negeri Sabah

5. Menambah peruntukan pembangunan infrastruktur kepada Sabah 6. Menambah bilangan hospital dan sekolah

7. Membetulkan penyelewengan dalam ”20 Perkara”

8. Mendirikan sebuah stesen Radio dan Televisyen di Sabah 9. Memberikan keutamaan kepada anak watan Sabah

menerajui perkhidmatan awam Persekutuan di Sabah (Borneonisasi) 10. Menambah bilangan anggota kabinet kerajaan sabah

(19)

Tuntutan Ke Atas Labuan

Labuan merupakan satu pulau yang pada asalnya dimiliki oleh negeri Sabah sehinggalah sewaktu pemerintahan Datuk Harris yang mana telah menyerahkan pulau tersebut kepada Kerajaan Persekutuan. PBS menuntut kembali Pulau Labuan daripada Kerajaan Persekutuan kerana mengangap penyerahan tersebut adalah tidak adil kerana sewaktu penyerahan Pulau tersebut negeri Sabah tidak mendapat pampasan. Selain itu, penyerahan tersebut juga dilakukan tanpa meminta pendapat daripada rakyat serta mengangap pampasan bagi penyerahan tersebut telah diberikan kepada orang perseorangan. Menurut Khusairie Talib (1991), penyerahan Pulau Labuan kepada Kerajaan Persekutuan berlaku tanpa ada pampasan dan tanpa meninjau pendapat dari rakyat negeri Sabah sedangkan jika dilihat negeri Selangor mendapat berbilion-bilion ringgit kerana menyerahkan Kuala Lumpur untuk dijadikan Wilayah Persekutuan. Oleh kerana penyerahan Pulau Labuan kepada kerajaan persekutuan tanpa ada pampasan yang diberikan kepada kerajaan negeri Sabah. Ini sudah tentu tidak adil dan merugikan negeri Sabah yang mana jika diberikan pampasan tersebut boleh digunakan untuk membangunkan negeri ini yang mana sehingga kini masih jauh ketingalan berbanding negeri-negeri yang lain. Bukan itu sahaja, pekara lain yang membuatkan PBS menuntut Labuan adalah kerana beranggapan pampasan ke atas penyerahan Pulau Labuan itu telah dipampaskan kepada orang perseorangan yang menjadi dalang di sebalik penyerahan tersebut.

Royalti Minyak dan Pembangunan

Kerajaan Negeri dibawah pemerintahan PBS merupakan sebuah kerajaan yang berorientasikan kepada pembangunan khususnya bagi membangunkan negeri Sabah. Namun apa gunanya segala perancangan ke arah pembangunan jika tidak ada peruntukan yang mencukupi bagi membangunkan negeri ini. Walaupun sebenarnya negeri Sabah antara negeri yang terbesar di negara Malaysia dan mempunyai banyak sumber alam namun Sabah juga merupakan antara negeri yang mundur di negara ini. Ini adalah sangat tidak masuk akal tetapi jika diteliti daripada sejarah kebanyakkan sumber alam tersebut berkurangan sewaktu pemerintahan sabah oleh USNO dan BERJAYA dan kekurangan itu tidak diikuti dengan kemajuan atau pembangunan negeri Sabah.

(20)

Oleh kerana kekurangan peruntukan bagi membangunkan negeri sabah maka PBS memohon supaya peratus Kerajaan Royalti Minyak kepada Sabah dikaji semula supaya royalti minyak yang asal iaitu 5 peratus dinaikkan atau ditambah sebanyak 5 peratus lagi disamping peruntukan pembangunan bagi Sabah ditambah. Dengan itu, peruntukan pembangunan kerajaan negeri akan lebih stabil bagi melaksanakan segala projek pembangunan di bandar dan luar bandar. Dalam lima tahun akan datang, banyak rancangan pembangunan telah dirangka menerusi ”Sabah Action Blue Print” untuk membawa Sabah dan rakyatnya kepada era baru memasuki abad 2000.(Khushairie Talib, 1995) .

Sungguhpun tuntutan kerajaan negeri bermatlamat untuk membangunkan negeri Sabah namun Kerajaan Persekutuan berangapan tuntutan itu sebagai ganjil malahan ada yang menuduh kononnya tindakan PBS memohon tambahan roiyaliti minyak itu kerana segala kekayaan hasil balak Sabah sudah dibolot oleh pada pemimpin kanan PBS (Khushairie Talib, 1991). Tetapi jikja ditinjau daripada segi sejarah, kekayaan balak di Sabah sebenarnya wujud dalam zaman kerajaan USNO dan BERJAYA. Jika adapun saki-baki hasil balak PBS telah menyalurkannya untuk pembangunan di luar-luar bandar yang telah diabaikan oleh Kerajaan USNO dan BERJAYA. Contohnya peruntukan pembangunan setiap tahun bagi setiap kawasan zaman PBS bermula daripada $250,000 pada 1986 dan meningkat kepada lebih $1 juta pada 1990.

Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin

20 Perkara juga memuatkan masalah pendatang asing sebagai satu isu yang tidak boleh dipandang ringan. Masalah ini memberikan kebimbangan kepada Parti Bersatu Sabah kerana pada masa itu hampir 800,000 pendatang asing telah berhijrah ke Sabah. Bilangan ini adalah lebih separuh daripada jumlah keseluruhan rakyat warganegara Malaysia yang menetap di Sabah iaitu berjumlah kira-kira 1.4 juta. Perkara yang amat membimbangkan ialah pendatang asing ini boleh mempengaruhi sistem politik di Sabah pada masa yang akan datang, mengubah dominasi struktur politik dan kependudukan negeri ini. Pemimpin PBS terutamanya Datuk Yong Teck Lee dan En James Ligunjang pernah mendakwa ramai dikalangan pendatang itu memiliki kad pengenalan biru dan berdaftar pula sebagai pengundi di seluruh negeri. Pada April 1990 Kerajaan Persekutuan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi membenteras operasi

(21)

mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing tanpa izin yang didalangi oleh sebuah parti politik pembangkang terbesar di Sabah.

Kebanjiran pendatang asing ke negara ini telah bermula sewaktu pemerintahan USNO dan BERJAYA lagi dan satu isu yang harus dibendung. Dengan itu, pihak PBS telah menawarkan kerjasama bagi membolehkan perancangan yang lebih teratur tetapi apa yang sangat mengecewakan adalah Kerajaan Persekutuan tidak menunjukkan minat yang mendalam bagi mengatasi masalah ini. Terdapat pemimpin Kerajaan Persekutuan pada masa itu yang menyokong tetapi sokongan itu adalah kata-kata kosong sahaja tanpa berbuat apa-apa tindakan. Dr Mahathir sendiri pernah berkata ”semua pendatang haram di sabah akan dihantar balik ke negra asal mereka” (Khusairie Talib, 1991). Bagi memperlihatkan keiinginan Kerajaan negeri untuk berkerjasama dengan Kerajaan Persekutuan maka Kerajaan Negeri telah menyediakan beberapa formula bagi menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin ini antaranya memberi satu tapak Pangkalan Tentera Laut Diraja (TLDM) di Sandakan bagi membendung masalah kedatangan pendatang tanpa izin ini. Tetapi apa yang berlaku tidak terdapat usaha yang dilakukan bagi membenteras masalah ini. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah melancarkan ”program pengampunan” kepada pekerja haram dari Indonesia pada pertengahan 1988. Dalam program ini, para pekerja yang terlibat dibenarkan pulang ke negara asal mereka tanpa ditahan bagi membolehkan mereka mendapatkan dokumen yang sah seperti pasport sebelum datang kembali untuk bekerja di negeri ini.

Hasil daripada program ini kira-kira 65,000 pekerja asing tanpa izin telah melaporkan diri dengan pihak berkuasa dan diberikan dokumen yang sah bagi membolehkan mereka bekerja di negeri ini. Sungguhpun begitu program ini tidak dapat dilakukan bagi pendatang haram dari Filipina kerana mereka tidak mempunyai konsulnya di Sabah bagin menguruskan perkara itu. Sungguhpun begitu, Kerajaan Persekutuan pula telah menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas untuk menyelesaikan masalah ini. Antara tugas yang dilakukan oleh pasukan ini ialah memnbuat gerakan pendaftaran para pendatang asing tanpa izin dan mereka yang mendapat status pelarian sekjak 1960-an.

(22)

Senator dan Kouta Menteri

Kerajaan negeri Sabah pada masa itu telah meminta kepada Kerajaan Persekutuan untuk menambah senator dari Sabah daripada dua orang yang ada pada masa itu. Begitu juga dengan wakil Sabah di dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan. Menurut Khusairie Talib (1991), Datuk Pairin telah berkali-kali merayu supaya dapat dilakukan pertambahan khususnya daripada PBS. Sebaliknya permohonan itu bukan sahaja tidak dilayan malah PBS kehilangan satu kerusi Timbalan Menteri apabila bekas Ahli Parlimen kawasan Tuaran Kalakou Untol keluar dari PBS dan menubuhkan AKAR. Dr Mahathir pernah berkata ”perlantikan dan pemecatan Menteri Kabinet Persekutuan adalah di bawah bidang kuasa saya selaku Perdana Menteri”

(Khusairie Talib, 1991). Maka hanya tinggal seorang sahaja wakilk PBS di dalam kabinet iaitu Datuk Kasitah Gaddam. Namun beliau gagal memainkan peranan berkesan sebagai jambatan perhubungan anbtara rakyat Malaysia di Sabah dengan Semenanjung biarpun beliau adalah seorang menteri penuh. Satu lagi permohonan yang dibuat oleh PBS adalah memohon supaya bilangan ahli kabinet dalam kerajaan negeri ditambah. Tujuan PBS memohon demikian kerana bilangan sembilan menteri penuh seperti yang ada sekarang sukar diagih-agihkan mengikut bilangan suku kaum. Niat hati PBS ingin membentuk sebuah kabinet yang adil mengikut suku kaum tetapi Kerajaan Persekutuan mengagalkannya dan menuduh Kerajaan Negeri hanya mementingkan satu kaum sahaja.

Universiti Di Sabah

20 Perkara juga ada memuatkan tuntutan berkenaan mempertingkatkan kemudahan pendidikan di Sabah yang mana kerajaan negeri Sabah telah meminta untuk mendirikan sebuah universiti di negeri ini. Tujuan permohonan ini dibuat adalah kerana ramai rakyat yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di dalam dan luar negeri, kerajaan negeri dapat menjimatkan perbelanjaan jika pelajar memasuki universiti di negeri ini daripada menghantar mereka ke luar Sabah, para bijak pandai dari Sabah juga dapat mengemukakan buah fikiran dan perkhidmatan demi kepentingan anak-anak Sabah dan menggalakkan integrasi nasional kerana pelajar dari Semenanjung dan Sarawak juga akan memasuki universiti tersebut. Namun hasrat Kerjaan Negeri tidak kesampaian kerana Kerajaan Persekutuan memandang dingin hasrat tersebut. Menteri Pendidikan pada masa itu iaitu Datuk

(23)

Sri Anwar Ibrahim ada berkata ”keperluan yang utama di Sabah ialah sekolah menengh dan bukannya universiti” (Khusairie Talib,1991). Jika dilihat kepada kenyataan yang dikeluarkan tersebut seolah-oleh Kerajaan Persekutuan mengambil berat mengenai pembinaan sekolah menengah tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Taraf sekolah menengah di Sabah masih terlalu daif dan tidak membantu proses pengembangan mental pelajar. Selain itu, para guru yang mengajar di kawasan luar bandar merungut kerana kekurangan bahan-bahan rujukan dan sudah ketingalan zaman serta tempat tinggal para guru yang amat daif sehingga diibaratkan sebagai Kandang Kambing.

Stesen Radio dan Televisyen di Sabah

Permintaan bagi membina Stesen Radio dan Televisyen juga merupakan permintaan yang harus diluluskan bagi negeri Sabah. Terdapat beberapa sebab mengapa negeri Sabah meminta supaya Stesen Radio dan Televisyen ditubuhkan antaranya ialah bagi membolehkan Kerajaan Negeri menyampai dan melaksanakan dasar-dasarnya kepada rakyat kerana rancangan televisyen dan radio yang ada pada masa itu dimonopoli oleh berita-berita dari semenanjung sahaja dan memperuntukan masa yang sedikit sahaja untuk Sabah. Selain itu, iklan Sabah juga menjadi mangsa yang mana kurang iklan bagi memperkenalkan kepada rakyat di negeri-negeri lain terhadap sistem budaya rakyat Sabah dan bagi menggalakkan industri pelancongan di Negeri Sabah Di Bawah Bayu ini. Disamping itu, permintaan ini adalah wajar kerana jalan raya masih mundur di Sabah maka televisyen merupakan media utama untuk menyampaikan maklumat dengan cepat kepada rakyat Sabah. Peranan yang dibawa oleh akhbar pula adalah terhad kepada golongan yang celik huruf dan mereka yang tinggal berdekatan dengan pekan atau bandar.

DASAR BORNEONISASI

Tujuan PBS menuntut dasar ini bertujuan bagi memberi peluang anak-anak watan Sabah diberi peluang untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam jabatan-jabatan dan agensi-agensi Persekutuan di Sabah seperti Imigresen, Perkhidmatan Perubatan, Pendidikan, KEMAS, FAMA dan lain-lain. Dasar ini memberi peluang kepada anak watan negeri Sabah adalah kerana Ketua-ketua jabatan dan Agensi-asensi Persekutuan di negeri ini tidak dapat

(24)

tidak dimonopoli juga oleh orang-orang dari semenanjung yang kurang mengetahui aspirasi rakyat di negeri ini. Adalah tidak wajar dan adil jika negeri Sabah diperintah oleh orang-orang daripada luar kerana rakyat Sabah juga memiliki golongan cerdik pandai yang pernah menuntut di Universiti dalam negeri dan luar negeri serta pentadbiran atau pemerintahan di negeri ini akan berjalan dengan lancar jika diperintah oleh rakyat Sabah sendiri kerana mereka lebih mengetahui kebudayaan rakyat negeri ini dan dasar-dasar kerajaan PBS. Sungguhpun begitu, kebolehan anak-anak watan Sabah sering di rendah-rendahkan serta kebanyakkan anak negeri didakwa menjadi pengintip” Kerajaan Persekutuan untuk meracuni fikiran para pemimpin politik di Kuala Lumpur. Tuduhan seperti ini tidak seharusnya wujud kerana Sabah pada masa itu telah memasuki pembentukan Malaysia dan rakyat seharusnya lebih kearah berkerjasama dan bukan berpecah-belah. Oleh yang demikian, adalah wajar anak-anak watan Sabah diberi peluang untuk bekerja dalam Kerajaan Persekutuan kerana mereka ini lebih mengetahui keadaan tempatan dan tiada sebab kenapa Kerajaan Persekutuan tidak boleh melantik mereka memegang jawatan-jawatan berkenaan kerana negeri Sabah merupakan negeri merupakan milik rakyat Sabah dan patutlah ditadbir sendiri oleh orang Sabah.

Sejarah Politik Sarawak Dari Tahun 1978-1987

Dalam perkembangan politik negeri sarawak sering terjadi perpecahan. Perpecahan kaum sememangnya telah wujud sebelum merdeka lagi kerana penduduk hidup terpisah antara satu sama lain. Keadaan ini telah menggalakkan sesuatu kaum itu cenderung membela nasib kaum masing-masing. Dalam keadaan demikian wujudlah parti politik yang berdiri atas sokongan sesuatu akum masing-masing. Perpecahan juga berlaku dalam sesuatu kaum yang tertentu apbila wujudnya dua buah parti yang mewakili satu kaum atau perpecahan dalam satu parti induk sesuatu kaum.

Akibat daripada tiada parti politik pelbagai kaum yang mendapat sokongan yang benar-benar meluas dan tiada kaum betul-betul dapat bersatu dibawah satu pertubuhan tunggal maka setiap kaum menyokong parti yang mewakili kaum mereka. Sebagai contoh, pada tahun 1963 hingga 1966, penubuhan parti polotik berlandaskan etnik yang tertentu. Kecenderungan ini disebabkan oleh semangat keetnikan yang mahu memperjuangkan kepentingan etnik masing-masing. Keadaan ini telah berlaku semenjak sebelum merdeka lagi. Pada masa yang sama juga,

(25)

berlaku perpecahan dalam sesuatu etnik yang disebabkan oleh perbezaan ideologi. Keadaan tersebut membawa kepada penubuhan dua buah parti bagi tiga kelompok etnik terbesar di Sarawak. Perbezaan ideologi dan perjuangan juga boleh dilihat apabila dua buah parti yang didominasi oleh kaum yang sama berada pihak kerajaan dan juga pembangkang. Sebagai contoh, Sarawak United people’s Party (SUPP) dan Sarawak Chinese Association (SCA) didominasi oleh orang cina, tetapi SUPP berada pada pihak pembangkang dan SCA di pihak kerajaan. Begitu juga dengan parti politik kaum bumiputera Islam, Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) di pihak kerajaan dan Parti Negara Sarawak (PANAS) di pihak pembangkang. (Zainal Abidin Abdul Wahid et al ,1996).

Namun bergitu, pada tahun 1966 hingga 1970 perubahan telah berlaku sama ada di barisan pembangkang ataupun kerajaan perikatan. Di barisan pembangkang masih wujud dua buah parti, tetapi berubah dari segi komponen Sarawak National Party (SNAP) yang pernah membentuk kerajaan dengan SUPP telah menjadi pembangkang. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh krisis tahun 1965 hingga 1966 yang membawa kepada pemecatan Stephen Kalong Ningkan. Di pihak kerajaan pula, berlaku penyatuan BARJASA dan PANAS yang membentuk parti bumiputera. Sebelum ini PANAS pernah menjadi pembangkang.

Manakala pada tahun 1970 hingga 1974 telah wujud kerajaan campuran pertama di Sarawak apabila SUPP sanggup menyertai pada tahun 1970 dan dengan itu, terdapat empat buah parti dalam kerajaan campuran dan tinggal SNAP sebagai pembangkang tunggal. Pada tahap ini juga SNAP memperluaskan lagi konsep keahlian berbilang kaumnya dan memperoleh banyak kerusi dalam pilihan raya pada tahun 1974. SNAP menambahkan kerusi dariapda 12 kerusi (1970) kepada 18 kerusi pada tahun 1974 dalam Dewan undangan negeri.(Abdul Rahman Haji Ismail, 2007)

Melihat perkembangan ini, Abdul Rahman Yaakub berusaha untuk menarik SNAP ke dalam Barisan Nasional bagi memperkukuhkan lagi kedudukan beliau. Justeru itu, selepas pilihan raya pada tahun 1974, beberapa berjumpaan telah diadakan oleh Abdul Rahman Yaakub dengan pemimpin SNAP bagi membincangkan penyertaan SNAP ke dalam Barisan Nasional. Dalam perjumpaan yang diadakan antara Abdul Rahman Yaakub dengan pemimpin SNAP

(26)

Stephen Kalong Ningkan, beberapa persetujuan dari segi prinsip tentang penyertaan SNAP ke dalam Barisan Nasional telah tercapai. (Abdul Rahman Haji Ismail, 2007).

Namun, timbul masalah dalam Persidangan Perwakilan SNAP pada Julai 1975, apabila presiden SNAP yang telah lama memegang jawatan iaitu Stephen Kalong Ningkan dikalahkan oleh Dunstan Endawie. Sementara Leo Moggie pula telah menang tanpa pertanding sebagai Setiausaha Agung SNAP. Kebuntuan perundingan tentang penyertaan SNAP ke dalam Barisan Nasional dapat diatasi apabila James Wong, Timbalan Presiden SNAP dibebaskan daripada tahanan ISA. Tidak lama kemudiaan, Abdul Taib Mahmud sebagai Menteri Persekutuan dan Presiden PBB mengumumkan SNAP mungkin menyertai Barisan Nasional. Pada 22 Mac 1976,Leo Moggie sebagai setiausaha Agung SNAP memberitahu pihak akhbar bahawa dari segi prisip satu persetujuan telah dicapai dan SNAP akan menjadi sebuah komponen Barisan Nasional peringkat persekutuan dan negeri. Oleh itu, pada 21 Jun 1976 selepas Majlis Tertinggi Barisan Nasional mengadakan mesyuarat, pengumuman dibuat bahawa SNAP telah diterima secara rasmi sebagai sebuah parti komponen Barisan Nasional. Sekali gus tuntutan yang bersifat keaerahan dan kenegerian yang khusus bagi sarawak dapat dikurangkan. (Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994).

Politik Sarawak pada tahun 1978

Politik di Sarawak mula goyang apabila berlaku perpecahan beberapa buah parti. Dalam situasi yang agak tegang ini, bekas Timbalan pesuruhanjaya Polis Sarawak, Haji Kawi telah menubuhkan Parti Rakyat Jati Sarawak (PAJAR) pada bulan Februari 1978 dan dengan ini wujud sebuah parti alternatif untuk orang Melayu yang tidak berpuas hati dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di bawah pimpinan Abdul Rahman Yaakub. Sebagai persediaan menghadapi pilihan raya pada tahun 1979, PAJAR mendedahkan isu rasuah, pilih kasih dalam perkhidmatan awam dan program pembangunan yang tidak berkesan di Sarawak. Adbul Rahman Yaakub beranggapan bahawa perjuangan PAJAR hanya untuk memenangi satu atau dua kerusi bagi mencabar keupayaan beliau dalam membentuk kerajaan. Walau bagaimanpun, menurut Ali Kawi penubuhan parti PAJAR adalah atas sebab kekecewaan masyarakat Melayu di bawah pemerintahan Abdul Rahman Yaakub. (Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)

(27)

Tidak lama selepas penubuhan PAJAR, sebuah lagi parti baru iaitu SAPO (Sarawak People’s Organization) pula ditubuhkan oleh golongan yang tidak puas hati dengan perjuangan SNAP yang telah menyertai Barisan Nasional pada tahun 1976. SAPO yang mewakili orang cina, dipimpin oleh Raymond Szetu yang melandaskan perjuangan parti tersebut dengan slogan “Sarawak untuk Sarawak”. Isu ini sering ditengahkan oleh SAPO adalah tentang ketidakadilan kerajaan pusat kepada negeri Sarawak, khususnya dalam hal pembahagian hasil minyak. Menurut Raymond Szetu:

“we see our production sharing agreement between Sarawak and Petronas and we can immediately realise who control our state. Sarawak recieves only 5% from our oil produced whereas in the days of the British colonialist, we recieves 10%”.

Walau bagaiamanapun, keputusan pilihan raya pada tahun 1979 telah menunjukkan bahawa parti PBB di bawah pimpinan Abdul Rahman Yaakub masih lagi teguh. Dalam pilihan raya Persekutuan , Barisan Nasional memenangi 23 kerusi dan calon bebas 1 kerusi. Dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri yang diadakan pada 1979, anggoto Barisan Nasional-PBB,SUPP dan SNAP masing-masing memenangi 18,11, dan 16 kerusi. Bagi parti PAJAR mendapat kekalahan teruk dan tujuh daripada calonnya hilang wang pertaruhan. Manakala SAPO menang satu kerusi parlimen yang dahulunya dipegang oleh calon SUPP.

Krisis Politik Dayak Tahun 1983

Krisis politik masyarakat Dayak di Sarawak tahap kemuncaknya pada tahun 1983. Terdapat beberapa perubahan yang perlu diperhatikan. Antara perubahan ialah:

1. Pertama, didapati SNAP yang sebelum ini telah dilanda krisis akhirnya berpecah. 2. Kedua, penubuhan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) sebagai sebuah

parti perkauman Dayak.

3. Ketiga ialah semangat perkauman Dayak yang dibangkitkan oleh PBDS.

Krisis SNAP yang sebenarnya telah mula lebih awal dari tahun 1983. Ramai pemimpin Dayak keluar secara berramai-ramai dari SNAP. Mereka yang keluar dari SNAP menubuhkan PBDS.

(28)

Sebelum ini SNAP telah dianggap sebagai parti memperjuangkan nasib orang Dayak. Orang Dayak dari SNAP melihat bahawa PBB ialah perkauman Melayu dan SUPP untuk orang cina. (Zainal Abidin Abdul Wahid et al ,1996)

Namun, pada akhir 1970-an dan awal 1980-an, sokongan kaum Dayak terhadap SNAP mula goyang, berbelah bahagi dan pudar kerana wujud semangat berpuak dalam parti itu sendiri. Hal ini telah melahirkan krisis dalaman parti yang lebih merupakan krisis kepimpinan. Pada masa yang sama, isu perkauman Dayak telah digunakan untuk mendapatkan sokongan. Semangat berpuak-puak ini telah mengancam perpaduan SNAP sebagaisebuah parti berbilang kaum. Pada tahap ini juga menjadi titik tolak kepada perkembangan politik perkaum Dayak yang lebih melampau dalam erti kata bahawa sesetengah menolak konsep berbilang kaumSNAP dan menganggap diri mereka sebagai memperjuangkan semangat Dayak yang tulen. (Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)

Perbezaan pokok dalam perjuangan SNAP dan PBDS ialah isu berbilang kaum (SNAP) atau perkauman Dayak (PBDS). Kebanyakan pemimpin PBDS ialah kaum DAYAK danbergitu juga dengan pengikutnya. PBDS sebenarnya ingin mengikuti jejak parti perkauman yang lain seperti UMNO (untuk orang Melayu), MIC (untuk orang India) dan MCA (untuk orang cina).

Persoalan timbul iaitu apakah kehadiran PBDS dapat memenuhi aspirasi politik orang Dayak? Apakah kebangkitan semangat perkauman Dayak akan melenyapkan pengaruh SNAP terhadap orang Dayak? Perubahan ini akan dianalisis dengan lebih mendalam memandangkan kedua-dua buah parti ini ingin mendapatkan sokongan daripada kaum yang sama, iaitu Dayak.

Dua kumpulan yang wujud dalam SNAP iala kumpulan Leo Moggie dan James Wong. Kumpulan James Wong golongan yang memperjuangkan konsep berbilang kaum parti manakala kumuplan Leo Moggie ialah mereka yang lebih condong kepada perkauman dan menuntut supaya SNAP terus dipimpin oleh kaum Dayak. Mengikut kelompok Leo Moggie, sekiranya kamu yang memimpin SNAP sedangkan terdapat pemimpin Dayak yang layak, maka sudah tentu tidak akan direstui oleh penyokong mereka. Sebaliknya, bagi golongan Dayak yang menekan konsep berbilang kaum berpendapat, sesiapa sahaja boleh menjadi presiden parti dan tidak semestinya orang Dayak. Pada tahun 1981, James Wong telah menjadi presiden SNAP

(29)

selepas menewaskan Leo Moggie dalam permilihan presiden parti pada tahun itu. Bagi meredakan krisis dalam SNAP, maka James Wong telah melantik Leo Maggie dan Daniel Tajem menjadi Naib Presiden. Lantikan ini, bermakna mereka masih lagi menjadi ahli jawatankuasa pusat. Namun demikian, tindakan ini tidak dapat meredahkan pergolahan dalam parti kerana kumpulan yang menyokong Leo Moggie didapati tidak puas hati dengan konsesi yang diberikan. (Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)

Kekalahan kumpulan Leo Moggie juga telah menimbul perasaan tidak puas hati pada kalangan SNAP pada peringkat bawahan, terutama sekali mereka yang ingin parti terus dipimpin oleh kaum Dayak. Mereka sangat mengharapkan intelek Iban seperti Leo Maggie, Daniel Tajem, Gramong Juna dan Dr. Jawie Masing dapat memimpin SNAP dan sekaligus dapat memperjuangkan nasib kaum mereka.

Berbalahan dalam SNAP tidak berhenti bergitu saja, malah semakin regang apabila berikutan dengan sokongan Daniel Tajem terhadap calon bebas untuk menentang calon SNAP dalam pilihan raya pada peringkat nasional pada tahun 1982, sehingga James Wong mendesak Daniel Tajem untuk meletakkan jawatan. Bagaimana pun, Daniel Tajem menafikan dakwaan tersebut. Oleh itu, pada 19 Jun 1983 Jawatankuasa Pusat SNAP telah memutuskan bahawa Daniel Tajem mesti disingkirkan dari parti. Namun, keputusan ini telah mendapat bantahan hebat oleh rakan-rakan Daniel Tajem. Pada masa yang sama, James Wong mencabar mereka yang tidak bersetuju kepada keputusan ini agar meletakkan jawatan dan meninggal SNAP. Bagi kelompok yang anti-James Wong membantah pemecatan ini secara terbuka. Menurut Patrick Anek mendakwa pemecatan ini didalangi oleh James Wong sendiri. Manakala Leo Moggie pula telah menyifatkan pemecatan itu sebagai satu usaha untuk menghalang kelahiran pemimpin Dayak. (Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, 1993)

Pilihan raya peringkat nasional pada 1982 telah memperlihatkan ramai wakil rakyat Dayak dalam SNAP yang berasa diri mereka dipermainkan. Ada antara mereka yang tidak disenaraikan sebagai calon, walaupun telah mewakili kawasan tertentu buah beberapa penggal. Antara wakil yang tidak dicalonkan ialah Edwin Tangkun di Sri Aman, Patrick Anek di Bau dan Edmund Lanngu di Saratok. Akhirnya, ketiga-tiga tokoh tersebut telah keluar dari SNAP menjelang pilihan raya dan bertanding sebagai calon bebas menentang calon SNAP.

(30)

Keputusannya, Edwin Tangkun berjaya mengalahkan Rusuk Nanang, Edmund Langgu menewaskan Dunstan Endawie dan Patrick Anek menewaskan Dr. Patau Rubis. (Abdul Rahman Haji Ismail, 2007)

Bagi menyelesaikan krisis politik dalam SNAP, maka parti PBB yang diketuai oleh Abdul Rahman Yaakub telah campur tangan bagi cuba menyelesaikan masalah dalam SNAP. Namun begitu, bagi pemimpin Dayak yang berpecah dari SNAP berpendapat tindakan yang diambil oleh PBB adalah takut jika perpecahan dalam SNAP terus berterusan makan akan mengganggu kestabilan kerajaan Barisan Nasional pada peringkat Negeri. selain itu, tindakan PBB untuk mengurangkan pengaruh parti tersebut kerana pada masas itu, SNAP merupakan parti yang mempunyai kerusi terbanyak jika dibandingkan dengan parti lain. (Zainal Abidin Abdul Wahid et al ,1996)

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pemimpin tertentu telah memainkan peranan dalam perpecahan dalam SNAP. Campur tangan pihak luar memang wujud, tetapi campur tangan itu bukanlah punca utama perpecahan. Akhirnya, akibat krisis perpecahan dalam SNAP tidak diselesaikan maka tertubuhnya Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada 16 September 1983. Krisis Politik antara SNAP dan PBDS

Penubuhan PBDS bermula dengan tindakan tiga orang parlimen dan sembilan orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) SNAP keluar dari parti pada bulan Julai 1983. Mereka ialah Thomas Salang (Majlis Persekutuan-Julau), Justine Jinggut Rajang), Adrew Janggie (MP-Lubuk Antu), Gramong Juna (ADUN-Machan), Mamal Samuel (ADUN-Tatau), Dr. Jawie Masing (ADUN-Pakan), Jonathan Sabai (ADUN-Palagus), David Jemut (ADUN-Batang Air), Sandah (ADUN-Dudong), Joseph Kudi (ADUN-Ngemah), Jonathan Nawin (ADUN-Engkelili) dan Ambrose Gramong Jelian (ADUN-Meluan). Tindakan mereka ini diikuti oleh Leo Moggie (MP-Kanowit). Kemudian tiga orang calon bebas turut menyertai kumpulan ini iaitu Edmund Langgu (MP-Kalaka), Edwin Tangkun (MP-Lingga) dan Patrick Anek (MP-Tasik Biru). (Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)

(31)

Tindakan keluar dari parti beramai-ramai ini diterima dengan perasaan kesal oleh presiden parti, James Wong yang telah mendesak supaya mereka mengosongkan kerusi masing-masing. Kumpulan yang keluar dari parti telah memenangi kerusi mereka di atas tiket SNAP, tetapi sekarang dianggap pembangkang dan bukan lagi sebagai wakil Barisan Nasional. Namun demikian, Timbalan Presiden SNAP, Edward Jeli telah menyifatkan penubuhan parti baru ini (PBDS) tidak jujur dan bertujuan untuk melemahkan SNAP kerana kehilangan hampir separuh daripada kekuatan mereka. PBDS mendapat sambutan hebat daripada kaum Dayak yang tidak berpuas hati dengan kepemimpinan SNAP. Tambahan pula mereka yang menubuhkan PBDS terdiri daripada wakil rakyat Dayak yang berpengalaman dan berpengaruh. (Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)

PBDS ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1983. parti ini kemudian diterima menjadi komponen Barisan Nasional pada 8 Januari 1984, iaitu kira-kira seminggu selepas pilihan raya Dewan Undangan Negeri selesai dijalankan. Seperti yang telah dijelaskan, PBDS ialah sebuah parti yang khaskan orang Dayak sahaja. Mengikut Leo Moggie, “PBDS is a communal based party, as UMNO, MCA, MIC and others. There is no need to be apologetic about this”. Seperti parti politik yang lain, PBDS mempuyai falsafah perjuangan yang tersendiri untuk masyarakat Dayak. Antara objektif perjuangan PBDS ialah untuk memajukan orang Dayak dari segi politik, ekonomi, kebudayaan dan juga pelajaran. Penubuhan PBDS juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara orang Dayak dan kaum lain bagi memastikan keadaan harmoni dan aman. (Abdul Rauf Mohd. Napis & Ramlah Muhamad, 1992)

Secara umumnya, kedua-dua parti ini tidak ada isu yang khusus yang digunakan untuk mendapatkan sokongan daripada orang Dayak. Isu yang digunakan lebih kepada maki-hamun termasuklah isu kepepimpinan SNAP dan semangat perkauman yang diperjuangkan oleh PBDS. Mengikut penyokong SNAP dan PBDS berpecah kerana dipimpin oleh kaum lain. Golongan yang merestui kepemimpinan SNAP secara tidak langsung ingin melihat perpecahan kaum Dayak. Penubuhan PBDS dirasakan tepat pada masanya apabila kaum Dayak harus menubuhkan parti kaum sendiri seperti kaum lain. Sebaliknya, penyakong SNAP telah mendakwa bahawa PBDS ditubuhkan oleh mereka yang tidak sabar untuk memegang pucuk kepemimpinan parti dan tamak kuasa. Kehadiran PBDS tidak perlu ditubuh kerana SNAP telah eujud sebagai sebuah

(32)

parti untuk kaum Dayak. Segala usaha untuk menubuhkan parti baru adalah untuk merosakan perpaduan kaum. (Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)

Krisis SNAP amat mencabar kepemimpinan Abdul Taib Mahmud selaku ketua menteri pada masa itu. Usaha awal yang diambil oleh beliau dalam menghadapi krisis ini adalah membawa kedua-dua kumpulan yang bertelingkah ke meja perundungian. Usaha ini gagal apabila kedua-dua pihak enggan berkompromi. Kegagalan ini menyebabkan SNAP dan PBDS dibenarakan bertanding dengan menggunakan simbol parti masing-masing untuk memuaskan hati kedua-dua pihak supaya pertandingan bebas diadakan. (Zainal Abidin Abdul Wahid et al

,1996)

Pilihan Raya Pada Tahun 1983

Pada pilihan raya 1983, dalam keputusan pilihan raya ini ialah kejayaan PBDS iaitu parti yang baru ditubuhkan selama tiga bulan. Terdapat beberapa faktor yang perlu dikaitkan dengan kejayaan PBDS dan kemerosotan SNAP dalam pilihan raya 1983. Sokongan yang diberikan oleh pemimpin Barisan Nasional negeri terhadap PBDS memainkan peranan penting. Begitu juga dengan langkah mewujudkan kerajaan Barisan Nasional Plus untuk menghidupkan PBDS dan sokongan moral yang diberikan terhadap parti itu. Abdul Taib Mahmud pernah mengatakan akan membawa masuk PBDS ke Barisan Nasional selepas tamat pilihan raya. (Abdul Rahman Haji Ismail, 2007)

Faktor kedua ialah imej SNAP sebagai sebuah parti untuk orang Dayak di bawah kepemimpinan James Wong telah tergugat. Sejarah menunjukkan bahawa parti ini tidak pernah dipimpin oleh kaum lain dan keadaan ini menyukarkan mereka menerima kepemimpinan James Wong. Kritikan dan selaran yang dibuat oleh parti lain terhadap SNAP telah menjejaskan imej parti ini sebagai sebuah parti yang kuat. (Ahmad Nidzammudin Sulaiman et al, 1994)

Faktor ketiga ialah faktor perkauman dan semangat perjuangan kaum Dayak pada masa itu. Hasrat mereka untuk menubuhkan sebuah parti yang khas untuk kaum mereka kian terserlah apabila mereka mula meniru perjuangan kaum lain melalui politik perkauman. Kesimpulannya, dari sudut lain, pilihan raya tahun 1983 telah menimbulkan kesan yang lebih

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian menunjukkan media yang terbaik untuk pemeliharaan gurame coklat adalah media dengan penambahan daun ketapang kering 10 g/40 L sintasan 55%; pertumbuhan panjang

Molar tersebut lebih besar dari Caruban, Jawa, Sangiran, Semawang, Ulu Leang, Melolo dan Aleut, dan sebanding dengan Gua Kepah, Gunung ?iring, Gilimanuk, Leang

Tugas Akhir Karya Seni ini bertujuan untuk mendeskripsikan konsep, tema, bentuk, dan teknik penciptaan kriya logam, yaitu perhiasan. Karya ini mengangkat objek

Gerakan sosial baru beranggapan bahwa di era kapitalisme liberal perlawanan timbul tidak hanya dari gerakan buruh, melainkan dari mereka yang tidak terlibat secara

Tujuan penelitian dari hipotesis ketiga ini adalah untuk mengetahui disiplin kerja mampu mempengaruhi kompetensi dalam menyelesaikan pekerjaan serta dapat

usitatus pada tanaman sayuran yang ditemui saat survei di dataran rendah paling tinggi terdapat pada tanaman legume yaitu pada kacang tanah, kacang panjang, kacang

Puji dan syukur kepada Tuhan yang Maha Esa atas segala berkat rahmat-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan Tugas Akhir dan dapat menyusun laporan Tugas Akhir

PENTINGNYA INFORMASI DALAM PEMBUATAN KEBIJAKAN: • UNTUK MEMECAHKAN PERMASALAHAN DIPERLUKAN INFORMASI.. • DALAM PERUMUSAN/ PEMBUATAN KEBIJAKAN DIPERLUKAN