• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kewajipan pemegang amanah atau penjaga dana dan pengarahnya

yang diperuntukkan di bawah Bab ini adalah sebagai tambahan kepada dan tidak mengurangkan kewajipan yang selainnya dikenakan ke atas mereka oleh mana-mana undang-undang yang terpakai.

Kewajipan pengurus dana, penjaga atau pemegang amanah untuk bertindak bebas daripada satu sama lain

52. (1) Seorang pengurus dana, penjaga atau pemegang amanah,

suatu dana awam Islam—

(a) hendaklah orang yang berlainan dan bertindak bebas dari

satu sama lain;

(b) hendaklah bukan suatu perbadanan berkaitan bagi orang

yang satu lagi itu; dan

(c) hendaklah tidak mempunyai pengarah eksekutif atau

pegawai lain yang sama.

(2) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Bab 6

Daftar dan perakaunan

Daftar

53. (1) Lembaga boleh menyimpan daftar yang berasingan

bagi—

(a) dana persendirian Islam; (b) dana awam Islam; dan

(c) pengurus dana dan pentadbir dana bagi dana awam

Islam.

(2) Daftar yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) boleh mengandungi—

(a) maklumat yang dikehendaki berkenaan dengan setiap orang

yang telah dibenarkan diberikan lesen atau dibenarkan pendaftaran atau yang telah menerima kebenaran bertulis di bawah Akta ini;

(b) tarikh lesen, pendaftaran atau kebenaran bertulis itu,

mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(c) tarikh lesen atau pendaftaran atau kebenaran bertulis itu

dibatalkan.

(3) Daftar yang dikehendaki disimpan menurut seksyen ini hendaklah mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(4) Lembaga boleh mengeluarkan kepada mana-mana orang, atas permintaan orang itu, suatu perakuan pematuhan mengikut apa-apa bentuk, apabila dibayar apa-apa fi, sebagaimana yang ditetapkan.

(5) Tiada seorang pun yang menjalankan apa-apa kuasa atau menunaikan apa-apa kewajipan di bawah Akta ini boleh, dengan disedarinya, mempunyai apa-apa kepentingan kewangan dalam mana-mana orang yang telah dilesenkan, didaftarkan atau diberikan kebenaran bertulis di bawah Bahagian ini.

Akaun dan audit

54. (1) Tiap-tiap dana awam Islam berdaftar hendaklah—

(a) menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan akaun

dan rekod dan hendaklah, selepas berakhir setiap tahun kewangan menyebabkan supaya disediakan suatu penyata akaun bagi tahun kewangan itu yang hendaklah termasuk suatu kunci kira-kira dan suatu akaun pendapatan dan perbelanjaan mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum yang terpakai di Malaysia atau di mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf;

(b) menyimpan apa-apa rekod perakaunan dan penyata kewangan

atau salinan-salinan benarnya di tempat perniagaannya di Labuan dan menjadikannya tersedia untuk diperiksa oleh Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga;

(c) menyimpan di tempat perniagaannya di Labuan dan

menjadikannya tersedia untuk Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga apa-apa rekod, penyata, dokumen atau maklumat lain sebagaimana yang ditetapkan secara bertulis oleh Lembaga;

(d) dalam masa tiga bulan dari berakhirnya setiap tahun

kewangan mengemukakan kepada seorang juruaudit penyata kewangan yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan apa-apa rekod dan maklumat lain yang dikehendaki untuk audit mengikut prinsip pengauditan yang diterima umum yang terpakai di Malaysia atau di mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf; dan

(e) mengadakan atau menjadikan tersedia untuk diperiksa

oleh semua pelabur dana itu penyata kewangan yang disebut dalam perenggan (1)(a) berserta dengan laporan juruaudit tentangnya.

(2) Rekod perakaunan dan penyata kewangan yang dikehendaki disimpan mengikut subseksyen (1) boleh disimpan dalam apa-apa mata wang dan dalam apa-apa bahasa, tetapi jika rekod perakaunan dan penyata kewangan itu disimpan dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, suatu terjemahan ke dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, yang ditentusahkan mengikut cara

yang memuaskan hati Lembaga, hendaklah disimpan oleh dana awam Islam itu berserta dengan rekod perakaunan dan penyata kewangan itu.

BAHAGIAN V

PELESENAN PERANTARA PASARAN

Bab 1

Permulaan

Tafsiran

55. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki

makna yang lain, “pemegang lesen sekuriti Islam” ertinya seseorang, yang bagi balasan berharga menyediakan perkhidmatan nasihat pelaburan atau pentadbiran berkenaan dengan sekuriti bagi maksud pelaburan, termasuk berurus niaga dalam sekuriti atau apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, yang mematuhi prinsip-prinsip Shariah di Labuan.

Bab 2

Pemegang lesen sekuriti Islam

Pemegang lesen sekuriti Islam

56. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan sebagai

seorang pemegang lesen sekuriti Islam melainkan jika orang itu ialah suatu syarikat Labuan yang telah diberikan suatu lesen untuk bertindak sebagai pemegang lesen sekuriti Islam di bawah seksyen ini.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), orang yang berikut boleh menjalankan perniagaan sebagai pemegang lesen sekuriti Islam:

(a) seseorang yang disebut dalam subseksyen 54(1) dan (2)

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2009 dan telah memperoleh kelulusan Lembaga terlebih dahulu; dan

Permohonan bagi lesen

57. (1) Sesuatu permohonan kepada Lembaga untuk menjalankan

perniagaan sebagai pemegang lesen sekuriti Islam di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat secara bertulis oleh atau bagi pihak pemohon kepada Lembaga.

(2) Sesuatu permohonan bagi suatu lesen hendaklah—

(a) dibuat mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang

ditentukan oleh Lembaga; dan

(b) disertakan dengan—

(i) fi permohonan sebagaimana yang ditetapkan; (ii) butir-butir mengenai sumber kewangan dan manusia

dan kemudahan petadbiran yang ada pada permohon bagi kewibawaan dan kecekapan penjalanan perniagaannya;

(iii) suatu pernyataan mengenai yang berikut:

(aa) alamat tempat perniagaan pemohon dan

a l a m a t n y a b a g i p e n y a m p a i a n y a n g berhubungan dengan Labuan;

(ab) nama dan alamat seseorang di Labuan yang diberi kuasa untuk mewakili pemohon dan untuk menerima penyampaian bagi pihaknya; dan

(ac) alamat tempat perniagaan pemohon di luar Labuan;

(iv) suatu pernyataan yang bermaksud bahawa pemohon telah mengakui pematuhannya dengan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] dan hendaklah memastikan bahawa ia mengemas kini polisi dan tatacaranya secara berkala supaya mematuhi keperluannya; dan

(v) apa-apa maklumat atau dokumen lain sebagaimana yang semunasabahnya dikehendaki oleh Lembaga bagi maksud memutuskan permohonan itu.

Kuasa untuk membenarkan atau menolak permohonan bagi lesen

58. (1) Apabila menerima sesuatu permohonan di bawah

seksyen 57, Lembaga boleh membenarkan atau menolak permohonan itu.

(2) Pemberian lesen di bawah Bahagian ini boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa terma, syarat, had atau sekatan.

(3) Kecuali dengan persetujuan bertulis Lembaga, tiada perubahan boleh dibuat berkenaan dengan identiti, tempat tinggal, domisil, pemunyaan atau pemegangan syer pemegang lesen sekuriti Islam dalam tempoh kuat kuasa lesen itu.

Bentuk lesen